Sunday, January 31, 2010

Khalid Samad Kini Beralih Ganyang Umno Dah Puas Dengan Hassan Ali

Betul kah Khalid Samad tidak kecewa walaupun digantung jawatan sebagai Yang DiPertua Pas Shah Alam dan Ahli Lujnah Politik Pas Pusat selama enam bulan berkuatkuasa semalam?.

"Ramai yang tidak sedar, tetapi pada hakikatnya matlamat minimum saya telah pun tercapai," katanya di dalam laman blog beliau www.khalidsamad.com.

Matalamat saya agar Hassan Ali diberi kata dua oleh parti. Itu sudah tercapai. Hassan Ali tidak boleh lagi mengaku bahawa semua tindak tanduknya mendapat restu pemimpin pusat.

Pada masa ini "saya akan menumpukan masa pula mengganyang umno sehingga umno tersunggkur" demikian akuan Khalid.

AYT ingin tanya pada Khalid ini, kamu nak ganyang UMNO? selama ini pun kerja Pas hanya ganyang Umno. Kerja Pakatan hanya ganyang Umno. Bagi Pakatan Umno adalah punching bag.

Isu pakatan hanya: SEMUA MASALAH DALAM NEGERA INI DISEBABKAN OLEH UMNO.

Gereja dirosak, Pakatan kata disebabkan oleh Umno.Zaharin kata Lim Guan Eng diktator,komunis Pakatan kata disebabkan oleh Umno.

Anwar melakukan kerja liwat juga disebabkan oleh Umno.

Orang kristian mahu menggunakan kalimah Allah juga kerana Umno.

Pemimpin Pakatan rasuah dan salahguna kuasa juga kerana Umno.

Wahai Khalid (mengelar diri pula semacam Khalid Al-Walid), kamu siapa mengganyang Umno.

Wahai Khalid, sebelum kamu jadi ahli politik, kamu bekerja pada Petronas. Kamu jadi kaya kerana Petronas. Kalau bukan kerana hasil daya Umno, Petronas tidak akan wujud dalam negara ini.

Rakyat dah tahu kamu Khalid.. kamu berjuang demi politik, sehingga akidahpun kamu korbankan. Laporan Zulkefli Nordin dan 16 NGO mengenai kamu kerana kamu menghina MAIS dan JAIS termasuk Sultan Selangor masih menunggu.

Parti kamu hanya memberikan kamu 6 bulan untuk tidak aktif, kata kamu itu tidak penting,kerana bagi kamu, sosok tubuh kamu seorang lebih berkuasa daripada parti kamu. Kerana itu, apabila parti kamu gantung kamu, kamu kata tak ada kesan.

AYT nak tunggu,apa kah kamu boleh menang pada PRU akan datang? masa akan menentukan.

Anwar Sodomy II-Amensti Antarabangsa Sudah Buat Hukuman

Bagaimana kah Sodomy II Anwar dikatakan bermotifkan politik? Disebabkan Anwar seorang ahli politik, maka sebarang salah laku dan apabila dihadapkan ke mahkamah maka dikatakan bertujuan politik?.

Kes Sodomy II Anwar tiada kait mengait dengan kerajaan mahupun parti politik yang memerintah.

Sodomy II Anwar adalah antara Anwar sendiri dengan pengadu yakni Saiful Azlan Buhari sebagai mangsa.

Kes sodomy II ini hanya dibicarakan mengikut undang-undang negara. Saiful sebagai mangsa mengemukakan kesnya kepada mahkamah, yakni peneggak undang-undang negara ini.

Salah kah Saiful? Salah kah mahkamah kerana membicarakan kes seseorang yang mahu menegakkan keadilan untuknya.

Amensti antarabangsa melalui jurucakapnya Sam Zarifi menuduh kerajaan Malaysia, bahawa perbicaraan sodomy II Anwar yang akan berlangsung pada 2/2/2010 ini bertujuan politik.

Sam Zarifi juga mendakwa bahawa setelah 12 tahun tuduhan serupa dibuat lagi kepada Anwar dengan tujuan untuk mematikan karier politiknya.

Kenapa kah Amensti ini tidak bertanya kepada diri mereka sendiri? Apa kah keadilan untuk Saiful?

Saiful bukan budak ingusan, Saiful bukan budak mentah, Saiful bukan budak kurang waras. Saiful adalah seorang rakyat Malaysia yang terpelajar dan bermaruah.

Bagi AYT tidak lojik seseorang akan mengorbankan dirinya kerana semata-mata diminta oleh orang lain? Kenapa berlaku pada Saiful? Ramai lagi insan-insan di Malaysia yang boleh mengaku? penagih dadah misalnya, banduan yang menunggu dihukum gantung misalnya, semuanya boleh berbuat demikian, jika benar lah bahawa sesuatu fakta yang tiada itu diada-adakan.

Sebenarnya Amensti antarabangsa tersebut melalui Sam Zarifi hanya menyuarakan keingin Anwar, kerana Anwar suka mempergunakan orang-orang luar demi membela dirinya.

Amensti Antarabangsa ini hanya mahu menjadi popular dengan ikut campur urusan negara berdaulat.

Mahkamah negara ini hanya membicarakan kes bagi rakyat Malaysia yang mahu menutut keadilan.

Kenapa kah Amensti Antarabangsa tersebut dan Anwar sendiri begitu takut dengan pembicaraan? Apa kah mereka tahu bahawa Anwar akan didapati bersalah, kerana memang betul Anwar melakukan liwat terhadap Saiful.

Bagi negara Barat, kes meliwat dikatakan masalah pribadi dan orang lain tidak perlu ikut campur.

Namun bagi negara ini, telah jelas bahawa melakukan sex diluar tabii adalah salah dari segi undang-undang dan boleh dihukum sehingga 20 tahun penjara.

Amensti antarabangsa itu perlu mengkaji dakwaannya dengan mendakwa Anwar dilarang melihat pertuduhan kepadanya.

Sebenarnya Anwar telah tahu semua pertuduhan kepadanya. Tetapi Anwar mahu mendapatkan bukti-bukti "fizikal" yang akan digunakan untuk mendakwa dirinya. Jika semua bukti-bukti itu diberikan, ini bermakna tiada lagi pendakwaan, kerana bukti-bukti tersebut pasti akan dilupuskan sendiri oleh Anwar.

Bagi AYT, tunggu lah pembicaraan dilangsungkan, adalah pasti pihak pendakwaan akan mengemukakan seluruh bukti-bukti fizikal di depan Hakim, dan jika mahu membuat bantahan,maka lakukan lah pada saat dan ketika itu.

AYT ingin bertanya kepada Anwar sendiri,muslihat apa kah Datuk Seri ingin mendapatkan bukti-bukti fizikal sebelum pembicaraan dimulakan?

Bagi AYT, sebahagian besar rakyat pasti akan menyatakan bahawa Datuk Seri ingin melupuskan semua bukti-bukti fizikal tersebut.

Belum pun pembicaraan dimulakan (nota: pembicaraan ini telah beberapa kali tertanggu sejak tahun 2009, atas muslihat Anwar sendiri) maka mahkamah dituduh tidak akan melakukan keadilan kepada Anwar.

Saturday, January 30, 2010

Tembelang Zaharin Terbongkar !!!

 
Boleh percaya ke dakwaan pengerusi DAP Pulau Pinang bahawa Zaharin terpaksa menghentam Lim Guan Eng kerana projek mengurus Kelab Golf Bukit Jambul tidak diberikan kepada sebuah syarikat di mana Zaharin ada kepentingan.

Pengerusi DAP negeri Chow Kon Yeow berkata beliau percaya Zahrain kecewa berhubung keenganan Lim untuk tidak menyokong tender bagi pengurusan kelab golf Bukit Jambul kepada sebuah syarikat.

"Lim telah memaklumkan kepada saya bahawa Zahrain kecewa dengan kerajaan negeri kerana enggan menyokong syarikat itu untuk menjalankan pengurusan kelab golf," katanya kepada pemberita di sini Sabtu.

Chow juga berkata Zahrain juga kecewa berhubung penyingkirannya sebagai pengerusi PKR negeri.

Semalam, laporan akhbar menyebut Zahrain yang juga Anggota Parlimen Bayan Baru menuduh setiausaha agung DAP itu sebagai seorang diktator dan cauvinis dan berfikiran komunis.

Bagaimana rakyat boleh percaya pemimpin Pakatan? sesama mereka pun saling tidak dapat berkerja sama terutama dalam pembahagian kek ekonomi yang sepatutnya dinikmati oleh semua, bukan sahaja penyokong atau pemimpin Pakatan tetapi juga rakyat Pulau Pinang khususnya.

Bagi Ayt bagaimana mereka boleh membela rakyat secara telus dan adil, sedangkan sesama mereka pun bercakaran merebut peluang yang telah lama tersedia sejak zaman Umno-Bn lagi.

Rakyat perlu bertanya kepada kerajaan Pakatan, peluang apa yang mereka lahirkan untuk direbut oleh rakyat jelata?

Jika benarlah dakwaan pengerusi DAP Pulau Pinang tersebut, sekarang telah nyata bahawa kerajaan Pakatan langsung tidak mampu membangun negeri apa lagi negara.

Mereka hanya bergaduh sesama sendiri berebut pembangunan atau prasarana tinggalan Umno-BN.

Lim Guan Eng Diktator: Apa Kaitan Dengan Umno?

Lim Guan Diktator, berotak komunis dan cauvinis, apa pula kaitannya dengan Umno? Ramai bloger pro Pakatan mengaitkan bahawa pembongaran secara terbuka oleh ahli parlimen Pakatan daripada PKR Datuk Zaharin Mohd Hassim dikatakan ejen Umno.

Pembongkaran Zaharin ini dikatakan oleh pemimpin Pakatan terutama pengerusi PKR Pulau Pinang Mansor Osman semuanya itu adalah pendapat pribadi Datuk Zaharin.

Pemimpin Pakatan coba berselindung daripada bencana dalaman parti itu,namun rakyat sebenarnya sudah maklum,bahawa perkahwinan DAP-PKR-PAS adalah perkahwinan sementara dan tidak mungkin boleh bertahan.

Ideologi yang berbeza, DAP dengan Malaysian Malaysia kerana ideologi iitu gagal, maka ditukar kepada middle Malaysia; Pas pula dengan negara islamnya, bertukar pula islam ala turki, PKR pula tidak beridentiti, hanya berjuang untuk Anwar Ibrahim jadi perdana menteri.

Pakatan tidak ada isu langsung untuk mengabui mata rakyat. Pekong mereka telah terkangkang luas. Pekong Pakatan,apa kah di Pulau Pinang, Selangor, Kedah maupun Kelantan telah terpamir dengan luasnya. Pakatan tidak mampu membela rakyat. Pakatan hanya bercakap dibibir. Kalau pun ada kemajuan, adalah memajukan diri sendiri.

Rakyat sudah maklum, coba ikuti seluruh isu Pakatan, setiap apa sahaja masalah dalaman parti itu,pasti dikaitkan dengan Umno.

Apa hubungan Umno dengan Lim Guan Eng? Apabila Lim guan Eng bersifat diktator,berfikiran komunis seperti mana dakwaan rakan-rakannya, dikatakan pula ada hubungan dengan umno.

Zaharin yang juga merupakan ahli parlimen Bayan Baru hanya menyuarakan apa keadaan sebenarnya. Zaharin berkata benar bahawa seluruh janji-janji yang taburkan gagal dilaksanakan. Salah kah Zaharin?

Zaharin mengakui bahawa Lim hanya menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

Bagi Zaharin "Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Kalau Pilihanraya Kecil Di Kawasan Majoriti Cina-India: Betulkah DAP Boleh Menang? Sekadar Analisis

Seusai sahaja pilihanraya umum ke 12 (PRU-12) setakat ini belum ada pilihanraya kecil (PRK) yang membabitkan kawasan yang majoriti kaum cina dan india.

Dalam rekod setelah sembilan pilihanraya kecil diadakan selepas pilihanraya umum 2008 di mana keputusannya menunjukkan bahawa BN masih gagal memulihkan sokongan rakyat terhadapnya. BN tewas dalam enam pilihanraya kecil,tidak termasuk DUN Penanti yang tidak ditandinginya.

Melihat kawasan-kawasan ini semuanya membabitkan kawasan majoriti kaum melayu atau bumiputra.

Seperti yang dijangkakan, BN berjaya mengekalkan dua kerusi DUN - Batang Ai (Sarawak) dan Bagan Pinang (Negeri Sembilan), tetapi tewas kubu kuatnya - kerusi parlimen Kuala Terengganu - kepada PAS.

Kecuali prestasi menggalakkan BN dalam pilihanraya DUN Manek Urai, gabungan parti Pakatan berjaya menang dengan tambahan majoriti di Bukit Selambau, Bukit Gantang dan Permatang Pauh.

