Saturday, December 31, 2011

Contohi saya- kata Robert Phang kepada Shahrizat, Awang Adek

Bekas penasihat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM), Datuk Robert Phang hari ini menasihatkan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Awang Adek Hussin supaya mencontohi tindakannya dan meletak jawatan apabila berdepan dengan tuduhan rasuah.

"Ketika saya berada dalam lembaga penasihat SPRM, saya telah membangkitkan banyak penyelewengan terhadap bekas menteri besar Selangor, Datuk Dr Khir Toyo dan bekas pengerusi MAS, Tan Sri Tajudin Ramli, kemudian seorang penulis blog menuduh saya beri rasuah untuk kontrak kerajaan.

"Saya menawarkan diri untuk meletakkan jawatan daripada lembaga penasihat itu kerana SPRM perlu menjalankan siasatan.

"Saya tidak boleh berada dalam lembaga itu, atau orang akan kata saya cuba mempengaruhi siasatan," katanya.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di ibunegara hari ini, Phang berkata begitu juga yang sepatutnya dilakukan oleh Shahrizat dan Awang Adek, dengan meletak jawatan.

Katanya, kedua-dua mereka perlu berada di luar kerajaan sehingga dibersihkan daripada tuduhan tersebut, kerana kehadiran mereka boleh menjejaskan pentadbiran Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Pengalaman masa lalu, Tan Sri Muhammad Mohammad Taib Menteri Besar Selangor meletakan jawatan kerana ditangkap oleh kastam Australia kerana gagal mengistiharkan sejumlah wang semasa meninggalkan negara itu, demikian juga Menteri Besar yang menggantikan beliau, Datuk seri Abu Hassan Omar, melepaskan jawatan kerana dituduh terbabit membuat pengubahsuian rumah rasmi menteri besar. Selain itu, Ketua Menteri Melaka, Tan Sri Rahim Thamby Chik juga meletakan jawatan, kerana didakwa ada skandal dengan gadis bawah umur.

Tujuan para pemimpin itu, supaya tidak meletakan diri mereka sebagai liabilti kepada kerajaan mahupun parti. Selain itu, sebarang tindakkan pihak-pihak terbabit, bebas daripada prasangka, bahawa ada unsur-unsur campur tangan daripada pihak-pihak yang terbabit.

Adalah satu kehormatan, apabila Shahrizat dan Awang Adek mencontohi tindakan para pemimpin terdahulu.

Satu yang perlu diingat, sokongan yang diperolehi daripada para penyokong sendiri, tiada makna langsung, kalau majoriti menolak.

Bertindaklah, sebelum semua tertungkup, kerana ego.

Datuk Lajim Ukin akan keluar Umno?

DESAS DESUS semakin kencang, bahawa Datuk Lajim Ukin wakil rakyat Beaufort, Sabah seorang AMT Umno dan seorang timbalan menteri persekutuan akan keluar parti terbesar melayu itu.

Lajim yang mempunyai kaitan dengan penubuhan kerajaan negeri Sabah dibawah naungan BN pada tahun 1994, dikatakan akan mengetuai sebuah parti yang dijenamakan semula.. SABAH FRONT PARTY (SFP).

Tidak diketahui punca dan penyebab sebenar, pemimpin itu akan meninggalkan Umno, kerana sejak kemasukkannya dalam Umno, beliau senantisa mendapat tempat, malah terus menang melalui beberapa pilihanraya umum mahupun parti.

Awal minggu ini di Surat khabar tempatan Sabah telah tersiar dimuka depan, bahawa Datuk Lajim akan keluar parti, namun telah disangkal oleh Setiausaha BN Sabah-Datuk Rahman Dahalan.

SFP yang dijenamakan semula akan dilancarkan tahun depan, kini berpejabat di Bangunan Wisma Milenium, Penampang.

Melihat gerakan parti baru itu, seolah-olah mempunyai kekuatan dari segi kewangan, kerana mampu membaik pulih ruang pejabat tiga tingkat di wisma itu.

Jika benarlah Datuk Lajim akan keluar, ianya akan mencerencat peluang BN mempertahan DUN Klias dan Kuala Penyu serta parlimen Beaufort.

Datuk Lajim daripada suku bisaya, juga mempunyai gelaran daripada sukunya JANANG GAYOH.

Sabah bergolak dalam diam

Percaturan politik Sabah semakin rancak, terutama pembangkitan 20 perkara perjanjian penggabungan Sabah bersama Sarawak, Singapura dan Malaya pada tahun 1963 membentuk Persekutuan Malaysia.

Selain itu, isu kadar royalty minyak daripada Petronas yang hingga ini kekal 5 peratus.

Isu pendatang tanpa izin yang mendapat kewarganegaraan juga merupakan isu-isu yang berkumandang daripada parti pembangkang dan juga parti-parti komponen BN yang berlatar etnik KDM.

Ada juga yang membangkitkan cara Kuala Lumpur mengamalkan pecah dan perintah, sehingga Sabah sejak tahun 1963, sudah ada 13 Ketua Menteri.

Pengagihan jawatan-jawatan persekutuan juga dibangkitkan, dan mempersoalkan, kenapa rakyat Sabah tiada peluang menjawat jawatan tadbir dan diplomat.

Percakapan di akar umbi dengan slogan " NI KALI LAH" satu slogan yang bersifat marah dan seolah-olah menaruh dendam yang amat besar terhadap kerajaan pusat.

Projek-projek Persekutuan yang dilaksanakan oleh kontraktor-kontraktor pilihan persekutuan, adalah penyumbang kepada banyaknya projek-projek terbengkalai, terutama sekolah-sekolah dan makmal-makmal komputer juga merupakan isu yang terus dikitar.

Terkini, ada pemimpin Umno/BN yang menikamti semua kemewahan bertahun-tahun dalam gabungan beberapa parti itu, cuba pula menjadi hero, kerana melihat adanya ANGIN PERUBAHAN yang sedang bertiup di peringkat akar umbi.

Di Sabah kini, digambarkan seolah-olah berlaku AIR YANG TENANG TAPI PENUH DENGAN BUAYA GANAS.

Berasaskan kepada keadaan ini, Sabah yang sebelumnya dikatakan sebagai SIMPANAN TETAP BN akan sedikit tergugat, walaupun gugatan itu, belum membolehkan merebahkan negeri di bawah bayu itu daripada genggaman BN.

Memang diakui, bahawa isu-isu yang dibangkitkan boleh mempengaruhi rakyat, namun disebabkan rakyat Sabah sudah masak dengan asam garam politik, maka goncangan yang ada pada masa kini, hanya belegar-legar di pucuk pokok, belum membabitkan batang dan akar tunjang.

Walau apapun, Kerajaan Negeri Sabah di bawah pimpinan Datuk Seri Musa Aman, perlu berkerja dengan keras, demi menepis dan meluruskan kembali persepsi yang sedang berlegar-legar sebelum PRU-13.

Keadaan yang ada sekarang samalah seperti pada tahun 1990 dan tahun 1994, di mana isu-isu yang berhubung dengan Parti PBS, tidak dapat menumbangkan parti itu dalam pilihanraya.

Adalah advantage BN Sabah, di kalangan Pembangkang, tiada pemimpin yang boleh menjadi MASKOT, yang ada adalah pemimpin KITAR SEMULA, yang sudah diketahui sepak terajang mereka.

Menurut pandangan AYT, WIND OF CHANGE belum melanda SABAH.

Aziz Bari tawar diri calon Pakatan

Prof Dr Abdul Aziz Bari menawarkan diri sebagai calon berpotensi pada pilihan raya umum akan datang untuk Pakatan Rakyat dan mahu berkhidmat sebagai wakil rakyat.

Beliau mengesahkan menerima tawaran “tidak rasmi” dari semua parti pembangkang iaitu PAS, PKR dan DAP namun berkata “masih terlalu awal untuk membuat keputusan” parti mana yang akan ditandinginya.

Abdul Aziz (gambar) menambah beliau tidak memilih tentang bertanding di bawah mana-mana parti dalam Pakatan Rakyat memandangkan “semua parti komited untuk melaksanakan dasar dengan berpegang kepada Perlembagaan Persekutuan dan ia penting bagi mewujudkan sistem dua parti.”

Namun bekas pensyarat Universiti Islam Antarabangsa ini berkata keputusannya adalah untuk terlibat dalam politik dan berminat menyertai pilihan raya dan bukan sebagai anggota parti yang disifatkan tidak mempunyai “stamina” melakukannya.

“Ini adalah perkara yang dihalang untuk dilaksanakannya. Menyertai politik bukan bermakna terlibat dalam politik parti.

“Apa pun dalam politik, seperti kerjaya dalam akademik atau NGO, ia hanya platfom untuk perubahan. Tidak kisah apa pun saya terlalui tua untuk menjadikan politik sebagai kerjaya. Jika saya berumur 40 tahun ia berbeza tapi saya akan mencecah 53 tahun,” tambahnya.

