Wednesday, August 31, 2011

Pejuang Bahasa-Dr Hassan Ahmad meninggal mengejut

Pengerusi Yayasan Karyawan dan bekas Ketua Pengarah Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP) Datuk Dr Hassan Ahmad meninggal dunia pada jam 2 petang tadi di kediamannya di Petaling Jaya.

Anak keduanya, Hasmirawati, 33, berkata bapanya meninggal dunia sebelum sempat dibawa ke hospital berhampiran selepas mengadu sakit perut sejak awal pagi tadi.

Hassan, 74, meninggalkan seorang balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, dan dua anak perempuan.

Jenazah Allahyarham akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Kota Damansara, dekat Kuala Lumpur, pagi esok sebelum Zohor.

Hassan meninggal dunia hari ini adalah tokoh berpengalaman luas dalam pelbagai aspek penerbitan buku, penyelidikan, pengurusan, serta perancangan bahasa dan sastera.

Ini bermakna negara hari ini kehilangan seorang tokoh bahasa yang disegani dalam membina dan mengembangkan bahasa dan sastera selepas dilantik sebagai ketua pentadbir institusi itu.

Berkat kesungguhan dan kegigihannya, serta pengalaman luas dalam lapangan penyelidikan, Allahyarham muncul sebagai pentadbir yang cukup berkemampuan dalam pengembangan dan perancangan bahasa serta sastera.

Allahyarham Hassan, yang meninggal dunia selepas mengadu sakit perut pada pukul 2 petang ini di kediamannya di Petaling Jaya, meninggalkan balu Datin Hamimi Mohamad Shariff, 68, serta dua anak perempuan Aida dan Hasmirawati.

Hassan memulakan kerjaya dalam perkhidmatan awam sebagai Penolong Pegawai Daerah di Pontian, Johor pada 1962, namun meninggalkan bidang itu dan menyertai DBP sebagai Pegawai Penyelidik pada 1963.

Sepanjang 13 tahun di DBP, beliau naik setakuk demi setakuk iaitu dari pengawai penyelidik kepada ketua bahagian penyelidikan, pemangku pengarah, pengarah dan akhirnya ketua pengarah.

Sepanjang tempoh itu, Allahyarham berjaya memperkemas dan menjadikan bahasa Melayu sebagai bahasa yang moden dan saintifik serta berupaya menerbitkan bahan-bahan bacaan dalam bahasa Melayu.

Beliau bukan sahaja menumpukan terhadap lapangan perancangan bahasa dan sastera, penerbitan dan kemajuan serta pengurusan dan pemasaran buku, malah juga dalam bidang terjemahan.

Anak sulung daripada lapan beradik yang dilahirkan dalam keluarga bekas pegawai polis itu menerima pendidikan awal di Sekolah Melayu Mersing (1942-1943) dan Sekolah Melayu Muar (1945-1948).

Selepas itu, anak kelahiran Muar, Johor tersebut melanjutkan pelajaran di Sekolah Tinggi Muar sehingga lulus peperiksaan Sijil Persekolahan pada 1955.

Beliau kemudian diterima belajar di Maktab Melayu Kuala Kangsar dan lulus Sijil Tinggi Pelajaran (1957) sebelum melanjutkan pengajian di Universiti Malaya dan memperoleh ijazah Sarjana Muda Sastera pada 1959.

Selepas menamatkan pengajiannya di universiti, beliau menjadi Penolong Pegawai Daerah Pontian pada 1962.- Bernama

Memang ada usaha pesong fakta sejarah: Tun M

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad bimbang dengan segelintir pihak yang cuba memesongkan fakta sejarah dengan memburuk-burukkan pemimpin yang telah berjuang untuk mencapai kemerdekaan.

"Terdapat satu trend sekarang ini memburuk-burukkan imej pemimpin yang telah berusaha untuk berjuang demi kemerdekaan negara.

"Saya khuatir trend ini berjalan begitu lancar dan apa yang dikatakan oleh Mat Sabu adalah sebahagian daripada usaha memburukkan pemimpin lama mungkin kerana kaitan mereka dengan Umno," katanya ketika ditemui pada Rumah Terbuka Perdana Menteri dan Jemaah Menteri di Seri Perdana di Putrajaya semalam.

Beliau berkata kerajaan harus memberi penerangan yang jelas tentang perjuangan pemimpin-pemimpin terdahulu dan tidak ada alasan yang mengatakan bahawa komunis yang memperjuangkan kemerdekaan negara.

"Komunis itu bukan berjuang untuk kemerdekaan, yang berjuang untuk kemerdekaan ialah Tunku Abdul Rahman, Tun Abdul Razak dan lain-lain yang betul-betul berjuang supaya kita bebas daripada cengkaman penjajah.

"Dan hari ini kita hidup bahagia kerana perjuangan mereka dan tidak harus sesiapa memburukkan pemimpin lama kerana mereka yang memberikan nikmat kepada kita," katanya.

Sementara itu, Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Hishammuddin Hussein terkilan dengan kenyataan pemimpin tertinggi PAS itu yang menyentuh mengenai datuk beliau, Datuk Onn Jaafar yang merupakan pejuang kemerdekaan pada ketika itu.

Beliau berkata tindakan memesongkan sejarah ini merupakan politik cetek dan pembangkang cuba melakukan provokasi dalam politik.

Mengenai cadangan untuk meletakkan Mohamad Sabu di bawah Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Hishammuddin berkata Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Khalid Abu Bakar telah pun menyatakan undang-undang yang akan dikenakan terhadap Timbalan Presiden PAS itu, bergantung kepada siasatan.- Bernama

Sempena Merdeka: Persepsi rakyat umum

Hari Kemerdekaan yang jatuh hari ini hanya dirayakan oleh mereka yang ada hubungan dengan kerajaan.

Bukan rakyat tidak menghargai kemerdekaan, akan tetapi persepsi rakyat terhadap kerajaan tidak lagi membuakkan rasa kemerdekaan.

Mengakui atau tidak, berapa peratus rakyat yang mengibar bendera? secara kasar-100 orang rakyat hanya seorang yang memasang bendera.

Penyebab utama kenapa rakyat sangat dingin terhadap program kerajaan- selain termakan isu para pemimpin pembangkang akan tetapi juga masalah yang tertimbul daripada sikap para pemimpin kerajaan yang suka bercakap secara retorik berbanding tindakan selain faktor tekanan kehidupan kerana kadar inflasi yang meningkat akibat kenaikkan harga barang.

Suasana hariraya-hanya meriah di majlis-majlis para pemimpin atau mereka yang ada kaitan dengan kerajaan.

Jika tahun-tahun sebelumya smeses yang menjemput untuk hadir rumah terbuka cukup bertalu-talu, sehingga mata terasa layu membaca jemputan-jemputan, namun pada tahun ini, ianya menurun 90peratus. Fakta kecil ini walaupun boleh dipertikai, namun dapat dibaca, bahawa Hariraya hanya mampu disambut dalam lingkungan keluarga sahaja tanpa boleh berkongsi dangan sahabat dan andai taulan.

Tuesday, August 30, 2011

Benarkah populariti Najib menjunam?

Ada kebenaran kah kajian yang dilakukan oleh Merdeka centre? Semasa PRN Sarawak-pengkaji yang sama membuat ramalan, bahawa PR sekurangnya mendapat 40 kerusi, namun kenyataannya hanya 16.

Kali ini, kajian itu mendapati bahawa taraf kepopularan Najib telah menjunam daripada 72 kepada 59. Alasan yang digunakan adalah kesilapan pentadbiran Najib menangani Bersih2.0 dan trend kenaikan harga barangan dalam negara. Selain itu, kononnya Najib tidak mempunyai iktizam politik kerana PM itu berkata-penubuhan selcet commitee parlimen mengenai Pilihanraya tiada kaitan dengan pembubaran parlimen.

Bagi AYT sebab-sebab kenapa kepopularan Najib menjunam bukan berpunca kepada dua perkara yang ditimbulkan oleh kajian itu, sebaliknya persepi rakyat biasa yang menyelubungi Najib sendiri.

Aktiviti menonjol isterinya lebih membawa banyak negatif kepada kerajaan berbanding isu budak-budak Tingkat4 yang mengakibatkan BN kehilangan kuasa 2/3 di parlimen.

Selain itu, penumpuhan pembangunan di kawasan yang dikuasai pembangkang telah membawa mesej yang salah, kerana bagi mereka yang mengundi kerajaan merasa dianak tirikan.

Bagi kawasan AYT sendiri, dimana BN tidak pernah kalah, mesej akar umbi kali ini, kerajaan pusat tidak banyak membantu penduduk luar bandar. Taraf kehidupan rakyat semakin parah disebabkan tiada kegiatan ekonomi yang boleh menambah pendapatan mereka. Benar ada projek-projek besar di bandar, tetapi itu hanya menguntungkan kontraktor-kontraktor besar yang tiada kaitan dengan peningkatan pendapatan penduduk majoriti.

Najib kecam penghina pejuang negara

Datuk Seri Najib Razak menolak dan mengecam sekeras-kerasnya sebarang penyataan dan usaha oleh mana-mana pihak yang ingin mempersenda atau memperlekehkan pengorbanan mulia para wirawan dan wirawati negara serta keluarga mereka.

"Dalam syiar meriahnya perayaan dan besarnya jiwa kemerdekaan, saya menyeru kepada semua agar tidak sekali-kali melupakan pengorbanan, darah, keringat dan air mata bapa-bapa kita para pejuang kemerdekaan negara serta anggota pasukan keselamatan negara dari dahulu hingga sekarang.

"Kita berasa kesal kerana mereka sebaliknya pula memperagungkan Parti Komunis Malaya yang anti Tuhan, anti agama dan anti Nasional," katanya dalam perutusan khas Hari Raya Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan ke-54 yang disiarkan melalui RTM di Kuala Lumpur, malam semalam.

Seruan beliau berikutan kenyataan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu baru-baru ini yang memperkecilkan pengorbanan pejuang-pejuang kemerdekaan dan memperagungkan pengganas komunis.

Perdana Menteri juga mengingatkan apa yang telah dikecapi kini semuanya tidak terjelma dengan berwenang-wenang ataupun kekal bestari jika bahtera keramat kemerdekaan Malaysia tercinta ini terbiar hanyut tidak dikemudi dengan tulus, tidak dihargai dan musnah tanpa dipelihara.

"Jadi, di atas segala-galanya, bagi memastikan apa yang terlimpah dan tercurah ke atas kita dan bumi Malaysia kekal berkesinambungan, maka perpaduan nasional perlu terus dibajai dan diperkukuhkan. Mudah-mudahan jua atas keinsafan ini makin tersepuh dan menebal semangat patriotisme dan kecintaan yang kukuh kepada pertiwi di setiap sanubari kita," katanya.

Beliau berkata sempena perayaan Aidilfitri dan kehangatan menyambut Hari Kemerdekaan pada Rabu ini, membawa permaknaan dan pengertian yang mendalam tentang betapa besarnya kurniaan Ilahi Malaysia yang makmur serta bebas dari sebarang ancaman dan kebimbangan terhadap keselamatan mereka.

"Kedua-dua perayaan ini menpunyai signifikan begitu besar kepada negara yang mempunyai kemajmukan amat kompleks seperti Malaysia di mana bukan sahaja wujud perbezaan daripada segi etnik tetapi juga teranyam indah dengan kepelbagaian agama, budaya, bahasa dan taraf sosioekonomi," katanya.

"Hakikatnya bahawa, Malaysia telah dan sedang dirahmati nikmat keamanan juga kemakmuran tidak mampu disangkal oleh mana-mana pihak," katanya.

Sementara itu, beliau berkata kerajaan juga akan terus mengambil tindakan memperbaiki dan memperelok secara berperingkat dalam membantu rakyat menangani fenomena kenaikan kos hidup.

Katanya, pelbagai langkah awal telah diambil, termasuk menjadikan matlamat menangani kos hidup semakin meningkat sebagai satu lagi Bidang Keberhasilan Utama Negara (NKRA) dan menwujudkan Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang yang dipengerusikan oleh Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Najib berkata, antara beberapa inisiatif awal bagi membantu mengurangkan bebanan yang ditanggung ialah Kedai Rakyat 1Malaysia yang menawarkan barangan keperluan yang mampu dibeli dengan harga yang lebih rendah berbanding harga pasaran.

