Friday, May 28, 2010

Kalau Benar Semua Wakil PKR Yang Keluar Jadi Jutawan: SPRM Perlu Siasat

PKR hari ini berkata parti itu mempunyai 'bukti kukuh' bagi menyokong dakwaan bahawa ahli parlimen mereka yang berpaling tadah disogok sekurang-kurangnya RM2 juta dan ditawarkan kontrak kerajaan yang bernilai jutaan ringgit.

Ketua Pembangkang, datuk Seri Anwar umum yang juga ketua umum PKR berkata pendedahan serta bukti yang bakal dikemukakannya akan menunjukkan rasuah politik yang diamalkan oleh pemimpin Umno dan agen-agennya.

“Kami masih menunggu reaksi mereka sebelum mendedahkan maklumat kepada umum. Yang pasti, keterangan tersebut jelas menggemparkan dan akan membuktikan rasuah politik pimpinan Umno dan agen mereka.

“Maklumat tersebut akan didedahkan kepada umum dalam tempoh terdekat inshaAllah,” katanya dalam satu kenyataan ringkas hari ini, menjelang Kongres Kebangsaan PKR di Kota Bharu, esok.

Sejumlah lima ahli parlimen PKR telah meninggalkan Pakatan Rakyat tahun ini, empat daripda mereka berpaling tadah, manakala seorang lagi dipecat.

Terbaru, ahli parlimen Wangsa Maju, wee Choo Keong mengumumkan tindakannya kelaur parti pada 14 Mei lalu dengan alasan tidak berpuas hati dengan cara kerajaan negeri Selangor menangani rasuah pasir yang dikaitkan dengan anak syarikat kerajaan negeri, Kuala Semesta Sdn Bhd.

Mereka yang lain adalah ahli parlimen Bagan Serai, Mohsin Fadzli Samsuri yang meninggalkan parti pada 3 March, ahli parlimen Nibong Tebal Tan Tee Beng (1 Mac) dan ahli parlimen Bayan Baru Datuk Zahrain Mohd Hashim (12 Feb).

Ahli parimen Kulim Bandar Baru, Zulkifli Nordin pula dipecat pada 6 Mac lalu kerana mengkritik dan membuat laporan polis terhadap rakan-rakan seperjuangan dalam Pakatan Rakyat.

Awal tajun ini, Anwar membuat permohonan maaf kepada rakyat dan ahli yang menyokong PKR kerana tersilap memilih calon yang tidak berkebolehan bagi bertanding di bawah tiket PKR pada pilihan raya umum 2008 yang lalu.

Katanya, mereka telah menikam parti itu dari belakang.

Pada wawancaranya dengan Malaysiakini, awal minggu ini, Anwar membayangkan beberapa perwakilan parti itu telah 'dibeli' dan menghurai lanjut.

Ketua Pemuda UMNO jadi Pondan

BAGI AYT bidasan tidak bermakna apa-apa. Sepatutnya Ketua pemuda Umno bertindak, ekoran kenyataan TPM terhadap Vell Paari anak Samy Vellu sebagai biadap.

Siapa yang tidak tahu bahawa Umno berpegang kepada prinsip kekeluargaan dalam BN, lantas sentiasa menghormati hak parti-parti komponen lain untuk menentukan hal dalaman mereka tanpa campurtangan luar.

Prinsip ini sudah jelas, namun sempadan sudah dirobohkan. TPM sendiri merasakan bahawa kenyataan Vell Paari menuduh Umno sebagai punca kemelut MIC adalah tuduhan yang sangat serius.

Sepatutnya ketua pemuda Umno itu mendesak agar Vell Paari memberi penjelasan dan memberikan bukti kokoh, jika tidak maka pihak Umno mengusulkan kepada majlis tertinggi BN untuk menggantung MIC daripada komponen BN.

Penggantungan MIC tidak akan berpengaruh terhadap sokongan pengundi kepada BN, kerana sebelum ini pun kehadiran MIC tidak lagi menyumbangkan kepada kemenangan calon Umno.

Pada PRU-13 akan datang adalah diramalkan bahwa semua kawasan yang dihuni oleh jumlah kaum yang seimbang, pilahan mereka adalah Pakatan.

Sebelum pengundi kaum melayu dan bumiputra merasa muak dengan karenah para pemimpin seperti parti MIC, maka sewajarnya umno perlu bertindak.

Sebagai ketua pemuda UMNO, Khairy Jamaluddin, tidak boleh berlagak seperti kenyataan Najib, Pemuda mesti tegas.

Thursday, May 27, 2010

Pakatan Tidak Selamat Dengan Undi CINA: Anwar

Anwar mengakui bahawa Pakatan Rakyat tidak harus rasa selamat dengan undi Cina sahaja, justeru tidak mengambil mudah sokongan orang Melayu bagi memenangi pilihan raya umum yang akan datang.

Bagaimanapun, tambahnya, gabungan pembangkang - PKR, PAS dan DAP - tidak perlu mengambil langkah drastik bagi mendapatkan kembali sokongan Melayu, sebaliknya hanya memerlukan sedikit "penyelarasan".

"Pada tahun 1999, lonjakan undi Melayu tinggi. Saya baca analisis, mereka tulis di kampung, konservertif, (golongan) Melayu sokong Umno.

"Itu jelas 'memori jangka pendek', sebab pada tahun 1999 orang Umno boleh berubah kerana maklumat itu sampai. Sekarang kita tengok kelemahan kita sebab maklumat tak sampai," kata Anwar yang juga ketua umum PKR.

Dalam menghadapi PRU-13, Anwar berkata pihaknya tidak perlu lagi menghabiskan masa dengan mendakwa bahawa pilihan raya di Malaysia dicemari rasuah dan tekanan daripada Umno sebab "itu sudah diketahui".

Menyentuh soal 'kemerosotan' undi Melayu di Hulu Selangor pada 25 April lalu apabila PKR tewas kepada BN, Anwar berkata keputusan itu tidak terlalu membimbangkan.

"Kalau itu keputusan pilihan raya kecil, dalam pilihanraya umum kita menang," katanya yakin.

Pekerjaan, ekonomi, 'maruah sebagai umat'

Beliau menambah, kecuali di dua kawasan Felda - Sungai Buaya dan Sungai Tengi - undi Melayu secara keseluruhannya meningkat.

Corak yang sama menurutnya turut dikenalpasti dalam pilihan raya kecil Sibu pada 16 Mei apabila undi Melayu/Melanau meningkat daripada 13 peratus kepada 35 peratus dalam tempoh berkempen dua minggu sahaja.

"Maknanya kita harus terima kenyataan, kita belum cukup kuat usaha mendampingi mereka.

"Kita tertumpu pada bandar pinggir dan bandar isu yang disenangi oleh orang bandar. Kita harus tahu juga ada isu desa yang harus diketengahkan," katanya.

Tambahnya, isu tersebut antaranya soal peluang pekerjaan, ekonomi dan "maruah sebagai umat" yang perlu ditangani.

Sementara itu, menyentuh hasrat Pakatan menembusi Sabah dan Sarawak, Anwar berkata kemenangan di Sibu membuka langkah yang besar kepada gabungan pembangkang di kedua buah negeri itu.

"Sekarang menjadi tugas timbalan perdana menteri turun padang, perdana menteri turun tiga, empat hari. Ini mesej bahawa mereka (BN) hilang sokongan dan (terpaksa) guna pelbagai helah dan ancaman untuk mendapatkan kerusi.

Peluang: Saya tidak tahu

"Kita sudah melangkah dengan besar di Sibu. Jadi, kita kena kerja kuat," katanya yang juga ahli parlimen Permatang Pauh.

Anwar berkata, sepanjang lebih seminggu berkempen di negeri Kenyalang baru-baru ini, beliau melihat pemimpin Pakatan di peringkat negeri daripada parti yang berbeza bekerjasama dengan baik mengetengahkan isu-isu tempatan.

"Saya optimis lihat pengalaman mereka bekerjasama di Sarawak. Mereka buat dengan baik.

"Saya bukan maksudkan (pemimpin kanan Pakatan) Ustaz (Datuk Seri) Hadi (Awang), Lim Kit Siang dan (Datuk Seri) Wan Azizah (Ismail), saya cakap tentang (pemimpin) peringkat negeri," katanya.

Enggan memberitahu sasaran kerusi yang diletakkan di negeri itu, Anwar juga kelihatan tidak mahu bercakap banyak tentang peluangnya kali ini.

"Saya tak tahu. Tetapi kita lihat orang Iban, Melayu/Melanau dan Cina kita ada anjakan besar. Lagi pun sepanjang perjalanan politik saya, saya tak beritahu berapa kerusi yang akan diperoleh.

"Dekat dengan pilihan raya nanti saya beritahulah, walaupun ramai yang meragykan bahawa pada PRU-12 lalu, Anwar meramalkan akan mengambil kerajaan Selangor, Perak, Pulau Pinang dan Kedah serta mempertahankan Kelantan.

Melihat corak dan keyakinan Anwar ini, maka para pemimpin UMNO disemua lapisan perlu mengorak langkah mendekati akar umbi dengan mengenepikan cara lama yang bercorak cerimonial.

Masih terdapat rampai pemimpin Umno terutama wakil-wakil rakyat baru, masih mengamalkan kemewahan dan masih bersifat sombong.

Sifat-sfat ini lah yang ditendang atau ditolak rakyat pada PRU-12 lalu.

Menurut pengamatan AYT, di Sabah kini, para pemimpin akar umbi pembangkang mengamalkan sifat keterbukaan, kestiakawanan dan nampak keeratan antara mereka. Bercanggah dengan sifat para wakil rakyat BN yang bersifat anggkuh dan sombong.

Baru-baru ini seorang timbalan menteri di peringkat persekutuan dan merupakan YB dua penggal, terlalu bongkak, salam pun tidak dijawab apabila diberi salam. Sedangkan pada kebiasaannya jarak 2 meter dengan seseorang, adalah jelas salam boleh didengar dengan jelas.

Ada YB Sabah mengatakan jangan tonjolkan perbedaan, sebaiknya tonjolkan kerbesamaan, namun secara praktikalnya, wakil rakyat ini kemana-mana sahaja dikelilingi oleh satu kaum sahaja. Perbuatannya tidak pun menggambarkan apa yang dicakap atau diucap. Perlakuan wakil rakyat ini ibrat burung unta, menyembunyikan kepalanya, maka memutuskan bahawa kerana dia tidak nampak sesiapa, maka dia beranggapan, tiada yang melihatnya, namun pada kenyataannya buntutnya besar itu terpampang dengan luas.

Berbuih mulut Najib Razak menyeru agar para wakil rakyat atau pemimpin parti atau UMNO secara keseluruhan turun padang agar supaya dekat dengan rakyat, namun semakin sering para wakil rakyat turun padang, maka semakin bertambah sifat memuakkan yang mereka tonjolkan.

PRY-13 hanya berbaki kurang 2 tahun, mampu kah UMNO atau BN mengubah persepsi ini? Anwar telah membuat langkah menyerang SIMPANAN TETAP BN yakni kaum melayu dan Bumiputra, kerana Anwar Tahu, mereka tidak akan menang melalui sokongan CINA dan INDIA sahaja.

MIC Hanya beban. UMNO Kena Fikir

MIC hanya beban kerana itu UMNO kena fikir. Dakwaan S Vell Paari anak Samy Vellu bahawa kekacauan dalam parti MIC disebabkan UMNO adalah tindakan biadap. MIC tidak sedar terutama presiden dan timbalannya sebenarnya telah ditolak rakyat, namun kerana nafsu kuasa, mahu juga terus menjadi pemimpin parti.

Kerakusan Samy Vellu dan timbalannya Palanivel cukup ketara melalui PRK Hulu Selangor. Walaupun akar umbi menolak Palanivel, namun tetap juga memaksa disaat-saat akhir.

Sepatutnya apabila ditolak melalui PRK-12 lalu,maka Samy Vellu dan kempimpinan lainnya perlu letak jawatan untuk memberi peluang kepada pemimpin lain memperbetulkan parti. Namun, ini semua tidak berlaku. Samy Vellu masih menunjukkan kerakusnya.

Walaupun MIC dalam keadaan lemah, namun Samy Vellu berlagak seperti Singa, memecat sewenang-wenang pemimpin muda yang bersuara demi kepentingan parti.

Disebabkan takut kehilangan kuasa, maka Samy Vellu melalui anaknya membuat tuduhan kepada UMNO. Rakyat bukan bodoh Samy! Kami tahu apa yang anak kamu cakap, itulah cakap kamu.

Jawaban TPM mengenai tuduhan anak Samy Vellu itu, dan seterusnya TPM mengatakan bahawa tuduhan itu adalah Sikap Biadap dan kurang ajar adalah tepat sekali.

Untuk apa berkawan dengan musang, nanti ayam direban habis dimamah.

Wednesday, May 26, 2010

Pemimpin UMNO Kena Bergerak: Anwar Dah Mula menggempur Kawasan Melayu Luar Bandar

Sambil menyifatkan persepsi orang Melayu semakin memihak kepada Pakatan Rakyat (PR), perikatan berusia dua tahun ini sedang menyusun strateginya memfokus pengundi Melayu luar bandar dengan menembusi kubu Umno pada pilihan raya umum ke-13.

