Translate

Sunday, 20 April 2014

Sodomi II: Menghitung Hari- Anwar Bakal Ke Sungai Buloh.

AYT membaca 85 muka surat penghakiman 3 orang Hakim Mahkamah rayuan berhubung rayuan kes sodomi II Dato Seri Anwar Ibrahim.

Keputusan Mahkamah rayuan antara lain:- Hakim mahkamah Tinggi Zabidin Md Diah terkhilap membuat keputusan, atas sebab itu Mahkamah rayuan perlu campur tangan demi kepentingan undang-undang.

Hakim-hakim mahkamah rayuan mendapati, bahawa Anwar tidak menafikan semua pertuduhan terhadapnya, sebaliknya menyalahkan pihak lain yang tiada hubungan dengan kes tersebut.

Mahkamah rayuan juga menyebutkan, bahawa pada awal perbicaraan sodomi II, di peringkat Mahkamah Tinggi, Hakim membuat keputusan yang betul berasaskan undang-undang, atas sebab itu Tertuduh diminta membela diri atas pertuduhan terhadapnya. Namun diakhir perbicaraan, Hakim berkenaan terpengaruh dengan hujah-hujah yang bersifat hearsay dan bersifat andaian, sehingga jika keputusan itu tidak diperbetulkan maka akan berimplikasi terhadap undang-undang. 

Anwar dan penguambelanya pada peringkat Mahkmah Tinggi berjaya mengheret Hakim menyebelahinya, atas sebab itu tertuduh dibebaskan daripada pertuduhan atas sebab teknikal; walaupun tertuduh tidak diberishkan daripada meliwat pembantu peribadinya.

Keputusan Hakim-hakim mahkamah rayuan adalah untuk memperbetulkan undang-undang, agar yang bersalah tetap bersalah, dan tidak bersalah tetap tidak bersalah. Oleh kerana keputusan Hakim-Hakim mahkamah rayuan benar-benar mempergunakan undang-undang yang sedia ada secara telus dan betul, maka Anwar menganggapnya, adalah keputusan yang tidak adil; manakala apabila beliau dibebaskan oleh mahkamah Tinggi, melalui keputusan Hakim yang silap, maka beliau menganggapnya sebagai adil.

Anwar sedang merayu keputusan Mahkamah rayuan yang menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara pada 7 Mac. Apa kah mahkamah persekutuan akan mengekalkan keputusan Mahkamah rayuan? atau membebaskan Anwar? Namun, berasaskan penghakiman Hakim-hakim mahkamah rayuan yang dikeluarkan pada 18 April, nampaknya tiada celah atau loophole, bagi mahkamah Persekutuan mengubah keputusan itu.

Nampaknya, hanya menghitung hari, Anwar bakal menghuni Sungai Buloh.

MH370: Pencarian Bawah Laut Menghampiri Masa Kritikal

Bluefin-21 sudah mencari di kawasan kira-kira 50 peratus lokasi sasaran di dasar laut dan tiada penemuan konkrit diperoleh setakat ini, Pusat Penyelarasan Agensi Bersama (JACC) Australia dalam kenyataan terbaharu hari ini. 

JACC berkata, Bluefin-21 menamatkan selaman kali ketujuh pada awal hari ini. 

Sehingga ini, ia sudah mencari di kawasan kira-kira 50 peratus yang menjadi sasaran di dasar laut. 

Katanya, selaman kali kelapan sudah bermula. "Tiada sebarang penemuan diperoleh setakat ini," katanya. 

Kawasan tumpuan pencarian di dasar laut ditetapkan dalam lingkungan jejari 10 kilometer selepas Towed Pinger Locator mengesan kali kedua isyarat pada 8 April lalu. 

Sementara itu, 11 pesawat tentera dan 12 kapal akan membantu misi mencari hari ini yang mungkin terjejas berikutan ramalan hujan di beberapa tempat dan ribut petir. 

Pihak Berkuasa Keselamatan Maritim Australia (AMSA) merancang membuat pencarian membabitkan kawasan seluas 48,507 kilometer persegi di dua lokasi berbeza. - Agensi

Saturday, 19 April 2014

Salah Satu Perjuangan Karpal: Anwar Dijatuhi Penjara 5 Tahun

Mahkamah Rayuan  memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.Penghakiman disini

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. 

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya. 

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah. 

Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan. 

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Sumbangan Terbesar Karpal Singh

Inilah sumbangan Terbesar Mendiang kepada Negara dan Rakyat. Karpal terlibat kemlangan pada 1.10 pagi Khamis di km306.1 Lebuhraya Utara Selatan. Mendiang di lahir pada Jun 1940 di Pulau Pinang. Kerajaan Pulau Pinang mengumumkan Upacara Pengkebumian Negeri kepada mendiang. Mendiang juga adalah Ahli Parlimen Bukit Gelugor Pulau Pinang sejak tahun 2008.

MH370: Pasukan Pecari Terdesak: Terpaksa Adjust Kemampuan Menyelam Robot Bluefin 21

Robot milik Kapal Laut Amerika Bluefin 21 menyelam ke dalaman maksima 4.695 meter dasar laut, dalam usaha mencari bangkai pesawat MH370. 

Sebelum ini, robot itu timbul semula apabila melepasi limit yang ditentukan 4,500 meter; namun dalam usaha terdesak, maka kemampuan robot itu telah diprogramkan kepada kemampuan maksimanya.

Setakat ini selepas 6 kali percubaan robot itu, mengesan bangkai pesawat bawah laut, semuanya gagal mengesan sebarang petunjuk yang boleh dihubungkan dengan pesawat malang itu yang turut membawa 239 penumpang termasuk kru.