Di samping itu, Klinik-Klinik 1Malaysia pula rawatan asas boleh diperolehi dengan bayaran RM1 serta Program Kebajikan Rakyat 1Malaysia (KAR1SMA) dengan peruntukan berjumlah RM1.4 Bilion kepada 500,000 warga emas, orang kelainan upaya (OKU), ibu tunggal serta balu polis atau tentera yang berkelayakan.

Beliau berkata kerajaan juga akan meneruskan dasar memberi subsidi secara langsung atau tidak langsung, terutamanya subsidi bahan makanan terpilih seperti beras, minyak masak, tepung gandum dan gula.

Begitu juga dengan bahan bakar seperti Petrol RON95, Diesel dan LPG serta perkhidmatan kesihatan dan pendidikan, katanya.

"Akan tetapi, kita berhasrat melakukannya dengan lebih cermat dan bijaksana tanpa menjejaskan kesihatan fisikal negara dengan mendukung prinsip bahawa mereka yang lebih memerlukan dan berkelayakan akan didahului serta diutamakan," katanya.

Najib yang juga Menteri Kewangan berkata walaupun fenomena kenaikan harga bahan makanan bersifat global, namun kerajaan tetap akan berusaha mencari mekanisme terbaik bagi menangani masalah tersebut dan kos kehidupan yang tinggi.

Mengenai Jawatankuasa Kabinet Mengenai Bekalan dan Harga Barang, katanya ia membuktikan komitmen kerajaan bagi memastikan program yang bakal digubal serta dilaksanakan akan benar-benar mampu membantu rakyat.

Dalam pada itu, Najib menegaskan usaha kerajaan tidak terhenti kerana melalui Bajet 2012 yang akan dibentangkan pada awal Oktober, akan mengumumkan langkah-langkah susulan bersifat lebih komprehensif bagi menangani masalah yang memberi kesan kepada isi keluarga yang berpendapatan rendah dan pertengahan.

Beliau yang bangga dengan pencapaian negara, mengibaratkan Malaysia sebagai sebuah oasis di tengah-tengah dunia berkecamuk sedang dilanda badai politik serta kegoncangan ekonomi yang bertali arus.

"Hari ini, seperti yang kita maklum, ketika gergasi ekonomi dunia seperti Amerika Syarikat dan juga beberapa negara anggota Kesatuan Eropah yang dikelompokkan sebagai ekonomi maju sedang bergelut dengan krisis kewangan serius sehingga memerlukan penyelamatan atau 'bailout'.

"Sebaliknya, Malaysia hasil pengurusan yang berhemah serta cekap, masih mampu bukan sahaja untuk mengembangkan ekonomi dan mencipta peluang pekerjaan baru tetapi juga untuk memberikan setengah bulan bonus kepada 1.4 juta penjawat awam yang menelan belanja RM2 bilion menjelang sambutan istimewa perayaan Aidilfitri dan Hari Kemerdekaan," katanya.

Sehubungan itu, Najib mengingatkan rakyat agar tidak sesekali terbuai dan berpuas hati dengan kejayaan yang dicapai setakat ini kerana matlamat tertinggi kerajaan adalah untuk mendahulukan kebajikan seluruh rakyat, sebagai suatu urutan keutamaan yang telah menjadi wawasan nasional sejak negara mencapai kemerdekaan.

Beliau berkata kerajaan terus melaksanakan pelbagai program proaktif bagi memastikan pencipataan kekayaan baru, pertumbuhan ekonomi berterusan dan penciptaan pekerjaan berganjaran tinggi selaras dengan kemahiran yang semakin meningkat.

"Apa yang diimpikan adalah sebuah negara yang makmur dan sejahtera di mana setiap individu sanggup bekerja keras, meningkatkan kemahiran secara istiqomah dan beriltizam menggunakan segala peluang dengan bijak agar dapat mencorak sebuah kehidupan bahagia berkelangsungan hingga cucu cicit kita kelak," katanya.
- Bernama

Hariraya 1432H: Malaysia Selesa-Indonesia Rabu

Malaysia, Mesir, Arab Saudi merayakan 1 Syawal pada 30 Ogos,2011, manakala Indonesia negara yang mempunyai teramai penganut agama islam di dunia merayakannya pada Rabu, 31 Ogos,2011.

Monday, August 29, 2011

Catatan menjelang 1syawal

Tiada yang perlu dibanggakan. Keadaan tahun-tahun lepas masih tidak terusik malah masih sperti itu. Tiada perubahan. Yang berubah hanya harga barang keperluan harian. Jika setahun lalu masih terjangkau, kini tidak lagi.

Sehingga mana perlu bertahan? apakah akan terus membiarkan keadaan demikian? rakyat jelata perlu berbicara.

Mat Sabu seleweng sejarah kemerdekaan: Karpal Singh

Mohamad Sabu atau lebih dikenali sebagai “Mat Sabu” dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang pada 21 Ogos lepas, dilaporkan berkata, pengganas komunis yang membunuh dengan kejam anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong adalah hero sebenar dalam perjuangan kemerdekaan negara.

Dalam pada itu, Pengerusi DAP Karpal Singh mahu Mohamad tampil memberi penjelasan kepada publik dan Barisan Nasional tidak harus diberi “meriam” untuk menjejaskan kredibiliti Pakatan Rakyat.

Dalam kenyataan dikeluarkan hari ini, Karpal berkata 25 anggota polis yang mempertahankan balai polis Bukit Kepong pada 1950, Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman adalah pejuang kemerdekaan sebenar dan perkara itu tidak boleh dipertikaikan.

Karpal yang juga Ahli Parlimen Bukit Gelugor berkata, ia mesti diterima sebagai dokumen sejarah bahawa serangan pengganas komunis ke atas balai polis Bukit Kepong berjaya dipatahkan oleh 25 anggota polis dan anggota keluarga mereka yang berjaya mempertahankan balai itu.

“Mereka wajar diberikan pujian oleh semua pihak, bagi keberanian dan pengorbanan mereka. Adalah salah untuk mengatakan bahawa mereka ialah pegawai British sebagaimana dikatakan oleh Mohamad seperti didakwa. Mereka adalah pejuang kemerdekaan sebenar,” kata Karpal.

“Kenyataan yang didakwa itu, sekiranya benar, bahawa pengganas komunis yang menyerang balai polis Bukit Kepong pada 1950 adalah hero sebenar negara dan bahawa Datuk Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap pejuang kemerdekaan kerana mereka adalah pegawai British, bukan sahaja tidak benar tetapi juga tidak bijak dan tidak sepatutnya dikeluarkan,” kata Karpal dalam kenyataan.

Katanya, adalah salah untuk mengatakan bahawa Onn dan Tuanku Abdul Rahman adalah pegawai British kerana kedua-dua personaliti telah diangkat sebagai ikon negara dalam perjuangan mendapatkan kemerdekaan negara, merupakan pejuang kemerdekaan sebenar yang tidak boleh diragui dan dipertikaikan

Mat Sabu didakwa menuntut rawatan lutut melebihi daripada sepatutnya

Parti Cinta Malaysia (PCM)pada Isnin, membuat laporan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) bagi menyiasat tuntutan caj rawatan hospital timbalan presiden PAS Mohamad Sabu daripada Perbadanan Bekalan Air Pulau Pinang Sdn Bhd (PBAPP).

Naib Presiden PCM Huan Cheng Guan berkata siasatan itu perlu dilakukan oleh SPRM kerana terdapat keraguan dalam tuntutan bayaran kos perubatan yang dilaporkan berjumlah RM8,434.05 sedangkan kos rawatan sebenar di Hospital Pakar KPJ di Selangor itu adalah sebanyak RM5,060.54 sahaja.

Katanya, selain itu tindakan Mohamad didakwa telah menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah perbadanan itu apabila membuat tuntutan berkenaan.

"Mat Sabu sebagai seorang bekas Ahli Parlimen layak untuk menerima rawatan kelas pertama di wad hospital kerajaan dan beliau telah membazir wang rakyat," katanya kepada pemberita selepas menyerahkan laporan itu kepada SPRM di sini.

Beliau berkata PCM berharap SPRM menjalankan siasatan terhadap semua keraguan, kelayakan, cara tuntutan termasuk menyiasat Ketua Menteri Pulau Pinang Lim Guan Eng sebagai Pengerusi PBAPP kerana meluluskan tuntutan itu.

Huan berkata Mat Sabu didakwa menerima rawatan dari hospital swasta berkenaan akibat kecederaan ketika terlibat dalam perhimpunan haram di Kuala Lumpur pada 9 Julai lepas dan tiada kaitan langsung ketika menjalankan tugas untuk PBAPP.

Mohamad dilaporkan telah menerima bayaran balik perbelanjaan perubatan daripada PBAPP baru-baru ini.

Baru-baru ini Ketua Penerangan Pemuda Umno Datuk Reezal Merican Naina Merican mendedahkan mengenai tuntutan kos rawatan Mohamad yang didakwa sebagai menyalahguna kedudukannya sebagai Anggota Lembaga Pengarah PBAPP dengan membuat tuntutan perubatan akibat kecederaan semasa menyertai perhimpunan haram Bersih 2.0 di Kuala Lumpur Julai lepas. - BERNAMA

Najib semakin tidak popular

Tahap kepopularan atau puas hati dengan kepemimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak telah merosot enam mata kepada 59 peratus, menurut laporan terbaru oleh badan banci bebas dan pusat penyelidikan pendapat, Merdeka Center.

Menurut Merdeka Center kemerosotan itu mempunyai kaitan dengan kos sara hidup yang terus meningkat apabila pengguna mula merasai kesan atau impak kenaikan kos bahan api dan elektrik baru-baru ini.

Pusat banci itu juga mendapati bahawa cara kerajaan menangani dan mengendalikan perhimpunan BERSIH 2.0 juga mempengaruhi persepsi umum kerana ia mempunyai kesan negatif dan telah menghakis sokongan kepada perdana menteri.

Hasil kajian turut menunjukkan Najib masih gagal mendapatkan sokongan masyarakat Cina dengan hanya 38 peratus yang berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Hanya kaun India sahaja yang memberi sokongan tambahan kepada Najib dengan peningkatan 4 peratus kepada 69 peratus berbanding Mei lalu.

Kaum Melayu bagaimanapun dilihat semakin kurang yakin dengan Najib apabila sokongan yang diterima semakin berkurang daripada 76 peratus pada Mac tahun ini, 73 peratus pada Mei dan kini 69 peratus berpuas hati dengan kepimpinan beliau.

Selain itu hampir setengah (49 peratus) dari responden menyatakan mereka memahami permintaan BERSIH 2.0 mengenai penambahbaikan sistem pilihan raya negara ini.

Hanya 39 peratus yang puas hati dengan cara kerajaan mengawal isu berkenaan BERSIH dengan 48 peratus menyatakan sebaliknya.

Lebih menarik, majoriti bersetuju dengan beberapa permintaan BERSIH 2.0. Lebih dua pertiga menyatakan sokongan membenarkan pemantau dari dalam dan luar negara memantau pilihan raya kita (70 peratus), membenarkan akses media kawalan kerajaan kepada pembangkang untuk kempen pilihan raya (68 peratus), penggunaan dakwat kekal (70 peratus) dan pembersihan daftar pemilih (88 peratus).

Hasil kajian ini juga menunjukkan rakyat Malaysia masih berbelah bahagi dalam pelbagai isu penting dengan hanya 51 peratus, berbanding 54 peratus Mei lalu yang bersetuju bahawa negara ini menuju ke arah yang betul.

"Kajian menunjukkan kebimbangan awam masih berkaitan ekonomi dengan 38 peratus menyatakan demikian diiikuti masalah sosial - 10 peratus. Isu kebimbangan berkaitan politik pula di tangga ketiga dengan 9 peratus dan berkenaan jenayah dan keselamatan awam, 7 peratus," mengikut laporan tersebut.