Abdul Aziz terlebih dahulu digantung tugas dari UIA kerana mengkritik campur tangan Sultan Selangor dalam isu pemeriksaan Jabatan Agama Islam negeri itu ke atas Gereja Methodist Damansara Utama (DUMC).

Beliau dilaporkan memperhatikan kerusi Parlimen Sabak Bernam yang dipegang Abdul Rahman Bakri, yang dijangka akan dibicarakan pada Jun kerana didakwa membuat sembilan tuntutan palsu.

Dakwat kekal tidak menjamin ketelusan Pilihanraya: Anwar

Selepas SPR bersetuju menggunakan dakwat kekal-silver nitrate pada PRU-13 akan datang, sesuai dengan tuntuan BERSIH yang didokong oleh Pakatan Rakyat, kini Anwar pula mendakwa penggunaannya tidak menjamin ketelusan pilihanraya.

Berdolak dalik lagi lah!!!

Antara Saifuddin Abdullah dan Shahrizat- mana yang jadi liabilti pada Umno?


Friday, December 30, 2011

Menipu penipu

Gambar orang ini adalah orang yang menipu pengerusi National Feedlot Corporation (NFC), Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail.

Namanya Shamsulbahrin Ismail, 45, didakwa mengikut Seksyen 402 Kanun Keseksaan di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur.

Ceritanya:Bagi pertuduhan pertama, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh iaitu dengan sengaja menjanjikan suatu perkhidmatan rundingan dan nasihat bertujuan memperdayakannya sehingga mendorong Mohamad Salleh bersetuju membayar wang perkhidmatan kepadanya di sebuah restoran di Bukit Tunku di ibunegara pada jam 6 petang 20 November lepas..

Bagi pertuduhan kedua pula, Shamsubahrin didakwa menipu Mohamad Salleh dengan memperdayanya hingga mendorong Mohamad Salleh menyerahkan cek-cek berjumlah RM1.755 juta.

Dia didakwa melakukan kesalahan itu di kawasan Solaris, Mont Kiara, Kuala Lumpur pada 25 November hingga 6 Disember lepas.

Kedua-dua pertuduhan dibuat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman penjara maksimum 10 tahun dan dengan sebat serta denda, jika sabit kesalahan.

Kempen 901 bebaskan Anwar- bukan untuk rakyat

Kempen Bebas Anwar 901 yang dirancang oleh sayap pemuda Parti Keadilan Rakyat adalah untuk kepentingan peribadi Anwar, jauh sekali untuk kepentingan rakyat.

Dijadual berlangsung 9 Januari bersamaan pada hari penghakiman kes liwat membabitkan Anwar sebagai tertuduh, dan bekas pembantunya Mohd Saiful Bukhari Azlan selaku pengadu, hanya satu helah PKR bagi mempengaruhi masyarakat kononnya kesemuanya hanyalah konspirasi untuk menjatuhkan Anwar yang merupakan ketua umum parti itu.

Namun, rata-rata pemerhati menganggap tindakan tersebut seolah-olah membuatkan Anwar dan pengikutnya begitu yakin bahawa beliau sudah didapati bersalah, sehingga memaksa mereka mengadakan kempen sedemikian rupa untuk terus mencetuskan huru-hara, serupa dengan apa yang berlaku pada tahun 1998 ketika Anwar berdepan kes serupa.

Kempen 901 bebaskan Anwar menampakkan bahawa para penyokong yang taksub kepada Anwar terus diperkudakan, sedangkan kes itu bersifat peribadi melibatkan Anwar dan Saiful dan yang tidak melibatkan kepentingan negara.

Melalui kempen itu telah jelas dan nyata bahawa PKR bukanlah berjuang untuk kepentingan rakyat, hanya bertujuan memastikan kedudukan ketua umum mereka terjamin.

Dapat dilihat bahawa para penyokong Anwar tidak mampu lagi berfikiran secara rasional dan tahu membezakan mana satu kepentingan individu dan yang mana kepentingan negara.

Di lain pihak mereka bermati-matian membela Anwar, namun pada masa yang sama mengenepikan hak Saiful. Di mana ketelusan perjuangan PKR?

Mereka perlu faham bahawa dalam hak perundangan, tak kira ketua pembangkang atau rakyat biasa, keserataan itu perlu difahami dan dipegang teguh oleh masyarakat.

Hakim plagiat: Dakwaan Karpal Singh tiada merit: Ketua Hakim Negara

Siasatan yang dijalankan oleh Ketua Hakim Negara mendapati dakwaan peguam Karpal Singh bahawa seorang hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada 2000 tidak mempunyai merit.

Berikutan itu, aduan tersebut ditolak, kata pegawai khas 1 kepada Ketua Hakim Negara, Che Wan Zaidi Che Wan Ibrahim.

Dalam satu kenyataannya hari ini, beliau berkata Karpal telah dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara itu melalui surat dari pejabat Ketua Hakim Negara.

Menurut Che Wan Zaidi, Ketua Hakim Negara telah menerima satu surat aduan bertarikh 29 September 2011 dari Karpal yang mendakwa seorang Hakim Mahkamah Rayuan telah memplagiat penghakiman seorang hakim mahkamah Singapura pada tahun 2000.

"Satu siasatan telah dijalankan oleh YAA Ketua Hakim Negara.

"Berdasarkan siasatan yang dijalankan dan setelah berbincang dengan Presiden Mahkamah Rayuan menurut Seksyen 13 (1) Kod Etika Hakim 2009, YAA Ketua Hakim Negara berpendapat bahawa dakwaan plagiarisma oleh Hakim Mahkamah Rayuan seperti yang dibangkitkan oleh YB Encik Karpal Singh adalah tidak mempunyai merit dan aduan tersebut ditolak.

"YB Encik Karpal Singh telah juga dimaklumkan secara rasmi mengenai perkara ini melalui surat daripada Pejabat Ketua Hakim Negara.," tambahnya.

Sebelum ini, Karpal yang juga ahli parlimen Bukit Gelugor menggesa Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Hakim Abdul Malik Ishak supaya meletakkan jawatannya berikutan dakwaan plagiarisme.

Pada 4 Oktober lalu, Karpal mengemukakan usul mengikut Perintah-Perintah Tetap 27 yang dibaca bersama dengan 36 (8) dan Perkara 127 perlembagaan persekutuan, yang mahu dibentangkannya di Dewan Rakyat.

Menurut Karpal yang juga pengerusi DAP, beliau sendiri telah menulis kepada hakim kanan itu pada 22 Ogos lalu dan memberi beliau masa selama tujuh hari untuk menjawab dakwaan berkenaan.

Karpal kemudiannya menulis sepucuk lagi surat pada 29 September lalu dan memberitahu hakim itu bahawa sekiranya tiada jawapan diberikan beliau akan mengandaikan ia sebagai pengakuan salah laku.

Thursday, December 29, 2011

MeatWorks: Adalah rangkaian restoran Franchis

With an initial investment of RM1.5 million*, MeatWorks offers a unique concept - a full-blown restaurant and specialist butchery under one roof - that sets us apart from other food joints in the market.

Initial Investment: Cost Breakdown:
Description Cost (RM)
Franchise Fee 250,000.00
Kitchen & Utensils 550,000.00
Renovation Cost 450,000.00
Fitting & Fixture 130,000.00
P.O.S & ICT system 100,000.00
Stock security deposit 20,000.00
Total 1,500,000.00
Even if this is your first business venture, you can rest assured that you could get started in no time. We will provide all the necessary guidance, advice and training during the set up process.

And as soon as your business is up and running, we will continue to provide you with business and operations support. As our franchisee, you will also benefit from our on-going R&D and market research activities.

*The amount initial investment is for local franchise. For international franchise, the cost subjects to currency exchange rate, price of fitting, fixture and equipment as well as the cost of renovation.

To explore the exciting opportunities our franchise business has to offer, feel free to contact us:
Franchise Manager
MeatWorks Corporation Sdn Bhd
No L-3A-3A
No 2, Jalan Solaris, Solaris Mont Kiara
50480 Kuala Lumpur, Malaysia

T: +603 6204 0901
F: +603 6204 0902
franchise@meatworks.com.my

Ibrahim Ali memang handal buat laporan polis- masa BERSIH2.0 menyorok

Ibrahim Ali (tengah) semasa pre-himpunan Bersih2.0 9 Julai,2011
MEMANG ada risalah yang mengandungi“Free Anwar 901”, “Lawan tetap lawan” and “Rakyat Hakim Negara.” yang dipercayai dalangnya adalah Pakatan Rakyat.

Berhubung tersebarnya risalah itu, Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa)pada Khamis membuat dua laporan polis di sini bagi menggesa siasatan ke atas dalang penganjur perhimpunan 9 Januari depan.

