Friday, April 30, 2010

Cina-India-Melayu Hulu Selangor Buat Laporan Polis Terhadap Nizar

Tiga wakil kaum utama di Selangor hari ini membuat laporan polis ke atas ahli parlimen Bukit Gantang Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin kerana didakwa menyampaikan ceramah politik yang berbau hasutan semasa kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Beliau didakwa membuat hasutan itu semasa berceramah di hadapan masyarakat Cina di Kg Baru Kalumpang pada 17 April lepas dan kenyataan beliau mengenai Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak semasa di dalam ceramah itu telah dijadikan video klip dan tersebar di internet.

Laporan terhadap Mohammad Nizar itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Shah Alam pada pukul 1.15 tengah hari tad.

Ia dibuat oleh Pengerusi Majlis Belia Daerah Hulu Selangor Zulkarnain Abu Hanit, Pengerusi Majlis Belia India Malaysia Sg Pelek, M Ramesh dan Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung Persekutuan Kg Baru Seri Dengkil, Chan Meng Foh.

Zulkarnain mendakwa perbuatan menghasut orang Cina di penempatan Cina adalah perbuatan politik yang melampau dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Mohamad Nizar itu didakwanya berniat jahat.

"Kalau nak menang pun jangan ganggu keharmonian antara kaum di Hulu Selangor. Orang luar bawa kebencian boleh membangkitkan masalah antara masyarakat," dakwanya kepada pemberita.

Ramesh pula berkata beliau tidak bersetuju dengan apa yang dikatakan Mohammad Nizar dalam ceramah itu kerana ia boleh menimbulkan pergaduhan antara satu bangsa dengan bangsa yang lain.

Chan pula mendakwa kenyataan Mohammad Nizar boleh mengeruhkan hubungan antara kaum dan kerajaan mesti mengambil tindakan tegas.

Thursday, April 29, 2010

Kenapa MCA Salahkan Perkasa???

Perkasa ditubuhkan selepas PRU-12. Keputusan pada PRU itu majoriti kaum cina mengundi pembangkang, sebab itu juga majoriti pemimpin kaum cina kalah. Akibat kekalahan itu, Pulau Pinang Jatuh, Perak Jatuh, Selangor jatuh, Kedah Jatuh.

PRK Bukit Gantang yang diadakan selepas PRU juga menunjukan kaum cina menolak BN. Semua PRK selepas PRU-12, kaum cina menolak BN. Terakhir di Hulu Selangor pun kaum cina menolak BN.

Rekod ini menunjukkan bahawa parti-parti yang berasaskan kaum cina ditolak oleh kaum mereka sendiri. Parti-parti itu seperti MCA dan Gerakan tidak mampu lagi menarik kaum mereka.

Perbalahan dalaman parti kaum cina terutama MCA menggambarkan kelemahan parti itu. Sepatutnya para pemimpin parti ini menilai dan bercermin sendiri, kenapa kaum mereka menolak parti yang berasaskan kaum mereka sendiri.

Memang benar, parti Umno, MIC mengalamai kemerosotan semasa PRU-12, namun selepas itu, kaum melayu dan india mula menyokong semula. Di mulai di PRK Manek Urai, kaum melayu kembali menyokong Umno, Bagan Pinang, Kaum melayu dan India kembali menyokong BN, di Hulu Selangor, kaum melayu kembali kepada BN,khususnya Umno, demikian juga kaum india kembali kepada BN atau MIC. Namun kaum cina samasekali belum kembali kepada MCA ataupun Gerakan.

Disebabkan kaum cina belum kembali menyokong MCA, maka Presdien MCA Chua Soi Lek menyalahkan Perkasa, kononnya atas desakan Perkasa agar peruntukkan untuk kaum cina dikaji semula, memandangkan kaum itu tidak menyokong kerajaan.

Perlu ingat, kaum melayu terlalu ramai yang memerlukan bantuan dan pembelaan kerajaan. Masih terlalu ramai kaum melayu berada dalam kemiskinan. Kaum melayu yang miskin bergantung harap kepada pembelaan kerajaan, kerana itu di pendalaman, BN mendapat sokongan padu.

Perkasa hanya memberitahu kerajaan, utamakan rakyat yang memerlukan bantuan, utamakan rakyat yang menyokong kerajaan baik dasar dan perancangan kerajaan.

Salah kah Presiden Perkasa berkata demikian? Jangan nafikan fakta, jangan sorokan fakta. Melayu dan bumiputra perlu dibela,kerana itu ianya menjadi perjuangan Perkasa.

Perkasa bukan ultra melayu, Perkasa hanya memperjuangkan hak-hak melayu dan bumiputra sepertimana terkandung dalam perlembagaan.

Perkasa tidak akan wujud, jika hak-hak Melayu dan bumiputra sejak akhir-akhir ini dipersoalkan. Perkasa berdiri teguh kepada haknya, Perkasa berdiri Teguh bercerai roboh terhadap pembelaan hak melayu dan bumiputra.

Perkasa tidak mempersoalkan hak kaum lain sepertimana termaktub dalam perlembagaan. Demikian juga, Perkasa tidak mahu kaum lain mempersoal hak kaum melayu dan bumiputra.

Tolak ansur antara kaum ini telah wujud sekian lama. Namun akibat kehadiran parti-parti politik dan individu yang menjadi petualang dalam negara, maka tolak ansur itu tercemar dan menghampiri perpecahan.

Merebut kuasa dengan cara extrem adalah perjuangan para parti Pembangkang terutama DAP-PKR. Parti-parti menghalalkan semua cara demi merebut kuasa termasuk pembohongan gerakan 16 september 2008 oleh pemimpin Umum PKR Anwar Ibrahim.

Kepada MCA jangan salahkan Perkasa... salahkan diri sendiri kerana diri anda sendiri lah yang menyebabkan kaum anda menolak parti anda.

Kepada Chua Soi Lek.. jangan kambing hitamkan Perkasa.. tengok muka sendiri.. tengok kiri dan kanan; depan belakang, siapa kah anda.

Blogger Kickdefella Dapat RM 4 Juta Burukkan Pemerintahan Abdullah

Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan.

Sambil menyifatkan tindakan itu sebagai keji, Pengerusi Badan Perhubungan Umno Kelantan Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata Umno Kelantan kesal dengan PAS dan kerajaan negeri itu yang sanggup mengambil tindakan untuk memburuk-burukkan BN melalui pelbagai kaedah termasuk laman blog semata-mata untuk kekal berkuasa di Kelantan.

Beliau, yang juga Menteri Perdagangan Antabangsa dan Industri berkata, mempersoalkan moral kepimpinan PAS dalam usaha menjatuhkan BN itu dan mendesak kerajaan negeri supaya mendedahkan dari mana sumber kewangan RM4 juta itu kerana rakyat Kelantan berhak untuk mengetahuinya.

"Ini satu perbuatan yang keji. PAS perlu dedahkan dari mana sumber kewangan mereka sama ada mereka daripada hasil balak, atau hasil lain mahupun daripada sumbangan individu tertentu. Rakyat berhak tahu," katanya kepada pemberita di sini Khamis.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas mengenai laporan media bahawa penulis blog Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz mengakui menerima peruntukan lebih RM4 juta dalam tempoh tiga tahun bertujuan mewujudkan persepsi buruk bagi melemahkan Abdullah dan memastikan Pas terus kekal memerintah di Kelantan.

Syed Azidi juga mendakwa beliau membelanjakan wang itu bagi membiayai pelbagai aktiviti termasuk membeli aset, peralatan, pembayaran upah operatif dan lain-lain yang bertujuan menggerakkan satu Operasi Gerak Saraf bgi mewujudkan persepsi buruk ke atas Abdullah dan memudahkan PAs kekal memerintah Kelantan.

Penulis blog itu turut mencabar pihak-pihak terbabit supaya menjalankan siasatan berhubung pendedahan itu dan dari mana sumber peruntukan yang disalurkan kepadanya diperoleh.

Mustapa berkata pihaknya juga kesal dengan sikap kerajaan negeri yang sanggup menggunakan RM4 juta semata-mata untuk menaburkan fitnah tanpa bukti kepada BN sedangkan wang sebanyak itu dapat disalurkan kepada rakyat yang lebih memerlukan.

Sehubungan itu, beliau juga meminta supaya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) supaya membuat siasatan terhadap dakwaan laporan blog Kickdefella itu.

"Kita juga mendesak PAS dan kerajaan negeri supaya menghentikan perbuatan keji itu dengan menabur fitnah tanpa sebarang asas. Sebaliknya kerajaan negeri harus memberikan fokus untuk membangunkan negeri," katanya.

Kematian Aminulrasyid Budak 15 Tahun: Hanya Simpati Mampu Diucapkan

Kematian Aminulrasyid budak 15 tahun pagi isnin lalu ditangan polis tiada siapa yang boleh mengembalikannya di dunia ini lagi. Hanya simpati mampu diucapkan.

Kerajaan maupun pembangkang cuba menampilkan diri sebagai pembela, apapun usaha mereka, tidak akan mampu mengembalikan budak remaja itu.

Pihak kerajaan menubuhkan panel khas yang diketuai oleh Timbalan Menteri Dalam Negeri untuk menyiasat kematian pelajar tingkatan 3 itu. Pihak persatuan peguam pula mahukan agar satu inkeus ditubuhkan. selain itu seorang senator mengusulkan agar kematian budak itu dibahas di dewan negara.

Namun yang menyedihkan belum pun diketahui kenapa budak itu ditembak polis, pihak polis telahpun melabelnya sebagai penjanyah.

Budak 15 tahun penjenyah! satu istilah.. baru bagi negara kita.

Dalam perkembangan kes ini semalam Polis merakamkan keterangan saksi utama dalam kes remaja 15 tahun ditembak mati oleh polis itu.

Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.

Titah Sultan Selangor: Masjid Bukan Tempat Berpolitik: Jangan Datang Jika Tak Setuju

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini bertitah sesiapa yang tidak bersetuju dengan peraturan larangan berpolitik di masjid dan surau supaya tidak perlu datang ke negeri itu.

Jelas baginda, tujuan larangan masjid daripada digunakan sebagai pentas politik adalah untuk menjaga kesucian dan keharmonian tempat ibadah itu.

"Ini adalah kerana masjid dan surau merupakan tempat umat Islam berkumpul bagi melaksanakan amal ibadat dan mengeratkan silaturahim sesama mereka.

"Sekiranya masjid dan surau dibiarkan sebagai pentas kempen politik adalah dikhuatiri ia akan disalahgunakan oleh pihak tidak bertanggungjawab dengan melakukan perbuatan yang boleh mencemari kesuciannya seperti caci mencaci, fitnah memfitnah, tohmahan yang tidak berasas dan memburukkan keperibadian seseorang," titah baginda ketika merasmikan Sekolah Agama Menengah Tinggi Hisamuddin di Jalan Kota, Klang.

Baginda berititah, jika ingin datang ke Selangor, mereka yang terbabit hendaklah mematuhi segala peraturan dan undang-undang yang telah ditetapkan.

"Jika sekiranya seorang itu tidak bersetuju dengan peraturan yang telah ditetapkan di Selangor ini, maka hendaklah beliau mengelakkan diri daripada datang ke negeri ini."

Sultan Sharafuddin memberikan penjelasan itu memandangkan ada sesetengah ahli politik mempertikaikan titah baginda dan menganggapnya sebagai karut dan peninggalan penjajah.

Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat pada 23 April lalu menempelak Jabatan Agama Islam (JAIS) yang melarang pemimpin politik berceramah di masjid untuk kepentingan politik.

"Siapa ajar tak boleh cakap politik dalam masjid. Allah memerintah manusia dengan keadilan. Keadilan ada urusan politik, dibaca dalam al-Quran, dalam masjid," katanya sambil membaca sepotong ayat al-Quran.

"Allahu Akbar, kita azan, ini politik. Mengajak orang ramai pergi ke masjid, ini politik... Ini kerja-kerja saki baki ajaran penjajah barat yang mengasingkan ajaran agama dan politik... Ini adalah ajaran karut yang ditinggalkan oleh Inggeris yang diterima oleh manusia Muslim. (Saya) rasa dukacita," katanya.

Jentara BN Rajin dan Kerja Keras Tapi Macam Orang Mabuk:Analisis Paska PRK Hulu Selangor


Yang kaki botol adalah Zaid tapi kami rasakan jentera BN bergerak macam mereka pula yang mabuk. Jentera BN tidak tersusun dan kelihatan seolah2 tidak tahu apa patut dilakukan. Berterabur.

Pertama jentera BN tidak bekerja sepadu. MIC buat kerja dia, MCA buat kerja dia. UMNO buat kerja dia. Command Centre yang besar hanya berfungsi untuk operasi UMNO. Bilik2 Pemuda, Wanita, Penerangan dll tidak didiami oleh parti2 komponen. Tak faham kenapa command centre jauh dari pusat di Kuala Kubu Baru dan tidak central.

Dua, untuk tempat macam Hulu Selangor, komunikasi adalah satu masaalah. Hulu Selangor ini besar kawasannya dan kemudahan Internet terjejas. Patut difahami bahawa komunikasi utama adalah risalah, ceramah, rumah ke rumah, jumpa kawasan awam di kedai kopi dll. Maaf saya cakap, UMNO dan BN lemah dalam semua bidang ini.