PR berpendapat petanda-petanda sokongan orang Melayu kepadanya makin jelas di Hulu Selangor dan Sibu walaupun ramai selama ini beranggapan ia banyak bergantung pada sokongan Cina dan India.

Ketua Umumnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata, PR kini semakin mendekati pengundi-pengundi Melayu, selain kaum-kaum lain meskipun komponen utama BN, Umno telah menyemai pemikiran “takut dan khuatir” di kalangan orang Melayu sehingga menyebabkan mereka menolak PR selama ini.

“Saya merasakan lapangan persaingan lebih (tertumpu) kepada orang Melayu,” kata beliau yang juga Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) ketika ditemui sempena Kongres Nasional Keenamnya hujung minggu ini.

Awal minggu ini Penasihat DAP Lim Kit Siang memberitahu bahawa PR akan mengadakan pertemuan dalam waktu terdekat untuk memperluaskan kejayaan mereka di Sabah dan Sarawak.

PR, dianggotai PKR, PAS dan DAP ditubuhkan secara formal selepas pilihan raya umum ke-12 dua tahun lalu.

Ia masih dalam proses pendaftaran.

“Saya boleh mengatakan oleh kerana Umno memainkan sentimen perkauman, dengan kuat menyemai sikap wasangka di kalangan orang Melayu, tidak selamat (di kalangan mereka)... kita perlu kembali kepada orang-orang Melayu, di kawasan orang Melayu dan cuba meyakinkan mereka,” kata Anwar.

Anwar mendakwa salah satu sebab mengapa Umno berjaya mempengaruhi orang-orang Melayu di kawasan luar bandar supaya menolak PR adalah kerana menguasai maklumat menerusi media arus perdana dan televisyen.

Keadaan itu dengan sendirinya, kata beliau, telah mencetuskan persepsi serong dan tembok besar” antara orang Melayu dan PR.

“Kami tiada media,kami kena bekerja kuat dan kami kena pergi turun menemui mereka,” katanya.

Ahli Parlimen Permatang Pauh ini menambah, apabila berpeluang menerangkan keadaan yang sebenar, mereka dapat memahami situasi yang sebenar.

“Bagaimanapun masalahnya ialah kami tidak diberikan ruang untuk mendampingi mereka, kita disekat,” katanya lagi.

Bukti sokongan majoriti orang Melayu kepada Barisan Nasional (BN) adalah jelas ketika pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor bulan lalu.

Kerusi itu dimenangi oleh wakil MIC P. Kamalanathan, menewaskan Datuk Zaid Ibrahim dari PKR dengan majoriti kecil.

BN memperoleh sokongan besar dari kawasan-kawasan Felda manakala pengundi Cina, kebanyakannya dari kawasan bandar mengekalkan sokongan kepada PR, malah ada peningkatan berbanding pilihan raya umum 2008.

Oleh itu tegas Anwar, perkembangan Hulu Selangor adalah satu bukti di mana PR perlu memperoleh sokongan untuk menjamin kemenangan bersih dalam pilihan raya umum akan datang.

“Ya, lihat (perkembangan di Hulu Selangor, yang saya katakan ialah kami berjaya melakukan lebih baik di Kuala Terengganu, kami berjaya mempertahankan dengan baik di beberapa kawasan.

“Kami cuma ada masalah di kawasan-kawasan yang dikuasai (oleh Umno) seperti Felda Sungai Tengi di mana undi beralih kepada mereka,” katanya.

“Lihat di kawasan Felda Sungai Buaya, di mana RM50,000 diberikan dua hari sebelum (hari pengundian) pilihan raya kecil,” katanya lagi.

Bagaimanapun Anwar menekankan, PR sudah pula mula menembusi lapangan untuk mendapatkan sokongan orang Melayu.

Menurut Anwar, sokongan orang Melayu kepada PR pilihan raya kecil kerusi Parlimen Sibu baru-baru ini bukti pembangkang peringkat persekutuan ini mula melangkah untuk mendapatkan lebih banyak sokongan orang Melayu.

Beliau mendakwa bahawa sokongan orang Melayu-Melanau bagi PR-DAP telah meningkat sehingga 30 peratus.

“Kami memperoleh (lebih banyak undi orang Melayu) sebagaimana kita lihat di Sibu, sokongan orang Melayu-Melanau bagi DAP meningkat berbanding 10 hingga 13 peratus ketika pilihan raya umum (2008).

“Ketika pilihan raya kecil, dalam tempoh dua tahun (sejak Mac 2008), kini kami telah meningkatkan kepada 30 hingga 40 peratus sokongan Melayu-Melanau.

“Ini bermakna jika anda bekerja keras, dan menembusi kawasan-kawasan ini, kami ada kapasiti untuk (memenangi pengundi Melayu),” kata Anwar sambil mendakwa beliau “percaya dan yakin dengan kebijaksanaan massa.”

Bagaimanapun ketua pembangkang ini mengingatkan PR bahawa pihaknya tiada masa yang “lumayan” untuk mencapai sasaran itu.

Katanya, pihaknya sudah ada usaha untuk menyepadukan sokongan daripada negeri-negeri di Semenanjung.

Kata Anwar, PR sedang berusaha untuk memperkuatkan asas sokongan di negeri pentadbiran mereka seperti Selangor, Kedah, Kelantan dan Pulau Pinang sebelum memperluaskan usaha menguasai Perak dan juga Melaka.

“Kami perlu melihat perkara ini dengan segera, kami perlu melihat kemajuannya setiap bulan.

“Kepimpinan negeri harus menggerakkan agenda ini... kami perlu menyepadukan Selangor, Kedah, Kelantan, Pulau Pinang, kemudian bergerak untuk memperoleh semula Perak.

“Di Melaka, kami telah mengadakan satu program di mana ia berjaya di kalangan orang Melayu dan juga orang Cina... saya yakin selagi kami mendapat ruang peluang yang kecil untuk (mereka) mendengar.

“Itu sebabnya matlamat Umno ialah menutup semua pintu yang boleh (bagi kami mendampingi orang Melayu),” kata Anwar.

Bekas timbalan perdana menteri menambah, kelebihan PR berbanding BN ialah “keupayaan mengadakan dialog terbuka dan madani.”

Putar Belit Pembangkang Mengenai KTMB Terjawab

Malaysia tidak rugi apa-apa apabila Stesen Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Tanjung Pagar, Singapura diserahkan kembali kepada republik itu.

Malah, perpindahan stesen itu ke Woodlands pada 2011 berjaya menyelesaikan banyak isu sensitif yang mengekang hubungan kedua-dua negara sejak 20 tahun lalu, kata Menteri Besar Datuk Abdul Ghani Othman.

Malaysia juga mendapat ganti kepada 271 hektar tanah KTMB yang berselerakan di republik berkenaan dengan dua bidang tanah di kawasan Marina South dan Ophir-Rochor yang sama nilainya dengan keseluruhan tanah KTMB itu.

"Rakyat perlu faham, KTMB tetap perlu keluar dari Tanjung Pagar, seperti yang dipersetujui pemimpin kedua negara dalam intipati perjanjian pada 1990, berdasarkan Perjanjian 1918.

"Bagaimanapun, melalui perjanjian yang dibuat Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dengan Perdana Menteri Singapura Lee Hsien Loong, kita keluar dari Tanjung Pagar dan memperoleh tanah baru yang dikelilingi pembangunan bertaraf antarabangsa," katanya pada persidangan akhbar di kediaman rasminya di Johor Baharu.

Ini menyangkal dakwaan sesetengah pihak terutama pembangkang bahawa Malaysia ditipu di dalam rundingan tersebut.

Malaysia dan Singapura juga akan meningkatkan kerjasama di dalam pelaburan dan pembangunan di mana kedua bidang tanah itu akan dibangunkan syarikat dari kedua-dua negara MS PTE LTD iaitu usaha sama antara Khazanah Nasional dan Temasek Holdings.

Johor sendiri akan mendapat keuntungan daripada perjanjian tersebut apabila kedua-dua buah negara bersetuju untuk menyediakan Sistem Pengangkutan Deras (RTS) secara usaha sama yang akan menghubungkan sebuah stesen baru di Tanjung Puteri, Johor dengan stesen terakhir Transit Aliran Ringan (MRT) Singapura di Stesen Republik.

"Apabila RTS mula beroperasi pada 2018, KTMB akan keluar dari Singapura dan kita (kerajaan Johor) sudah mengenal pasti lokasi stesen baru KTMB di negeri ini iaitu di kawasan seluas 80 hektar di Kempas, lapan kilometer dari pusat bandar raya," kata Abdul Ghani.

Persetujuan juga dicapai dalam rundingan semasa pemukiman para pemimpin di Shangri-La Hotel itu Isnin lalu bagi kerjasama di antara Khazanah Nasional dan Temasek Holding dalam pembangunan Bandar Kesihatan di sebidang tanah seluas 200 hektar di Iskandar Malaysia.

Ini adalah sesuatu yang mampu membantu menarik pelaburan luar yang besar ke Iskandar Malaysia.

Ditanya sama ada rundingan perjanjian itu turut menyentuh pembinaan jambatan baru menggantikan Tambak Johor, Abdul Ghani berkata ia tidak disentuh langsung antara kedua-dua negara.

Mengenai pemulangan semua aset Lembaga Kemudahan Awam (PUB) Singapura di Loji Skudai serta Empangan Gunung Pulai, Abdul Ghani berkata ia bukan balasan kepada rundingan tersebut tetapi mengikut perjanjian air 60 tahun lalu dan ia berlaku secara kebetulan serentak dengan rundingan berkenaan.

Aset yang masih beroperasi dengan baik itu nanti akan diuruskan oleh kerajaan negeri dan bukannya Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara kerana ia adalah milik rakyat, katanya.

Dewan Himpunan Penyokong Pas (DHPP) hanya menyokong Tidak Boleh Undi

Pada 23 Mei lalu, seramai 20,000 anggota Kelab Penyokong PAS 'dinaiktaraf' melalui penubuhan Dewan Himpunan Penyokong PAS yang semuanya adalah kaum cina dan india yang bukan beragama islam.

Ketua penerangan parti itu Idris Ahmad dilaporkan berkata, anggota dewan tersebut kini berpeluang untuk menghadiri muktamar parti sebagai ahli perwakilan bagi mengikuti mesyuarat tetapi belum boleh mengundi.

Mereka hanya sebagai penyokong, mereka tidak boleh ikut menentukan hala tuju parti. Ertinya mereka hanya menjadi penggerak massa untuk menyokong Pas.

Tuesday, May 25, 2010

Penyerahan BLOK L dan M Sepatutnya Jadi Iktibar Sebelum Tanah KTMB Diserahkan

Belum selesai isu judi bola sepak, Datuk Seri Najib Razak telah bersetuju untuk menyerahkan tanah Keretapi Tanah Melayu Berhad (KTMB) di Singapura kepada syarikat usahasama dan digantikan dengan tanah di kawasan perjudian Singapura iaitu di Marina Bay.

Alasan yang digunakan adalah, tanah ini mungkin akan ditukar ganti dengan tanah yang lebih bernilai dan mudah dimajukan apabila Malaysia dan Singapura menubuhkan sebuah syarikat usaha sama sebelum 31 Disember 2010 ini.

Namun, Marina Bay (gambar) adalah tapak perjudian yang dijangka menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia.

Semalam Perdana Menteri Najib telah menandatangani perjanjian itu dalam retreatnya dengan Perdana Menteri Singapura, Lee Hsien Loong.

Melalui perjanjian itu, Malaysia menyerahkan tanah KTMB itu kepada satu syarikat milik bersama antara Malaysia dan Singapura.

Padahal, sejak sekian lama Malaysia berpendirian, tanah itu adalah milik penuh KTMB kerana ia telah dimiliki syarikat itu sejak Singapura berada dalam Malaysia lagi.

Kedua-dua negara, katanya, bersetuju untuk menubuhkan M-S Pte. Ltd. bagi tujuan membangunkan tanah-tanah milik KTMB di Tanjong Pagar, Kranji, Woodlands dan Bukit Timah di sini.

Najib berkata, Khazanah Nasional Bhd. akan menguasai 60 peratus kepentingan dalam syarikat terbabit manakala baki 40 peratus lagi dimiliki pihak Singapura melalui Temasek Holdings Ltd.

Tanah yang dikatakan bernilai itu adalah di Marina Bay iaitu kawasan yang terletaknya Marina Bay Sands Casino Resort.

"Marina Bay Sands dijangka akan menjadi resort perjudian yang terbaik di dunia," tulis Tom Jones, Staff Editor, CasinoGamblingWeb.com dalam tulisannya 25 April baru-baru ini.

Sementara itu, PAS menyelar tindakan perdana menteri itu yang seolah oleh tidak pernah belajar dari beberapa kesilapan kerajaan berhubung isu penyerahan kawasan dan kedaulatan negara kepada negara luar.

Adalah perlu perhalusi  bahawa kesemua tanah KTMB itu adalah hak mutlak Malaysia, dan Singapura tiada hak ke atasnya.

Malaysia sebleum ini  mempertahan Tanjung Pagar itu dari sudut sejarahnya, faktanya adalah sebahagian hak Malaysia dan tidak boleh dibahagi-bahagi,

Najib katanya perlu lebih telus dan terbuka menjelaskan kepada rakyat berhubung tujuan di sebalik pemberian 40 peratus kepada Singapura itu.