Kajian ini melibatkan 1,027 responden dengan agihan kaum 59 peratus Melayu, 32 peratus Cina dan 9 peratus India. Mereka dipilih mengikut metodologi sampel berdasarkan etnik, umur, jantina dan negeri kelahiran dari seluruh semenanjung.

Saturday, August 27, 2011

Parti Komunis Malaya itu pejuang sebenar: Mat Sabu

Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu mengubah sejarah negara ini apabila menganggap pengganas dalam Kompeni Pasukan Ke-4 Parti Komunis Malaya (PKM) yang menyerang dan membunuh anggota keselamatan dan keluarga mereka dalam tragedi Bukit Kepong sebagai hero sebenar.

Menurutnya, Muhammad Indera, lelaki Melayu yang bersekongkol dengan Goh Peng Tun dan 200 anggota komunis adalah hero sebenar, bukannya 25 anggota polis dan keluarga mereka yang mempertahankan diri dalam serangan di balai polis itu.

Dalam ceramahnya di Tasek Gelugor, Pulau Pinang 21 Ogos lalu, Mohamad turut mendakwa Dato’ Onn Jaafar dan Tunku Abdul Rahman tidak layak dianggap sebagai pejuang kemerdekaan kerana tokoh tersebut adalah pegawai British.

Beliau juga berikrar untuk mengubah semula sejarah kemerdekaan negara jika pembangkang berjaya merampas Putrajaya kerana dakwanya, sejarah yang tertulis pada hari ini tidak memaparkan fakta sebenar selain hanya memihak kepada UMNO.

“Dekat nak merdeka nanti, siarlah cerita mengenai Bukit Kepong. Bukit Kepong ini, polis yang mati itu polis British. Hat (yang) serang Bukit Kepong itulah pejuang kemerdekaan yang sebenar, yang serang Bukit Kepong itu Mat Indra (Muhammad Indera). Dia Melayu tapi semua sejarah itu ditutup.

“Jins Shamsudin (Tan Sri) buat filem, Jins Shamsudin itu orang UMNO. Cerita Bukit Kepong (yang dibuat Jins) hat serang itu pula penjahat, hero yang mempertahan balai polis. Padahal Mat Indera yang mengetuai operasi itu akhirnya dihukum gantung,” katanya dalam ceramah itu.

Dalam tragedi berdarah Bukit Kepong yang bermula kira-kira pukul 5 pagi pada 23 Februari 1950, satu persatu anggota keselamatan dan ahli keluarga mereka gugur selepas diserang dari setiap sudut oleh 200 pengganas komunis, malah sebahagian daripada mangsa dicampak hidup-hidup ke dalam api.

Mohamad mendakwa semua sejarah negara adalah bohong apabila pegawai British diangkat sebagai pejuang kemerdekaan manakala yang melawan British menjadi penjahat.

“Semua sejarah negara kita bohong, pegawai British jadi pejuang kemerdekaan, lawan British jadi penjahat. Siapa pegawai British? Dato’ Onn dan Tunku Abdul Rahman itulah pegawai British. Tapi bila tiba bulan merdeka hanya mereka yang ditonjolkan. Kalau begitu UMNO seorang sajalah yang merdeka, betul tidak,” tuduhnya.Artikel asal

Untuk merancakan ekonomi negara-Malaysia tidak sepatutnya bergantung FDI: Tun M

Malaysia tidak boleh bergantung terhadap pelaburan langsung asing (FDI)untuk merancakan ekonomi, kerana negara ini tidak mampu lagi bersaing dengan negara-negara jiran yang mempunyai upah buruh yang murah.

Pelabur asing akan memilih Vietnam, China, Indonesia atau Thailand atau Filipina untuk melabur, kerana negara-negara itu masih mempunyai kadar upah buruh yang jauh lebih murah berbanding negara ini.

Pada masa lalu, Malaysia masih bergantung kepada FDI, kerana negara ini tidak cukup modal, tiada teknologi dan pengetahuan mengenai pasaran dunia, namun pada masa kini, negara telah mempunyai cukup modal, teknologi dan pengetahuan mengenai pasaran global.

Apa yang perlu adalah memberi insentif yang cukup kepada pelabur tempatan seperti insentif cukai dan insentif yang serupa yang diberikan kepada pelabur asing.

Putrajaya telah mengujur target sebanyak RM1.4 trillion pelaburan menjelang 2020 untuk mendatangkan pulangan sebesar RM1.7 trillion bagi membolehkan negara ini menjadi negara maju.

Friday, August 26, 2011

Sodomi II: Pakar Australia bingung calitan daripada dubur Saiful masih baik

Bagaimanakah tiga calitan kapas yang diambil dari lubang dubur pengadu kes liwat, Mohd Saiful Bukhari, tidak menunjukkan sebarang tanda tercemar apabila diuji kira-kira 100 jam kemudiannya?

Inilah isu yang membingungkan pakar DNA dari Australia, Dr Brian McDonald.

Menyifatkan penemuan daripada tiga calitan yang ditanda B7, B8 dan B9 dari kawasan dubur pengadu sebagai "masih baik," McDonald (gambar) memberitahu perbicaraan kes liwat Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa ia "tidak konsisten dengan sejarahnya".

"Ini kerana tidak ada tanda pencemaran dan sampel itu masih baik," kata McDonald mengenai tiga sampel yang diambil dari lubang dubur Saiful 56 jam selepas kejadian liwat didakwa berlaku, antara jam 3.01 petang dan 4.30 pada 26 Jun 2008 .

Saiful diperiksa oleh empat doktor di Hospital Kuala Lumpur antara jam 9 malam 28 Jun dan tengah malam 29 Jun 2008.

Pegawai penyiasat, Supt Jude Blacious Pereira - dalam keterangannya sebelum ini - berkata sampel tersebut disimpan dalam sebuah laci di pejabatnya yang berhawa dingin dan diserahkan kepada ahli kimia, Dr Seah Lay Hong pada kira-kira jam 7 malam 30 Jun 2008.

Semalam, McDonald, 60, memberitahu mahkamah bahawa sampel tersebut secara idealnya perlu disimpan dalam peti sejuk pada suhu -20 Celsius.

Sodomi II: Saiful masukkan airmaninya dalam duburnya: Pakar DNA Australia

Dr Brian McDonald tidak menolak kemungkinan sperma Mohd Saiful Bukhari Azlan sendiri ditemui pada duburnya sendiri.

Saksi keempat pihak pembela dalam kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim itu berkata, ini kerana ahli kimia kerajaan Dr Seah Lay Hong tidak mengasingkan sel-sel sperma dengan betul daripada sel-sel bukan sperma pada spesimen rektal si pengadu.

“Beliau mengandaikan adanya sel-sel ‘epithelial’ pada pecahan (sperma). Beliau tidak melakukan ujiannya dengan rapi,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini.

Sebelum ini Dr Seah memberitahu bahawa profil DNA Saiful diperoleh daripada ekstrak-ekstrak bukan sperma yang ditemui pada bahagian rektal yang tinggi.

Bagaimanapun dalam keterangannya hari ini, Dr McDonald menolak andaian sedemikian sambil berkata: “Beliau tiada bukti untuk menyokong yang itu.”

Sodomi II: Apa kah kelanjutan keterangan Dr Brian McDonald mengenai analisis DNA lelaki Y

Pakar Australia itu (gambar) akan meneruskan keterangannya hari ini, dua hari berturut-turut.

Semalam dia mendakwa bahawa analisis DNA lelaki Y adalah tercemar, sebab itu pakar kimia Malaysia mendapat keputusan yang salah, yang mana DNA lelaki Y sepatutnya bukan DNA Anwar.

Pastikan tiada peluang ke-2 bagi Pas menguasai Kedah: Ahmad Maslan

Umno menggesa rakyat Kedah supaya tidak memberi peluang kedua kepada pentadbiran kerajaan negeri yang diterajui PAS sekarang kerana mendakwa ia dilihat tidak mampu melaksanakan amanah mentadbir negeri dengan baik.

Ketika membuat gesaan itu, ketua penerangan Umno, Datuk Ahmad Maslan mendakwa sejak tiga tahun lalu, rakyat Kedah tidak melihat sebarang usaha kerajaan negeri, untuk membangunkan prasarana dan pembangunan rakyat yang diharapkan.

Sebaliknya, kata beliau, program pembangunan dan juga prasarana yang dinikmati rakyat Kedah ketika ini rata-rata merupakan hasil dayausaha kerajaan pusat yang berhasrat membawa kesejahteraan kepada rakyat.

"Kita tidak nampak sebarang perubahan yang dilaksanakan oleh kerajaan negeri. Mereka tidak mencari pelaburan luar untuk dibawa masuk ke Kedah demi kepentingan rakyat," katanya kepada pemberita dalam satu persidangan media di Pokok Sena.

Menurutnya, kerajaan negeri perlu peka mencari peluang pelaburan di negara luar untuk dibawa masuk ke Kedah bagi mewujudkan peluang pekerjaan serta meningkatkan sumber pendapatan negeri sendiri dan sekaligus generasi muda dapat mambangunkan negeri sendiri agar lebih maju.

Terdahulu Ahmad Maslah melawat tiga veteran Umno yang terlantar sakit dan menyampaikan sumbangan Aidil Fitri kepada 80 anak yatim, ibu tunggal dan fakir miskin.

Turut serta ketua Umno bahagian Pokok Sena, Datuk Ahmad Lebai Sudin dan Skuad Sayang Wanita Umno Pokok Sena.

Thursday, August 25, 2011

Sodomi II: Lelaki Y sepatutnya bukan Anwar-sebaliknya Obama: Pakar Australia

Pakar dari Australia memberitahu mahkamah hari ini bahawa seorang saintis telah melakukan kesilapan ketika mengendalikan ujian profil DNA yang pihak pendakwa telah gunakan untuk mengaitkan tuduhan liwat ke atas Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini.

Dr Brian McDonald, saksi keempat pasukan pembela berkata, ahli kimia kerajaan Nor Aidora Saedon telah melakukan kesilapan besar dalam kiraan pada ujiannya sehingga menyebabkan Anwar telah diputuskan sebagai “lelaki Y”, profil DNA yang didakwa ditemui pada dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

“Apa yang anda ada ialah campuran profil. Beliau melaporkannya sebagai satu profil tunggal,” kata Dr McDonald di Mahkamah Tinggi hari ini.

Kata beliau, Nor Aidora telah mencampur aduk garis panduan menjalankan proses ujian profil DNA, sehingga menyebabkannya memperoleh bacaan yang salah.

Seandainya analisis pakar kimia Malaysia salah, sepatutnya DNA lelaki Y itu, tidak sepadan dengan DNA Anwar, sebaliknya DNA Obama. Lojik Ke? Nampaknya Pakar Australia mencipta sesuatu khyalan, diluar bidang ilmu DNA.

Pada Februari lalu, pasukan guaman Anwar berhujah dengan mempersoalkan profil-profil DNA yang diperoleh hasil ujian ke atas tuala.

Tuala itu diberikan kepada Anwar ketika ditahan di lokap ibu pejabat polis Kuala Lumpur tiga tahun lalu selepas dituduh meliwat Mohd Saiful.

Peguam pembela Ramkarpal Singh Deo berkata berdasarkan ujian “electropharogram” yang dijalankan oleh Nor Aidora ke atas tuala itu, analisis menunjukkan bahawa ada dua profil DNA — satu Lelaki Y dan satu lagi tidak diketahui profilnya.

Ketika memberi keterangan pada 23 Februari lalu, kata Nor Aidora, profil-profil DNA yang ditemui pada barang tersebut sepadan dengan lelaki tidak dikenali “lelaki Y”, yang spermanya diperoleh dari dubur Saiful.

Keterangan pakar itu akan disambung esok.

Sodomi II:Kalau palitan tidak disejukbeku selepas 48jam- palitan itu musnah dengan sendirinya

Pakar DNA Australia Dr McDonald memberitahu mahkamah perbicaraan sodomi II Anwar Ibrahim hari ini, bahawa calitan kapas yang diambil daripada dubur Saiful akan musnah dengan sendirinya akibat tindakan bakeria jika tidak disejukbeku.