BN bagaimanapun memberi tentangan hebat di Manek Urai apabila PAS hanya mampu mempertahankan kerusi itu dengan majoriti tipis - daripada 1,352 (2008) kepada hanya 65 undi. Tetapi kegembiraan BN itu tidak lama kerana ia tewas lagi di DUN Permatang Pasir Pulau Pinang.

BN bagaimanapun memutuskan tidak bertanding dalam pilihan raya kecil DUN Penanti, di mana calon PKR menang dengan majoriti lebih besar, selepas mengetepikan saingan daripada dua calon bebas.

Keputusan seluruh PRK-PRK tersebut adalah bagi Kerusi Parlimen: Kuala Terengganu ( PAS), Bukit Gantang (PAS) and Permatang Pauh (PKR). DUN: Bukit Selambau (PKR), Batang Ai (Bn-PRS), Penanti (PKR), Manek Urai (PAS), Permatang Pasir (PAS), and Bagan Pinang (Bn-Umno).

Menganalisis kebarangkalian yang ada, hanya kawasan-kawasan yang melibatkan kawasan melayu; baik Umno-Bn dan juga Pakatan mempunyai rekod yang boleh menjadi penanda aras keupayaan masing-masing.

Namun bagi kawasan-kawasan majoriti kaum cina-india, setakat ini belum ada rekod yang boleh dijadikan sandaran atau penanda aras, kecuali keputusan PRU-12

Dalam hal ini Pakatan belum boleh mendabik dada kerana kaum cina-india memberi peluang kepada parti itu menang melalui PRU-12 yang lalu, demikian juga Umno-Bn jangan lah merasa kecut kerana kalah pada PRU tersebut.

Jangan semat di dada masing-masing bahawa kawasan tradisi yang biasa dimenangi oleh DAP, maka akan terus dimenangi. Kaum cina- india adalah kaum yang cintakan suasana kondusif untuk perniagaan. Kaum ini telah menyaksikan bahawa keadaan itu telah sirna ekoran keadaan yang tidak menentu di kawasan-kawasan "central business centre" kerana kehadiaran pelampau-pelampau yang mengwujudkan suasana tidak tenteram.

Bukti penolakan kaum cina dan india kepada keadaan yang tidak tenteram ini mereka buktikan di DUN Bangan Pinang, bahawa semua peti undi majoriti kaum cina-india telah mengundi calon Umno-Bn.

Melihat keadaan ini adalah menjadi cabaran kepada parti MCA-MIC-Gerakaan untuk melipat gandakan usaha agar sokongan kaum-kaum yang menjadi tradisi pengikut dan penyokong parti masing-masing supaya kembali menyokong parti-parti itu jika di adakan pilihanraya umum mengejut, mungkin dalam tempoh 10 atau 12 bulan daripada sekarang.

Signal pilihanraya ke-13 akan lebih jelas apabila Umno selesai mengadakan pehimpunan agong pada bulan oktober ini. Melalui AGM itu Pak Najib dan Pak Muhyiddin akan membuat rumusan tentang sambutan akar umbi terhadap Umno.

Khalid Ibrahim Kecewa: Hassan Ali Hanya Dapat Surat Amaran

Pesurujaya Pas Selangor Dr Hassan Ali memang lantang. Hassan Ali lah yang memberi kata dua kepada MB Selangor Khalid Ibrahim agar pecat Ronnie Liu.

Masa itu Hassan Ali pada mulanya tidak mahu bergajak daripada desakannya agar Ronnie Liu dipecat daripada exco kerajaan Selangor, kerana soal BEER.

Hassan Ali memang suka buat Kecoh. Dalam beberapa pilihanraya Kecil, Hassan Ali selalu mengeluarkan isu sensasi.

Semasa PRK Manek Urai misalnya, dia kecoh pasal perpaduan, PRK Permatang Pasir Pulau Pinang dia kecoh pasal arak, PRK Bagan Pinang dia buat kecoh isu Selcat.

Malangnya Presiden Pas Hadi Awang dan Nik Aziz hanya berdiam diri soal tindak tanduk Hassan Ali ini. Nampaknya mereka setuju agar Hassan Ali keluarkan isu yang boleh menarik perhatian rakyat.

Pas ingin menonjolkan dirinya sebagai parti dominan dalam Pakatan, yang sekarang ini dimiliki PKR. Pas tidak mahu PKR yang mengatur Pakatan. Sudah lah di Perak DAP yang mengatur PAS dan PKR. Di Selangor pula PKR yang menagtur PAS. Di Pulau Pinang PAS tidak diberi peranan.

Melalui Hassan Ali Pas mengeluarkan isu yang menemplak kerajaan Pakatan. Hassan Ali bagi Pakatan seperti duri dalam daging, kerana itu Khalid Tak suka kehadirannya dalam exco Selangor.

Hukuman yang ditunggu-tunggu Khalid sungguh mengecewakannya. Khalid berharap seperti juga harapan Anwar,agar Hassan Ali digantung atau dipecat oleh Parti Pas tidak menjadi. kenyataannyaJawatankuasa displin parti Pas hanya meluluskan surat amaran kepada Hassan Ali,itu pun hanya formaliti..

Anwar Tambah Pening! Pening! Zahrin- Bayan Baru Pulau Pinang Pula Buat Hal

Anwar bertambah pening. Ahad lalu Yb Azan letak jawatan sebagai timbalan pengerusi PKR Pahang. Sebab-sebab yang diberikan, dia hilang kepercayaan kepada pimpinan PKR Negeri.

Minggu lalu juga orang kepercayaan Anwar, Khalid Ibrahim yang juga MB Selangor kehilangan bertaut dalam arena politik, apabila Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuainya lumpuh, ekoran keluar beramai-ramainya Ahli jawatankuasa cabang tersebut. Khalid Ibrahim memberi respon kepada keluarnya AJK Cabang PKR tersebut dengan mengumumkan pembahagian geran tanah kepada 6,000 keluarga di DUN Ijok yang diwakilinya.Tujuan Khalid agar pengundi di situ terus mengundi dia jika ada pilihanraya.

Minggu lalu juga, Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu dibidas Anwar sebagai seorang pelampau. Zul-kulim akan dihadapkan kepada lembaga displin parti kerana membuat laporan polis terhadap Khalid Samad Ahli Parlimen PAS bagi kawasan Shah Alam. (Nota: Khalid Samad digantung keahliannya oleh partinya sendiri selama 6 bulan. Atas penggantungan tersebut dengan sendirinya juga tugasnya sebagai pesuruhjaya Pas Shah Alam tergantung).

Sudah lah Anwar pening dengan kes meliwat Saiful yang akan dibicarakan di mahkamah pada 2 Februari ini, permohonannya  untuk mendapatkan bukti-bukti telah ditolak pagi jumaat oleh mahkamah.

Kebingungan Anwar bertambah lagi apabila mantan Pengerusi PKR Pulau Pinang Datuk Zaharin Mohd Hassim (Digantikan oleh Dr Mansor Osman sebaik sahaja orang kuat Anwar ini menang PRK Pematang Pasir)membuat kenyataan keras terhadap Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng (orang Melaka) menyamakan ketua menteri itu sebagai komunis,diktator dan cauvinis.

Zaharin yang juga merupakan ahli parlimen Bayan Baru Malah turut menegaskan, bahawa pakatan pembangkang itu harus berhenti bertolak ansur dengan pemimpin dari Melaka terbabit yang gagal melaksanakan janji-janji mereka yang 'ditabur' pada pilihan raya umum lalu.

Bekas ketua perhubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu memberitahu, Lim menjadi bebanan kepada PR Pulau Pinang jika dia terus memerintah dengan gaya diktatornya sambil berkata beliau bukan menyerang DAP, .

"Lim tidak gemar dikritik. Beliau juga melabel mereka yang mengkritiknya sebagai ejen Barisan Nasional, malah rakan-rakan DAP juga tidak boleh membantah jika beliau membuat sesuatu keputusan,” dakwanya.

Zahrain berkata antara janji-janji manis pilihan raya itu adalah pilihan raya majlis tempatan dan sistem tender terbuka.

Katanya, Lim keberatan untuk menjalankan pilihan raya peringkat pihak berkuasa tempatan itu kerana ia mungkin akan mengurangkan kuasanya.

"Dia yang juga berjanji untuk menjalankan sistem tender terbuka tetapi apa yang dilakukannya sekarang lebih teruk dari Barisan Nasional (BN) kerana dia sendiri yang mempengerusikan lembaga tender.

"Semasa Barisan Nasional memerintah, pemilihan lebih telus dan seimbang kerana pengerusi akan dilantik daripada kakitangan awam," katanya.

Tambahnya, beliau akan dituduh ejen kepada Umno jika mengkritik pemimpin nombor satu negeri ini.

"Saya sudah tentu bukan ejen Umno. Saya tidak mahu melihat PR melupakan janji-janjinya kepada rakyat,"

"Ia amat memalukan apabila projek-projek dianugerahklan kepada kroni," katanya.

Zahrain berkata, Lim tidak sesuai sebagai Ketua Menteri kerana beliau bukan dari kalangan rakyat tempatan dan tidak memahami tentang sentimen tempatan.

"Beliau juga gagal membawa pelabur luar walaupun telah ke seluruh dunia untuk menarik pelabur. Pengundi tahu, rakyat Pulau Pinang sangat teliti dengan perkembangan ekonomi," katanya.

Dalam pada itu beliau mempersoalkan, satu pertiga daripada ucapan Lim ketika konvensyen PR dibuat dalam bahasa Mandarin.

Sebagai seorang pemimpin dalam PR, dia seharusnya menghormati setiap bangsa dan berucap dalam bahasa yang difahami pada setiap majlisnya, katanya.

Serangan oleh Zahrain ini menyusul sebaik Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin tidak sependapat dengan parti dalam isu kalimah Allah.

Friday, January 29, 2010

Tepat!! Najib Tak Lantik KJ Dalam Kabinet

Lebih parah kepada Umno jika KJ dilantik menganggotai kabinet Najib. Persepsi rakyat bahawa KJ lah penyebab melopongnya sokongan rakyat terhadap Umno pada PRU-12 adalah atas tindak tanduk anak muda rembau ini.

Luka parah kepada imej UMNO dan Barisan Nasional yang ditinggalkannya hingga ke saat ini masih belum sembuh. (Nota: semalam mesyuarat exco pemuda Umno meminta KJ letak jawatan kerana gagal menjalankan amanah yang diberikan kepadanya sebagai ketua pemuda).

UMNO sendiri bukan sahaja masih yakin bahawa Khairy tidak mendapat sokongan dalam parti ( kemenangannya sebagai Ketua Pemuda UMNO kerana politik wang) tetapi juga meragukan sokongan di luar parti terhadapnya.

Maka itulah sebabnya jentera pilihanraya BN dalam beberapa pilihanraya kecil yang telah diadakan meminta supaya Khairy menjauhkan diri, tidak menunjukan muka atau tidak memberikan sentuhannya.

Najib harus ingat kerana nasihat orang inilah negara berada dalam malapetaka kebebasan yang tidak terbatas dan liar hingga sekarang ini. Khairy adalah merupakan kepala di tingkat 4 bersama seorang lagi tuhan hindu yang telah menyebabkan wartawan wartawan Melayu lari dari NST. Atas pengaruhnya jugalah maka MAS terpaksa membuka banyak ruang kepada Air Asia yang bukan merupakan penerbangan nasional.

Khairy telah mempunyai hubungan rapat dengan Kalimullah yang telah menggunakan NST untuk menghancurkan asas asas ketatanegaraan yang diasaskan sejak merdeka.

Datuk Seri Najib harus melihat wajah Khairy sebagai orang yang telah mengkhianti asas asas keharmonian negara yang telah dibina oleh ayahnya Tun Abdul Razak. Sejak pemerentahan Abdullah Badawi DEB telah diinjak injak dan lain lain asas hidup bersama telah dihancurkan dalam euphoria kebebasan baru.

Sebenarnya negara tidak aman lagi, selain dari rompakan, pencolekan, pendadahan dan pembunuhan juga telah berlaku pencabulan dan perogolan terhadap maruah negara.

Adakah Khairy yang mengetuai tingkat 4 dapat menafikan dosa dosa ini?

Datuk Seri Najib biasa dengan bahasa yang indah dan beradab tetapi ruangan ini mahu memberi sekalung tahniah kepadanya kerana tidak melantik KJ. Jika beliau melantik Khairy menjadi sebarang jawatan dalam kabinet maka berarti beliau menjemput malapetaka kepada masa depan politiknya.

Timbalannya Tan Sri Muhyiddin jika ikhlas mesti memberitahu dengan segera kepada Najib tanpa berlapik lapik supaya beliau tidak terpengaruh dengan gambaran kekuatan yang dilukiskannya sendiri. Sebenarnya beliau tidak kuat seperti yang dilihatnya di kaca TV atau d iinternet.

Jangan terpengaruh dengan pengakuan Zahid Hamidi yang pernah berkata jika dia dilantik sebagai PM pada pukul 12.50, maka dia akan melantik KJ sebagai menteri pada pukul 12.51!!

