Tuesday, November 30, 2010

Kaum majoriti kena terima LIM Kit Siang Sebagai TPM

Apabila Pakatan menang PRU-13, telah pasti LIM Kit Siang akan dilantik sebvagai Timbalan Perdana Menteri.

Janji itu adalah janji Anwar Ibrahim kepada DAP parti yang dianggotai majoriti kaum cina.

Nampaknya jika Pakatan mampu mengalahkan BN (gabungan 14 parti) pada PRU-13 akan datang,maka sejarah akan tercipta,bahawa kaum bukan majoriti akan menjadi Timbalan Perdana Menteri.

Namun, Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Ahmad Maslan yang juga Ketua Penerangan Umno Pusat,berkata, pembangkang perlu mengalahkan BN terlebih dahulu sebelum berangan-angan besar.

BN kini terutama parti tunggak gabungan itu, UMNO telah berubah sesuai dengan aspirasi rakyat majoriti, parti melayu terbesar itu, telah menyahut denyut nandi rakyat bukan sahaja ahli Umno,namun rakyat secara keseluruhan.

Dalam pperhimpunan agung Umno baru-baru ini, persiden Umno telah menggariskan 7 amalan Umno, antaranya mengutamakan rakyat dalam semua segi, atas sebab; kerana rakyat lah kerajaan boleh dibentuk, seseuai dengan slogan 1Malaysia, rakyat didahulukan dan pencapaian diutamakan.

Berasaskan kepada amalan yang telah digariskan oleh Pengerusi BN itu,maka pihak Pembangkanmg yakni Pakatan, boleh sahaja berkata apa sahaja,termasuk membuat janji kepada kaum cina,bahawa Lim Kit Siang adalah bakal dilantik sebagai Timbalan Perdana Meneteri.

Janji Anwar itu,seolah-olah parti Cina dalam BN seperti MCA,Gerakan, Supp dan LDP tidak mempunyai taring menghadapi DAP atau denganm kata lain, bahawa kaum cina negara ini telah diwakili oleh DAP.

Berdasartkan kepada keadaan ini, maka adalah menjadi cabaran kepada parti cina adalam BN untuk mendapatkan sokongan daripada kaum mereka,kerana jika Anwar boleh menjanjikan LIM Kit Siang boleh menjadi TPM, Dr Chua soi Lek juga mampu menjadi TPM.

Perlantikasn kabinet adalah dibidang kuasa Perdana Menteri,namun apa salahnya mencontohi sistemyang diamalkan oleh kerajaan BN Sabah dan Sarawak,di mana kaum-kaum utama dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri.

BN, dalam menghadapi perubahan, perlu mengambil iktibar pada sistem amalan kerajaan Sabah dan Sarawaak selepas PRU-13 akan datang.

BN belum terlambat, sebelum menghadapi PRU-13, susun lah kabinet yang memberi kepuasan kepada semua kaum. Fikir-fikirkan lah.

Monday, November 29, 2010

Azizah-Azmin pelacur Politik: PERKASA

Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) hari ini melabelkan presiden PKR, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai "pelacur politik" kerana mencadangkan konsep "ketuanan Melayu" wajar ditinggalkan.

Wira PERKASA Arman Azha Abu Hanifah juga berkata Dr Wan Azizah adalah pengkhianat sedangkan beliau dan juga timbalan presiden PKR yang baru dilantik, Azmin Ali adalah hasil yang diwujudkan dari konsep "ketuanan Melayu".

"Dr Azizah dan Azmin adalah hasil yang diwujudkan akibat kejayaan konsep itu yang juga telah banyak membantu orang Melayu,” katanya.

"Mereka seperti kacang lupakan kulit. Mereka ini seperti pelacur politik yang sanggup berbuat apa-apa sahaja demi mendapatkan sokongan orang India dan Cina,” katanya.

Arman juga menggesa Raja-raja Melayu supaya membuang daerah terhadap mana-mana pemimpin Melayu yang menyokong atau mencadangkan konsep ketuanan Melayu digantikan.

Ketuanan Melayu, katanya juga bermakna menjamin kedaulatan Raja-raja Melayu dan kenyataan yang dikeluarkan oleh Wan Azizah menjatuhkan martabat raka-raja.

Arman juga memperbetulkan persepsi bahawa ketuanan Melayu tidak bermakna bangsa-bangsa lain menjadi subjek kepada orang Melayu.

“Apa yang kita mahu ialah supaya kontrak sosial dihormati dan tahu sejarah negara ini,” katanya.

Wan Azizah ketika menyampaikan ucapan dasar presiden dalam Kongres PKR, Sabtu lalu berkata konsep ketuanan Melayu wajib ditinggalkan kerana ia didakwa hanya slogan untuk memperdaya bangsa itu sendiri.

"Ketuanan Melayu adalah slogan yang digunakan oleh sekumpulan kecil elit Melayu yang berkuasa untuk memperdaya orang Melayu yang ramai, demi kepentingan diri sendiri.

"Mereka adalah manusia yang melakukan rasuah, korup, pecah amanah dan pelbagai kebejatan lagi," katanya.
PERKASA - pelacur murahan

Sementara itu, Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Shamsul Iskandar Md Akin membalas bidasan PERKASA itu dengan melabelkan pertubuhan pelampau Melayu itu sebagai 'pelacur murahan' kerana menggadaikan maruah bangsa bersekongkol dengan Umno.

Menurut Shamsul yang dipetik oleh TV Selangor kenyataan PERKASA itu jelas menunjukkan kedangkalan pemikiran mereka.

"Kalau kedua-dua pemimpin PKR ini dilihat mereka sebagai pelacur politik, Saya kira PERKASA juga bakal digelar sebagai pelacur murahan kerana sanggup lacurkan bangsa sendiri demi kepentingan politik mereka.

“Perjuangan PERKASA ini ibarat tong kosong yang tidak mempunyai isi kerana gunakan istilah yang menunjukkan betapa dangkalnya pemikiran mereka bertujuan mencari publisiti murahan," kata Shamsul petang tadi.

Menurutnya, AMK bakal mengadakan beberapa siri 'dialog ilmiah' berbentuk dua hala dan intelektual bertujuan menerangkan hal itu kepada orang ramai khususnya masyarakat muda.

Shamsul yakin rakyat kini cukup matang untuk berfikir tanpa mengira batasan agama dan kaum.

Sunday, November 28, 2010

Akhirnya Wan Azizah bercakap juga!

Setelah agak lama menyepi diri terutama ketika PKR dilanda kekalutan, akhirnya Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail bersuara.

Itu pun agaknya kerana beliau terpaksa berucap merasmikan Kongres PKR semalam. Jika tidak, Wan Azizah akan berusaha mengelak daripada menangani secara terbuka permasalahan serius yang melanda parti itu. Makin ramai pemimpin PKR dan berduyun-duyun ahli bertindak keluar parti kerana sudah hilang kepercayaan.

Sayang sekali, ucapan beliau semalam tidak memberi impak kepada perwakilan. Wan Azizah gagal mengupas kemelut dalam parti itu dan tidak mengambil kesempatan untuk menyuntik keyakinan baru kepada para perwakilan.

Ini mungkin disebabkan beliau kurang berpengalaman dalam menangani krisis. Lagipun orang yang paling berkuasa dalam PKR bukan beliau tetapi suaminya, Datuk Seri Anwar Ibrahim. Awang percaya tangan dan minda Wan Azizah cukup terikat kerana terpaksa mengikut rentak Anwar dan Azmin Ali. Inilah yang akhirnya menjadikan beliau, presiden parti yang paling lemah.

Rasanya tiada parti politik di dunia, yang presidennya menjadi pak turut semata-mata.

Realitinya, ahli-ahli hanya melihat Wan Azizah dengan imej seorang isteri dan bukan sebagai pemimpin. Persoalannya di mana prinsip beliau, jika tidak pun sebagai pemimpin, setidak-tidaknya sebagai seorang insan yang mempunyai amanah?

Dalam ucapannya, beliau antara lain menyebut tentang perlunya bangsa Melayu dan umat Islam tidak diperdayakan menerusi konsep tertentu. Apabila bercakap tentang diperdaya, sedarkah Wan Azizah, ramai ahli PKR merasakan mereka menjadi mangsa muslihat Anwar demi kepentingan peribadi. Isu moral Anwar, dalam diam makin terbongkar satu demi satu.

Tindakannya yang dilihat menggadai kepentingan bangsa selain ghairah mendapatkan campur tangan asing untuk menyelamatkan diri, membuatkan lebih ramai meluat. Begitu juga dengan strateginya menangguh-nangguhkan kes liwat di mahkamah, menampakkan beliau terdesak.

Siapa yang sebenarnya memperdaya siapa? Malah sudah menjadi bahan perbualan hangat bahawa Wan Azizah dikatakan turut sama bersubahat. Menurut mereka, Wan Azizah tahu apa yang berlaku dan apa sebenarnya masalah Anwar. Ramai ahli dalam PKR sedih kerana beliau tidak berani mendokong kebenaran hanya kerana mahu mempertahankan suami, yang berdepan dengan isu moral, integriti dan hipokrasi.

Antara lain dalam ucapannya, Wan Azizah berkata, dalam tradisi bangsa, Melayu amat menyedari kepentingan menjaga maruah diri supaya dipandang tinggi oleh orang lain.

Lalu Awang, merenung sejenak sambil bertanya, kepada siapakah sepatutnya ingatan itu ditujukan. Kuman di seberang laut nampak tetapi gajah di depan buat-buat tidak nampak.

Sebaliknya, lebih mengejutkan Wan Azizah menyatakan Anwar adalah pilihan tuhan untuk memimpin Malaysia dan tiada siapa boleh saingi kehebatannya. Awang geleng kepala. Jika itu yang Wan Azizah percaya atau mungkin terpaksa tuturkan atas arahan sesiapa jua, bersedialah untuk menerima hakikat. Biar sehebat manapun percaturan, Anwar juga boleh jatuh kerana ketentuan Allah. Apabila tiba saat itu nanti, janganlah pula menyalahkan pihak lain atau menuduh adanya konspirasi. Puncanya adalah nafsu termasuk untuk berkuasa atas apa cara sekalipun. Nafsu yang gagal diurus akhirnya makan tuan.

Persidangan PKR jelas agungkan Anwar

Persiden PKR Wan Azizah Wan Ismail yang juga isteri kepada Penasihat umum PKR Anwar Ibrahim telah dengan jelas mengatakan bahawa Tuhan melahirkan suaminya itu sebagai pemimpin.

Melihat kepada pengakuan itu, telah terang dan nyata bahawa parti PKR adalah parti pemujaan kepada seorang pemimpin.

 Anwar mendapat kritikan pedas daripada sebahagian pemimpin dan akar umbi semasa pemilihan PKR baru-baru ini yang telah nyata dan terang Anwar Ibrahim telah mengambil peranan dalam proses pemilihan dengan berkempen untuk "blue boy"nya Azmin Ali.

Seorang calon Timbalan Persiden Zaid Ibrahim terpaksa menarik dari daripada pertandingan itu dan seterusnya keluar daripada parti kerana amalan penyelewengan dan penipuan dalam proses pengundian.

Walaupun Anwar gagal mengawal parti dengan melihat begitu ramainya pemimpin parti itu termasuk wakil-wakil rakyatnya keluar beramai-ramai, namun Wan Azizah tetap memberi pujaan kepada SUAMI itu sebagai pemimpin yang dikirim TUHAN!.

Kini, lengkap lah parti itu sebagai parti Anwar sendirian Berhad Plus, yakni parti 3A dan Nurul. Walaupun pucuk pimpinan parti memuji Anwar, namun sambutan para perwakilan kurang memberansangkan, apabila ramai perwakilan mrngatakan bahawa perjuangan PKR kini bertambah lesu dan kurang bermaya. Malah MISI mereka untuk menawan PUTRAJAYA semakin jauh.

Malah ada perwakilan mula meragui kepimpinan Anwar dan sambil mengatakan bahawa disebabkan Anwarlah wujud 3Force dalam pembangkang.

Adalah dirasakan, parti yang ditubuhkan berasaskan dendam dan untuk mencapai cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri tidak akan kemana-mana, walaupun pada PRU-12 parti itu memberi sengatan kepada BN.