Mahkamah sebelum ini diberitahu bahawa selepas calitan kapas yang diambil daripada dubur Saiful yang dijalankan oleh doktor HKL, telah disimpan oleh pegawai penyiasat kes sodomi II, Jude Perera ke dalam locker tidak dilengkapi alat sejukbeku, sebelum diserahkan pada Jabatan Kimia oleh dianalisis.

Satu persoalan yang akan timbul, jika calitan kapas yang dimaksudkan untuk tujuan analsis DNA tidak dapat diterima mahkamah, maka dengan sendirinya tuduhan liwat ke atas Anwar akan digugurkan atas sebab teknikal. Jika ini berlaku, maka kes sodomi I berulang semula.

Orang ini tidak habis-habis dengan cincin RM24juta

Bekas anggota Majlis Pimpinan Pusat PKR, Badrul Hisham Shaharin mempertahankan dakwaannya bahawa cincin berharga RM24.4 juta dibawa masuk ke negara ini baru-baru ini untuk isteri perdana menteri, Datin Seri Rosmah Mansor.

Katanya, Rosmah dilaporkan telah memeriksa ketibaan cincin tersebut di bahagian kargo Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada 16 April.

Badrul (gambar), yang lebih suka baik dikenali sebagai Chegubard berkata, penyokong setia Rosmah pula menjadikan keadaan bertambah buruk buat isteri perdana menteri itu, kerana mereka membuat kenyataan yang bercanggah mengenai cincin itu, yang didakwa diterbangkan dari New York.

Sehubungan itu, beliau menggesa 'wanita pertama' itu supaya menjelaskan pembabitannya dalam pembelian cincin tersebut dari Yacob & Co kerana namanya didakwa tercatat dalam kolum penerima pada dokumen Kastam.

Chegubard telah mendedahkan 'bukti' tersebut di Pulau Pinang sebelum membuat laporan kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di negeri itu bulan lepas.

Sodomi II: Pakar DNA Australia pertikai kewibawaan Jabatan Kimia Malaysia

Kewibawaan Jabatan Kimia kerajaan dalam mengendalikan analisis DNA dibangkitkan dalam perbicaraan kes liwat Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini ─ dengan pasukan pembela mempertikaikan sama ada ia memenuhi standard antarabangsa.

Pasukan peguam Anwar memberitahu Mahkamah Tinggi bahawa dokumen-dokumen menunjukkan makmal kerajaan itu, yang terletak di Petaling Jaya, belum lagi menerima tauliah American Society of Crime Lab Directors (ASCLD).

Sebelum ini Dr Seah Lay Hoong daripada Jabatan Kimia mengatakan bahawa sebarang analisis jabatan itu bersandarkan kepada ASCLD.

Mahkamah hari ini diberitahu bahawa Jabatan Kimia negara yang berpejabat di Petalingjaya tersebut belum menerima tauliah daripada badan DNA antarabangsa tersebut, sejak permohonan akredisinya ditolak pada tahun 2005.

Wednesday, August 24, 2011

Sodomi II:Disebalik pilihan Anwar-keterangan tidak bersumpah untuk membela dirinya

Apabila Anwar memilih keterangan tidak bersumpah untuk membela dirinya, yang mana pilihannya itu tidak boleh disoal balas oleh pendakawaraya, pencacai Anwar tidakpun mengeluarkan tomahan sebagai penakut; sebaliknya apabila DS Najib, Datin Rosmah, Tan Sri Musa Hassan Datuk Mohd Rodhwan, tidak mahu ditemubual-maka berbagai tomahan dilemparkan kepada mereka-mereka itu dan antaranya mereka itu semua penakut.

Rakyat sepatutnya boleh menilai bagaimana hiporitnya para pencacai Anwar termasuk para pemimpin politik dalam Pakatan Rakyat.

Anwar dalam proses membela dirinya mempunyai tiga pilihan:-

1) Memberi keterangan secara bersumpah di kandang saksi dan boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

2) Memberi keterangan dengan tidak bersumpah di kandang tertuduh dan tidak boleh disoal balas oleh pendakwaraya.

3) Berdiam diri.

Disebabkan Anwar merasakan bahawa kejadian liwat itu berlaku, maka pilihan pertama tidak dipilihnya, atas sebab- jika itu menjadi pilihannya maka terlalu banyak rahsia akan terbongkar, termasuklah kata laluan MOHKTAR dan CIFUT (can I fuck you Today).

Sebenarnya jika Anwar mahu menjaga kredibiltinya, maka pilihan pertama seharusnya menjadi pilihannya, bukannya pilihan kedua, dimana menutup peluang pendakwaraya memlakukan soalan balas.

Benarlah pepatah mengatakan Berani kerana benar, takut kerana salah.

Tuduhan sodomi terhadap Anwar bermula apabila bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan membuat laporan polis pada 28 jun, 2008; dua hari selepas diliwat kali terakhir di sebuah Kondominium di Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, Kuala Lumpur.

Akibat laporan polis yang dibuat oleh Saiful, Anwar sempat bersembunyi di Kedutaan Turki, Kuala Lumpur. Walau bagaimanapun, Anwar sempat masuk dalam lokap IPD Kuala Lumpur, pada 16 julai tahun yang sama.

Sejak laporan polis itu, Anwar termasuk keluarganya dan juga para penyokongnnya terus dihantui oleh bekas pembantu peribadinya itu.

Bagi menepis laporan Saiful tersebut, setiap hari Anwar serta ahli keluarga dan para penyokongnya terus-menerus mengatakan apa yang terjadi ke atasnya adalah fitnah serta konspirasi oleh pihak lawannya.

Sebenarnya ada berbagai cara dan kaedah yang boleh dilakukan oleh Anwar untuk membersihkan dirinya sekiranya apa yang berlaku ke atasnya satu fitnah, termasuklah bersumpah dengan nama Allah selain kaedah perundangan di mahkamah.

Akan tetapi Anwar tidak mahu menggunakan peluang yang ada sebaik mungkin. Sebaliknya mangsa yang diliwatnya dilihat lebih gentleman dan mendapat lebih kepercayaan masyarakat.

Mohd Saiful Bukhari dituduh melakukan fitnah ke atas Anwar. Akibat tidak tahan dengan tuduhan demi tuduhan yang dilemparkan terhadapnya dan ingin membuktikan beliau tidak bersalah , lantas Saiful bangkit mempertahankan dirinya dengan melakukan sumpah laknat.

Soal sumpah itu ada atau tidak ada dalam kaedah islam , itu soal lain, namun telah menjadi kebiasaan dan adat orang-orang melayu sekiranya dia dituduh melakukan perkara yang tidak dilakukannya , cara terbaik untuk menafikannya dan memberi keyakinan kepada masyarakat adalah dengan cara bersumpah, apatah lagi jika ianya berlaku kepada pemimpin anugerah tuhan seperti Anwar.

Dalam kes sodomi ini, sebenarnya Anwar tidak mahu mencari keadilan terhadap mangsa mahupun membersihkan dirinya, ini kerana sejak sodomi II di hibahkan ke mahkamah, lebih kurang 70 kali ditangguhkan oleh peguam-peguam Anwar sejak 18 Februari,2009.

Pelik bin ajaib juga yang berlaku dalam proses ini. Anwar dan peguam-peguamnya tidak mahu menggunakan proses tersebut sebaik mungkin untuk merungkaikan kebenaran kepada dirinya tetapi lebih kepada hendak bermain politik.

Apabila proses mahkmah berjalan selama lebih 3 tahun, akhirnya pada 16 Mei lalu, Hakim yang mendengar kes sodomi II ini, memutuskan bahawa pihak pendakwaan berjaya menimbulkan kes prima facie, dan mengarahkan Anwar membela dirinya.

Pembelaan Anwar bermula pada 22 Ogos, setelah tertangguh 2 kali. Dalam pembelaan Anwar itu, yang memakan masa 2 jam dengan ketebalan 32 muka surat dimana Anwar memilih bahasa inggeris, sebahagian besar isi kandungannya bukan pembelaan, akan tetapi tuduhan-tuduhan kepada pihak kerajaan termasuk hakim yang mendengar kes itu- Datuk Zabidin Mohd Diah.

Daripada keseluruhan ucapan Anwar itu, hanya dua perkara yang menjurus kepada membela dirinya- Dia berumur 60 tahun dan sudah tua, tidak mungkin boleh melakukan kekasaran terhadap pengadu yang berketinggian hampir 6 kaki dan masih muda, dan selain itu, pengadu mempunyai banyak peluang untuk lari daripada diliwat.

Selain itu, Anwar juga berkata bahawa pangadu membawa bersamanya KY Jelly semasa datang ke tempat kejadian, dan sempat duduk di kerusi berhadapannya dan minum bersama.

Apa yang ingin timbulkan dalam kenyataan ini, adalah mempersoalkan kenyataan Saiful, yang sebelum ini mengatakan rasa takut dan marah, apabila OKT meminta untuk meliwatnya melalui kata-kata Can I Fuck You Today.

Selain itu, Anwar juga mempertikai kenyataan Saiful semasa keterangannya di Mahkamah, bahawa kejadian liwat itu bukan atas sukarela, sebaliknya dipaksa oleh OKT.

Apapun, melalui kenyataan Anwar pada 22 Ogos lalu, mengakui adanya unsur liwat, tetapi bukan paksaan sebaliknya atas dasar kerelaan (kerana penggadu ada membawa cream pelicin-KY Jelly).

Kenyataan Mufti Perak: Apa kah satu polimek???

Tan Sri Harussani Zakaria buat pertama kali mendedahkan beliau pernah menegur Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berkaitan tiga perkara menyentuh perpecahan orang Melayu yang berterusan - banyak diperkatakan sejak pilihan raya umum 2008.

Tanpa menyebut bila pertemuan dengan Najib diadakan, Mufti Perak ini berkata, perpecahan Melayu yang berlaku disebabkan pentadbiran negara yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah.

“Saya kata (kepada Najib) perpecahan Melayu yang berlaku ini disebabkan kerajaan yang cukup lemah, rasuah dan tidak amanah,” katanya pada pada Wacana Ulama Politik Untuk Dakwah Atau Parti anjuran Sinar Harian hari ini.

Pada majlis itu, Harussani juga berkata orang Melayu berpecah selepas bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memecat Datuk Seri Anwar Ibrahim pada September 1998.

Najib menjadi perdana menteri keenam pada April 2009, menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi.

Kata Harussani, berbeza dengan Tun Abdul Razak Hussein, perdana menteri kedua itu melaksanakan tiga perkara yang bercanggah dengan hukum Islam.

“Perayaan Thaipusam hanya setahun sekali tapi di Pulau Pinang sebulan sekali, mereka masuk ke kampung Melayu... dalam perlembagaan Islam agama negara tapi agama lain bebas diamalkan di kalangan mereka sedangkan di kampung itu hanya ada seorang (yang beragama) Hindu tapi masuk ke kampung Melayu... saya jumpa Abdul Razak dan dengar apa yang saya katakan.

“Kedua 14 tokong yang guna nama-nama Melayu, saya tunjuk gambar (kepada Abdul Razak)... kes sama di Pulau Pinang, kemudian semua dibuang dan ketiga kongsi raya, saya kata syirik, saya kata kita raya kita, sesama kita, kemudian masing-masing sambut raya masing-masing,” katanya.

Bagaiamanapun kata Harussani, beliau pernah mencadangkan tiga perkara kepada Tun Abdullah Ahmad Badawi tetapi ditolak.

Beliau tidak menggariskan tiga perkara yang dimaksudkan.

Sebelum ini isu perpecahan Melayu acap kali dibangkitkan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Melayu termasuk Perkasa yang diketuai Datuk Ibrahim Ali.

Harussani sebelum ini berkata pernah melahirkan mahu menjadi orang tengah untuk membincangkan kerjasama politik antara Umno dan PAS.

Baru-baru ini Naib Canselor Universiti Utara Malaysia (UUM) Prof Datuk Dr Mohamed Mustafa Ishak berkata apa yang sedang berlaku di Malaysia sekarang ini ialah perpecahan masyarakat Melayu dilihat semakin parah kerana terlalu mengejar agenda masing-masing.