Kami difahami kononnya ada group SelangorKita yang ditanggungjawab menyebar risalah. Boss mereka cakap besar seolah-olah mereka dah sedia bahan, timing dan tempat sebelum orang lain. Rasanya nak sumbat stokin dalam mulut Dato tu. Mereka sub kontrak ke group lain sebenarnya. INi kes dia orang sapu duit tapi oang lain buat kerja gut?

UMNO lemah dalam penyebaran risalah. Ini patut kerja kumpulan macam Pemuda dan Puteri.

Ketiga, bahan yang disebarkan. Nampaknya bahan yang disebarkan tidak memahami psikoloji orang yang membaca. Kami terjumpa satu majalah bernama MediaNusa.


Sekali baca ini kerja ciplakan dari blog2. Majalah ini dijumpai di majlis MCA untuk pujuk Cina. Terkandung dalamnya adalah isu Zaid persoal Ketuanan Melayu, gambar Eli Wong tak ada moral dll. Ini menunjukkan kita beberapa perkara.

a) ini ada kutu kerja menyamun material orang tanpa memperakui siapa punya bahan.

b) boleh jadi ad akutu guna peluang untuk samun bujet umno untuk buat duit dari ciplak bahan orang.

c) penyebar majalllah ini betul tak ada otak. Ada ke hantar kawasan cina. mana tidak cina sensitif,

d) penulis tak faham bahawa propaganda pilihanraya mesti fokus, mudah/simple dan terpilih. Terlalu banyak sangat mesej yang mahu disampaikan dalam majalah ini dan juga majalah SelangorKita. Di Selangor kini pembangkang sudah sedar perkara ini dan pendidikan jadi fokus mudah/simple dan terpilih dan bukan sebemban seperti yang merteka pernah lakukan.

Keempat, Dato2 dan pemimpin jentera UMNO dilihat bermain politik sesama sendiri. Pasal tak suka Mat Taib, ada mereka tidak mahu sediakan material untuk jawab isu Felda Sg Buaya.

Ada pula sibuk nak jaga bontot sendiri. Ada satu risalah nampak macam risalah seorang pemimpin nak menjawab kontroversi dari kesalahannya sendiri yang tidak peka semasa mengatur Konvensyen BN. Siap bayar orang khusus untuk tengok kalau boss kena.

Ada pula macam seorang Ketua Wanita syok nak atur kempen untuk mengetengahkan diri sendiri dan bukan untuk bekerjasama dengan pengurusan.

Masaalah tidak percaya mempercayai antara satu sama lain begitu tersebar. Kebanyakan tidak percaya mempercayai kebolehan sesama sendiri dan akhirnya buat kerja sendiri.

Kalau ada ide nak kasi pada orang UMNO, mereka suka perkecilkan kebolehan dan keupayaan orang lain. Ada lepas tu akan samun idea orang for free.

Kelima, UMNO hanya pandai event management dan bukan pandai berkempen. Patutnya dengan ahli pulohan ribu di Hulu Selangor, UMNO dan BN patut ada orang di setiap kedai kopi, tempat awam, rumah ke rumah, dan lain2 untuk memberi risalah, bercakap, memujuk, dll.

Kadang2 memenangi pilihanraya melibatkan cutting deal. Perlu diketahui loudspekaer dan opinion leader satu2 tempat.

Keenam, UMNO tak tahu pilihanraya zaman IT. Walaupun Internet akses di Hulu Selamgor slow, ini tidak bermakna cara berkempen tidak bileh di IT kan. IT bermakna data base, penyebaran maklumat segera, respons yang cepat dan pelbagai media.

Kalau pembangkang bantai dengan dakyah, kita kena boleh jawab dengan risalah atau SMS blast. SMS blast yang disebarkan oleh operatif BN nampak sangat berfikir macam UMNO dan hanya faham pengundi UMNO. Mesejnya pun mondom. Tak appeal. Tak cool. Mesej yang tak kena pada medium media yang digunakan.

Mula fikirkan penyebaran video. Video production sudah tidak makan masa macam dulu dan ada keupayaannya sendiri seperti face to face communication.

Ketujuh, cubalah berseni sedikit bila nak sampaikan mesej. Bandingkan bawah ini, lain tak limit kasarnya.


Kelapan, kebanyakkan masaalah yang disebuta da kemajuan tapi masaalah yang asyik berulang berkali2 adalah Pemuda dan Puteri lembab dan tidak efektif. Inilah dia bila tidak ada semangat juang tapi memikirkan wang dan upah.

Apa perlu UMNO belanja duit dan upah orang jika tenaga Pemuda dan Puteri ada? Harapkan baju berseragam dan cantik aje? Semangat elek!!!!

Ketua Pemuda dan Ketua Puteri patut dipersalahkan dan lakukan sesuatu. Mungkin Ketua2 Pemuda dan Puteri tidak patut jadi Menteri jika pergerakan masing2 tidak bergerak ..... Kedua2 Ketua nampaknya hanya syok sendiri datang Majlis disambut macam VIP.

Kesembilan, kenapa Cina tidak undi BN? Jawabnya Cina masih menyampah dengan MCA. Chua Soi Lek jangan salahkan Perkasa. Jentera MCA paling lemah sekali dalam semua PRK2. Batang Kali pun anti Chua Soi Lek. MCA hanya nak menyalahkan UMNO tapi bila diminta suggestion, tak ada di kasi. Otak MCA dah lembab. Bila mereka nak menuntut sesuatu, mereka hanya menyalahkan UMNO tapi tak salahkan diri sendiri. Gerakan lagi tak boleh harap. Baik mereka masuk DAP.

Kau orang sila tambah2.

UMNO ni kena bedil sampai mampus baru nak sedar. Kalau mereka tidak berasa cemas dengan kemenangan nipis di Hulu S'ngor tak tahulah. KUbu BN dah boleh terima pembangkang.

Padahal jentera PKR hancur tengah jalan pasal kena bom. Itu pun kita tak boleh score banyak2.

Masaalah sikap, attitude, semangat, kesungguhan, keupayaan, dan kerjasaam dalam UMNO sangat meruncing. Jangan terlalu selesa. Kamalanthan boleh jadi Parthiban dan Hulu Sngor boleh jatuh kembali ke pembangkang pada PRU13 ...

Oh ye ... Terakhir sekali, syabas blogger Pro UMNO. Hangpa hebat dan berkoordinasi. Harap tidak ada malaun cuba mengambil peluang nak menaikkan politik peribadi dan sapu duit hasil kejayaan blogger kali ini.

Yang hebat adalah blogger pro UMNO yang independent dari mana2 perkumpulan. Kalau ikut birokrasi UMNO, tulisan macam pakai kondom. RENCANA ASAL

Pakatan@DAP Akan Kempunan DI PRK Sibu Sarawak

Pakatan@DAP jangan merasa bahawa kemerosotan sokongan pengundi kaum Cina kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil Hulu Selangor merupakan postif kepada parti itu. Pola pengundian Hulu Selangor tidak akan berlaku pada pilihanraya kecil Parlimen Sibu pada 16 Mei ini.

Timbalan Presiden Parti Pesaka Bumiputera Bersatu (PBB) Datuk Amar Abang Johari Tun Openg berkata perspektif pengundi di Sibu, kawasan yang didominan oleh kaum Cina adalah berbeza daripada rakan mereka dalam pilihan raya kecil Hulu Selangor.

"Masyarakat Cina di Sarawak tidak mengambil polarisasi kaum sebagai satu isu. Selain itu, konsep 1Malaysia bukan satu perkara baru di Sarawak kerana ia sudah lama dipraktikkan di kalangan masyarakat pelbagai kaum di negeri ini.

"Apa yang berlaku pada pilihan raya kecil Hulu Selangor tidak akan berlaku di Sarawak," katanya kepada pemberita selepas menutup bengkel penulisan pilihan raya Persatuan Wartawan Komanwel (CJA) di sini Rabu.

Pilihan raya kecil Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandang Datuk Robert Lau Hoi Chew yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April. Suruhanjaya Pilihan Raya menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

BN menamakan peguam Robert Lau Hui Yew, 45, sebagai calon bagi pilihan raya kecil Sibu manakala DAP akan meletakkan pengerusi DAp negeri dan Angota Dewan Undangan Negeri Bukit Assek, Wong Ho Leng, 50.

Hui Yew yang turut dikenali sebagai Robert Lau Junior; dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) adalah sepupu kepada mendiang Hoi Chew.

Abang Johari, yang juga Menteri Perumahan dan Kemajuan Bandar berkata keputusan pilihan raya kecil Sibu bukan ditentukan oleh pengalaman berpolitik kedua-dua calon.

Katanya para pengundi akan menilai keperibadian, kemampuan dan polisi kedua-dua calon sebelum mengundi.

"Saya yakin mereka tidak mahu Sibu tertinggal daripada arus perdana pembangunan (Koridor Tenaga Diperbaharui Sarawak). Kesinambungan adalah amat penting bagi penduduk Sibu," katanya.

Sambil memberikan satu contoh, Abang Johari berkata kerajaan komited bagi mengurangkan masalah banjir di Sibu di mana peruntukan disalurkan dan ia tidak dibuat semasa pilihan raya kecil.

"Tidak ada isu besar di Sibu kerana mendiang Datuk Lau telah mengenal pasti isu dan kami (BN) sedang berusaha menyelesaikan dan menangani semuanya," katanya.

Sementara itu, Abang Johari meminta media di negeri ini supaya menulis laporan yang seimbang dan tidak mensensasikannya dalam membentuk pendapat awam.

Katanya kerajaan negeri menghargai sumbangan media dan berharap sebagai rakan yang bertanggungjawab dalam arus kemajuan, supaya sentiasa objektif dalam laporan mereka.

Sementara itu, pengerusi CJA Sarawak Caroline Jackson berkata bengkel itu bertujuan untuk membantu wartawan di negeri ini membuat liputan bagi pilihan raya kecil Sibu dan pilihan raya negeri tidak lama lagi.

Perkasa Bukan Ultra Melayu!: Presiden Perkasa

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) Datuk Ibrahim Ali hari ini memfailkan saman terhadap akhbar berbahasa Inggeris The Sun, ketua pengarang dan wartawan yang didakwa menyiarkan kenyataan berunsur fitnah terhadapnya dan Sultan Selangor.

Samannya itu difailkan oleh peguamnya, Datuk Salehudin Saidin di Mahkamah Tinggi Shah Alam pagi ini.

Ditemui pemberita, Salahudin berkata anak guamnya menuntut gantirugi yang akan ditentukan mahkamah, permohonan maaf secara terbuka dan perintah injuksi bagi melarang pihak tersebut daripada terus menyiarkan berita seumpama itu.

Katanya, akhbar The Sun pada 17 Mac menyiarkan laporan yang didakwa berunsur fitnah bahawa Ibrahim dan PERKASA tidak mendapat perkenan Sultan Selangor bagi merasmikan mesyuarat agung NGO itu pada hujung bulan lalu.

"Tulisan itu juga menggambarkan anak guam saya chauvinis Melayu dan kuat perkauman," katanya.

Selain laporan berita itu, Ibrahim sebelum ini juga pernah mendakwa satu lagi laporan dalam akhbar yang sama, mendakwa Sultan Selangor telah menasihatkan presiden PERKASA itu supaya jangan bersikap melampau.

Dalam laporan tersebut, The Sun memetik sumber-sumber yang menyatakan bahawa Sultan Selangor, Tuanku Sharafuddin Idris Shah tidak komited sama ada baginda akan merasmikan AGM PERKASA selepas menerima mengadap Ibrahim selama 40 minit di Istana Mastika.

AGM PERKASA berlangsung di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di Kuala Lumpur pada 27 Mac lalu dengan dirasmikan mantan perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

'PERKASA lebih semangat'

Sementara itu, Ibrahim yang hadir sama di Mahkamah Tinggi Shah Alam mendakwa akhbar berkenaan mungkin berniat jahat dengan menyiarkan laporan itu memandangkan tiada media lain yang melaporkan berita sebegitu.

Beliau juga mengesyaki terdapat pihak-pihak tertentu di belakang media terbabit yang mahu menggagalkan AGM PERKASA.

"Laporan itu amat serius kerana membabitkan Sultan Selangor dan nama baik PERKASA.

"Kita tak pernah pun bersifat perkauman dan ultra Melayu," katanya.

Ditanya tentang tindakan sesetengah media baru yang didakwa menggambarkan PERKASA sebagai perkauman, Ibrahim menegaskan pihaknya hanya memperjuangkan kepentingan Melayu berdasarkan ruang lingkup perlembagaan negara.

"Dong Ziong, suatu masa Su Qiu juga membuat pelbagai tuntutan kepada kerajaan. Tak ada siapa pula sebut mereka perkauman," katanya.

Justeru tambahnya, label yang diberikan kepada PERKASA tidak adil.

"'Kita tidak tertekan, bahkan kita jadi lebih bersemangat," katanya.

Beberapa pemimpin kanan PERKASA turut hadir menemani Ibrahim memfailkan tuntutan hari ini.

Wednesday, April 28, 2010

Mangsa Tembakan Rambang Polis Terkejut Kejadian Sama Berulang Semula

Mangsa tembakan rambang polis pada 16 April 2009, Shahril Azlan Ahmad Kamil melahirkan rasa terkejut yang amat sangat ekoran kejadian yang pernah menimpa ke atas dirinya setahun lalu berulang lagi kepada pelajar, Aminulrasyid Amzah, 15, pada 26 April lalu juga di Shah Alam.