Ini kerana, rakyat katanya tidak mahu kedaulatan negara terus digadai kepada negara luar seperti apa yang berlaku terhadap dua blok minyak, L dan M yang diserah kepada kerajaan Brunei sehingga merugikan negara.

Malaysia juga jelasnya, telah kecundang dalam menuntut hak kedaulatan ke atas Pulau Batu Putih dan isu pangkalan TLDM Woodlands.

Kita sepatutnya belajar daripada sejarah, yakni semasa menyerahkan Singapura yang mana pada waktu lalu merupakan sebahagian daripada Malaysia.

Tuduhan Anak Samy Vellu Terhadap UMNO Adalah BIADAP

Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan tuduhan yang dilemparkan oleh S. Vell Paari, anak Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu, kononnya UMNO menjadi punca kepada masalah dalam MIC, sebagai sesuatu yang biadap.

Timbalan Perdana Menteri menafikan sekeras-kerasnya tuduhan itu dan meminta Vell Paari supaya menghentikan tindakan tidak bertanggungjawabnya itu.

"UMNO ingin menafikan sekeras-kerasnya tuduhan oleh anak Samy Vellu itu. Ia adalah sesuatu yang biadap," katanya ketika ditanya mengenai tuduhan yang dibuat oleh Vell Paari terhadap UMNO menerusi sebuah laman web "Free Malaysia Today."

Dalam laman web itu, Vell Paari mendakwa UMNO menggunakan pendekatan "pembunuhan politik" untuk memecahbelahkan MIC.

Muhyiddin, yang juga Timbalan Presiden UMNO dan Timbalan Pengerusi Barisan Nasional, berkata demikian pada sidang akhbar selepas menghadiri majlis ramah mesra dengan guru-guru daerah Muar dan Ledang di Kompleks Sukan Pagoh di sini pada Selasa.

Muhyiddin juga meminta Samy Vellu supaya menasihatkan anaknya supaya tidak lagi mengeluarkan kenyataan yang boleh menjejaskan sensitiviti parti-parti komponen BN yang lain.

"Samy Vellu boleh nasihatkan anaknya," kata Timbalan Perdana Menteri.

Katanya Vell Paari merupakan seseorang yang mempunyai kepentingan dalam kemelut dalaman MIC kerana beliau merupakan anak kepada parti itu.

Apa pun, kata Muhyiddin, beliau dan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak telahpun mengeluarkan kenyataan yang mahu melihat kemelut dalaman MIC itu diselesaikan dengan secepat mungkin.

Bagaimanapun, katanya, sebarang penyelesaian terhadap permasalahan yang berlaku dalam parti itu mestilah berdasarkan kepada dasar keadilan dan ketelusan.

"Sebagai pemimpin dalam mana-mana parti komponen BN, tidak kira mana parti sekalipun, sebarang permasalahan dalam parti mestilah diselesaikan secara adil dan saksama," katanya.

Muhyiddin berkata sebarang usaha untuk menyelesaikan permasalahan dalam parti mestilah mengikut perlembagaan dan prosedur parti.

"Sebagaimana yang dilakukan oleh kita di dalam UMNO, jika kita terpaksa bertindak memecat seseorang daripada parti, ia mestilah berdasarkan prosedur dan peraturan yang sedia ada dalam parti," katanya.

Timbalan Perdana Menteri berkata setiap parti komponen BN perlu menyelesaikan masalah dalaman mereka dengan segera supaya kedudukan BN yang semakin kukuh kini di bawah pentadbiran Najib dapat diteruskan.

Mengenai laporan sebuah akhbar berbahasa Inggeris tentang masalah disiplin yang serius di sebuah sekolah di Rawang, Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran, berkata pihaknya telah mengarahkan agar satu siasatan dijalankan.

Jika masalah itu melibatkan disiplin pelajar, katanya, kementerian mempunyai bentuk tindakan yang boleh diambil, tetapi jika ia membabitkan undang-undang, maka polis akan diminta supaya menjalankan siasatan.

"Apapun untuk adil kepada semua pihak, siasatan perlu dilakukan," katanya.

Pakatan konon Bantah Lesen Judi Tapi Selangor Dan Pulau Pinang Adalah HUB Judi

Presiden Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA), Datuk Ibrahim Ali sekali lagi menegaskan bahawa PERKASA merupakan NGO pertama yang membantah apabila kerajaan meluluskan lesen judi pertaruhan Piala Dunia.

Berikutan itu, beliau menyifatkan Dewan Pemuda PAS dan mereka yang berkenaan sebagai 'buta tuli' dan hendak mencari modal untuk menghentam PERKASA apabila mencabarnya berdebat mengenai lesen judi bola itu.

"Sebenarnya, PERKASA (adalah) NGO pertama buat bantahan bila kerajaan nak lulus lesen judi.

"Kenyataan saya keluar dalam Astro Awani banyak kali awal-awal lagi," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Ibrahim yang juga ahli parlimen Pasir Mas menegaskan demikian sebagai mengulas cabaran Dewan Pemuda PAS pusat untuk berdebat dengan PERKASA mengenai kemungkiran judi.

Cabaran tersebut dibuat oleh Ketua Pemuda PAS Nasruddin Hassan hari ini.

Beliau mencadangkan debat perdama itu dijalankan atas "kemungkaran judi bercambah dalam negara: tanggungjawab siapa".

Nasrudin berkata, pihaknya bersedia berdebat dengan PERKASA pada bila-bila masa kecuali sewaktu muktamar parti itu dari 9 hingga 13 Jun depan.

Mengulas lanjut, Ibrahim pula mencabar Pemuda PAS mendesak kerajaan Selangor dan Pulau Pinang mengharamkan premis judi seperti yang dilakukan oleh kerajaan Kelantan.

"Bukankah Selangor dan Pulau Pinang bawah kerajaan PR (Pakatan Rakyat)," katanya mencabar mereka berbuat jika benar-benar 'anak jantan'.

Permohonan Mantan Speaker DUN Perak; Sivakumar: Salah Guna proses Mahkamah

Mahkamah Persekutuan di Putrajaya menolak permohonan speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Perak yang disingkirkan, V Sivakumar, untuk mengenepikan keputusan membenarkan tiga ADUN yang keluar parti menjadi wakil Bebas mengekalkan kerusi masing-masing.

Hakim Datuk Zulkefli Ahmad Makinudin yang mengetuai panel tiga hakim, membatalkan permohonan Sivakumar selepas membenarkan bantahan awal yang dikemukakan oleh peguam ketiga-tiga wakil rakyat serta peguam Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), yang bertindak sebagai pencelah.

Zulkefli dan dua lagi hakim iaitu Datuk Seri Md Raus Sharif dan Datuk Abdull Hamid Embong, sebulat suara memutuskan bahawa Sivakumar gagal mengemukakan peruntukan undang-undang yang digunakan sebagai asas permohonannya.

Beliau juga berkata permohonan Sivakumar adalah satu penyalahgunaan proses mahkamah dan isu yang dibangkitkan pada prosiding telahpun dipertimbangkan sepenuhnya dan diputuskan dalam penghakiman oleh panel Mahkamah Persekutuan yang lain sebelum ini.

Zulkefli berkata perkara itu adalah berhubung pendapat kehakiman oleh panel terdahulu dan ia tidak mewajarkan mereka mengetepikan keputusan tersebut walaupun sekiranya mereka tidak bersetuju dengan keputusan berkenaan.

Selain itu, Sivakumar juga diperintah membayar kos sebanyak RM10,000 kepada ketiga-tiga wakil rakyat berkenaan dan RM10,000 kepada SPR.

Terdahulu, panel itu menolak permintaan Sivakumar yang mahu mereka menarik diri daripada mendengar permohonannya atas alasan mereka telah mendengar kes yang mempunyai perkara berkaitan.

Pada 9 April tahun lalu, panel lima hakim Mahkamah Persekutuan diketuai Presiden Mahkamah Rayuan Tan Sri Alauddin Mohd Sheriff mengisytiharkan Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapt (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering) dan Hee Yit Foong (Jelapang) sebagai ADUN bagi ketiga-tiga kawasan.

Osman dan Jamaluddin, bekas anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) Perak dan Hee, dari DAP, meninggalkan parti masing-masing untuk menjadi wakil rakyat Bebas yang menyokong Barisan Nasional, sehingga membawa kepada kejatuhan kerajaan pakatan PAS-PKR-DAP di Perak.

Korum itu juga memutuskan bahawa SPR adalah badan yang berhak mengisytiharkan kekosongan sesebuah kerusi di Perak, dan bukannya speaker Dewan Undangan Negeri Perak iaitu Sivakumar.

Mahkamah tersebut juga, pada 8 April tahun lalu, telah memutuskan bahawa ia mempunyai bidang kuasa mendengar kes ketiga-tiga wakil rakyat yang dirujuk secara langsung kepadanya dari Mahkamah Tinggi Ipoh mengikut Perkara 63 Perlembagaan Perak berhubung isu perlembagaan iaitu siapa yang berkuasa mengisytiharkan kekosongan kerusi Dewan Undangan Negeri Perak.

Menerusi notis usul yang difailkan pada 19 April lalu, Sivakumar mendakwa beliau berhak, di bawah undang-undang, untuk mengetepikan keputusan Mahkamah Persekutuan bertarikh 9 April yang terbatal kerana dibuat tanpa bidang kuasa.

Ketika mencabar keputusan Mahkamah Persekutuan berhubung isu bidang kuasa, Sivakumar berkata mahkamah tersebut telah secara tidak selaras dengan perlembagaan atau kaedah-kaedah prosedur, menganggap ia mempunyai bidang kuasa untuk mendengar perkara itu.

Beliau mendakwa Mahkamah Persekutuan telah tersalah tafsir Perlembagaan Persekutuan apabila memutuskan bahawa undang-undang di bawah Perlembagaan Perak adalah undang-undang Persekutuan yang membolehkan bidang kuasa diberikan kepada Mahkamah Persekutuan menerusi Perkara 121(2)(c) Perlembagaan Persekutuan.

Datuk Hafarizam Harun, peguam yang mewakili ketiga-tiga wakil rakyat, dalam bantahan awalnya, menggesa mahkamah membatalkan permohonan Sivakumar atas alasan ia penyalahgunaan proses mahkamah dan cacat dari segi prosedur.

Peguam Chan Kok Keong yang mewakili Sivakumar pula berkata panel itu mempunyai bidang kuasa mendengar permohonan Sivakumar berhubung hujah mengenai bidang kuasa.

Apa Kah Ada Rombakan Kabinet Najib Dalam Masa Terdekat?

Duduk Di Hadapan Dari Kiri Ke Kanan:-

Y.B. Dato' Seri Dr. Ahmad Zahid bin Hamidi, Y.B. Dato' Seri Dr. Ng Yen Yen, Y.B. Datuk Seri Dr. Maximus Jonithy Ongkili, Y.B. Dato' Seri Mohamed Khalid bin Nordin, Y.B. Dato' Sri Peter Chin Fah Kui, Y.B. Dato' Seri Utama Rais Yatim, Y.B.Dato' Seri Mohamed Nazri bin Abd Aziz, Y.B. Senator Tan Sri Dr. Koh Tsu Koon, Y.A.B. Tan Sri Dato' Haji Muhyiddin bin Mohd Yassin, Y.A.B. Dato' Sri Mohd Najib bin Tun Haji Abd Razak, Y.B. Dato' Sri Ong Tee Keat, Y.B. Tan Sri Bernard Giluk Dompok, Y.B. Dato' Seri Hishammuddin bin Tun Hessein, Y.B. Tan Sri Nor Mohamed bin Yakop, Y.B. Dato' Seri Hj. Mohd Shafie bin Hj. Apdal, Y.B. Dato' Sri Mustapa bin Mohamed, Y.B. Dato Sri Douglas Uggah Embas, Y.B. Datuk Seri Haji Noh Bin Omar, Y.B. Dato' Shaziman bin Abu Mansor.


Berdiri Di Belakang Dari Kiri Ke Kanan:-


Y.Bhg. Tan Sri Mohd Sidek bin Hj. Hassan, Y.B. Senator Mejar Jeneral Dato' Jamil Khir bin Baharom (B), Y.B. Dato' Sri Anifah bin Aman, Y.B. Dato' Seri Kong Cho Ha, Y.B.Dato' Seri Ismail Sabri bin Yaakob, Y.B. Dato' Ahmad Shabery bin Cheek, Y.B. Dato' Sri Liow Tiong Lai, Y.B. Dato' Dr. S. Subramaniam, Y.B. Dato' Seri Ahmad Husni bin Mohd Hanadzlah, Y.B. Senator Dato' Sri Shahrizat binti Abd Jalil, Y.B. Senator Dato' Raja Nong Chik Bin Dato' Raja Zainal Abidin, Y.B. Senator Dato' Sri Idris Jala, Y.Bhg. Tan Sri Mazidah Abdul Majid.

Najib dalam masa terdekat akan mengumumkan barisan naru kabinet. Barisan kabinet itu akan bercorak 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Senarai kabinet baru itu adalah senarai kempimpinan negara yang akan dipertaruhkan menghadapi PRU-13 dan PRU-Sarawak akan datang.

Kekalahan PRK SIBU kemungkinan akan mencorakkan barisan kabinet itu, kerana melalui PRK Sibu telah menjadi kesimpulan bahawa para pengundi cina telah menolak BN.

