Wednesday, February 29, 2012

Lim Guan Eng dakwa Umno/perkasa mahu membunuhnya

Lim Guan Eng membuat laporan polis untuk meminta perlindungan, atas sebab Umno atau perkasa-pimpinan Ibrahim Ali berkemunginan membunuhnya.

Kenyataan Guan Eng "... Sekiranya sesuatu terjadi ke atas diri saya, Umno dan PERKASA mesti bertanggungjawab sepenuhnya,".

Lim merujuk insiden Ahad lalu, apabila sekumpulan ahli-ahli Umno dan PERKASA didakwa menganggu perhimpunan anti-Lynas di di Sudut Pidato, Padang Kota, Esplanade, Pulau Pinang.

Perhimpunan itu diadakan sebagai solidariti kepada Himpunan Hijau di Kuantan yang diadakan dengan kehadiran hampir 15,000 orang yang membantah keputusan kerajaan membenarkan loji pemprosesan nadir bumi milik Lynas Advanced Material Plant (Lamp) beroperasi di Gebeng, Pahang.

Tuesday, February 28, 2012

Hebat juga si Ostad Badrul ni- mendakwa Tengku Mahkota Pahang-akan selesai kes khalwatnya?

Inilah wanita isteri orang yang tertangkap dengan ostad PKR-Badrulamin

Hebat! hebat!.. Badrulamin Bahrom, pemimpin PKR yang tertangkap berkhalwat dengan bini orang di Kuantan Pahang, Sabtu lalu, mendakwa, kononya, Tengku Mahkota Pahang akan ikut campur untuk menolongnya.

Badrul mendakwa bahawa orang2 Tengku Mahkota telah menemuinya bagi mendapatkan fakta sebenar semasa penangkapan itu.

Sebelum ini, Badrul mendakwa bahawa penangkapannya bersama isteri orang adalah konspirasi Umno.

Zatiiwani sanggup menempuh perjalanan sejauh 150km Rompin-Kuantan, hanya memastikan konspirasi Umno berjaya? demikianlah secara tidak langsung dakwaan Badrul.

Badrul siap menempah bilik suite, seolah2 berbulan madu... Badrul Badrul, apa kah alibi anda rakyat boleh terima.

Semalam Badrul dan Zatiiwani telah hadir di pejabat JAIP, Kuantan.

Dalam perkembangan lain, Zatiiwani yang ditangkap berkhalwat dengan Badrul, telah memfailkan cerai daripada suaminya.

Bagi AYT, tanpa memfailkan ceraipun, si suami adalah dayus, jika tidak menceraikan isterinya.

Lagi dakwaan Badrul-Kalau bukan Umno dia tidak tertangkap khalwat

Kenyataan Badrul Amin Baharom, pemimpin PKR yang tertangkap di bilik hotel di Kuantan, Pahang bersama isteri orang, tidak akan berlaku kalau bukan kerana umno.

Kenyataan tersebut seolah-olah Umnolah yang menyuruh Badrul menggait isteri orang bersamanya, agar tertangkap. Atau kerana Umnolah perbuatan maksiat terbongkar.

Beruntungnya jadi pemimpin PKR, kerana diri sendiri yang seronok, boleh menjadikan Umno sebagai kambing hitam.

Perkara yang sama berlaku, apabila Anwar seronok meliwat Saiful, menyalahkan pula Najib, kononnya berkonspirasi dengan Saiful, agar Anwar meliwat mangsa.

Zatiiwani isteri orang itu perlu melakukan perjalanan yang jauh (Rompin-Kuantan). Kalau tiada apa2 dengan Badrol, mengapa perlukan perjalanan 150km semata2 berjumpa dengan ostad PKR itu?

Dikhabarkan Badrol menempah bilik suite, di Swiss Garden Hotel, suatu persedian yang cukup rapi menunggu kedatangan apa yang ditunggu.

Kalaulah penangkapan Badrol dianggapnya sebagai konspirasi, sebenarnya dirinyalah yang berkonspirasi dengan bini orang. Perbuatan terkutuk, tidak akan selamat, sebab itu mereka tertangkap.

Monday, February 27, 2012

Nurul Izzah.. spin jangan tak spin

Keluarga spinner
Waaaaaaaaaaaaaah Nurul Izzah Anwar mendakwa, matanya hampir lebam terkena penampar seorang lelaki (foto) di sebuah rancangan felda Hilir, Gampang, Pahang malam sebelum ini.
Penduduk felda naik angin atas sebab pembohongan Nurul Izzah sudah ke tahap gaban, sehinggakan pemuda felda dalam rancangan tersebut, tidak dapat mengawal emosi lagi.

Inilah akibat pembohongan dan fitnah, rakyat yang sabarpun boleh naik emosi atas sebab dakwaan yang tidak masuk akal dan berunsur fitnah.

Jika benarlah pemuda dalam gambar ini cuba menampar Nurul Izzah, dia tidak boleh disalahkan, kerana manusia boleh hilang pertimbangan jika terus dipaparkan dengan perkara-perkara bohong.

Inilah padahnya, pada mereka yang suka berbohong, manusia yang waraspun boleh hilang pertimbangan, kalau terus diprovokasi.

Para pemimpin PKR mengambil kejadian di Felda Hilir itu, sebagai muslihat politik dan menuduh Umno pula.