Kini, memasuki hari ke-42; tiada sebarang clue di mana pesawat MH370 yang berlepas pada pukul 12.41 pagi 8 Mac daripada KLIA menuju Beijing. Sepatutnya pesawat itu mendarat di destinasi akhirnya itu pada pukul 6.30 pagi hari yang sama.

Robot Bluefin 21 mempunyai alat sonar yang mampu mengesan imej sebarang bangkai pesawat/objek di dasar laut. Penumpuhan kini adalah di kawasan 2,000km barat laut Perth, Australia.

Semasa Masih Mahasisiwa: Saya Satu Bilik Dengan Karpal Singh: Tun Ling Liong Sik

Bekas presiden MCA Tun Dr Ling Liong Sik menyifatkan mendiang Karpal Singh sebagai pelajar yang suka main-main dan selalu gagal dalam peperiksaan.

Dr Ling yang tinggal sebilik dengan Karpal di asrama pada awal 1960-an berkata mereka bersama-sama menuntut di Universiti Malaya di Singapura.

"Kami menginap di asrama yang sama di Dunearn Road di Singapura dan saya mengingati beliau sebagai seorang pelajar nakal yang selalu gagal dalam peperiksaan.

"Semasa saya menjadi presiden kesatuan pelajar, Karpal masih di semester satu sebagai anggota jawatankuasa," kata beliau kepada pemberita sebelum memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di George Town semalam.

Beliau berkata, pada suatu ketika, Karpal bertekad untuk lulus semua kertas peperiksaan dan memperoleh ijazah untuk menjadi peguam yang dihormati dan beliau telah membuktikannya.

Ketika ditanya mengenai persahabatannya dengan Karpal, Dr Ling berkata kedua-dua mereka menjalin "hubungan rapat secara senyap" memandangkan mereka menyertai parti politik yang berbeza selepas memperoleh ijazah.

"Pernahkah anda mendengar Karpal memarahi Liong Sik atau saya memarahi Karpal. Tidak, kami tidak pernah memarahi satu sama lain di sebalik berbeza fahaman politik. Saya hanya memarahi DAP dan beliau cuma memarahi MCA.

"Saya amat merasai kehilangan Karpal dan negara juga kehilangannya," kata bekas menteri pengangkutan itu yang kelihatan sebak apabila menceritakan mengenai kawan lamanya.

Bekas presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata Karpal selalu membangkitkan persoalan bagi kepentingan rakyat dalam sidang Dewan Rakyat.

"Saya dan beliau sama-sama menghadiri sidang Parlimen (Dewan Rakyat) selama beberapa tahun dan setiap kali beliau membangkitkan soalan, ia selalu untuk faedah rakyat.

"Apa sahaja soalan yang beliau bangkitkan, saya akan memberi jawapan yang memuaskan. Saya akan menyediakan maklumat lanjut jika beliau memerlukan penjelasan selanjutnyua.

"Pemergiannya adalah satu kehilangan besar kepada negara dan saya berasa amat sedih kerana kami telah kehilangan seorang rakan yang karib," katanya.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Shahidan Kassim berkata beliau mengenali Karpal semasa sama-sama menjadi anggota Parlimen pada 1986.

"Kami mungkin berbeza pendapat semasa perbahasan di Parlimen tetapi di luar, kami masih berkawan dan saya rasa pemergiannya merupakan satu kehilangan besar kepada negara," katanya.

Sementara itu, Timbalan Presiden Gerakan Datuk Dr Cheah Soon Hai berkata kerjaya politik Karpal lebih cemerlang daripada kebanyakan orang yang seangkatan dengannya pada masa itu.

"Karpal meninggalkan warisannya untuk dikenang oleh rakyat Malaysia terutama dalam politik dan juga dalam kalangan pengamal undang-undang," katanya.

Mereka yang memberi penghormatan terakhir kepada Karpal di kediamannya di Jalan Utama di George Town semalam termasuk Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Nancy Shukri, naib presiden MCA Datin Paduka Chew Mei Fun, Ketua Pemuda Gerakan Tan Keng Liang, pengerusi Barisan Nasional Pulau Pinang Teng Chang Yeow, ketua pembangkang Dewan Undangan Negeri Pulau Pinang Datuk Jahara Hamid, Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim dan timbalan presiden PKR Mohamed Azmin Ali.

Karpal Singh terbunuh dalam nahas jalan raya di Kilometer 306.1 Lebuh Raya Utara-Selatan berhampiran Gua Tempurung di Kampar pukul 1.10 pagi kelmarin. Mendiang berusia 74 tahun.

Turut terbunuh dalam nahas itu ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornelius, 39.

Sodomi II: Kekalahan Anwar Atas Sebab Tiada Alibi Tulen

Mahkamah Rayuan di sini memutuskan kenyataan Datuk Seri Anwar Ibrahim dari kandang tertuduh dalam pembelaan beliau bagi pertuduhan liwat hanya penafian semata-mata.

Mahkamah itu juga memutuskan penafian Anwar itu tidak menimbulkan sebarang keraguan dan menjadikan pembelaannya berwibawa yang boleh menjejaskan keterangan pihak pendakwa terhadap tertuduh. 

"Ia juga adalah penting bagi responden (Anwar) menjelaskan kes beliau," kata panel tiga Hakim Mahkamah Rayuan yang diketuai Hakim Datuk Balia Yusof Wahi dalam penghakiman bertulis setebal 85 muka surat yang dikeluarkan hari ini. 

Dua lagi hakim ialah Datuk Aziah Ali dan Datuk Mohd Zawawi Salleh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan membatalkan keputusan Mahkamah Tinggi pada 9 Jan 2012 yang membebaskan Anwar daripada tuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008. 