“Saya melihat sekarang ini dengan penuh kebimbangan perpecahan yang sedang berlaku dalam masyarakat Melayu sangat parah. Mereka bukan sahaja berpecah daripada kelompok parti politik malah dalam NGO juga berpecah dan dalam organisasi pun turut berpecah.

“Tidak sepakat dalam hal-hal yang menyentuh mengenai kepentingan rakyat... agenda perjuangan kita yang sebenar pun kita sudah lupa,” katanya.

Beliau berkata kalau pemimpin dan orang Melayu masih tidak insaf, mereka terpaksa menerima hakikat bahawa mereka mungkin akan hilang kemerdekaan.

Beliau berkata sehingga kini ahli-ahli politik tidak boleh mengambil pendirian bersama dalam isu-isu yang menyentuh kepentingan agama, bangsa dan negara kerana mereka masing-masing terlalu meterialistik hendak mendapatkan kuasa, ganjaran dan pangkat yang akhirnya mereka lupa apa perjuangan mereka yang sebenar.

Sodomi II: Pakar buntu bila disoal-kemasukkan airmani Anwar didubur Saiful

Pendakwa dalam perbicaraan kes liwat terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini membangkitkan Kemungkinan sperma sengaja dimasukkan ke dalam dubur pengadu, dan oleh itu berkemungkinan ada orang ketiga yang mempunyai akses kepada sperma tertuduh.

Peguamcara 11, Datuk Mohd Yusof Zainal Abidan,bertanyakan soalan tersebut kepada saksi ketiga pihak pembela, Dr David Wells - pakar patologi forensik Australia - mengenai kemungkinan tersebut.

Kemungkinan itu ditimbulkan oleh Yusof ekoran dakwaan pihak peguambela Datuk Seri Anwar bahawa berlaku pencemaran dan gangguan keterangan mengenai bagaimana sperma itu boleh masuk ke dalam dubur pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan.

Yusof: Jika seseorang memasukkan sperma itu, dia mesti ada sperma orang berkenaan?

Wells: (berfikir seketika) Perkara ini saya serahkan kepada pakar DNA.

Ahli kimia, Dr Seah Lay Hong, dalam keterangannya sebelum ini berkata, beliau menemui sperma dari sampel air mani yang diambil dari dubur Saiful.

Seorang lagi ahli kimia, Dr Nor Aidora kemudiannya mendakwa beliau membandingkan DNA tersebut dan mendapati ia milik Anwar.

Wells juga ditanya mengenai jangka hayat sperma, dan menurutnya ia boleh bertahan antara 36 dan 48 jam.

"Saya tidak selesa jika mengambil sampel selepas 36 jam," katanya.

Dalam kes Saiful, sampel tersebut diambil dalam sampel dalam 56 jam - iaitu dua hari - selepas kejadian liwat itu didakwa berlaku apabila dia pergi ke Hospital Kuala Lumpur.

Sodomi II: Kesan DNA daripada airmani dengan jangka hayat lebih 56 jam-jarang dikesan: Pakar Australia

Melalui satu kes di UK, dimana DNA masih dapat dikesan daripada airmani yang berjangka hayat melebih 56 jam, walaupun ianya jarang berlaku, namun melalui penemuan itu, hakikat yang mengatakan bahawa DNA daripada airmani hanya boleh dikesan apabila dianalisa dalam lingkungan 36 jam sudah dapat dipertikai.

Peguambela Anwar mempertikai kehadiran DNA tertuduh yang diperolehi daripada kesan airmani di dubur Saiful, kerana analsis terhadap calitan airmani tersebut dijalankan melebih masa 36 jam.

Saksi alibi Anwar-pakar Australia Dr David Wells berkata, dia sendiri telah pernah mencuba mengekstrak DNA daripada airmani yang berjangka hayat 56jam, namun tiada keputusan yang diperolehi.

Sodomi II: Saksi Anwar sendiri akui memang berlaku liwat

Saksi alibi Anwar, Pakar forensik daripada Australia-Dr David wells mengaku, bahawa apabila calitan airmani didapati dalam dubur, maka liwat telah berlaku. Namun, pengesahan mengenai airmani siapa? Dr itu lebih suka pakar DNA yang menjelaskannya.

Apabila Peguam Cara II-Datuk Yusof bertanya-jika benar bahawa calitan airmani berpunca daripada luar, maka para doktor yang memeriksa Saiful mempunyai airmani daripada tertuduh? Dr Pakar itu- tidak bersetuju dengan andaian itu.

Sodomi II: Dr Pakar Australia akui-jika airmani dijumpai dalam rektum-petanda berlakunya liwat

"Tusukan pada dubur terutama oleh benda tumpul, biasanya tidak membawa kecederaan jika ianya dilakukan bukan melalui paksaan" Mahkamah Jalan Duta diberitahu.

Pakar forensik Australia Dr David Wells memberitahu mahkamah Jalan Duta dalam sesi pembicaraan Anwar Ibrahim, bahawa jika palitan airmani dijumpai di kawasan rektum menunjukkan berlakunya liwat. Namun kata pakar itu, penentuan pemilik airmani itu sukar diketuai jika dianalisis melebihi 48 jam.

Bekas airmani masih boleh didapati walaupun kejadian liwat telah melebihi 48 jam, demikian pengakuan saksi ke tiga itu berkata.

Dr David Wells (gambar) merupakan saksi pembelaan.

Isu Gereja: Khalid Ibrahim sanggup guna nama Sultan Selangor demi tujuan Politik

Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah melahirkan rasa terkejut dan murka dengan tindakan Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim yang mengatakan penubuhan Majlis Syura adalah atas titah baginda, setiausaha sulit baginda berkata hari ini.

Sebaliknya, Datuk Mohamad Munir Bani berkata dalam pertemuan minggu lalu Khalid hanya mengatakan mahu bertemu dengan pengurusan Gereja Methodist Damansara Utama bagi mendapatkan penjelasan mengenai kontroversi pemeriksaan Jabatan Agama Islam Selangor (Jais) pada 3 Ogos ke atas premis itu.

“Memang tuanku langsung tidak titahkan Menteri Besar menubuhkan Majlis Syura itu sebab tuanku terkejut dan murka dengan apa yang berlaku.

“Tuanku tidak sebut apa-apa tentang Majlis Syura, saya sendiri tidak tahu macam mana Menteri Besar katakan tuanku titahkan, sekarang tuanku murka dan terkejut, dan suruh Menteri Besar perbetulkan semula kenyataan itu,” katanya.

Semalam kerajaan negeri Selangor memutuskan untuk menubuhkan Majlis Syura bagi menyelesaikan segala pertikaian yang berlaku dalam pemeriksaan Jais itu.

Jawatankuasa khas itu atau dikenali sebagai Majlis Syura — dianggotai Khalid, Mufti Selangor Datuk Tamyes Abd Wahid dan timbalannya Datuk Abd Majid Omar.

“Idea penubuhan Majlis Penasihat Syura ini dicadangkan oleh Sultan Selangor ketika kami mengadakan perbincangan pada minggu lalu,” kata Khalid dalam satu kenyataan semalam.

Gereja Methodist Damansara Utama menjadi tumpuan sejak beberapa minggu lalu selepas Jais melakukan pemeriksaan ke atas satu majlis makan malam muhibah anjuran Harapan Komuniti di premis itu.

Tindakan Jais itu mendapat bantahan banyak pihak, namun dipertahankan Exco Kerajaan Negeri Selangor Datuk Dr Hasan Ali yang menegaskan terdapat usaha untuk memurtadkan umat Islam pada program itu.

Tuesday, August 23, 2011

Sodomi II: Apa kah jangka hayat "airmani" dalam dubur Saiful -penyebab Anwar dibebaskan?

Sampel DNA yang berusia lebih daripada 36 jam tidak lagi dianggap sebagai bukti "bermakna", kata pakar patologi forensik Australia Dr David Wells pada perbicaraan kes liwat II hari ini.

Pada keterangannya ketika disoal oleh peguambela Sankara Nair, di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, Wells berkata adalah sukar untuk mendapatkan keputusan daripada spesimen seumpama itu,.

Sankara: Jika spesimen itu dalam rektum (pengadu) untuk 56 jam sebelum ia dikeluarkan, bolehkan sampel DNA didapati?

Wells: Saya akan sangat terkejut... Saya belum pernah terbabit dalam kes di mana DNA yang diambil dari dubur atau rektum hanya diambil selepas lebih daripada 24 hingga 36 jam setelah dimasukkan. Ia satu tempoh yang panjang tanpa udara kering ... Saya akan ragu-ragu untuk mendapatkan apa-apa hasil yang bermakna.

Pagi tadi, Wells memberitahu mahkamah bahawa dia lebih suka jika anggota polis tidak hadir semasa pemeriksaan ke atas mangsa serangan seksual.

Wells, yang mengkhusus dalam kes-kes serangan seksual, berkata dia lazimnya akan menjalankan pemeriksaan berseorangan dengan bantuan jururawat.

"Ini sangat sulit, ia menganggu, dan ada kemungkinan bahaya bukti dicemari.

"Mangsa mungkin berasa tidak selesa dan mereka mungkin merasa tertekan dengan kehadiran anggota polis," kata Wells - saksi ketiga pihak pembelaan.

Semasa pemeriksaan yang dijalankan ke atas pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegawai penyiasat Supt Jude Blacious Pereira berada di dalam bilik bersama-sama dengan doktor-doktor yang memeriksa Saiful.

Doktor yang merawat Saiful pada malam dia ke Hospital Kuala Lumpur adalah Dr Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan.

Menjawab soalan daripada pihak peguambela Sankara Nair semasa pemeriksaan balas, Wells menyifatkan laporan perubatan yang diisi oleh para doktor di Hospital Kuala Lumpur itu sebagai tidak tepat dan samar-samar.

Beliau berkata terdapat percanggahan dan ketidaksamaan pada borang proforma HKL yang digunakan untuk kes-kes serangan seksual dengan laporan perubatan Saiful. Contohnya, borang proforma menyatakan terdapat pendarahan tetapi laporan perubatan sebaliknya mengatakan tidak ada.

Selain itu, Wells turut mempersoalkan catatan doktor yang menyebut 'tiada penemuan konklusif' sedangkan menurut pengalaman beliau ia harus ditulis 'tiada sebarang penemuan".

Katanya perkataan "konklusif" bermaksud doktor yang memeriksa Saiful kurang pasti akan penemuannya sendiri.

Anwar, dalam kenyataan sepanjang 32 halaman semalam menafikan bahawa beliau mempunyai hubungan seks dengan bekas pembantunya itu.

Anwar dituduh meliwat Saiful di Unit 11-5-1 Kondominimum Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara 3.01 petang dan 4.30 petang 26 Jun 2008.

Jika disabitkan kesalahan, beliau boleh dikenakan hukumaan penjara sehingga 20 tahun dan disebat.

Apa dibalik "permohonan maaf" Harian Kompas

Artikel Harian Kompas yang mendasari "permohanan maaf" surat khabar terkenal Indonesia itu, disini
Ahad lalu, harian terkenal Indonesia Kompas "memohon maaf" kepada Perdana Menteri Datuk Seri Najib Abdul Razak berhubung laporan yang diterbitkan mengenai dirinya dan isterinya, Datin Seri Rosmah Mansor.

Namun, permohonan maaf itu didapati hanya diselitkan dalam satu wawancara dengan Najib.

Artikel pedas, yang menjadi kontroversi itu bertajuk 'Istri PM Najib dan Cincin 24 Juta Dollar'. Ia disiarkan pada isu Kompas 4 Ogos lalu tetapi dengan mudahnya boleh dilayari di versi Internet di Malaysia.

Antara lain, artikel itu mengaitkan Rosmah dengan pembelian kontroversi sebentuk cincin bernilai RM24 juta, dan mendakwa bakal besan Rosmah, Maira Nazarbayev, mempunyai hubungan dengan "mafia Rusia".

Maira Nazarbayev dari Kazakhstan adalah ibu kepada Daniyar Nazarbayev yang telah bertunang dengan Nooryana Najwa, anak gadis Najib dan Rosmah.