Beliau yang mengucapkan takziah kepada anggota keluarga pelajar itu turut menyifatkan kejadian itu sebagai satu tindakan yang sangat tidak profesional kerana tanpa sebarang komunikasi sebelum menembak sehinggakan terasa seperti suasana di negara ini berada di dalam keadaan darurat.

"Mereka langsung tidak bertanya apa-apa terus sahaja menembak tanpa usul periksa," tegasnya ketika ditemui oleh wartawan dari sebuah akhbar mingguan politik, Siasah hari ini.

(Gambar: Selepas setahun, parut masih ada pada badan Shahril. Kesan tembakan itu menyebabkan paru-parunya bocor, sukar tidur malam, kaki dan tangannya kebas selalu dan tidak boleh memandu jauh)

Menurutnya, sehingga kini sudah setahun beliau menderita menanggung segala sengsara zahir dan batin tanpa sebarang pembelaan paling wajar dari mereka yang bertenggungjawab melakukan tindakan sangat tidak adil itu.

Untuk rekod, kejadian itu menyebabkan paru-paru anak sulung dari sembilan beradik berasal dari Sabak Bernam dan kini tinggal bersama keluarga di Kapar ini bocor; sukar tidur malam, kebas kaki kiri dan tidak boleh memandu jauh.

Baru-baru ini, seorang pelajar berumur 15 tahun, Aminulrasyid Amzah meninggal dunia akibat terkena tembakan polis pada kepalanya selepas lari dengan kereta keluarganya.

Ekoran itu, pelbagai pihak mendesak pihak polis jangan menutup kes ini dan membuat penyiasatan dan memberikan hukuman yang sewajarnya ke atas anggotanya yang terlibat.

Peguam keluarga mangsa, N Surideran menyifatkan kes ini sebagai satu pembunuhan.

Ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad pula meminta polis supaya melindungi dua saksi utama kes yang membabitkan empat pegawai polis, pagi kelmarin.

"Salah seorang saksi utama adalah anak polis sendiri, saya harap pihak polis beri jaminan dia ini dilindungi," jelas beliau di Pusat Khidmat Masyarakat di Parlimen Shah Alam baru-baru ini.

Beliau turut meminta polis supaya tidak melakukan sebarang inisiatif untuk mengubah laporan kedua-dua saksi terbabit supaya selari dengan dakwaan polis sebelum ini iaitu mangsa ditembak kerana suspek kumpulan samun bersenjata.

"Jangan ada usaha-usaha nak mempengaruhi saksi ini supaya ubah atau mereka-reka cerita (supaya) sealiran dengan polis," jelas beliau sambil memberitahu media bahawa beliau sendiri bertanggungjawab membawa saksi utama terbabit pergi membuat laporan polis.

Kematian Aminulrasyid Pihak Pembangkang Ambil Kesempatan

Pihak pembangkang begitu cepat mengambil kesempatan. Kematian Aminulrasyid yang ditembak polis pada kira jam 1 pagi Isnin lalu di seksyen 11 Shah Alam dimanafaatkan sepenuhnya oleh para pembangkang.

Peguam yang membela keluarga mangsa dan juga saksi utama dalam kejadian ini semuanya adalah peguam sekaligus pemimpin pembangkang.

Saksi tersebut yang dilaporkan berada bersama mangsa - Aminulrasyid Amzah - semasa kejadian tersebut, akan memberi keterangan di ibupejabat polis kontinjen Selangor, di Seksyen 9, Shah Alam.Polis telah merakamkan keterangan saksi utama itu mulai petang tadi.

Peguam Gobind Singh Deo yang mewakili saksi tersebut, mengesahkan perkara itu dan telah mengiringi anak guamnya itu pada jam 3 petang tadi ditemani ahli parlimen Titiwangsa, Dr Lo'Lo" Ghazali.

Dalam perkembangan berkaitan, keluarga Aminulrasyid dan menantunya Muzaffar Mahali, turut dirakamkan kenyataannya di IPK yang sama petang ini.

Puspawati Rosman berkata, dua anak guamnya sedang disoalsiasat mulai jam 6 petang.

Seorang lagi peguam mereka Latheefa Koya juga hadir menemani keluarga mangsa.

Kaum Cina Tidak Sokong BN Pun Tak Apa; Janji Tetap Janji: Naijb

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak hari ini mengotakan janjinya yang dibuat semasa kempen pilihan raya kecil kerusi parlimen Hulu Selangor dengan menyerahkan peruntukan berjumlah RM3 juta kepada SRJK (C) Rasa, Hulu Selangor.

"Saya sudah buat satu pengakuan bahawa semua janji yang dibuat semasa pilihan raya kecil Hulu Selangor, kita akan tunaikan,” kata perdana menteri pada majlis penyerahan cek itu kepada sekolah berkenaan di Putrajaya hari ini.

Katanya, beliau ingin memberitahu kepada pengundi-pengundi di Hulu Selangor dan di seluruh negara bahawa Barisan Nasional (BN) adalah sebuah parti yang mereka boleh yakini.

"Apa saja yang kita telah janjikan, kita akan tunaikan dan kata-kata kita akan kita kotakan,” katanya.

Terdapat desas-desus kononnya BN tidak akan menyediakan peruntukan itu kerana kaum Cina tidak memberikan sokongan sepenuhnya kepada BN pada PRK itu.

"Saya tidak mahu janji kita dipertikaikan. Saya anggap ini tanda keikhlasan kepada masyarakat kaum Cina.

"Walaupun kali ini mereka tidak sepenuhnya mengundi kita tapi kita harap pada masa akan datang, kaum Cina akan beri sokongan lebih padu kepada Barisan Nasional,” katanya.

Najib berharap peruntukan itu dapat membantu sekolah tersebut membina bangunan sekolah tambahan di tempat yang baru.

"Maknanya hutang saya sudah langsai,” katanya ketika menyerahkan cek tersebut kepada Pengerusi Lembaga Pengurusan Sekolah, Ng Tek Kui dan guru besarnya, Ng Kin Mooi.

Turut hadir, Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan calon BN yang menang kerusi Hulu Selangor, P Kamalanathan.

P. Kamalanathan Pun Hanya Menang 1,725 Undi; Jika G Pananivel Pasti Kalah: Seharusnya Kalau Ada Lantikan ke Kabinet: P Kamalanathan Lebih Layak; Bukan G Palanivel

Timbalan presiden MIC, Datuk G Palanivel dijangka dilantik sebagai senator minggu depan sebagai menghargai pengorbanannya tidak dicalonkan pada pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor.

Menurut sumber, pengerusi BN Hulu Selangor itu juga akan diberikan jawatan sebagai timbalan menteri.

Palanivel pada asalnya adalah calon MIC untuk bertanding di kerusi Hulu Selangor. Namun akibat tentangan penyokong akar umbi BN, khususnya akar umbi Umno, kerusi berkenaan diberikan kepada calon kompromi, P Kamalanathan, yang menang pada pilihan raya kecil Ahad lalu.

P Kamalanathan hanya menang tipis terhadap Zaid Ibrahim. Jika G Palanivel jadi calon, adalah pasti Zaid Ibrahim yang dinobatkan menjadi pemenang.

Zaman G Palanivel sudah berlalu, beri lah peluang pada P kamalanathan

Tanda-Tanda Kerajaan Pas Kedah Akan Jatuh

Mempersoalkan kuasa-kuasa Sultan oleh wakil rakyat Pas yang ditimbulkan semasa sesi sidang DUN Kedah merupakan tanda-tanda kerajaan Pas di negeri itu akan jatuh.

Pada PRK Hulu Selangor lalu, Nik Aziz mempersoal titah Tuanku Sultan Selangor yang melarang menggunakan masjid bagi tujuan politik.

Sebagai rekod sejak penamaan calon PRK Hulu Selangor, telah 5 orang pemimpin PKR keluar PKR. Sebelum ini 4 ahli parlimen, beberapa ADUn, ADUn terakhir adalah ADUN Bakar Arang Kedah.

Para pemimpin PKR pula selian Bendahari PKR Hulu Selangor yang juga kawan rapat Anwar Dr Halili Rahmat telah keluar parti.

Para pemimpin AMK PKR juga berkeluaran, yang terkini adalah Ketua Angkatan Muda Keadilan [AMK] Kelantan, Wan Khairul Ihsan Wan Ahmad mengumukan keluar PKR hari ini.Turut keluar parti ialah setiausaha AMK Kelantan, Zainal Abidin.Mereka mengumumkan perkara itu dalam satu sidang akhbar hari ini.

Sementara itu kerajaan Kedah berada dihujung tanduk. Jika 3 ADUN PKR keluar parti, secara automatik kerajaan Datuk Azizan Razak terus tumbang.

Desas desus kini, sebaik sahaja PRK Hulu Selangor diumumkan dan BN menang, maka diperkirakan semua ADUN PKR Kedah akan mengistiharkan ADUN Bebas.

Untuk catitan, kerajaan Kedah kini hanya mempunyai 20 Kerusi (16 Pas, 3 PKR dan 1 DAP), manakala BN dan Bebas 16.

Trend Pembangkang: Apabila Kalah Maka Cipta Tuduhan: Kali Ini Beli Undi Pula

TREND di kalangan pemimpin pembangkang adalah menghamburkan tuduhan-tuduhan melulu setiap kali tewas pada mana-mana pilihan raya, mungkin ada benarnya.

Tetapi Barisan Nasional (BN) kena mengambil sikap bertenang dalam menerima ‘lontaran batu-batu’ itu daripada pembangkang.

Jangan diikut rentak dan gaya politik pembangkang yang tidak boleh terima kekalahan. Apabila tewas maka bermacam-macam cerita rekaan akan keluar. Inilah hakikat yang berlaku sekarang selepas Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Zaid Ibrahim menerima kekalahannya tetapi mendakwa sistem pilihan raya di negara ini tidak adil dan bersih. Beliau mendakwa, BN menang kerana membeli sokongan pengundi di kawasan itu.

Pemimpin pakatan pembangkang dakwa BN guna dana awam bagi memenangi Pilihan Raya Kecil Parlimen itu.

Tuduhan yang dilakukan oleh PKR itu adalah tidak berasas dan boleh mengelirukan rakyat. Kalau pemimpin-pemimpin BN berani seperti pemimpin pembangkang, mereka juga boleh mengambil tindakan saman atas dakwaan itu.

Tetapi kita percaya pemimpin BN tidak kalut hingga perlu ambil tindakan sedemikian.

Barangkali penjelasan Perdana Menteri sudah cukup menepis tuduhan itu. Apa yang dilakukan dalam kempen pilihan raya kecil itu, kerajaan tidak membeli undi tetapi menyelesaikan masalah sebenar rakyat yang tidak ditangani dalam sesuatu tempoh masa yang lama.

Ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk Hulu Selangor. Contohnya projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya. orang ramai mahukan projek itu dan ia dilaksanakan oleh PLUS (PLUS Expressways Bhd), bukannya dana awam.

Tak cukup dengan penjelasan Datuk Seri Najib Tun Razak, Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor juga ada pendedahannya.

Kita mungkin tertanya-tanya kenapa PKR mengagihkan wang RM200 selain barangan keperluan seperti beras kepada beberapa pengundi di kawasan berkenaan, kalau bukan beli undi namanya?

Kerajaan negeri juga melakukan pelbagai cara untuk menarik pengundi sehingga mengagihkan borang 5A iaitu borang untuk memohon tanah. Tetapi ada syaratnya, kalau PKR kalah, borang 5A akan ditarik balik dan tanah tidak akan diberikan kepada rakyat.

Kepada pemilik premis perniagaan yang tidak diduduki misalnya di Bukit Beruntung, Hulu Selangor, kerajaan negeri dikatakan membuat keputusan mengecualikan bayaran cukai pintu.

Begitu banyak peruntukan kerajaan negeri diturunkan untuk menurap jalan, memberi bantuan kepada orang miskin dan juga menyampaikan cek-cek sumbangan kepada sekolah-sekolah jenis kebangsaan Cina dan Tamil.

Tidakkah ini juga ‘gula-gula’ untuk menarik sokongan pengundi. Inilah taktik dan strategi alih perhatian rakyat yang bijak dimainkan oleh PKR. Begitu bijak mereka menuduh BN membeli undi, sedangkan perbuatan itu yang dilakukan oleh mereka.

Bukankah itu semua merupakan satu sogokan? Nampaknya sekarang pakatan pembangkang kena menelan ludah sendiri. Janganlah sudah lempar batu, sembunyikan tangan.

Zaid Kemuka Petisyen Pilihanraya: Pembelian dan Pembelian Undi Sebagai Asas

Calon PKR yang tewas, Datuk Zaid Ibrahim akan memfailkan petisyen pilihan raya supaya keputusan kerusi parlimen Hulu Selangor, Ahad lalu diisytiharkan sebagai tidak sah dan terbatal.

Beliau memberikan alasan pembelian undi dan pemindahan pengundi sebagai hujah petiyennya itu.

“Dalam keadaan seperti, kami akan memfailkan petisyen pilihan raya sebaik sahaja pasukan perundangan saya bersedia,” katanya pada sidang media di rumhanya.