Najib terpaksa melakukan rombakan kabinet kerana ekoran perubahan kepimpinan MCA dan juga perletakan jawatan ketua wanita MCA Chew Mei Fun sebagai timbalan menteri.

Disamping krisis parti PPP, dimana sebelumnya M Murugiah adalah wakil PPP, namun kini, dia dipecat daripada parti itu.

Najib perlu melantik anggota kabinet yang mencerminkan sokongan rakyat, bukan bersandar kepada anggota-anggota yang dilantik sebagai senator untuk menganggotai kabinet.

Dalam kabinet Najib sekarang terlalu ramai pemimpin yang ditolak rakyat menjadi anggota kabinet. Antaranya Shahrizat Jalil dan Awang Adek.

Selain itu, Najib juga menyenaraikan beberapa wakil rakyat yang kalah dalam pemilihan UMNO seperti Rais Yatim.

Masalah yang melanda pihak polis akhir-akhir ini akan menjadi pertimbangan Najib dalam rombakan kabinetnya. Ada lah elok kementerian dalam negeri yang membawahi PDRM hendaklah dipegang oleh Timbalan Perdana Menteri, sepertimana lazimnya sebelum ini.

Menteri yang memantau agama islam hendaklah meletakkan sesorang yang berwibawa dalam soal-soal agama. Kalau pun bukan orang poltik, namun sesorang yang bergiat dalam agama dengan pengalaman yang sangat luas. Seseorang yang paling layak menjadi anggota kabinet untuk mengurus agama islam adalah Datuk Noh Gadut daripada Johor.

Tak Habis-Habis Krisis: DULU MCA Sekarang MIC

Dua lagi pemimpin MIC yang turut mendesak Datuk Seri S Samy Vellu meletak segera jawatan presiden, telah dipecat dari MIC.

Mereka ialah ahli jawatankuasa MIC - KP Samy dan G Kumar Amaan - yang mengadakan sidang akhbar minggu lalu untuk menyuarakan kekecewaan mereka terhadap Samy Vellu kerana tidak meletakkan jawatan lebih awal.

Dengan itu, tiga pemimpin parti itu telah dipecat kerana berani membuka mulut menentang pemimpin nombor satu MIC itu.

KP Samy dan Kumar dimaklumkan secara bertulis mengenai pemecatan mereka hari ini atas alasan mereka bertindak berlawanan dengan kepentingan parti.

Mereka dipecat lima hari selepas timbalan ketua Pemuda MIC, V Mugilan dipecat kerana secara terbuka mendesak Samy Vellu meletak jawatan dengan segera dan menyifatkan beliau (Samy) sebagai satu liabiliti kepada BN.

Ini adalah kali ketua KP Samy dipecat dari parti itu kerana lantang melawan presiden. Kali pertama ialah pada 1988 bersama dengan naib presiden ketika itu, MG Pandithan, yang mendakwa wujud politik kasta.

Monday, May 24, 2010

Zaid Fail Petisyen Istihar Keputusan PRK Hulu Selangor Batal

Calon PKR yang ditewaskan bagi kerusi pilihan raya kecil parlimen, Hulu Selangor, Datuk Zaid Ibrahim hari ini memfailkan petisyen bagi mengisytiharkan keputusan pilihan raya itu tidak sah.

Zaid mendakwa berlakunya amalan rasuah yang berleluasa oleh pencabarnya.

Petisyen itu difailkan dengan hujah calon BN, P Kamalanathan telah “secara langsung ataupun tidak” mengetahui tawaran yang dibuat oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak semasa berkempen.

"Petisyen tertumpu kepada janji RM3 juta oleh Najib (kepada SRKJ (C) Rasa) dan tawaran-tawaran kepada peneroka Felda," kata peguam Zaid – Malik Imtiaz Sarwar semasa sidang akhbar di rumah Zaid di Petaling Jaya.

Petisyen pilihan raya itu difailkan di Mahkamah Tinggi Shah Alam.

Pada sidang media sebelum ini, Zaid mendakwa jentera dan kepemimpinan Barisan Nasional (BN) mengamalkan rasuah melalui pelbagai janji yang dibuat untuk meraih undi rakyat.

Katanya, beliau juga akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) kerana didakwa gagal mengendalikan pilihan raya kecil itu dengan adil.

Pada pilihan raya itu, calon BN, P Kamalanathan menang dengan majoriti 1,725 undi.

Wakil Rakyat Kapar Buat Hal Sendiri: Dakwa Tidak Mahu Dibeli: Siapa Yang Beli???

DIA sendiri yang buat ugutan kepada Khalid Ibrahim-MB Selangor. Ugutannya agar MB Selangor itu mesti bereskan unsur rasuah dalam GLC Selangor, KSSB dalam tempoh 72 jam. Dia sendiri buat hal, dia sendiri yang dakwa tidak mahu dibeli, siapa yang mahu beli???

Wakil rakyat PKR memang hebat membuat sandiwara.

Setelah isu KSSB, maka kereta wakil rakyat Kapar ini disembah dengan dengan cat merah, diletakkan pula dengan NOTA ugutan. Sandiwara lagi sandiwara lagi.

Semalam melalui TV Selangor, S Manikavasagam main filem lagi, konon beritahu Azman Ali, dia tidak akan lompat, tetap setia dengan PKR.

Tetapi siapa yang buat sensasi? Dia Sendiri.. rakyat perlu dapat menilai sifat wakil rakyat seumpama ini, wakil rakyat yang hanya bermain wayang.

ADUN PKR Kedah Menunggu Timing

Khabar angin bahawa kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, belum menjadi kenyataan.

Pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut, keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan masing-masing mengatakan mereka akan tetap dengan perjuangan parti masing-masing, setidak-tidaknya sehingga pilihan raya umum akan datang.

ADUN-adun yang disebut-sebut itu adalah ADUN S.Manikumar (Bukit Selambau), Lim Soo Nee (Kulim), Tan Show Kang (Sidam) dan Lee Guan Aik (Kota Darul Aman).

Melalui pengakuan dalam bahasa malaysia yang menggunakan bahasa pasar itu, kecuali

Manikumar yang bercakap dengan fasih dalam bahasa Melayu berkata kenyataannya sering-kali diputar oleh media bagi memperlihatkan kononnya beliau tidak berpuas hati dengan PKR dan pucuk pimpinan kerajaan negeri Kedah.

“Bila saya ditanya sama ada saya akan lompat, saya kata jika ia berlaku, perkara berkenaan perlu dianalisis dengan teliti, ia mungkin masalah ADUN itu sendiri, masalah dengan pemimpin atau kerajaan negeri, tetapi kata-kata saya diputar,” katanya.

“Saya bukan gila publisiti, saya selalu bincang dalam keadan tertutup, kita mesti bertolak ansur kerana rakyat menyokong saya semasa pilihan raya supaya saya menjadi wakil mereka, tetapi media ingin menjual suarat khabar, jadi Manikumar ingin letak jawatan dijadikan berita,” katanya.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke atas mereka yang terus menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai cara yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Sehubungan itu, Azizan menegaskan beliau tidak akan membubarkan DUN sebagaimana dihebohkan kerana menerima sokongan padu daripada semua 20 ADUN Pakatan Rakyat, termasuk empat wakil rakyat terbabit.

Azizan berkata, tiada ada alasan baginya membubarkan DUN hanya semata-mata mahu memenuhi spekulasi yang disebarkan Umno yang sengaja mahu menimbulkan kekecohan dan melemahkan kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.

Katanya, semua keempat-empat ADUN itu menyatakan pendirian masing-masing tanpa dipaksa, sebaliknya dengan kerelaan sendiri serta tiada syarat dikenakan.

Sunday, May 23, 2010

Mugilan Kempen Habis-habisan semasa PRK Hulu Selangor: Tg Adnan Mansor

Setiausaha Agung Barisan Nasional (BN) menafikan Timbalan Ketua Pemuda MIC V. Mugilan yang dipecat serta-merta oleh partinya semalam telah bertindak bertentangan dengan kepentingan perikatan itu di Hulu Selangor, bulan lalu.

Dalam pandangan peribadi dikongsi bersama The Malaysian Insider, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor berkata, Mugilan walaupun tidak dipilih sebagai calon tetapi telah membantu berkempen untuk calon BN dari awal hingga akhir.

Usaha BN untuk menurunkan Mugilan sebagai calon di Hulu Selangor telah dibantah oleh Samy Vellu dan mesyuarat CWC MIC.

Mugilan (gambar), kata beliau, telah bersama-sama pemimpin parti komponen termasuk Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sendiri mencari sokongan untuk wakil BN.

Oleh itu kata beliau, bagaimana hendak mengatakan yang Mugilan telah bertindak bertentangan dengan kepentingan BN.

“Ini pandangan peribadi saya, saya tidak tahu apa pendirian rasmi BN, tetapi pada pandangan peribadi saya dia (Mugilan) telah membantu BN,” kata beliau ketika dihubungi hari ini.

Mugilan yang kelmarin didakwa oleh Samy Vellu akan dihadapkan kepada jawatankuasa disiplin atas alasan bertindak bertentangan dengan kepentingan MIC dan BN semasa pilihan raya kecil kerusi Parlimen Hulu Selangor telah dipecat semalam oleh presiden itu.

Bagaimanapun dalam surat pemecatan, keputusan yang dibuat tanpa merujuk kepada jawatankuasa disiplin, Samy Vellu berkata Mugilan dipecat kerana mengeluarkan kenyataan media mempertikaikan pelan peralihan kepimpinannya dan mendesak agar berundur segera

You Help Me I Help You: Konon SPRM Nak Siasat Najib

PENGARAH SPRM: DATUK ABU KASSIM MOHAMED

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) hari ini mengesahkan bahawa siasatan sedang dijalankan ke atas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak berhubung "You help me, I help you" semasa kempen pilihan raya Sibu.

Pelbagai pihak, khusus parti-parti pembangkang mendakwa kenyataan Perdana Menteri itu melanggar Akta Kesalahan Pilihan Raya.

Ketua SPRM, memberitahu wartawan semasa sidang media di Petaling Jaya bahawa pihaknya telah menerima aduan berkenaan dan sedang menyiasatnya.

Pengarah siasatan SPRM, Mustafar Ali juga mengesahkan perkara itu kepada wartawan sambil berkata, suruhanjaya itu akan memanggil beberapa orang saksi untuk dirakamkan kenyataan mereka.

Kedua-dua pegawai kanan SPRM itu menghadiri sebuah forum Transparency International berhubung pembaharuan politik kewangan di Malaysia.

Pada 17 Mei lalu, Pengerusi DAP Karpal Singh mendakwa Najib terbabit dalam 'pembelian undi' pada pilihan raya keci parlimen Sibu.

Beliau merujuk kepada satu majlis di Rejang Park, pada 15 Mei seperti mana yang dilaporkan oleh akhbar harian bahasa Inggeris Sunday Eastern Times.

Berikut petikan kata-kata Najib yang dipertikaikan itu yang dibuatnya dalam bahasa Inggeris.

“I want to make a deal with you. Can we have an understanding or not? The understanding is quite simple. I help you, you help me,” kata Najib.

Pada majlis ini, Najib menjanjikan kerajaan persekutuan akan memberi RM5 juta untuk projek tebatan banjir di Sibu jika BN menang pilihan raya berkenaan.

Menurut Karpal tindakan itu jelas mencabuli Akta Kesalahan Pilihan Raya dan secara berseloroh berkata sekiranya tidak berhati-hati, Perdana Menteri boleh dihumban ke penjara dan negara terpaksa mengadakan pilihan raya kecil di Pekan pula.

Perjumpaan PAS Kedah Semalam Ada Tanda-tanda Kerajaan itu Akan Rebah

Walaupun 20 ADUN Pakatan hadir dalam perjumpaan itu, namun keluhan salah satu ADUN PKR LIM Soon Nee ADUN Kulim menggambarkan bahawa memang ada masalah dalaman kerajaan Pakatan Kedah itu.

Walaupun 4 ADUN yang dikatakan dalam masa terdekat akan meninggalkan parti masing-masing berikar akan tetap dengan Pakatan, namun pendirian mereka itu sukar diramal.

Sebelum ini pun wakil rakyat Nibong Tebal Tan Tee Beng pernah beberapa kali menafikan bahawa dia tidak akan keluar PKR,namun kenyataannya sebaliknya.

4 ahli parlimen dan 5 ADUN sebelum ini pun pada awalnya menafikan bahawa mereka akan keluar, namun faktnya, hingga kini semua mereka telahpun keluar PKR.

Adalah dirasakan, 3 ADUN PKR Kedah ini menunggu masa yang tepat dan sesuai sebelum membuat keputusan.

Keluhan ADUN KULIM semalam, boleh membawa 1001 persoalan dan persepsi, terlalu sukar untuk mengatakan bahawa esok lusa, ADUN Kulim akan berada di mana.

Sekiranya menurut Lim Soo Nee kalau hanya seorang mendakwa bahawa mereka telah hilang kepercyaaan kepada pucuk pimpinan itu mungkin boleh diterima, namun kini telah 10 orang wakil rakyat PKR telah keluar selepas keputusan PRU-12 lalu.

Adalah dirasakan, untuk sementara kerajaan PAS Kedah masih selamat, namun porak peranda masih menunggu.

Pak Lah Ikut Bantah Lesen Judi

Kerajaan perlu mendengar pandangan rakyat berhubung keputusan meluluskan lesen perjudian bola untuk membenarkan pertaruhan dilakukan semasa kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 yang akan berlangsung awal bulan depan.

Bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi yang juga Pengerusi Institut Kefahaman Islam Malaysia (IKIM) berkata rakyat berhak menyuarakan pandangan dan kerajaan juga perlu mendengar pandangan mereka.

"Pihak yang telah meluluskan lesen itu perlu mempertimbangkan sebaik-baiknya pandangan yang telah disuarakan.

"Bagi orang Islam, judi tak dapat diterima dan bukan sahaja orang Islam agama lain tak suka juga," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Program Mai...Riuh di Kepala Batas, hari ini.

Timbalan Menteri Kewangan Datuk Chor Chee Heung sebelum ini dilaporkan berkata Kementerian Kewangan telah memberi lesen kepada sebuah syarikat tempatan untuk menjalankan kegiatan pertaruhan bola sepak pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010.

Bagaimanapun, pelbagai pihak mahu kerajaan menarik balik kelulusan itu yang dikhuatiri mengundang gejala negatif di kalangan masyarakat.

Sementara itu, diminta mengulas mengenai cubaan menghidupkan semula kumpulan Al-Arqam, Abdullah berkata perkara itu perlu dibendung.

"Saya harap tak ada orang yang ikut dan percaya dengan kata-kata bekas pengikut kumpulan itu," katanya.

Sebelum ini, terdapat laporan yang menyatakan bekas pengikut kumpulan itu mendakwa pemimpin mereka, Ashaari Muhammad atau Abuya, yang meninggal dunia pada 13 Mei lepas, kononnya cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Lesen Judi Piala Dunia Ada Kemungkinan Dibatal

Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, kerajaan akan meneliti reaksi masyarakat berhubung pemberian semula lesen menjalankan kegiatan pertaruhan pada kejohanan bola sepak Piala Dunia 2010 bulan depan kepada Berjaya Group baru-baru ini.

Menurut Mingguan Malaysia, hari ini, Timbalan Perdana Menteri menjelaskan, walaupun beliau belum dimaklumkan mengenai reaksi masyarakat berhubung perkara itu secara umumnya, kerajaan memberi jaminan akan sentiasa mengambil kira pandangan semua termasuk dari kalangan Islam dan bukan Islam.

''Secara jujurnya saya belum lagi dimaklumkan mengenai situasi tersebut tetapi kita (kerajaan) memang mengambil kira reaksi orang awam, Islam dan bukan Islam.

“Saya percaya kerajaan akan mengambil kira perkara itu (reaksi masyarakat tentang kelulusan lesen judi,” katanya pada sidang akhbar di sini hari ini.

Muhyiddin menjawab soalan pemberita tentang bantahan masyarakat terhadap langkah kerajaan itu seperti laporan sebuah akhbar berbahasa Cina pada 11 Mei lalu.

Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Chor Chee Heung yang tampil menjelaskan mengenai perkara itu memberitahu, lesen tersebut bukan lesen baru yang dikeluarkan kerajaan tetapi diberi semula kepada Berjaya.

Selain itu, Chee Heung berkata, penganjur turut diletakkan syarat supaya tidak mengambil pekerja dan menjual tiket pertaruhan kepada pelanggan yang beragama Islam.

Kelulusan itu ditentang oleh beberapa tokoh sukan tempatan seperti bekas pemain bola sepak kebangsaan, Datuk Abdul Ghani Minhat dan Presiden Persatuan Bola Sepak Terengganu, Datuk Che Mat Jusoh melalui laporan Bernama baru-baru ini.

Selain itu, pakatan pembangkang pula mengecam langkah tersebut dengan Pas bertindak menganjurkan siri demonstrasi bantahan perkara tersebut di beberapa negeri Jumaat lalu.

Belum Tiba Masanya Kerajaan Pas Kedah Jatuh

Khabar angin yang bertiup sebelum ini kononnya kerajaan negeri Kedah bakal tumbang apabila beberapa ADUN Pakatan Rakyat, khususnya daripada PKR akan berpaling tadah, belum menjadi kenyataan.

Pada perhimpunan yang dianjurkan oleh PAS di Kota Sarang Semut pada malam semalam,ternyata keempat-empat ADUN yang dikaitkan akan meninggalkan Pakatan dan diisukan tidak akan muncul pada perjumpaan tersebut, ternyata sangkaan tersebut meleset.

Malah ke empat-empat mereka menyalahkan media massa yang menyebarkan khabar angin itu.

Bagi ADUN Kulim (PKR) Lim Soo Nee, yang didakwa berpotensi paling tinggi akan melompat menceritakan dia dikejutkan dengan panggilan telefon oleh wartawan pada jam 1 pagi semata-mata untuk mengesahkan sama ada dia telah meninggalkan PKR.

“Ini gila, saya telah berkali-kali menjelaskannya tetapi wartawan terus bertanya dan saya tidak akan melayan mereka lagi kerana lagi dilayan mereka jadi lebih bersemangat,” katanya.

“Saya bukan 'katak' tetapi isu ini sudah berlanjutan, kita ada banyak kerja untuk dibuat, jadi tolong jangan telefon saya mengenai perkara itu lagi,” kata Lim sambil menjeling ke arah wartawan yang membuat liputan itu.

Seorang lagi ADUN Pakatan iaitu Lee Guan Aik yang mewakili parti DAP bagi kerusi Kota Darulaman membidas media berhubung spekulasi itu.

“Di media Cina, kita diberi gred - 1, 2 atau 3 – dan ini menunjukkan kebarangkalian atau kemungkinan kita akan melompat atau berpaling tadah, tetapi nasib baik saya hanya diberi Gred 1 sahaja,” katanya dengan sinis.

“ Ini cerita lama kerana Bn tidak lagi berkuasa sejak dua tahun lalu dan mereka tidak tahu bagaimana menjadi pemabngkang, “ kata Lim yang merupakan seorang bekas anggota tentera.

Ketua PKR Kedah, Ahmad Kassim, yang juga berucap sebelum majlis yang dihadiri lebih dua ribu orang itu berakhir pada jam 12 malam berkata kerajaan negeri tidak akan teragak-agak mengambil tindakan undang-undag ke natas mereka yang menyebarkan khabar angin berkenaan.

“Kita telah memberi mereka peluang dan ini amaran terakhir, sesiapa yang sebarkan nama orang yang akan lompat sama ada dengan sms, blog atau apa-apa, kita akan bertindak,” katanya.

Majlis malam itu diakhiri dengan ucapan daripada Menteri Besar, Datuk Azizan Abdul Razak yang menggunakan kiasan 'katak, monyet dan ketam' sehinga menyebakan hadirin gelak besar.

Beliau juga menasihatkan wartwan supaya tidak diperbodohkan dengan dakyah Umno dan berkata “Jika Umno bodoh sebarkan penipuan, adakah anda perlu menjadi bodoh juga?”

Katanya, khabar angin kononnya kerjaan negeri Kedah akan tumbang sengaja disebarkan kerana Umno tidak dapat menerima hakikat kekalahan mereka.

“Dalam sistem demokrasi, ada menang dan ada yang kalah; sejak Merdeka, kita sentiasa kalah tetapi kita bersabar dan bila kita menang, Umno menggunakan pelbagai kaedah yang memalukan dan tidak bertanggungjawab untuk cuba menumbangkan kita,” katanya.

Saturday, May 22, 2010

Semoga ADUN Kerdau Pahang Sihat Seperti Biasa:

ADUN Kerdau Datuk Zaharuddin Abu Kassim, kembali koma di Institut Jantung Negara (IJN) dan keadaannya dilaporkan kembali kritikal.

Ahli Parlimen Kuala Krau, Datuk Ismail Mohamed Said, berkata beliau dimaklumkan perkara terbabit oleh ahli keluarga Zaharuddin, 63, tengahari tadi, lapor beberapa akhbar.

"Anak Zaharuddin memaklumkan mereka diminta datang ke IJN selepas bapa mereka tidak sedar dan berada dalam keadaan koma.

"Doktor juga memaklumkan keadaan jantung dan paru-paru Zaharuddin dalam keadaan lemah," beliau dipetik sebagai berkata kepada Berita Harian.

Zaharuddin dipindahkan ke IJN pada 9 Mei lalu selepas berlaku masalah pada buah pinggang dan jantungnya selepas menjalani pembedahan ulser usus di Hospital Sultan Haji Ahmad Shah (Hoshas), Temerloh.

Beliau dimasukan ke Hoshas pada 3 April lalu setelah mengadu sakit di bahagian perut.

Linangan Air Mata Mahathir itu Bukan Dibuat-buat: Wain Penulis Malaysian Maverick

'Mahathir benar-benar menangis' kerana terkenang bahawa semasa pemerintahannya beliau terlalu menumpukan untuk membangunkan Malaysia sehingga 'terlupa' dengan masalah yang dihadapi masyarat Melayu luar bandar.

Sedangkan, golongan inilah yang didukung oleh Mahathir pada peringkat awal karier politiknya, kata Wain lagi.

Katanya lagi, Mahathir memilih untuk terus membina sokongan kepada minoriti Melayu elit yang telah pun mendapat keuntungan daripada Dasar Ekonomi Baru (DEB).

Walaupun dasar tersebut telah menyimpang daripada matlamat asalnya, Mahathir tidak menumpukan sepenuhnya untuk membuat pembaikan, termasuk di dalam Umno sendiri, katanya.

"Saya rasa dia sebenarnya terlupa (dengan golongan Melayu yang terpinggir)... Tidak ada ruang untuk pekebun kecil Melayu, petani dan nelayan (dalam wawasannya).

"Apabila saya membincangkan tajuk ini dengan (Musa Hitam) -- tapi saya tidak mengulasnya di dalam buku ini -- (Musa) memberitahu saya bahawa dia selalu mengingatkan Mahathir bahawa golongan Melayu yang terpinggir sedang ketinggalan.

"(Tetapi Mahathir) meletakkan wawasannya jauh ke hadapan dan dalam pelan besarnya itu (golongan Melayu luar bandar) tidak termasuk dalam wawasannya," katanya lagi.

Tambahnya lagi, Mahathir juga amat taksub dengan wawasannya sendiri dan begitu kecewa apabila ia gagal dicapai.

Mengimbas kembali drama yang berlangsung ketika Mahathir menangis ketika memberi ucapan terakhir sebagai presiden Umno di perhimpunan parti itu, Wain berkata linangan air mata itu bukanlah dibuat-buat.

"Saya langsung tidak fikir dia berlakon semata-mata. (Mahathir) menangis kerana hatinya benar-benar diruntun emosi," katanya lagi.

Menurut Penulis itu lagi, Tun Dr Mahathir Mohamad dilihat bijak apabila berjaya memenuhi kehendaknya sendiri dan turut mengasingkan kehidupan peribadi dan keluarganya daripada persekitaran politik.

Penulis Barry Wain juga berkata dari sudut ini beliau melihat Mahathir sebenarnya mendukung hukum politik yang berbeza sama sekali daripada persepsi umum terhadap mantan perdana menteri itu.

Wain berkata beliau mendapati Mahathir sebenarnya merupakan seorang yang mementingkan keluarga atau 'family man', berdasarkan temubualnya dengan anggota keluarga negarawan tersebut.

Katanya, anak-anak Mahathir terdidik dengan nilai-nilai penting untuk menjalani kehidupan -- supaya kuat berusaha, berperangai baik dan saling menghormati.

Namun, menurut Wain lagi, Mahathir tidak dapat membuktikan nilai moral yang ditanam itu dengan tindakannya mengheret individu tertentu ke penjara di bawah ISA.

Tun Musa Hitam, seorang seteru politik Mahathir mengungkapkan sisi tersebut dengan jelas, katanya.

"(Dalam kes Mahathir) 'Anda boleh jadi sahabat saya hari ini, tapi pagi esok, anda boleh jadi musuh saya hingga akhir hayat'," kata wartawan veteran itu.

Wain mengakui tersentak apabila mengetahui mengenai keupayaan Mahathir untuk merahsiakan aktiviti politiknya daripada keluarganya sendiri.

Malah, Mahathir juga merahsiakan mengenai sepucuk surat tulisannya, yang keras mengkritik Tunku Abdul Rahman, perdana menteri ketika tragedi 13 Mei 1969 berlangsung.

Isteri Mahathir, Tun Dr Siti Hasmah hanya mengetahui berkenaan surat tersebut selepas ianya diposkan.

"Ketika dia menulis (surat tersebut), mungkin dia menjangkakan Tunku akan memenjarakannya, (jadi) dia tidak (perlu) memberitahu isterinya," kata Wain.

V. MUGILAN Lancar Gerakan Anti-Samy Vellu (GAS)

Timbalan Ketua Pemuda MIC yang dipecat V. Mugilan hari ini telah melancarkan GERAKAN ANTI SAMY VELLU (GAS).

V Mugilan pada PRK Hulu Selangor diisukan sebagai calon pilihan UMNO sehingga pada saat akhir, namanya masih merupakan pilihan untuk PRK itu.

Namun disebabkan Samy Vellu mengancam akan memecat V Mugilan,maka calon kompromi di pilih yaitu Kamalanathan. Sebagai kita ketahui Kamalanthan telah memenangi PRK Hulu Selangor dengan mengalahkan Zaid Ibrahim daripada PKR.

Dalam perkembangan lain Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berharap kemelut yang sedang berlaku dalam MIC, salah sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN) dapat diselesaikan.