Sudah Ku Duga Pakatan Dilanda Bencana! Kali ini Zul-Kulim Kata Zaid Ibrahim Itu Bagai Sampah

Sepatutnya Zaid Ibrahim keluar daripada Biro Politik Parti Keadilan Rakyat (PKR) sekiranya tidak berpuas hati dengan keputusan parti itu.

Zaid itu hanya ‘sampah Umno’ dan hanya liabiliti kepada PKR.

“Zaid adalah anggota biro politik parti, kerana beliau juga terbabit dalam membuat keputusan terhadap saya dan beliau sepatutnya hormati keputusan itu, bukannya mengutuk pimpinan parti terhadap keputusan berkenaan."

“Kalau tidak setuju, keluar saja daripada biro politik. PKR buat begitu kerana mengikut tatacara dan peraturan parti, saya akan berdepan dengan jawatankuasa disiplin."

"Zaid adaalah seorang politikus yang betul-betul macam tikus akan mengambil kesempatan di mana saja ada peluang."

Semalam, akhbar melaporkan Zaid yang juga Pengerusi Penaja Pakatan Rakyat Malaysia (PRM), menyifatkan PKR sebagai sebuah parti yang tidak mampu mempertahankan prinsip utamanya apabila gagal menangani isu Zulkifli dengan serius.

Zaid dalam laman blognya berkata, ada pihak takut untuk mengambil tindakan terhadap Zulkifli, selain menyifatkan Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu itu sebagai manusia istimewa yang tidak boleh disentuh dalam parti. Zulkifli turut mempersoalkan tindakan Zaid sebelum beliau menyertai PKR, yang mana perjuangannya bertentangan dengan prinsip yang diperjuangkan PKR.

Bagi Zul, Zaid orang yang memecahbelahkan Majlis Peguam Negara dan merosakkan institusi kehakiman. Pas juga perlu ingat inilah orang yang failkan saman bagi menghalang Pas laksanakan hukum hudud di Terengganu.

“Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim dihina, di mana beliau, malah tahun lalu beliau masih ingin bertanding sebagai Ketua Bahagian Umno, namun beliau adalah sampah Umno yang ditolak,” katanya.

Zul akan mempertimbangkan untuk keluar daripada PKR sekiranya Parti itu melarangnya menegakkan pendiriannya mengenai kalimah Allah.

Pakatan Kini Semakin Kalut- Zulkefli Nordin Menambahnya

Bencana demi bencana melanda Pakatan. Dari masalah satu ke masalah satu lagi. Dari masalah parti ke masalah pribadi. Semuanya melanda Pakatan.

Di Perak Nizar tiap malam mimpi.. bubar DUN Bubar DUN. Akibat mimpi sehingga Nizar terlibat kemalangan pada 6 januari lalu. Nizar masih bernasib baik walaupun benznya “turn turtle”.

Di Selangor, Khalid dirundung malang. Cabang PKR yang diketuainya lumpuh, ekoran keluar beramai-ramainya ahli jawatankuasa cabang tersebut. Khalid juga masih bingung menghadapi pertentangan Khalid yang satu lagi dengan Zul-Kulim yang berkisar tentang kalimah Allah.

Namun yang sangat bingung adalah Anwar Ibrahim sendiri. Kes Liwat kerana meliwat Saiful akan dibicarakan pada 2/2/2010. Anwar bukan sahaja tak dapat tidur, tetapi juga memeras otak setiap malam.

Gementarnya Anwar terlalu nyata apabila melalui blognya mempersoalkan siasatan SPRM terhadap isterinya Wan Azizah. Anwar mendakwa, kenapa baru sekarang SPRM menyoal isterinya, setelah kes melawat Saiful telah 2 tahun. Anwar hanya boleh melihat sesuatu perkara jika tidak berfihak kepadanya. Tetapi Anwar tidak akan ambil peduli kepada Saiful yang telah 2 tahun bersedia untuk mendapatkan keadilan.

Di Kelantan Nik Aziz disibukan dengan fiil menantunya yang menyalahgunakan kuasa. Menantunya itu mempengaruhi syarikat konsesi pengiklanan untuk menyaja pak mentuanya naik haji,namun kerana pembongkaran para bloger, maka Nik Aziz batal ke makkah.

Selain itu, Nik Aziz juga disibukan dengan pemebelian kek hari jadi yang di bayar oleh syarikat kerajaan negeri di mana menantunya masih CEO. Apa yan dipersoalkan di sini bukan lah kek harijadi, tetapi ketamakan. Bayangkan harga tak sampai seribu ringgitpun boleh disalah guna , apa tak lagi kalau berjumlah jutaan ringgit.

Berbalik kepada tajuk tulisan ini yakni mengenai Zul-kulim. Zul adalah kawan dan sahabat rapat Anwar. Anwar telah hilang sabar sehingga menuduh Zul sudah melampau. Malah Anwar menuduh Zul telah melanggar lunas-lunas demokrasi.

Perbuatan Zul-Kulim membuat laporan polis terhadap Khalid tidak disenangi DAP dan juga Anwar. Sementara Pas, tenang-tenang sahaja. Pas yang mengaku parti Islam, tidakpun membela Khalid. Nik Aziz tidak pun bersuara membela. Semua pemimpin Pas hanya berdiam diri membiarkan Khalid keseorangan. Hassan Ali, jauh api dari panggang. Harun Din apa lagi, bagi Harun Din bagi sesiapa orang islam berjuang dan menggalakan penggunaan kalimah Allah bagi umat kafir, maka kufur lah orang itu.

Zul-Kulim adalah factor pembongkar rahsia Pakatan yang selama ini mendakwa boleh berkerjasama. Melalui Zul-Kulim telah terserlah, bahawa DAP-PAS-PKR hubungannya telah reka menanti belah.

Orang islam dalam PKR mahupun Pas tidak akan mahu menggandai akidahnya kerana pendirian pemimpinnya yang hanya mahu jawatan. Anwar ber ia-ia menyokong penggunaan kalimah Allah bagi penganut kristian, kerana mahukan sokongan DAP. Selain itu, Anwar mahu bertapak di Sabah dan Sarawak kerana, Anwar tahu bahawa jumlah pengamal agama islam dan lain-lain agama di buah negeri tersebut adalah seimbang.

Karenah Zul-Kulim merosak agenda Anwar,kerana itu Anwar sungguh geram pada wakil rakyat dari Kulim- Bandar Baharu ini.

Thursday, January 28, 2010

Khairy Jamaludin Perlu Akur Desakan Letak Jawatan


Mesyuarat EXCO Pemuda UMNO Malaysia yag baru berakhir sebentar tadi dilaporkan kecoh apabila sebahagian EXCO Pemuda UMNO meminta Ketua Pemuda UMNO Malaysia, YB Khairy Jamaluddin meletak jawatan secepat mungkin bagi menyelamatkan pergerakan tersebut.

Menurut sumber, EXCO Keahlian Pemuda, Sdr Hisahmuddin Yahya merupakan yang pertama meluahkan perasaan tidak puas hati dan meminta YB Khairy berundur secara terhormat demi kepentingan Pemuda UMNO. MYKMU difahamkan ramai EXCO yang bercakap kemudiannya menyetujui usul tersebut.

Bukan lagi rahsia bahawa Pemuda UMNO gagal berfungsi sejak Khairy mengambil alih jawatan Ketua Pemuda pada tahun lalu.Antara yang menimbulkan kemarahan ramai ahli pemuda ialah tindakan Khairy melantik ketua-Ketua Pemuda Negeri yang tidak mendapat sokongan majoriti ketua-ketua Pemuda UMNO Bahagian negeri tersebut.

Antara Pemuda negeri yang bergelut dengan krisis kepimpinan ialah Pemuda UMNO Selangor, Perak, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan dan Johor. Ini berikutan tindakan Kahiry melantik Ketua Pemuda Bahagian yang menyokong beliau dalam pemilihan lalu sungguhpun mereka ini tidak disukai oleh amjoriti ketua Pemuda Bahagian yang lain.

Pemuda UMNO Selangor misalnya sehingga hari ini gagal mengadakan mesyuarat penuh. Sebanyak 13 daripada 22 Ketua Pemuda UMNO Bahagian Selangor menolak kepimpinan Suhaimi dan mengambil keputusan bergerak secara bersendirian di bahagian masing-masing.

Di Perak juga berlaku kemelut kepimpinan Pemuda yang serius apabila Mesyuarat Pemuda Negeri Perak minggu lalu meminta Ketua Pemuda Negeri berundur secara terhormat. Memorandum 18 Ketua Pemuda Bahagian Perak juga khabarnya telah dihantar kepada Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr. Zambry Abd Kadir.

Di Pulau Pinang, Sdr Norman juga ditolak kepimpinannya oleh majoriti Ketua-Ketua Pemuda UMNO Bahagian. Demikian juga yang berlaku di Johor dan Wilayah Persekutuan. Kebanyakan mereka mengambil keputusan menggerakkan bahagian secara bersendirian bagi memastikan UMNO Bahagian terus kukuh dalam menghadapi pilihan raya.

Selian isu perhubungan Pemuda UMNO Negeri, Khairy juga dianggap gagal apabila kursus Perdana Pemuda di Janda Baik hujung tahun lalu hanya dihadiri tidak sampai separuh Ketua-Ketua Pemuda Bahagian.

Kursus yang sepatutnya menjadi medan menunjukkan kekuatan kepimpinan Khairy untuk mendesak Perdana Menteri memberi jawatan kabinet akhirnya menjadi masalah besar kepada beliau apabila hanya separuh jemputan sahaja yang hadir. Daripada itu pula kebanyakannya ialah Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian sahaja.

Beberapa EXCO yang bercakap kemudiannya bertindak mempersoalkan kegagalan Kahiry menjadi suara Pemuda dan menggerakkan jentera pemuda dalam banyak isu nasional yang sepatutnya dipergunaka Pemuda bagi mengenakan tekanan ke atas Pakatan Rakyat.

Ada juga yang mempersoalkan alasan Khairy bahawa beliau tiada jawatan menyebabkan beliau tidak boleh menggerakkan Pergerakan Pemuda.

Menurut mereka jika dahulu Khairy berjanji untuk mengorbankan harta bendanya untuk Pergerakan Pemuda jika menang, bila menang lain pula alasannya.

Saudara Hishamuddin Yahya dan beberapa lagi exco yang dihubungi enggan mengulas perbincangan dalam mesyuarat EXCO sebentar tadi buat masa ini. Bagaimanapun kesemua mereka tidak menafikan berita ini.

Berita sepenuhnya  [di sini]

Kisah Pemimpin Terlampau

Satu ketika dahulu saya sempat menonton koleksi ucapan mantan ketua Angkatan Muda PKR Ezam Mohd Nor di rumah serorang kawan. Kandungan ucapan tersebut berlegar kepada isu integriti dan moral pemimpin defacto PKR Anwar Ibrahim. Kalau tidak silap tajuk koleksi ucapan tersebut "Hakikat Sebuah Keputusan".

Isu-isu yang dibangkitkan bukanlah terlalu baru tetapi apabila dirangkumkan dalam koleksi, ia kelihatan menarik. Apabila kita terus mengikuti ucpan tersebut kita akan mengetahui pendedahkan soal muslihat, pembohongan dan pengkhianatan Anwar dalam banyak perkara termasuk isu kes liwat terhadap pembantunya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan. Beliau juga menyentuh tentang tindakannya keluar PKR.

‘‘Demi Allah, saya tinggalkan Anwar kerana prinsip saya sebagai seorang Islam yang tidak membenarkan saya terus bersamanya sebagai ketua saya. Antara Islam dan Anwar, saya pilih Islam,” kata Ezam.

Isu Anwar kini menjadi perhatian. Ia bukan setakat kes tuduhan liwat terhadap Mohd. Saiful yang akan dibicarakan pada 2/2/2010 depan, bahkan tentang masa depan politiknya.

Tindakan Anwar asyik mahu menangguhkan kes mahkamah itu mencetuskan persoalan apakah beliau takut menghadapi kebenaran dan keadilan? Seorang yang mendabik dada sebagai pejuang tiba-tiba seperti tikus mahu melarikan diri. AYT percaya Anwar boleh hidu bahawa pasukan pendakwaan mempunyai bukti lebih kukuh kali ini berbanding kes liwat pertamanya dahulu.

Sebelum ini beliau diragui oleh banyak pihak kerana enggan melafazkan muhabalah atau sumpah laknat di masjid sebagaimana yang dilakukan oleh Mohd. Saiful. Anwar sebaliknya menggunakan pentas politik termasuk di luar negara bagi mempertahankan diri dan seperti biasa mendakwa menjadi mangsa konspirasi.

Selain bertarung dalam kes mahkamahnya, Anwar kini berdepan dengan kedudukan PKR yang kian goyah. Makin ramai pemimpin dan aktivis PKR keluar parti. Isu dalaman parti itu makin serius dengan menyaksikan perpecahan terutama di Sabah dan Selangor.