Parti dan ahli umno tidak mempuyai sifat demikian, namun jika tohmahan dan dakwaan yang bersifat fitnah dan bohong, sudah tentunya ada ahli yang naik angin. Maklum, manusia, kesabaran ada batasnya.

Khalwat Badrul: rupanya isteri orang itu sudah 3 malam bersama Badrul

Menurut seorang saksi mengatakan sudah tiga hari Zatiwani bermalam dibilik Badrul Amin.

Kata saksi itu lagi dakwaan Badrul Amin kononnya dia dipukul oleh 20 orang samseng upahan suami Zatiwani adalah satu pembohongan. Setahu saya, saya dan suami Zati sahaja yang datang berjumpa dengan Badrul Amin meminta dia melepaskan isteri Fazli Pungut tetapi Badrul Amin enggan berbuat demikian sehingga menaikkan kemarahan suami Zatiwani.

Sebagai suami kepada Zati yang tidak mahu dianggap dayus, beliau terpaksa melaporkan kepada Jabatan Agama Islam Pahang untuk membuat tindakan lanjut setelah beberapa rundingan dengan Badrul Amin gagal.

Menurut penguatkuasa JAIP semasa tangkapan dibuat Zati sedang menyorok didalam almari. Penguatkuasa mendapati ada satu lagi tuala basah berada di atas katil dan satu lagi sedang digunakan oleh Badrul Amin, ini menunjukkan ada seorang lagi yang tinggal bersama Badrul Amin di dalam bilik hotel itu. sumber disini

Pembohongan tahap mega Nurul Izzah -pemuda felda naik angin

Pemimpin raja SPIN
Apabila pembohongan mencapai tahap mega, maka akan memakan diri sendiri. Inilah yang berlaku pada ceramah-ceramah yang diadakan oleh Nurul Izzah anak Anwar Ibrahim, apabila sekumpulan anak2 muda Felda Hilir, Gombang Pahang naik angin.

Nurul Izzah mengikut darah bapanya, suka memutar belit perkara yang benar menjadi salah dan salah menjadi benar.

Pemuda felda tidak boleh disalahkan, kerana bertindak menghalang perkara-perkara mungkir dan bohong di kawasan mereka. Perbuatan mereka itu bagaikan jihad mencegah kemungkaran.

Pembangkang kini sedang giat menabur fitnah semata-mata untuk mengelirukan rakyat. Mereka ingin membuat political damage untuk memancing undi.

Mereka bercakap mengenai rasuah, akan tetapi pemimpin mereka juga bergelomang dengan rasuah. Teoh Beng Hock mati akibat rasuah. Seorang Datuk di Selangor mati kerana membongar rasuah pasir di Selangor.

Mereka bercakap soal moral, tetapi pemimpin mereka bergelomang dengan dosa. Contoh terakhir apabila Pengarah komnunikasi di Pejabat Menteri Besar Selangor, Ustaz Badrul Amon Baharom ditangkap berdua-duaan dengan isteri orang di bilik hotel.

Pembangkang kini berada dalam keadaan bercelaru. Apabila sesama mereka bercakaran. Pemimpin dalam parti yang samapun bercakaran. Contoh terkini adalah mengenai protes diam pemimpin Pas dalam perlantikan exco Kedah.

Sokongan Anwar terhadap Israel bercanggah dengan pendirian Pas yang menentang negara yahudi itu.

Soal undang2 hudud yang disanggah DAP, oleh itu Pas melepaskan perjuangan itu, untuk sementara, dan bertindak tunggu dan lihat keputusan PRU-13. Kalau kerusi Pas lebih banyak daripada DAP, maka hudud dilaksanakan, kalau kurang, tunggu dan lihat lagi.. suatu keputusan yang tidak berpenghujung, yang rugi adalah rakyat, tertipu sepanjang masa.

Bayangkan Pas lebih 50 tahun berjuang meneggakan negara islam, namun kini melupakan asas perjuangan itu, demi DAP.

Badrul Amin diarah bercuti selesaikan kes khalwatnya

Pejabat Menteri Besar Selangor mengarahkan ketua penerangan kerajaan negeri Dr Badrulamin Bahrom supaya bercuti selama sebulan sehingga dakwaan beliau ditangkap khalwat oleh pegawai Jabatan Agama Islam Pahang (JAIP) di sebuah hotel di Kuantan, Sabtu lalu diselesaikan.

Bernama yang memetik Timbalan Pengarah JAIP Datuk Mohd Ghazali Abdul Aziz pada laporannya dua hari lalu berkata seorang pemimpin PKR ditangkap khalwat dengan seorang wanita berstatus isteri orang di sebuah hotel di Balok, Kuantan oleh pasukan penguatkuasa JAIP.

Ketua cabang PKR Sabak Bernam itu sebelum ini pernah mencetuskan kontroversi apabila pada satu ceramahnya, beliau seolah-olah menyamakan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dengan Imam Mahdi.

Sunday, February 26, 2012

Pas dah agak; Kalau laksana hukum hudud pasti ramai pemimpin mereka kena padah

BAYANGKAN kalau undang2 hudud berkuat di negara ini, APA yang akan jadi pada USTAZ Badrul?

Badul mendakwa bahawa istri orang yang tertangkap berkhalwat dengannya, "sering" lari meninggalkan suaminya dan sudah tentunya "lari" berjumpa Ustaz pemimpin PKR ini.