Mahkamah membenarkan rayuan pihak pendakwa dan mendapati Anwar bersalah bagi pertuduhan itu dan menjatuhi hukuman penjara lima tahun.

Dalam penghakimannya, panel itu berkata bagi membolehkan Anwar berjaya dalam pembelaannya, adalah wajib baginya mengemukakan bukti untuk menyangkal pertuduhan yang dihadapinya. 

Bagaimanapun, dalam kes ini, Anwar tidak menafikan beliau berada di tempat kejadian jenayah pada masa dan tarikh seperti dalam pertuduhan.

"Beliau tidak mempertikaikan keretanya dilihat memasuki dan meninggalkan kondominium pada masa itu. Beliau juga tidak mempertikaikan dia telah dilihat ketika memasuki lif ke tingkat lima kondominium dan kemudian meninggalkan tempat itu," kata ketiga-tiga hakim berkenaan.

Mereka juga berpendapat bahawa hakim perbicaraan dalam kes rayuan itu mungkin juga tertanya-tanya kenapa responden (Anwar) memilih untuk memberi keterangan tidak bersumpah. 

Panel itu berkata ini tidak mungkin disebabkan beliau (Anwar) membantah untuk memberi keterangan bersumpah kerana jika benar, beliau boleh memilih untuk berdiam diri.

"Adakah mungkin responden keberatan keterangannya disoal dalam pemeriksaan balas? Jika ya, kenapa? Beliau tidak perlu takut untuk disoal kerana beliau akan dipertahankan oleh peguamnya dan oleh mahkamah," kata panel.

Berhubung keterangan dua pakar saksi pembelaan (Dr David Wells dan Dr Brian McDonald) yang dipanggil untuk mematahkan keterangan pakar saksi pendakwa, mahkamah berkata mereka hanyalah 'armchair expert' (pakar yang hanya pandai berteori) dan keterangan mereka hanya semata-mata pandangan, manakala keterangan ahli kimia tempatan Dr Seah Lay Hong dan Nor Aidora Saedon adalah berdasarkan fakta dan analisis terhadap sampel yang mereka jalankan. 

Panel itu juga bersetuju dengan hujahan pihak pendakwa bahawa keterangan Dr McDonald sebahagian besar berbentuk spekulasi, teori, dan andaian, sehubungan itu keterangannya tidak kukuh.

Ketiga-tiga hakim juga berkata Dr McDonald turut membayangkan Jabatan Kimia Malaysia tidak mempunyai akreditasi kerana telah tamat tempoh pada 2005, bagaimanapun, berdasarkan keterangan Pengarah Bahagian Forensik Jabatan Kimia, Lim Kong Boon jabatan itu mempunyai akreditasi.

Berhubung isu alibi, hakim memutuskan kegagalan Anwar untuk memanggil mana-mana saksi bagi menyokong pembelaannya telah menimbulkan keraguan bona fide ke atas pembelaannya.

Mereka berkata antara saksi yang dinamakan di dalam notis alibi ialah isteri responden dan ketua kakitangannya.

"Saksi-saksi ini sepatutnya ada dan menyebelahi responden jika alibinya adalah tulen," kata panel itu.

Mereka juga mendapati Hakim Mahkamah Tinggi membuat kesilapan yang serius apabila beliau meragui integriti sampel DNA berdasarkan keterangan yang diberi dua pakar saksi pembelaan.

Panel itu juga memutuskan keputusan hakim perbicaraan adalah cacat dan memerlukan campur tangan Mahkamah Rayuan.

Friday, 18 April 2014

MH370: Ratusan Juta Ringgit Telah Hangus- Tiada Bayang-Bayang

Ratusan juta Ringgit telah hangus, selama 41 hari mencari MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac, namun setakat ini tiada bayang-bayangpun yang boleh dihubungkan dengan pesawat bersama 239 penumpang dan kru itu.

Benarlah teori sebelum ini, bahawa kehilangan pesawat MH370 dijadikan oleh perancangnya sebagai satu misteri abad ini.

Semasa kehilangan pesawat itu, satu keadaan yang belum pernah berlaku pada sebarang kemalangan pesawat, bahawa laluan adalah bertolak belakang dengan laluan asalnya. Belum juga berlaku sebelum ini, bahawa kehilangan pesawat begitu misteri. Hanya melalui teknologi, manusia berteka teki berkaitan kehilangannya.

Pada awal pagi kurang sejam kehilangannya, tiada sebarang tanda-tanda kecemasan diterima oleh ground controller, selain data radar bahawa pesawat itu berpatah balik daripada laluan asalnya Kuala Lumpur Beijing ke arah barat. Kerana hasil kalkulasi berasaskan data satellite, maka disimpulkan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, lebih 2,000 km Barat Laut Perth, Australia; namun kalkulasi itu, hanya tinggal kalkulasi, setakat ini, tiada sebarang clue, bahawa pesawat itu terhempas di lokasi itu. Hanya berasaskan pancaran daripada "kotak Hitam" berjaya dikesan di lokasi itu, namun tiada kepastian, apa kah pancaran itu adalah kotak hitam MH370.

Malaysia melalui Dato Hishamuddin Hussien pemangku Menteri Pengakutan, tidak sangat menghiraukan berkaitan kos yang terlibat, namun menumpukan menjumpai pesawat itu berapapun kosnya. Unlimited, bisa sahaja kos itu boleh membeli satu pesawat baru yang serupa.