Khabarnya, Anwar turut resah kerana para pemimpin Pas sudah tidak bulat menyokong beliau termasuk dalam isu moral dan kes liwatnya. Selain itu, tinjauan rambang beberapa pihak mendapati sokongan rakyat dan badan bukan kerajaan Melayu (NGO) terhadap Anwar merosot. Ia ada kaitan dengan kekecewaan orang Melayu terhadap beliau yang didakwa telah menggugat insitusi Melayu selain merosakkan asas kenegaraan dan semangat perlembagaan, sesuatu yang belum pernah berlaku dalam sejarah.

Pada masa yang sama, Ezam, Anuar Shaari, S. Nallakarupan, Lokman Noor Adam, dan puluhan lagi bekas pemimpin PKR yang telah meninggalkan parti itu kini mendedahkan hipokrasi Anwar termasuk dalam isu rasuah dan salah guna kuasa.

PKR yang masih baru usianya menyaksikan paling ramai pemimpin kanannya keluar termasuk Chandra Muzaffar, tokoh yang disegani dalam dunia keilmuan.

Kerana menyedari keadaan semakin tidak memihak kepadanya, beliau bertindak sekali lagi melancarkan serangan peribadi terhadap Perdana Menteri, Mohd. Najib Tun Razak. Ada yang melihat ia sebagai helah Anwar untuk mengalihkan perhatian daripada kes liwatnya dan masalah PKR.

Salah satu isu dalaman ialah kritikan terhadap Anwar kerana terlalu memihak dan mendengar nasihat Naib Presiden, Azmin Ali, sehingga mengguris hati banyak pemimpin lain. Mengapa Azmin mendapat kelebihan itu, Anwar sahaja ada jawapannya.

Bukan setakat isu Azmin, banyak rahsia kepincangan Anwar, juga di tangan Ezam. ‘‘Dia tahu bahawa saya tahu...” kata Ezam.

Persoalannya apa akan jadi jika Anwar dipenjarakan kerana didapati bersalah dalam kes liwatnya?

Seandainya itu berlaku beliau akan terlingkung dalam kisah pemimpin terlampau yang terpahat dalam sejarah.

AYT melihat masa depan politik beliau kian suram jika beliau tidak dihadapkan ke mahkamah sekalipun.

Sesungguhnya, Anwar sudah mula terhukum dengan sendiri. Sudah banyak petunjuk, yang satu demi satu menyerlahkan kebenaran.

Realitinya, persekitaran dan kesedaran rakyat ternyata makin tidak menyebelahi beliau.

Sehebat mana beliau merancang ia tidak akan mengatasi perancangan Allah. Anwar tentu tahu dan Wan Azizah Wan Ismail, isterinya yang juga Presiden PKR, pasti lebih tahu. Mungkin ada kepincangan yang Wan Azizah juga tahu tetapi tidak terlerai, sekadar tersimpul dalam senyuman manisnya.

Rakyat Tertipu Janji Parti Pakatan


Pakatan Rakyat telah membentuk kerajaan bagi negeri-negeri Selangor,Pulau Pinang, Kedah disamping Kelantan sejak Mac 2008 lalu. Heboh satu dunia kalau Pakatan Rakyat dapat memerintah negara, pembasmian kemiskinan tegar, pentadbiran jujur dan telus serta pencegahan amalan rasuah adalah agenda utamanya.

Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan penuh bersemangat melaungkan “Kita akan angkat maruah rakyat”. “Kita akan angkat martabat rakyat”. “Kita akan angkat ekonomi rakyat”.

Nak tanya sikitlah Datuk Seri, apa yang telah kerajaan Pakatan Rakyat ‘angkat’ setelah hampir 2 tahun memerintah?. Wakil Parlimen dan ADUN Pakatan angkat sumpah untuk terima gaji, alaun keraian, alaun pakaian, alaun hadir mesyuarat, alaun pembantu dan berpuluh alaun lain sebagai wakil rakyat, itu sahaja AYT nampak yang terangkat.

Jutaan rakyat Malaysia menaruh harapan dan keyakinan terhadap perjuangan Datuk Seri serta rakan-rakan pimpinan dalam Pakatan Rakyat, Parti KeADILan Rakyat khususnya.

Rakyat turut berkempen. Rakyat menampal poster. Rakyat berdebat mempertahankan hujah. Rakyat merayu undi bagi pihak calon dan parti. Rakyat berkorban masa dan wang ringgit. Rakyat berarak ke hulu ke hilir memberi penerangan dan sokongan dan akhirnya rakyat telah memberikan peluang kepada Pakatan Rakyat memerintah beberapa negeri selepas pilihanraya umum ke-12 lalu.

Ucapan tahniah AYT hamparkan kepada calon yang telah menang dan bergelar ‘Yang Berhormat’ sekarang.

Apakah yang rakyat dapat sebagai sebahagian daripada rakyat yang mengundi calon Pakatan Rakyat?. Apakah yang rakyat dapat banggakan dan nikmati selama 2 tahun berada di bawah pentadbiran Kerajaan Pakatan Rakyat?

Berapa peratuskah perancangan dan janji calon-calon yang sekarang telah menjadi wakil rakyat telah berjaya dilaksanakan? Rakyat ingin tahu. Rakyat ingin menilai.

Apabila rakyat bersuara, maka akan keluarlah kata-kata pujangga pembelit minda daripada para pemimpin yang berselindung disebalik keindahan bicara dan retorik kata-kata. “Jangan tanya apakah sumbangan negara kepada kita, tetapi tanyalah apakah sumbangan kita kepada negara”

AYT tidak bertanya apakah sumbangan negara kepada rakyat, tetapi yang AYT ingin tahu apakah sumbangan calon pilihanraya yang telah diangkat menjadi pemimpin oleh rakyat?.

Hello para Wakil Rakyat, Yang Berhormat dan yang minta dihormati.

Sebelum pemimpin dan pembesar negeri dan negara menyumbang apa-apa kepada rakyat dan negara, rakyat telah terlebih dahulu menyumbang jasa bakti mereka kepada para pemimpin dengan menghidupkan amalan membantu kempen dan keluar mengundi.

Pemimpin dicari, undian diberi dan akhirnya ada calon yang memenangi. Tahniah sekali lagi kepada calon yang menang. Tahniah kepada parti yang berjaya menjadi pemerintah. Sekarang adalah masa rakyat menilai dan menuntut janji-janji yang telah kalian dengan yakin dan bersemangat taburi semasa kempen pilihanraya lalu.

Kepada seluruh rakyat Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan khasnya dan Malaysia amnya, rakyat memohon jasa baik dengan keluhuran hati dan kewarasan minda kalian, tanpa bias untuk menunjukkan perkembangan positif yang kalian lakukan untuk rakyat sepanjang 2 tahun pemerintahan Parti Pakatan.

Sila senaraikan berapa ribu rakyat miskin tegar telah terbela, sila senaraikan ketelusan dalam pemberian kontrak kerajaan?

Pembasmian rasuah? sejak bila kah kerajaan mengamalkan pencegahan rasuah? malah di Selangor kerajaan Pakatan tidak mahu berkerjasama dengan SPRM. Kerajaan Pakataan Selangor mengeluarkan gag order bahawa setiap kakitangannya yang ingin disiasat oleh SPRM kerana dipercayai rasuah hanya boleh disoalsiasat pada masa pejabat sahaja. Ingat tak lagi akibat rasuah exco kerajaan Selangor lah Teoh Beng Hock mati.

Dalam masa yang sama rakyat juga memohon seluruh rakyat khasnya dan Malaysia amnya agar dapat meluahkan dengan jujur dan ikhlas segala penipuan, kepincangan, ketempangan, kerakusan, pengkhianatan, penyelewengan dan kemungkaran janji yang telah dan sedang berlaku dalam pentadbiran kerajaan Pakatan Rakyat.

Penipuan, kerakusan dan penyelewengan kerajaan UMNO/Barisan Nasional yang konon ingin dihapuskan dan sering dipersoalkan rupanya telah dilampaui oleh kerjaan Pakatan rakyat. Hanya dalam tempoh 2 tahun sukar untuk dirinci kerakusan kerajaan yang mengatas namakan kerajaan rakyat itu.

Kerja-kerja SPRM dan polis tidak serancak dahulu, kini SPRM khasnya terpaksa merungkai bentuk rasuah yang sebelumnya jarang terdengar, yakni rasuah sex.

Baru-baru ini seorang exco kerajaan negeri Selangor telah disiasat kerana dikatakan terlibat rasuah sex dalam urusan penjualan pasir di Selangor.

Runtuhnya kerajaan pakatan Perak kerana melompatnya ADUN PKR yang dikatakan juga terlibat rasuah sex dan wang.

Tanggungjawab rakyat untuk memilih pemimpin telah dilakukan. Tanggungjawab rakyat untuk membahagiakan dan mengharmonikan kehidupan berkeluarga telah dan sedang rakyat laksanakan. Tanggungjawab rakyat untuk bekerja mencari nafkah menyara keluarga sedang rakyat tunaikan. Tanggungjawab rakyat untuk memastikan keharmonian hidup bermasyarakat sentiasa rakyat utamakan.

Namun kerana muslihat para pemimpin Pakatan yang senantiasa mengabui mata rakyat sering dikumandangkan. Pada masa kini sebahagian pemimpin Pakatan tidak lagi membela agama, bangsa dan negara, malah ingin menghancurkannya. Kesultanan melayu yang dianggap payung negara dipersoalkan dan dihina. Agama islam sebagai agama rasmi negara dipermainkan dan dicerna dan dihina.

Wahai rakyat Malaysia, sekarang adalah masa kita menyemak dan menegur wakil rakyat-wakil rakyat yang telah kita semua pilih untuk mengangkat martabat agama, bangsa, negara dan warisan kita seluruhnya.

Seruan AYT kepada rakyat di negeri-negeri yang diperintah Pakatan Rakyat; bangkitlah menentangPakatan Rakyat kerana semua janji-janji manis mereka telah mereka lupa dan hanya sibuk memperkaya diri mereka sendiri.

Wednesday, January 27, 2010

Mukhriz Bongkar Rancangan Anwar

PADA 13 Mei 2008 di Parlimen Malaysia Dato' Mukhriz Mahatahir membuat kenyataan berikut dan sehingga kini jawaban kepada kenyataan ini belum diperoleh daripada Anwar Ibrahim.

Selepas hampir 10 tahun cuba membuka mata dan minda rakyat Malaysia kepada isu konspirasi oleh anwar ibrahim, YB Dato Mukhriz telah membentangkannya di dalam Parlimen, tempat yang paling sesuai. Sama-sama kita berharap lebih banyak lagi kebenaran mengenai Anwar Ibrahim yang sudah banyak terbongkar akan diusulkan/bentangkan dan lebih ramai rakyat Malaysia akan mula sedar akan bahayanya pengkhianat agama, bangsa dan negara yang bernama Anwar Ibrahim.

Sedutan ucapan sulung YB Dato' Mukhriz Mahathir di Parlimen pada 13hb May 2008, disini

Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri?

Tan Sri Yang Di Pertua, saya ingin menyentuh sedikit mengenai apa yang telah dikatakan oleh YB dari Gombak (nota AYT: Sdr Azmin Ali) yang telah menyatakan bahawa Dato Seri Anwar Ibrahim adalah insan yang bakal menjadi Perdana Menteri Malaysia. Saya tertanya-tanya mengenai tiga perkara yang telah dilaporkan dalam media asing tetapi tidak diberi liputan oleh media tempatan.

Yang pertama mengenai artikel dalam majalah TIME dalam edisinya bertajuk “The 2008 TIME 100”. Laporan mengenai Dato Seri Anwar ditulis oleh rakan karibnya, Paul Wolfowitz - bekas Timbalan Setiausaha Pertahanan Amerika Syarikat merangkap ketua strategist Perang Iraq untuk George W. Bush. Mengapa harus Dato Seri Anwar bersekongkol dengan pembunuh lebih 1 juta rakyat Iraq ini?

Yang keduanya mengenai artikel dalam akhbar Israel, iaitu Jerusalem Post, yang menggambarkan Dato Seri Anwar sebagai “Malaysia’s Future Prime Minister” seperti yang telah disebut oleh YB dari Gombak dalam dewan yang mulia ini. Adakah ini bukti bahawa Israel juga setuju Dato Seri Anwar menjadi perdana menteri Malaysia? Dan kalau setuju, mengapa?

Yang ketiganya ialah mengenai sebuah badan bukan kerajaan atau NGO yang bernama Foundation of the Future. NGO ini menerima dana sebanyak US$35juta dari Jabatan Negara atau State Department, kerajaan Amerika Syarikat, US$10 juta dari Bahrain dan US$11 juta dari lain lain sumber yang tidak diketahui. Pengerusi Foundation of the Future ialah tak lain tak bukan Dato Seri Anwar Ibrahim, insan yang dikatakan bakal Perdana Menteri Malaysia. Di NGO ini jugalah, Dato Seri Anwar mengambil kerja Shaha Riza, teman wanita Paul Wolfowitz yang telah mencetuskan kontroversi di Bank Dunia tempohari.