Badrul terpaksa memberi kounsuling pagi2 buta, di sebuah bilik, di mana dia dan isteri orang itu sahaja berada dalam bilik itu.

Menurut Badrul, isteri orang tersebut menghubunginya jam 2 pagi, dan tidak lama kemudian datang ke hotel, di mana Badrul menginap. Demi kemanusian menurut Badrul, maka beliau menempah bilik untuk wanita itu.

Selang 30 minit, menurut Badrul, suami kepada wanita itu bersama 20 orang "samseng" mengepong bilik di mana Badrul dan wanita itu berada.

Tunggulah versi JAIP esok, apa kah alibi Badrul pula?

Badrul Amin khalwat: Alahai Saifuddin Nasution pula minta JAIP agar profesional

Bayangkan sehingga 20 orang berserta suami wanita itu menyerbu bilik hotel Badrul, nak minta siasatan profesional macam mana lagi? Saksi 4 orang dah lebih!!!

Tengah pagi2 buta nak tolong isteri orang apa hal?.. kalau wanita itu dalam keadaan bahaya, masa 30 minit kalaulah betul, boleh digunakan menghubungi polis, bukannya siap tempah bilik!!

Alibi tak masuk akal...

Esok akan terungkai apa kah Badrul salah, apabila berjumpa JAIP.

Semalam BERNAMA melaporkan bahawa Badrul ditangkap pagi2 buta di sebuah bilik di Hotel Di Balok, Kuantan.

Walau bagaimanapun, Badrul mendakwa bahawa penangkapannya adalah dirancang untuk memalukannnya... siapa merancang??? diri sendiri yang rancang!!!.

Apa kah alibi Badrul Amin boleh dipercaya?

Jam 2 pagi wanita isteri orang itu menghubunginya. Atas sebab tanggungjawab menurut Pengarah Komunikasi Pejabat MB Selangor itu, maka beliau menempah bilik.

Jam 2.30 suami kepada wanita itu datang bersama 20 orang, memaksa isterinya meninggalkan bilik hotel.

Suatu yang pelik... sungguh cepat proses kejadian itu... dalam masa 30 minit bermula melalui percakapan telepon, proses menempa bilik dan kemudian tertangkap.

Apa kah alibi Badrul boleh dipercaya? sama2 kita menilainya.

Satu perkara, menurut Badrul dia kenal suami wanita itu lebih setahun, jika benar, mengapa tidak menghubunginya berhubung isterinya yang datang ke hotel pagi2 buta? mengapa siap tempah bilik? mengapa tidak suruh tunggu di lobi?

Kata orang apabila berdua2an.. orang ketiga yang menemani adalah syaitan.. apa kah syaitan menutup pertimbangan seseorang yang dipanggil ustaz tersebut?

Badrul baru2 ini mengundang kecoh apabila mendawa bahawa Anwar Ibrahim itu adalah Imam Mahadi.

Pemimpin PKR itu ditangkap JAIP pada awal pagi di sebuah bilik di Hotel Swiss Garden, Kuantan Pahang.

Badrul Amin ditangkap khalwat dengan isteri orang

Dilaporkan bahawa pemimpin PKR yang bernama Badrul Amin Bahrum(foto) telah ditangkap khalwat oleh Jabatan Agama Islam Pahang pada 2.45 petang tadi di Hotel Swiss Garden Pahang.

Badrul Amin ditangkap khalwat bersama pasangannya yang bernama Zatiwani yang berkerja sebagai juruteknik di Kolej Komuniti Rompin Pahang. Zatiwani juga merupakan Isteri kepada seorang lelaki bernama Fazli Pungut.

Untuk makluman kedua dua pasangan Khalwat ini masih lagi ditahan Jabatan Agama Islam Pahang dan segala maklumat lanjut akan dimaklumkan kemudian.

Suami wanita yang ditangkap khalwat itu juga turut sebak ketika bersama Jabatan Agama Islam Pahang dalam serbuan petang tadi. Suami wanita itu kecewa dengan pemimpin yang mengambil kesempatan diatas pengaruh yang ada pada badrul amin.

Badrul Amin yang sudah mempunyai Dua Isteri sebelum ini juga menyamakan Anwar Ibrahim sebagai Imam Mahadi.

Rakyat perlu menilai, kepimpinan mana yang perlu disokong. Ketua umum PKR bermasalah moral, demikian juga para pemimpin lainnya.

Saturday, February 25, 2012

Skandal NFC: Pendedahan Tony Pua sokong kenyataan Nazri Aziz

Tony Pua hari ini mendedahkan bukti yang didakwanya perjanjian pinjaman yang ditandatangani oleh Pusat Fidlot Nasional (NFC), yang mana menurutnya bukti syarikat berkenaan telah melanggar syarat pinjaman berjumlah RM250 juta bagi fasiliti tersebut.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz juga pernah berkata, bahawa NFC telah melanggar syarat2 perjanjian.

Ketua Publisit DAP itu menjelaskan Perkara 3 perjanjian itu dengan jelas menyatakan dana kerajaan itu mesti digunakan bagi “ membiayai projek tersebut seperti yang dinyatakan dalam Jadual Pertama perjanjian ini.”