Perancang kehilangan pesawat itu, sungguh bijak bagaimana menghabiskan wang rakyat. Sebagai negara yang terikat dengan moral terutama kepada keluarga mangsa, maka tiada pilihan selain terus mencari pesawat itu hingga terjumpa. Pengalaman sebelum ini, Kerajaan Perancis memerlukan 2 tahun untuk menjumpai bangkai pesawat itu; walaupun hanya seminggu selepas kemalangan, pasukan pencari menjumpai serpihan pesawat AF447. Akan tetapi, bagi MH370, tiada sebarang clue seumpama itu. Ini yang menjadikan kehilangan pesawat itu sesuatu yang misteri.

Sodomi II: Antara Sebab Anwar Didapati Bersalah

Antara Keputusan Mahkamah Rayuan:-

1. "Did not even deny that he was at the scene of the crime at the material time as stated in the charge".
2. " He never disputed that, his car was seen entering and leaving the condominium at the material time"
3."He also did not dispute that he was seen entering the lift to the 5th floor of the condominium and later leaving the place"
4. "He also did not dispute that he directed his Chief of Staff to arrange for an envelope to be handed to him at the said condominium and that the Chief of Staff had instructed Saiful to bring the envelope to him"
5. "Anwar also did not dispute the fact that Saiful had brought the envelope to him at the place of incident"

Sodomi II: Mengapa Anwar Gagal Di Mahkamah Rayuan?

Pertama: Anwar tidak menggunakan 14 orang alibi yang diberikannya pada awal perbicaraan di Mahkamah tinggi sesuai dengan 402A CPC. Kedua Anwar memilih, kesaksian tanpa bersumpah, di mana kesaksian itu, tidak mempunyai merit dalam pembelaan, ketiga. Anwar dikalahkan oleh Pakar yang dipanggilnya terutama Dr Brian Leslie McDonald, kerana "pakar" ini sebenarnya bukan pakar, akan tetapi pakar melalui " pembacaan", malah dalam profilenya terdapat "pengelaman" yang bersifat menipu. Selain itu, Anwar dan peguam belanya, sama sekali tidak menafikan fakta pendakwaan, sebaliknya, Anwar memilih kandang saksi membidas pihak lain yang tiada kaitan dengan pembelaannya. Ikuti Penghakiman Mahkamah Rayuan yang diputuskan pada 7 Mac 2014 DISINI

Kematian Karpal: Pemandu Karpal- Seorang Warga India- Tidak Cedera

Malang tidak berbau. Inilah yang berlaku ke atas mantan Pengerusi DAP dan sesorang ahli politik veteran Karpal Singh pada pagi Khamis 1.10 pagi, di Lebuh Raya Utara- Selatan km 306.1. Kereta mendiang yang dipandu seorang warga India C. Selvam melanggar lori 5 tan yang membawa semen dan mosic dari arah belakang sebelah kanan lori tersebut. Kejadian di katakan berlaku semasa kedua-dua kenderaan beriringan di jalan itu. Akibat melanggar sebelah kiri lori itu, kenderaan yang dinaiki Karpal bersama anaknya, pembantu peribadi serta seorang amah, rosak di bahagian kiri, akibatnya Karpal dan pembantunya maut; manakala anak Karpal Ram Singh hanya cedera ringan, manakala amah mendiang mengalami kecederaan parah. Akan tetapi pemandu mendiang tidak mengalami apa-apa kecederaan.

Karpal Singh 1940-2014: Hanya Meninggalkan Nama

Karpal Singh, 74 meninggalkan kita selama-lamanya. Hanya nama beliau bakal kita ingati. Selama hidupnya mengabdi dalam politik Malaysia sebagai ahli pembangkang kepada kerajaan pusat; atas sebab sejak merdeka, negara ini tidak pernah bertukar kerajaan di peringkat pusat.

Bagi penyokong kerajaan, memang senantiasa menganggap Karpal sebagai musuh politik, maskipun ramai pemimpin kerajaan mengganggap mendiang adalah musuh dalam politik, akan tetapi sebagai kawan.

Suatu ketika, Anwar dan Karpal bermusuh; atas sebab Anwar masa itu adalah pemimpin kerajaan. Mereka berkawan apabila sama-sama menjadi pembangkang kerajaan. Karpal turut menjadi peguam utama Anwar dalam kes sodomi II.

Mendiang, menjadi musuh Pas dalam soal Hukum hudud, namun berkawan dalam Pakatan Rakyat.Malah mantan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, terkilan, atas sebab mendiang belum sempat memahami hukum Hudud sebelum meninggal. Mantan mentrei besar itu menyalahkan orang-orang Pas sendiri atas sebab gagal mendampingi mendiang, untuk menjelaskan apa itu Hukum Hudud.

Perlu diakui sebagai pemimpin politik, Karpal memberikan contoh, bahawa pendirian tegasnya tiada faktor sekililing yang mampu mengubahnya. Bayangkan sejak tahun 1978 sehingga kematiannya terus menjadi pembangkang.

Memang Karpal adalah musuh Bn, akan tetapi, mendiang kini telah tiada; anggaplah permusuhan itu adalah salah satu permainan politik. Atas kematian mendiang, matikanlah juga permusuhan itu bersama pemergiannya.

Thursday, 17 April 2014

Kematian Karpal Singh: Apa Kata Tan Sri Pandikar


KEHILANGAN SEORANG SAHABAT. Pada hari ini saya rasa sedih mendengar berita bahawa sahabat saya " kawan dalam lawan" yang terbaik telah menemui ajal dalam satu kemalangan jalan raya yg ngeri. Amat susah menemui insan yang sentiasa hidup "menentang arus" dan tidak "lemas"

"NGAUMAN SINGA JELUTUNG BERAKHIR"

The nation have lost a brave and well respected very senior politician. He was a very effective " check and balance" parliamentarian and for that matter the executive had lost a worthy adversary. Personally i have lost a personal friend who in the eyes of many thought that he was my enemy. But unknown to many, we were good friends, always communicated through memos and notes in parliament. We had deep respect towards each other.