Kini, rakyat telah tahu belang PKR itu sendiri melalui pemilihan parti baru-baru ini, bahawa penipuan sebenarnya ada pada parti mereka sendiri, bukannya pada pihak-pihak lain seperti tuduhan mertekla selama ini.

Friday, November 26, 2010

Parti kecil seperti PKR perlu BUBAR: Tun Mahathir

Sudah sampai masanya penyokong dan anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) menyertai Umno kerana terbukti PKR hanya diwujudkan untuk kepentingan individu tertentu dan bukannya memperjuangkan kepentingan rakyat.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, parti itu perlu dibubarkan dengan segera kerana kewujudannya hanya memecah belahkan orang Melayu dan umat Islam di negara ini.

"Sesiapa sahaja yang bertanggungjawab memecah belahkan umat Islam perlu ditolak sama sekali daripada membiarkannya menjadi pemimpin sehingga membawa kepada pergolakan sesama umat Islam itu sendiri.

"Umat Islam harus bersatu dalam parti yang besar (Umno) yang selama ini banyak memainkan peranan dengan membangunkan negara dan membela kebajikan rakyat.

"Takkan kita hendak pemimpin yang tidak tahu berbakti tetapi hanya tahu hendak menjadi Perdana Menteri. Sehubungan itu saya menyeru kepada penyokongnya (PKR) agar bertaubatlah dan kembali ke pangkal jalan seperti kata pepatah Melayu," katanya.

Dengan pembubaran PKR, Dr Mahathir berkata orang Melayu serta umat Islam diyakini akan kembali bersatu teguh dalam sebuah parti yang selama ini banyak memperjuangkan nasib dan kebajikan mereka.

Katanya, selagi orang Islam tidak bersatu dan belum ada kesedaran untuk bangkit memperbaiki kelemahan selagi itulah penganut agama lain akan terus memandang rendah dan memandang hina kepada mereka.

Ia terbukti dengan nasib yang menimpa umat Islam di Afghanistan dan Iraq yang kini tertindas oleh negara barat gara-gara percakaran dan perpecahan sesama umat Islam di negara tersebut.

"Tidak pernah ada parti besar nak masuk parti kecil, parti kecillah yang masuk parti besar yang ada sokongan ahli dewan," tambahnya.

Tuesday, November 23, 2010

Bumbung Dewan Rakyat bocor lagi-Sayang komen Samy Vellu tak relevan lagi

Kakitangan Parlimen sibuk mengesat titisan air
Rata-rata Ahli Parlimen dan petugas media hari ini terkejut apabila bumbung bangunan parlimen bocor lagi.

Kebocoran kali ini berlaku di bahagian bumbung kafetaria Ahli Parlimen yang terletak bersebelahan dewan rakyat.

Kebocoran disedari seawal jam 2.50 petang ketika sidang Dewan Rakyat baharu sahaja bermula kira-kira 20 minit selepas berhenti rehat.

Air mengalir keluar dari bumbung sehingga sebahagian kafetaria ditutup.

Hujan lebat mula turun kira-kira jam 1 petang, namun begitu punca sebenar kebocoran belum dikenalpasti.

Kebocoran membabitkan bagunan di Parlimen pernah dua kali berlaku iaitu pada Mei 2008 akibat kebocoran saluran air di laluan ruang legar Dewan Rakyat.

Insiden yang hampir sama pernah beberapa kali berlaku iaitu pada April 2010, Mei 2008 dan April 2005.

Bangunan Parlimen mula diubahsuai pada awal tahun 2004 dengan kos RM80 juta melibatkan kerja-kerja mengubah suai Dewan Rakyat, Dewan Negara, lobi serta dilengkapkan dengan pelbagai kemudahan termasuk teknologi maklumat.

Kerja-kerja ubah suai masih dilakukan terutama di dalam Dewan Negara dan beberapa bahagian lain di tingkat bawah bangunan Parlimen.

Pada 28 April 2005, masalah kebocoran bumbung di Parlimen ketika sidang Dewan Rakyat berlaku disebabkan kesilapan teknikal yang kecil iaitu penutup kabel elektrik (cable trunking) pada bahagian bumbung Dewan Rakyat menghalang pengaliran air hujan.

Ekoran itu, air hujan yang terhalang telah mengalir melalui bahagian 'kanvas PVC' yang digunakan dalam pemasangan penyedut asap yang terkopak dan kemudian terus masuk ke dalam dewan.

Sodomy II: Kali ke-2 Anwar mahu Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah digugurkan

Dalam tindakan mengejutkan, Datuk Seri Anwar Ibrahim kini mahu hakim yang mendengar kes liwat keduanya digugurkan ekoran keputusan semalam menafikan beliau akses kepada nota-nota klinikal disediakan tiga doktor Kuala Lumpur (HKL). Ini lah kali ke-2 Anwar meminta Hakim itu digugurkan.

Hakim Datuk Mohd Zabidin Mohd Diah semalam memutuskan pasukan pembela telah gagal mengemukakan sebab mengapa mahkamah harus membenarkan Anwar akses kepada nota-nota klinikal.

Peguam utama Anwar, Karpal Singh hari ini mendakwa bahawa keputusan hakim telah tersalah tafsir satu keputusan Mahkamah Agung pada 1993 bahawa mahkamah-mahkamah tertakuluk kepada keputusan di mana saksi mesti disediakan dengan kesemua data yang dijadikan asas maklumat.

“Bukti lisan oleh saksi (hanyalah) makluman. Sebarang pandangan tanpa dinyatakan sebab tiada nilai,” kata Karpal.

Justeru, Karpal memita Mohd Zabidin agar memfokus pada Seksyen 45 Akta Keterangan bahawa bukti mesti dikemukakan untuk menyokong keterangan seseorang saksi.

“Saya minta yang arif agar mempertimbangkan Seksyen 45... saya menjangkakan apabila saksi ketiga disoal, dia akan diprogramkan seperti saksi yang ketiga,” kata Karpal.

Hakim bagaimanapun berkata Seksyen 45 hanya untuk ‘dapat diterima” pandangan, tidak lebih daripada itu.

Dengan itu, beliau menolak perminataan Karpal agar prosiding ditangguhkan bagi mereka memfailkan permohonan.

Permohonan itu akan difailkan pagi esok.

Ini bukan kali pertama Anwar berusaha untuk menggugurkan hakim daripada mendengar kesnya.

Semalam, Mahkamah Tinggi menafikan Anwar untuk akses pada nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL ketika membuat pemeriksaan terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Mohd Zabidin menolak permohonan Anwar untuk satu perintah bagi memaksa pihak pendakwaan membekalkan nota klinikal yang diambil oleh tiga pakar HKL itu semasa memeriksa Saiful selama tiga jam di hospital tersebut pada malam 28 Jun 2008.

Pihak pembelaan memohon untuk nota itu selepas pakar bedah am Dr Mohd Razali Ibrahim merujuk kepada mereka semasa testimoni beliau, di mana pihak pembelaan memikirkan bahawa nota itu jika dikeluarkan berkemungkinan bercanggah dengan keterangan lisan Dr Razali.

Dr Razali adalah saksi pendakwaan kedua pada perbicaraan Anwar, yang didakwa meliwat bekas pembantunya Saiful di Unit 11-5-1, Desa Damansara Condominium, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara pukul 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Dalam penghakiman beliau, Mohd Zabidin memutuskan bahawa pihak pembelaan gagal memenuhi keperluan perundangan yang diperlukan untuk mahkamah berkenaan memerintahkan pihak pendakwaan membekalkannya dengan nota doktor itu.

Katanya beliau berpandangan bahawa nota itu untuk tujuan sokongan atau mengingatkan kembali ingatan saksi dan ia adalah bagi pendakwaan untuk memutuskan sama ada mereka mahu menggunakannya atau tidak.

Beliau berkata tidak ada sesiapa pun, termasuk mahkamah boleh mendesak pihak pendakwaan untuk menggunakan nota itu untuk menyokong testimoni lisan Dr Razali, jika pendakwaan tidak mahu berbbuat demikian.

“Jika pendakwaan memilih tidak menggunakannya, bukan pembelaan dan mahkamah boleh memaksa mereka (pendakwaan) untuk berbuat demikian atau untuk membekalkannya kepada pembelaan,” kata beliau.

Mohd Zabidin juga menolak permohonan Anwar untuk menghapuskan laporan penuh perubatan bertarikh 13 Julai 2008, yang disertakan dengan nombor makmal laporan kimia.

Pihak pembelaan mahu menghapuskan laporan penuh itu atas alasan nombor makmal laporan tosikologi Saiful tidak dinyatakan dalam laporan penuh tersebut. Juga, laporan tosikologi belum diserahkan kepada pihak pembelaan.

Mohd Zabidin dalam keputusannya berkata laporan tosikologi kini distapel bersama dengan laporan kimia dan ia tidak pernah ditanda sebagai barang bukti.

Beliau berkata pendirian pihak pendakwaan adalah mereka tidak pernah bercadang untuk mengemukakannya sebagai barang bukti dan sebab itulah ia tidak pernah diserahkan kepada pihak pembelaan.

Ahli PKR pun minta keadilan-Bagaimana parti itu berlaku adil pada RAKYAT?

Cuba bayangkan ahli atau pemimpin Parti Keadilan Rakyat (PKR) pun minta keadilan daripada parti pimpinan Anwar itu, tidak dapat dibayangkan bagaimana parti itu berlaku adil kepada rakyat umum.

Telah ramai ahli dan pemimpin parti telah meninggalkan parti termasuk juga wakil-wakil rakyat, samada diperingkat dewan undangan negeri mahupun parlimen, kerana dakwaan yang sama, mereka hilang kepercayaan kepada pucuk pimpinan parti, kerana ketidak adilan.

Babak baru dalam PKR apabila Zaid Ibrahim, penyelaras Parti itu bagi Wilayah Persekutuan keluar parti kerana perkara yang sama, yakni pucuk pimpinan terutama Anwar bersifat pilih kasih dan tidak adil.

Terkini adalah pendedahan calon AMK Badrul Hisham Saharin Ketua Cabang Rembau dan ahli MPP mendakwa bahawa Anwar sangat terlibat semasa proses pemilihan MPP parti yang berjalan selama sebulan. Anwar menggunakan kuasanya untuk memberi arahan-arahan untuk mengundi calon-calon yang disukainya seperti Azmin Ali, dan sudah tentu anaknya Nurul Izzah.

Badrul mendakwa bahawa Anwar telah campurtangan dengan seruis semasa pemilihan itu. Ini yang menjadi kebimbangan para ahli PKR, di peringkat kepimpinanpun sudah tidak adil, bagaimana pula parti itu berlaku adil kepada rakyat jelata?

Sebagai contoh adalah laporan yang disediakan oleh calon ketua Pemuda PKR (AMK) Badrul Hisham Shaharin bertarikh 18 November, dalam laporan itu Ketua PKR cabang Kota Marudu - disebut sebagai "Dr Jurin" - melaporkan bahawa Anwar 'mengarahkannya' memberikan sokongan dan menolak calon tertentu.

Menurut laporan kepada Presiden Datuk Seri Wan Azizah Ismail itu, Anwar menghubungi sendiri Dr Jurin bagi tujuan itu.

"Di cabang tersebut juga proses pengundian telah mengambil sukarelawan JPP (Jawatankuaswa Pemilihan Pusat) dari AJK (ahli jawatankuasa) cabang yang jelas memihak dan 'mengarahkan' undi ketika proses berlansung," laporan sepuluh perkara itu dipetik.

Dalam laporan itu, Badrul yang lebih dikenali sebagai Chegubard juga mendakwa, terdapat "usaha jahat" menggunakan laman sosial dan SMS untuk memfitnahnya dan "teman-teman".

Anggota Majlis Pimpinan Pusat (MPP) PKR itu mendakwa, bekas ketua AMK Pulau Pinang Amizuddin Ahmat sendiri mendapat mendapat panggilan telefon dari "seorang yang dikenali orang Shamsul" yang menuduhnya membeli undi dengan harga RM30 satu undi di Sabah dan Sarawak.

Difahamkan, Badrul Hisham tewas kepada penyandang kerusi ketua AMK Shamsul Iskandar Md Akin dalam pemilihan sayap itu yang berakhir semalam.Keputusan rasmi pemilihan akan diumumkan dalam kongresnya hujung minggu ini.