Laporan dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Dang Wangi kira-kira pukul 2.30 petang, Khamis oleh Presiden Perkasa Datuk Ibrahim Ali berhubung perhimpunan 9 Januari.

Ibrahim berkata terdapat pihak tertentu yang merancang untuk mengadakan perhimpunan pada tarikh tersebut dan pastinya keadaan ini akan menganggu ketenteraman awam.

Mahkamah Tinggi akan membuat keputusan pada tarikh berkenaan dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim yang didakwa meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, tiga tahun lepas.

"Mereka yang merancang ini perlu disiasat dan dibawa ke muka pengadilan. Mereka sengaja hendak membuat kecoh pada tarikh tersebut, serentak dengan keputusan mahkamah kes Anwar," katanya.

Ibrahim mendakwa terdapat risalah yang menyeru rakyat menyertai kempen itu dan memberi sokongan kepada Anwar dan perkara itu boleh menganggu proses perjalanan kes tersebut.

Pada Himpunan Bersih2.0 pada 9 Julai lalu, Presiden Perkasa itu, tidak kelihatanpun semasa perhimpunan itu.

MeatWorks: Rangkaian restoran milik keluarga Shahrizat

MeatWorks @ Solaris Mont Kiara, KL



Meatworks is a unique concept restaurant blending a full-blown Restaurant, Butchery, Deli and MeatStudio under a single roof. MeatWorks opened its door in May this year and located in Solaris Mont Kiara, just directly across of Cold Storage.



Run by a very young team headed by executive director Izzana Salleh, 23, who is also an executive director of the National Feedlot Corporation (NFC) - an element of the Ninth Malaysia Plan, the NFC was part of the solution to address the food crisis, especially the shortage of beef in the country. With their farm located in Gemas, Negeri Sembilan, it is a farm to fork business.



The interior of the restaurant was very inviting, it was all cozy, classic looking with orange rustic brick wall filled with vintage artworks framed and hung along the wall.



Stacked on a double storey shop, MeatWorks has a seating capacity of up to 200.



Meatworks is a totally 100% halal joint, not even a single drip of alcohol in their menu. You must be wondering, serving quality steaks but without red wine?! No worries though, Cold Storage is just across the street, you can bring in your own alcohol with a RM 10/bottle corkage charge.



On the first floor, you'll have the Meat Studio and the open terrace Deli - perfect place for cozy private functions and cooking classes with MeatWorks professional chefs.



It's all about freshness. Walk into this beeftopia and be spoilt for the choices of fresh and aged meat at their Butchery section, all made and bred locally within Malaysia.


Going through the full halal MeatWorks menu.



As you can see from their menu, no alcohol drinks served, instead of Bloody Mary, you'll have the Virgin Mary. Their drinks are pretty expensive and we didn't know they do serve complimentary drinking water. We ended up with the peach syrup (RM 10.50), basically made of peach syrup and soda water, and Virgin Pina Colada (RM 15), it tasted weird without Malibu.



Fondant potatoes (RM 12), sautéed unpeeled potato wedges with corned beef silverside.



I just can't imagine visiting MeatWorks and not having beef steak at all. Ain't happening to me for sure! The waitress recommended us the beef fillet 220g (RM 59), apparently it's the most tender cut of the beef. I was disappointed for not getting the creamed potato mash as shown in their menu, gotten sick of the same potato wedges again.



Perfect beef fillet cooked to medium doneness, it was indeed very tender, pinkish and juicy! Lightly seasoned with brown sauce served on the side, a good steak like this doesn't need to be drowned in sauce. However, some might think it's bland without the sauce, but a good steak is actually best taken without any sauce, so you can actually savor the taste of the meat.



4 racks of milk-fed lamb (RM 55), a young lamb typically 4 to 6 weeks old, fed only on their mother's milk before ended up on this plate. The flavor and texture of milk-fed lamb is generally much finer and tender than the older lamb. You don't really get much lamb flavor from this young lamb, whereas when the sheep ages the meat becomes tougher and stronger in flavor. Most people don't like the strong, gamy flavor, but I do!


It caught me off guard when the waitress asked for the lamb's doneness, do people actually eat medium-rare lamb? Anyway, I requested it to be medium-well, but somehow, it ended up looking pretty rare to me. It was barely tasteful, felt like there wasn't any seasonings or marination at all, either that or it was meant to be cooked this way?


For something a little less meaty, you'll have few choices of sandwiches to pick from. One of it, Philly cheese steak sandwich (RM 24), with thin slices of sirloin steak topped with melted cheese, caramelized onions and wrapped in a soft sandwich bun.

MeatWorks club sandwich (RM 25), with layers of smoked chicken and seared corned silverside topped with age cheddar, Philadelphia creamed cheese, jalapeños, a fried egg and tomato slices.

Verdict: Expensive! Don't bother at all, if you're not a meat/beef lovers or if you're into strong tasting food. Most of the meats we had were cooked with very very light seasoning and marination (or maybe non at all!). Probably so that you can actually savor the taste of the meat (I guessed!). However, I do like their concept of selling fresh halal cut meats, all made and bred locally within Malaysia, I'm sure this will be a popular place for the wealthy Muslim. So, support lah the Malaysian cows!


Address:
2G 3A, Jalan Solaris 5, Block H,
Solaris Mont Kiara,
50480 Kuala Lumpur
Tel:             03-6203 0871      
Business Hours: Opens daily from 12:00pm - 12:00am
Pork Free: Yes
Taste:
Value:
GPS: 3.175910, 101.659734

salin dan tampal

Demonstarsi 901 hari yang sama keputusan sodomi II-tidak mampu mengubah perundangan: Rais Yatim

Datuk Rais Yatim (tengah)
Perjalanan atau keputusan sebarang kes berkaitan perundangan negara tidak boleh diubah dan disangkal dengan cara berdemonstrasi, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata selain memikirkan tanggungjawab kepada masyarakat, mereka yang ingin berdemonstrasi juga perlu sedar tindakan sedemikian tidak akan mempengaruhi dan menggetarkan pihak mahkamah dalam membuat keputusan.

"Demonstrasi tidak mampu mengubah aliran atau aluran perundangan negara, jika itu yang mereka tuntut, maka kenegaraan kita akan hancur," katanya mengulas mengenai ura-ura bahawa pihak tertentu cuba mengadakan demonstrasi sempena keputusan mahkamah berhubung kes liwat melibatkan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 9 Jan tahun depan.

Bercakap kepada pemberita selepas melancarkan program Istana Budaya tahun 2012 di Istana Budaya di sini pada Khamis, Rais berkata seharusnya pihak yang berkenaan menerima hakikat dan menjadikan kes seorang bekas Menteri Besar yang didapati bersalah oleh mahkamah baru-baru ini sebagai rujukan bahawa keputusan perundangan tidak terbatas kepada golongan tertentu sahaja.

"Jadi barang siapa yang terkena pada masa depan, mereka atau beliau-beliau harus terima sebagai hakikat...takkan dengan mengadakan demonstrasi jalanan maka semua hakim takut," kata Rais.

Beliau berharap masyarakat memberi dokongan kepada pembuat keputusan seperti Peguam Negara dan barisan hakim supaya tidak gentar membuat keputusan berdasarkan undang-undang yang telah sama-sama dihormati, didirikan dan dilaksanakan sekian lama.

"Tinggal lagi jika mereka masih hendak berdemonstrasi itu adalah tujuan politik, bukan dalam bidang perundangan tanah air," katanya.

MCA Pulau Pinang Bergolak pula: Ketua pemudanya keluar parti

Dalam satu tindakan yang mengejutkan malam tadi, Ketua Pemuda MCA Pulau Pinang, Eng Hiap Boon meletak jawatan daripada semua jawatan parti, kerana mendakwa kecewa dengan kepimpinan MCA.

Eng (beraca mata-tiga dari kiri) berkata 439 ahli juga turut keluar parti bersama-sama dengan dia, mengakibatkan dua MCA cawangan di negeri itu dibubarkan.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di George Town malam tadi, Eng berkata, beliau dan rakan-rakan seperjuangannya amat kecewa dengan pemimpin parti yang menurutnya sedang berdepan dengan isu moral dan tidak beretika dalam kepimpinan mereka.

Perbalahan dalaman parti, tambahnya, semakin buruk dan para pemimpin pula didakwanya enggan melibatkan diri dengan akar umbi atau berkhidmat kepada rakyat secara ikhlas.

Eng dikenali sebagai "penyokong tegar" bekas presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat, tetapi tegasnya, tindakannya itu adalah keputusannya sendiri.

Katanya, beliau juga difahamkan bahawa kira-kira 500 ahli parti dari Johor mungkin turut keluar MCA pada masa yang sama (malam tadi), mengakibatkan pembubaran lima cawangan parti itu.

Eng berkata, beliau tidak tahu bila badai itu akan berhenti, tetapi menegaskan bahawa kepimpinan MCA perlu melakukan muhasabah diri.