“Mana-mana pengundi di Hulu Selangor yang ingin menawarkan sebarang maklumat yang relevan boleh berbuat demikian di mana-mana pejabat PKR, DAP atau PAS.”

Zaid juga berkata beliau akan menyaman akhbar bahasa Melayu, milik Umno - Utusan Malaysia yang melabelkannya sebagai kaki botol.

“Saya bukan khaki botol. Apa yang saya minum adalah tidak lebih daripada apa yang diminum oleh (Dr) Mahathir (Mohamad) dan pemimpin Umno lain,” katanya.

“Suruhanjaya Pilihan Raya sepatutnya tidak membebarkan kempen berniat jahat dan palsu berkenaan.”

PRK: Pas Dah Kalah: PKR Dah Kalah: Sibu? DAP Pula Kalah

Selepas PRU-12 permulaan 7 PRK yang disengejakan, kecuali Parlimen Bukit Gantang dan Kuala Terengganu, semuanya dimenangi oleh Pakatan 3 Parti DAP-PAS-PKR.

Kemenangan gabungan 3 parti itu tersendat hanya di Batang Ai Sarawak, Bagan Pinang dan terakhir di HUlu Selangor pada 25 April lalu.

Namun yang menarik pada PRK-PRK terakhir adalah kekalahan bergilir-gilir parti-parti pembangkang tersebut. Bermula dengan kekalahan Pas pada PRK Bagan Pinang pada Oktober tahun lalu, kemudian PKR pada 25 April lalu. Kini giliran DAP pula akan kalah di Sibu Sarawak.

P.212 Sibu adalah satu kawasan bermajoriti kaum cina. Namun setiap pilihanraya, kawasan itu tetap dimenangi oleh calon BN daripada SUPP.

Kerusi P.212 Sibu kosong berikutan kematian wakil rakyatnya Datuk Robert Lau Hoi Chew akibat barah pada 9 April lalu.

Pada setiap pilihanraya Robert Lau mendapat perlawanan yang sengit daripada Pengerusi DAP Sarawak Wong Ho Leng. Pada PRU-12 lalu, Robert menang hanya dengan majoriti 3,549. Dalam rekod, jumlah ini lah yang memisahkan antara calon BN dan DAP.

pada PRK 16 Mei nanti sekali lagi Pengerusi DAP Sarawak itu, Wong Ho Leng dicalonkan bagi mewakili DAP.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan penamaan calon bagi pilihan raya kecil itu pada 8 Mei dan pengundian pada 16 Mei.

Sibu mempunyai 54,695 pengundi berdaftar termasuk 2,537 undi pos.

Pemilihan Wong yang juga ADUN Bukit Assek, diumumkan oleh setiausaha agung DAP, Lim Guan Eng dalam satu majlis jamuan malam yang dihadiri pemimpin Pakatan di Sibu malam tadi.

BN telah mengumumkan pemilihan peguam Robert Lau Hui Yew dari Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP) sebagai calon BN.

Aminulrasyid (15) Panik Kerana Tiada Lesen Memandu: Rakan

Ahli keluarga Allahyarham Aminulrasyid Amzah (gambar), 15, yang mati ditembak polis dalam satu kejadian di Seksyen 11 di sini awal pagi semalam, mahu pasukan itu melakukan siasatan secara telus dan adil serta tidak melindungi sesiapa bersalah.

Ibu mangsa, Norsiah Mohamad, 60, yang masih lagi sedih dengan kejadian menimpa anaknya itu, juga menegaskan bahawa anaknya bukan penjenayah seperti dilaporkan oleh media.

Sebagai seorang ibu, dia lebih arif tentang sikap dan tingkah laku Allahyarham yang bersopan santun serta menghormati orang lebih tua.

"Malah kami bukan daripada keluarga penjenayah. Saya akan berbincang dengan ahli keluarga lain bagi melantik peguam untuk tindakan selanjutnya agar anak saya mendapat pembelaan sewajarnya.

"Saya juga mahu pihak polis menjalankan siasatan telus dan tidak melindungi anggota-anggota polis peronda yang terlibat dalam insiden tersebut," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di sini hari ini.

Pelajar Sekolah Menengah Seksyen 9 itu, terbunuh apabila terkena tembakan polis setelah mangsa dan rakannya yang menaiki kereta Proton Iswara cuba ditahan polis kira-kira pukul 2 pagi semalam.

Norsiah berkata, dia mendapat tahu anaknya keluar rumah secara senyap menggunakan kereta kakaknya untuk menonton perlawanan bola sepak di Seksyen 7 di sini.

Namun katanya, rakan kepada anaknya yang berada di dalam kereta itu memberitahu, dalam perjalanan pulang mereka sempat membantu rakan yang kerosakan motosikal di Seksyen 2.

Katanya lagi, malangnya selepas itu, kereta mereka terlanggar pula sebuah kereta Mercedez-Benz.

"Mereka panik kerana tiada lesen memandu lalu terus memecut laju menyebabkan beberapa buah motosikal mengejar kereta anak saya hingga bergesel dengan salah sebuah motosikal tersebut.

"Tiba-tiba mereka bertembung dengan sebuah kereta polis... Disebabkan takut mereka terus memecut laju dan enggan berhenti apabila diarahkan berbuat demikian," katanya.

Tambahnya, polis yang mengejar kereta itu telah melepaskan tembakan dan mengenai salah satu tayar manakala satu das lagi menembusi cermin dan belakang kepala anaknya.

Katanya, keadaan itu menyebabkan anaknya melepaskan stereng kereta dan rebah ke pangkuan rakannya di sebelah, lalu menyebabkan kereta itu terus bergerak sebelum terbabas di dalam longkang.

"Oleh itu, saya meragui dengan kenyataan polis bahawa tembakan dilepaskan kerana kereta itu mengundur dan cuba merempuh anggota polis berkenaan," ujar beliau.

Seorang ahli kariah surau Seksyen 11 yang hanya ingin dikenali sebagai Abdullah berkata, kejadian tersebut memang mengejutkan penduduk kerana arwah kerap mengunjungi surau tersebut

"Dia kawan anak saya dan bukan budak rempit. Apabila polis mengesyaki arwah penjenayah, kami mengenali arwah sangat terluka dengan kenyataan itu kerana dia budak yang sangat baik, bukan seperti didakwa," ujarnya pula.

Guru Aminulrasyid yang enggan dikenali berkata, anak muridnya itu seorang pelajar ceria, mesra dan menghormati guru-guru serta aktif dalam kegiatan kokurikulum selain mewakili daerah Petaling Jaya dalam pertandingan bola sepak.

Agaknya Apa Kandungan CPU Azmin Ali Itu?

Pusat khidmat DUN Bukit Antarabangsa Azmin Ali di Taman Melawati, Hulu Kelang telah dipecah masuk hujung minggu lalu.

Tetapi anehnya, Azmin yang juga naib presiden PKR itu berkata, hanya lima unit CPU komputer yang dilarikan dari pusat itu.

Katanya, seorang pegawainya menyedari kejadian tersebut apabila membuka semula pejabat itu hari ini, yang ditutup sepanjang hujung minggu lalu.

Beliau yang juga ahli parlimen Gombak berkata, pejabat itu ditutup selama dua hari untuk memberi tumpuan kempen pilihan raya kecil Hulu Selangor.

Ketika ditemui di premis tersebut, Azmin terkejut kerana hanya CPU komputer sahaja yang dicuri.

"Semua barang, mesin pencetak, mesin faks, monitor komputer dan telefon, tidak dicuri," katanya.

Menurut Azmin, kejadian tersebut disedari pegawai khasnya, Najib Onn sebaik sahaja beliau tiba di pusat khidmat tersebut.

"Najib menyedari tombol pintu utama telah dipecahkan dan mendapati fail-fail berselerakan di atas lantai," katanya dan satu laporan dibuat hari ini di Balai Polis Ampang berhubung kejadian tersebut.

Azmin juga berkata, beliau telah memaklumkan kejadian ini kepada Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar apabila kedua-duanya bertemu dalam satu majlis semalam.

"Khalid memberi jaminan kepada saya bahawa pegawainya akan menyiasat insiden ini dan menjejaki dalangnya," katanya.

Seramai tiga anggota polis tiba ke pusat khidmat Azmin pada jam kira-kira 1.30 petang ini untuk melakukan penyiasatan dan merekodkan bukti.

Agaknya apa kandungan CPU Azmin itu??

Tuesday, April 27, 2010

Kematian Budak 15 Tahun Aminulrasyid: Cukup Kah Hanya Panel Khas??

Kementerian Dalam Negeri menubuhkan satu panel khas bagi menjalankan siasatan terperinci berhubung insiden seorang remaja 15 tahun yang ditembak mati polis, awal pagi Isnin di Seksyen 11, Shah Alam.

Menterinya, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, panel khas itu akan diketuai oleh Timbalannya Datuk Wira Abu Seman Yusop bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

Beliau berkata, siasatan tersebut akan meliputi semua aspek dan dijalankan secara telus tanpa sebarang fakta disembunyikan bagi memastikan keadilan kepada semua pihak.

"Saya bukan sahaja sedih dan kesal malah terkejut dengan apa yang berlaku, lebih-lebih lagi kejadian ini membabitkan pelajar yang baru berusia 15 tahun, justeru saya jamin siasatan dilakukan secara telus. Kita akan siasat semua aspek termasuk kewajaran tindakan polis melepaskan tembakan ketika itu.

"Saya jamin tiada apa-apa fakta akan disembunyikan dan pihak yang terbabit perlu bertanggungjawab sekiranya siasatan mendapati ada yang tidak kena dalam kes ini termasuk jika wujud faktor kecuaian," katanya kepada pemberita di Kajang hari ini.

Hishammuddin berkata, bagaimanapun masih terlalu awal untuk membuat kesimpulan dan menentukan siapa yang bersalah dalam insiden.

"Masih terlalu awal untuk menentukan siapa salah dan siapa yang betul, biarkan kami membuat siasatan dahulu, siasatan bersandarkan prinsip kebenaran bagi mengelakkan rasa kurang senang di kalangan masyarakat, terutama yang membabitkan kes tindakan polis," katanya.

Justeru beliau meminta masyarakat agar tidak membuat spekulasi dan tuduhan melulu hingga mengeruhkan lagi keadaan.

Beliau turut memberi amaran keras kepada mana-mana pihak dan individu yang cuba mengambil kesempatan terhadap kejadian itu termasuk dengan menjadikannya sebagai isu politik sehingga mengelirukan orang ramai.

Dalam kejadian kira-kira pukul 2 pagi itu, seorang remaja lelaki berusia 15 tahun mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri selepas terserempak dengan kereta peronda polis (MPV) di kawasan Seksyen 11 Shah Alam.

Dalam pada itu, Hishammuddin berkata setiap saksi dalam inkues kematian pembantu Exco Selangor, Teoh Beng Hock diberi jaminan keselamatan sepanjang prosiding itu berlangsung.

Beliau mengulas mengenai ugutan bunuh yang diterima oleh pakar forensik United Kingdom, Dr Peter Venezis oleh pihak yang tidak berpuas hati terhadap keterangannya kelmarin.

"Kalau cakap fasal ugutan, saya pun pernah terima ugutan malah Ketua Polis Negara pun dua hari lalu dapat ugutan juga. Setiap ugutan yang diterima, kita siasat dan dalam kes Dr Venezis ini kita juga sedang membuat siasatan. Dr Venezis tidak perlu bimbang kerana polis sentiasa memberikan perlindungan kepadanya selagi beliau berada di negara ini," katanya.

Hishammuddin juga melahirkan rasa kecewa dengan sikap pakar patologi dari Thailand Dr Pornthip Rojanasunand yang menjadi saksi penting keluarga mendiang tetapi sehingga ke hari ini tidak muncul memberi keterangan sehingga mengganggu prosiding.

"Dia minta kita beri jaminan keselamatan tetapi bila kita sudah beri, dia pula buat hal dan tidak juga datang. Apa masalah dia yang sebenarnya," katanya.

Baru 15 Tahun Aminulrasyid Mati Ditembak: Apa Kata KPN???

Kakak kepada remaja lelaki yang ditembak mati oleh anggota peronda polis dalam kejadian awal pagi ini, bingung mengapa adiknya ditembak malah yakin mangsa bukan penjenayah seperti yang didakwa.

Norazura Amzah, 39, yang ditemui di perkarangan masjid di kawasan perumahan Seksyen 11 di sini berkata beliau hanya mengetahui adiknya Aminulrashid, 15,(gambar atas) yang bakal menduduki peperiksaan Penilaian Menengah Rendah (PMR) mati ditembak ketika ingin membuat laporan kehilangan adiknya yang tidak pulang sejak malam tadi.

“Ibu telefon pagi tadi memaklumkan adik tidak pulang ketika keluar dengan sebuah kereta Proton Iswara milik seorang lagi kakaknya.

“Saya mula tidak sedap hati dan terus bergegas ke rumah ibu kemudian kami sekeluarga membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Shah Alam di sini dan dimaklumkan terdapat kejadian tembak membabitkan seorang remaja berdekatan rumah ibu di Seksyen 11,” katanya di sini hari ini.

Kejadian tembak itu juga dipercayai berlaku pada kira-kira pukul 2 pagi tadi hanya kira-kira 100 meter dari rumah mangsa.