Kompas juga dalam laporannya itu menyifatkan Rosmah sebagai menjalani "kehidupan yang penuh kontroversi", dan mengaitkannya dengan Perimekar, syarikat yang dikatakan telah menerima komisen jutaan ringgit berikutan penjualan kapal selam Scorpene.

Menurut penulis, perjanjian yang mencurigakan itu antara faktor yang membawa kepada pembunuhan wanita warga Mongolia Altantuya Shaariibuu pada tahun 2006.

Menyedari artikel berkenaan mampu memberi kesan dan menjejaskan reputasi Najib, dua penasihat perhubungan awam tidak rasmi Najib - seorang daripada mereka dikaitkan dengan konglomerat Indonesia - bertindak segera mententeramkan keadaan - dengan meminta Kompas memohon maaf.

Menurut sumber Malaysiakini, permohonan maaf yang dituntut oleh Pejabat Perdana Menteri (PMO) pada mulanya ditolak oleh editor Kompas yang bertegas mempertahankan artikel mereka, khususnya berhubung dakwaan kegiatan kongsi gelap Maira, yang juga boleh dilayari secara meluas di Internet.

Dua penasihat itu kemudiannya mengancam mengugut Kompas dengan tindakan undang-undang, tetapi ini juga gagal untuk menundukkan akhbar Indonesia yang berpengaruh itu.

Kompas, bagaimanapun bersetuju membuka ruang kepada Najib untuk menjawap dan menangkis segala tuduhan dengan menghantar editor antarabangsa, Jimmy Harianto bagi menemubual Najib di Putrajaya pada Khamis lalu.

Bagiamanapun pada Ahad lalu, agensi berita nasional Bernama mengesahkan bahawa Kompas telah meminta maaf kepada Najib.

Setakat ini, mengapa Kompas membuat pusingan U pada saat-saat terakhir belum jelas tetapi menurut sumber, keputusan berkenaan telah dibuat dalam keadaan "situasi luar biasa".

Namun, akhbar itu jelas tidak membuat permohonan maaf secara penuh - ia boleh diibaratkan sebagai 'permohonan maaf separuh', kerana permohonan maaf itu diselitkan pada perenggan 10 di halaman 10 akhbar itu dalam laporan yang bertajuk 'PM Najib Razak: Demokrasi Juga Terjadi di Malaysia'.

Artikel wawancara dengan Najib itu memetik perdana menteri Malaysia itu menafikan dakwaan dalam artikel Kompas sebelum ini dan diikuti dengan permohonan maaf satu ayat yang berbunyi: “Atas pemberitaan tersebut, Pemimpin Redaksi Kompas Rikard Bagun, Sabtu (20 Ogos) di Jakarta, secara khusus menyatakan permintaan maafnya kepada Ketua Kerajaan dan Keluarga."

Selain menerbitkan penafian Najib, akhbar itu juga tidak menyatakan bahawa dakwaan dalam artikelnya itu adalah tidak benar. Malah Kompas juga tidak menarik semula balik artikel, yang didakwa menghina Najib dan isterinya itu.

Namun, di Malaysia, media arus perdana mencanang-canangkan permohonan maaf itu dan menyiarkannya di halaman utama mereka.

Sodomi II: Pakar forensik Australia kata laporan doktor HKL cacat

Seorang pakar forensik mencabar keputusan dan penemuan pemeriksaan perubatan kendalian Hospital Kuala Lumpur (HKL) ke atas Mohd Saiful Bukhari Azlan dengan menegaskan laporan perubatan itu adalah kecacatan.

Saksi kedua pasukan pembela Dr David Wells memberitahu Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur bahawa laporan disediakan oleh doktor HKL ─ Dr Mohd Razali Ibrahim, Dr Siew Sheue Feng dan Dr Khairul Nizam Hassan tidak tepat.

Ketiga-tiga mereka merupakan doktor di HKL yang memeriksa Saiful pada 28 Jun 2008 selepas mendakwa diliwat oleh seorang ahli pemimpin politik berprofil tinggi.

“Saya tidak mendapat keyakinan apa yang penyedia (laporan) sebenarnya katakan,” kata Dr Wells.

Dr Wells juga tidak bersetuju dengan rumusan laporan mengatakan tiada penemuan “konklusif” mengenai persoalan sama ada terdapat sebarang penembusan di bahagian dubur atau rektum Saiful.

“Laporan itu seharusnya menyebut ‘tiada penemuan klinikal’. Perkataan konklusif meninggalkan keraguan sama ada terdapat penembusan ataupun sebaliknya,” kata beliau.

Beliau juga menimbulkan persoalan mengenai percanggahan antara laporan proforma dan laporan pemeriksaan perubatan ke atas Saiful.

Sodomi II: Mantan Dr Hospital Pusrawi bertegas-tiada tusukkan pada Dubur Saiful

Saksi pembelaan kedua, bekas doktor di Hospital Pusrawi Dr Mohamad Osman Abdul Hamid dalam keterangannya berkata Mohd Saiful Bukhari Azlan, pegandu dalam kes liwat yang membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim memberitahunya bahawa objek plastik dimasukkan ke dalam duburnya seperti dinyatakan dalam laporan perubatannya.

Apabila diasak oleh ketua pendakwaan Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden, Dr Osman (gambar) bersetuju bahawa Saiful mendakwa beliau diliwat oleh seorang VIP tetapi juga mempertahankan kenyataannya bahawa bekas pembantu Anwar itu juga mengakui objek plastik dimasukkan ke duburnya.

Beliau merupakan doktor pertama ditemui Saiful pada 28 jun 2008.

Saksi yang berasal dari Myanmar dan mendapat pendidikan perubatannya dari Universiti Yangon berulang-kali menafikan cadangan oleh Peguam Cara Negara II itu bahawa beliau tidak menulis plastik dimasukkan ke dubur selepas pemeriksaan dijalankan.

Jelasnya, Saiful datang ke Pusrawi pada 28 Jun, 2008 dan mengadu kesakitan di duburnya.

Selepas menjalankan pemeriksaan, beliau dapati tiada kesan koyakan atau berdarah di kawasan berkenaan dan ketika itu Saiful memberitahu dia diliwat dengan objek plastik dimasukkan ke duburnya.

"Saya ada catatkan ini selepas Saiful beritahu saya selepas pemeriksaan dijalankan dan ada masukkan sebuah protoskop," katanya.

Menjawap soalan Yusof, Osman berkata memasukkan plastik bukan meliwat. Beliau juga menafikan bahawa nota perubatan itu ditambah kemudiannya.

Yusof: Nota (mengenai objek plastik berkenaan) dicatatkan kemudian?

Osman: Nota ditambah selepas pasca pemeriksaan.

Yusof: Saya andaikan dia tidak kata sebarang plastik.

Osman: Dia (Saiful) ada beritahu saya.

Karpal, dalam pemeriksaan balas, kemudian bertanya sama ada nota dicatakan pada hari selepasnya. Osman bagaimanapun menafikannya dan berkata ia dicatatkan pada hari yang sama.

Monday, August 22, 2011

Anwar kata tidak meliwat Saiful-bagaimana airmaninya didapati di lubang dubur pengadu?

Anwar Ibrahim hari ini menafikan beliau melakukan seks dengan bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan.

"Saya secara mutlak menafikan dakwaan terhadap saya. Saya ingin menyatakan bahawa dengan sejelas-jelasnya bahawa saya tidak pernah mempunyai hubungan seksual dengan pengadu Mohd Saiful. Dakwaannya penipuan secara terang-terangan dan kejam dan akan dibuktikan sedemikian,” kata Anwar.

Anwar, 64, yang membacakan kenyataan 32 muka dari kandang tertuduh, berkata tiada keterangan mengenai sebarang percubaannya untuk menyelak pintu unit kondomominium itu dari dalam.

Beliau berkata, berdasarkan testimoni Mohd Saiful, pengadu mempunyai kesempatan meninggalkan bilik itu tetapi beliau tidak berbuat demikian.

"Pengadu mempunyai peluang terbuka luas untuk lari tetapi beliau tidak berbuat demikian. Alasannya bahawa beliau terpaku ketakutan,” kata Anwar.

Anwar, yang membaca kenyataan itu hampir dua jam berkata, Mohd. Saiful sendiri telah mengaku bahawa beliau telah membawa bersama pelincir dan telah bersedia secara sukarela.

Selepas aksi yang didakwa, tertuduh menjelaskan mengenai testimoni pengadu bahawa Mohd Saiful telah minum dan berbual mesra dengannya.

Anwar berkata, tiada percubaan dibuat untuk mendapatkan rawatan dengan segera.

Mohd Saiful juga telah menghadiri satu majlis PKR dan menghadiri perjumpaan Kelab Anwar Ibrahim di rumahnya keesokannya tanpa menunjukkan sebarang tanda ketidakselesaan sama ada dari segi emosi dan fizikal.

Anwar, 63, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008 terhadap tuduhan melakukan hubungan bertentangan hukum alam di Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Pada 16 Mei, Hakim Mohamad Zabidin memerintahkan Anwar untuk membela diri selepas memutuskan bahawa Mohd. Saiful, ialah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Disebabkan Anwar menafikan perbuatan liwat, maka satu tandatanya, kenapa airmani terdakwa berada dalam dubur Saiful? Bukti DNApun telah dikemukan, bahawa airmani dalam dubur Saiful itu, salah satunya adalah daripada Anwar.- Bernama

Sodomi II: Anwar dakwa ianya konspirasi Najib

Anwar Ibrahim hari ini memberi keterangan dari kandang tertuduh dengan mendakwa Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengikut langkah Tun Dr Mahathir Mohamad untuk menamatkan kerjaya politiknya agar Barisan Nasional (BN) dapat terus berkuasa.

Anwar, kini Ketua Pembangkang, merupakan saksi utama pada prosiding peringkat pembela yang bermula hari ini.

Katanya, beliau memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh sebab tiada keyakinan akan diberi perbicaraan yang adil.

Kata Anwar, keseluruhan proses mahkamah tidak lain tidak bukan satu konspirasi Najib untuk menghantar beliau semula ke penjara dan mengakhiri kerjaya politik.

“Sebagaimana saya telah saya katakan, ini bukan perbicaraan jenayah. Ia diatur oleh kuasa-kuasa yang mahu saya tidak lagi dapat bergerak, agar mereka boleh kekal berkuasa,” katanya dengan berkata Dr Mahathir, bekas perdana menteri, telah mengambil tindakan yang sama pada akhir 1990an.

Dr Mahathir memecatnya pada September 1998 dan kemudian berhadapan dengan tuduhan salah guna kuasa dan kes liwat.

Sodomi II: Keterangan pertama Anwar- "Saya tidak pernah ada hubungan seks dengan Saiful"

Ketua Umum Pakatan Rakyat Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata beliau tidak pernah mengadakan sebarang hubungan seks dengan bekas pembantu peribadinya Mohd Saiful Bukhari Azlan.Demikian katanya semasa memberi keterangan pertama dalam kes meliwat bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun, 2008.

Anwar, Ahli Parlimen Permatang Pauh, memilih untuk memberi keterangan dari kandang tertuduh.

Menurut Anwar dakwaan (Saiful) adalah satu pembohongan terus-terang dan kejam dan (ia) akan dibuktikan demikian,” kata Anwar yang juga Ketua Pembangkang di Parlimen.

Anwar menambah dakwaan itu juga satu usaha keji dan hina untuk membunuh karakter beliau.

Tambah Anwar lagi-“Dalam hal ini, biar saya menekankan semula bahawa mereka boleh melakukan apa sahaja yang mereka mahu untuk membunuh karakter saya dan mencemarkan reputasi saya dan mengugut saya sekali lagi dengan hukuman penjara 20 tahun, tetapi ambil kata-kata saya, mereka tidak boleh menakutkan saya,” katanya.

Sambil menegaskan beliau tidak akan menyerah diri dalam usahanya melawan tuduhan kali ini, Anwar berkata, “kebenaran akan terbukti kelak.”

Anwar berhadapan dengan kes liwat kedua dalam tempoh satu dekad ini.