Sementara itu, perkara lain yang diadukan kepada Wan Azizah antaranya:

* Berlaku penolakan anggota JPP yang dicadangkan secara tidak munasabah, sebaliknya menerima anggota jawatankuasa itu yang "tua dan terketar-ketar" serta "buta IT".

* Berlaku pertukaran pencalonan seperti di Tampin apabila pengkalan data parti meletakkan nama Shamsul Iskandar sedangkan menurutnya cabang itu sahih mencalonkannya (Badrul Hisham).

* Jumlah undi melebihi daripada jumlah keluar mengundi yang dicatat pada buku daftar mengundi. Perkara itu didakwa berlaku di beberapa tempat, antaranya Kubang Pasu yang mana kehadiran anggota didakwa sekitar 70 orang tetapi kertas undi pula hampir 200 di dalam kotak.

* Jumlah kehadiran pengundi meragukan di beberapa tempat. Laporan itu mendakwa, berdasarkan makluman anggota setempat, di Sandakan dan Libaran, paling tinggi kehadiran hanya sekitar 200 orang tetapi jumlah pengundi sehingga 900 orang.

* Terdapat keputusan undi "yang pelik" dalam laman web parti yang tidak konsisten. Laporan itu mendakwa ada jumlah undi yang "berubah ditengah-tengah minggu".

* Di cabang Beluran, ketua AMK cabang itu melaporkan pusat pengundian ditutup awal setengah jam, menyebabkan terdapat anggota AMK gagal mengundi.

Sementara itu, Badrul Hisham yang juga ketua PKR Rembau turut meminta pemilihan di tempatnya sendiri dibatalkan dan dibuat semula kerana dakwaan wujudnya pengundi hanti.

"Satu penyiasatan terbuka perlu diadakan segera mengenai kepincangan yang berlaku," tulis Badrul Hisham di bahagian akhir laporan empat mukasurat itu.

"Saya masih berpegang teguh dengan disiplin parti menggunakan seluruh saluran dalaman parti. Namun saya semakin diasak ke dinding. Saya selaku anggota Parti Keadilan Rakyat mohon keadilan."

Monday, November 22, 2010

Sodomy II: Air mani boleh bertahan dalam dubur selama 72 jam: Dr Razali Ismail

Saksi kedua pendakwaan dalam perbicaraan kes liwat melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini berkata, air mani boleh berada di dalam dubur seseorang selama tiga hari.

Dr Razali Ismail, saksi kedua pendakwaan berkata demikian ketika disoal balas oleh Peguam Cara Negara II Datuk Mohd Yusof Zainal Abidin petang ini.

Pakar bedah am Hospital Kuala Lumpur itu ditanya berhubung pemeriksaan yang dilakukannya ke atas dubur Mohd Saiful Bukhari Azlan yang mendakwa diliwat oleh Anwar.

Dr Razali berkata, berdasarkan bacaannya, air mani boleh berada di dalam rongga itu selama 72 jam.

Disoal lanjut, Dr Razali (foto, kanan) berkata beliau tidak tahu siapakah yang melakukan perbuatan itu (meliwat) tetapi beliau hanya mengetahui bahawa individu tersebut adalah seorang tokoh ternama.

Terdahulu ketika ditanya oleh peguam Anwar, Sankara Nair, Dr Razali berkata beliau membuat pemeriksaan ke atas dubur Mohd Saiful pada jam 10 malam, 28 Jun 2008 – 56 jam selepas saksi utama itu didakwa diliwat.

Ketika disoal oleh seorang lagi peguam Anwar, Karpal Singh, pakar bedah itu mempertahankan bahawa rektum Mohd Saiful kosong dan tidak mengandungi najis walaupun saksi utama itu mendakwa tidak membuang air besar selama tiga hari.

Mahkamah pada petang ini turut mendengar pemeriksaan balas ke atas pakar patologi HKL Dr Siew Sheue Feng, saksi ketiga pendakwaan sebelum perbicaraan ditangguhkan pada kira-kira jam 4 petang ini.

Semakin ramai ahli PKR desak Anwar-Azmin berundur

Lebih 600 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) semalam mengadakan demonstrasi di depan Pejabat Parti itu mendakwa Penasihat parti itu, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden, Azmin Ali tidak telus dalam pemilihan ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) parti.

Mereka yang tidak berpuas hati dengan tindakan kedua-dua pemimpin itu berhimpun di hadapan ibu pejabat PKR itu mulai pukul 4.30 petang semalam.

Salah seorang daripada mereka iaitu bekas Bendahari PKR Selangor, S. Kottapan turut menggesa Anwar dan Azmin supaya meletakkan jawatan kerana tidak mampu lagi memimpin parti.

Malah, mereka turut mengumumkan akan keluar parti sekiranya tiada sebarang tindakan dilakukan untuk menyelesaikan segala permasalahan yang berlaku di dalam parti ketika ini.

Menurut Kottapan, kesemua ahli PKR yang menyertai perhimpunan itu sudah hilang kepercayaan terhadap kewibawaan Anwar sebagai pemimpin dan mendesak agar beliau membubarkan parti.

Katanya, ramai ahli menyuarakan rasa tidak puas hati mengenai kepimpinan beliau dan menyifatkan pemilihan parti sebagai proses yang tidak telus namun luahan hati mereka langsung tidak dipedulikan.

"Kita sudah hantar surat bantahan berkali-kali meminta agar proses pemilihan pimpinan parti dibatalkan dan dijalankan dengan telus serta saksama, bagaimanapun tiada langsung reaksi positif dari mereka.

"Dia (Anwar) sepatutnya bertindak bijak menyelesaikan segala kekusutan yang berlaku dalam parti namun sebaliknya, hanya berdiam diri," katanya kepada pemberita selepas perhimpunan selama hampir dua jam itu.

Turut menyertai demonstrasi itu ialah bekas Timbalan Setiausaha Agung PKR, P.S Jenapala.

Sepanjang perhimpunan itu, kelihatan beberapa kain rentang bertulis Urus 400,000 ahli dahulu sebelum urus 26 juta rakyat Malaysia, Selesaikan dulu kes liwat sebelum bicara soal ketelusan pemilihan parti serta Keadilan yang tidak adil dibawa oleh ahli yang rata-rata datang dari seluruh Selangor.

Selain itu, terdapat juga kain rentang yang bertulis, Anwar dan Azmin pemimpin yang paling kotor, cakap tak serupa bikin, pilihan parti yang paling kotor, penipu pembohong dan pengkhianat.

Tambah Kottapan, Anwar sekadar menjaga kepentingan kroninya semata-mata sehingga lupa untuk melihat kebajikan ahli yang lain.

"Jika betul Anwar seorang pemimpin yang adil, dia sepatutnya mengambil tindakan terhadap Azmin berhubung penyelewengan yang berlaku.

"Sudah jelas wujud penipuan dalam proses pengundian tetapi mengapa perlu pemilihan pimpinan itu diteruskan," katanya.

Beliau juga menyifatkan pengerusi PKR, Datin Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai boneka yang hanya akan terus membisu dan terus membisu.

Jenapala ketika ditemui pula berkata, semua pemimpin dalam PKR hanya mementingkan diri sendiri dan menganggap ahli sebagai alat untuk pancing undi.

"Masing-masing mengejar nama dan jawatan tetapi tidak seorang pun yang turun padang untuk melihat dan membela nasib rakyat.

"Rakyat dibiarkan begitu sahaja tanpa diberi bantuan malah kebajikan mereka tidak langsung diberi perhatian," katanya lagi.

Beliau juga mengulangi pendiriannya untuk mengemukakan bukti di mahkamah sekiranya diminta berhubung penipuan dalam pemilihan MPP yang sedang berlangsung ketika ini.

Menurutnya, pemilihan itu seolah-olah sudah dirancang kerana daripada 60 ahli yang hadir untuk memilih ahli MPP, tetapi dikatakan 100 pungutan undi sudah diperolehi.

Tiada hujah munasabah pihak pembelaan dapatkan nota-nota bukti- Hakim Zainal Abidin

Karpal memohon Hakim Zainal Abidin Mohd Diah menangguhkan Sodomy II ke jam 12:30 tengah hari kerana peguam Anwar itu terpaksa menghadiri sidang Dewan Rakyat.

Sebelumnya Karpal berhujah tidak dapat menerima keputusan Hakim yang tidak membenarkan pihak pembelaan mendapatkan nota-nota bukti.

Hakim membuat keputusan, bahawa nota-nota bukti boleh diberikan jika pihak pendakwaan membenarkan. Memang kata Hakim, bahawa bukti-bukti perlu diberikan kepada pihak pembelaan, namun ianya tergantung kepada bentuk pertuduhan. Pertuduhan terhadap Anwar, tidak memungkinkan pihak udang-undang memberikan nota-nota bukti, jika pihak pendakwaan tidak membenarkannya.

Selain itu kata hakim, pihak pembelaan gagal memberi hujah yang munasabah untuk mendapatkan nota-nota bukti daripada pihak pedakwaan..

Lambangpun belum didaftar! Bagaimana Pakatan guna satu lambang?

Ketua Pengarah Pendaftar Pertubuhan Malaysia (ROS) Datuk Md Alias Kalil berkata, pihaknya belum menerima permohonan PKR-DAP-PAS untuk mendaftarkan lambang Pakatan Rakyat.

“Sebenarnya, parti (Pakatan Rakyat) itu pun belum diluluskan lagi,” kata beliau dipetik Bernama hari ini.

Pakatan Rakyat dibentuk membabitkan ketiga-tiga parti itu selepas pilihan raya umum ke-12 Mac 2008.

Pakatan Rakyat akan mengadakan konvensyen keduanya di Pulau Pinang bulan depan.

Laporan sebelum ini menyebut permohonan untuk mendaftar Pakatan Rakyat telah dipanjangkan kepada pejabat pendaftar pertubuhan.

Dalam pada itu, Naib Presiden Umno, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata hasrat pakatan Parti Keadilan Rakyat (PKR)-DAP-PAS untuk bertanding menggunakan satu lambang menjelang pilihan raya negeri Sarawak hanya satu alat untuk mengaburi rakyat akan perjuangan mereka yang sudah tidak sehaluan.

Beliau berkata PKR-DAP-PAS yang tidak mempunyai persefahaman dan mahu menggunakan satu lambang dalam pilihan raya negeri akan datang merupakan sesuatu yang melucukan.

“Apabila dalam parti sendiri, kerusi dan meja sudah melayang tetapi bercadang pula untuk menggunakan satu lambang (pada pilihan raya akan datang), ia merupakan kosmetik.

“Di negeri-negeri yang mereka memerintah, janji tidak ditunaikan sehingga rakyat marah manakala wakil-wakil rakyat pun keluar daripada parti. Jadi, apa yang nak dibincangkan pasal bertanding di bawah satu lambang?” katanya kepada pemberita di ibu negeri Sarawak itu semalam.

Terdahulu, Hishammuddin menyempurnakan majlis penutup Hari Bertemu Pelanggan Kementerian Dalam Negeri di Tebingan Boyan-Gersik-Sourabaya (BGS).

Mengenai penubuhan parti-parti baru di negeri Sarawak menjelang setiap kali pilihan raya negeri, Hishammuddin berkata beliau belum menerima laporan dari ROS berhubung perkara itu.

“Yang menjadi tanda tanya ialah kenapa parti-parti baru hanya ingin didaftarkan ketika menjelang pilihan raya. Kita tidak mahu memperjuangkan mereka yang mengambil tindakan hanya mengikut musim. ROS pun faham permainan pihak-pihak tertentu,” katanya.

Pada majlis itu, Hishammuddin turut menyampaikan permit penerbitan serta lesen mesin cetak kepada tujuh syarikat di Sarawak.

Beliau mengingatkan setiap pemilik permit penerbitan dan lesen mesin cetak agar sentiasa mematuhi syarat-syarat Lesen dan Permit, Garis Panduan Penerbitan dan Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984.

“Kementerian akan memantau supaya setiap pemilik permit dan lesen sentiasa mematuhi syarat-syarat demi menjaga keselamatan dan ketenteraman awam,” katanya.

Hishammuddin turut menyampaikan sijil dan geran bernilai RM20,000 kepada 10 pertubuhan cemerlang sebagai mengiktiraf sumbangan pertubuhan cemerlang dalam usaha memperbaiki taraf hidup, kebajikan, pendidikan, keagamaan dan kebudayaan.