Hakim sodomi I- Arifin Jaka Meninggal dunia

Bekas hakim Mahkamah Rayuan, Datuk Arifin Jaka meninggal dunia di Hospital Serdang pada jam 6.05 pagi ini.

Tidak diketahui bila beliau dimasukkan ke hospital tersebut tetapi Arifin memang mengidap penyakit kencing manis. Presiden Majlis Peguam Malaysia, Lim Chee Wee mengesahkan kematian Arifin.

Arifin ialah hakim Mahkamah Tinggi yang mendengar perbicaraan kes liwat pertama terhadap Datuk Seri Anwar Ibrahim pada tahun 2000 dan seterusnya menjatuhkan hukuman penjara sembilan tahun.

Mahkamah Rayuan mengekalkan sabitan tersebut, tetapi Mahkamah Persekutuan dalam keputusan majoriti 2-1 membatalkannya dan Anwar dibebaskan pada tahun 2004.

Arifin dijangka dikebumikan di tanah perkuburan Islam Presinct 20 Islam di Putrajaya selepas solat Zohor.

Wednesday, December 28, 2011

Rasuah Projek Iskandar Johor: Memanas lagi- seorang bekas pegawai kanan mengaku salah

Bekas Naib Presiden Kanan anak syarikat kepada Iskandar Investment Berhad (IIB) hari ini mengaku salah atas tuduhan rasuah yang dikenakan ke atasnya.

Lelaki berusia 51 tahun itu merupakan individu kedua didakwa di Mahkamah Sesyen di sini, selepas suami kepada seorang pegawai tertinggi IIB.

Dalam kes terbaru ini, lelaki yang dirahsiakan identitinya itu mengaku salah atas tuduhan berkenaan mengikut Seksyen 132(2)(b) Akta Syarikat.

Menurut The Star Online, lelaki tersebut juga merupakan saksi Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam beberapa kes rasuah sebelum ini.

Bekas pegawai berkenaan didenda RM20,000, selepas mengaku salah atas pertuduhan tersebut, dan membayar denda berkenaan.

Semalam, suami kepada bekas seorang pegawai tertinggi Pelaburan Iskandar Berhad (IIB) didakwa atas kesalahan menerima sejumlah RM816,900 sebagai galakan untuk mendapatkan projek.

Mohd Amin Suhaimi, 52, dibicarakan di Mahkamah Sesyen Johor Bahru atas tiga kesalahan menerima rasuah daripada syarikat pembinaan Detect Engineering Sdn Bhd bagi mendapatkan tender projek pembinaan sekolah di Pulai.

Projek yang dipercayai terletak di Lot PTD Mukim Pulai dianggarkan bernilai RM40.8 juta.

Menurut Star Online, Mohd Amin dipercayai menerima sejumlah RM816,900 wang tunai daripada Pengarah Detect Engineering Sdn Bhd, Mohd Hassan Madon, 48 melalui orang tengah, Mohd Iskandar Fahmi Abdullah, 52. Kesalahan tersebut dipercayai berlaku di sebuah hotel di Jalan Harimau, Taman Century, Johor Baru, kira-kira jam 5 petang pada 22 April tahun lalu.

Bagi kesalahan kedua, Mohd Amin dipercayai menerima RM500,000 daripada Hassan melalui Iskandar di sebuah kawasan tempat letak kereta di dalam sebuah pusat membeli belah di Jalan Wong Ah Fook jam 4 petang pada 4 Jun tahun yang sama.

Pertuduhan ketiga pula, dia dituduh menerima sejumlah RM316,900 wang tunai untuk membantu syarikat berkenaan memperoleh projek daripada IIB di kawasan tempat letak kereta di sebuah kompleks membeli belah di Jalan Trus antara jam dua hingga tiga petang pada 9 Jun tahun yang sama.

Dia dituduh melakukan kesalahan di bawah Seksyen 16(a)(A) dan didakwa di bawah seksyen 24 Akta Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) 2009.

Pertuduhan tersebut membawa penjara maksimum selama 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali nilai suapan atau RM10,000, atau yang mana paling tinggi.

Ikat jamin ditetapkan sebanyak RM100,000 dan Mahkamah Sesyen memutuskan sebutan semula kes pada 27 Januari depan.

Laporan terdahulu menyebut Mohd Amin yang dipercayai suami kepada Arlida Ariff, bekas Ketua Pegawai Eksekutif IIB yang dibuang penghujung tahun lalu keranan dikatakan terlibat dengan penyelewengan kontrak projek infrastruktur.

Arlida telah digantikan oleh Ketua Hartanah DRB-Hicom, Datuk Syed Mohamed Syed Ibrahim pada 1 November tahun lalu.

Khazanah Nasional Berhad, pemegang 60 peratus ekuiti dalam IIB telah memulakan audit dalam pengurusan kewangannya awal tahun ini berikutan laporan terdapat sogokan dan kos yang melambung tinggi dan prosedur perolehan yang boleh dipersoalkan.

Tuesday, December 27, 2011

Isu Shahrizat: TPM hanya geleng kepala

Kabinet belum memutuskan sama ada Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil harus meninggalkan kabinet berikutan skandal Pusat Fidlot nasional (NFC) yang bernilai RM250 juta, kata Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.

Muhyiddin hanya menggelengkan kepala dan berkata, “Tidak, tidak,” bila ditanya sama ada kabinet sudah memutuskan Menteri pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat itu harus kekal dikabinet atau tidak.

Ketua Wanita Umno itu menghadapi desakan supaya meninggalkan kerajaan dan meletak jawatan termasuk desakan daripada mantan Perdanan Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad, selepas dikaitkan dengan penggunaan dana kerajaan untuk membeli tanah dan hartanah yang tidak berkaitan dengan projek NFC berkenaan yang dianggarkan bernilai RM27 juta.

Pengerusi NFC, yang juga merupakan suami kepada Shahrizat Datuk Seri Mohamad Salleh Ismail turut menafikan dakwaan seorang ahli perniagaan, yang ditahan atas kesalahan cubaan merasuah sejumlah RM1.7 juta kepada pegawai penyiasat jabatan siasatan jenayah komersial, mempunyai kaitan dengan dirinya.

Jumaat lalu, Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) telah menyerbu pejabat NFC di Solaris Mont Kiara atas dakwaan penyelewengan wang oleh pentadbirannya.

Isu berkaitan skandal NFC ini menarik minat Pakatan Rakyat terutamanya PKR, dan parti berkenaan kerap membuat pendedahan berterusan terhadap penyelewengan yang berlaku.

Ramai yang bertanya: Apa kah kes sebenar Khir Toyo?

DR KHIR TOYO didapati bersalah oleh Mahkamah Tinggi Shah Alam, kerana membeli rumah agamnya, yang mengakibatkan penjual rugi.

Selama perbicaraan Mantan Besar Selangor itu, tiada faktapun yang boleh mengarah kepada salahguna kuasa atau rasuah yang membabitkan pemilik harta asal dengan Dr Khir.

Dr Khir mendapatkan rumah agamnya melalui pinjaman daripada HSBC, berasaskan kepada penilaian bank itu sendiri.

Dalam kes Khir Toyo, fakta yang ada, adalah willing buy willing sale, tidak kiralah sepemilik asal rugi atau untung, itu bukan masalanya. Pokok pangkalnya adalah PADA WILLING BUY WILLING SALE.

Ramai yang mempersoal, keputusan Hakim yang memutuskan Khir bersalah, selain itu, harta yang masih bersatus hak bank itu, dilucut hak dan diberikan kepada kerajaan.

Unsur rasuah adalah apabila seseorang itu menerima, memberi atau menggunakan kuasanya atas kepentingan dirinya dan merugikan orang lain atau negara.

Dalam kes Khir Toyo, memang berlaku, bahawa sipenjual mengalami kerugian, namun ianya bukan atas dasar salah gunakuasa oleh sipembeli, melainkan atas asas "suka sama suka" sepertimana dinyatakan oleh sipenjual di mahkamah.

Keputusan Hakim mahkamah Tinggi Shah Alam adalah keputusan terpencil setakat ini, kerana belum ada penghakiman seumpama ini sebelum ini. Namun penghakiman itu, belum boleh dijadikan benchmark, kerana mahkamah rayuan masih boleh menolaknya.

Jangan musnahkan perpaduan yang sedia ada: Muhyiddin

AYAT yang cukup menarik daripada Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin. Jangan musnahkan perpaduan dalam negara ini yang didakwa dibina dengan bersusah payah oleh kerajaan BN.

Katanya, usaha untuk perpaduan yang kukuh dibina sejak 54 tahun lalu dan seharusnya dipertahankan.

Bercakap dalam majlis rumah terbuka hari Natal di Kajang, beliau berkata, Malaysia merupakan satu-satunya negara yang mana penduduknya merayakan pelbagai kebudayaan dan festival keagamaan bersama-sama dengan mengetepikan latar belakang masing-masing.