I will inform the EC on Monday out of respect. Lets the funeral be over first. YB Gobind told me through the phone that the funeral would be held on Sunday in the late YB Karpal's residence in Penang.

Tokoh politik DAP, Karpal Singh yang meninggal dunia dalam nahas jalan raya awal hari ini merupakan seorang yang disegani oleh kawan dan lawan. 

Dikenali sebagai seorang yang tegas dan lantang menyuarakan pendirian, kehidupan mendiang sebagai ahli politik mahupun peguam, dipenuhi warna-warni termasuk kontroversi. 

Karpal Singh, 74, yang merupakan Pengerusi Kebangsaan DAP bukan berketurunan Cina pertama, tidak segan menegur pemimpin parti itu jika beliau anggap mereka mengeluarkan kenyataan tidak sepatutnya kepada umum. 

Antara yang pernah ditegurnya ialah Ketua Staf Pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang, Jeff Ooi kerana menghina penjawat awam sebagai 'kucing kurap' dan mahu Anggota Parlimen Jelutong itu meminta maaf secara terbuka selain berjanji tidak mengulanginya ketika konvensyen DAP tahun lepas. 

Beliau juga pernah dilapor oleh media pada Februari 2009 sebagai meminta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bertaubat kerana banyak menimbulkan masalah dalam pakatan pembangkang yang dianggotai DAP, PKR serta PAS. 

Dilahirkan di Kedah pada 28 Jun 1940 sebagai Karpal Singh Ram Singh, beliau menyertai DAP pada 1970 dan pantas mencipta nama dalam parti itu apabila menang kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bandar Alor Setar dalam pilihan raya umum 1974. 

Beliau bagaimanapun tewas di kerusi Parlimen Alor Setar kepada calon Barisan Nasional (BN) Oo Gin Sun dalam pilihan raya berkenaan. 
Pada 1978 Karpal Singh dilantik sebagai Pengerusi DAP Pulau Pinang, jawatan yang dipegangnya sehingga 1995, manakala pada 1982 diangkat sebagai Timbalan Pengerusi Kebangsaan sebelum dilantik menjadi Pengerusi Kebangsaan pada 2004. 

Jawatan itu dipegang beliau sehingga 29 Mac lepas. Karpal Singh melepaskan jawatan berkenaan setelah dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur yang mendapatinya bersalah menurut Seksyen 4(1)(b) Akta Hasutan 1948. 

Anggota Parlimen Bukit Gelugor itu sedang menunggu keputusan rayuan kes tersebut yang memungkinkannya hilang kelayakan sebagai wakil rakyat berdasarkan Perkara 48(1)(e) Perlembagaan Persekutuan menetapkan seorang wakil rakyat akan lucut kelayakan sekiranya dijatuhi hukuman penjara lebih setahun atau didenda lebih RM2,000. 

Mendiang pernah digelar sebagai 'Tiger of Jelutong' kerana berjaya mempertahankan kerusi Parlimen Jelutong selama lima penggal berturut-turut sejak 1978, sebelum ditundukkan oleh Lee Kah Choon dengan majoriti 775 undi. 

Pilihan raya umum (PRU) 1999 itu jelas tidak memihak kepada Karpal Singh yang turut kecundang di kerusi DUN Datuk Keramat. Jika diamati, beliau tidak begitu bernasib baik di peringkat DUN kerana kerap kali tewas antaranya Sungai Pinang (PRU 1990), Prai (pilihan raya kecil 1991) dan Padang Kota (PRU 1995). 

Beliau bangkit kembali dalam PRU 2004 apabila menang kerusi Parlimen Bukit Gelugor yang dipertahankannya pada 2008 dan 2013. 

Sepanjang menjadi wakil rakyat baik, di peringkat DUN mahupun Parlimen, Karpal Singh tidak pernah sunyi daripada kontroversi kerana mengeluarkan pelbagai kenyataan yang menyebabkan beliau sering dihalau keluar sidang DUN dan Dewan Rakyat selain turut digantung daripada menghadiri persidangan. 

Tindakan beliau itu mungkin dapat diperjelas menerusi kenyataannya dalam satu temu bual dengan Bernama pada 1995 yang berbunyi: "Peranan saya ialah mahu 'check and balance' supaya kerajaan yang memerintah tidak bebas menyalah guna kuasa". 

Karpal Singh juga pernah mencetuskan polemik apabila tegas menyatakan supaya PAS melangkah mayatnya dahulu sebelum mewujudkan negara Islam di Malaysia menerusi pelaksanaan undang-undang hudud. 

Selain itu, mendiang juga pernah ditahan menurut Akta Keselamatan Dalam Negeri menerusi Ops Lalang. 

Dari segi kerjaya sebagai peguam, Karpal Singh yang mendapat pendidikan menengah di St. Xavier Institution, Pulau Pinang dan ijazah Sarjana Muda Undang-Undang daripada University of Singapore pada 1968 banyak terbabit dalam kes berprofil tinggi. 

Antaranya ialah membela Anwar dalam kes liwat kedua Ketua Umum PKR itu yang bermula 2008 dan masih berterusan sehingga sekarang. Kes itu mencipta sejarah tersendiri kerana berlaku penangguhan sehingga puluhan kali. 

Karpal Singh pernah terbabit dalam nahas jalan raya pada 2005 di Pulau Pinang yang menyebabkan beliau lumpuh dan terpaksa berkerusi roda. 