Sunday, November 21, 2010

Beberapa MP PKR akan keluar parti: Zulkifli Noordin

Parti Keadilan Rakyat (PKR) bakal kehilangan sokongan golongan liberal dalam parti itu apabila bekas calon Timbalan Presiden parti terbabit, Datuk Zaid Ibrahim mengambil keputusan keluar parti.

Ahli Parlimen Kulim-Bandar Baharu, Zulkifli Noordin, berkata sokongan golongan itu dalam PKR disebabkan kehadiran Zaid dan bukannya kepemimpinan Penasihat parti, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Golongan liberal yang sebelum ini menyokong kepemimpinan PKR mula mempersoalkan Anwar. Misalnya penulis blog Raja Petra Kamaruddin, kini lantang mengkritik kepemimpinan PKR.

“Pengunduran Zaid juga membuktikan PKR kini menuju kepada pengakhiran, momentum yang ada pada Zaid kini akan menyebabkan PKR kehilangan ahli parti jika Zaid tubuh parti baru,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Semalam akhbar melaporkan Zaid yang juga bekas Pengerusi PKR Wilayah Persekutuan mengumumkan akan meninggalkan secara rasmi parti itu 16 Disember nanti dan akan menubuhkan parti baru sebelum pilihan raya umum akan datang.

Mengulas perkara itu, Zulkifli yang juga bekas wakil rakyat PKR berkata, beliau yakin ada beberapa wakil rakyat PKR akan meninggalkan parti itu kerana kecewa dengan krisis kepemimpinan dalam parti berkenaan.

“Ada yang berkomunikasi dengan saya menyatakan kekecewaan mereka dan ingin keluar PKR. Jumlahnya boleh memberi kesan kepada parti itu, cuma saya tidak pasti mereka akan keluar sebagai wakil rakyat Bebas atau menyertai Barisan Nasional (BN),” katanya.

Sementara itu penganalisis politik, Prof Madya Dr Sivamurugan Pandian, berkata penyokong PKR harus akui bahawa wujud krisis dan hilang kepercayaan terhadap kepemimpinan dalam parti berkenaan.

“Parti yang sebelum ini melaungkan demokrasi kini memberi gambaran sebenarnya kepada ahli dan penyokong. Pengundi perlu lihat adakah ini parti alternatif kepada mereka,” katanya.

Katanya, kemelut yang melanda PKR itu juga harus membuka mata PAS dan DAP untuk bergerak secara bersendirian, kerana kesannya juga terpalit kepada mereka jika terus bersama PKR dalam pakatan pembangkang.

Transformasi BN menyimpul mati langkah Pembangkang

Pakatan Rakyat (PR) terpaksa bercakap bahawa transformasi BN merupakan langkah terdesak dan mahu menutup kelemahan yang wujud di kalangan komponennya. Pemimpin PR,meyifatkan langkah yang diambil BN itu semata-mata mahu menutup kelemahan parti komponen dan mengaburi rakyat tentang jumlah sokongan terhadap BN.

Sebenarnya langkah BN itu adalah langkah penyimpul mati langkah pembangkang.

Semalam BN telah membuka kepada keahlian terus tanpa melalui Komponen parti gabungan 14 parti itu. Ia pindaan paling besar sejak BN ditubuhkan awal 1970-an bagi menggantikan Perikatan dengan lebih banyak keanggotaan.

Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata, langkah terbaru BN itu jelas menunjukkan BN kini berhadapan dengan krisis besar terutamanya di kalangan parti komponen.

“Saya menganggap itu tanda BN sudah mempunyai kelemahan yang teruk dan untuk tampung kelemahan itu mereka terpaksa buat begitu.

“Kelemahan itu berpunca daripada parti komponen BN, semua orang pun tahu krisis yang dialami dalam BN. Sebab itu, BN terpaksa mengambil langkah ini,” kata wakil Rakyat Marang itu.

“Bagi saya langkah yang diambil BN itu tidak akan beri kesan pun kepada Pakatan Rakyat.

“BN terpaksa buat macam itu sebab nak atasi kelemahan parti komponen, itu sahaja,” katanya.

Semalam Pengerusi BN Datuk Seri Najib Razak berkata, Dewan Tertinggi meluluskan langkah menerima anggota-anggota langsung, sistem yang mirip diguna pakai oleh Perikatan awal 1970-an.

Selain itu, BN juga akan menubuhkan kelab Rakan Muda BN bagi menarik penyokong berusia antara 18 dan 21 tahun.

Najib yang juga menjelaskan keputusan bersejarah itu memperlihatkan usaha BN menjadi parti yang inklusif dan terbuka kepada semua yang berkongsi pada konsep, prinsip dan dasar perjuangan parti pemerintah berkenaan dan selesa dan serasi jika menjadi anggota bersekutu.

“Mereka yang ingin menyertai BN boleh mohon secara terus menjadi anggota bersekutu. Bagaimanapun Dewan Tertinggi BN akan tentukan hak-hak dan keistimwewaan mereka yang menjadi ahli (anggota) bersekutu.

“Anggota bersekutu tidak mempunyai hak yang sama seperti mana anggota pada parti komponen tetapi kita ingin memperlihatkan BN sebagai parti yang inklusif dan bersikap pintu terbuka,” katanya.

Beliau berkata Dewan Tertinggi BN turut memutuskan bahawa keanggotaan bergabung boleh dipohon secara terus yang bererti mana-mana pertubuhan politik, persatuan, pertubuhan bukan kerajaan boleh memohon menjadi anggota.

Dalam pada itu, Naib Presiden PKR Mustaffa Kamil Ayub berkata, langkah BN meluluskan pindaan untuk menerima anggota-anggota langsung dengan serta-merta jelas menunjukkan ikatan parti komponen BN semakin longgar.

“Dari segi gambaran politik ia memang nak tutup kelemahan yang ada dalam BN kerana sekrang kita lihat ikatan parti komponen BN semakin longgar.

“Oleh yang demikian langkah ini diambil untuk mengaburi rakyat dari jumlah sokongan kepada BN.

“Justeru saya melihat langkah ini adalah satu perubahan teknikal sahaja dalam konteks untuk membawa NGO kepada BN dengan lebih rapat lagi,” katanya.

Beliau berkata, hanya NGO yang selama ini rapat dan bergantung kepada bantuan yang diberkan BN yang akan menyertainya.

“Kalau kita lihat selama ini pun NGO sentiasa dapat bantuan daripada kerajaan dan langkah ini membolehkan NGO yang condong kepada BN akan lebih rapat lagi.

“Ini juga langkah percubaan BN untuk tambah sokongan NGO yang ada tapi saya percaya NGO lebih cenderung untuk mempunyai pendirian tersendiri dalam politik,” katanya lagi.

Setiausaha Publisiti DAP Tony Pua berkata, langkah ini semata-mata mendapatkan semula sokongan rakyat yang kini dilihat lebih cenderung kepada Pakatan Rakyat berbanding BN.

“Itu hanya satu langkah kosmetik yang diambil BN kerana melihat rakyat sudah tidak mempunyai keyakinan kepada parti komponen.

“Ini kerana kalau ada keyakinan BN tidak perlu buat macam ini, bagi saya ini hanya langkah kosmetik sahaja.

“Langkah ini juga tidak akan membawa apa-apa kebaikan kepada BN dan ia hanya publisiti untuk menunjukkan BN mahu berubah,” katanya.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu juga berkata, langkah terbaru BN itu juga semata-mata mahu memulihkan sokongan pengundi dalam pilihan raya akan datang dan ia langsung tidak akan memberikan kesan kepada Pakatan Rakyat.

“Ia juga adalah salah satu langkah BN bagi menghadapi pilihan raya, BN terpaksa buat macam ini sebab nak melindungi kelemahan parti komponen sebab rakyat tiada keyakinan kepada parti komponen.

“Kesan kepada Pakatan Rakyat? Pada saya langkah yang diambil BN ini tidak beri apa-apa kesan pun kepada kita.

“Yang sokong BN akan tetap sokong BN, langkah itu tidak akan menarik ahli PR begitu juga pengundi atas pagar,” katanya.

Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dilancar

SHAH ALAM: Biro Aduan Peneroka Kebangsaan (BAPAK) dilancarkan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Ahmad Maslan, sebentar tadi bagi memudahkan 1.5 juta peneroka FELDA menyalur aduan secara terus dan telus.

Berikutan itu, 317 sukarelawan dilantik menjadi wakil penghubung di antara Gabungan Wawasan Generasi FELDA (GWGF) dan masyarakat FELDA dengan misi 'masalah anda masalah kami'.

Majlis tersebut adalah anjuran Gabungan Wawasan Generasi Felda(GWGF) sebuah NGO bertempat di Hotel Blue Wave, Shah Alam. Pengerusi GWGF adalah Tan Sri Rozali Ismail (anak peneroka Gedangsa) turut hadir pada Majlis tersebut Director General FELDA Dato Dzulkifli Wahab serta 700 generasi baru Felda.

BAPAK akan dibiayai sepenuhnya oleh GWGF dan penubuhannya telah mendapat restu Perdana Menteri selaku menteri yang bertanggungjawab terhadap FELDA.

Kertas undi Pemilihan terakhir MPP PKR Bocor

Pada jam 8.21 pagi Ahad,Agendadaily menerima menerusi email gambar-gambar apa yang didakwa kertas undi untuk pemilihan jawatan-jawatan utama kepimpinan PKR hari ini yakni hari akhir.

Ia berwarna pink dan ada nombor siri.Bunyi cerita macam kertas undi sudah bocor sebelum pemilihan dijadual bermula jam 10 pagi.

Antara cabang yang mengundi hari ini ialah ,Gombak,Ampang,Selayang,Kuala Selangor, Pandan dan Hulu Langat.Lain-lain ialah di Johor,Sabah dan Sarawak.

Pemilihan PKR kebelakangan ini didakwa diselubungi oleh berbagai kepincangan.

Walaupun berbagai rungutan terdengar di sana sini termasuk desakan oleh bekas calon Timbalan Presiden, Datuk Zaid Ibrahim dan Naib Presiden PKR sendiri Mustafa Kamil Ayub agar ia ditangguhkan namun pucuk pimpinan PKR tidak mempedulikannya.- 9.25 pagi - 21/11/2010

Pembantu Indonesia di Arab Saudi diseksa-Tapi Rakyat Indonesia tenang-tenang aja-Cuba kalau di berlaku di Malaysia?

Penyiksaan yang luarbiasa. Bibir digunting. (saksikan perbezaan gambar asal Sumiati sebelum dan sesudah).

Majikan Arab Saudi terlalu ganas terhadap pembantu Indonesia, namun rakyat Indonesia tenang-tenang saja, bayangkan jika kejadian itu berlaku di Malaysia, pasti gerombolan Merah Putih akan mengamuk di kedutaan Malaysia bersama bambu runcing dan najis.

Bibir Sumiati dipukul dan digunting dan dibentuk seperti U yang mempunyai terowong. Bukan sahaja gigi gugur, tetapi bentuk rupa Sumiati telah berubah.

Sumiati adalah pembantu Indonesia yang berkerja dengan seorang janda beranak satu di Madinah-Arab Saudi sejak 18 Julai 2010.

Kisah Sumiati sebaik sahaja menginjak kaki di rumah majikannya Handphone terus diambil agar supaya Sumiati tidak boleh berhubung dengan sesiapa.Selama empat bulan bekerja dengan majikan, Sumiati yang masih berusia 23 tahun kerap dipukul baik dengan benda keras maupun benda tumpul.

"(Sumiati cerita) sejak masuk bekerja, dia mulai disiksa majikannya. Bahkan, Sumiati dilarang, diancam kalau bicara sama orang lain. Bahkan, dia enggak berani jawab meski teman sekampungnya tanya, ada apa," ujar paman Sumiati, Zulkarnain, saat dihubungi dan tengah mendampingi Sumiati di RS Kings Fahd Madinah, Minggu (20/11/2010)..

Amanat Anwar: Rupanya hanya menguntuk ZAID dan Utusan Malaysia

Amanat penting Datuk Seri Anwar Ibrahim yang dinanti-nantikan penyokong PKR beberapa minggu sebelum kongres PKR minggu depan nampaknya berkisar hanya mengutuk bekas calon timbalan presidennya Datuk Zaid Ibrahim.