Beliau sebelum itu melawat dan memberikan sumbangan kepada penduduk setempat.

Dalam majlis itu, paderi daripada gereja Kajang Holy Family Church George Harrison mendoakan Muhyiddin agar disejahterakan tuhan dengan semangat hari Natal.

"Hari Natal merupakan masa untuk kita memberi kepada pihak yang tiada. Apa yang dilakukan kerajaan hari ini menunjukkan mereka faham akan perkara ini," kata Harrison.

Projek Iskandar Johor: Suami kepada pegawai projek itu didakwah di Mahkamah kerana rasuah

Mohd Amin Suhaimi, 52 suami kepada salah seorang pegawai kanan Iskandar Investment Berhad (SIB), dihadapkan di Mahkamah Johor Bahru, kerana rasuah.

Terduduh didakwa meminta imbuhan RM816,900 daripada Detect Engineering Sdn bhd untuk mendapatkan projek membina Sekolah Berasrama Penuh di PTD Mukim Pulai yang bernilai RM40.8 juta.

Tertuduh didawa dibawah seksyen 16(a)(A) akta 24 SPRM, tahun 2009.

Projek Iskandar: Satu lagi skandal penyumbang indeks rasuah negara menjunam

Sebuah syarikat pemaju yang terlibat dalam projek mega membangunkan Iskandar Malaysia, Johor sedang disiasat oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung dakwaan wujudnya unsur rasuah dalam projek yang bernilai bilion ringgit itu, laporan Utusan semalam.

Siasatan terhadap syarikat itu dibuat kerana dipercayai berlaku unsur penyelewengan dalam perolehan kontrak dan beberapa projek yang dipertanggungjawabkan kepada syarikat berkenaan.

Akhbar milik Umno itu melaporkan bahawa penyelewengan tersebut turut melibatkan orang tengah yang bertanggungjawab mendapatkan beberapa projek untuk syarikat itu.

Syarikat yang disiasat itu bertanggungjawab membangunkan pelbagai projek besar dalam Iskandar Malaysia antaranya pembinaan infrastruktur, pusat pendidikan, kawasan perumahan, jalan, lebuh raya serta pusat riadah yang bernilai ratusan bilion ringgit.

Antara projek itu adalah pakej 3B iaitu membina dan menyiapkan persimpangan Jalan Abu Bakar bernilai RM124 juta, pembangunan Sekolah Berasrama Penuh di Sebahagian Lot PTD Mukim Pulai bernilai RM40.8 juta serta jalan alternatif Kampung Sungai Pendas Laut bernilai RM2.7 juta.

Difahamkan, SPRM sudah menyiasat beberapa projek yang disyaki berlaku penyelewengan dan rasuah itu sejak tahun lalu.

SPRM juga dikatakan telah membuat serbuan ke atas ibu pejabat syarikat tersebut serta beberapa syarikat di sekitar Johor Bahru dan Kuala Lumpur.

Akbar berbahasa melayu itu juga turut melaporkan bahawa kajian ke atas dokumen-dokumen yang berkaitan kes itu telah dijalankan serta beberapa saksi dipercayai telah dipanggil untuk membantu siasatan.

Malah, seorang lelaki berusia lingkungan 50-an yang merupakan orang tengah projek mega berkenaan akan didakwa di Mahkamah Sesyen Johor Bahru, Johor pagi esok.

Sementara itu, Pengarah Siasatan dan Operasi Khas SPRM, Datuk Mohd. Jamidan Abdullah ketika dihubungi Utusan Malaysia hari ini mengesahkan pihaknya sedang menyiasat syarikat tersebut, namun beliau enggan mengulas lanjut.

Iskandar Malaysia yang fasa pembangunannya sehingga tahun 2025 akan menjadi sebuah pusat pertumbuhan terbesar rantau ini dengan keluasannya dua setengah kali ganda Singapura.

Projek Iskandar Malaysia dilancarkan semasa Tun Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri, bagi menggantikan Jambatan bengkok yang beliau telah batalkan.

Monday, December 26, 2011

Indeks Rasuah negara

Indeks rasuah negara terus meningkat apabila Pulau Pinang, Selangor, Kedah, Kelantan dan Perak jatuh kepada pembangkang.

Melihat kepada tabel di atas yang disediakan oleh Malaysiakini, nampak sejak tahun 2008, indeks rasuah negara terus meningkat.

Penilaian indeks rasuah negara dijalankan secara keseluruhan yang meliputi seluruh negara.

Semasa BN masih menguasai negeri-negeri tersebut, kecuali Kelantan, indeks rasuah negara paling tinggi adalah pada tahun 2006, semasa Tun Abdullah sebagai Perdana Menteri.

Persepsi sebelum ini bahawa semasa Tun Dr Mahathir masih Perdana Menteri, rasuah berleluasa, ternyata tidak benar berdasarkan indeks pada tabel di atas.

Indeks rasuah negara terus meningkat dari tahun ke tahun sejak tahun 2008, dan memuncak pada tahun 2011, di mana ranking negara menjunam ke peringkat 60.

Melihat kepada fenomena ini, ternyata apabila Selangor, Pulau Pinang, Kedah diperintah pembangkang, dan juga Kelantan, maka ranking negara menjunam.

Berasaskan kepada data di atas, tuduhan pembangkang bahawa kerajaan BN adalah rasuah ternyata tidak benar.

Pembangkang yang berkesempatan memerintah, telah mengambil peluang semaksima mungkin, daripada yang kecil kepada yang besar adalah penyumbang kepada ranking indeks rasuah negara.

Untuk pertama kali dalam sejarah rasuah di negara ini, berlakunya kematian semasa sisatan SPRM yang melibatkan rasuah.

Jika ditakdirkan negara diperintah pembangkang, AYT khuatir indeks rasuah negara akan terus menjunam.

Shahrizat selak kain sendiri

AKIBAT desakkan bertubi-tubi daripada pemimpin Umno, kerana isu NFC, Shahrizat Abdul Jalil, terlepas cakap: SIAPA PEMIMPIN UMNO YANG TIADA MASALAH?

Kenyataan SPONTAN Ketua Wanita Umno itu, bagaikan halilintar, seolah-olah Senator itu melepaskan dendam yang sukar dilumatkan.

Kenyataan itu, bersamaan pula seorang pemimpin Umno didapati bersalah kerana rasuah.

Kenyataan daripada seorang pemimpin seperti Shahrizat, yang jika menurut urutan parti adalah orang ke tiga; maka sudah tentunya mempunyai bobot tersendiri.

Kini, selain pembangkang yang saban hari mendakwa bahawa para pemimpin Umno adalah mereka yang mengamalkan rasuah, salahguna kuasa, nepotisme, kronisme, maka dengan kenyataan Shahrizat, seolah menambah garam pada luka.

Shahrizat dilihat banyak pihak berusaha meneggakkan benang basah dalam isu NFC. Meskipun, secara undang-undang, Menteri itu tidaklah terlibat, namun secara moralnya beliau terpalit.

Sebelum ini, Shahrizat pernah berkata, bahawa kedudukkan beliau diserahkan kepada Perdana Menteri dan juga Presiden Umno, namun apabila beliau mengeluarkan kenyataan itu, rupanya beliau tidak ikhlas.

Perbuatan Shahrizat, ibarat menyelak kain sendiri.

Sunday, December 25, 2011

Usia politik Anwar semain hampir

USIA politik Anwar Ibrahim semakin dekat di penghujung jalan. Hari penentuan 9 Januari 2012 semakin hampir.

Jika mengikut kronologi, fakta dan bukti-bukti yang diserahkan ke mahkamah, politik Anwar Ibrahim sudah sampai ke penghujungnya. Peguambela suspek liwat itu telah gagal membuktikan beliau tidak bersama Saiful Bukhari pada masa dan tarikh liwat berlaku.

Tidak ada satu pun alibi yang tampil sebagai saksi untuk mempertahankan beliau walhal sebelum itu, Anwar begitu yakin akan mengemukakan barisan alibi.

Tindakan Karpal Singh sebagai Ketua Peguambela yang berpegang kuat kepada laporan perubatan Dr Osman dari Hospital Pusrawi sedangkan laporan tersebut tidak pernah menyebut Saiful Bukhari tidak diliwat.

Diagnosis akhir Dr Osman ialah TRO (to rule out) sodomized dan kerana itu Saiful dinasihatkan ke HKL untuk mendapatkan kepastian diagnosis oleh pakar-pakar perubatan forensik.

Malah, pemeriksaan Dr Osman tidak mengikut protokol forensik yang sebenarnya. Pokoknya, peguambela Anwar Ibrahim kali ini seperti tidak serius untuk menang kes tersebut.

Apakah semua ini merupakan sandiwara Anwar? agar supaya kalah, dan berharap memenjarakannya mendapat undi simpati!