Hari ini beliau dan pembantu peribadinya terbunuh dalam nahas pukul 1 pagi di Km 301.6 Lebuhraya Utara-Selatan arah utara berhampiran Gua Tempurung selepas kenderaan pelbagai guna yang dinaikinya melanggar belakang sebuah lori. 

Mendiang meninggalkan isteri, Gurmit Kaur dan lima anak. Dua anak lelakinya iaitu Jagdeep Sigh Deo dan Gobind Singh Deo mengikuti jejaknya menjadi peguam dan ahli politik. 

Jagdeep, merupakan Adun Datuk Keramat serta menjadi anggota Exco Kerajaan Negeri Pulau Pinang manakala Gobind pula Anggota Parlimen Puchong.

Karpal Telah Tiada- Siapa Bakal Peguam Utama Anwar

Karpal Singh, 74 maut apabila terlibat dengan kemalangan di Leburaya Utara berdekatan Kapar, Perak jam 1.10 pagi tadi. Kereta mewah beliau yang bernombor KS9898 melanggar belakang sebuah lori bermuatan semen, pasir dan besi, akibatnya kereta yang membawa MP Gelugor itu remuk mengakibatkan beliau maut ditempat kejadian. Turut maut adalah pembantu pribadinya, sementara yang tercedera, Ram Singh anak mendiang, Selvam pemandu kereta itu serta pembantu Karpal Singh seorang wanita rakyat Indonesia.

Kapal adalah Pengerusi DAP, sebelum melepaskan jawatan itu awal Mac, sementara menunggu rayuan Hukuman di Mahkamah Rayuan berhubung penghinaan kepada Sultan Perak semasa krisis Perlembagaan Perak tahun 2009.

Juga, Karpal adalah peguam Utama Anwar dalam kes Sodomi II, di mana kes itu kini berada di Mahkamah Persekutuan, kerana Anwar dijatuhi hukuman penjara 5 tahun pada 7 Mac oleh Mahkamah rayuan. 

Selepas ketiadaan Karpal, siapa bakal peguam Utama Anwar? dalam kes Sodomi II?

Hukum Hudud: Parti PAS Tikam Belakang DAP dan PKR: Aziz Bari

Pakar perlembagaan Prof Abdul Aziz Bari mendakwa PAS "keliru dan tidak jelas" berkaitan bidang kuasa dan cara pelaksanaan hudud di negeri itu ekoran hasrat mereka mahu mengemukakan rang undang-undang persendirian berkaitannya di Dewan Rakyat.

Katanya lagi, kenyataan pemimpinnya, termasuk Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang dan exco Kelantan Dr Fadzli Hassan juga tidak membantu menjelaskan perkara itu.

"Kalau PAS Kelantan kata ini kuasa pusat - sebagaimana yang didakwa oleh Dr Fadzli - kenapa mereka luluskan enakmen itu pada 1993? Kalau dah sedar itu bukan kuasa negeri mengapa buat undang-undang itu?

"Saya tahu mereka akan jawab ini soal akidah dan tanggungjawab. Soalan saya kenapa hal itu tidak pernah dijelaskan? Ini yang saya kata Kelantan gagal merangka rangka dasar dan hala tuju untuk pelaksanaan hukum hudud ini.

"Pelik. Seperti yang saya katakan tadi kalau dah tahu awak tak ada kuasa apa yang awak buat benda itu?” soal ahli akademik itu dalam e-mel balasan kepada Malaysiakini.

Beliau ditanya berhubung tindakan Kelantan mahu membawa rang undang-undang persendirian bagi membuka laluan kepada pelaksanaan hudud di Dewan Rakyat.

Abdul Aziz yang juga pensyarah Universiti Selangor (Unisel) berkata beliau sebelum ini pernah membangkitkan perkara itu dan menawarkan diri untuk membantu tetapi dipandang sepi.

'OK bila sampai Putrajaya'

Beliau sebaliknya berpandangan pelaksanaan hudud boleh dilaksanakan apabila Pakatan Rakyat menguasai Putrajaya dan PAS perlu bersabar serta menjelas implikasi undang-undang dan politik daripada isu ini.

"Tapi mungkin kerajaan Kelantan ketandusan isu dan parti tertekan kerana gagal menjelaskan isu ini kepada ahli-ahli. Ini pun pelik juga. Kalau ahli sendiri pun tak boleh kawal, nak menang macam mana?" sindir Abdul Aziz.

Sementara itu, beliau juga turut mempersoal mengapa Umno sebagai parti kerajaan tidak membentang rang undang-undang persendirian itu atau parti itu dianggap masih belum mengubah sikap tidak mahu melaksanakan hudud seperti dimaklumi.

"Dengan kata lain Umno hanya buat gimik dan mahu PAS bergaduh dengan DAP dan PKR atau isu ini.

"Dan nasib tak baik PAS akan hilang banyak kerusi di luar Kelantan kerana insiden ini menampakkan yang PAS sanggup tikam dari belakang," katanya.

MH370: Pencariannya Masih Teka Teki

Seorang pakar kelautan Erik van Sebille, daripada University of New South Wales, Australia menyifatkan pencarian bangkai pesawat MH370 di dasar laut, ibarat misi naik ke bulan, mengetahui bagaimana melakukannya, akan tetapi sukar untuk dilakukan.

Kedalaman lautan Hindi merupakan cabaran utama. Robot berteknologi tinggi Bluefin 21, gagal 2 kali dalam misinya, atas sebab kedalaman laut dan masalah teknikal.