Soalnya, adakah Dato Seri Anwar Ibrahim yang terlibat secara langsung dalam organisasi yang diragui latarbelakangnya, dan berkawan rapat dengan pengikut fahaman Neo Conservative yang membunuh rakyat Islam di Iraq, Paul Wolfowitz, hendak kita benarkan mengambil alih kepimpinan negara tercinta ini?

Sudah tentu tidak! Selagi nyawa dikandung badan, UMNO tetap akan mempertahankan kedaulatan negara kita.

Khalid Ibrahim Bagi-Bagi Tanah: Kepada Siapa Ya??

Pada 24 Januari lalu Khalid Ibrahim mengumumkan bahawa geran tanah akan dibahagi-bahagikan kepada 6,000 kelurga di DUN Ijok yang diwakilinya.

Khalid yang mengetuai Cabang PKR Kuala Selangor telah kehilangan tapak politiknya apabila cabang tersebut terbubar ekoran 11 AJK cabang bersama-sama ketua wanita dan pemuda meletak jawatan kerana hilang kepercayaan terhadap kepimpinan Khalid.

Ekoran hilangnya tempat bertaut untuk meneruskan hubungan dengan rakyat DUN Ijok, maka Khalid merasuah penduduk di situ dengan pemberian geran tanah.Dengan pemberian ini Khalid berharap pengundi DUN Ijok akan mengundi beliau semula jika diadakan pilihanraya.

Khalid sedikit masa lagi ada kemungkinan terpaksa mengosongkan kerusi DUN Ijok dan Kawasan Parlimen Bandar Tun Razak jika Bank Islam mengistiharkannya muflis kerana hutang Khalid daripada Bank tersebut yang berjumlah 66.7 juta ringgit hingga kini belum berbayar.

Khalid juga diberitakan sedang disiasat SPRM yang ada hubungkait dengan lembu korban bagi kawasan Parlimen Bandar Tun Razak dimana Khalid menyumbang lembu untuk dikorban sempena hariraya korban lalu. Diberitakan juga bahawa pembelian lembu korban tersebut bukan daripada duit Khalid sendiri namun dibayar oleh anak syarikat PKNS.

Keputusan Khalid meluluskan geran-geran tanah kepada 6,000 keluarga mengikut jejak mantan MB Perak DS Ir Nizar yang telah meluluskan pemberian geran tanah dengan tempoh waktu 999 tahun.

Apa yang meragukan adalah siapa kah penerima geran-geran tanah ini? penduduk kaum melayu kah? atau penduduk kaum lain? Jika di Perak semasa kerajaan Pakatan yang berusia kurang setahun itu; pemberian geran tanah difokuskan kepada rakyat bukan melayu, ada persamaan kah dengan DUN Ijok?

Kemungkinan ada; kerana kerajaan Pakatan tidak akan memberikan keutamaan kepada penduduk melayu, kerana melayu dikatakan masih menyokong kerajaan Umno-Bn. Terserlah dalam kerajaan Pakatan, melayu dipinggirkan sebaliknya kaum-kaum lain diberikan keutamaan.

Ini hanya soal tanah, sedangkan soal akidahpun diperjudikan oleh kerajaan Pakatan, di mana sebahagian besar pemimpin gabungan itu menyokong agar kalimah Allah digunakan oleh penganut kristian.

Zulkefli Nordin Ahli Parlimen Kulim Bandar Baharu digam daripada bercakap kepada suratkhabar. Alasannya MP ini terlalu lancang membela agama islam.

Khalid Ibrahim adalah sekutu kuat Anwar, kerana itu MB Selangor ini hanya berdiam diri apabila penganut agama kristian mahu menggunakan kalimah Allah kerana perjuangan bosnya adalah mengiktiraf agama kristian menggunakan kalimah Allah.

Ingat lagi kah semasa Khalid masih bertugas di Guthrie? Menteri kewangan masa itu adalah Anwar Ibrahim. Anwar menulis surat kepada CEO masa itu Tan Sri Mohd Desa Pachi agar Guthrie memberikan 13.5% saham yang sepatut untuk rakyat lain. Disebabkan surat tersebut maka Khalid ditawarkan membeli saham-saham tersebut. Namun akhirnya terpaksa ditarik balik kerana Khalid tidak dapat menebusnya kerana masalah kewangan. Akibat penarikan balik itu maka Khalid marah.

Khalid memang suka berdendam. Disebabkan cabang PKR Kuala Selangor rebah/lumpuh/terbubar, maka dia terpaksa merasuah dengan geran tanah pula.

Wahai rakyat Ijok jangan lah terpengaruh dengan cara-cara ini. Perjuangan PKR dan Pakatan hanya untuk sementara yakni agar Anwar Ibrahim dapat memenuhi kemaruk jawatan PMnya.

Tuesday, January 26, 2010

Sebab Jatuhnya Kerajaan Pakatan Perak

Kerajaan Perak kembali ke tangan BN alhamdulillah dengan perkenan Duli Yang Maha Mulia Paduka Seri Sultan Perak Darul Ridzuan. Hasil dari ini, akan timbulah pelbagai alasan, tohamahan dan tuduhan dari pihak Pakatan Rakyat yang berniat menutup segala kepincangan kerajaan mereka yang kecundang. Akan dibilang UMNO dan BN melakukan sogokan wang serta mengancam pelbagai musibah kepada ADUN-ADUN yang lompat, terutama dari PKR.

Tetapi sebenarnya, punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak Darul Ridzuan tidak lain kerana kelemahan pada kerajaan itu sendiri. AYT tidak bermaksudkan kelemahan berdasarkan sebab-musabab basi yang sering diajukan, seperti kelainan pegangan serta ideologi atau kenyataan yang kerajaan bermajoriti kecil memang lumrah terancam hidupnya.

Ada 3 punca kejatuhan kerajaan Pakatan Rakyat Perak yang ingin AYT ketengahkan dan huraikan di sini, khususnya:

1.Kerakusan pasangan sepupu pemimpin DAP, yakni Ketua dan Setiausaha DAP Perak Datuk Ngeh Koo Ham serta Nga Kor Ming. Ini secara ringkas digelar faktor Ngeh-Nga.

2.Keterserlahan peranan MB Perak, Datuk Seri Ir. Mohammad Nizar Jamaluddin sebagai boneka DAP yang tidak berupaya memperjuangankan kepentingan orang-orang Melayu seiring dengan kepentingan kaum Cina.

3.Tindakan Datuk Seri Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak (di seluruh negara?) yang terbongkar dengan begitu dramatis sekali.

Ngeh-Nga dikatakan rakus bukan kerana mereka mengatur pemberian tanah balak sebanyak 8 ribu ekar ke pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat sepanjang tahun lepas. Kelulusan melulu yang tidak terkawal kepada pengusaha hotel-hotel besar yang bakal membunuh chalet-chalet usahawan kecil di Pulau Pangkor pun bukan petanda terbesar. Petanda terbesar sekali adalah apabila dilihat Ngeh-Nga mengagihkan harta secara tidak sama rata antara pemimpin Pakatan Rakyat.

Contohnya, tanah-tanah balak terbaik, jati dan chengal lah katakan, diberikan ke pemimpin-pemimpin DAP, manakala yang PAS ada pula tompokan belukar dan getah lama di merata pemberian kepada mereka! Sudah pastinya di kalangan pemimpin DAP sendiri ada ketidak-samarataan. Pemimpin PKR pun pasti berungut, kalau tidak, masakan ADUN-ADUN PKR dan DAP yang mahu melompat!

Malangnya, cara Ngeh-Nga menutup malu tentang kerakusan mereka mendedahkan secara jelas betapa MB PAS Perak, DS Ir Nizar hanya sekadar boneka. Pemberian tanah leasehold 999 tahun menjadi barang persoalan, terutama sekali apabila ia diberikan kepada suatu kaum sahaja. Di manakah peranan DS Nizar dalam mempertahankan hak umat Islam mahupun Melayu dalam pengagihan tanah tersebut?

Keadaan menjadi runcing apabila 2 ADUN PKR yang bakal menghadap penghakiman, seolah-olah hilang sokongan Ngeh-Nga mahupun boneka mereka DS Nizar. Apabila YB Datuk Nasa menyeberang pula sebentar dari BN ke PKR, kemungkinan ADUN-ADUN PKR tersebut tersisih langsung memandangkan mereka tidak lagi penting untuk mengekalkan majoriti Pakatan Rakyat di DUN Perak; dah lah mereka diagak bakal kalah, dipenjarakan dan dilucutkan kedudukan!

Tindakan DS Anwar Ibrahim memproksikan ADUN PKR di Perak dengan surat perletakan jawatan yang bertanda-tangan tanpa tarikh membahayakan demokrasi. Pada masa ini, para pemerhati berkecuali terutama sekali mungkin runsing kerana kemelut politik di Perak tidak membawa manfaat kepada rakyat pada masa ekonomi dunia dilanda krisis. Namun, ada bahaya lain yang harus diberi perhatian sejenak.

Buat masa ini, DS Anwar masih lagi pemimpin parti politik yang sah, maka penguncian ADUN parti tersebut dengan surat proksi, walaupun salah dari segi moral mahupun peraturan demokrasi sistem 'Westminster' yang diamalkan di Malaysia, masih boleh dipertahankan berdasarkan prinsip. Tetapi, jika perbuatan ini dihalalkan... bayangkan wakil-wakil rakyat kita dikunci surat proksi oleh peniaga-peniaga, penyamun atau buruk lagi, kuasa-kuasa luar!

Tetapi dari segi krisis terbaru di Perak, penggunaan surat proksi ke atas ADUN-ADUN PKR yang disangsi lompat menghilangkan langsung apa-apa harapan mahupun kepercayaan ADUN-ADUN tersebut terhadap perjuangan PKR dan DS Anwar sendiri. Ini merupakan batu nisan kubur kerajaan Pakatan Rakyat negeri Perak...

Kemaskini: Pada 9/2/2010 akan diumumkan pertelengkahan antara Nizar dan Zambry oleh mahkamah. Pada hari itu akan diketahui mana satu darpada mereka yang sah sebagai meteri besar. Si penderhaka Nizar kah atau Zambry yang terkejut kerana dipilih sebagai MB Perak.

Dr Spin "Kalimullah" Berjaya Pedaya Abdullah: Penyebab Tun Mahathir Keluar Umno


SUATU masa pada bulan JUNE 2008 rakyat Malaysia dikejutkan oleh dua isu yang berlainan tetapi berkaitan iaitu keluarnya Tun Dr Mahathir Mohamed daripada Umno dan kalahnya Malaysia di Mahkamah Keadilan Antarangsa (ICJ) berkaitan tuntutan ke atas Pulau Batu Putih.

Ramai yang tidak menjangkakan bahawa Tun Dr Mahathir akan membuat kejutan yang berani walaupun selama ini berterusan mengkritik kelemahan kepemimpinan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi. Dr Mahathir bertegas tidak akan kembali bersama Umno selagi Abdullah Badawi memimpin parti itu.

Bekas Perdana Menteri itu nampaknya mengikuti jejak langkah tiga Presiden Umno sebelum ini yang bukan sahaja meninggalkan Umno selepas tidak menjadi presiden, tetapi mati pun bukan sebagai ahli Umno. Mereka ialah pengasas Umno, Dato' Onn Jaafar, Perdana Menteri pertama, Tunku Abdul Rahman dan Perdana Menteri ketiga, Tun Hussein Onn.(Nota Tun Mahathir telah masuk semula UMNO semasa Najib jadi Presiden)

Dr Mahathir marah benar kepada Pak Lah kerana tindakannya menggadai maruah negara. Mula-mula isu yang ditimbulkan adalah kegagalan kerajaan memastikan kereta nasional, Proton diberikan perlindungan ekoran tindakan Rafidah Aziz memberikan permit import (AP) besar-besaran kepada dua kroninya yang tidak menjual kereta.

Selepas Tengku Mahalel tidak disambung kontraknya sebagai CEO Proton, kerajaan menjual MV Agusta dengan harga 1 Euro. Dahulu Proton membelinya untuk mendapatkan teknologi dari syarikat motor terkemuka itu. Dr Mahathir merasakan dasar ini bukan sahaja boleh melumpuhkan Proton, tetapi menjejaskan maruah negara.

Dalam kekecohan itulah, Abdullah mengumumkan pembatalan projek jambatan bengkok walaupun ia telah berjalan. Kerajaan rugi jutaan ringgit dari pembatalan ini. Tetapi Dr Mahathir melihat dari aspek lain iaitu kekalahan moral dan kedaulatan kepada Singapura. Marah benar beliau dengan Abdullah ekoran pembatalan ini.