Anwar dan konco2nya berpakat, agar Anwar masuk penjara sekali lagi, untuk menang PRU-13. Kalau Pakatan menang, maka kerajaan itu mohon SPB Agong mengampunkannya untuk membolehkan bertanding dalam PRK.

Sandiwara Anwar itu sudah dimaklum oleh rakyat!

Siapakah pemimpin Umno yang tiada masalah: Shahrizat

APABILA Shahrizat melemparkan kenyataan demikian, AYT tersentak. Kenyataan itu, seolah-olah para pemimpin Umno diliputi masalah, hanya sahaja belum terbongkar?.

Shahrizat selaku Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat yang terpalit dengan skandal projek Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) mengeluarkan kenyataan itu sebagai mengulas tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah (SPRM) yang memulakan siasatan terhadap kes itu baru-baru ini.

Bagi AYT, kenyataan spontan yang keluar dari mulut Shahrizat yang juga ketua wanita Umno itu seperti menyindir semua pemimpin Umno agar tidak berlagak bersih dari masalah.

"Skandal mereka belum terdedah dan masa yang akan menentukan keadaan diri mereka dalam Umno.

Isu terkini yang melanda Umno apabila Bekas Menteri Besar Selangor Datuk Seri Dr Mohd Khir Toyo didapati bersalah kerana rasuah di mahkamah Tinggi Shah Alam . Dikhuatirkan bahawa jatuhnya hukuman terhadap mantan MB Selangor itu, akan dijadikan bukti dan kayu pengukur bahawa pemimpin Umno sukar untuk dijadikan contoh teladan buat rakyat Malaysia.

Sebelum ini ramai juga pemimpin Umno yang "terlibat" dalam kes salahguna kuasa, walaupun pada akhirnya ada juga terlepas.

"Beberapa tahun lepas, beberapa orang pemimpin kanan Umno pernah dihadapkan ke Lembaga Disiplin Umno sehingga ke SPRM kerana dakwaan rasuah.

"Malah, bekas Naib Presiden Umno sendiri turut terbabit dengan rasuah sehingga terpaksa melepaskan jawatan beliau,".

Dengan isu skandal penyelewengan dalam NFC pula katanya, ramai percaya bukan setakat Shahrizat sahaja yang terlibat, malah ramai lagi pemimpin kanan negara juga boleh dikaitkan dengan kelulusan projek tersebut.

Laporan Ketua Audit Negara 2010 juga tegasnya, sudah cukup menjadi bukti kepada rakyat betapa ketirisan dan penyelewengan berlaku dalam kerajaan pimpinan Umno BN.

Nampaknya DS Najib sedang menghadapi timbunan masalah untuk diatasi sebelum berdepan dengan rakyat untuk meminta mandat semula.

Awas 9 Januari, 2012

SODOMI II akan berakhir pada tarikh itu. Keputusan Hakim Mohd Zabidin Md Diah ditunggu-tunggu.

Apakah pada tarikh tersebut Anwar didapati bersalah? atau sebaliknya, hanya Hakim yang tahu keputusannya.

Pada tarikh yang sama juga mantan MB Selangor, Dr Khir Toyo akan membuat pengumuman berhubung status kedudukkannya baik dalam politik mahu ADUN Sungai Panjang.

Khir didapati bersalah pada Jumaat, berhubung rumah agamnya dan dijatuhkan penjara 12 bulan. Bagaimanapun, keputusan tersebut ditangguhkan kerana memberi peluang kepadanya membuat rayuan di mahkamah rayuan.

9 Januari juga dipilih oleh (Universiti Pendidikan Sultan Idris-UPSI) untuk mendengar pertuduhan terhadap seorang pelajarnya yang menurunkan banting Perdana Menteri, di PWTC.

Isu National Fidlot Centre- jadi omongan orang kampung

SEMPENA CUTI Hari Natal, AYT berkesempatan pulang kampung. Di kampung, apa yang memperanjatkan bahawa skandal Pusat Fidlot Nasional (NFC) terbukti menjadi bualan hangat dalam kalangan pengundi di kawasan pedalaman.

Daripada reaksi para pengundi di pendalaman, nampaknya isu NFC berimpak negatif terhadap Umno/BN.

Sejak timbulnya isu ini, AYT hanya terfikir, bahawa isu NFC hanya berlegar-legar di kawasan bandar dan ruang siber, namun sungguh memperanjatkan bahawa isu tersebut merupakan bualan harian di perkampungan.

Pihak pembangkang telah menggunapakai isu NFC sebagai BUKTI penyelewangan Umno/BN, yang selama ini, sukar bagi mereka mencari bukti-bukti untuk dipaparkan pada pengundi di perkampungan/pendalaman.

Isu NFC dianggap oleh pihak Pembangkang sebagai isu TEPAT terutama menjelang menghadapi PRU-13.

Ada dikalangan para pengundi berkata, apapun yang dilakukan oleh Shahrizat, selepas ini, adalah sukar untuk menepis isu tersebut, atas sebab DAMAGE HAS BEEN DONE.

Benarlah apa kata Bung Mokthar Radin, kerana perbuatan seseorang telah merosakkan semua.

Harakah berat sebelah: Dr Hassan Ali

Bekas perusuhjaya PAS Selangor Datuk Dr Hassan Ali menegaskan tidak wujud sama sekali istilah media Umno atau media musuh sambil menyifatkan akhbar rasmi milik parti Islam itu bersifat berat sebelah dalam menyiarkan laporan.

Malah Hasan juga berkata media dalam negara tidak memberi liputan negatif kepada parti dan dirinya termasuk ketika menyiarkan laporan berhubung polemik yang berlaku baru-baru ini.

“Bagi saya, tak ada yang dinamakan media Umno. Memanglah sebab kerajaan berkuasa, perkara kena rujuk kerajaan. Dan Umno sebahagian dari kerajaan. Sebab itu timbul media Umno. Saya sebenarnya pada asasnya, saya terima mana-mana media pun.

“Bagi saya, siapa yang dapat menyebar luas dan meletakkan berita ke pangkuan masyarakat luas, jadi ia pilihan saya. Saya tak nampak selama ini media memainkan peranan negatif kepada parti dan saya dalam konteks kontroversi ini,” katanya pada sidang media di sini.

Hasan sebelum ini muncul di Utusan Malaysia dan program yang disiarkan TV3 iaitu Soal Jawab — sesuatu yang dianggap tidak biasa diberikan kepada pemimpin pembangkang di negara ini.

Menurut Hasan beliau menganggap media lain lebih mudah dan memberikan liputan yang lebih baik berbanding organ partinya, Harakah.

Beliau turut mendedahkan Harakah melebihkan liputan terhadap golongan tertentu di dalam parti lantaran penguasaan yang diberikan terhadap lidah rasmi parti tersebut.

Hasan mengambil contoh wawancara Harakah bersama Timbalan Mursyidul Am PAS Datuk Haron Din berhubung isu gereja Methodist Damansara Utama (DUMC) yang masih belum disiarkan sehingga kini kerana kepentingan pihak tertentu.

“Tetapi mungkin atas arahan pihak berkuasa dalam parti, didapati temuramah Datuk Harun din tidak tersiar sampai sekarang. Bayangkan kalau Haron Din tak tersiar bagaimana orang kecil seperti Hasan Ali?” kata beliau.

Justeru Hasan mencadangkan agar Harakah melakukan transformasi besar-besaran agar ia boleh diterima semua lapisan masyarakat.

“Kalau kepimpinan media baru diterajui oleh orang-orang lama. Sesetengahnya telah memimpin PAS selama lebib 20 tahun, tak berubah dan tak beralih, sudah tentulah saya merasakan perlu (berubah),” katanya.

Saturday, December 24, 2011

Negara Kebajikan: Hassan Ali mengaku kalah

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali hari ini memohon maaf berhubung kritikannya terhadap konsep negara kebajikan yang dianjurkan parti itu dan menarik balik kenyataannya berhubung perkara itu.

Sebagai ahli PAS dan ahli jawatankuasa pusat, katanya, beliau mengakui terdapat unsur-unsur yang keterlaluan apabila beliau mengulas perkara itu.

Dengan itu, katanya, beliau menarik balik komennya tentang negara kebajikan dan memohon maaf kepada kepimpinan PAS kerana keterlaluannya itu.

Hasan sebelum ini mengecam golongan bukan ulama dalam PAS dan menuduh parti itu telah menyeleweng daripada perjuangan Islam.

Hasan, dalam sidang akhbar yang diadakan di kediamannya pagi ini berkata, konsep negara kebajikan telahpun diputuskan dalam muktamar parti itu dan disahkan oleh majlis syura, maka beliau akan mematuhinya.

Bagaimanapun, tambahnya, beliau terpaksa menyuarakan pandangan sebahagian besar penyokong PAS tentang butir-butir teknikal - bukan dasar - mengenai negara kebajikan.