Sehingga kini, pasukan pencari masih berteka teki berhubung kehilangan pesawat itu; bukan sahaja berteka teki berkaitan dengan kehilangannya, malah berteka teki berhubungan lokasi di mana pesawat itu terhempas.
Pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru berlepas daripada KLIA menuju Beijing pada pagi 8 Mac, namun sehingga kini hilang misteri.

Karpal Singh Maut Kemalangan



TAPAH 17 April - Ahli Parlimen Bukit Gelugor, Karpal Singh maut dalam satu kemalangan ngeri di kilometer 301.6, Lebuh Raya Utara-Selatan menghala arah utara berhampiran Gua Tempurung pada kira-kira pukul 1.30 pagi ini.

Turut terkorban dalam kemalangan berkenaan ialah pembantu peribadi beliau, Michael Cornandez.


Karpal yang dipercayai dalam perjalanan dari Kuala Lumpur ke Pulau Pinang kerana perlu menghadiri satu kes mahkamah mati di tempat kejadian akibat cedera parah.

Kemalangan berlaku apabila kenderaan jenis Toyota Alphard yang dinaiki Karpal melanggar sebuah lori yang cuba menukar laluan tanpa memberi isyarat. -

Wednesday, 16 April 2014

MH370: Mengapa Susah Dicari?

Memasuki hari ke-40; tiada sebarang tanda di mana pesawat yang membawa 239 penumpang bersama kru yang hilang kurang satu jam selepas berlepas daripada KLIA pada 8 Mac menuju Beijing, China.

Hanya satu perancangan rapi sahaja, menyebabkan pesawat itu sukar dicari. Kalau ianya kemalangan biasa, sudah tentunya tidak akan terjunam di lokasi yang terlalu jauh melencong daripada lokasi asal.

Melihat cara pesawat itu hilang, memang satu perbuatan manusia. Alat komunikasi pesawat dipadam selang 14 minit, bermula pada 1.07 pagi kemudian 1.21 pagi. Pesawat hilang daripada radar awam 1.30 pagi; meskipun dikesan radar tentara pada 2.15 pagi 320km utara Pulau Pinang. Data ini yang digunakan bahawa pesawat itu berpatah balik, dan kemudian meneruskan penerbangan di lokasi terpencil, lautan yang terdalam.

Hanya perbuatan manusia sahaja yang membolehkan pesawat mengubah-ubah ketinggian dan mengubah-ubah laluan serta mengubah-ubah kelajuan. Kalau autopilot, tidak akan berlaku demikian.

Data menunjukkan bahawa pesawat sebaik sahaja mula memasuki ruang udara Vietnam, maka berpatah balik, lalu terbang tinggi ke paras 45,000 kaki atas permukaan laut, 10,000 kaki limit biasa. Pesawat itu terbang selama 23 minit pada ketinggian itu; kemudian, turun ke paras 23,000 kaki dan turun lagi sehingga 5,000 kaki atas permukaan laut, namun dengan kelajuan maksimum. Tujuan terbang rendah dengan kelajuan supersonic adalah bertujuan menghindar dikesan radar bumi; terbang tinggi, adalah untuk mempingsankan penumpang dan kru. Dua kemungkinan berlaku pertama pesawat itu diterbang oleh seseorang yang berada di cockpit pesawat, yang kedua, pesawat dikawal menggunakan drone oleh pesawat lain; kemungkinan pesawat tempur. Selepas 9/11, memang pesawat komersil, boleh dikendalikan secara drone (kawalan komputer) oleh pasukan jet fighter. Di Dunia, hanya Amerika dan Isreal sahaja mempunyai kepakaran itu.

Hukum Hudud Kelantan: Pakatan Rakyat Bakal Berpecah

JIKA benarlah PAS serius untuk membentangkan usul di Dewan Rakyat Jun ini secara bersendirian berhubung pelaksanaan Hukum Hudud Di Kelantan; kemungkinan besar tindakan itu akan menghancurkan pakatan longar Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat adalah terdiri daripada Parti DAP, PKR dan PAS.Pakatan tiga parti itu sebenarnya wujud selepas PRU-12 dan sehingga kini tidak didaftarkan sebagai parti.

Hukum Hudud secara konsisten ditolak oleh DAP dan turut diikuti PKR.

Ada desas desus, bahawa 88 ahli BN yang beragama islam akan menyokong usul Pas itu, jika ini berlaku, maka iannya akan menjadi undang-undang dalam negara.

Jika menurut laporan yang memetik Presiden PAS Dato Abdul Hadi Awang; Pas dikatakan tidak akan berganjak dengan keputusan parti itu untuk membentangkan usul Hukum Hudud di Dewan Rakyat; meskipun mendapat halangan dan tentangan daripada sekutunya DAP dan PKR. 

Akan tetapi, satu kemuskilan masih berlaku, sejak wujudnya Pakatan Rakyat, apa sahaja tindakan PAS, bakal akan cair, apabila diadakan mesyuarat permufakatan Pakatan Rakyat. Atas sebab itu, pendirian PAS bagi pelaksanaan  HUKUM HUDUD di Kelantan; sebenar masih kabur; malah ada yang menyiafatkannya sebagai sandiwara lama parti itu.