Beliau segera membangkitkan isu penjualan pasir dan peranan Tingkat 4 di Putrajaya dalam penggadaian maruah negara. Sejak itu, perseteruan Dr Mahathir dengan kerajaan Abdullah semakin terbuka. Yang agak pedas juga kritikan beliau adalah kedaulatan negara yang bakal diragut oleh Singapura menerusi projek Wilayah Pembangunan Iskandar (WPI) di mana rakyat Singapura diberikan keistimewaan besar sehingga bebas keluar masuk dan memiliki harta di wilayah Johor tersebut.

Dr Mahathir tidak senang hati dengan dasar kerajaan yang mencabul kedaulatan sendiri. Ya, seperti pelacur menjual diri. Kadaulatan negara diserahkan sendiri oleh kerajaan untuk dijajah oleh kuasa asing. Dahulu Dr Mahathir sering menuduh PAS sebagai agen asing, tetapi baru kini dia sedar bahawa orang yang diangkatnya dahulu sebagai Perdana Menteri adalah musuh negara sebenar.

Kalau Dr Mahathir masih ingat, sebaik sahaja Abdullah mengambil alih kuasa, beliau membawa masuk Datuk Kalimullah Hassan dalam pasukan pemikirnya, sedangkan Dr Mahathir berkali-kali menegaskan bahawa tokoh media itu adalah agen Singapura.

Agaknya kerana sudah terlalu meluat dengan sikap dangkal Abdullah dalam mempertahankan kedaulatan negara, maka Dr Mahathir tidak tertahan lagi untuk keluar daripada parti yang diasaskannya itu.

Ketika Umno (Baru) ditubuhkan pada 1988, Dr Mahathir adalah ahli nombor 1 sebagai mana Dato Onn menjadi ahli nombor 1 Umno yang asal. Kedua-dua ahli nombor 1 sudah meninggalkan Umno kerana sedar Umno bukan tempat yang betul untuk melayarkan perjuangan. Kedua-dua mereka berasa Umno masih betul ketika masing-masing menjadi Presiden, tetapi segera keluar setelah berhenti dari kerusi panas itu. Nampaknya kedua-dua pengasas Umno sudah tidak yakin lagi kepada parti yang diasaskannya akibat pimpinan yang tidak peka perjuangan parti melayu itu.

Walaupun banyak juga isu yang diungkitkan oleh Dr Mahathir, yang paling panas dan membakar perasaan Dr Mahathir kelihatannya adalah isu berkaitan Singapura. Dr Mahathir berkeras bahawa Goh Chok Tong sudah memberi lampu hijau untuk Malaysia membina jambatan dalam kawasan kedaulatannya. Beliau juga turut bercakap tentang 'kedegilan' Singapura dalam menyelesaikan masalah tertunggak termasuk isu ICQ, tanah KTM di Tanjung Pagar, wang simpanan pekerja, pencerobohan udara, penjualan air mentah dari Johor, isu Pulau Batu Putih dan macam-macam lagi.

Apabila Abdullah naik, beliau membangkitkan masalah perlantikan Datuk Kalimullah dan kegiatan menjual pasir kepada Singapura. Akhirnya, isu jambatan bengkok dan WPI yang menyentuh langsung kedaulatan negara dipertikaikan bekas Perdana Menteri itu.

Ketika jambatan bengkok dibatalkan orang yang banyak memberi nasihat kepada Perdana Menteri dikatakan Peguam Negara, Tan Sri Abdul Ghani Patail. Beliaulah yang memberi nasihat tentang undang-undang antarabangsa berkaitan isu jambatan bengkok sehingga menyebabkan 'lampu hijau' Goh Chok Tong tidak 'menyala' lagi. Sedangkan sebelum itu Dr Mahathir sudah membuat perasmian dan berjuta duit sudah dihabiskan untuk menyiapkan fasa awal projek tersebut. Tetapi kerana nasihat Peguam Negara ini, lalu ia terbatal begitu sahaja. Dahulu Ghani Patail 'cemerlang' ketika menjatuhkan maruah Dato' Seri Anwar Ibrahim di mahkamah, tetapi rupanya beliau amat lemah dalam mempertahankan kepentingan negara.

Rakyat sekarang tertanya-tanya apakah gerangan Peguam Negara berjaya disusupi Kalimullah?. Selepas gagalnya projek jambatan bengkok, Peguam Negara nampaknya tidak mempedulikan sangat isu-isu kepentingan negara termasuk dalam meneruskan pendakwaan ke atas individu berprofail tinggi yang surat siasatan sudah diserahkan kepada beliau oleh polis atau SPRM. Beliau lebih gemar turun naik mahkamah untuk mewakili kerajaan dalam isu-isu remeh seperti rusuhan di Terengganu, demonstrasi dan lain-lain. Kerja-kerja asasi beliau tidak dipedulikan sangat. Kerana kelemahan beliau jugalah, maka satu nasihat 'salah' telah diberikan kepada Kabinet. Akhirnya penggunaan dakwat dalam pilihan raya dibatalkan sedangkan SPR sudah menghabiskan jutaan ringgit untuk membelinya.

Salah satu tugas penting Peguam Negara ketika itu adalah memastikan Malaysia dapat mengambil semula Pulau Batu Putih yang dikuasai oleh Singapura lebih 100 tahun. Oleh kerana sibuk menguruskan perkara remeh yang boleh diwakilkan kepada mana-mana timbalan atau penolong pendakwa raya, akhirnya persiapan Malaysia tidak lengkap dalam tuntutan ini. Seolah-olah Malaysia tidak bersedia dan hanya bergantung sepenuhnya pada hujah sejarah iaitu Pulau Batu Putih dahulunya hak milik Johor.

ICJ memang mengiktiraf perkara ini, tetapi ternyata Singapura lebih bersedia dengan hujah yang lebih meyakinkan untuk memperoleh kedaulatan ke atas pulau itu.

Jika Tan Sri Abdul Ghani Patail membuat kerjannya dengan bersungguh-sungguh, maka sudah tentu Malaysia akan mendapat semula hak kedaulatannya. Tetapi beliau lebih senang mencari populariti dengan memberikan tumpuan kepada kes-kes politik. Akhirnya Pulau Batu Putih terlepas begitu sahaja.

Jangan lupa peguam negara itu kena juga ikuti nasihat Pak Lah. Keutamaannya adalah sebagaimana keutamaan Pak Lah. Kerana Pak Lah sudah disusupi Kalimullah, maka isu yang sepatutnya diambil berat diketepikan.

Apapun alasan dibuat tentang kejayaan Malaysia mendapatkan Pulau Batuan Tengah (Middle Rock), ia tetap tidak dapat membalut luka kerana hilangnya kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih itu. Ini soal kedaulatan negara yang amat penting kerana ia bukan setakat melibatkan maruah, tetapi juga sempadan, perairan, ekonomi dan juga politik.

Nampaknya berturut-turut kedaulatan kita diragut oleh Singapura sama ada dengan 'nasihat sulit' Peguam Negara atau melalui mahkamah. Yang jelas kedaulatan telah dicabul. Kini yang tinggal, tetapi bakal dicabul kedaulatannya ialah WPI. Paling tidak munasabah ialah perlantikan seorang menteri Singapura dalam jawatankuasa penyelaras untuk membangunkan WPI.

Pak Lah mesti ditanggungjawab dalam soal ini. Najib sebagai perdana menteri yang baru perlu melakukan sesuatu supaya tidak ada lagi kedaulatan negara yang dicabul. Ini belum dikira isu-isu pencerobohan udara, pencerobohan nelayan Singapura di Pulau Kukup dan pemilikan hartanah oleh rakyat Singapura di Johor Bahru. Amat memalukan apabila Malaysia melepaskan sendiri sedikit demi sedikit kedaulatannya itu.

Apabila Dr Mahathir keluar daripada Umno kerana tidak berpuas hati dengan dasar Abdullah yang tidak begitu memberati soal kedaulatan negara, ia sebenarnya lebih penting daripada kekalahan Malaysia di ICJ. Kita terpaksa akur dengan keputusan mahkamah walaupun ia berpunca daripada kelemahan kita sendiri. Sekurang-kurangnya kita telah berjuang untuk mendapatkan kedaulatan itu. Tetapi kita sepatutnya lebih malu apabila kita sendiri menyerahkan hak kedaulatan kepada Singapura dalam pelbagai isu.

Dr Mahathir tidak boleh menerima apabila Malaysia membuat keputusan membatalkan projek pembangunan dalam kawasan kedaulatannya kerana bimbangkan Singapura. Itulah kelemahan Abdullah yang cuba disampaikan oleh Dr Mahathir dan kerana itu beliau tidak sanggup lagi berketuakan pemimpin selemah itu. Atas sebab itu Dr Mahathir mengajak ahli Umno Jom tinggalkan Umno dan mendesak Pak Lah meletakkan jawatan pada ketika itu.

Monday, January 25, 2010

Liciknya Kalimullah Khairy Juga Terperangkap


Jika orang Melayu dan ahli UMNO masih sangsi dengan kerisauan Tun Dr. Mahathir Mohamad mengenai kedaulatan negara yang dinodai oleh kuasa asing terutamanya Sinagpura, mereka harus kenal beberapa individu yang menjadi dalang.

Banyak telah diperkatakan mengenai Datuk Kalimullah Hassan yang menjadi spin-doctor Pak lah. Hampir semua yang mengambil tahu sedar mengenai latarbelakangnya, terutama hakikat beliau gagal pada tahun 1988 menjadi setiausaha akhbar kepada Tun Ghafar Baba yang ketika itu Timbalan Perdana Menteri.

Kegagalan itu adalah kerana beliau dianggap "security risk" (ancaman keselamatan) oleh bahagian perisikan Malaysia.

Selepas itu beliau hilang dari pandangan umum dan muncul kembali beberapa tahun kemudian sebagai juruperunding media untuk Singapore Press Holdings dan beroperasi di Kuala Lumpur bagi akhbar Singapore Straits Times.

Biro-biro Singapore Straits Times di luar negara beroperasi sebagai "front' ataupun topeng untuk agen-agen ISB Singapura (Internal Security Department of Singapore) untuk beroperasi.

Mereka ini, menerusi Kalimullah, telah berjaya semasa itu menembusi UMNO dan telah mengumpul pelbagai rahsia dalaman parti dan juga mengenai pemimpin-pemimpin parti.

Salah satu rahsia yang berjaya dikumpul oleh Kalimullah dan agen Singapura ialah mengenai kegemaran seks luar tabii Anwar Ibrahim. Namun mereka tidak menyebarkan maklumat tersebut malahan terus berusaha merapatkan diri dengan Anwar.

Strategi mereka adalah mudah - biarkan Anwar menjadi Perdana Menteri dan ketika itu, menggunakan semua maklumat tersebut untuk memeras ugut Anwar.

Tetapi perancangan Singapura gagal kerana Dr. Mahathir mendapat tahu mengenai kelemahan moral Anwar dan mengambil tindakan memecatnya pada tahun 1998.

Masalah moral Anwar diperakui sendiri oleh pemimpin Singapura Lee Kuan Yew. Semasa lawatan beliau ke Kuala Lumpur dalam tahun 2001, ketika bertemu pengarang kanan akhbar New Straits Times termasuk ketua pengarang kumpulan Tan Sri ABdullah Ahmad, telah menyatakan rasa simpati beliau kepada Dr Mahathir.

Simpati itu, kata Kuan Yew, adalah kerana apa yang dikatakan oleh Dr. Mahathir mengenai Anwar sebagai peliwat adalah benar dan telah diketahuinya menerusi agen rahsia Singapura sejak tujuh, lapan tahun sebelum ini.

Semasa Dr Mahathir dan UMNO berdepan dengan kemarahan rakyat dan ahli reformasi yang tidak percaya dengan tuduhan terhadap Anwar, Kalimullah telah tampil ke hadapan memberi sokongan padu kepada Dr. Mahathir dan UMNO.

Kalimullah telah secara terbuka menyeru teman-teman perniagaan dan wartawan untuk memberi sokongan kepada Dr. Mahathir.

Antara lain, Kalimullah menyatakan bahawa semasa bapanya sedang nazak di India, bapanya telah berpesan kepadanya (Kalimullah) supaya menyokong Dr Mahathir yang dianggap oleh bapa Kalimullah sebagai pemimpin Melayu dan Islam yang tiada tolok bandingnya.

Kerana pesanan bapanya, kata Kalimullah, beliau tidak teragak-agak menyokong Dr. Mahathir dan sanggup bergadai harta dan nyawa untuk mempertahankan beliau.

Apabila Anwar tumpas dan parti Keadilannya juga tumpas di dalam pilihanraya 1999, Kalimullah dan Singapura mula mencari personality baru untuk disokong di Malaysia dan kemudian diperkudakan.

Khairy Jamaludin secara kebetulan merelakan dirinya. Khairy mempunyai cita-cita tinggi. Beliau juga berdendam kepada pentadbiran Dr. Mahathir yang disalahkannya sebagai penyebab kematian bapanya seorang bekas diplomat akibat tekanan perasaan selepas kontraknya tidak diperbaharui.