Najib, yang juga pengerusi BN, berkata kemelut dalam MIC kini semakin hangat kerana ramai di kalangan pemimpin parti terbesar kaum India itu yang berpendapat perlunya berlaku perubahan dalam kepimpinan tertinggi parti.

"Perkara ini (kemelut kepimpinan MIC) harap dapat diselesaikan oleh MIC," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Aero Mall dan Bandar Lapangan Terbang Senai di Lapangan Terbang Senai pada hari Sabtu.

Beliau berkata apa yang penting adalah MIC sebagai salah sebuah parti komponen BN perlu turut memainkan peranannya untuk meyakinkan rakyat supaya menyokong parti pemerintah.

Perdana Menteri berkata demikian ketika ditanya tentang kemelut yang berlaku dalam MIC ketika ini yang menyaksikan timbalan ketua pemuda MIC, V.Mugilan dipecat berikutan desakannya agar presiden parti Datuk Seri S.Samy Vellu melepaskan jawatannya dengan segera.

Keadaan menjadi semakin hangat dalam MIC apabila dua anggota jawatankuasa pusat parti itu, G. Kumar Aamaan dan K.P Samy turut menyokong kenyataan Mugilan supaya presiden MIC itu melepaskan jawatannya dengan segera.

Perdana Menteri bagaimanapun enggan memberi reaksi balas tentang cadangan Samy Vellu untuk melepaskan jawatannya pada September tahun depan.

"Saya tidak mahu mengulas kerana ini membabitkan urusan dalaman MIC," kata beliau.

Najib turut ditanya mengenai krisis hutang yang menyelubungi Greece dan beberapa negara Eropah, dengan berkata Malaysia memantau perkara itu dengan rapi sekiranya terdapat sebarang kesan terhadap ekonomi negara.

Pada masa ini, katanya, tiada petunjuk bahawa masalah itu akan membawa kepada kesan penularan, seperti krisis kewangan dan perbankan di Amerika Syarikat yang akan mencetuskan krisis global.

Bagaimanapun, Perdana Menteri berkata Malaysia tidak boleh bersikap berpuas hati mengenai perkara itu dan akan memantau perkembangannya dengan rapi.

Bimbang Sangat Soal Lesen Judi Sepakbola: Di Sabah Beratus MESIN SLOT

Tidak payah mengada-ada, katakan 100 mesin slot yang ada di daerah Kota Kinabalu sahaja. Kalau tiap mesin slot makan duit 100k sehari, maka pendapatan pengurus mesin slot sehari adalah 10 juta riggit; sebulan 300 juta, setahun 3.6 bilion sama dengan pendapatan negeri Sabah. Itu hanya di Kota Kinabalu, belum termasuk Sandakan, Tawau dan tempat-tempat lain.

Wang yang dibelanjakan melalui perjudian ini cukup besar. Dalam kiraan di atas belum termasuk wang yang ditelan oleh outlet-outlet ramalan nombor ekor.

Di Sabah mungkin lebih seribu outlet ramalan nombor ekor.

Tidak boleh dinafikan bahawa putaran wang yang melibatkan judi cukup besar.

Apabila kerjaan menambah satu lagi lesen yakni lesen sepakbola sempana piala dunia yang bermula bulan depan, maka dianggarkan putaran wang untuk tujuan judi akan meningkat.

Biasanya kaki judi ini adalah orang-orang yang tidak berduit, ertinya duit mereka hanya cukup-cukup. Disebabkan khyalan mahu dapat duit banyak, maka meraka terus mencuba dan mencuba, mana lah tahu ada nasib mendapat wang berjuta-juta melalui pertaruhan.

Tidak dinafikan memang ada yang tiba-tiba jadi jutawan kerana menang pertaruhan,namun mangsa perjudian ini terlalu ramai.

Jika pun tiada lesen perjudian diberikan kepada sesiapapun atau syarikat, maka perjudian tetap ada, namun perjudian seperti itu akan terhad kepada kalangan tertentu, dimana kegemarannya adalah berjudi. Mereka boleh terbang ke Austrlia, Amerika atau Makau untuk berjudi, namun bagi mereka yang tidak berduit, maka sekurangnya gian berjudi mereka akan terbantut, kerana kemampuan ke tempat lain terhad. Pada gilirannya, secara perlahan gian itu akan hilang begitu sahaja. Namun, jika di merata tempat tersedia berbagai outlet yang menyediakan jualan ramalan atau berjudi, maka unsur cuba-cuba akan berlaku.

Tidak salah jika pihak pembangkang membantah pemberian lesen judi sepakbola kepada Berjaya Group, kerana telah terlalu banyak sudah lesen judi di negara ini.

Friday, May 21, 2010

Disebabkan DAP dan PKR Lemah Maka Pas Sudi Berkerjasama: Nik Aziz

Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat berkata PAS tidak akan bekerjasama dengan Umno kerana parti lawan itu lebih kuat daripadanya.

Nik Abdul Aziz yang juga Menteri Besar Kelantan berkata pengalaman lepas juga mengajar PAS agar tidak mengulangi kesilapan bekerjasama dengan Umno sebelum disingkir daripada kerajaan Barisan Nasional (BN).

"...kita ditendang begitu sahaja apabila kita tidak diperlukan. Pengalaman itu sudah cukup memberi pengajaran kepada kita, kita tidak akan bekerjasama dengan mana-mana parti yang lebih kuat daripada kita," kata Nik Abdul Aziz pada kuliah mingguannya, di sini pada Jumaat.

Nik Abdul Aziz berkata PAS mempertimbangkan faktor kekuatan setara itu berasaskan prinsip 'menang-menang' yang hanya boleh dicapai jika kedudukan kedua-dua parti sama kuat.

"Islam mengajar supaya kita bekerjasama dengan pihak lawan, jika kedudukan kita sama kuat barulah kerjasama itu mencapai matlamat, kalau tidak kita mudah ditindas," katanya.

Beliau juga mempertahankan kerjasama PAS dan DAP yang disifatkannya telah banyak membantu masyarakat Cina memahami Islam dan tidak lagi menganggap masyarakat Islam sebagai golongan ekstremis.

DAP juga katanya menerima Islam sebagai asas perjuangan PAS.

Kalau Percaya DAP Dunia TUNGKUP: Taib Mahmud

Ketua Menteri Sarawak, Tan Sri Abdul Taib Mahmud, meminta rakyat supaya tidak mengambil serius tuduhan DAP kononnya Barisan Nasional (BN) parti mengamalkan rasuah kerana apa yang dikatakan oleh parti pembangkang itu adalah semata-mata pembohongan.

You percaya cakap DAP, dunia boleh tungkup (terbalik)," katanya selepas merasmikan Medan Hamidah di Demak Jaya Jalan Bako di Kuching, hari ini.

Taib, yang menyambut ulang tahun ke-74 hari ini, berkata bahawa di bawah Barisan Nasional demokrasi akan terus berjalan dengan baik di negara ini.

Katanya, beliau mahu melihat rakyat kekal bersatu sekali gus menjadikan Sarawak negeri contoh kepada kehidupan masyarakat berbilang kaum di negara ini.

30 Mei Sodomy II Anwar Akan Diteruskan: Anwar Gagal Tangguhkan

Mahkamah Rayuan Putrajaya hari ini menolak permohonan Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menangguh perbicaraan kes liwat beliau sementara menunggu keputusan rayuan untuk mendapatkan kenyataan saksi utama yang juga pengadu kes berkenaan, Saiful Bukhari Azlan.

Sebelum itu, pagi tadi, Hakim Mahkamah Rayuan, Md Apandi Ali melucutkan dirinya sendiri daripada mendengar rayuan daripada Datuk Seri Anwar Ibrahim berikutan permohonan daripada peguam Karpal Singh.

Mahkamah rayuan sebelum ini dianggotai oleh tiga panel membabitkan hakim - Sulong Matjeraie, Ramly Ali dan Md Apandi.

Karpal membantah kehadiran Md Apandi sebagai seorang daripada anggota panel itu kerana beliau adalah bekas ahli Umno dan terbabit dalam beberapa kes petisyen pilihan raya.

Md Apandi juga adalah bekas bendahari dan juga penasihat undang-undang Umno Kelantan.

Menurut Karpal, permohonan berkenaan dibuat bagi mengelakkan persepsi bahawa keputusan akan berat sebelah terhadap ketua pembangkang itu.

Permohonan itu dikemukakan kepada Presiden Mahkamah Rayuan, Tan Sri Alauddin Md Sheriff di kamarnya.

Selepas berehat, hakim Sulong memberitahu mahkamah bahawa Md Apandi secara suka-rela mengundurkan diri dan tempatnya digantikan oleh hakim Zaharah Ibrahim.

Panel berkenaan adalah bagi mendengar permohonan Anwar supaya pihak pembelaan dibekalkan dengan kenyataan saksi utama Mohd Saiful Bukhari Azlan yang juga pengadu dalam kes liwat berkenaan.

PKR Tetap KUAT Walaupun Wakil Rakyat dan Pemimpinnya Keluar??: Anwar Ibrahim

Anwar memang jaguh memutar belitkan fakta. Walaupun para wakil dan pemimpin parti berkeluaran, pemimpin umum PKR itu masih tetap menganggap bahawa PKR masih kuat dan bertambah kuat.

Anwar menyandarkan anggapannya ini kepada kejayaan DAP menang di P212 Sibu. Anwar beranggapan apabila Sibu berjaya dirampas oleh DAP maka PKR telah kuat, walaupun sebelumnya PKR kalah di Hulu Selangor.

Ini lah kelebihan Anwar dalam segi memutar belitkan fakta, kerana hanya menang di Sibu, maka semua masalah dalaman PKR telah selesai.

Anwar terlupa,bahawa SIBU merupakan isu terpencil, kerana masalah tempatan yang berkorbar-korbar akibat kegagalan mantan wakil rakyat daripada SUPP. Selain itu, isu sabotaj antara para pemimpin SUPP sendiri juga penyumbang kepada faktor kekalahan BN.

SIBU bukan kayu pengukur bangkitnya PKR, lihat sahaja pada PRU-12, walaupun kebanyak kerusi cina di Semenanjung dimenangi pembangkang, namun tidak berlaku di Sarawak, walaupun pada pilihanraya negeri pada 2006, DAP berjaya mendapat 6 kerusi DUN dan PKR 1.

Ada baiknya juga, Anwar menganggap bahawa PKR bertambak kuat walaupun para wakil rakyatnya keluar, kerana BN terpaksa bekerja keras untuk mengimbanginya, jika Anwar menganggap PKR lemah, maka para pemimpin BN akan lengah dan tidak turun Padang, sama seperti yang berlaku di kawasan Parlimen Sibu, di mana semua wakil rakyatnya jarang sekali turun padang kerana merasa sangat selesa.

AYT juga berterima kasih atas tindak tanduk Anwar ini, jika tidak demikian maka sifat arogant dan sombong beberapa pemimpin BN tidak akan pupus atau hilang.

Keputusan PRU-12 menunjukkan bagaimana rakyat menolak bebrapa pemimpin BN yang sangat arogant dan sombong, walaupun masih ramai yang masih ada, atas sebab rakyat belum tega membiarkan UMNO terkapai-kapai.

Kepada para pemimpin BN khususnya UMNO jangan merasa selesa kerana berkeluarannya para pemimpin PKR. Para pemimpin BN perlu mengambil iktibar terhadap keadaan ini. Bagi AYT, walaupun PKR melemah, namun DAP menguat cengamannya terhadap kaum cina, dimana parti komponen BN yang berteraskan kaum cina langsung tidak dapat mengimbanginya.

Sokongan bumiputra dan kaum melayu terhadap BN walaupun masih mengatasi PAS, namun pada kawasan marjinal, dimana kesimbangan kaum adalah setara, BN tidak akan mampu mengatasi gabungan PKR-DAP-PAS.

PRU-13 akan datang adalah pertembungan yang amat sengit antara BN dan Pakatan, kerana kekuatan dari segi kewangan dan jentera adalah seimbang antara 2 parti itu.

BN akan menyandarkan hidup matinya kepada bumiputra dan kaum melayu,manakala Pakatan akan menyandarkan hidup matinya kepada kaum cina.

Kalau Kerajaan Pas Kedah Tumbang Atas Sebab Tidak Cukup Kerusi; Itu Bukan Rampas Kuasa: Safie Afdal

Pengerusi Badan Perhubungan Umno Negeri Kedah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menafikan Umno cuba merampas kembali negeri itu daripada Pas dengan cara menarik anggota dewan undangan negeri di negeri itu untuk melompat parti.

Sekiranya kerajaan Pas Kedah tumbang atas sebab tidak cukup kerusi, itu bukan bermakna rampas kuasa.

Shafie, yang juga Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, berkata Umno Kedah pada masa ini hanya memberikan tumpuan kepada usaha membantu rakyat di negeri itu melalui agensi persekutuan yang sedia ada.

Beliau menolak dakwaan konon adanya dalang daripada Umno yang merancang rampasan kuasa di Kedah.

Terpulang kepada anggota Pakatan Rakyat jika mereka mahu melompat parti," katanya.

Kerajaan PAS Kedah berada dihujung tanduk atas sebab tipisnya kelebihan kerusi ke atas BN dan wakil rakyat bebas.