Pada 16 Mei, mahkamah memerintahkan Anwar membela diri selepas memutuskan bahawa Saiful, pengadu dalam kes itu, adalah seorang saksi yang boleh dipercayai dan berwibawa.

Anwar mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen pada 7 Ogos 2008, atas tuduhan melakukan seks di luar tabii di Kondominium Desa Damansara di Bukit Damansara, antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun tahun yang sama.

Anwar juga berkata, mengikut keterangan pengadu dia tiba di Kondominium Desa Damansara pada pukul 2.45 petang untuk membincangkan perkara berkaitan dengan kerja dan menyerahkan dokumen-dokumen yang dibekalkan oleh ketua stafnya Ibrahim Yaakob.

“Dia berkata dia menghentikan vannya di pondok keselamatan dan memaklumkan nama kod ‘Mokhtar’ kepada pengawal keselamatan sebelum dibenarkan masuk.

“Dia meletakkan kenderaan dan menggunakan lif ke Unit 11-5-1 di mana saya didakwa duduk di meja makan di bilik duduk. Dia mengatakan dia duduk di meja yang sama dan memulakan perbincangan. Dia memberitahu mahakamah saya menggunakan cara kasar untuk meminta agar diadakan hubungan seks,” kata Anwar.

Anwar menambah, apabila ditanya Saiful menjawab dia marah dan takut, malah tidak sanggup berbuat demikian tetapi patuh kerana “saya kelihatan marah.”

“Perlu diperhatikan di peringkat ini bahawa pengadu boleh, atas pengakuannya ketika keterangan peringkat utama, meninggalkan bilik kerana tiada bukti bahawa saya cuba untuk menutup pintu dari dalam,” kata Anwar.

Anwar menambah, Saiful juga mendakwa bahawa dia telah diarah masuk ke dalam bilik tidur dan dia masuk kerana rasa takut.

“Malah di peringkat ini, pengadu ada peluang untuk meninggalkan bilik duduk.

“Dia tidak berbuat demikian. Keterangan lain berhubung perkara ini dengan jelas menunjukkan bahawa pengadu mempunyai segala peluang untuk keluar (dari kondominimum), tetapi dia tidak melakukannya,” kata beliau lagi.

“Alasannya ialah dia diselubungi ketakutan,” kata Anwar dalam keterangannya sambil menambah, “alasan sedemikian bercanggah dengan fakta.”

Ketua Umum PKR ini seterusnya berkata Saiful merupakan seorang lelaki berusia awal 20-an dengan berketinggian “enam kaki” dan mantap secara fizikal, mempunyai hubungan dengan ahli-ahli politik dan pegawai kanan polis.

Malah katanya, Saiful juga bekas pelajar yang ada hubungan dengan Umno dengan menyertai pelbagai latihan kendalian Biro Tata Negara, agensi di bawah Jabatan Perdana Menteri.

“Dan di sini, saya seorang lelaki berusia 60 tahun dengan ada sejarah sakit belakang, yang telah menjalani pembedahan besar dan tidak memiliki sebarang kuasa.

“Jika saya telah menggunakan sebarang bentuk pengarauh atau tekanan mental ke atas dia, ini boleh dengan mudah dineutralkan dengan membuat satu panggilan segera kepada pihak-pihak yang ada hubungannya,” kata Anwar yang juga bekas timbalan presiden Umno dan bekas timbalan perdana menteri.

Anwar dipecat dari Umno dan jawatan kerajaan awal September 1998.

Mengenai dakwaan dia takut kerana boleh dicederakan, Anwar berkata, ia satu imaginasi untuk mengesyorkan bahawa beliau akan menyebabkan kecederaan fizikal ke atasnya.

Anwar seterusnya berkata ketika disoal balas, Saiful ada mengakui bahawa dia telah membeli bahan pelincir dan secara sukarela telah mengenakannya serta mendakwa hubungan seks telah berlaku dan ia “sesuatu yang menyakitkan.”

“Bagaimanapun, sangat jelas tiada bukti perubatan wujudnya kesan penembusan atau koyakan. Selepas hubungan (seks) yang didakwa berlaku, dia minum dan berbual dengan mesra dengan saya.

“Pengadu tidak cuba mendapatkan pemeriksaan perubatan dengan segera. Sebakliknya, dia menghadiri satu majlis PKR pada keesokan hari. Pada sebelah petang, dia mengambil bahagian dalam satu mesyuarat Kelab Anwar Ibrahim di rumah saya tanpa menunjukkan sebarang tanda emosi atau ketidakselesaan fizikal, malah trauma,” kata Anwar lagi.

“Sikapnya secara total tidak konsisten dengan dakwaan bahawa dia telah dikasari,” tambah beliau.

Malah kata Anwar, sedangkan dia tidak membuat laporan polis ataupun mendapatkan rawatan perubatan dengan segera, Saiful telah mengadakan pertemuan dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor selain bercakap dengan Tan Sri Musa Hassan, Ketua Polis Negara ketika itu dan mengadakan pertemuan dengan Datuk Mohd Rodhwan Mohd Yusof, bekas ketua polis Melaka, di sebuah hotel dua hari sebelum kejadian didakwa berlaku.

Najib merupakan timbalan perdana menteri ketika itu.

“Oleh itu adalah jelas daripada bukti itu bahawa pengadu telah berbohong meskipun Yang Arif (Hakim) memutuskan bahawa dia seorang saksi yang benar,” katanya.

Sunday, August 21, 2011

Rossa asyik bercinta dengan VIP berkeluarga?

PANASNYA janda si Yoyo yang khabarnya sekarang cuba dihimpit VIP dari negara ini. Sebelum ini dikatakan Rossa yang kecil molek itu dilamun cinta tetapi kemudian putus.

Sejauh mana benarnya desas-desus itu, sama-sama kita tunggu khabar seterusnya, lagipun Rossa menganggap Malaysia rumah keduanya.

Kalau benar Rossa membalas cinta VIP itu, tidak mengapa kerana dia solo. Cuma yang tak sedapnya VIP itu ada keluarga. Memang tidak salah VIP itu mahu dua, tiga atau empat, tetapi CAK yakin, gempar Malaysia dan Indonesia nanti.

Saya akur tidak bertanding pada PRU-13: KJ

"Sekarang bukan lagi soal calon lama, popular dalam parti atau berkelulusan tinggi. Apa yang penting, adakah masyarakat menerima calon untuk memastikan kemenangan Umno dan BN,".

Ketua Pergerakan Pemuda Umno Khairy Jamaluddin sanggup menerima keputusan kepimpinan untuk tidak meletakkannya sebagai calon pada pilihan raya umum akan datang jika bukan dianggap calon boleh menang.

"Jika Presiden Umno memutuskan saya bukanlah calon yang boleh menang, saya terima keputusan itu," katanya kepada pemberita pada satu majlis di Kota Bharu malam tadi.

Saturday, August 20, 2011

PAS dakwa minat pada PSC terkubur kerana Najib

PAS mungkin tidak menyertai jawatankuasa khas parlimen mengenai penambahbaikan pilihan raya berikutan sikap kerajaan yang didakwa semakin jelas tidak ikhlas, kata naib presidennya Salahuddin Ayub.

Sebaliknya PAS akan terus berpegang kepada pendirian supaya suruhanjaya diraja ditubuhkan segera bagi memastikan perjalanan dan pengendalian pilihan raya yang adil dan bersih di negara ini.

"Walaupun sebelum ini PAS amat berhati-hati untuk memberikan sebarang komitmen kepada jawatankuasa khas parlimen yang dicadangkan oleh (Perdana menteri, Datuk Seri) Najib (Razak) itu, tetapi kenyataan terbaru Najib telah membunuh minat PAS menyertai JK itu".

Menurut perdana menteri, pilih raya umum akan datang boleh diadakan pada bila-bila masa dan tidak terikat dengan keputusan yang dibuat oleh jawatankuasa mengenai penambahbaikan pilihan raya itu.

"Kenyataan itu menguatkan keyakinan PAS bahawa Najib hanya melepaskan batuk di tangga apabila mengumumkan cadangan menubuhkan jawatankuasa itu dan hakikatnya beliau dan Umno tidak pernah serius dalam mendepani tuntutan reformasi pilihan raya negara ini,".

BERSIH 2.0 sebelum ini mengemukakan lapan tuntutan ke arah memperbaiki perjalanan dan pengendalian pilihan raya negara ini.

Antara lapan tuntutan tersebut ialah supaya Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) membersihkan daftar pengundi, mereformasikan undi pos, gunakan dakwat kekal, masa kempen minima 21 hari, akses media yang bebas dan adil, kukuhkan institusi awam, hentikan rasuah dan hentikan politik kotor.

Pembangkang pertimbang tarik diri anggotai PSC-SPR

Pakatan Rakyat akan mempertimbangkan kemungkinan menarik diri daripada jawatankuasa pilihan khas jika Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak berhasrat untuk mengadakan pilihan raya umum ke-13 sebelum panel itu membuat syor pembaharuan pilihan raya untuk dilaksanakan.

“Ada cadangan supaya kita menarik diri... tidak guna kita menganggotai jawatankuasa, bincang, buang masa dan buang duit, tetapi mengadakan pilihan raya umum sebelum jawatankuasa khas membuat syor dan kerajaan melaksanakan syor-syor itu,” kata Ketua Penerangan PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man.

Barisan kepimpinan pembangkang melahirkan rasa sangsi dengan keikhlasan Najib mahu membentuk jawatankuasa tersebut.

Terdahulu, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Timbalan Presiden DAP Kebangsaan Dr Tan Seng Giaw mempersoalkan ikhlasan Najib mengumumkan pembentukan jawatankuasa tersebut.

Bersih 2.0 juga menggesa pilihan raya umum ke-13 tidak wajar diadakan selagi syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan sistem pilihan raya tidak dilaksanakan sepenuhnya.

“Bersih 2.0 dengan keras mengulangi tuntutannya bahawa kerajaan tidak harus mengadakan mana-mana pilihan raya sehingga dan melainkan syor-syor jawatankuasa pilihan khas Parlimen berkaitan pembaharuan segera dilaksanakan,” kata gabungan lebih 60 pertubuhan bukan kerajaan ini dalam satu kenyataan hari ini.

Malah kata beliau, jika keanggotaan jawatankuasa itu terdiri daripada ahli-ahli Parlimen sahaja, kedudukan mereka akan terbatal sebaik sahaja Parlimen dibubarkan untuk diadakan pilihan raya.

“Oleh itu, jawatankuasa ini tidak harus dinamakan jawatankuasa pilihan khas Parlimen, tetapi hanya jawatankuasa khas yang boleh dianggotai pelbagai pihak, bukan setakat ahli-ahli Parlimen sahaja,” katanya lagi.

Pakatan persoal bajet JPM yang meningkat 4 kali ganda

Pakatan Rakyat mempersoalkan Peruntukan dana bagi Jabatan Perdana Menteri (JPM) yang telah meningkat dengan ketara sejak tahun 2008.

Sehubungan itu, Pakatan menuntut Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menjelaskan peningkatan mendadak bajet JPM sepanjang tempoh tiga tahun yang lalu.

"Sepanjang tempoh Rancangan Malaysia ke-8 (2001-2005), belanjawan pembangunan untuk JPM ialah RM7.2 bilion, atau 4.3 peratus daripada jumlah keseluruhan peruntukan bagi tempoh tersebut.

"Bajet pembangunan jabatan itu menyaksikan peningkatan empat kali ganda dalam Rancangan Malaysia ke-9, menjadikannya RM29.6 bilion, ataupun 13.5 peratus daripada jumlah peruntukan Rancangan Malaysia ke-9," kata ahli parlimen DAP bagi kerusi Bukit Bendera Liew Chin Tong.

Bagi Liew, bajet JPM bagi tahun 2009 dianggapnya sebagai "keji", kerana ia adalah dua kali ganda daripada bajet RM7.1 bilion bagi tahun sebelumnya berbanding RM14 bilion.

Bagi tahun 2010, JPM telah diperuntukkan RM12.1 bilion, rendah sedikit daripada jumlah bagi tahun 2009.

Bagi tahun 2011, pula JPM telah diperuntukkan RM15.86 bilion - RM10.78 bilion untuk pembangunan dan RM5.76 bilion untuk operasi.