Hasan mengakui bahawa "mungkin" intipati sebuah negara Islam dan negara kebajikan adalah serupa tetapi menegaskan bahawa kedua-duanya perlu diteliti jika mereka benar-benar sama dari segi kandungan, hujah dan penyampaiannya.

Hasan menambah beliau secara peribadi lebih suka istilah "negara Islam" daripada "negara kebajikan".

Yusry KRU-kahwin kali ke dua-Nikahi Lisa Suriani 23 Februari 2012

Teka-teki mengenai tarikh perkahwinan pasangan artis Lisa Surihani dan Yusry Abdul Halim terjawab apabila mereka mengumumkan bakal bernikah pada 23 Februari 2012.

Yusry berkata, dia tidak berniat untuk menyorokkan tarikh perkahwinan mereka kerana perlu berbincang dengan kedua-dua belah keluarga terlebih dahulu sebelum membuat sebarang pegumuman.

"Seperti yang sering saya katakan sebelum ini bila keluarga telah mengetahui mengenai perkara ini baru akan diberitahu kepada media tentang tarikh perkahwinan kami.

"Bukan ingin menyorok daripada media tetapi menghormati keluarga kedua-dua belah pihak," ujarnya.

Yusry dan Lisa membuat pengumuman itu dalam satu sidang media khas di Hotel Marriot Putrajaya di sini, Sabtu.

Dalam pada itu, Yusry memberitahu pihak keluargannya juga telah pun merisik Lisa dalam satu majlis ringkas yang diadakan pada Jumaat malam.

Ujarnya, majlis tersebut diadakan secara ringkas dengan kehadiran keluarga terdekat kedua-dua belah pihak dan telah memberikan sebentuk cincin sebagai tanda.

"Bagaimanapun tidak akan ada sebarang majlis pertunangan akan diadakan kerana kami memilih untuk bernikah terus pada tarikh yang diumumkan itu," katanya.

Sementara itu, Lisa berkata, majlis akad nikah akan dilangsungkan di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin di Putrajaya selepas solat Asar manakala resepsi perkahwinan dijadualkan pada 26 Februari di Pusat Konvensyen Antarabangsa Putrajaya (PICC).

Lisa berkata, dia dan Yusry sepakat untuk mengadakan sebuah majlis perkahwinan yang sederhana dan tidak terlalu mewah untuk hari bahagia mereka nanti.

"Saya tidak begitu memikirkan untuk membuat majlis gilang gemilang tetapi biarlah ia sederhana kerana apa yang penting nanti adalah majlis akad nikah.

Yusry menambah, setakat ini mereka berdua masih belum memikirkan sebarang konsep untuk majlis itu nanti tetapi akan berbincang dengan Lisa dan keluarga dalam masa terdekat.

"Saya baru hantar tanda semalam dan hari ini umum tarikh pernikahan jadi kami masih belum membincangkan mengenai perancangan majlis itu nanti cuma lokasi sahaja telah ditempah," ujarnya.

Berhubung isu perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung di Astro, Yusry berkata, tiada sebarang perbincangan dibuat antara pihak pengurusan mereka dengan stesen berbayar tersebut.

Bagaimanapun katanya, keputusan sama ada perkahwinan mereka akan disiarkan secara langsung atau tidak adalah terletak ditangannya dan Lisa tetapi tidak dapat memberi jawapan sekarang kerana masih belum ada perbincangan.

"Seperti saya katakan tadi, kami mahukan perkahwinan ini menjadi satu majlis yang sederhana dan bukannya ingin menunjuk-nunjuk.

"Bagaimanapun sebarang hak penyiaran atau tajaan akan kami fikirkan sebaik-baiknya sebelum membuat sebarang keputusan," ujarnya.

Turut hadir dalam sidang media itu adalah ibu Lisa, Siti Amira Ahmad, ibu bapa Yusry, Abdul Halim dan Zarina Fenner selain abang sulungnya, Norman Abdul Halim dan Ketua Pegawai Eksekutif, Metrowealth International Group (MIG), David Teo.

Ibu Lisa ketika ditanya mengenai perkahwinan anaknya berkata, dia tidak mempunyai sebarang halangan mengenai siapa pilihan anak gadisnya itu dan membiarkannya memilih lelaki yang dirasakan sesuai untuk dijadikan suami.

"Sudah tentu saya gembira dengan perkahwinan anak saya selain menganggap Yusry adalah seorang lelaki yang baik dan saya merestui perkahwinan ini," ujarnya.

Manakala ibu yusry, Zarina berkata, Lisa adalah seorang yang mudah didekati dan gembira dengan kehadirannya dalam hidup Yusry dan mengambil berat tentangnya.

"Lisa sangat disukai oleh semua ahli keluarga saya kerana sifat ramahnya dan saya gembira dia sangat mengambil berat tentang Yusry," katanya.

Sejauh mana impak Khir Toyo terhadap Umno?

Tidak dinafikan Khir Toyo mempunyai penyokong dalam umno. Bukti itu, apabila pada perebutan jawatan Ketua Pemuda Umno penghujung tahun 2008, Khir menduduki tempat kedua di belakang Khairy Jamulddin, menyisihkan favorite awal, Mukhriz Mahathir.

Jangan lupa, Khir juga pernah menyandang pegerusi perhubungan negeri terkaya-Selangor, dan kini masih kekal sebagai wakil rakyat DUN Sungai Panjang.

Apabila mantan MB Selangor itu didapati bersalah, dan dihukum penjara 12 bulan, maka secara otomatik, kehilangan hak untuk bertanding pada PRU-13, kecuali melalui rayuan, mahkamah mengurangkan tempoh penjara kepada kurang daripada 6 bulan.

Walaupun, tempoh penjara dikurangkan, AYT yakin Umno tidak akan mengambil risko mencalonkan mantan MB itu, walaupun diyakni masih seorang winnable candidate bagi DUN Sungai Panjang.

Umno ketika mana hampir menghadapi IBU kepada pilihanraya, sedang menghadapi krisis yang melibatkan para pemimpinnya.

Ketua Wanita, Datuk Shahrizat Abdul Jalil, sedang terpalit isu NFC, angkara perbuatan keluarganya, Awang Adek, Timbalan Pengerusi Umno Kelantan, sedang menghadapi tuduhan menerima dana, melalui akaun peribadinya bersama dua orang sospol Perdana Menteri.

Selain itu, Kementerian Pertahanan di bawah Naib Presiden Umno-Ahmad Zahid, menghadapi tohaman mengenai pembayaran komisyen kepada pihak ketiga atas pembelian kelengkapan senjata untuk angkatan tentera.

Selain itu, Naib Presiden Umno daripada Sabah, Datuk Saife Afdal juga sedang menghadapi masalah pemberian kontrak KKPLW yang dikatakan tidak telus dan kontrak-kontrak diberikan kepada inner circle menteri itu.

Isu-isu ini kini, berlegar-legar disemua peringkat, baik dalam media laternatif, lobi-lobi hotel, kedai-kedai kopi dan warung-warung di kampung-kampung.

Isu lain yang sangat menaikkan darah, para penyokong umno akar umbi, adalah slogan pembangkang IN KALI LAH, seolah-olah satu pembalasan terhadap dendam kesumat mereka terhadap Umno dan BN.

Mereka memutar-mutar isu, Umno/BN telah memerintah negara lebih setengah abad, kenapa melayu/bumiputera masih ramai yang miskin.

Menurut mereka lagi, sejak negara merdeka, Perdana Menteri, Timbalan Perdana Menteri, ketua-ketua menteri adalah melayu/bumiputera (kecuali-Pulau pinang), namun kenapa kah masih ramai melayu/bumiputera miskin.

Alasan yang mereka berikan kepada rakyat, pemimpin RASUAHLAH PENYEBAB SEMUA INI. Mereka membandingkan, rumah-rumah para pemimpin sebelum dan sesudah mendapat jawatan, kata mereka, perbezaan itu bagaikan antara warna HITAM DAN PUTIH.

Di sebabkan ramainya mereka yang memutar-mutar isu ini, sedangkan di pihak Umno/BN hanya tergantung kepada sukarelawan yang tidak mempunyai sebarang jawatan ataupun peranan daripada Umno/BN, atas sebab itu, berlaku ketimpangan.

Politik adalah organisasi massa, semakin ramai yang menyeratai organisasi itu, maka itulah yang dianggap sebagai betul.

Dalam isu Khir Toyo, Shahrizat, Safie Apdal dan kini Awang Adek, terlalu sukar membuat jawapan kepada dakwaan itu, kecuali kalau bertegang leher "meneggakkan benang yang basah".

Di akar umbi, isu rasuahlah yang bermain peranan, kerana disebabkan rasuahlah faktor penyebab tidak berlakunya keseimbangan pendapatan, pembangunan.