Norazura yang beberapa kali terhenti bercakap kerana menahan sebak berkata mereka bergegas ke bilik mayat Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang dekat sini namun tidak dibenarkan masuk.

Beliau berkata seorang daripada pegawai bertugas di bilik mayat itu kemudiannya mengesahkan mayat remaja berkenaan menyamai paras rupa adiknya yang merupakan anak bongsu daripada lapan adik-beradik dan pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Seksyen 9 di sini.

“Maaf, saya sangat kecewa dan sedih, apalah salah seorang remaja seperti adik saya, jangan membuat tuduhan melulu dan cuba fikirkan apa rasanya andai dia berlaku kepada kita,” katanya.

Tinjauan Bernama di perkarangan masjid di Seksyen 11 di sini mendapati lebih 200 rakan Allahyarham dan saudara mara berkumpul untuk menunaikan solat jenazah dan memberi penghormatan terakhir kepada mangsa.

Turut kelihatan Ketua Polis Daerah Shah Alam ACP Noor Azam Jamaluddin, timbalannya Supt M. Chandara serta Anggota Parlimen Shah Alam Khalid Abdul Samad.

Van jenazah polis turut disediakan bagi membawa jenazah ke tanah perkuburan yang diiringi unit kawalan motosikal polis.

Jenazah Aminulrashid selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Seksyen 21 di sini selepas solat Maghrib tadi.

Sementara itu, Khalid berkata Ketua Polis Selangor Datuk Khalid Abu Bakar memberikan jaminan bahawa siasatan menyeluruh akan dijalankan bagi mengenalpasti punca sebenar kejadian itu.

“Allahyarham seorang remaja yang dikenali di kawasan ini dan kemungkinan melakukan jenayah adalah tidak mungkin sama sekali,” katanya.

Seorang pemilik kafe siber, yang dikenali sebagai Amin berkata Allahyarham ialah seorang remaja yang mudah didekati dan penyayang serta sering mengunjungi premisnya.

“Kali terakhir saya menemuinya petang semalam ketika dia melayari Internet di sini dan bergurau dengan anak-anak saya, kemudian selepas bermain bola di padang berhampiran dia sempat melambaikan tangan ke arah saya dan isteri,” katanya sebak.

Pada kejadian itu, Aminulrashid mati terkena tembakan polis manakala rakannya berjaya melarikan diri ketika terserempak dengan kereta peronda polis di kawasan seksyen 11 di sini.

Sementara itu Datuk Noh Omar akan membawa kes ini kepada jemaah menteri esok untuk tindakan.

Apa kah komen ketua polis negara, Tan Sri Musa Hassan mengenai kejadian ini

Isu Pemindahan 13,000 Pengundi Di Hulu Selangor : Mempunyai Impak Negatif Kepada BN

Ramai penganalisis politik menjangkakan bahawa calon PKR akan kalah ekoran pemindahan 13,000 pengundi diambang PRK Hulu Selangor.

Penolakan Speaker Dewan Rakyat Tan Sri Pandikar Amin untuk membicangkan isu itu juga membawa negatif kepada BN.

Walaupun alasan yang diberikan oleh Tan Sri Pandikar mengikut undang-undang dan peraturan, namun rakyat belum boleh menrimanya.

pengumuman Pengarah Pilihan raya PKR Fuziah Salleh bahawa Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) telah memindahkan lebih 13,000 nama pengundi berdaftar ke parlimen berhampiran beberapa hari sebelum tarikh membuang undi, kekalahan kepada Pakatan rakyat (PR) jelas terbayang. Namun pimpinan PR meneruskan juga penyertaan dalam pilihanraya itu demi pengundi yang dahagakan perubahan.

Jika dilihat dari keputusan pilihan raya 2008 adalah seimbang, di mana Allahyarham Zainal Abidin menang 198 undi. Bermakna dalam 60,000 pengundi berdaftar di parlimen itu, separuh daripadanya bolehlah dianggap mengundi PR. Dengan itu dari 13,000 pengundi yang dipindahkan itu, tentunya terdapat sekurang-kurangnya 6,000 penyokong PR.

Sebab itu sejak awal lagi TPM Muhyiddin Yassin menetapkan sasaran 6,000 undi majoriti kemenangan BN. Kekalahan Zaid dengan hanya 1,700 undi adalah di luar perancangan mereka. Sepatutnya Zaid kalah 1,700 + 6,000, iaitu 7,700 undi. BN akan memalukan PR dengan kekurangan sokongan yang amat dahsyat, sekaligus menolak keluar Anwar sebagai faktor utama kemenangan PR pada pilihan raya lalu.

Namun kerja keras aktivis PR; ahli PKR, PAS dan DAP di Hulu Selangor berjaya membina momentum kebangkitan rakyat, terutama kepada pengundi Melayu yang sebelum ini padu menyokong BN.

Terdapat pusat mengundi di kampung-kampung Melayu yang mana Saluran 1, iaitu javascript:void(0)pengundi di atas usia 50an, BN hanya menang tipis. Kebangkitan di Rasa dan Batang Kali yang jentera PR sukar untuk tembus pada PRU lalu memberi gambaran bahawa penyokong tegar Umno di luar bandar mula berpuas hati dengan pemerintahan PR. Oleh itu tidak hairan apabila ada pertambahan undi kepada PKR setelah ditolak yang dipindahkan.

Sesungguhnya PR tidak kalah di Hulu Selangor. Cuma BN terlalu bermaharaja lela memberi pelbagai peruntukan dan meluluskan projek segera. Itu pun PR mampu meraih tambahan 4,000 undi. Cubalah sekiranya BN berkempen seperti PR tanpa menggunakan jentera kerajaan pusat dan peruntukan pusat. Tentunya mereka akan kalah teruk.

Walau apa pun Hulu Selangor telah mendedahkan kelicikan BN memindahkan pengundi. Taktik yang sama akan digunakan pada pilihan raya umum 2 tahun lagi. Sebagaimana yang pernah digunakan oleh BN untuk menumbangkan kerajaan BA Terengganu pada 2004 lalu. Oleh itu PR perlu bersedia dan memikirkan cara untuk melepasi perangkap BN.

Kaum Cina Jelas Tolak MCA: Keputusan Hulu Selangor Bukti Terbaru

"Perubahan" dalaman yang ditegaskan kembali oleh BN dalam pilihan raya Hulu Selangor sepanjang tempoh berkempen sepanjang minggu lalu perlu bermula dengan mengenalpasti kelemahan ketara MCA.

Walaupun pada permulaan kempen, BN bergelut dengan masalah dalaman MIC ekoran pemilihan calon kompromi P Kamalanathan, tetapi kemerosotan undi Cina kepada BN sebenarnya menggambarkan kerapuhan semangat dalam MCA.

Keputusan pilihan raya kecil semalam memihak kepada BN.

Pengerusinya Datuk Seri Najib Razak menyifatkan kemenangan itu sebagai peralihan sokongan masyarakat kembali kepada BN.

Namun BN masih di belakang dalam usaha mendapatkan sokongan daripada kaum Cina, sedangkan golongan India dan Melayu sudah mula beralih sokongan kepada parti itu bagi pilihan raya kecil semalam.

Najib melihat keputusan dengan kelebihan 1,725 undi berbanding 23,272 undi yang diraih calon PKR sebagai pencapaian signifikan kerana pertandingan berlangsung dalam negeri Pakatan Rakyat.

Pilihan raya semalam turut menyaksikan BN kehilangan 30 peratus sokongan masyarakat Cina berbanding pencapaian mereka dalam pilihan raya umum dua tahun lalu.

Beliau juga mengaitkan keputusan itu dengan usaha perubahan yang dilakukan BN, seperti yang diuar-uarkan sepanjang kempen pilihan raya berlangsung.

Kamalanathan anak kampung

Sepanjang lapan hari tempoh berkempen, banyak poster bertulis "BN mampu berubah" dikesan di serata tempat - dilihat bertujuan mengembalikan kepercayaan pengundi.

BN sebelum ini ditolak oleh pengundi dalam pemilihan Mac 2008, antaranya kerana sikap 'angkuh' yang ditunjukkan parti pemerintah itu. Kali ini mereka cuba kembali ke gelanggang Hulu Selangor dengan rendah hati.

Ia cuba menonjolkan kepada pengundi bahawa parti itu "mampu berubah" dan cuba mendekati rakyat Hulu Selangor dengan kelebihan sumbernya.

Imej Kamalanathan juga cuba dipotretkan sebagai anak kampung, berbanding perwatakan 'urban dan liberal' calon PKR Datuk Zaid Ibrahim.

Jika janji-janji pembangunan - yang didakwa melebihi RM 64 juta - lanskap Hulu Selangor mungkin akan berubah sepenuhnya. Imbuhan-imbuhan tersebut tidak dinafikan mampu memikat sebahagian pengundi, terumanya golongan Melayu.

Kerja keras BN apabila Najib sebagai presiden Umno sendiri turun sejurus selepas sahaja pulang daripada luar negara juga menunjukkan kesungguhannya.

Umpama ayam tiada kepala

Malah, Najib masih berada di Hulu Selangor bagi bertemu dengan masyarakat Cina melalui lawatan rumah ke rumah, di hari terakhir.

Najib sejak awal lagi mengakui bahawa masyarakat Cina tidak banyak memberikan undi kepada BN disebabkan masalah dalaman  MCA.

Seorang pemimpin tempatan Datuk Zainal Abidin Sakom pula berpendapat pertikaian di kalangan pucuk pimpinan parti Cina itu - yang lama berlarutan - menimbulkan masalah penyelarasan jentera sokongan kepada BN."(Jentera) MCA seolah-oleh seperti ayam tak ada kepala," katanya

Zainal yang juga bekas Adun Batang Kali bagaimanapun akur, proses pemulihan MCA akan mengambil tempoh yang lebih lama sebelum dapat dinilai sepenuhnya.

"Pemilihan (MCA) pun baru lagi, baru sangat lagi," tambahnya ketika ditemui selepas pengumuman keputusan pemilihan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Baharu malam semalam.

Senario ini juga diakui presiden MCA sendiri Datuk Seri Dr Chua Soi Lek yang membayangkan bahawa masyarakat Cina lebih memandang kepada faktor kepemimpinan, berbanding soal kehendak dan keperluan asas mereka sendiri.

Trend Pengundian Hulu Selangor: Najib- Muhiyiddin Lebih Gah Dibanding Nik Aziz - Anwar Ibrahim: Pada Cina Lim Kit Siang Lebih Supermo

SIAPA yang tidak bangga kalau calonnya menang. Usaha dan kerja keras akhirnya membawa kejayaan. Melalui demokrasi 1 undi lebih pun adalah pemenang. Tidak pelik sebaik keputusan pilihan raya kecil parlimen Hulu Selangor diumumkan, kalungan tahniah dan puji-pujian melimpah sesama pemimpin Barisan Nasional. Namun jika diteliti, kemenangan oleh P Kamalanathan itu bukan sesuatu yang membanggakan.

Majoriti yang diperolehinya adalah 1,725 undi dan jika undi pos sebanyak 627 yang terdiri daripada anggota keselamatan yang lazimnya berpihak kepada BN diketepikan, BN cuma mendapat majoriti 1,078.

Jumlah itu agak jauh lebih kecil daripada jumlah undi 6,176 yang dimenangi oleh BN di tiga kerusi dewan undangan negeri yang terletak di parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum 2008 lalu.

Ini menjelaskan mengapa Timbalan Pengerusi BN, Tan Sri Muhyiddin Yassin pada hari pengundian begitu yakin Kalamanathan mampu menang dengan sekurang-kurangnya majoriti 6,000 undi.

'Undi pecah'

Pada pilihan raya umum yang lalu, pengundi memberikan undi mereka kepada PKR pada peringkat persekutuan tetapi bagi kerusi negeri, mereka memilih BN.

Antara faktor yang mempengaruhi trend pengundian ketika itu adalah kerana rakyat di Hulu Selangor, khususnya masyarakat Melayu dikatakan cukup tidak berpuas hati dengan G Palanivel dari MIC yang memegang kerusi parlimen berkenaan dari 1990 hingga 2008.

Sebelum ini, MIC berkeras mahukan timbalan presiden mereka sekali bertanding di Hulu Selangor, namun akar umbi, Umno menentang keputusan itu.

Tindakan itu menyaksikan BN kali ini meletakkan muka baru dengan mengetengahkan Ketua Penerangan MIC, P Kamalanathan.

Selain calon muka baru, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak juga mengumpan penduduk Hulu Selangor dengan pelbagai janji dan sogokan.

Dua yang paling ketara ialah peruntukkan RM3 juta untuk SRJK (C) Rasa dan RM5 juta sebagai bayaran pampasan peneroka Felda Sungai Buaya. Namun umpan itu dengan syarat jika BN memenangi kerusi Hulu Selangor.

Di sebalik semua itu, BN masih gagal mengubah trend pengundian kerana majoriti yang diperolehi mereka pada Ahad lalu masih kekurangan 4,451 daripada apa yang sepatutnya dikumpul daripada tiga kerusi negeri pada pemilihan 2008.

Majoriti yang dimenangi BN hanya mewakili 3.5 peratus daripada jumlah undi yang dibuang dan dianggap antara yang paling rendah. Lazimnya majoriti BN berlegar melebihi paras 8,000 undi sejak 1990.