DUN Kedah pada masa kini terbagi kepada 16 PAS, 3 PKR, 1 DAP, 14 BN dan 2 BEbas.

Esok adalah penentuan samada 3 ADUN PKR akan hadir pada majlis angkat sumpah kesetian anjuran PAS, jika tidak hadir, maka 3 ADUN itu akan dilabel sebagai tidak setia dan ada niat bertukar parti.

Apabila esok ternyata 3 ADUN PKR ini tidak datang ke majlis angkat sumpah kesetian, ada kemungkinan menteri besar Kedah Azizan Razak akan menghadap Sultan Kedah untuk memohon perkenaan membubarkan dewan untuk membolehkan pilihanraya negeri.

Apa kah yang akan berlaku esok, sama-sama kita tunggu.

Thursday, May 20, 2010

Nabi Muhammad SAW Pun Wafat Tak Kan ABUYA Ghaib Pula!

Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, hari ini meminta pengikut dan keluarga Ashaari Muhammad supaya menerima hakikat beliau sudah meninggal dunia dan mematuhi fatwa bahawa gerakan Al-Arqam adalah haram.

"Itu adalah keputusan yang dibuat oleh Majlis Fatwa Kebangsaan yang disokong oleh majlis agama Islam negeri termasuk Jakim (Jabatan Kemajuan Islam Malaysia) yang sudahpun mengharamkan Al-Arqam.

"Sepatutnya, selepas ini tidak timbul sama ada Al-Arqam ini boleh dihidupkan kembali. Kita sebagai orang Islam kena sedar setiap insan akan sampai waktunya dia akan meninggal dunia.

"Itu satu kenyataan...(kepercayaan) kononnya Ashaari (gambar atas) masih hidup bercanggah dengan akidah kita sebagai orang Islam dan kita tidak akan membenarkan ajaran sesat ini dihidupkan kembali," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Kabinet Mengenai Pekerja dan Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) kali ketiga di Putrajaya.

"Kita (kerajaan) akan pantau. Kita akan tengok perkara sebenar kerana kita tidak mahu perkara ini (kegiatan Al-Arqam) berulang," katanya.

Muhyiddin (kanan, berbaju putih) mengulas laporan sebuah akhbar hari ini bahawa pengikut Ashaari Muhammad atau lebih dikenali sebagai Abuya, kembali mencetuskan kontroversi apabila mengadakan konsert khas bagi menggambarkan kononnya bekas pemimpin Al-Arqam itu cuma ghaib dan akan pulang semula dalam masa terdekat.

Konsert itu diadakan empat hari selepas Ashaari, 73, meninggal dunia di Hospital KPJ Ipoh Specialist pada 13 Mei lalu akibat jangkitan paru-paru.

Sementara itu, Hishammuddin memberi jaminan bahawa pihak berkuasa keselamatan akan memantau secara dekat kegiatan pengikut bekas pemimpin Al-Arqam itu dan berharap orang ramai tidak bimbang dengan situasi itu.

Beliau berkata pihak keselamatan akan bekerjasama dengan Majlis Agama Islam negeri-negeri bagi mengawasi kegiatan pertubuhan itu.

"Sesiapa yang mendatangkan risiko kepada keselamatan negara dan membawa ajaran yang akan mengelirukan dan bercanggah dengan ajaran Islam akan diawasi kementerian. Ini adalah tanggungjawab kami.

"Soal menjaga keselamatan di seluruh negara adalah tanggungjawab kami, jika didapati wujud usaha (menghidupkan ajaran Al-Arqam), dengan itu tindakan akan diambil lebih awal dan polis akan membantu agensi yang berkenaan," katanya.

Datuk Ghafur Salleh Mahu DUN Merotai Dikembalikan Kepada UMNO

Umno bahagian Kalabakan mendesak pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) supaya mengembalikan kerusi dewan undangan negeri Sabah kawasan Merotai kepada Umno.

Ketuanya, Datuk Abdul Ghapur Salleh, berkata ini kerana Parti Liberal Demokratik (LDP) Sabah yang mewakili kawasan berkenaan sejak dua penggal lalu gagal membawa sebarang perubahan ke kawasan berkenaan.

"Kita tidak boleh lagi bertolak ansur dalam hal ini. Mana-mana kawasan yang mempunyai majoriti pengundi Melayu dan Islam, ia harus diberi kepada Umno," katanya kepada pemberita selepas mempengerusikan mesyuarat jawatankuasa Umno Bahagian Kalabakan hari ini.

Abdul Ghapur yang juga Ahli Parlimen Kalabakan, berkata keputusan membuat desakan itu dicapai pada mesyuarat hari ini.

Kerusi Merotai kini diwakili Pang Yuk Ming dari LDP, satu daripada parti komponen BN di Sabah.

Abdul Ghapur berkata, kawasan Merotai mempunyai 80 peratus pengundi Melayu/Islam berdaftar dan tidak ada sebab mengapa kawasan berkenaan tidak boleh diberikan semula kepada Umno.

"Sekiranya pucuk pimpinan BN tidak mempedulikan desakan kami, tidak ada jaminan calon BN akan menang pada pilihan raya umum ke-13 nanti," katanya.

Desakan Ghafur itu ada kaitan dengan kritikan pemimpin tertinggi parti LDP terhadap kepimpinan BN Sabah secara terbuka.

Parti LDP terutama Timbalan Presdiennya suka melakukan kenyataan kontraversi dan kenyataan-kenyataannya seolah-olah sebagai parti pembangkang dan dirasakan sebagai parti duri dalam daging dalam BN Sabah

Nak Jumpa Suamipun Terpaksa Guna Keputusan Mahkamah

Mahkamah Tinggi Rayuan Syariah Kota Bharu hari ini membenarkan isteri kedua Sultan Kelantan, Cik Puan Elia Suhana Ahmad, melawat suaminya, Tuanku Ismail Petra, seperti yang ditetapkan Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 Februari lalu.

Panel tiga hakim iaitu Ketua Hakim Syarie Datuk Daud Mohamad, Hakim Tan Sri Nik Hashim Nik Abdul Rahman dan Hakim Wan Hassan Wan Muhamad membenarkan lawatan itu setelah mengadakan semakan terhadap afidavit dan autoriti dari pihak Elia Suhana, 31, dan pihak Raja Perempuan Kelantan, Tengku Anis Tengku Abdul Hamid.

Daud berkata, keputusan penangguhan oleh Mahkamah Tinggi Syariah pada 4 April lalu adalah tidak sepatutnya kerana perintah itu telah dikeluarkan ke atas isteri yang sah.

Pada 4 April lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di sini memutuskan menangguhkan kes permohonan Elia Suhana bagi mendapatkan hak lawatan kekal bagi melawat suaminya ke 13 Jun.

Penangguhan itu disebabkan Mahkamah Tinggi Syariah mahu permohonan itu didengar selepas kes bantahan awal pengesahan lafaz cerai Sultan Kelantan ke atas Elia Suhana diputuskan pada 23 Mei.

Pada 21 Mac lalu, Elia Suhana memfailkan permohonan interlokutori (permohonan dalam permohonan) untuk membatalkan permohonan lafaz cerai Sultan Kelantan terhadap dirinya yang difailkan seorang wanita Nik Rorhana Wan Abdul Rahman, 60, sebelum ini.

Sultan Kelantan didakwa telah menjatuhkan talak ke atas Elia Suhana pada 12 Februari lalu.

Pada 4 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Syariah di Kota Bharu, membenarkan Elia Suhana melawat Sultan Kelantan bagi setiap Sabtu sehingga pagi Isnin setiap minggu.

Bagaimanapun, Elia Suhana mendakwa dihalang oleh ketiga-tiga defendan iaitu Raja Perempuan Kelantan dan dua pengawal peribadinya untuk bertemu suaminya dan pada 21 Februari lalu mahkamah mengarahkan ketiga-tiga defendan hadir untuk tunjuk sebab.

Elia Suhana diwakili peguam Fakhrul Azman Abu Hassan manakala peguam Zainul Rijal Abu Bakar mewakili Raja Perempuan Kelantan.

Wajar DS Najib Membisu Soal Lesen Judi

Kerajaan Malaysia adalah kerajaan berbilang kaum dan agama. Walaupun perdana menteri adalah islam, namun kabinet negara ini dianggotai juga oleh penganut agama lain.

Dalam semua agama judi tidak dibenarkan, namun ada kaum dimana judi adalah salah satu budayanya.

Perjudian telah lama wujud di negara ini, kerana itu bagi menagawalnya, maka lesen-lesen diberikan.

Lesen kasino mislanya, jika tidak diberikan, maka kapal-kapal mewah asing akan berlabuh di perairanan antarabangsa, dan penumpangnya ada lah rakyat negara ini yang kaki judi.

Lesen 4 ekor walaupun dilesenkan, namun masih juga ujud pertaruhan gelap yang berpaksi kepada undian 4-d.

Lesen bolasepak, walaupun dilesenkan kepada kepada anak syarikat Berjaya, adalah dirasakan perjudian secara haram juga akan tetap berlaku. Bagi kaki judi, dan bandar, perjudian bukan berasaskan kepada lesen judi, namun kepada kegemaran semulajadi mereka.

Lesen judi yang diluluskan kerajaan akan memperluas jangkauan permainan ini. Jika dahulu mereka yang berpendapatan rendah, hanya mencuba nasib pada pertaruhan 4 ekor pada setiap hari Ahad, Sabtu dan Rabu, yang dianjurkan oleh Magnum, damacai, toto (semenanjung) 88, Sandakan, toto (Sabah), maka kini mereka akan ikut mencuba nasib melalui ramalan keputusan permainan bolasepak piala dunia.

Seharusnya, isu lesen judi ini perlu dijawab oleh kabinet Najib yang bukan beragama islam, bukannya Najib atau timbalannya atau kabinetnya yang beragama islam.

Dalam perkembangan lain Najib enggan mengulas mengenai bidasan pelbagai pihak termasuk golongan agama berhubug tindakan kerajaan meluluskan lesen judi kepada Ascot Sports, yang dimiliki oleh jutawan Tan Sri Vincent Tan melalui Kumpulan Berjaya.“Kita tidak akan membincangkannya,” kata Najib kepada pemberita selepas majlis itu.

Sejak pengumuman lesen judi itu dua minggu lalu, Najib memilih untuk membisu meskipun boleh dikatakan hampir setiap hari dibidas kerana tindakan berkenaan dikatakan akan membawa lebih masalah kepada Malaysia dan mencemarkan imej Islam negara ini.

Najib juga tidak mahu mengulas dan enggan diheret dalam pertikaman lidah antara pemimpin MCA dan kumpulan kanan Melayu, PERKASA.

22 Mei Bubar Kah DUN Kedah?

Pegawai Khas Menteri Besar Kedah, Hasan Abdul Razak menafikan perkhabaran kononnya Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak akan membubarkan Dewan Undangan Negeri (Dun) pada 22 Mei ini.

Ini ekoran dakwaan kononnya kerajaan negeri semakin kurang mendapat sokongan apabila akan berlaku lagi Adun yang lompat parti.

Katanya, semua khabar angin itu berpunca daripada iri hati musuh Pakatan Rakyat yang tidak senang duduk kerana apa yang dilakukan oleh kepimpinan sekarang menyedarkan rakyat bahawa semasa pemerintahan Barisan Nasional (BN) dulu banyak berlaku penyelewengan, rasuah, penipu dan memperdaya rakyat.

Menurut beliau lagi, kenapa tiba-tiba isu itu timbul sedangkan PAS yang menguasai negeri itu mempunyai 16 kerusi, DAP (1) dan PKR (3) menjadikan semuanya 20 kerusi perlu tunduk kepada BN yang hanya ada 13 kerusi termasuk satu kerusi kosong di Dun Kota Seputeh.

"Buat apa nak bubar Dun kerana kita mempunyai kekuatan 20 kerusi manakala BN 13, beza tujuh kerusi dan dijika dicampur dengan 'katak' ia masih ketara.

“Itu belum ditolak satu kerusi kosong di Kota Seputeh, " jelasnya yang berceramah bersama Ketua Umum dan Setiausaha Agung PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saifudin Nasution Ismail di Kampung Pertama, Permatang Pauh malam semalam.

Katanya, Kerajaan Negeri Kedah bertuah kerana Menteri Besar berjaya meningkatkan tahap ekonomi daripada kuncup semasa era BN.

Tambahnya, anak syarikat kerajaan (GLC) yang dulunya tidak pernah memberikan kerajaan satu sen pun kini berjaya menyumbangkan RM30 juta tahun 2009.

Bukan itu sahaja, katanya malahan hasil balak turut meningkat sebanyak RM3.5 juta berbanding dulu sedangkan kerja-kerja menebang membabitkan keluasan yang sama.

"Dua contoh ini sudah cukup menggambarkan kecerdikan kita memerintah kerana selama ini rakyat ditipu hidup-hidup," terangnya di majlis anjuran PKR Permatang Pauh.

Hubunagn itu, rakyat Kedah diingatkan jangan tertipu dengan dakyah yang dimainkan oleh Umno dan BN kerana mereka tidak selesa menjadi pembangkang dan bermimpi untuk menerajui negeri itu semula pada plihan raya umum ke-13 nanti.

Beliau menambah, bagi menjamin keutuhan kerajaan negeri, semua organisasi parti, Majlis Ketua Kampung (MKK) dan sebagainya perlu memastikan ada perancangan dan melaksanakannya selaras dengan slogan 'Kedah Sejahtera'.