Isu pembangkang yang sukar ditepis " Menyokong Umno/BN" sama dengan mempertahankan pemimpin yang RASUAH. KEPADA PEMBACA.. TOLONG BAGI JAWAPAN, UNTUK MENEPIS.. AYT.. KEHABISAN MODAL.

Mustafa Ali berbohong: Dr Hassan

Bekas pesuruhjaya PAS Selangor, Datuk Dr Hasan Ali menafikan mengenai dakwaan Setiausaha Agung parti, Datuk Mustafa Ali mengenai pertemuan beliau bersama tiga individu yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Mustafa pada Khamis mendakwa beliau mempunyai bukti untuk mengaitkan Hasan dengan Umno yang merujuk kepada satu pertemuan dengan individu-individu terbabit di sebuah hotel di ibu negara pada bulan Ramadan lalu.

Dr Hasan bagaimanapun berkata: “Saya menafikan sekeras-kerasnya mengenai pertemuan saya dengan mereka sama ada pimpinan Umno di peringkat bawahan, pertengahan atau atasan pada masa dan tempat yang dinyatakan,” katanya pada sidang media di kediamannya di sini, Sabtu.

Hasan yang juga merupakan Exco Kerajaan Selangor dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Gombak Setia bagaimanapun enggan mendedahkan identiti tiga individu yang temuinya.

“Saya tidak dapat menjelaskan sebab saya berasa mereka juga tidak selesa untuk dijelaskan. Cukup saya menafikan sekeras-kerasnya.

“Tiada pertemuan dengan mana-mana orang Umno dan tiada langsung berkaitan dengan Pas dan Umno,” katanya.

Hasan berkata, Mustafa sekali lagi terperangkap dengan prasangka buruk dan fitnah sesama muslim.

Menurut beliau, Mustafa sebagai setiausaha agung kepada sebuah parti yang berteraskan Islam, tuduhan-tuduhan liar dan serkap jarang seperti itu tidak selayaknya keluar dari mulut seorang yang berwibawa.

“Setahu saya yang ada ialah pertemuan yang sebahagiannya berulang kali antara setiausaha agung dengan pemimpin-pemimpin tertinggi Umno.

“Bahkan terdapat permohonan daripada setiausaha agung sendiri untuk bertemu dengan seorang pemimpin Umno yang sehingga kini setakat yang saya maklum belum dapat diadakan,” katanya lagi.

Dr Hasan meminta pemimpin tertingi parti untuk membuat siasatan secara terperinci berhubung perkara tersebut termasuk dakwaan pertemuan beliau dengan orang-orang yang mempunyai kaitan dengan Umno.

Dalam pada itu, Hasan mempersoalkan tindakan Mustafa sambil meminta pengesahan daripada setiausaha agung parti berhubung dakwaan berkenaan.

“Sejak bila pejabat setiausaha agung menubuhkan unit risikan dan intipan di pejabat agung Pas? Saya juga ingin tahu mengenai keperluan tugas merisik dan mengintip dalam konteks menjaga kesatuan dan perpaduan dalam parti,” katanya.

Akhirnya Khir Toyo akhiri kerjaya politiknya

TIADA Pilihan lagi bagi Dr Khir Toyo, mantan Menteri Besar Selangor, yang dipaksa turun oleh rakyat, kerana kekalahan BN di Selangor pada PRU-12.

Mantan menteri besar ini, sebelum ini terkenal dengan sebutan MB-Penyapu, atas sebab memberikan hadiah penyapu kepada Presiden MPT yang mendapat kuitipan terendah dalam kuitipan cukai pintu dan tanah.

Akibat perbuatannya itu, maka ramai penjawat awam marah, akibatnya BN kalah.

Khir Toyo, sebelum masuk politik, hanya mantan doktor gigi yang pernah beerkhidmat di Kinabatangan Sabah, dan kerana bernasib baik, maka di pilih menggantikan Tan Sri Abu Hassan sebagai MB Selangor.

Abu Hassan, terpaksa melepaskan jawatan MB Selangor, kerana kontraversi pengubahsuaian rumah MB, yang kononya ada unsur rasuah.

Selepas melepaskan jawatan MB, isu Khir Toyo menjadi panas, apabila wakil rakyat DAP mendedahkan bahawa rumah agamnya binaan ala bali bernilai RM24juta.

Ekoran pendedahan itu, maka SPRM menjalankan sisatan. Hasil sisatan SPRM, terbongkar bahawa mantan MB itu mendapatkan harta, jauh lebih murah daripada harga harta itu.

Walaupun alasan yang diberikan Khir, bahawa pembelian harta itu, berasaskan willing sale willing buy, namun, atas kedudukkan sebagai MB masa itu, maka sipenjual mahu menjualnya pada harga diskaun yang sangat tinggi, atas sebab mungkin akan mendapat balasan "projek" daripadanya.

Si pejual Shamsuddin Hayroni mempunyai banyak projek harta di Selangor pada masa Khir Toyo masih menteri besar.

Walaupun dalam mahkamah belum terbukti, bahawa Khir memberikan habuan projek kepada si penjual, namun Hakim mendapati adalah satu kesalahan mendapatkan harta dengan harga yang murah.

Keputusan Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki adalah:Dr Mohamad Khir Toyo dijatuhi hukuman penjara 12 bulan atas tuduhan mendapatkan untuk dirinya dan isteri suatu barangan berharga dengan balasan diketahui tidak mencukupi iaitu dua lot tanah dan sebuah banglo di Seksyen 7 di sini empat tahun lepas.

Hakim Datuk Wira Mohtarudin Baki (kini Hakim Mahkamah Rayuan) membuat keputusan itu di akhir kes pembelaan setelah mendapati pihak pembelaan gagal menimbulkan keraguan munasabah ke atas kes tertuduh.

Mahkamah turut memerintahkan hukuman itu yang dibuat mengikut Seksyen 165 Kanun Keseksaan berkuat kuasa mulai hari ini.

Dalam pada itu, Mohtarudin turut memerintahkan agar tertuduh dilucutkan hak ke atas hartanah yang dimiliki itu dan ia akan diserahkan kepada kerajaan.

Keputusan itu dibuat menurut Seksyen 36(1) Akta Pencegahan Rasuah Malaysia 1997.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan pelaksanaan hukuman penjara dan pelucutan hak sementara menunggu rayuan.

Dr Mohamad Khir, 46, dituduh mendapatkan untuk diri dan isterinya, Zahrah Kechik, 46, suatu barangan berharga iaitu dua lot tanah dan sebuah rumah di No 8&10, Jalan Suasa 7/1L di sini daripada Ditamas Sdn Bhd (Ditamas) melalui pengarahnya, Shamsuddin Hayroni.

Hartanah yang terletak di Seksyen 7 di sini itu diperoleh dengan harga RM3.5 juta, sedangkan ia dibeli oleh Ditamas pada 23 Dis 2004 pada harga RM6.5 juta.

Perbuatan itu didakwa dilakukan dalam keadaan Dr Mohamad Khir mengetahui bahawa Shamsuddin mempunyai hubungan dengan tugas rasmi beliau sebagai Menteri Besar Selangor pada ketika itu.

Dr Mohamad Khir, yang juga Anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Sungai Panjang, didakwa melakukan kesalahan itu di kediaman rasmi Menteri Besar Selangor di Jalan Permata 7/1, Seksyen 7 di sini pada 29 Mei 2007.

Dr Khir akan mengumumkan keputusan kedudukan pada 9 Januari 2012, apakah melepaskan ADUN Sunagai Panjang atau sebaliknya.

Friday, December 23, 2011

Dengar tu Saifuddin: Ahmad Zahid kata jangan bela mahasiswa biadab

Naib Presiden Umno Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi memberi amaran kepada mana-mana pemimpin politik supaya tidak menyokong sekumpulan mahasiswa yang menunjukkan sikap biadab terhadap Perdana Menteri baru-baru ini.

"Kita tidak mahu mana-mana pemimpin politik cuba menjadi hero atas isu-isu tertentu untuk membela tindakan mahasiswa yang melakukan perbuatan biadab itu," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan kepada warga emas di sini hari ini sempena perayaan Krismas.

Seorang ahli kumpulan dikenali Solidariti Mahasiswa Malaysia bertindak menurunkan bendera yang mengandungi gambar Datuk Seri Najib Tun Razak kerana membantah Akta Universiti dan Kolej Universiti (AUKU) di satu perhimpunan di ibu negara baru-baru ini.

Ahmad Zahid, yang juga Menteri Pertahanan berkata dalam memperjuangkan kebebasan, mahasiswa tertakluk kepada undang-undang dan mereka tidak boleh berbuat sesuka hati.

"Sekiranya mahasiswa menjadi anggota parti pembangkang sekalipun, mereka perlu diajar supaya menghormati orang lain sebagaimana mereka mahu orang lain juga menghormati mereka," katanya. - BERNAMA

Blog Archive