Menurut Liew apa yang dilakukan selama ini oleh kerajaan BN adalah tidak sihat kerana peruntukan bajet hanya ditentukan oleh Najib sahaja.

“Bila Perdana Menteri kata dia akan bagi sejumlah wang tertentu, ia bermaksud beliau tidak boleh dipersoalkan. Ini adalah tidak sihat untuk ekonomi Malaysia,” katanya.

Friday, August 19, 2011

Parlimen boleh dibubarkan bila-bila masa untuk PRU-13: Najib

Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) boleh diadakan pada bila-bila masa tanpa terikat kepada laporan yang akan dikeluarkan oleh Jawatankuasa Khas Terpilih Parlimen berhubung penambahbaikan sistem pilihan raya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd Najib Tun Razak berkata, kerajaan tidak semestinya menunggu hasil laporan jawatankuasa khas berkenaan siap sepenuhnya untuk membubarkan Parlimen bagi membolehkan pilihan raya diadakan.

"Pilihan raya boleh diadakan pada bila-bila masa, tak ada kaitan dengan Jawatankuasa Khas Parlimen.

"Tak terikat...tak terikat, boleh bila-bila masa," katanya pada sidangb media selepas mempengerusi mesyuarat Majlis Tertinggi (MT) Umno di Kuala Lumpur, Jumaat.

Berhubung sama ada kerajaan mempunyai masa yang cukup untuk melakukan reformasi terhadap sistem pilihan umum sebelum penggal Parlimen berakhir pada 2013, Najib berkata ia terpulang kepada bentuk cadangan yang akan dikemukakan oleh jawatankuasa khas tersebut.

"Sudah pasti kita akan ambil masa (laksanakan). Kalau ada sesuatu yang kita boleh buat secara segera..kita buat segera," katanya.

Pas dakwa UMNO dalang memurtadkan penganut islam

Ketua Penerangan Pas Pusat merangkap pesurujaya Pas Pahang Tuan Ibrahim Tuan Man mendakwa bahawa Umno adalah dalang memurtadkan penganut agama islam. Faktanya katanya, kenapa Senator Ezam Mohd Nor melakukan demonstrasi di depan pejabat Menteri Besar selangor, berhubung serbuan JAIS ke gereja GDMU pada 3 Ogos, sepatutnya katanya-demonstrasi itu dijalankan di depan gereja itu, untuk membantah usaha memurtadkan penganut agama islam oleh gereja tersebut.

Sementara itu, Timbalan Presiden Pas Mohammad Sabu berkata, isu Murtad adalah permainan Umno untuk menarik sokongan kaum melayu yang beragama islam, kerana Umno tahu, bahawa BN tidak lagi mendapat sokongan daripada kaum cina dan india.

Malah Timbalan Presiden itu berkata pada masa lalu dalam ceramahnya telah mendedahkan bahawa terdapat paderi berbangsa Melayu dan ada orang melayu dikristiankan, tetapi selepas itu beliau ditahan melalui ISA.

Selain itu, Mat Sabu mempersoalkan kenapa selepas beribu orang yang bergama islam berjaya dimurtadkan, kenapa sekarang baru ada pihak-pihak dalam Umno begitu melinting berhubung memurtadkan penganut agama islam.

Isu murtad dan proses Kristianisasi pada masa kini telah dijadikan sebagai isu utama media arus perdana milik Umno-BN adalah sekadar untuk tujuan politik menjelang pilihan raya umum (PRU) ke-13, kata Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu.

Sejak kontroversi serbuan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) di Petaling Jaya pada 3 Ogos lalu yang dikaitkan dengan laporan murtad, rakyat saban hari disajikan dengan ledakan pelbagai bukti oleh media dan blog-blog pro-Umno.

Thursday, August 18, 2011

Karpal Singh pertikai kemunculan Saiful di TV3

Peguam utama dalam kes liwat membabitkan Datuk Seri Anwar Ibrahim - Karpal Singh, mahu hakim yang membicarakan kes itu bertindak terhadap pengadu Mohd Saiful Bukhari Azlan kerana muncul dalam wawancara dengan TV3, baru-baru ini.

"Saya rasa hakim itu patut lakukan sesuatu ... hakim mempunyai tanggungjawab, anda tahu, dengan serta-merta keluarkan surat tunjuk sebab. Saya fikir itu yang patut oleh hakim," kata Karpal.
Selasa dan Rabu lalu, Mohd Saiful keudara menerusi program berita TV3 Buletin Utama. Dalam wawancara eksklusif itu, beliau menceritakan kesukaran yang ditanggungnya akibat kes liwat itu.

Bagaimanapun, Karpal enggan mengulas lanjut mengenai perkara itu, kerana berkata bahawa kes berkenaan masih dalam proses perbicaraan.

Beliau berkata demikian kepada wartawan di kompleks mahkamah di Jalan Duta di Kuala Lumpur selepas menemu bual seorang lagi saksi, hari ini, iaitu jururawat Pusrawi Yazihan Jusoh, bersama peguam kanan Param Cumaraswamy dan Sankara Nair.

Ditanya sama ada pihak pembelaan akan menimbulkan wawancara TV3 dengan Saiful apabila perbicaraan bersambung Isnin ini, Karpal berkata beliau akan mengkaji temu bual itu, terlebih dahulu sebelum membuat keputusan.

Undi Tentera-PAS hanya buat kontroversi: Jeneral ATM

Angkatan Tentera Malaysia hari ini menafikan sekeras-kerasnya dakwaan manipulasi undi pos yang dibuat oleh empat bekas anggotanya semalam.

Panglima Angkatan Tentera, Jeneral Tan Sri Zulkifeli Mohd Zin, bagaimanapun tidak menyalahkan bekas anggota berkenaan yang didakwanya "mungkin telah dipergunakan sebagai alat."

"Saya sudah periksa (dakwaan itu). Sebab itu saya berani menyangkal.

"(Dakwaan) itu tidak betul, tidak ada kesahihannya," katanya lagi yang mencabar supaya bukti dikemukakan untuk mengukuhkan dakwaan.

Beliau sebaliknya menyalahkan Pemuda PAS yang menganjurkan sidang media menampilkan empat orang bekas tentera tersebut.

"Saya tidak mahu salahkan bekas tentera saya. Mungkin mereka ada kekurangan masing-masing.

"Saya boleh ibaratkan (tindakan Pemuda PAS) sebagai tindakan pengkhianatan sebab ambil kesempatan," katanya lagi ketika ditanya sama ada angkatan tentera akan mengambil tindakan ke atas bekas anggota berkenaan.

Ketika ditemui selepas itu, Zulkifeli dengan tegas berkata tindakan memangkah undi bagi pihak anggota lain seperti didakwa itu "tidak boleh berlaku."

"Macam mana ia boleh berlaku, kita tidak akan benarkan ia berlaku," tambah Zulkifeli lagi, mengulas dakwaan yang ditimbulkan bekas anggota tentera itu bahawa mereka diarahkan untuk memangkah ribuan kertas undi semasa pilihan raya sebelum ini.

Dalam sidang medianya, Zulkifeli berkata tindakan "mencemuh" sistem yang digunakan pakai dalam angkatan itu juga serius kerana boleh menjejaskan moral anggota tentera, katanya lagi.

"Saya tertanya-tanya kenapa sidang akhbar semalam dilakukan, sedangkan perdana menteri telah berkata jawatankuasa terpilih parlimen akan diwujudkan (bagi memperbaiki sistem pilihan raya).

"Adakah (Pemuda PAS) ingin timbulkan kontroversi berhubung isu itu, selepas tuduhan yang kata (orang) yang mempunyai status penduduk tetap dalam masa empat jam diberi (status) warganegara, isu ini pula yang timbul.

"Adakah ini usaha untuk cemarkan imej ATM atau mahu serang kami? Mahu pecah belahkan kami?," katanya lagi dalam sidang media di Kementerian Pertahanan, Kuala Lumpur petang ini.

Jelasnya, angkatan tentera sentiasa bersikap apolitikal dan hanya akan menyokong kerajaan yang dipilih rakyat dan juga setia kepada Yang Di-Pertuan Agong.

Tambahnya, pihak yang bercita-cita untuk memerintah perlu mendapatkan sokongan daripada rakyat terlebih dahulu dan juga menyokong angkatan tentera.

"Anda perlu sokong kami, akui pengorbanan kami... Tidak kira siapa pun yang perintah, ini sajalah angkatan bersenjata yang ada.

"Jika anda tidak setia kepada kami, bagaimana kami tidak boleh jadi tidak setia kepada anda?" kata Zulkifeli lagi.

Wednesday, August 17, 2011

JK Parlimen untuk puaskan pembangkang: Najib

Tiga hari selepas mengumumkan pembentukan jawatankuasa pilihan khas Parlimen mengenai pilihan raya, Datuk Seri Najib Razak berkata keputusan itu diambil untuk “memuaskan” pembangkang meskipun mereka menyertai perhimpunan Bersih 2.0 pada 9 Julai.

“Kami akan memperbaiki proses (pilihan raya) jika ia dipertikai.

“Kami tidak mempertikaikannya tetapi untuk memuaskan mereka, maka kami akan melaksanakan perubahan untuk memperbaiki sistem,” kata beliau (gambar).

“Kami mahu sesiapa yang memerintah negara ini dipilih mengikuti kehendak sebenar rakyat,” kata beliau pada majlis berbuka puasa di Pangsapuri Seri Perantau, kawasan perumahan kos rendah 11 blok dibina oleh Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS).

Dalam pada itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein berkata Kementerian Dalam Negeri kini dalam usaha merangka persiapan untuk menjawab segala isu yang mungkin akan dibangkitkan oleh jawatankuasa pilihan khas Parlimen kelak berhubung usaha menambah baik sistem pilihan raya.

Kata Hishammuddin, kementeriannya telah mengadakan pertemuan dengan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan antara isu yang dibincangkan pada pertemuan itu ialah mengenai daftar pemilih.

Beliau berkata turut dibincangkan pada pertemuan antara Ketua Setiausaha Kementerian Dalam Negeri Tan Sri Mahmood Adam dan Pengerusi SPR Tan Sri Abdul Aziz Yusof itu ialah mengenai pembersihan pada senarai daftar pemilih.

“Penting untuk menyelaraskan dari segi senarai nama mereka yang telah dapat kewarganegaraan, yang meninggal dunia dan senarai yang boleh mengundi,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat pasca-Kabinet di sini.

Dipetik Bernama Online, Hishammuddin berkata pertemuan dengan SPR itu penting memandangkan setiap kali isu pilihan raya timbul, macam-macam tuduhan tidak berasas yang menyentuh tanggungjawab Kementerian Dalam Negeri dilemparkan.

Pembangkang pun terlibat menipu undi: Tun M

Pembangkang juga, dakwa bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, terlibat dalam tipu muslihat semasa pilihan raya.

Katanya, sewaktu pentadbirannya, pembangkang juga terlibat dengan taktik seumpama itu.

Pada satu masa, tambah Dr Mahathir, terdapat 50 orang yang didaftarkan di sebuah rumah.

"Kami tidak tahu bagaimana, tetapi mereka berjaya mendaftarkan pengundi dalam kawasan pilihan raya," katanya kepada pemberita selepas melancarkan kutipan dana membantu mangsa kebuluran di Somalia.

Dr Mahathir berkata, perkara itu perlu ditangani Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) dan beliau menyatakan sokongannya terhadap penubuhan jawatankuasa khas Parlimen untuk reformasi pilihan raya, yang diumumkan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Bekas perdana menteri itu juga mengakui pilihan raya di Malaysia tidak bebas daripada penyelewengan dan campurtangan kerajaan yang memerintah tetapi menegaskan apa-apa kecacatan pun yang ada, tidak seserius di tempat lain di dunia.

Dr Mahathir berkata, pilihan raya di Malaysia, walaupun tidak benar-benar bersih, tetapi bersih.

"Saya perlu menegaskan bahawa ia juga tidak seteruk di negara-negara lain di mana kerajaan mendapat 90 peratus undi... di sini pembangkang juga menang beberapa negeri," tambahnya.

Blog Archive