Justeru, Hulu Selangor tidak lagi boleh dikatakan kubu kuat BN.

Najib yang menyedari hakikat berkenaan, cuba mengelak soalan apabila ditanya sama ada keputusan pilihan raya itu adalah bukti rakyat menyokong agenda pembaharuannya.

Sebelum ini, Najib dilaporkan berkata pilihan raya kecil Hulu Selangor adalah medan terbaik sebagai pungutan suara bagi rancangan pembaharuannya termasuk Model Ekonomi Malaysia, gagasan 1Malaysia dan program tranformasi kerajaan.

Melayu sokong BN, Cina undi Pakatan

Bagi tujuan perbandingan, keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor hampir menyerupai keputusan pilihan raya di Bukit Gantang dan Bagan Pinang yang menyaksikan pertambahan undi Melayu untuk BN dan pada masa yang sama peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada Pakatan Rakyat.

Ini amat ketara sekali di Hulu Selangor apabila BN menang di semua daerah mengundi yang mempunyai majoriti masyarkat Melayu manakala Pakatan menyapu bersih di kawasan Cina.

Pada pusingan kali ini, dianggarkan BN berjaya menguasai 65 peratus undi Melayu yang sekali gus meranapkan harapan PKR untuk merampas sekurang-kurangnya 40 peratus undi Melayu.

Sebagai rujukan, berikut sampel enam daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Melayu: Kpg Soeharto (66.1 peratus mengundi BN), Gedangsa (60.6), Sungai Tengi (68.4), Batang Kali (61), Hulu Kali (62.7) dan Sungai Buaya (73.5).

Menurut laporan akar umbi, insentif kewangan yang ditaburkan oleh Najib dan konco-konco BN serta serangan peribadi ke atas calon PKR, Datuk Zaid Ibrahim, sedikit sebanyak mempengaruhi pengundi Melayu.

Namun umpan dan serangan berkenaan tidak berkesan di kalangan masyarakat Cina seperti yang dilihat pada sampel daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi Cina.

Sampelnya seperti berikut: Kalumpang (77.2 peratus mengundi PKR), Ulu Yam Timur (71.1), Kerling (68), Kuala Kubu Bharu (78.4), Kampung Baru Batang Kali (80.5), Ulu Yam Lama (71.1) dan Kampung Baru Rasa (82.5).

Sepanjang tempoh berkempen, PKR dan DAP menjaja isu Muhyiddin yang mengakui bahawa dia adalah Melayu terlebih dahulu dan kemudian baru rakyat Malaysia.

Selain itu, kenyataan Datuk Seri Noh Omar yang menggesa masyarakat India dan Cina supaya berterima-kasih kerana diberi taraf warga negara serta isu kematian Teoh Beng Hock terus menjadi modal mereka.

MCA ternyata tidak berdaya menangkis atau mampu memberikan jawapan yang bertenaga tetapi sebaliknya terpaksa membawa Najib datang ke Hulu Selangor untuk menaburkan janji-janji.

Bagi sesetengah penganalisis, pemenang terbesar pada pilihan raya kecil Hulu Selangor ini adalah masyarakat Cina. Ini kerana mereka berjaya menyampaikan mesej secara jelas kepada BN dan pada masa yang sama, menerima habuan ataupun akan menerima ganjaran yang dijanjikan.

Apa seterusnya?

Di kalangan pengundi India, PKR hanya memenangi satu daripada lima daerah mengundi yang mempunyai majoriti pengundi India.

Ada yang berpendapat kegagalan PKR menarik sokongan masyarakat India adalah kerana kerajaan negeri Selangor lembap dalam menagani masalah yang dihadapi oleh komuniti itu.

Kegagalan Pakatan Rakyat mendapatkan sokongan daripada Hindu Rights Action Force (Hindraf) dan Parti Hak Asasi Manusia juga dikatakan membawa padah.

Yang jelas melalui keputusan PRK Hulu Selangor, Najib-Muhiyiddin Kini lebih GAH dibanding Nik Aziz- Anwar Ibrahim, namun bagi kaum Cina Lim Kit Sianglah Pemimpin mereka.

Monday, April 26, 2010

Kerana Kalah PKR Isu kan Macam-Macam

Kerana kalah PKR isu kan macam-macam. isu beli undi lah, isu sogokan lah, isu paksaan lah, macam-macam alasan. Ini lah dakwaan Anwar Ibrahim. Anwar langsung tidak beri muka kepada 24,997 pengundi Hulu Selangor. Anwar menganggap mereka ini adalah pengundi mudah dibeli.

Malah Anwar mendakwa bahawa BN memerlukan 65,000 riggit seorang untuk memperoleh jumlah sebanyak 24,997.

Ini lah putar belit Anwar, sesuai dengan ungkapan TS Muyiddin, Anwar adalah Raja Putar Alam.

BN mengumumkan beberapa peruntukan adalah semata-mata untuk menyelesaikan rakyat Hulu Selangor. Kerajaan manapun pasti mencuba menyelesaikan masalah-masalah rakyat. Ini lah yang dilakukan oleh BN.

Tuduhan pihak pembangkang bahawa BN menang kerana kononnya beli undi, mungkin juga perkara ini dilakukan oleh PKR dan Pakatan.

Sementera itu Tun Mahathir mengatakan bahawa Datuk Seri Najib Tun Razak telah dapat memperbaharui imej kepimpinan Barisan Nasional (BN) dan ia berpeluang memperoleh kejayaan lebih baik pada pilihan raya umum akan datang, kata bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau memuji peranan Najib dalam kemenangan calon BN P.Kamalanathan dalam pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor.

"Saya fikir Datuk Seri Najib telah dapat tukar imej kepimpinan BN daripada yang terdahulu," kata Tun Mahathir.

Bagaimanapun, Dr Mahathir berkata BN harus melakukan post mortem tentang kehilangan sokongan pengundi Cina manakala sokongan pengundi Melayu dan India telah meningkat.

"PRU (pilihan raya umum) ke-13, ada kemungkinan kita menang, lebih dari kali ini. PRU 12 kalah bukan kerana BN, tapi orang tertentu yang rakyat tak suka," katanya.

Pemimpin Pakatan Cuba Menghibur Hati: Sasaran Ada lah Putrajaya

Timbalan Presiden PAS, Ustaz Nasharudin Mat Isa (gambar) menyeru seluruh pendukung Pakatan Rakyat supaya menjadikan keputusan pilihan raya kecil Parlimen Hulu Selangor, semalam untuk meningkatkan semangat dan istiqamah di dalam perjuangan menuju 'ke Putrajaya'.

“Keputusan pilihan raya itu memberi ruang kepada kita untuk terus meningkatkan komitmen dan istiqamah memantapkan perjuangan Pakatan Rakyat sama ada dalam pilihan raya kecil selepas ini atau pilihan raya umum akan datang,” ujarnya yang juga Ahli Parlimen Bachok ketika dihubungi pagi ini.

Tambahnya, keputusan itu tidak sekali-kali menjejaskan matlamat perjuangan Pakatan Rakyat untuk mengambil alih pemerintahan negara daripada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum nanti.

Menurutnya, hasrat `ke Putrajaya’ hendaklah menjadi fokus utama para pendukung Pakatan Rakyat pada pilihan raya umum akan datang.

Selaku Pengarah Pilihan raya PAS pada pilihan raya kecil itu, beliau mengucapkan tahniah dan terima kasih kepada para petugas parti dan Pakatan Rakyat dari seluruh negara yang bertungkus lumus bekerja bagi memastikan kemenangan berpihak kepada Datuk Zaid Ibrahim.

PAS, ujarnya, menerima keputusan pilihan raya itu dengan hati terbuka dalam konteks demokrasi.

“Kita tidak anggap ia sebagai kekalahan tetapi tak menang saja,” ujarnya seloroh berdasarkan undi majoriti di ketiga-tiga Dun dalam Parlimen Hulu Selangor pada pilihan raya umum lalu.

Pilihan raya umum lalu menyaksikan Pakatan Rakyat memperolehi 20,108 undi di Dun Hulu Bernam, Batang Kali dan Kuala Kubu Baru berbanding BN berjumlah 26,264 sementara 23,177 undi bagi kerusi parlimen sementara BN pula 22,979 undi.

Pada pilihan raya kecil semalam, Datuk Zaid Ibrahim yang mewakili Pakatan Rakyat daripada PKR mendapat 23,272 undi sementara calon MIC (BN), P Kamalanathan memperoleh 24,997 undi.

Keputusan itu diumumkan oleh Pegawai Pengurus Pilihan Raya Parlimen Hulu Selangor, Nurhisham Ahmad Dahalan pada pukul 9.20 malam di Dewan Serbaguna, Kompleks Sukan Kuala Kubu Bahru.

Pilihan raya kecil itu diadakan berikutan penyandangnya daripada PKR, Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad meninggal dunia pada 25 Mac lalu.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham menewaskan calon BN, Datuk G Palanivel dengan majoriti 198 undi.

Berdasarkan keputusan pilihan raya kecil semalam, undi Pakatan Rakyat cuma berkurang 95 sahaja berbanding pilihan raya umum 2008 sementara BN meningkat 2,018 undi.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan 48,935 daripada 64,500 pengundi atau 75.87 peratus keluar membuang undi manakala 47,845 pengundi daripada 63,593 atau 75.24 peratus keluar mengundi pada pilihan raya umum lalu.

Peruntukan Persekutuan Untuk Hulu Selangor Bukan Untuk Beli Undi: Najib

Pengumuman pelbagai projek di Hulu Selangor bukan bertujuan membeli undi pada pilihan raya kecil itu semalam.

Sebaliknya, menurut Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak pengumuman berkenaan adalah untuk menyelesaikan masalah rakyat yang sudah lama hadapi mereka.

Sehubungan itu, beliau menafikan dakwaan sesetengah pihak kononnya Barisan Nasional (BN) terbabit dengan perbuatan membeli undi untuk memenangi kerusi parlimen Hulu Selangor semalam.

"Kami tidak beli undi, tapi kami selesaikan masalah orang ramai. Ia adalah masalah sebenar yang tidak ditangani sejak sekian lama, ia adalah masalah besar yang dihadapi penduduk.

"Bukannya BN ke sana sini dan beritahu 'tengok sini, kami beri yang itu,kami beri yang ini', tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Forum Hijau Malaysia 2010 di Putrajaya.

Turut hadir ialah mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi, yang juga penasihat Landskap Malaysia, bersama isterinya Tun Jeanne Abdullah yang merupakan pengerusi Landskap Malaysia.

Najib berkata demikian semasa mengulas dakwaan pembangkang kononnya BN membelanjakan RM167 juta bagi melaksanakan pelbagai projek untuk meraih undi di Hulu Selangor.

Semalam P Kamalanathan dari BN menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dalam pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi. Calon BN itu menerima 24,997 undi manakala Zaid memperolehi 23,272 undi.

Perdana Menteri memberi contoh projek pembinaan persimpangan bertingkat dekat Sungai Buaya, yang menurutnya bertujuan menangani masalah orang ramai di kawasan berkenaan.

"Ia dilaksanakan kerana orang ramai mahukan projek ini. Projek dilaksanakan oleh syarikat Plus (Plus Expressways Bhd), ia bukan wang awam. Persimpangan itu bertujuan membantu penduduk tempatan kerana ia akan dapat memendekkan tempoh perjalanan antara 60 dan 90 minit. Jadi apa yang dilakukan BN ialah menangani masalah tulen yang dihadapi penduduk, BN bukan beli undi," katanya.

Najib berkata beliau merasa gusar dengan tuduhan yang dilemparkan oleh pembangkang berhubung perkara itu.

"Mereka perlu tanya diri sendiri, apa yang mereka lakukan dengan sumber kerajaan negeri. Tidakkah mereka yang luluskan entah pelbagai benda untuk orang ramai semasa pilihan raya?

"Mereka yang melakukannya, jadi jangan tunding jari kepada Barisan Nasional, tolong lihat diri sendiri," katanya.

Najib seterusnya menyuarakan rasa puas hati dengan keupayaan BN menawan kembali satu kerusi parlimen yang berada dalam sebuah negeri yang ditadbir pembangkang.

"Saya amat gembira dengan keputusan pilihan raya itu kerana ia menunjukkan bahawa kecenderungan kini nyata dilihat semakin beralih kepada BN. Ia kemenangan yang cukup manis kerana kami memenanginya selepas berjuang di sebuah negeri yang dikuasai pembangkang," katanya.

"BN kelihatan sedikit 'handicapped' jika dilihat dalam konteks ini. Bagaimanapun kemenangan yang diraih cukup manis kerana BN boleh bangun bersama dengan kemenangan ini, dan ia memberikan semangat baru serta harapan di masa hadapan," katanya.

Perdana Menteri berkata kemenangan BN di Hulu Selangor perlu menjadi satu kemenangan yang berkekalan.

"Ia perlu menjadi satu kemenangan yang berkekalan, dan ia akan dapat dipastikan dengan cara memahami apa yang perlu dilakukan untuk tempoh jangka masa panjang. Jadi ia tidak boleh berlingkar kepada satu kemenangan singkat, sebaliknya ia perlu dipupuk dan dikukuhkan dengan apa yang perlu dilakukan supaya Barisan Nasional turut menjadi parti untuk masa depan," katanya.