Perjanjian Pertama itu menyatakan pinjaman berkenaan harus “konsisten dengan polisi kerajaan Malaysia membangunkan, memperkenalkan, dan mengusahakan pengeluaran lembu dan produk lembu melalui Pusat Fidlot Nasional menjadi pusat untuk aktiviti komersial dan bersepadu ternakan lembu fidlot.”

“Itu tidak diragukan lagi. Penggunaan duit tersebut hanya di benarkan untuk membiayai pembangunan pusat berkenaan dan bukannya untuk tujuan lain,” katanya (gambar) di ibu pejabat DAP hari ini.

“Ini bermakna, setiap dakwaan yang dibuat eksekutif dan pengarah NFCorp bahawa mereka boleh menggunakan dana itu untuk apa sahaja adalah mengarut.”

Tambah Pua, perkara itu dikuatkuasakan oleh Perkara 18.1 (b), yang menyatakan mana-mana keadaan selagi mana hutang tersebut masih wujud, NFCorp harus menggunakan duit yang dipinjam itu “untuk kegunaan yang dinyatakan dalam Perkara 3 perjanjian ini.”

Pua turut akan menanyakan perkara itu kepada Kementerian Pertanian dan Industri Asa Tani kerana membenarkan NFCorp mencatatkan di akaun pinjaman khas itu, mencatat yang permintaan-permintaan sedemikian perlu diiringi oleh satu laporan kemajuan daripada syarikat itu.

Laporan perkembangan itu harus ditandatangani oleh jawatankuasa teknikal yang berkelayakan dan dipengerusikan oleh pegawai daripada kementerian, berdasarkan perjanjian tersebut.

“Mereka perlu menandatangani laporan kemajuan itu. Jadi, penyusutan telah berlaku walaupun NFC gagal memenuhi sasaran ... (menunjukkan) kementerian pertanian turut sama bertanggungjawab terhadap kecelaruan ini,” katanya.

NFCorp harus mengemukakan kenyataan bulanan daripada bank kepada Kementerian Kewangan setiap suku tahun menjelaskan bagaiman dana itu digunakan, kata Pua dan mempersoalkan kementerian membenarkan pinjaman itu diteruskan.

“Kecuali NFCorp menghantar laporan palsu. Mungkin itu akan diklasifikasikan sebagai jenayah, kita tidak tahu sama ada mereka menyerahkan laporan palsu ketika itu.

“Kementerian Kewangan perlu membuat penjelasan maklumat laporan tersebut,” katanya menambah, pegawai rasmi kementerian yang diberi taklimat oleh Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) berhubung NFC menyatakan tidak disebut berkenaan pembelian hartanah dibuat dalam laporan berkenaan.

Ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu turut mempersoal kementerian pertanian kerana tidak membekukan akaun kerana Perkara 4 menjelaskan pembayaran balik harus dibuat tiga tahun kemudian selepas bermula sekitar 2008.

“Kita sekarang berada dalam bulan Febuari 2012. Menurut pemahaman saya mereka belum membuat pembayaran walu sesen pun. Kita sudah lebih daripada tiga tahun,” katanya.

“Kenapa mereka tak bayar? Kenapa Kemeterian Kewangan tidak mengambil tindakan terhadap pembayaran lewat? Dab kenapa pinjaman tersebut tidak dibekukan atau dipindah akaun?”

Projek yang dibiayai kerajaan ini menjadi topik perbualan selepas ianya diletakkan di dalam Laporan Tahunan Ketua Audit Negara 2010 dan dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Jalil.

PKR telah membuat beberapa siri pendedahan dengan mendakwa berlakunya penyalahgunaan dana kerajaan termasuksejumlah RM62 juta digunakan untuk tanah, hartanah dan perbelanjaan tidak berkaitan NFC.

Anak Shahrizat dan eksekutif NFCorp, Wan Shahinur Izmir Salleh, bertegas menyatakan syarikat berkenaan telah menggunakan dana dengan lebih baik dengan melabur dalam hartanah ketika menghentikan operasi perniagaan selepas Putrajaya mengambil keputusan menggantung pembinaan pusat penyembelihan yang disewakan kepada syarikat.

Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin bulan lalu mengumumkan Putrajaya akan melantik badan audit khas bagi menyemak buku laporan NFCorp bagi mengenalpasti sekiranya terdapat pertuduhan terhadap syarikat tersebut, tetapi menentang cadangan suruhanjaya diraja bagi menangani masalah itu.

Azizan Razak ketepi perlantikan dua seteru utamanya

MB Kedah Datuk Azizan Razak mengenepikan perlantikan dua exco seteru utamanya dan Dr Ismail Salleh dalam perlantikan exco baru kerajaan negeri yang akan mengangkat sumpah pada 28 Februari, di Istana Anak Bukit, Kedah.

Selain itu dua exco lagi Datuk Taulan Mat Rasul dan fr Hamdan Mohamed Khalid dijangka juga tidak dilantik lagi.

Empat exco kerajaan negeri daripada PAS itu, dikhabarkan tidak mahu berkhidmat lagi di bawah Datuk Azizan.

Dalam perkembangan lain, menurut mStar Online Datuk Phahrolrazi Mohd Zawawi telahpun mengosongkan pejabat beliau di Wisma Darulaman menjelang majlis angkat sumpah Ahli Exco Kerajaan Negeri Selasa ini.Difahamkan pengosongan itu dibuat beberapa hari lalu.