Ditambah pula dengan latarbelakang akademik yang menyerlah, maka Kalimullah yang telah ditugaskan oleh Singapura untuk mencari calon yang sesuai untuk agenda republic itu, telah memilih Khairy.

Khairy amat sesuai kerana dia tidak mempunyai rasa patriotic yang tinggi kepada Malaysia dan semangat Melayunya juga amat luntur kerana dibesarkan di luar negara dan tidak pernah melihat pentingnya Dasar Ekonomi Baru untuk umat Melayu.

Dari segi Islamnya, Khairy juga tidak mempunyai penghayatan yang kukuh kerana cara hidup sebagai seorang anak diplomat di luar Negara tidak menjadikan Islam satu cara hidup sebagaimana anak-anak Melayu lain yang dibesarkan di Malaysia.

Sejak Pak Lah mengambilalih dari Dr Mahathir, Singapura tidak lagi menunjukkan sikap bermusuh malahan menunjukkan kesediaan untuk berbaik-baik.

Bagi Pak Lah, ini adalah kejayaan diplomasinya. Tetapi umum tahu, Singapura tidak pernah berminat untuk berbaik-baik dengan Malaysia dalam apa keadaan sekalipun kecuali jika ia menguntungkan republik. Itu.

Dengan adanya Khairy dan Kalimullah sebagai orang kepercayaan Pak Lah, Singapura tidak perlu bermusuh malahan berbaik-baik dengan Malaysia akan menutup rahsia hubungan mereka dengan Khairy dan Kalimullah.

Hasilnya, Temasek, badan pelaburan kerajaan Singapura bereluasa di Malaysia, mengambil alih Pantai Holdings, Southern Bank Berhad, Avenue Capital (menerusi ECM Libra yang diterajui Kalimullah dan Khairy sebagai ahli lembaga), Telekom Malaysia selain dari mencuba untuk menerobos syarikat Malaysia seperti Proton namun gagal.

Kepentingan Melayu dan UMNO semakin terpinggir dan ianya dilakukan secara sistematik tanpa disedari oleh umat Melayu. Kesemua dilakukan atas nama meritocracy dan hampir kesemua media massa, terutama dari luar Negara menyokong usaha itu kerana selari dengan agenda globalisasi.

Dr. Mahathir yang telah melihat usaha Singapura menghancurkan kepentingan Melayu akhirnya tidak lagi dapat menahan dirinya lantas secara lantang mengkritik kepimpinan Paklah dengan harapan ahli UMNO dan orang Melayu akan sedar akan ancaman yang mereka hadapi.

Namun, suaranya itu dibantah oleh orang Melayu dan ahli UMNO sendiri dan mengakibat secara sementara Tun Mahathir terpaksa keluar UMNO selagi presiden parti orang melayu itu ada lah Abdullah Ahmad Badawai.

Nota; Tun Mahathir kembali semula ke dalam Umno setelah Najib menjadi Presdien

Sunday, January 24, 2010

Pertembungan Zul Kulim Khalid Shah Alam Pakatan Akan Lumpuh


Parti Pakatan menanti belah. Perkahwinan parti DAP-PAS-PKR yang dikatakan perkahwinan "keselesaan" kemungkinan akan hancur berkecai ekoran pergolakan parti gabungan itu yang senantiasa rancak sejak kebelakangan ini.

Defacto Leader mereka Anwar Ibrahim akan dibicarakan pada 2/2/2010 kalau tiada muslihat penangguhan lagi.

Berkecainya Cabang PKR Kuala Selangor yang diketuai Khalid Ibarhim walaupun dinafikan ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 memyebabkan Pakatan semakin goyang dan bercelaru.

Bercanggahnya pendapat berbagai pemimpin mereka terutama dalam isu kalimah Allah. Anwar dan Khalid Samad sangat bersetuju agar kalimah Allah dibenarkan digunakan oleh penganut kristian.

Manakala Presiden Pas Hadi Awang dan Harun Din terus berpegang bahawa kalimah Allah hanya untuk umat islam. Nik Aziz yang sebelum ini juga bersetuju bahawa kalimah Allah boleh digunakan oleh penganut kristian telah menarik balik pengiktirafan tersebut.

Namun pertanda sebenar keretakan Pakatan adalah pada hubungan Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan PAS dikusutkan ekoran tindakan Zulkifli Noordin daripada PKR membuat laporan polis terhadap Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Samad daripada PAS.

Zulkifli yang juga Anggota Parlimen Kulim Bandar Baru berkata, laporan polis itu dibuat berhubung kenyatan Khalid yang menyebut enakmen larang kalimah "Allah" ketinggalan zaman.

"Saya dah buat kenyataan dua hari lalu meminta supaya Khalid segera meminta maaf kepada Sultan Selangor dan umat Islam dan menarik balik kenyataan itu tetapi beliau tidak berbuat sedemikian malahan tidak menunjukkan sebarang penyesalan setelah dipanggil menghadap Sultan," katanya kepada pemberita selepas membuat laporan polis di Balai Polis Masjid India di sini hari Sabtu.

Pada 21 Jan lepas, Khalid dalam kenyataannya yang dilaporkan MalaysiaKini menyatakan, enakmen agama Islam yang melarang penggunaan nama Allah dan perkataan-perkataan lain berkaitan Islam sudah ketinggalan zaman dengan alasan pada masa undang-undang itu diluluskan mungkin tahap kefahaman umat Islam terhadap agama Islam begitu lemah sehingga perlu dilindungi.

Kenyatan Khalid itu merujuk kepada Enakmen Ugama Islam (Kawalan Perkembangan di Kalangan Orang Islam) Negeri Selangor 1988.

"Saya percaya kenyataan Khalid adalah berunsur hasutan dan menghina Tuanku Sultan Selangor dan Dewan Undangan Negeri dan umat Islam secara umumnya," kata Zulkifli.

Katanya laporan polis itu dibuat bagi membolehkan Khalid disiasat sama ada mengikut Akta Hasutan, Seksyen 298A Kanun Keseksaan atau Enakmen atau undang-undang berkaitan Islam bagi negeri Selangor.

Menurut Zulkifli, Khalid juga seharusnya tidak lagi berada dalam PAS dan menubuhkan partinya sendiri memandangkan tindakan beliau sejak kebelakangan ini, dilihat sering bertentangan dengan pendirian PAS dan dasar Pakatan Rakyat.

"Berdasarkan rentetan tindak tanduk Khalid saya ingat, lagi baik beliau keluar saja daripada PAS. Pada saya elok dia keluar dari PAS, dan mungkin dia boleh sertai DAP (kalau masih nak berada dalam PR) ataupun buat parti sendiri.

Ditanya sama ada beliau sendiri bersedia sekira PKR bertindak terhadapnya kerana tindakannya tersebut, Zulkifli berkata: "Saya tak akan halang PKR dari mengambil tindakan kalau mereka perlu ambil tindakan."

Benarkah Azmin Disebalik Rancangan Menjatuhkan Khalid Ibrahim?


Pembubaran Parti Keadilan Rakyat (PKR) Cabang Kuala Selangor didakwa adalah sebahagian perancangan Naib Presiden, Mohamed Azmin Ali yang mahu menjatuhkan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim yang dilihat sebagai pencabar terkuatnya bagi jawatan Timbalan Presiden parti.

Bekas Setiausaha Perhubungan PKR Selangor, Mohd. Nazmi Rosli berkata, Abdul Khalid dilihat calon paling berpotensi untuk memegang jawatan tersebut berbanding Azmin selepas spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan itu.

"Abdul Khalid lebih banyak jawatan di Selangor berbanding Azmin. Ekoran itu, Azmin bimbang Menteri Besar Selangor itu akan menjadi pencabar utamanya lalu merancang apa jua mainan politik untuk menjatuhkan beliau.

"Kesannya, para perwakilan parti akan melihat, Abdul Khalid gagal mentadbir cabangnya sendiri di Kuala Selangor dan bagaimana beliau mahu menjadi orang atasan parti iaitu selaku Timbalan Presiden.

''Inilah yang Azmin mahu bagi memastikan cita-citanya menjadi Timbalan Presiden parti tercapai," katanya kepada Mingguan Malaysia semalam.

Khamis lalu, spekulasi pengunduran Senator Dr. Syed Husin Ali daripada jawatan Timbalan Presiden PKR pada pemilihan akan datang, didakwa bertujuan memberi laluan kepada Azmin untuk menduduki kerusi nombor dua dalam parti itu.

Bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Kedah, Zamil Ibrahim mendakwa, spekulasi itu heboh diperkatakan pada pertengahan bulan ini ketika cabang-cabang PKR di seluruh negara bersiap sedia untuk membuat pencalonan bermula Mac ini.

Dakwanya, memandangkan masa semakin suntuk untuk calon-calon lain mendapatkan sokongan, sudah tentu Azmin yang telah turun bertemu ahli di peringkat akar umbi atas kapasitinya sebagai Naib Presiden akan mendapat kelebihan.

Mohd. Nazmi menambah, kemenangan Syed Husin mempertahankan jawatan Timbalan Presiden pada pemilihan PKR 2007 tanpa dicabar selepas Azmin disebut-sebut akan menentangnya tetapi menarik diri juga didakwa adalah perancangan Naib Presiden PKR itu.

Beliau berkata, strategi licik tersebut adalah bagi memenuhi kehendak Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahukan Azmin dilantik sebagai Timbalan Presiden.

"Kini, Azmin berusaha untuk menjatuhkan Abdul Khalid pula yang dianggap sebagai pencabar utamanya. Inilah masalah yang akan berlaku apabila mendapat kuasa dan mula berebut jawatan.

"Budaya 'cah keting' bukan sahaja wujud dalam Pas seperti yang Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat katakan, ia juga wujud dalam PKR," katanya.

Beliau juga meluahkan rasa simpati kepada Abdul Khalid yang kini menjadi mangsa mainan politik Anwar dan Azmin.

"Sehubungan itu beliau lebih baik meletak jawatan daripada arena politik dan memberi tumpuan kepada dunia korporatnya.

''Abdul Khalid harus sedar dirinya dipermainkan oleh Anwar dan Azmin yang mempunyai agenda sendiri untuk mencapai cita-cita mereka," dakwanya.

Sebelum ini ramai yang mengatakan bahawa parti PKR adalah parti 3A, yakni hanya Anwar, Azizah dan Azmin sahaja yang berkuasa. Pemimpin lain yang ingin merentas jambatan ini akan mendapat laluan sukar. Perkara ini terbukti kepada Khalid Ibrahim bagaimana MB ini terus mengalami kecelaruan baik dari pentandibrannya mahupun perjalanan parti dimana dia mempunyai jawatan seperti Pengerusi PKR Selangor dan ketua Cabang PKR Kuala Selangor.
 
Percaturan Khalid dalam dunia politik sedikit sebanyak telah tercalar ekoran bubarnya Cabang yang diketuainya akibat keluarnya kumpulan 11 plus 2 rabu lalu.

Bagi khalid demi melangsungkan kerjayanya dalam politik eloklah memendam rasa kalau pun ingin teruskan perjuangannya dalam PKR cukuplah pada peringkat AJK.

Saturday, January 23, 2010

Siapa Khalid Ibrahim MB Selangor itu

Istana Khalid Ibrahim tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur. Rumah yang berharga berjuta ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

Fakta-fakta mengenai Khalid Ibrahim yang orang perlu tahu ialah : -

1. Tan Sri Dato’ Abdul Khalid Ibrahim, 61, mantan Pengerusi Eksekutif Kumpulan Guthrie Bhd. dan CEO PNB kini ADUN Ijok dan MP Bandar Tun Razak. Khalid dilantik MB Selangor selepas sahaja PRU-12 selesai.

2. Khalid, merupakan Pengerusi PKR Selangor dan Ketua Cabang Kuala Selangor di mana pada hari rabu lalu telah lumpuh ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 daripada parti itu. Khalid juga bukanlah seorang yang baru dalam arena politik. Beliau pernah bertanding dalam UMNO Bahagian Kuala Selangor pertengahan 90an dahulu untuk merebut Ketua Bahagian tetapi gagal.

3. Khalid kini sinonim dengan golongan kecewa dalam politik, mencari sekutu bersama Anwar Ibrahim dan mereka yang senasib seperti Dato’ Kamarul Bahrin dan Dato’ Nalla Karupan.

4. Selepas PNB, Khalid menjadi Pengerusi Kumpulan Guthrie Bhd. dan pembelian-oleh-pengurusan (MBO 5% saham Guthrie pada nilai asas (par). Ini bermakna, Khalid dibenarnya mengambil alih saham Guthrie bernilai pasaran RM 50 juta tanpa membayarnya (dibiayai penuh pihak ketiga) dan diberikan moratorium untuk opsyen lain.

5. Apa yang dinikmati oleh Khalid lebih banyak dari personaliti personaliti lain yang menjadi tunggak perintis PNB seperti Tan Sri Mohd. Desa Pachi dan Allahyarham Tun Ismail Mohd. Ali.