Najib berkata beliau percaya ujian sebenar bagi BN ialah pada pilihan raya umum akan datang.

"Ujian sebenar pastinya pilihan raya umum. Setakat ini daripada apa yang saya dengar, ia amat menggalakkan, ada sokongan dari orang ramai dan kami berharap untuk menunjukkan hasil yang baik, dan orang ramai juga pastinya mahukan hasil yang terbaik," katanya. (Bernama)

Mimpi Anwar Ke Putrajaya Kian Sirna; Hulu Selangor Kandas, Bagaimana Pula Sibu Sarawak?

Mimpi Anwar ke Putrajaya kian sirna, Hulu Selangor ternyata kandas, bagaimanapula Sibu, Sarawak.

P.212 Sibu adalah kawasan majoriti cina dimana jumlahnya adalah 32,207 (60%) pengundi daripada jumlah keseluruhan pengundi berdaftar 53,679. Undi bumiputra Sarawak, samada Iban,Melanau atau orang Ulu adalah baginya, yakni 21,472.

Pada PRU-12, Parlimen Sibu masih dimenangi calon SUPP (BN) mendiang Robert Lau Chew (BN) dengan kelebihan undi 3,235 mengalahkan musuh tradisinya Wong Ho Leng daripada DAP. Mendiang Robert memperolehi undi sebanyak 19,138 sementara Wong Ho Leng 15,903 undi.

Selama 2 PRU, kawasan Sibu menyaksikan pertembungan antara BN dan DAP. Setiap pilihanraya, pertandingan di kawasan itu amat sengit.

Memandangkan kawasan ini adalah kawasan majoriti cina, maka kali ini calon BN dianggap sebagai "under dog" berasaskan kepada pola pengundian di Hulu Selangor yang baru sahaja menyaksikan kemenangan calon BN P Kamalanathan daripada MIC dengan kelebihan 1,725 undi ke atas Zaid ibrahim, walaupun 80% penundi cina tidak mengundi BN.Pengundi Cina di Hulu Selangor adalah 17,000 pengundi daripada jumlah 64,000.

Apa kah pola pengundian di Hulu Selangor akan merebak di SIBU?, jika pola pengundian ini merebak, maka BN terpaksa berkerja lebih keras untuk mempertahankan kawasan itu.

Kepimpin Pehin Seri Taib Mahmud akan tercabar kali ini, apakah rekod sokongan kaum cina masih berpihak kepadanya, atau kah sokongan Cina berpihak kepada DAP.

PRK Sibu ini akan sekali lagi menjadi medan laga antara pemimpin BN khasnya TPM Muhiyiddin dan pemimpin Pakatan khasnya Anwar Ibrahim dan Lim Kit Siang.

Dalam perkembangan lain Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud berkata, calon yang bakal mewakili Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil parlimen Sibu, akan diumumkan esok.

Beliau yang juga Pengerusi BN negeri berkata, nama calon itu akan diumumkan di Kuching sekembalinya beliau daripada menemui Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak.

Semalam, menurut Presiden Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP), Tan Sri Dr George Chan Hong Nam, parti itu sebulat suara memilih peguam Robert Lau Hui Yew sebagai calon BN.

Katanya, jawatankuasa kerja pusat SUPP bersetuju Robert Lau Junior dipilih sebagai calon pada pilihan raya kecil Sibu kerana beliau merupakan calon terbaik.

Dr Chan, yang juga timbalan ketua menteri berkata sebagai pelan kontinjensi, parti itu juga mempunyai calon pilihan kedua "jika pucuk pimpinan BN berpendapat Hui Yew masih belum mempunyai merit untuk menjadi calon BN.

Pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu diadakan berikutan kematian penyandangnya Robert Lau, yang juga Timbalan Menteri Pengangkutan pada 9 April lalu.

Lau, 68, dari SUPP memenangi kerusi tersebut pada pilihan raya umum 2008 dengan majoriti 3,235 undi. Beliau menewaskan calon DAP Wong Ho Leng dan calon PKR Lim Chin Chuang.

Dia mendapat 19,138 undi manakala Wong mendapat 15,903 undi dan Lim (812).

Lau mewakili parlimen Sibu sejak 1990.

Dalam pilihan raya umum 2008, parlimen Sibu mempunyai 53,679 pengundi, dengan majoriti kaum Cina (60 peratus), Melanau (20 peratus), Iban (18 peratus) dan Orang Ulu (1.1 peratus).

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan 8 Mei sebagai hari penamaan calon dan pengundian pada 16 Mei.

Mengikut daftar yang lalu, Sibu mempunyai 54,695 pemilih berdaftar yang terdiri daripada 52,158 pemilih biasa dan 2,537 pengundi pos, terdiri daripada 1,910 anggota tentera dan 627 anggota polis.

PRK Hulu Selangor: Kaum Cina Masih Tolak BN

Menyifatkan kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil kawasan Parlimen Hulu Selangor sebagai kemenangan yang baik, para pemimpin BN berkata parti masing-masing telah dapat menawan hati dan fikiran rakyat di kawasan tersebut.

Namun Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata walaupun menang dengan majoriti 1,725, tetapi pengundi Cina didapati tidak menyokong BN, bukan sahaja dalam pilihan raya kecil itu tetapi juga semasa pilihan raya umum 2008.

"Kita perlu melihat di mana silap kita. Saya akan berjumpa dengan parti-parti komponen untuk membincangkan perkara ini, tetapi kita gembira kerana pengundi India kembali menyokong BN. Begitu juga dengan pengundi Melayu.

"Kita hilang kerusi pada pilihan raya 2008 dengan majoriti kecil 198 undi tetapi kini mengekalkan kembali kerusi dengan majoriti yang lebih besar. Ini menunjukkan rakyat menyambut baik konsep yang diutarakan pucuk pimpinan seperti gagasan 1Malaysia dan Model Ekonomi Baru," katanya selepas pengumuman keputusan pilihan raya kecil Hulu Selangor diumumkan di Dewan Serbaguna Kuala Kubu Bharu di sini.

Presiden MCA, Datuk Seri Dr Chua Soi Lek pula berkata MCA memerlukan anjakan paradigma bagi mendekati masyarakat Cina yang dilihat tidak begitu memberi perhatian kepada soal kehendak dan keperluan asas.

"Anjakan paradigma ini mesti datang dari pemimpin MCA. Selain itu Hulu Selangor mempunyai masalah dalamannya sendiri. Bagi saya dan pemimpin parti yang lain, banyak perkara yang perlu dilakukan.

"Ia satu lagi isyarat, jika mereka tidak meletak ke tepi perbezaan antara mereka, maka MCA akan menjadi bakul sampah politik atau dinosur politik.

"Kami perlu melihat kembali diri kami, sama ada selepas 50 tahun menumpukan perhatian kepada masyarakat peringkat setempat, kami perlu melihat lebih lagi. Anda boleh pasti bahawa kami akan menjadi lebih vokal selepas ini," katanya.

Presiden Gerakan, Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata walaupun BN menang, tetapi terdapat pelbagai isu yang perlu ditangani dan diselesaikan.

"Sokongan di kalangan masyarakat Cina tidak bertambah. Apabila kita mula berkempen di sini, tahap sokongan hanya sekitar 12 hingga 15 peratus. Selepas perdana menteri (Datuk Seri Najib Tun Razak) turun menemui rakyat, ia meningkat kira-kira 25 peratus.

Presiden MIC, Datuk Seri S. Samy Vellu pula berkata partinya perlu menggandakan usaha untuk menarik kembali sokongan pengundi India.

"Ya, kami mendapat sedikit kejayaan dalam memenangi pengundi India. Dalam pilihan raya ini kami mendapat kira-kira 65 peratus sokongan. Ia pernah mencapai 80 peratus sebelum 2008. Kami perlu mencapai sasaran ini," katanya.

Timbalannya Datuk G. Palanivel yang juga bekas wakil rakyat Hulu Selangor sebelum tewas pada pilihan raya 2008 berkata, sementara kejayaan kali ini meningkatkan motivasi BN, ia perlu menilai semula dan memperbaiki kelemahannya.

"Kemenangan ini adalah baik, kita mendapat majoriti yang lebih baik tetapi terdapat kelemahan yang perlu difikirkan," katanya.

Beliau berkata MIC perlu melakukan bedah sasat dan terus berusaha mendapat sokongan pengundi India menerusi pelbagai strategi.

Ketua Wanita Umno Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil pula menyifatkan keputusan pilihan raya kecil itu sebagai kemenangan Najib dan juga kemenangan rakyat Malaysia yang ingin melihat kestabilan, keamanan dan kemakmuran negara.

"Wanita Umno telah menjalankan tugas dengan penuh komitmen, disiplin dan kesungguhan sebagai jentera utama parti dalam menentukan kemenangan ini. Adalah amat penting juga untuk kita tunaikan setiap janji yang telah dibuat," katanya.

Anggota Majlis Tertinggi Umno Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata kemenangan itu menunjukkan rakyat yakin dengan dasar yang di bawa Perdana Menteri berbanding keyakinan mereka terhadap pembangkang.

"Rakyat telah pilih parti yang lebih jamin masa depan, itu tanda pemulihan rakyat dan keyakinan rakyat pada BN. Saya harap ini akan menjadi titik tolak untuk BN untuk pilihan raya kecil yang lain pada masa depan," katanya.

Sunday, April 25, 2010

PKR Kalah Di Hulu Selangor: Kerajaan Kedah Dalam Bahaya

PKR dan Pakatan gagal mempertahan kerusi Hulu Selangor. Para jeneral Pakatan termasuk Nik Aziz tidak mampu membendung kehendak rakyat, bahawa mereka ingin diwakili BN.

Sebelum ini telah dispekulasikan bahawa apabila Pakatan kecundang di Hulu Selangor, maka mereka akan kehilangan kerajaan negeri, negeri itu adalah Kedah.

Ahli dewan Undangan negeri (ADUN) PKR yang berjumlah 3 ADUN di DUN Kedah kemungkinan keluar PKR kerana alasan "telah hilang kepercayaan kepada PKR" dan para pemimpinnya.

Walaupun P Kamalanathan menang tipis terhadap Zaid, namun ianya merupakan tamparan hebat kepada PKR dan Anwar Ibrahim.

Akibat kekalahan ini, para penyokong PKR dan Pakatan telah tawar hati, perkara ini terbukti malam ini, apabila hanya 200 berkumpul di Stadium Kuala Kubu Bahru, walaupun ramai pemimpin Pakatan hadir termasuk Lim Kit Siang.

Majlis itu juga dihadiri termasuk calon PKR Datuk Zaid Ibrahim, Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim, dua naib presiden PKR Azmin Ali dan Sivarasa Rasiah, ketua Wanita PKR Zuraida Kamaruddin serta pengarah pilihan raya PKR Fuziah Salleh.

Seperti Yang Diramal BN Menang: Analisis Zentrum Future Meleset

HULU SELANGOR, 25 April (Bernama) -- Calon Barisan Nasional P. Kamalanathan memenangi pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor dengan majoriti 1,725 undi.

Beliau memperolehi 24,997 undi untuk menewaskan Datuk Zaid Ibrahim daripada Parti Keadilan Rakyat yang mendapat 23,272 undi.

PRK Hulu Selangor: Unofficial Results; BN Win

BN wins by majority of 2,000
LIVE REPORTS

Polling ends at 5pm. Counting starts at 6pm. Results expected by 9.30pm. For the latest updates, please click 'Refresh' or 'Reload' in your browser.

8.20pm: A smiling Muhyiddin has arrived at the nomination hall in Kuala Kubu Bharu.

8.16pm: On-the-spot analysis

Pakatan Rakyat suffers it first loss in a state under its control. Out of the 10 by-elections since 2008 general elections, the score is Pakatan, 7, and BN, 3.

BN won in the state seats of Batang Air (Sarawak), Bagan Pinang (Negeri Sembilan) and Hulu Selangor (Selangor).

With its victory in Hulu Selangor, MIC has increased its representation in Parliament by three - P Kamalanathan is to join Dr S Subramaniam (Segamat) and SK Devamany (Cameron Highlands)

Unofficial results

BN - 24,669
PKR - 22,986
Majority - 1,683

8.13pm: DPM Muhyiddin Yassin has left the BN command centre and is said to be heading towards the Kuala Kubu Bahru nomination centre for the official results.

8.04pm: Prime Minister and BN chairperson Najib Abdul Razak is on his way to the main tally centre in Hulu Selangor, an indication that the coalition has won this by-election.

Deputy Prime Minister Muhyiddin Yassin is also on his way to the tally centre in Kuala Kubu Bahru.

8pm: On-the-spot analysis

BN has won big in Malay-majority areas, especially the Felda settlements. While PKR has won the Chinese-majority areas, but its margin of victory in these areas is not big enough to compensate its loss in the Malay-majority area.

In addition, it appears that Indian voters have mostly return to BN's folds.

7.49pm: Unofficial results

According to BN sources, P Kamalanathan (MIC) is leading Zaid Ibrahim (PKR) by about 2,000 votes.

PKR leaders have unofficially conceded defeat.