Perkembangan itu dilihat seolah-olah mengiakan pergolakan yang berlaku antara Phahrolrazi yang juga Timbalan Pesuruhjaya I PAS Kedah dengan Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak.

Selebum ini media melaporkan bahawa Phahrolrazi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh telah menemui Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bagi menyatakan hasrat untuk enggan dilantik semula sebagai exco yang akan tamat pada 12 Mac depan.

Kenyataan Azizan Razak- bunyi macam Dr Hassan sebelum dipecat

Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Abdul Razak berkata pemilihan exco kerajaan negeri adalah hak beliau tanpa perlu merujuk kepada Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Azizan (foto) berkata beliau telah menyerahkan senarai nama exco kerajaan negeri bagi 2012 kepada Sultan Kedah, Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah, yang juga Yang di-Pertuan Agong, dua hari lepas di Istana Negara.

"Walaupun Sultan Kedah menjadi Yang di-Pertuan Agong, segala pelantikan exco kerajaan negeri masih dalam bidangkuasa baginda, dan saya tak akan buat sebelum dapat perkenan baginda kerana ia tradisi kerajaan negeri.

"Biasanya, Tuanku Sultan akan perkenan, (terpulang kepada) baginda tolak yang tu (exco lama), dan bagi yang ni (exco baru), dan bila dapat surat, baru boleh bagi tau," katanya kepada pemberita malam tadi.

Beliau berkata senarai exco dari Pejabat Sultan Kedah dijangka diterima Ahad ini.

Azizan juga berkata sebenarnya tidak timbul soal menolak pelantikan semula oleh dua exco seperti yang dilaporkan kerana beliau belum mengeluarkan surat tawaran kepada mereka.

"Pasai apa dia nak hantar surat, saya tak buat tawaran lagi, kalau hantar surat, baru boleh tolak, surat tak hantar, tawaran nak tolak macam mana. Spekulasi ni ada benda betul, dan ada tak betul," katanya.

Beliau mengulas khabar angin dua exco Kedah menghantar surat kepada beliau bagi menyatakan keengganan dilantik semula ke jawatan itu, yang dijadual diumumkan Selasa ini.

Dua exco yang disebut-sebut berbuat demikian ialah Timbalan Pesuruhjaya 1 PAS Kedah Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Timbalan Pesuruhjaya II Datuk Dr Ismail Salleh, yang dipercayai kerana kecewa dengan sikap serta kepemimpinan Azizan, yang juga pesuruhjaya PAS negeri, berhubung pelbagai isu kebelakangan ini.

Kedua-dua exco itu tidak mengesah atau menafikan khabar angin itu, dan menyerahkan perkara tersebut kepada Azizan.

Majlis pelantikan anggota exco kerajaan negeri Kedah bagi tahun 2012 akan diadakan Istana Anak Bukit, Alor Setar.- Bernama

Friday, February 24, 2012

Imam Samseng: Mahkamah buat laporan polis

Ketua pendaftar Mahkamah Persekutuan membuat satu laporan polis terhadap bekas imam, Hoslan Hussin berhubung dakwaan yang dibuat oleh lelaki berkenaan yang membaling kasutnya ke arah hakim dalam satu sesi mahkamah berkenaan, Rabu lalu.

Kenyataan yang dikeluarkan pejabat pendaftar berkenaan hari ini turut menyangkal dakwaan yang ditimbulkan Hoslan (foto), termasuk tuduhan bahawa lelaki tersebut telah dinafikan hak untuk didengar dengan seadilnya.

"Tuduhan tersebut adalah tidak berasas. Pejabat ini mempunyai rakaman setiap pendengaran yang dijalankan di Mahkamah Persekutuan.

"Badan Kehakiman Malaysia memandang serius perkara yang boleh mencemarkan imej Badan Kehakiman sama ada melalui sebarang tindakan secara langsung atau tidak, termasuklah membuat komen atau kenyataan yang boleh menjatuhkan kredibiliti dan imej institusi kehakiman.

"Pejabat ini tidak berhasrat untuk memberikan komen lanjut mengenai kes ini memandangkan perkara tersebut masih dalam siasatan pihak Polis," menurut kenyataan itu lagi.

Laporan akhbar Malay Mail hari ini menyebut, polis menyiasat kes membaling kasut itu mengikut Seksyen 353 Kanun Keseksaan kerana menggunakan kekerasan untuk menghalang tugas penjawat awam.

Dalam insiden Rabu lalu, Hoslan bertindak membaling kasutnya ke arah panel hakim yang mengekalkan keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur menghalang beliau daripada terus tinggal di kuarters imam, Masjid Ar-Rahimah, Kampung Pandan.

Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan mendapatkan perintah Mahkamah Tinggi itu pada Jun 2011 apabila Hoslan berkeras untuk tinggal di kuarters berkenaan walaupun selepas ditamatkan perkhidmatan sejak 2008.

Perintah Mahkamah Tinggi itu dirayu oleh Hoslan di Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke Mahkamah Persekutuan yang mengekalkan keputusan tersebut semalam.

Hoslan tampil mewakili dirinya sendiri di mahkamah semalam dan bertindak membaling kasut berkenaan apabila mendengar keputusan tersebut yang menjadikan beliau seorang penceroboh sekiranya terus tinggal di kuarters masjid.