Tidak Mudah Jadi ADUN Kedah: Tidak Datang Ceramah 22 Mei Ini Tanda Tidak Setia

Tindakan PAS Kedah mengerahkan tiga exco PKR dan seorang ADUN DAP - yang dispekulasikan melompat parti - ke majlis ceramah Sabtu ini merupakan sebaik-baik cara bagi menafikan spekulasi itu.

Setiasuaha PAS negeri Senator Muhamad Yusof Husin berkata sekiranya wakil rakyat tersebut tidak tampil memberikan penjelasan, rakyat akan terus bimbang terhadap kesetiaan mereka pada Pakatan Rakyat.

"Masalah ini (lompat parti) boleh diselesaikan secara dalaman (parti). Selagi kita tak buat macam ini (ceramah), keresahan (rakyat) berterusan. Rakyat kata, kenapa kerajaan negeri tak bertindak (mencegahnya)?

"Jadi biar mereka (empat wakil rakyat itu) menjelaskan apa yang didakwa (kepada mereka) pada hari itu, dengan memberi penjelasan dengan penuh ikhlas,"

Muhamad Yusof mengulas desas desus bahawa keempat-empat wakil rakyat itu diminta bersumpah supaya setia bersama Pakatan di hadapan Menteri Besar Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Keempat-empat ADUN tersebut, S Manikumar (Bukit Selambau), Tan Chow Kang (Sidam) dan Lim Soo Nee (Kulim) daripada PKR. Manakala wakil DAP pula Lee Guan Aik (Kota Darulaman).

Mereka sebelum ini dilapor menyatakan sokongan terhadap kepimpinan Azizan, sekali gus telah menafikan khabar angin mahu keluar parti.

Malah, mereka juga dilapor bersetuju untuk hadir ke majlis tersebut bagi menyatakan pendirian mereka di Kompleks PAS negeri di Kota Sarang Semut, pada 22 Mei, jam 9 malam.

Diminta mengulas bagaimana khabar angin itu muncul, Muhamad Yusof berkata beliau tidak tahu menahu berhubung perkara itu.

Berhubung khabar angin Manikumar, Tan, Lim dan Lee diminta bersumpah taat setia di hadapan Azizan, Muhammad Yusof memberikan jawapan yang sama.

Beliau juga berkata, dalam ceramah Ahad ini, PAS sebagai tunjang utama kerajaan Pakatan di Kedah tidak memberikan apa-apa arahan khusus, sebalik hanya diminta menyatakan pendiriannya.

"Kita tidak tahu apa yang ada isi hati mereka. Kita tidak ada beri arahan apa-apa (untuk ucapan) kepada mereka dan parti," katanya.

Tambahnya, dalam majlis yang dijangka dihadiri ribuan penyokong Pakatan itu, Pengerusi PKR Kedah Ahmad Kassim akan turut berucap. Manakala Azizan pula dijadual membuat penggulungan.

Muhamad Yusof itu juga menafikan PAS Kedah 'memaksa' keempat-empat ADUN itu hadir ke majlis tersebut.

"Kita tanya mereka (empat wakil rakyat itu) dulu, bukan kita tak ada hubungan dengan mereka," katanya.

Wednesday, May 19, 2010

Punish All In Sime Darby Fiasco: Tun Mahathir

KUALA LUMPUR, May 19 — Tun Dr Mahathir Mohamad today said action should be taken against all those involved in Sime Darby Berhad’s cost overruns for the Bakun project and not just chief executive Datuk Seri Ahmad Zubir Murshid.

Last Tuesday, Ahmad Zubir was asked by the board to take a leave of absence prior to the expiry of his contract in Nov 26, 2010 after the discovery of RM964 million in cost overruns from four energy and utilities projects, including the Bakun dam project, racked up by the company during his tenure.

“Is it only the CEO who was responsible? Who are the others who were involved with the project and failed to see that the cost overrun was very high and the project has been delayed by almost 3 years.

“I think responsibility should be shared. I was told of this cost overrun and delay three years ago,” the former prime minister wrote in his weblog today.

Sime Darby chairman Tun Musa Hitam said he will resign if necessary following the conglomerate’s huge losses of nearly RM1 billion for this quarter arising from cost overruns in four projects.

“Resignation is no big deal... When I have made my own assessment, if necessary. Yes, I am prepared. Needs to be sacked? Yes. Needs to be suspended? Yes. The whole board or anything,” he said when responding to concerns about the board of directors’ failure in supervision.

However, Musa, who resigned as Dr Mahathir’s deputy in 1986, said he would leave it to the shareholders to decide whether or not members of the board should be made to resign.

Dr Mahathir said the government’s response to the debacle brought up the question whether the government conglomerate had learnt lessons and begun to look at the other major projects it was handling?

“I think the people are entitled to know when a public company loses over a billion ringgit. Proton lost only RM500 million so that is acceptable. Is losing RM1 billion also acceptable?” he asked.

He noted that Zubir has been dismissed as group president and chief executive officer because of cost overrun in the Bakun project amounting to RM900 million although government compensation of RM700 million meant the overruns are bigger.

“So total cost overrun would be almost equal to the bidded (sic) price of RM1.8 billion. The price has been doubled. How come the bid is so low? I would think the engineers would know that they would not be able to build at RM1.8 billion.

“Who are the consultants in Sime Darby? How come they okayed such a low cost for the project?” the country’s longest-serving prime minister asked.

Dr Mahathir pointed out that the Sarawak government had promised the Bakun hydroelectric project would be the biggest power project with the cheapest electricity price. It was planned to produce 2,400MW of power, of which 1000MW was for Sabah and Sarawak.

He said the excess power could be transmitted to the Malay peninsula but required 600 miles of undersea cables, which was unprecedented as the longest cables were just 200 miles, leading the government to look for other solutions.

Dr Mahathir then explained the rationale for bringing an aluminium smelter from Dubai which had agreed to take a 30 per cent stake in the hydro power plant and a major share in a 300,000 tonne aluminium smelter, which paid RM90 million as a 10 per cent deposit and 30 per cent share in the power plant.

“It was a win-win investment for them. When power price goes up they may make less money from the smelter but the profit from power generation would be greater. If the power price goes down they would profit less from power sales but more from smelting,” he said, lamenting that his successor returned the deposit after he stepped down in October 2003.

He said the project was then handed over to Sime Darby with a mainland Chinese partner at bid so low that it astounded even a Malaysian bidder who said it was impossible at that price.

“I could not intervene for fear of being accused of cronyism as I knew the Malaysian contractor very well. In fact he built the first phase of the project, the coffer dam and the spillway and had completed it without cost overrun as far as I am aware.

“Sometimes, and I am not saying this of the contractor for the main project; sometimes very low price would be proposed so as to win the contract. Then as the construction is in progress there would be cost overruns and eventually the total cost would be far higher than the price of the bid.

“The owner of the project would be asked to pay for the new cost,” Dr Mahathir added. Sumber disini

Bung Moktar Adalah Mangsa Keadaan

Ahli Parlimen Kinabatangan, Datuk Bung Moktar Radin dihukum penjara sebulan oleh Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur atas kesalahan berpoligami tanpa kebenaran.

Beliau juga didenda RM1,000 bagi satu lagi kesalahan bernikah tanpa kebenaran dan berhadapan dengan hukuman penjara enam bulan sekiranya gagal menjelaskan denda tersebut.

Isteri keduanya, pelakon Zizie Izette Abd Samad pula didenda RM1,000 bagi setiap dua kesalahan.

Selain itu, ketiga-tiga adik beradik lelaki Zizie juga didenda RM1,000 bagi kesalahan bersubahat.

Dua yang lain, dipercayai rakan Bung Moktar -- Sahari Ahmad dan Titing Putang, didenda RM1,000 bagi satu kesalahan bersubahat bagi kesalahan tersebut.

Semua tertuduh memfailkan permohonan untuk menangguhkan hukuman melalui peguam Amli Embong.

Mahkamah kemudiannya membenarkan permohonan Bung Moktar untuk menangguhkan pelaksanaan hukuman penjara sebulan yang dijatuhkan ke atas dirinya itu.

Bung Moktar yang ditemui pemberita selepas membayar jaminannya bagaimanapun enggan memberi ulasan lanjut berkenaan kes yang diputuskan hari ini.

"Saya pun tidak tahu apa perasaan saya, macam mana saya mahu komen?," katanya sambil tersenyum.

Zizie juga masih mampu mengukir senyuman sambil mengucapkan terima kasih kepada wartawan yang membuat liputan perjalanan kes tersebut.

Peguam Amli Embong berkata beliau akan mengemukakan notis rayuan secepat mungkin bagi hukuman penjara Bung Moktar.

"Kita masih boleh rayu dan kurangkan hukuman tersebut," katanya kepada pemberita di perkarangan mahkamah.

Katanya, hukuman tersebut boleh memberi kesan kepada status Bung Moktar sebagai wakil rakyat.

"Tapi ini hanya kesalahan matrimony. Ia masih boleh dibahaskan, sama ada hukuman seperti ini boleh terikat dengan hukuman kesalahan jenayah di mahkamah sivil," katanya.

Tambahnya lagi, isu sama ada Bung Moktar patut atau tidak patut berpoligami juga tidak timbul kerana pernikahan telahpun berlaku.

"Jadi isu patut atau tidak patut itu tidak lagi timbul," katanya, mengulas wajaran penghakiman bagi kes itu.

LDP Sabah Bagai Duri Dalam Daging?

Transkrip kenyataan Timbalan Presiden LDP-Sabah Datuk Chin Shu Pin belum AYT perolehi, namun berasaskan ulasan Timbalan Perhubungan Umno Negeri Datuk Salleh Said yang dipetik BERNAMA; Timbalan presdien LDP itu menyuarakan pendapatnya, yakni meminta pemimpin pusat agar supaya menghentikan anggapan bahawa Sabah dan Sarawak sebagai Fixed Deposit BN, kerana kononnya 2 negeri tersebut sedang mengalami krisis kepimpinan.

Berpunca daripada kenyataan ini lah Salleh beranggapan bahawa kenyataan itu sepatutnya tidak perlu ujud, kerana Timbalan presiden LDP itu tidak dapat memberikan fakta yang jelas bahawa Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan.

Kalau hanya memeberi komen mengenai isu pertama yakni supaya pusat berhenti beranggapan bahawa Sabah dan Sarawak sebagai simpanan tetap BN , itu wajar kerana kenyataan itu boleh menjadi pendorong kepada semua lapisan pemimpin berkerja keras agar supaya jaminan Sabah dan Sarawak tetap menjadi fixed deposit.

Namun kenyataan, bahawa Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan adalah tidak wajar, kerana Timbalan presiden LDP komponen tertua BN Sabah itu tidak dapat membuktikan dakawaannya tersebut.

Diakui bahawa pada PRU-12, BN Sabah masih dianggotai SAPP- parti serpihan Parti Bersatu Sabah (PBS), namun parti itu keluar kerana termakan muslihat Anwar ibrahim, kononnya Presiden parti itu akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri, jika gerakan 16 September 2008 berjaya.

SAPP walaupun sebagai parti berbilang kaum, namun secara praktikalnya didominasi oleh kaum cina.

LDP juga sebenarnya adalah parti berbilang kaum, namun secara praktikalnya parti itu juga didominasi oleh kaum cina. LDP sekarang ini diterajui oleh wakil rakyat Sandakan yang juga Timbalan menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Liew Vui Kiong.

BN-Sabah sekarang ini hanya bersandar kepada parti MCA dan LDP serta PBS untuk mendapat sokongan kaum cina.

Untuk rekod, sebenarnya parti yang mendapat sokongan kaum cina adalah PBS, walaupun parti itu dipimpin oleh bumiputra Sabah,yakni Datuk Pairin Kitingan. Namun berasas kepada keputusan PRU-12 lalu, sokongan kaum cina telah terbagi dua, yakni sebahagian menyokong DAP atau Pakatan dan sebahagian BN.

Berasaskan kepada perkembangan semasa, kenyataan Timbalan presdien LDP itu ada asasnya, kerana pada masa kini, sokongan kaum cina kepada BN bukan bertambah baik, malah semakin merosot.

Datuk Salleh ada kebenarnya jika merujuk kepada kerusi-kerusi bumiputra, bahawa Sabah dan Sarawak adalah FD BN, kerana jika sekalipun semua kerusi majoriti cina dimenangi pembangkang, kerusi DUN bagi kedua-dua negeri tersebut tetap 2/3 berpihak kepada BN.

Namun apabila Timbalan Presiden LDP itu berkata bahawa BN Sabah dan Sarawak mengalami krisis kepimpinan, itu lah yang menjadi persoalan, kerana komen itu tidak mempunyai asas kokoh, malah mengundang persepsi bahawa secara dalaman BN- ada masalah.

Sebagai rekod, satu masa dulu, Timbalan presdien LDP ini juga membuat kritikan pedas terhadap kepimpinan Musa Aman, semasa Datuk Raymnond Tan, mantan Timbalan Presdien SAPP- yang tidak berparti ketika itu, tetap dipertahankan dalam kabinet negeri sebagai Timbalan Ketua Menteri kuota kaum cina.

Ada lah dirasakan, bahawa Timbalan Presdien LDP ini beraksi bagai duri dalam daging dalam BN Sabah.

Blog Archive