Tuesday, 15 April 2014

MH370 : wreck hunters Yakin Pesawat itu Bakal Dijumpai

David Maerns, Wreck Hunters yakin bahawa MH370 bakal dijumpai. David yang berjaya menjumpai HMS Sydney 2008, selepas tenggalamnya kapal itu tahun 1952. Beliau juga membantu dalam pencarian AF447 tahun 2009. Faktor yang mendorong, mengapa pencari harta karun yakin menjumpai pesawat itu adalah, 4 pancaran kotak hitam yang dikesan HMS Ocean Shield sebelum ini. Pancaran itu, bukan mudah dikesan pada lautan seluas itu. Atas sebab pancaran itu, memang berasal daripada Kotak Hitam pesawat MH370, maka atas sebab itu dikesan. Pasukan pencari yang dikoordinasi Australia masih berhati-hati mengumumkan temuan itu, atas sebab belum terjumpanya sebarang serpihan pesawat malang itu, walaupun telah dicari memasuki hari ke-38. Angus Housten Ketua JACC hanya berani berkata bahawa pesawat itu dijumpai, jika menjumpai serpihan. Pada lewat Isnin, robot yang digunakan memeta dasar laut Bluefin 21, terpaksa menamatkan operasi lebih awal  apabila kedalaman laut melebihi kemampuan alat itu. Alat itu diprogramkan pada kedalaman 4,300-4,400 meter, namun apabila menjumpai kedalaman yang lebih dalam, secara automatik, alat itu akan mengapung semula. Robot itu seharusnya beroperasi selama 16 jam, namun hanya 6 jam menghentikan operasinya.

MH370: Operasi Bluefin selama 6 jam- Tidak Mengesan Apa-Apa

Bluefin 21 beroperasi pada kedalaman 4,300-4,400 meter, jika mendapat kedalaman lebih daripada itu, secara automatik, akan menghentikan operasi dan terus timbul. Pada kedalaman 4,300-4,400 meter, robot iru boleh beroeprasi selama 16 jam, akan tetapi pada operasi pertamanya, hanya 6 jam robot itu berhenti dan kembali mengapung. Walau bagaimana, data selama 6 jam selepas dimuatturun, tidak menemukan sebarang clue bangkai pesawat.  Cabaran kepada pasukan pecari, adalah kedalaman laut selain keluasan kawasan liputan. Namun sebagai panduan, pasukan pencari akan mempergunakan jangkaun pancaran daripada kotak Hitam pesawat itu, bagi menentukan keluasan kawasan pencarian. Berasaskan limit pada robot bluefin 21, maka operasi pemetaan dasar laut akan memerlukan 6-8 minggu untuk meliputi semua kawasan.

MH370: Bluefin 21 Sepatutnya Beroperasi 16 Jam, Tapi 6 Jam Timbul Kembali

Pada kedalaman 4,500 meter, Bluefin 21 dapat beropetasi selama 16 jam, namun jika kedalaman melebihi itu, jangka hayat operasinya akan menjadi singkat. Ini yang berlaku pagi tadi, apabila robot itu timbul semula hanya 6 jam beroperasi, ertinya kedalaman tempat operasi melebihi limit robot itu. Atas sebab kedalaman lautan, maka operasi pemetaan dengan menggunakan bluefin 21 akan memakan masa berbulan-bulan. Ertinya, sehingga masa itu dicapai, maka kehilangan MH370 tetap akan misteri.

MH370: Cara Kerja Robot Bluefin 21


MH370: Apa Kah Betul Pesawat Itu Terhempas Disini?

Apa kah memang pesawat itu terhempas di lokasi ini? Mengapa hanya di hari ke-25 baru ada pancaran daripada Kotak Hitam? Mengapa hanya selepas 24 hari baru mencari menggunakan underwater locator bermula? Mengapa selepas 4 pancaran yang dikesan daripada Kotak Hitam, yang bermula daripada 5,6, 8 Mac kemudian pancaran itu gagal dikesan lagi?  Masuk hari ke-38 iaitu hari ini, digunakan robotic vehicle Bluefin 21 untuk menjalankan pemetaan dasar laut. Apa kah pencraian di lokasi ini merupakan satu sandiwara? sama seperti memburu Osama bin Laden di Afghanistan selama 13 tahun, sebenarnya Boss Al-Qeada itu berada di Abbottabad Pakistan. Osama berjaya dibunuh US Navy Seal pada 3 May 2011 dalam satu operasi rahsia. Sedar kah kita, bahawa Amerika memerlukan masa lebih sebulan untuk menafikan bahawa pesawat yang membawa 239 penumpang termasuk kru yang hilang pada pagi 8 Mac tidak mendarat di Diego Garcia; sedangkan pada 13 Mac, semasa operasi mencari sedang ditumpukan di Lautan Hindi, Pentagon percaya pesawat itu terhempas di Lautan Hindi. Malaysia memerlukan 11 hari untuk mengakui kenyataan itu.  Kehilangan pesawat di pagi 8 Mac diselubungi misteri. Kehilangan pesawat itu, tidak seperti biasa kemalangan pesawat sebelum ini. Melihat kepada cara kehilangan pesawat itu, adalah tidak mustahil, bahawa pesawat itu tidak terhempas di lokasi pencarian, akan tetapi besar kemungkinan pesawat itu berada di suatu lokasi rahsia. Mustahil, pesawat sebesar itu dengan muatan serta berbagai jenis barangannya yang boleh terapung, tiada satupun berjaya dikesan?  Apa kah benar kenyataan seorang penulis terkenal Amerika Dr Kevin Barett, bahawa CIA mengetahui lokasi pesawat itu? Cara kehilangan pesawat MH370, hanya CIA sahaja mempunyai kemampuan itu, sama seperti peristiwa 9/11. Dalam dunia moden ini, hanya Musaraff sahaja berjaya memperdaya CIA, berkaitan dengan Osma bin Laden. Kini, CIA menebus maruahnya dengan melakukan sandiwara, sehingga satu dunia panik dan terpingah-pingah. Malaysia, tersepit dengan permainan berstatus high level ini.

Labels

Blog Archive