RCI PATI: Masih dalam pertimbangan: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak menolak dakwaan kononnya kerajaan telah meluluskan penubuhan sebuah Suruhanjaya Diraja (RCI) bagi menyiasat tuduhan bahawa ramai pendatang asing diberikan kerakyatan negara ini bagi membolehkan mereka mengundi atau lebih dikenali sebagai ‘Projek IC’ di Sabah.

Sebaliknya, Najib sekadar berkata kerajaan sedang mempertimbangkan penubuhan suruhanjaya berkenaan.

"Kita sedang timbang (penubuhannya)," katanya pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi Umno malam tadi.

Jawapan perdana menteri itu dikatakan mengejutkan banyak pihak kerana beberpa pemimpin kanan Sabah sebelum ini berkata jemaah menteri pada mesyuaratnya pada 8 Februari lalu telah bersetuju menubuhkan suruhanjaya berkenaan.

Malah pemimpin BN Sabah terutama dari parti KDM juga membuat spekulasi bahawa Najib akan mengumumkan secara rasmi penubuhan RCI itu semasa lawatan dua harinya ke negeri itu pada 16-17 Februai lalu.

Bagaimanapun, perrkara itu tidak menjadi kenyataan dan Najib meninggalkan Sabah tanpa langsung menyebut tentang sebarang siasatan berhubung peningkatan penduduk Sabah secara mendadak terutamanya membabitkan pendatang asing.

Malah, Setiausaha Agung Pertubuhan Pasokmomogun Kadazandusun Murut (Upko) Wilfred Madius Tangau berkata penubuhan suruhanjaya itu sudah diluluskan tetapi terma rujukan dan ahli-ahlinya masih belum dimuktamadkan.

Menurut Tangau, jemaah menteri pada mesyuarat 8 Februrari telah meluluskan penubuhan suruhanjaya itu dan perkara itu juga telah diminitkan. Tangau adalah mantan ahli parlimen Tuaran, dan tidak mempunyai sebarang akses terhadap minit2 kabinet.

Entah bagaimana Tangau membuat kenyataan bahawa kerajaan persekutuan memerlukan masa untuk mendapatkan maklum balas daripada beberapa sumber di Sabah dan juga kerajaan negeri.

Penubuhan RCI itu adalah antara cadangan yang dikemukakan oleh Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen (PSC) mengenai pembaharuan dalam sistem pilihan raya di negara ini dalam laporan awalnya.

PSC semasa inkuiri awam yang dijalankan di Sabah pada November lalu menerima banyak aduan berhubung Projek IC.

Projek IC didakwa dijalankan sekitar tahun 1980-an dan 1990-an. Kononnya Projek operasi rahsia dan bersepadu itu bertujuan memberikan kad pengenalan kepada rakyat asing dengan niat untuk mengubah demografi Sabah supaya penduduknya menyokong Umno.

Dua wanita dipaksa jadi pelacur diselamat polis

Bapa Ayam digari. Pihak polis menemui beberapa bungkusan kondom yang dipercayai digunakan untuk tujuan maksiat.

Kota Kinabalu: Niat murni dua wanita Filipina yang datang ke Sabah semata-mata untuk mencari duit bagi menyara keluarga di kampung menjadi mimpi ngeri kepada mereka apabila pekerjaan yang dijanjikan tidak ditunaikan malah dipaksa untuk menjadi pelacur.

Lebih memeritkan, setibanya kedua-dua mangsa yang berumur 26 dan 29 tahun itu di sini minggu lepas, mereka dikurung dalam sebuah bilik bajet di atas KFC Damai, Luyang dekat sini dan yang nasib mereka bertambah malang apabila dibiarkan kelaparan tanpa makanan.

Kedua-dua wanita itu dikawal ketat oleh seorang ibu ayam warga Filipina dan seorang bapa ayam warga tempatan.

Bagaimanapun, penderitaan mereka berakhir pada Isnin apabila diselamatkan pihak polis Kota Kinabalu.

Bapa ayam dan ibu ayam tersebut berjaya ditangkap dan dibawah ke IPK Kepayan dekat sini dan disiasat mengikut Akta Anti Pemerdagangan Orang serta Anti Penyelundupan Migran 2007.

Sabah sering digunakan pihak penjenayah termasuk penyelundupan rokok kretek, minuman keras dan manusia, memandangkan kawasan pantainya yang cukup luas.

Sabah juga dikaitkan dengan pendatang tanpa izin (pati) yang kini terus dipolitikkan baik oleh pembangkang mahupun beberapa pemimpin BN.

Baru-baru ini penubuhan RCI PATI sedang hangat diperkatakan, malah pada lawatan Perdana Menteri ke Sabah pada 16-17 Februari lalu, para pemimpin yang menginginkan penubuhan RCI PATI tersebut mengharapkan pengumuman Perdana Menteri.

Namun, harapan tersebut tidak kesampaian, apabila Najib tidak menyentuhpun mengenai penubuhan RCI PATI selama dua hari berada di Sabah.

Thursday, February 23, 2012

Sokong Israel: PAS lemah- Nik Aziz gagal desak Anwar

Pertemuan Anwar-Nik Aziz pada Selasa, memperjelas kelemahan Pas. Melalui pertemuan itu, Nik Aziz gagal mendesak Anwar menarik balik sokongan terhadap Israel. Selain itu, MB Kelantan itu juga gagal mendesak Anwar menyaman WSJ.