Memberitahu enggan mengulas mengenai tindakan Zaid yang mahu meninggalkan PKR 16 Disember depan, Anwar bagaimanapun ketika menyampaikan ucapannya di hadapan 1,500 hadirin di Shah Alam berkata:

"Kenapa saya perlu cakap tentang Zaid? Ini bukan tugas saya. Tugas saya untuk mengukuhkan parti," kata ketua pembangkang dan ketua umum PKR itu.

Bagaimanapun, Anwar berkata tidak akan sesekali "bertolak ansur" dengan mana-mana pihak yang memburukkan perjuangan lebih sedekad PKR dan "mengejek" pemimpinnya.

"Sesetengah orang berkata saya tidak neutral, menuduh saya memihak, tetapi biar saya beritahu sekarang, pilih siapa sahaja, tapi bukan orang yang mengkritik kita menggunakan media milik Umno," katanya.

Dalam perjumpaan itu, Azmin melemparkan kata-kita nista kepada Zaid sebagai ORANG JAHAT, sementara Syed Husin yang tidak mempertahan jaatan Timbalan Persiden mengatakan Zaid adalah SAMPAH.

Saturday, November 20, 2010

Anwar ditempelak penulis Amerika

Pemimpin umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak boleh menyamakan diri dia dengan pejuang demokrasi Burma Aung San Suu Kyi, kata seorang penulis laman web berhaluan kanan Amerika.

Rachel Motte, yang menulis dalam New Ledger, sebuah penerbitan laman web Amerika yang menyiarkan pendapat berhaluan tengah-kanan, berkata persamaan itu tidak wujud kerana kes peribadi yang dihadapi Anwar berbeza dengan yang dihadapi Suu Kyi.

Tambahan lagi, kata penulis itu, landskap politik Malaysia jauh bezanya dengan yang terdapat di Burma.

"Jika ada manusia yang menderita kerana memperjuangkan demokrasi, maka Suu Kyilah orangnya... bukan Anwar Ibrahim, kerana beliau diberi peluang menghadapi perbicaraan, dibenarkan mendapat khidmat kumpulan peguam, diberi akses kepada media tempatan dan antarabangsa, dibenar bergiat dalam parti politik pimpinannya dan diberi kebebasan untuk bergerak ke seluruh dunia.

"Anwar bukan Aung San Suu Kyi. Sebenarnya, tindakan beliau sebagai pengasas bersama sebuah badan yang memperjuangkan Persaudaraan Islam Sejagat menunjukkan beliau jauh berbeza dengan Suu Kyi, yang telah banyak berkorban untuk memperjuangkan demokrasi," tulis Motte.

Penulis berkenaan mendakwa Anwar menggunakan pembebasan Suu Kyi baru-baru ini untuk menarik perhatian ramai kepada masalah politiknya ketika beliau berucap tentang keadilan sosial dan demokrasi di Sydney, Australia awal minggu ini.

Nyawa remaja hilang ditangan polis-Kes terpencil lagi ke?

Polis didakwa menembak mati dua remaja — menggunakan alasan merompak sebuah stesen minyak di Shah Alam Sabtu lalu dan ia menimbulkan banyak keraguan, kata peguam keluarga mereka N. Surendran hari ini.

Mohd Shamil Hafiz Shapiei, 15, Hairul Nizam Tuah, 20, dan Mohd Hanafi Omar, 22, dilaporkan ditembak mati oleh polis selepas kejadian mengejar awal pagi 13 November lalu di Glenmarie.

Sambil melahirkan kesangsian dengan kematian mereka, beliau menggambarkan ia sebagai tindakan membunuh seseorang cara “bumi kumpulan geng.”

“Kami sudah mengumpulkan cukup bukti,” kata peguam ini yang mewakili keluarga Shamil dan Hairul pada sidang media di ibu pejabat polis Petaling Jaya hari ini.

Kata beliau, kejadian terbaru ini menunjukkan pentingnya satu suruhanjaya diraja siasatan dibentuk ekoran kejadian menembak mati remaja berusia 14 tahun Aminulrasyid Amzah di Shah Alam pada 26 April lalu.

Kes mahkamah membabitkan anggota polis yang terlibat dalam kejadian Aminulrasyid sedang berlangsung di mahkamah.

“Tiada budak yang (nampaknya) selamat di jalan-jalan kita. Mana-mana budak yang keluar awal lagi terdedah kepada kejadian ditembak oleh polis,” kata Surendran.

“Kita memerlukan suruhanjaya diraja (siasatan),” kata beliau. Pada awal pagi Sabtu lalu, tiga orang yang dilabelkan sebagai penjenayah, dipercayai anggota “Geng Minyak”, ditembak mati oleh polis di Jalan Kerjaya, Glenmarie.

Sementera itu Timbalan Ketua Polis Selangor Datuk A. Thaiveegan berkata ketiga-tiga lelaki itu yang baru sahaja selesai merompak sebuah stesen minyak di Jalan U1/1 kira-kira 4.15 pagi bertembung dengan sepasukan polis yang sedang melakukan rondaan mencegah jenayah di kawasan itu.

Katanya, mereka cuba melarikan diri dengan sebuah kenderaan sebelum terbabas di bahu kiri jalan kira-kira dua kilometer dari stesen minyak yang disamun.

“Ketiga-tiga suspek yang bersenjatakan parang kemudian keluar dan cuba menyerang polis menyebabkan anggota saya tiada pilihan selain melepaskan beberapa das tembakan menyebabkan kesemua mereka tersungkur di tempat kejadian,” katanya.

Thaiveegan berkata kesemua suspek terbabit dipercayai berasal dari Cheras, Selangor dan dalam tempoh sebulan lepas, geng itu disyaki terbabit dalam kejadian samun stesen minyak di Monteres dan Bukit Subang, di sini dan terbaru di Glenmarie.

Katanya, seorang daripada suspek itu berumur 20 tahun, seorang lagi remaja lelaki bawah umur berusia 16 tahun manakala seorang lagi tiada pengenalan diri ditemui padanya.

Kesemua mayat itu kemudian dihantar ke Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang untuk bedah siasat.

Bagaimanapun Surendran menolak dakwaan itu dengan menyifatkannya sebagai pembohongan. “Ini pembohongan oleh pihak polis,” kata peguam hak asasi manusia.

Kata beliau, berdasarkan penemuan keluarga pada badan mangsa, Shamil, Hairul dan Hanafi masing-masing mempunyai dua kesan tembakan iaitu di kepala dan dada.

Kata beliau, kesemua tembakan dilepaskan pada bahagian kepala dan dada manakala peluru-peluru pula keluar rendah.

“Ia menunjukkan bahawa tembakan dilepaskan dari jarak dekat, yang mana ia tidak konsisten (dengan dakwaan polis) bahawa tembakan dilepaskan untuk mempertahankan diri,” kata beliau.

Malah kata beliau, trajektori peluru pada badan Hairul juga menunjukkan penembak mangsa itu melepaskan peluru dari kedudukan yang tinggi.

“Ini menunjukkan bahawa mangsa-mangsa melutut. Badan Hairul juga mempunyai tanda hitam di bahagian mata,” kata Surendran.

“Tembakan Shamil adalah terus pada dahinya dan (peluru) itu keluar,” kata beliau. Surendran menambah, keluarga mangsa akan mendapatkan pandangan patologi forensik berhubung kejadian itu.

“Kami akan mendapatkan temu janji dengan patologi forensik Hospital Tengku Ampuan Rahimah di Klang,” kata beliau lagi.

Selain itu katanya, keluarga Shamil dan Hairul juga mendesak agar anggota-anggota polis yang terlibat dalam kematian mangsa digantung dan dikenakan tuduhan membunuh.

“Ini satu pembunuhan oleh polis,” kata Surendran yang turut memberitahu bahawa mereka mahukan permohonan maaf daripada polis yang menyifatkan mereka sebagai penjenayah.

Kedua-dua keluara itu membuat laporan polis di ibu pejabat polis daerah Petaling Jaya hari ini. “Esok adalah hari jadi Shamil,” kata ibunya, Nor Hafizah Mad Razali dengan menitiskan air mata.

Dalam laporan polis, ahli perniagaan berusia 36 tahun itu berkata anaknya tiada sebarang rekod jenayah dan tidak tahu memandu kereta.

“Anak saya seorang budak yang baik, yang menghadiri kelas agama,” katanya. Dalam pada itu,

Ahli Parlimen Subang R. Sivarasa menggesa agar diadakan siasatan bebas berhubung kematian mangsa dan mahu anggota polis berkenaan didakwa.

“Kami akan meminta kerajaan menubuhkan satu siasatan diraja siasatan. Saya akan membawa perkara ini ke Parlimen,” kata Naib Presiden PKR ini.

Anwar sudah hilang aura

Kira-kira 100 anggota Parti Keadilan Rakyat (PKR) mengadakan protes dan berhimpun di Dataran Shah Alam di sini pada Jumaat meminta Penasihat parti itu Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Naib Presiden Mohamed Azmin Ali supaya keluar daripada parti tersebut.

Protes itu diadakan bermula pukul 8 malam sempena perhimpunan "Rapat Umum Keadilan Selangor bersama Anwar Ibrahim" yang diadakan di Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) di sini yang turut dihadiri oleh kedua-dua pemimpin terbabit.

Ketua Bahagian PKR Kota Raja K.S Kottapan yang mengetuai protes itu berkata perhimpunan berkenaan juga diadakan ekoran kegagalan kepimpinan tertinggi PKR menangani aduan membabitkan pemilihan parti oleh beberapa calon kepimpinan di peringkat cabang di Selangor.

"Hari ini kita adakan demonstrasi di hadapan bangunan MBSA adalah untuk memberitahu pemimpin PKR bahawa kita membantah pemilihan di peringkat cabang hingga ke Majlis Pimpinan Pusat (MPP).

"Kita turun ramai-ramai dari semua cabang untuk protes bahawa pemilihan kali ini dijalankan dengan begitu kotor," katanya kepada pemberita.

Ditanya sama ada beliau akan membuat aduan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung perkara itu, Kottapan berkata beliau tidak akan berbuat demikian kerana ia membabitkan hal dalaman parti.

‘Angkat kaki’ kerana Anwar — Zulkiflee Bakar

Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang ditubuhkan pada tahun 1999 dengan hasrat kononnya untuk menegakkan keadilan dan memperjuangkan nasib rakyat kini menghadapi situasi politik yang tidak menentu.

Walaupun parti itu yang diketuai oleh Penasihatnya, Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan didampingi oleh isterinya, Datin Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail serta disokong oleh insan kesayangan Anwar, Azmin Ali dan anak Anwar, Nurul Izzah baru sahaja menyelesaikan pemilihan tetapi ia boleh dianggap sekadar pemilihan semata-mata.

Tiada apa-apa signifikannya kerana semua orang tahu bagaimana pemilihan berlangsung di peringkat cabang-cabang, yang pasti semua orang Anwar menang.

Bagi mereka yang ikhlas berjuang untuk memperkasakan PKR yang dilihat sudah lari daripada matlamat perjuangan asal, mereka terpaksa angkat kaki. Mereka tidak mahu hanya menjadi perkakas politik kepada Anwar bagi mencapai cita-citanya ke Putrajaya.

Kalau pun mereka berhasrat melakukan perubahan apatah lagi menentang orang kesayangan Anwar seperti Azmin maka mereka perlu bersedia menerima akibatnya.

Demokrasi dan kebebasan yang dilaung-laungkan hanyalah hipokrit Anwar dan konco-konconya, berikutan itu maka seorang demi seorang meninggalkan parti tersebut.

Terbaru yang berbuat demikian atas nama prinsip ialah bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Zaid Ibrahim. Puncanya, beliau muak dengan masalah dalaman PKR.

Langkah Zaid akan menambahkan lagi senarai panjang mereka yang meninggalkan parti itu atas nama kebenaran.

Malah lebih menarik Zaid bukanlah sebarangan pemimpin, ia terbukti apabila tidak sampai beberapa bulan menyertai PKR, beliau telah dipilih bertanding sebagai calon parti itu dalam Pilihan Raya Kecil Parlimen Hulu Selangor.

Hakikatnya, sejak tahun 2007, PKR tidak pernah sunyi daripada tindakan pemimpin-pemimpinnya meninggalkan parti itu.