BN - 21,354
PKR - 19,917
Majority - 1,437

7.36pm:

BN sources are claiming that they are leading by 3,000 to 4,000 votes. According to Umno Youth chief Khairy Jamaluddin, the unofficial tally so far is:

BN - 19,067
PKR - 17,554
Majority - 1,513

Election Commission's official results

BN - 4,080
PKr - 4,547
Majority - 467
7.21pm:

Election Commission's official results

PKR - 2,722
BN - 2,468
Majority - 258
7.15pm: On-the-spot analysis

Early results show PKR winning two-thirds of the votes in Chinese-majority areas, below the 85 percent which DAP supremo Lim Kit Siang has wanted. According to Lim, PKR will need to win that much to win.

It is expected PKR will lose much of the votes in the Malay-majority Felda areas.

Election Commission's official results

PKR - 2,173
BN - 1,934
Majority - 239

7.12pm: Unofficial results
PKR - 9,133
BN - 7,261
Majority - 1,872

About 33 percent of the votes have been tallied so far.

7.05pm: Unofficial results

PKR - 8,755
BN - 7,116
Majority - 1,639

7pm: On-the-spot analysis

Most of the Chinese-majority areas have been counted, with PKR leading by 1,226 votes. About 30 percent of the votes counted.

The votes in the Malay-majority areas have not to come in. PKR is expected not to do well in these areas. The race for Hulu Selangor is still open.

200 BN supporters are waiting at the BN command centre in Bukit Sentosa, though the ruling coalition's top guns have not appeared yet.

Only Umno secretary-general Tunku Adnan Mansor and party vice-president Shafie Apdal are sitting in the meeting room looking on at the latest election results.

6.59pm: Unofficial results

PKR - 7,770
BN - 6,504
Majority - 1,226

6.57pm: Unofficial results

PKR - 7,410
BN - 6,339
Majority - 1,071

6.54pm: Unofficial results

PKR -7,053
BN - 6,010
Majority - 1,034

6.45pm: Unofficial results

PKR - 6,389
BN - 5,385
Majority - 1,004

So far about 11,674 votes, or 25 percent, of votes counted.

6.43pm: Unofficial results

PKR - 5,596
BN - 5,041
Majority - 555

6.41pm: Unofficial results

PKR - 4,204
BN - 3,592
Majority -612

6.37pm: On-the-spot analysis

According to early results, PKR is leading by a wide margin in Chinese areas and by a slight margin in mixed areas and is trailing behind BN in Malay areas.

For PKR to win, it needs to win big in Chinese and mixed areas to cover its expected loss in Malay areas.

6.34pm: Unofficial results

Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 2 - PKR 203, BN 77
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 4 - PKR 256, BN 73
Kg Baru Cina KKB (Chinese area), saluran 1 - PKR 207, BN 56

Unofficial - PKR 666, BN 206

6.29pm: Unofficial results (PKR 2,972, BN 2,259)

Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 1 - PKR 135, BN 82
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 2 - PKR 272, BN 212
Bandar Kuala Kubu Bahru (mixed area), saluran 3 - PKR 490, BN 205

Unofficial - PKR 897, BN 499

6.23pm: Unofficial results

Kg Baru Batang Kali (Chinese area), saluran 1- PKR 220, BN 58
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 205, BN 184
Ampang Pecah (Malay area), saluran 5 - PKR 148, BN 216
Hulu Yam Barat (mixed area), saluran 1 - PKR 224, BN 168
Kg Gumut (Malay area), saluran 1 - PKR 104, BN 172

Unofficial - PKR 901, BN 798

6.18pm: Unofficial results

Kg Sungai Tengi Selatan (Malay Felda), saluran 1 - PKR 62, BN 176
Kuala Kalumpang (mixed area), saluran 1 - PKR 98, BN 128
Kg Baru Rasa (Chinese area), saluran 1 - PKR 301, BN 75
Kg Bahru Kerling (Chinese area), saluran 1 - PKR 268, BN 122

Unofficial - PKR 729, BN 501

6.13pm: Unofficial results

Kuala Kalumpang, saluran 1 - PKR 98, BN 128
Ulu Yam Barat, saluran 1 - PKR 171, BN 94
Kg Bharu Kerling, saluran 1 - PKR 172, BN 83
Pertak Bukit Fraser - PKR 22, BN 15
Pertak, saluran 2 - PKR 18, BN 98
Ampang Pecah, saluran 1 - PKR 105, BN 155

Unofficial - PKR 491, BN 445

6.10pm: Counting has begun for the Hulu Selangor by-election. According to unofficial results, BN has won the postal votes.

BN: 767
PKR: 120

PRK Hulu Selangor: Keputusan Tidak Rasmi: BN Menang

HULU Sekangor. Sejumlah 48,935 orang atau 75.87 peratus pengundi keluar mengundi pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor hari ini, kata Timbalan Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Datuk Wan Ahmad Wan Omar.

Beliau berkata jika kesemua peti undi dari 48 pusat mengundi dapat dibawa ke pusat penjumlahan undi di pekan Kuala Kubu Baharu menjelang 8.30 malam dan urusan penjumlahan siap dalam masa sejam, keputusan dapat diumumkan sebelum 10 malam.

Keputusan tidak rasmi, setakat ini BN dikatakan menang dengan majoriti di atas 2,000 undi.

Semua kawasan majoriti cina dimenangi oleh PKR, sementara peti undi majoriti melayu dimenangi BN. Kawasan campur, kemenangan adalah seimbang, sementara peti undi majoriti india, 55% dimenangi oleh BN. Undi post dimenangi oleh BN dengan kiraan BN:767 dan PKR:120

SPR pada keseluruhannya berpuas hati dengan proses pengundian itu, walaupun pada awalnya mensasarkan kira-kira 80 peratus keluar mengundi.

"Di Batang Kali dan beberapa tempat lain berlaku hujan lebat pada petang, jadi mungkin ada yang tidak dapat keluar mengundi. Apa pun, kita berpuas hati dengan 75.87 peratus ini," katanya ketika dihubungi selepas pengundian tamat pada 5 petang.

Jumlah yang keluar mengundi itu melebihi 47,622 atau 75.24 peratus pada pilihan raya umum 2008.

Pilihan raya kecil itu menyaksikan pertandingan antara Ketua Penerangan MIC P.Kamalanathan, 44, dari Barisan Nasional (BN) dan bekas Anggota Parlimen Kota Baharu Datuk Zaid Ibrahim, 59, dari Parti Keadilan Rakyat.

Seramai 63,701 pengundi layak mengundi untuk memilih Anggota Parlimen baru kawasan itu, bagi menggantikan Allahyarham Datuk Dr Zainal Abidin Ahmad dari Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang meninggal dunia pada Mac lepas.

Wan Ahmad berkata terdapat ketegangan di luar beberapa pusat mengundi apabila pihak SPR dan polis cuba menutup pondok panas atau barung yang dipasang oleh para penyokong parti yang bertanding.

"Walaupun ada kekecohan di luar, proses pengundian di pusat mengundi berjalan lancar," katanya.

JIKA P. Kamalanathan Menang Hulu Selangor: Tanda Kebangkitan BN Seluruh Negara

Kemenangan Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya kecil bagi kerusi Parlimen Hulu Selangor esok akan menandakan kebangkitan BN bukan hanya di Hulu Selangor tetapi di seluruh negara, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata hanya parti yang ada gagasan, dasar-dasar terperinci dan wawasan akan mampu membawa perubahan pada rakyat dan negara.

Kemenangan di Hulu Selangor, juga kata beliau akan menghantar isyarat kepada dunia yang kerajaan Barisan Nasional mendapat sokongan penuh rakyat Malaysia berbanding parti pembangkang yang hanya tahu berpolitik setiap masa dengan menghina dan memfitnah orang lain.

"Fitnah terbaru, mereka kata saya akan berdebat dengan Anwar Ibrahim. Saya tak ada masa untuk berdebat dengan dia kerana saya kena menjaga kesejahteraan rakyat dan negara," katanya pada Himpunan Rakyat 1Malaysia di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung di sini.

Turut hadir Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad dan calon BN untuk pilihan raya itu, P. Kamalanathan.

Mengenai Gagasan 1Malaysia, Najib berkata 1Malaysia tidak ada kena mengena dengan Israel, sambil menjelaskan gagasan itu adalah untuk mewujudkan satu bangsa Malaysia yang saling faham memahami antara satu sama lain.

"1Malaysia bukan untuk bangsa lain menjadi Melayu tetapi bagi memastikan kita mengekalkan indentiti kita dan bekerja untuk kebaikan negara," katanya.

Najib juga sekali lagi bersumpah bahawa beliau tidak mempunyai sebarang kaitan dengan kes pembunuhan wanita Mongolia, Altantuya Shaariibuu.

"Saya tidak kenal dia," katanya.

Saturday, April 24, 2010

PRK Hulu Selangor: Setakat Ini Memontum BN Masih Kekal

4 jam terakhir Pilihan Raya Kecil Kerusi Parlimen Hulu Selangor menyaksikan Barisan Nasional (BN) masih mengekalkan momentumnya untuk merampas kembali kawasan itu.

Pertembungan esok dijangka sengit dengan kedua-dua pihak bersikap optimis.

Namun sumber daripada kedua-dua parti bertanding meramalkan majoriti undi bakal diperolehi muka baru, P.Kamalanathan (BN) atau bekas menteri, Datuk Zaid Ibrahim, tidak melebihi 1,000 undi.

Ramalan ini berasaskan kepada beberapa faktor antaranya kekuatan jentera BN dan PKR yang seimbang dengan masing-masing menguasai kerajaan pusat dan kerajaan negeri.

Ketiadaan isu kukuh juga menyebabkan kenapa isu-isu tempatan seperti masalah pemilikan tanah di kampung baru, orang asli, peneroka Felda dan masalah pampasan penduduk Sungai Buaya serta masalah kebajikan penduduk lebih popular di Hulu Selangor sebesar saiz negeri Melaka ini.

"Isu nasional seperti APCO tidak laku di sini. Gelombang pemikiran orang Hulu Selangor tidak sampat ke tahap itu," kata seorang petugas PKR di Kuala Kubu Baharu yang enggan namanya didedahkan.

Pertembungan di Hulu Selangor juga dilihat sengit kerana faktor calonnya.

Kedua-dua calon mempunyai kelebihan masing-masing dengan Kamalanathan yang fasih berbahasa Melayu, Tamil dan Inggeris dilihat sebagai muka baru dalam politik manakala Zaid dilihat sebagai pemimpin politik elit dengan gaya hidup moden.

Namun dalam perhitungan itu, sebuah portal melaporkan kajian selidik terbaru oleh Ilham Center mendapati 40 peratus daripada pengundi Melayu yang mewakili 53 peratus daripada 64,500 pengundi di Hulu Selangor, masih belum dapat menyatakan pendirian mereka.

Kajian itu mendapati 37 peratus pengundi Melayu yakin BN akan menang dengan 16 peratus merasakan PKR mampu mempertahankan Hulu Selangor yang dikuasainya sejak Mac 2008.

Kajian itu juga menyatakan BN mendahului PKR di beberapa kawasan luar bandar dan pedalaman, terutama di kawasan-kawasan kampung dengan majoriti Melayu termasuk di empat kawasan Felda.

Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Hulu Bernam Datuk Mohamed Idris Abu Bakar bersetuju dengan kajian itu namun menggesa jentera parti bekerja lebih keras bagi memastikan majoriti 3,600 undi BN di Hulu Bernam pada 2008 tidak susut.

"Nampaknya PKR cuba pecahkan undi Melayu di sini, asakan bertalu-talu kita terima di Felda sejak dua hari lepas," kata Idris merujuk kepada jentera PAS yang berkempen dari rumah ke rumah di Felda Gedangsa, Soeharto, Sungai Tengi dan Sungai Tengi Selatan yang menjadi 'kubu' BN.

BN perlu mendapat lebih 70 peratus daripada 17,000 pengundi di Hulu Bernam jika mahu parti itu dalam keadaan selesa berdasarkan kedudukan semasa pengundi Kuala Kubu Baru dan Batang Kali yang cenderung kepada PKR.

Namun pemerhati politik meramalkan kehadiran Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di beberapa kawasan di Hulu Selangor akan memberikan impak kepada pengundi bukan Melayu melalui gagasan 1Malaysia.

BN juga berjaya menyelesaikan beberapa isu tertunggak antaranya masalah pampasan tertunggak 363 bekas peneroka Felda Sungai Buaya, pembinaan interchange Sungai Buaya, bantuan dana khas kepada masyarakat India di bawah TEKUN, masalah banjir di Kampung Sentosa, masalah bumbung rosak di Bukit Beruntung dan pembinaan sekolah jenis kebangsaan cina di Bukit Beruntung.

Esok, seramai 63,701 pengundi biasa akan memilih wakil rakyat Hulu Selangor di 48 pusat mengundi selepas 799 anggota polis dan tentera menunaikan tanggungjawab mereka sebagai pengundi pos, sebelum ini.

Apa yang pasti, dua perhimpunan besar dijadualkan di Taman Bunga Raya, Bukit Beruntung (BN) dan Mini Stadium Kuala Kubu Baru (Pakatan) yang menampilkan tokoh-tokoh besar daripada kedua-dua parti akan menjadi lokasi terakhir meraih sokongan pengundi sebelum kempen tamat 12 malam ini.

Najib dan bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad akan berucap di Taman Bunga Raya, manakala Kuala Kubu Baru antara lain menyaksikan kehadiran ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Blog Archive