6. Peluang mendapat kekayaan ini tidak termasuk saham saham terbitan syarikat syarikat yang ingin disenaraikan di Bursa Malaysia (masa itu KLSE). yang diperuntukan sebagai penglibatan pelabur / pemegang saham Bumiputra. Khalid dikatakan menguruskan agar sebahagian dari saham yang diperuntukan untuk Bumiputra (selebih dari yang mana diambil (subscribe) PNB) di’faraid’kan (private placement) kepada dirinya (melalui wakil wakil tertentu), termasuk menguruskan pembiayaanya sekali.

7. Khalid berpeluang menjadi jutawan kaya dari seorang pengurus professional yang hanya makan gaji dengan sebuah agensi Kerajaan. Kekayaan ini menyebabkan Khalid mampu menyediakan rumah umpama istana tiga tingkat di Jalan Setia Bistari 5, Bukit Damansara, Kuala Lumpur ini. Rumah yang berharga berjuta Ringgit ini, sebahagian besarnya dibuat dengan kayu cengal, merbau dan keras yang lain, yang diukir secara teliti dengan tangan oleh tukang tukang mahir yang didatangkan khas dari Terengganu.

8. Di Guthrie:- Khalid menguasai Guthrie sebagai pemegang saham minoriti, (ketika itu nilai pasaran saham terbitan dan berbayar berjumlah melebihi RM 1 billion), tetapi kerana kesefahaman PNB membelakangi beliau sebagai Pengerusi Eksekutif, Khalid berlagak umpama ‘tuan punya’ Kumpulan Guthrie dan seolah olah berkuasa mutlak.

9. Khalid seorang pemimpin yang “bongkak dan angkuh”. Keangkuhan pengurusan beliau terserlah apabila beliau membuat banyak keputusan sendiri, tanpa mendapat persetujuan Lembaga Pengarah Kumpulan Guthrie, termasuk untuk keputusan keputusan strategik. Ini menimbulkan kemarahan dan perasaan tidak senang pengurusan tertinggi diperingkat PNB. Namun begitu, tiada tindakan diambil kerana Khalid dilihat sebagai ‘orang Anwar Ibrahim’ (masa itu, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan).

10. Guthrie banyak membuat pinjaman dan hutang baru dalam zaman pengurusan Khalid. Projek projek yang dikira sebagai pet project Khalid seperti Bukit Jelutong, Guthrie Corridor dan pembukaan ladang kelapa sawit di Indonesia banyak mendedahkan Guthrie kepada hutang, sehingga melebihi RM 1 billion dan hampir menyamai modal berbayar syarikat. Antaranya, ialah penerbitan kertas kommersial kompliant syariah yang dinamakan ‘Sukuk’, ditaja-urus oleh HSBC Amanah merupakan satu sejarah dalam kewangan Islam diperingkat antarabangsa. Khalid amat berbangga dengan ini dan kerap menengahkan kejayaan ini. Dipercayai ini dilakukan Khalid dengan sengaja agar harga saham Guthrie boleh ditingkatkan dan EPS meningkat. Perancangan Khalid adalah agar beliau boleh mengambil 10% opsyen saham Kumpulan Guthrie dengan nilai par dan kerana saham ini akan di’lonjak’ ketahap harga tinggi, maka beliau boleh mendapat pembiayaan untuk skima yang berkepentingan peribadi ini.

11. Malangnya, perancangan ini gagal direalisasikan dan moratorium yang PNB berikan kepada beliau menjadi matang.

12. Selepas Anwar tidak lagi berkuasa, ‘perlindungan’ keatas Khalid lenyap. Oleh kerana pengurusan Khalid di Guthrie makin meruncing dan membebankan syarikat dan banyak keputusan unilateral yang dibuat Khalid makin disedari, makan pada tahun 2003, PNB menetapkan Khalid membayar penuh opsyen selebih 5% saham Guthrie yang beliau pada asalnya ingin miliki. Kegagalan ini juga memberikan peluang agar Lembaga Pengarah Guthrie mengundi beliau di’turun’kan dari kedudukan Pengerusi Eksekutif yang sangat berkuasa itu.

13. Kini Anwar mengunakan Khalid sebagai kuda tungganganya dalam kerajaan Pakatan.

14. Ketika kempen pilihanraya kecil DUN Machap, Tan Sri Khalid minum arak dulu sebelum berucap. Tak percaya suruh dia bersumpah. Tanya juga Lim Guan Eng dan Lim Kit Siang. Selepas minum arak barulah beliau boleh berceramah dengan baik. Percaya tak ketika berkempen Tan Sri Khalid tak boleh beri salam dengan baik. Malah salam Tian Chua menyebut Assalammualaikum Waramatulllah hi wabarkatuh lebih baik daripada Khalid Ibrahim.

Muhyiddin Yakin Ramai Ahli PKR Keluar Parti


Tan Sri Muyiddin yakin ramai ahli PKR akan ikut jejak kumpulan 11 plus 2 AJK PKR Kuala Selangor yang diketuai MB Selangor Khalid Ibrahim.

Hari rabu lalu Cabang PKR untuk Kuala Selangor telah lumpuh dan rebah ekoran keluarnya kumpulan 11 plus 2 daripada cabang itu kerana pengurusan khalid dikatakan sangat bercelaru sehingga kumpulan itu hilang kepercayaan.

Sejak Khalid Ibrahim menjadi MB ekoran keputusan PRU-12 pentadbiran Khalid dipenuhi berbagai kontravesi dan salah guna kuasa.

Masih ingat kah 300 ekor lembu yang dikorbankan untuk parlimen Bandar Tun Razak di mana Khalid adalah ahli parlimennya yang dibayar oleh PKNS.

Tuntuntan penyelenggaran kereta pribadi Khalid yang dibayar oleh kerajaan Selangor.

Rasuah yang dilakukan oleh para exconya sehingga mengakibat salah seorang setiausaha politik terkorban dikatakan "bunuh"diri. Inkues mencari punca kematian setiausaha politik itu hingga kini masih berjalan di mahkamah inkues.

Isu arak,isu selcat dan kongsi gelap semuanya dikaitkan dengan pentadbiran Khalid Ibrahim.

Tidak ketinggalan isu Elizabeth Wong yang terlibat skandal sex.

Semuanya ini menggambarkan bagaimana lemahnya khalid dalam mengurus kerajaan Pakatan yang diketuainya.

Namun yang menggemparkan adalah hutang Khalid yang berjumlah 66.7 juta daripada Bank Islam sehingga kini belum berbayar. Jika rayuan Khalid untuk menangguhkan tuntutan Bank ini gagal maka kemungkinan besar Khalid akan diistiharkan muflis.

Kes terbaru Khalid adalah rebahnya cabang parti yang diketuai oleh MB Selangor ini. Secara moral, Khalid perlu letak jawatan, kerana sebagai seorang ahli politik, nyawa seseorang ahli politik itu ada pada parti yang dipimpinnya.

Rakyat yang tertipu oleh Khalid dan Pakatan mula dari sekarang patut mengambil iktibar bahawa kepimpinan PKR adalah kucar kacir yang tidak mempunyai hala tuju.

Janji-janji Pakatan umumnya dan PKR khususnya adalah janji-janji palsu yang tidak mungkin mereka tunaikan.

Sultan Johor Akan Disemayamkan Jam 2 Petang Ini


Sultan Johor, Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail, mangkat pada jam 7.15 malam ini di Hospital Pakar Puteri Johor Bahru selepas memerintah hampir tiga dekad. Baginda berusia 77 tahun.

Pengumuman kemangkatan baginda dibuat oleh Menteri Besar Johor, Datuk Seri Abdul Ghani Othman.

Menurut menteri besar, jenazah baginda akan disemadikan di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah pada 2 petang ini.

Baginda dikejarkan ke Hospital Pakar Puteri, pagi semalam kerana gering.

Baginda meninggalkan Sultanah Johor, Sultanah Zanariah serta dua putera dan lapan puteri iaitu Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail, Tunku Puteri Johor unku Hajah Kamariah, Tunku Besar Tunku Zabedah Aminah, Tunku Hajah Azizah minah Maimunah, Tunku Hajah Mariam Zahrah, Tunku Norani, Tunku Maimunah smailiah, Tunku Bendahara Johor Tunku Abdul Majid Idris Ismail, Paduka Puteri unku Muna Najiah dan Tunku Aminah Kalsom Masera Marian Zahirah.

Baginda yang diputerakan di Istana Semayam, Johor Bahru pada 8 April 1932, dimasyhurkan sebagai Sultan Johor pada 11 Mei 1981.

Tiga tahun kemudian pada 15 November 1984 baginda dilantik sebagai Yang di-Pertuan Agong kelapan.

Sultan Iskandar menerima pendidikan awal di Sekolah Rendah Ngee Heng, Johor Bahru sebelum melanjutkan pelajaran di English College (sekarang Maktab Sultan Abu Bakar) di Johor Bahru dan seterusnya melanjutkan pelajaran di Trinity Grammar School, Australia pada usia 16 tahun sebelum ke Devon Technical College, England lima tahun kemudian.

Setelah menamatkan pengajian pada 25 Januari 1956, baginda pulang ke Johor pada 1956 dan terus berkhidmat sebagai pegawai tadbir dalam Perkhidmatan Awam Negeri Johor sehingga 1959.

Sultan Iskandar dilantik Tengku Mahkota Johor pada 8 Mei 1959 berikutan kemangkatan nenda baginda, Almarhum Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Abu Bakar di London.

Pada Disember 1966, baginda dilantik Raja Muda Johor oleh ayahanda baginda dan turut menceburkan diri dalam bidang perniagaan dengan menubuhkan beberapa syarikat seperti Mados Enterprises dan Mados-Cito-Daiken.

Pada 10 Mei 1981, baginda dilantik Pemangku Raja pada 11 Mei 1981, selepas Sultan Ismail gering dan dimasyhurkan sebagai Sultan Johor keempat dalam sejarah Johor moden.

Petang semalam, putera sulung baginda Tunku Mahkota Johor Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan Pemangku Raja dan istiadat mengangkat sumpah diadakan di Istana Besar Johor.

Manakala pemasyhuran Sultan Johor yang baru akan dilaksanakan di Istana Besar Johor sebelum upacara pemakaman jenazah Almarhum Sultan Iskandar petang ini.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak takziah kepada kerabat diraja Johor di atas kemangkatan Sultan Johor Sultan Iskandar malam semalam.

"Saya bagi pihak kerajaan dan rakyat merakamkan rasa dukacita dan ucapan takziah kepada Duli Yang Maha Mulia Sultanah Zanariah dan anakanda-anakanda serta kerabat baginda di atas kemangkatan Duli Yang Maha Mulia Sultan Johor," katanya kepada wartawan Malaysia yang membuat liputan lawatan rasmi Perdana Menteri ke India selama lima hari sejak Selasa lepas.

Najib berkata: "Baginda Sultan merupakan seorang raja yang amat prihatin terhadap segala perkembangan dalam negerinya dan juga sewaktu baginda menjadi Yang di-Pertuan Agong.

"Baginda memainkan peranan yang besar dalam pembangunan dan kejayaan negeri Johor dan selalu menekankan betapa pentingnya rakyat Malaysia bersatu padu," kata Perdana Menteri.

Berikutan kemangkatan Sultan Johor, Najib memendekkan lawatannya ke India dan berlepas pulang ke tanah air pada pukul 8.30 malam semalam waktu tempatan dan dijangka tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) di Sepang awal pagi hari ini.

Mengikut jadual, Najib sepatutnya berlepas pulang petang esok.

Friday, January 22, 2010

Sultan Johor Gering


Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Sultan Johor, Sultan Iskandar, telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru hari ini kerana kegeringan.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar perubatan, baginda bersetuju untuk melantik Tengku Mahkota Johor, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar sebagai Pemangku Raja pada hari ini bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan baginda.

Berikutan kenyataan rasmi Setiausaha Jemaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli:

Jemaah Majlis Diraja Johor memaklumkan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar, Sultan Yang di-Pertuan bagi negeri dan jajahan takluk Johor Darul Takzim telah dimasukkan ke Hospital Pakar Puteri Johor Bahru pada 22 Januari 2010 kerana kegeringan.

Dengan itu, Jemaah Majlis Diraja Johor membuat keputusan di bawah pasal 9 (1)(B) dan 9 (2) Bahagian Pertama Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Johor 1995.

Setelah menerima laporan kesihatan daripada pakar-pakar perubatan, bersetuju melantik Duli Yang Amat Mulia, Tunku Ibrahim Ismail Ibni Sultan Iskandar, Tengku Mahkota Johor sebagai Pemangku Raja pada hari ini, 22 Januari 2010 bagi menjalankan tugas raja semasa kegeringan Duli Yang Maha Mulia Sultan Iskandar.

Rakyat diminta berdoa supaya keadaan baginda sembuh sebagaimana sedia kala.

Blog Archive