Antara yang paling awal berbuat demikian ialah Dr Chandra Muzaffar yang memegang jawatan Timbalan Presiden. Kemudian ia diikuti pula dengan orang-orang yang dianggap rapat dan sanggup mati demi Anwar.

Ia termasuklah, kawan baik Anwar, Datuk S. Nallakaruppan, bekas Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) Ezam Mohd Noor, Setiausaha Sulit Anwar, Anuar Shaari, Ketua PKR Negeri Sembilan, Ruslan Kassim, Setiausaha AMK, SD Mohamad Johari Yassin.

Pemimpin-pemimpin wanita juga tidak ketinggalan mengucapkan selamat tinggal kepada PKR dan Anwar, mereka yang agak terkenal ialah Nell On (Ketua Wanita PKR), Marina Yusuff (Naib Presiden Parti Keadilan), Roshanita Mohd Basir (Timbalan Ketua Wanita PKR Bagan Serai), Datin Saidatul Badru Said Keruak (Naib Presiden PKR), Aminah Abdullah (bekas Ketua Wanita PKR Pulau Pinang) dan beberapa orang lagi di peringkat bahagian.

PKR juga turut menerima tamparan hebat apabila mulai tahun lalu seorang demi seorang wakil rakyat “angkat kaki”.

Bermula dengan peletakan jawatan V. Arumugan sebagai Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bukit Selambau, ia diikuti oleh Mohd Radzi Salleh (Lunas), Jamaluddin Mohd Radzi (Behrang), Kapten (B) Mohd Osman Jailu (Changkat Jering), Tan Wei Shu (Bakar Arang), Badrul Hisham Abdullah (Pelabuhan Klang).

Biarpun pelbagai tuduhan dilemparkan oleh PKR terhadap tindakan wakil-wakil rakyat berkenaan namun ia belum mampu menghentikan fenomena meninggalkan parti.

Bagi mereka yang berprinsip dan melihat PKR penuh dengan kepincangan, kepalsuan serta pembohongan, mereka tidak mahu terus bersekongkol dengan Anwar dan konco-konconya.

Justeru wujudlah tindakan keluar parti oleh beberapa ahli Parlimen PKR. Mereka ialah Ahli Parlimen Bayan Baru, Datuk Seri Zahrain Mohd.Hashim, Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu), Tan Tee Beng (Nibong Tebal) dan Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai).

Jika mahu disenaraikan satu persatu siapa yang sudah mengucapkan selamat tinggal kepada PKR ia sememangnya ramai. Tetapi apa yang jelas ia belum juga menginsafkan Anwar dan pemimpin-pemimpin PKR lain.

Sebaliknya, mereka dengan dibantu oleh pemimpin-pemimpin DAP dan PAS terus melemparkan pelbagai tuduhan kepada pemimpin yang meninggalkan PKR.

Paling hebat apabila Anwar mengatakan ahli Parlimen yang keluar dibayar berjuta-juta ringgit tetapi sampai ke hari ini tiada satu pun bukti diketengahkan.

Pembohongan, memutar belit fakta dan memperalatkan siapa juga demi kepentingan politik yang menjadi agenda Anwar apabila beliau memimpin PKR selepas keluar dari penjara telah menimbulkan perasaan muak di kalangan pemimpin dan ahli parti itu.

Tetapi Anwar, Dr Wan Azizah, Azmin dan Nurul Izzah tidak mahu mengakuinya. Malahan Anwar lebih suka meneruskan “hobinya” memburuk-burukkan Malaysia di luar negara.

Anwar tahu bahawa tiada sesiapa pun dalam PKR termasuklah Dr Wan Azizah yang menjadi Presiden, tidak akan berani menegur cara berpolitik yang beliau amalkan.

Namun apa yang jelas perjuangan politik PKR kini semakin kelam-kabut dan tiada hala tuju, malahan PKR yang diterajui Anwar sekarang tidak lagi dilihat berjuang untuk rakyat, sebaliknya lebih kepada politik merebut kekuasaan semata-mata.

''Sebagai sebuah parti, hala tuju PKR sudah jauh terpesong daripada asas-asas penubuhannya. Ia sudah menjadi parti anak beranak dan kroni Anwar sahaja,'' kata seorang penganalisis politik terkenal di sebuah universiti tempatan.

Menurut beliau, ramai rakan lama Anwar sudah mula tinggalkan Penasihat PKR itu kerana tidak sanggup bersubahat dengan penyelewengan dalam perjuangan yang Anwar bawa sekarang.

Kita tidak hairan jika selepas ini ramai lagi yang akan meninggalkan PKR kerana tidak semua di dalam parti itu yang rela diperbodoh atau menjadi “pak turut” kepada cara berpolitik Anwar.

PKR hakikatnya semakin kehilangan pengaruh di kalangan rakyat. Selain daripada masalah dalaman yang semakin meruncing, tindakan parti itu terutamanya Anwar yang tidak menunaikan janji ketika pilihan raya umum lalu turut akan menghancurkan perjalanan politik PKR.

Mungkin Anwar dan pemimpin-pemimpin yang masih kekal di dalam PKR boleh berhujah apa sahaja mengenai situasi parti itu.

Tetapi apa yang jelas segala keburukan PKR semakin terdedah dan ia bukannya dilakukan oleh mainan politik sesiapa tetapi oleh pemimpin-pemimpin PKR sendiri.

Dalam situasi ini juga, maka tidak keterlaluan jika kita bertanya kepada PAS, kapal siapakah sebenar yang hendak karam?

Ia kerana sebelum ini parti itu menolak kerjasama dengan Umno dengan mengibaratkan Umno seperti kapal yang mahu karam tetapi ketika parti terbesar Melayu itu semakin pulih daripada kejutan Pilihan Raya Umum 2008, PKR pula yang terumbang-ambing dan paling malang ia mungkin akan menyeret PAS bersama-sama. — Utusan Malaysia

Apa motif pembunuhan Peguam G Balasundram?

Pembunuh di negara ini tidak memilih mangsa. Siapa sahaja yang dipikirkan perlu dibunuh maka perlu dibunuh. Undang-undang negara tidak mereka perlukan lagi, yang ada adalah undang-undang sendiri.

Benarlah pihak polis akan menemukan motif pembunuh menghilangkan nyawa mangsa, namun polis tidak akan mampu mengembalikan nyawa yang telah hilang.

Peguam pembela rakyat tertindas G.Balasundram dibunuh dengan kejam oleh 4 lelaki bertopeng selasa lalu sebaik sahaja keluar daripada kereta yang dipandunya didepan rumahnya di Taman Desa Rishahm Buntong,Ipoh Perak.

Peguam itu ditetak bertubi-tubi sehingga rebah dan berlumuran darah tanpa dapat mempertahankn dirinya. Mangsa yang dikejarkan ke Hospital Raja Permaisuri Bainun, meninggal dunia jam 9 malam hari yang sama.

G Balasundram,dikatakan sebagai “peguam de facto” bagi Parti Sosialis Malaysia (PSM) yang secara aktif banyak membantu parti itu dari segi perundangan.

Antara kes terakhir yang sempat dihadir beberapa hari lalu sebelum dibunuh ialah membuat , rayuan bagi pihak empat aktivis, termasuk seorang ahli PSM yang ditahan semasa membantah menuntut pemindahan sebuah kilang getah yang mencemar kampung baru di Kuala Kuang di Chemor, Perak.

Keputusan rayuan G Balasundram bagi pihak 4 orang aktivitis itu Mahkamah Majistret didapati membuat 'kesilapan besar dalam undang-undang” ketika menjatuhkan hukuman bersalah ke atas empat aktivitis masyarkat dari Kampung Baru Kuala Kuang di Chemor, Perak kerana terbabit dengan perhimpunan haram di hadapan balai polis Kuala Kuang pada 1 April, 2001.

Sehubungan dengan itu, pesuruhjaya kehakiman, Mahkamah Tinggi Ipoh, Choong Siew Kim membenarkan permohonan mereka mengketepikan hukuman bersalah itu serta memerintahkan supaya denda RM5,000 yang dikenakan ke atas mereka dipulangkan semula.

Bagaimanapun polis sudah memperoleh petunjuk berhubung kes pembunuhan peguam itu dan yakin kes itu dapat diselesaikan dengan kadar segera, kata Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar.

Friday, November 19, 2010

Kenapa Lim Guan Eng takut "13 Mei"?

Kenapa Lim Guan Eng takut peristiwa 13 Mei disebut. Apa kah ketua menteri Pulau Pinang itu takut rakyat tahu bahawa bapanya terlibat dengan persitiwa hitam negara itu? Bagi yang yang berumur lebih setengah abad pada masa ini, sudah tentu tahu peranan Lim Kit Siang sebelum peristiwa berdarah itu berlaku.

Akibat ucapan-ucapan panas Lim Kit Siang sebelum peristiwa hitam itu berlaku, menyebabkan bapa Lim Guan Eng itu di tahan sehingga tahun 1970. Lim Guan Eng juga perlu ingat, akibat provokasi pihak DAP dan Gerakan pada waktu merayakan kemenangan di jalan-jalan, telah membangkitkan kemarahan orang melayu.

Sejak musim reformasi yang bermula tahun 1998, pihak pembangkang telah mengeluarkan banyak kenyataan yang bersifat provokasi kepada kaum majoriti negara ini, yakni melayu.

Laungan azan dipertikai, penggunaan nama ALLAH dipertikai, orang bukan islam dibenar masuk ruang solat masjid, minuman arak dijual dikawasan majoriti orang melayu, mempertikai hak-hak raja, mempersoalkan artikel 153 perlembagaan mengenai hak orang melayu dan macam-macam lagi bentuk provokasi kaum lain terhadap kaum asal negara ini.

Namun yang peliknya, ada juga orang melayu mempertikai mengenai haknya semata-mata untuk mencapai cita-cita politik. Anwar Ibrahim misalnya, sanggup menjual bangsanya, sanggup bangsa menjadi kuda tunggangan demi masa depan politiknya. Belum jauh, belum lama, semasa kerajaan Pakatan Perak- Nizar Jamaluddin sebagai Menteri Besar, namun pemain dibelakang layar adalah 2 orang bersepupuh Nga dan Ngeh daripada DAP.Kalau kata dua orang sepupuh lompat kepada Nizar, maka Nizar akan lompat.

Juga Menteri Besar Selangor daripada PKR hanya sebagai pelakon, pembuat skrip dan pengarah adalah Elizabeth Wong dan Teresa Kok serta Ronnie Liu.

Kemelut PKR belumpun reda-Menyusul pula kemelut DAP Selangor

Pemilihan DAP Selangor dijadualkan dalam sembilan hari lagi, namun pergelutan kuasa di antara kumpulan pemimpin sekarang dengan pencabarnya semakin ketara.

Pihak yang berkuasa sekarang menuduh speaker dewan undangan negeri Selangor, Teng Chang Kim mengetuai kumpulan 'pemberontak' untuk merampas kuasa. Kumpulan yang dikenali sebagai 'Reform Keadilan' itu termasuk pemimpin-pemimpin DAP yang kini dipinggirkan dan penyokong bekas ahli majlis Klang Tee Boon Hock.

Kumpulan itu dikatakan mengintai sekurang-kurangnya lapan daripada 15 kerusi jawatankuasa pusat Selangor untuk menguasai kepimpinan DAP Selangor.

Hakikat bahawa DAP Selangor sebenarnya terbahagi kepada dua kumpulan, bukan lagi satu rahsia. Kumpulan yang berkuasa terdiri daripada pengerusi DAP Selangor sekarang, Ean Yong Hian Wah; timbalannya, Tony Pua; setiauasaha, Lau Weng San; pengarah pendidikan politik, Lee Kee Hiong dan setiausaha publisiti, Tiew Wai Keng. Manakala kumpulan 'pemberontak' pula termasuk Teng dan ADUN Sekinchan, Ng Suee Lim.

Selain Teng, mereka dalam kumpulan 'pemberontak' adalah pemimpin akar umbi seperti T Kannan, senator S Ramakrishnan, bekas ahli majlis Kuala Langat Lim Soon Hong, ahli majlis Kajang Lee Ah Seng dan setiauasaha jawatankuasa perhubungan Klang, Lee Fu Haw.Teng, Ng dan Kannan adalah ahli jawatankuasa pusat DAP Selangor sekarang ini.