Malah melalui pertemuan itu, Anwar mempertegas lagi kenyataannya berhubung sokongannya terhadap negara Israel. Anwar menegaskan bahawa sokongannya terhadap Israel, sesuai dengan pendirian Hamas dan Fatah, berasas kehadiran dua negara-Isarel dan Palestin.

Wednesday, February 22, 2012

Imam samseng-rupanya penyokong Pakatan

Seorang imam samseng yang bernama Hoslan Hussain (gambar) bertindak membaling kasut ke arah tiga hakim mahkamah persekutuan, kerana tidak dibenarkan membuat rayuan ke atas keputusan MAWIP mengusirnya daripada kuarters kediamannya.

Sebelum ini, imam tersebut diusir dari kuarters kediamannya atas sebab masalah disiplin.

Semasa kemuncak Bersih 2.0, khutbah pada masjid di mana Hoslan sebagai imam melarang agar rakyat jangan menyertai himpunan itu, Hoslan membuka jubahnya dan menunjukkan kepada jemaah, bahawa beliau adalah penyokong Bersih 2.0.

Seperti yang dijangka: Anwar enggan saman WSJ

Seperti dijangka, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak akan menyaman The Wall Street Journal (WSJ) berhubung kenyataannya mengenai sokongan terhadap keselamatan Israel sebagaimana disiarkan pada 26 Januari lalu meskipun Majlis Syura Ulama Pas sebelum ini menggesa Ketua Pembangkang itu berbuat demikian jika kenyataannya diputar-belitkan oleh media berkenaan.

Sambil mendakwa Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat mendengar dan memahami penjelasannya dalam pertemuan selama satu jam hari ini, beliau berkata, WSJ tidak melakukan kesalahan kerana ia turut menyiarkan kenyataannya mengenai syarat-syarat yang perlu dipatuhi oleh rejim zionis dalam memenuhi aspirasi rakyat Palestin.

‘‘Saya terangkan kepada Nik Abdul Aziz bahawa kenyataan saya dalam WSJ turut memberi penekanan mengenai contingent yang perlu dipatuhi oleh Israel dan bukan seperti mana yang disebut dalam akhbar arus perdana.

‘‘Saya faham pendirian Pas dalam soal Palestin-Israel ini yang mana mereka cukup tegas dan keras. Saya juga beri penjelasan jangan ada salah tafsiran tentang pengiktirafan Israel kerana perkara itu tidak harus berbangkit selagi syarat-syarat tidak dipatuhi,’’ katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas mengadakan pertemuan kira-kira satu jam bersama Nik Abdul Aziz serta Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man di sebuah hotel di Kuala Lumpur, semalam.

Pada pertengahan bulan ini, Nik Abdul Aziz meminta Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu membuat kenyataan terbuka sama ada mahu menarik balik sokongan terhadap Israel atau pun menyaman WSJ.

Desakan tersebut merupakan ketetapan yang dibuat selepas ahli jawatankuasa tertinggi parti itu dan Majlis Syura Ulama Pas mengadakan mesyuarat di sini baru-baru ini.

Nik Abdul Aziz berkata, rakyat mahu mengetahui perkara sebenar kerana ia telah menjadi isu yang diketahui umum selepas disiarkan WSJ baru-baru ini.

Menjawab satu soalan sama ada wujud perbezaan antara beliau dan Pas mengenai isu Palestin, Anwar mengakui terdapat sedikit perbezaan.

“Cuma sedikit sahaja iaitu dari segi penekanan. Pas sentiasa konsisten bahawa mereka sama sekali tidak akan mengiktiraf kewujudan Israel sama ada dalam sudut pandangan, fikiran malah dalam bentuk rundingan sekalipun.

‘‘Saya pula menyokong keputusan yang diambil Hamas dan Fatah untuk bertegas terhadap syarat-syarat yang dikenakan dan seterusnya menyambung rundingan,’’ katanya.

Berhubung contingent yang dimaksudkannya seperti mana disiarkan oleh WSJ itu Anwar berkata, terdapat empat perkara iaitu pengunduran tentera Israel daripada wilayah Palestin dan Arab; hentikan keganasan; hentikan kepungan terhadap Gaza dan iktiraf Baitul Muqaddis.

Sementara itu Nik Abdul Aziz dalam status terbaru Facebooknya hari ini menegaskan bahawa pendirian Pas dalam isu Palestin jelas iaitu parti tersebut tidak sesekali mengiktiraf walaupun seinci hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang telah dirampas.

‘‘Berbeza atau tidak dengan sesiapa, Pas tetap dengan pendirian ini,’’ ujarnya.

Bukan saya yang sebarkan gambar bogel Eli: Bekas kekasih Elizabeth Wong

AKIBAT tertekan kerana tertangkapnya Hilmi Hazimin Malek di Batam, Indonesia baru-baru ini, Exco Kerajaan Selangor-Elizabeth Wong terpaksa membatalkan kehadiran pada satu acara rasminya sambutan World Wetland, Sabtu lalu.