Lee pula dikatakan sebagai 'penyokong tegar' Tee yang dipecat dari parti kerana mengeluarkan surat sokongan bagi projek di mana anaknya terbabit.

Beliau dan Lim juga dikatakan mempunyai cita-cita mencari peluang untuk dilantik sebagai calon DAP pada pilihan raya negeri yang akan datang.

Thursday, November 18, 2010

Mukhriz Menteri Penuh?

Awal Mei lalu apabila ada desas desus rombakan kabinet, nama Khairy wakil rakyat Rembau merangkap Ketua Pemuda Umno Malaysia akan dilantik ke kabinet. Andaian ini berasaskan pada jawatan Ketua Pemuda Umno Malaysia, dimana sebelumnya selalu menganggoti kabinet persekutuan. Namun pada 1 Jun lalu, apabila Datuk Seri Najib mengumumkan rombakkan kabinetnya, nama Khairy tidak menjadi pilihan, sebaliknya rombakan itu, hanya membabit komponen BN-MCA dan PBB-parti Pehin Seri Taib Mahmud.

Walaupun Perdana Menteri telah mengatakan bahawa beliau tidak akan memberi tahu apa kah ada rombakkan kabinet, namun spekulasi mengenainya terus menjadi bualan tokoh politik tanah air terutama para pemimpin barisan nasional.

Ada yang memberi spekulasi bahawa Ketua Penerangan Umno Malaysia Datuk Ahmad Maslan akan dinaikkan pangkat, sementara Setiausaha Agung Umno-Tengku Adnan Tengku Mansor akan menyertai kabinet semula.

Bagi misi menawan Kedah, dispekulasikan bahawa Datuk Mukhriz Tun Mahathir akan juga dinaikkan pangkat dan sekaligus akan dilantik sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Kedah menggantikan Datuk Safie Apdal.

Diisukan juga bagi menguatkan peranan wanita dalam kabinet dan menghadapi pilihanraya umum, Datuk Azalina Othman, akan juga dibawa masuk semula ke dalam kabinet. Selain itu, akan ada perlantikan senator daripada Sabah untuk dilantik ke dalam kabinet Persekutuan. Tujuan perlantikan senator yang mewakili Sabah adalah persiapan Pilihanraya Umum akan datang untuk memastikan bahawa Sabah tetap menjadi Simpanan tetap BN.

Memang kuasa melantik kabinet adalah kuasa Perdana Menteri, namun bagi persiapan Pilihanraya Umum, Perdana Menteri mesti mengakomodasi semua pihak, agar supaya tiada suara-suara sumbang menjelang pilihanraya umum.

Demi pengelibatan Pemuda, pada rombankkan kabinet kali ini, ada asasnya untuk melantik Khairy.

Selain itu ada juga isu-isu yang kurang sedap didengar- kemungkinan ada beberapa menteri penuh kabinet Najib sekarang akan digugurkan. Antara yang diisukan akan digugurkan adalah Datuk Ahmad Shabery Cheek (Menteri Belia dan Sukan); Datuk Shaziman Abu Mansor (Kerja Raya); Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob (Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan) dan Datuk Seri Ng Yen Yen (Pelancongan).

Beberapa menteri pula dijangka bertukar kementerian seperti Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang kini Menteri Dalam Negeri dipindahkan ke Kementerian Pertahanan.

Jika ianya benar, beberapa penganalisis politik melihat ianya sebagai petanda bahawa Pilihan Raya Umum ke-13 semakin hampir dan Najib sedang memperkemas pasukannya.

Penanda aras paling akhir bagi mereka setakat ini adalah Pilihan Raya Kecil Dun Galas dan Parlimen Batu Sapi pada 4 November lepas yang menyaksikan kemenangan calon BN.

Beberapa pihak turut mendakwa cadangan melantik Ahmad Maslan ke jawatan menteri penuh kerana "sumbangan" besarnya menjadi jurucakap dalam isu Felda.

Beliau dilihat paling menonjol membela dakwaan "salah urus" dalam Felda biarpun dalam beberapa kes mahkamah yang dimenangi peneroka.

Rombakan kabinet kali ini juga dilihat sebagai peluang terakhir bagi ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin menyertai kabinet sebelum pilihan raya umum akan datang.

Khairy tidak dilantik menganggotai kebinet apabila Najib mengambil alih pentadbiran April lalu, sedangkan Datuk Mukhriz Mahathir yang mencabarnya bagi jawatan nombor satu pergerakan itu, mengisi jawatan timbalan menteri.

Selain itu, Naib Ketua Pemuda Umno, Datuk Razali Ibrahim juga dilantik sebagai timbalan menteri.

Dr Mahathir ulangi BN sukar dapat 2/3 majoriti

Tun Dr Mahathir Mohamad meramalkan Barisan Nasional (BN) berupaya untuk merampas balik satu atau dua negeri daripada Pakatan Rakyat dalam pilihan raya umum ke-13 atas alasan perikatan muda tiga komponen itu (DAP-PAS-PKR) berada dalam keadaan goyah, demikian menurut laporan Bloomberg hari ini.

Bagaimanapun beliau berkata, BN kemungkinan “tidak akan mendapat majoriti dua pertiga (di Parlimen) bagi membolehkan mereka menerajui kerajaan (persekutuan) dengan majoriti selesa.”

Bekas perdana menteri ini memberitahu Bloomberg dalam satu wawancara kelmarin bahawa BN “kemungkinan boleh mendapatkan semula satu atau dua negeri.”

Dr Mahathir melahirkan pendirian itu di sebalik spekulasi bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak yang juga Pengerusi BN kemungkinan akan memanggil pilihan raya umum pada suku pertama tahun depan.

Sumber-sumberdalaman berkata bahawa BN melihat bulan-bulan akan datang sebagai tempoh yang penting memandangkan perikatan tersebut akan mengambil kesempatan daripada persekitaran politik semasa khususnya dalam Pakatan Rakyat selepas Datuk Zaid Ibrahim memutuskan untuk keluar PKR.

Kejayaan BN dalam dua pilihan raya kecil serentak awal bulan ini dilihat sebagai sumber pemulihan keyakinannya bagi menghadapi pilihan raya umum ke-13.

“Buat masa sekarang partinya tunggang-langgang,” kata Dr Mahathir yang merujuk kepada PKR yang penasihatnya Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dr Mahathir memecat Anwar sebagai timbalannya pada 1998.

Malah Dr Mahathir juga menyifatkan kepimpinan Najib memperlihatkan “perubahan besar” berbanding era Tun Abdullah Ahmad Badawi.

BN akan bermesyuarat Sabtu ini kemungkinan membincangkan penunumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Anwar dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.Mandat semasa hanya akan berakhir Mei 2013.

Sebelum ini, The Malaysian Insider ada melaporkan bahawa pemimpin-pemimpin bawahan mahu Najib melewatkan sebarang kemungkinan memanggil pilihan raya umum tergempar.Mereka yang menentang idea pilihan raya umum awal berpendapat bahawa Najib tidak harus menganggap populariti peribadinya yang tinggi bermakna sudah mula diterima rakyat selepas prestasi BN yang tidak memuaskan pada 8 Mac 2008.

Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

Kuasa ke-3 akan menghantui Pakatan Rakyat

PRU-13 akan datang kita akan menyaksikan bahawa bukan sahaja pertembungan antara BN dan Pakatan Rakyat, tetapi kuasa ke-3 atau Third Force turut sama bertanding.Selain itu, di Sabah- Parti SAPP akan turun sama turun gelanggang mencuba nasib dan memberi peluang kepada rakyat membuat pilihan.

Kuasa ke-3 yang terdiri daripada mantan-mantan pemimpin PKR, merupakan pesaing utama bagi kawasan-kawasan PKR termasuk Pematang Pauh dimana pada masa ini diwakili oleh Anwar Ibrahim.

Untuk catitan Pakatan Rakyat khasnya PKR telah kehilangan lima Ahli Parlimen sejak Mac 2008 iaitu Datuk Seri Zahrain Hashim (Bayan Baru), Tan Tee Beng (Nibong Tebal), Mohsin Fadzli Samsuri (Bagan Serai) dan Wee Choo Keong (Wangsa Maju) yang meninggalkan PKR atas alasan hilang keyakinan terhadap kepimpinan Anwar yang juga Ketua Umum Pakatan Rakyat.

Inisiatif kumpulan terbabit yang dikenali sebagai “Third Force” juga dilihat kemungkinan membawa kepada pertarungan tiga penjuru membabitkan 30 daripada 222 kerusi Parlimen.

Perkara itu dikongsi di sebalik spekulasi semakin kuat bahawa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 dalam waktu terdekat.

Bagaimanapun kumpulan itu menjelaskan, mereka tiada kaitan dengan Datuk Zaid Ibrahim, yang baru-baru ini mengumumkan menarik diri daripada saingan jawatan timbalan presiden dan keluar PKR baru-baru ini.

Dalam pilihan raya umum 2008, lebih 90 peratus kerusi persekutuan menyaksikan persaingan satu lawan satu antara komponen Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional (BN).

Penyelaras kumpulan itu, Haris Ibrahim bagaimanapun berkata, matlamat pihaknya menawarkan barisan calon terbaik, yang tidak akan mengubah kesetiaan sekiranya Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan.

“Kami berharap untuk mencapai konsensus pada pertengahan Januari dengan parti-parti bukan BN,” kata Haris lagi.

Beliau menambah, calon-calon mereka hanya akan bertanding sebagai calon Bebas sekiranya Pakatan Rakyat tidak boleh menawarkan calon terbaik.

“Proses politik bukan milik parti politik sahaja,” kata Haris menjawab soalan berkaitan dengan pertarungan satu lawan satu antara BN dan Pakatan Rakyat.

Kata beliau, kumpulannya hanya mahu menawarkan sistem pemilihan calon terbaik kepada parti-parti pembangkang.

Sesetengah pemimpin Pakatan Rakyat melihat tindakan untuk bertanding sebagai calon Bebas dalam pilihan raya umum akan datang sebagai “Third Force” hanya akan memanfaatkan BN dan mengurangkan bahagian undi Pakatan Rakyat.

“Sistem semasa menggalakkan politik naungan. Jika anda ketua bahagian, anda akan dipilih sebagai calon,” kata Haris.

“Anda lihat pada tiga parti ini dan tengok pada pemimpin negeri dan nasional, adakah anda boleh menemui 222 nama yang anda (sebenarnya) boleh bergantung?” katanya.

Haris juga menekankan bahawa Zaid tiada kaitan dengan inisiatif mereka.

“Yang ini, tiada kaitan dengan Zaid,” kata Haris yang dilihat menyokong langkah yang membawa kepada keputusan Zaid menarik diri daripada saingan timbalan presiden minggu lalu.

Zaid memutuskan untuk menarik diri atas alasan proses pemilihan pusat diselubungi dengan kepincangan dan kecacatan. Perkara itu turut dibangkitkan oleh Haris menerusi blognya.

Haris memberitahu, kumpulannya telah mengenal pasti seramai 16 calon setakat ini, yang bersedia untuk menawarkan diri berrtanding dalam pilihan raya umum ke-13.

Katanya, calon-calon berpotensi akan melalui proses pemilihan ketat bagi mengelakkan kes-kes melompat parti selepas pilihan raya.

“Kami mahukan mereka yang ada integriti. Mereka yang tiada beban kewangan teruk dan tabiat berjudi,” kata Haris.

Zulkifli Noordin (Kulim-Bandar Baharu) pula dipecat ekoran isu berkaitan dengan kalimah Allah dan pendirian kepimpinan PKR.

PKR juga kehilangan beberapa Adun di Selangor, Kedah dan Perak.

Anwar kali ini minta belas kesihan Austarlia pula

Usaha Anwar menarik sokongan Amerika terutama yang berkaitan sodomy II yang dihadapinya telah gagal dengan sepenuhnya, atas sebab itu Anwar pula berpaling pada pada Perdana Menteri Australia Julia Gillard untuk mendapat sokongan.

Untuk mendapatkan perhatian Julia, Anwar memburukkan negara dengan mendakwa bahawa pengiktirafan yang diberi oleh negara asing terhadap kemajuan Malaysia sehingga dianggap sebagai sebuah negara Islam moden adalah satu penghinaan.

Kata-kata keji itu dikeluarkan Anwar semata-mata untuk menjayakan usaha terbarunya memujuk Perdana Menteri Australia Julia Gillard supaya memberi tekanan kepada kerajaan BN atas alasan mengamal rasuah dan menipu pada pilihan raya.

Anwar berkata demikian semasa ditemu bual oleh Sky News Australia dua hari lalu, dalam usahanya mencari sokongan antarabangsa selepas cubaan terdahulu untuk meraih sokongan Amerika Syarikat berhubung pertuduhan liwat yang sedang dihadapinya gagal.

Dalam memberi ulasan kepada dakwaan Anwar itu,Datuk Seri Najib Razak berkata pandangan Ketua Pembangkang itu hanya satu suara sumbang yang tidak mencerminkan pendapat pemimpin-pemimpin dunia.

"Pemimpin-pemimpin dunia mengiktiraf kejayaan kita... bererti bahawa dia (Anwar) merupakan suara sumbang sebenarnya.

"Dan (pandangan Anwar) tidak mencerminkan pendapat arus perdana dunia terhadap Malaysia," katanya kepada pemberita selepas mengadakan sidang video bersama masyarakat dan penuntut Malaysia di enam buah negara, di kediaman rasmi Perdana Menteri di Seri Perdana di Putrajaya hari ini.

Wednesday, November 17, 2010

13 Mei: Fakta yang digeruni DAP dan Pembangkang

13 Mei adalah fakta sejarah yang digeruni DAP serta parti itu sangat fobia dengan tarikh bersejarah itu kerana disebabkan tarikh itulah rakyat pelbagai kaum di negara ini dapat disusun semula menjadi lebih baik dan makmur. Kerana tarikh itu jugalah Dasar Ekonomi Baru (DEB) dibentuk.

Sesiapa sahaja yang menyebut fakta sejarah 13 Mei, parti DAP merasa tercuit untuk bertindak balas. Perkara ini ada kemungkinan parti itu takut jika kerajaan menjadikan 13 mei sebagai tarikh untuk diperingati, DAP akan merasa tindak tenteram kerana takut kalau-kalau orang melayu Pulau pinang-yang kini mula tidak selesa dengan kerajaan DAP bangkit sehingga huru hara tercetus.

Baru-baru ini semasa persidangan DUN Pulau Pinang Ketua Pembangkang DUN daripada BN Datuk Azhar Ibrahim digantung daripada menhadiri Sidang DUN selama enam bulan kerana dia menggunakan perkataan 13 Mei dalam sessi perbahasan.

Pada hari ini semasa sidang vedio antara pelajar Luar negera bersama Perdana menteri-Datuk seri Najib Razak-PM itu menolak cadangan daripada berbagai pihak agar fakta sejarah itu diperingati. Alasan penolakan Najib adalah-biarlah fakta sejarah itu-menjadi lipatan sejarah hitam negara.

Bagi DAP mengenang fakta sejarah itu terutama untuk tatapan generasi kini tentulah tidak menyenangkan parti itu- kerana titik hitam itu menyebabkan titik permualaan bersatunya semua kaum negara ini. Politik DAP adalah politik kebencian yang sukakan kepada perpecahan. Peristiwa berdarah 13 mei berlaku ekoran sikap DAP yang gemar memberikan provokasi kepada masyarkat melayu di Kampung Baru pada tahun 1969.

“Orang Melayu yang terpinggir dan ketinggalan pada masa itu dihina dan diejek sehingga tercetus tragedi berdarah itu.

“Kita perlu mengambil iktibar daripada peristiwa pahit 13 Mei itu supaya generasi akan datang tidak akan mengulangi perkara yang sama. Kajian perlu dijalankan untuk mengetahui punca dan sebab sebenar peristiwa itu,”.

Sebagai pengajaran daripada peristiwa 13 Mei, semua kaum tidak kira Melayu, Cina dan India perlu memastikan tidak ada rasa tidak puas hati, ketinggalan mahupun terpinggir di kalangan mana-mana kaum.

“Peristiwa yang pahit tidak semestinya perlu dikenang secara negatif semata-mata. Dalam konteks peristiwa 13 Mei, perkara yang keruh mengenainya perlu dibuang namun apa yang jernih perlu diambil,”.

PRU-13 mengejut?

Ada kemungkinkah Pilihan raya Umum ke-13 akan diadakan serentak dengan pilihan raya negeri Sarwak? Mandat rakyat untuk kerajaan Sarawak akan berakhir secara otomatik pada julai depan, sementara mandat kepada kerajaan persekutuan akan berakhir pada Mei 2013.

Namnu perkembangan akhir-akhir ini yang agak positif kepada BN, kemungkinan PRU-13 akan dipanggil lebih awal.

Keadaan persekitaran ekonomi yang membaik, terutama indeks bursa saham, yang naik pada paras tertinggi( mencecah 1,500 mata) yang pernah dialami bursa itu, petunjuk ke arah PRU lebih awal ada kebenarannya.

Kemenangan BN di PRK Galas-Kelantan dan Batu Sapi-Sabah memberi petunjuk awal, bahawa kerajaan BN sudah pulih daripada bencana tsunami politik tahun 2008.

Dalam perkembangan lain-Dewan Tertinggi Barisan Nasional (BN) akan bersidang Sabtu ini, dijangka akan membincangkan rangka strategi persediaan awal di sebalik spekulasi bahawa perikatan itu sedang mula bersiap sedia untuk memanggil pilihan raya umum tergempar, awal tahun depan.

Sumber-sumber BN memberitahu, beberapa bulan akan datang dilihat sebagai tempoh amat penting dengan mengambil kesempatan ke atas perkembangan politik semasa termasuk persekitaran melanda Pakatan Rakyat khususnya PKR ekoran tindakan Datuk Zaid Ibrahim keluar parti.

Spekulasi menyebut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak akan memanggil pilihan raya umum ke-13 untuk mendapatkan mandat segar pada separuh pertama tahun depan dan sesi Dewan Rakyat semasa adalah yang terakhir.

BN juga dijadual mengadakan konvensyennya tahun ini.

Presiden MIC Datuk Seri S. Samy Vellu sebelum ini telah mengumumkan akan melepaskan jawatannya awal Januari manakala pucuk kepimpinan tertinggi Umno pula akan memulakan siri pertemuan dengan ahli dan penyokong mereka di seluruh negara mulai awal tahun depan.

Umno juga akan mengumumkan perubahan barisan kepimpinan negeri khususnya di lima negeri yang diterajui oleh lima pemimpinan tertinggi parti termasuk Najib dan timbalannya Tan Sri Muhyiddin Yassin. Ia dijangka akan diketahui 26 November ini.

Baru-baru ini Gerakan juga mengumumkan bahawa ia akan mengenal pasti barisan bakal calonnya awal tahun depan dan nama-nama awal akan diperkenalkan selepas sambutan Tahun Baru Cina.

Mesyuarat Sabtu ini juga diadakan di sebalik tumpuan bahawa pilihan raya umum negeri Sarawak akan dipanggil bila-bila masa dari sekarang.

Muhyiddin sebelum ini beberapa kali membayangkan termasuk ketika berucap pada Perhimpunan Agung Umno 2010 bulan lalu bahawa kemungkinan pilihan raya umum tergempar akan diadakan dalam waktu terdekat ini.

Bagaimanapun BN masih berusaha untuk menyelesaikan beberapa isu utama, antaranya kes projek Zon Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ), persepsi berkaitan kes liwat kedua Datuk Seri Anwar Ibrahim dan punca kematian misteri Teoh Beng Hock ketika disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, yang inkuirinya masih berjalan, sebelum memanggil pilihan raya umum tergempar.

Pemimpin-pemimpin BN telah bersetuju agar isu-isu ini ditangani bersama keperluan persekitaran ekonomi meyakinkan dan kondusif diwujudkan sebelum dengan penuh yakin BN boleh membubarkan Parlimen dan memanggil pilihan raya umum ke-13.

Menurut kajian Merdeka Center Mei lalu, populariti Najib, yang mengambil alih jawatan perdana menteri April 2009, telah meningkat sehingga 72 peratus.

Zaid hanya mahu jawatan tinggi: Tun Abdullah

Pengunduran Zaid Ibrahim daripada parti PKR memang diduga dari awal-awal lagi, demikian kata mantan Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi.

Zaid hanya mahu jawatan tinggi, apabila merasa gagal merebut jawatan Timbalan Persiden daripada Azmin Ali-kesayangan Anwar, maka Zaid menutuskan untuk keluar.

Namun bagi AYT, dakwaan Zaid bahawa terdapatnya penipuan dalam proses pemilihan MPP PKR memang banyak kebenaran daripada dakwaan.

Pemilihan di Sabah misalnya-menurut ketua Cabang yang tidak mahu disebut namanya-berkata bahawa mereka mendapat mesej secara pribadi dari Anwar sendiri untuk memastikan kemenangan Azmin.

Kini telah sah bahawa penubuhan PKR atas prinsip dendam adalah kenderaan Anwar untuk mencapai cita-citanya menjadi Perdana Menteri Malaysia.

Anwar perlu memastikan bahawa PKR mesti berada dalam genggaman keluarga, atas sebab itulah isterinya dipastikan tetap sebagai Persiden, anaknya sebagai Naib, manusia kesayangnya Azmin sebagai No.2 dan dia sendiri sebagai Ketua Umum.

Lengkaplah sudah penguasaan 3A dalam PKR.

Tuesday, November 16, 2010

RPK berpaling tadah-KINI hentam Anwar

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim menerima satu lagi tamparan hebat apabila 'senjata sulitnya' yang selama ini digunakan untuk memfitnah kerajaan mula 'makan tuan'.

Ini kerana Raja Petra Kamaruddin (RPK) yang selama ini menjadi 'senjata sulit' beliau, mula melepaskan 'peluru' ke arah Anwar sendiri apabila mendakwa, ketua pembangkang itu juga merupakan pengacau dan 'kuda trojan' dalam UMNO suatu ketika dahulu.

Raja Petra yang kini melarikan diri ke London berkata, jika Anwar boleh mengingatkan ahli PKR supaya berhati-hati dengan 'kuda trojan' yang dipercayai dirujuk kepada Datuk Zaid Ibrahim, beliau juga layak dilabelkan dengan gelaran yang sama.

"Jika kesetiaan Zaid dipersoal kerana mahu bertanding jawatan Timbalan Presiden sehingga digelar pengacau, 'kuda trojan' serta dilabel cuba memecahbelahkan parti, bagai mana pula dengan tindakan Anwar sewaktu dalam UMNO dahulu?

"Anwar mencabar jawatan Ketua Pemuda UMNO yang disandang (Datuk) Suhaimi Kamaruddin pada 1982, iaitu tahun pertama menyertai UMNO. Ketika itu kesetiaannya juga belum terbukti dan boleh dianggap sebagai 'kuda trojan'," katanya.

Beliau berkata demikian dalam artikelnya di Malaysia Today mengulas tuduhan dilemparkan Anwar terhadap Zaid selepas bekas Menteri di Jabatan Perdana Menteri itu mengumumkan bertanding Timbalan Presiden.

Bagaimanapun, Selasa lalu Zaid telah mengumumkan penarikan diri daripada bertanding dan melepas semua jawatannya dalam parti malah dijangka bertindak keluar parti pada Jumaat ini.

Katanya, Anwar perlu jujur dan bukannya bersikap mementingkan diri apabila menghalalkan segala pendekatan jika ia berkait dengan dirinya tetapi mengharamkan pendekatan yang sama jika boleh memberi keuntungan kepada orang lain.

Dalam pada itu, Raja Petra menyelar tuduhan Anwar kononnya Zaid menggunakan pihak luar untuk berkempen bagi dirinya sedangkan semasa bertanding jawatan Ketua Pemuda UMNO dahulu, beliau juga menggunakan pendekatan sama.

"Kami berkempen untuk Anwar tiga kali berturut-turut sehingga beiau berjaya mengalahkan Suhaimi walaupun kami bukan ahli UMNO. Ini kerana jika mengharapkan ahli UMNO, Anwar akan ditendang keluar.

"Pada masa itu, Anwar masih terlalu baru dalam UMNO. Dia dianggap sebagai pengacau, 'kuda trojan' dan bakal memecahbelahkan parti, sama seperti apa yang beliau label terhadap Zaid hari ini," katanya.

Blog Archive