Dalam perkembangan lain, mstar online melaporkan, bahawa bekas kekasih Elizabeth Wong itu mendakwa, bahawa penyebaran gambar bogel bekas teman wanitanya bukan berpunca daripada dirinya.

Gambar yang tersebar di internet itu, dirakamnya melalui telepon bimbit, namun telepon bimbit itu telah lama hilang.

Semenjak kes itu terdedah pada tahun 2009, Hilmi menghilangkan diri,sehingga tertangkap di Indonesia, baru-baru ini.

Isu pendatang di Sabah diputar terus

Entah data dari mana, ada yang mengatakan bahawa pada tahun 1970 jumlah pendatang di Sabah berjumlah 651,304, kemudian meningkat kepada 929,299 tahun 2000. Akan tetapi jumlah itu menurun kepada 889,799 pada tahun 2010 daripada jumlah penduduk Sabah yang berjumlah 3.12 juta.

Sebagai perbandingan, jumlah pengundi berdaftar pada tahun 2008, sesuai dengan data SPR, adalah 796,132.

Melihat kepada angka pendatang sepertimana dakwaan; 1970 (651,304), tahun 2000 929,299 apatah lagi data tahun 2010 (889,799) jumlah pengundi berdaftar di Sabah semuanya lebih rendah berbanding jumlah pendatang, kecuali data tahun 1970.

Melihat kepada data ini, daftar pengundi tidak disusupi oleh pendatang, kalaupun ada, adalah kejadian terpencil.

Kebimbangan atau dakwaan pihak2 tertentu, bahawa daftar pengundi Sabah disusupi pendatang adalah tidak munasabah. Kalau memang, disusupi pendatang, maka jumlah pengundi yang berdafar pasti melangkau 1.5-1.6 juta, kerana biasanya pendatang yang datang adalah mereka yang sudah cukup umur untuk mengundi.

Statistik yang ada yang digunapakai oleh pihak2 tertentu berhubung pedatang adalah jumlah pendatang yang tertangkap dan dihantar pulang atau dipenjarakan. Data tersebut tidak dirungkai, apakah pendatang itu datang menyusup ke negeri ini secara berulang? atau kah pendatang itu masih berada dalam negeri?

Saban hari di Sabah, adalah perkara biasa pasukan polis, rela atau imigresn menjalankan operasi melakukan pemeriksaan kad pengenalan di bandar2 atau pekan2 untuk mencari pendatang haram, tetapi kalaupun berjaya menangkap, jumlahnya tidak seramai mana sepertimana dakwaan pihak2 tertentu.

Untuk mengatasi perkara ini, adalah perlu melakukan sensus penduduk Sabah untuk mengenal pasti jumlah sebenar penduduk Sabah, dan daripada jumlah itu berapa ramaikah yang pendatang.

Sejak akhir2 ini pihak2 tertentu termasuk pemimpin BN daripada parti KDM sangat cenderung kepada penubuhan RCI untuk PATI, sehinggakan mereka memberi kenyataan mendahului Perdana Menteri.

Mereka mencuba memerangkap Perdana Menteri melalui kenyataan awal, kononnya kerajaan telah bersetuju berhubung penubuhan RCI PATI.

Isu PATI adalah isu yang dilontarkan oleh para pemimpin KDM apabila berlaku persempadan semula pilihanraya yang digunapakai pada tahun 2004. Pada PRU-2004, jumlah kerusi DUN Sabah bertambah 12 kepada 60. Sebelum persempadanan itu, jumlah kerusi adalah 48; 20 kerusi majoriti bumiputera islam, 20 kerusi majoriti bumiputera bukan islam dan 8 kerusi majoriti kaum cina.

Namun melalui persempadanan tahun 2004, jumlah kerusi untuk bumiputera islam telah bertambah kepada 32, manakala KDM dan kaum cina tetap pada jumlah yang sama, 20 dan 8 kerusi.

Berasas kepada jumlah kerusi inilah yang menimbulkan maksud tersirat daripada pemimpin KDM berhubung dengan penubuhan RCI PATI.

Gesaan penubuhan RCI PATI, seolah2 mempersoal jumlah pengundi bumiputera islam, yang kebetulan majoriti kawasan ditandangi umno.

Adalah menjadi tugas para pemimpin umno di semua peringkat untuk menjelaskan maksud tersirat ini kepada rakyat terutama bumiputera islam.

Tuesday, February 21, 2012

Anwar lebih layak berdebat dengan Saiful: Tengku Adnan

Setiausaha Agung Umno, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menolak cadangan pembangkang supaya beliau mengatur perbahasan antara Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dengan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim memandangkan tiada keperluan untuk itu.

Beliau berkata pakatan pembangkang sengaja mewujudkan provokasi berdasarkan perbahasan yang diadakan sebelum ini bagi mempolitikkan usaha kerajaan dan kemudian membuat fitnah terhadap pemimpin Barisan Nasional (BN).

"Saya tidak nampak sebarang keperluan untuk debat antara Datuk Seri Najib dan Anwar tetapi sekiranya Anwar mahu berdebat, saya boleh mengaturkan untuk beliau berbahas dengan bekas pembantunya sendiri iaitu Mohd Saiful Bukhari Azlan," katanya dalam satu temu bual yang disiarkan Umno-Online hari ini.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas kenyataan Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail yang memintanya mengatur perbahasan antara Perdana Menteri dengan Anwar.

"Apa yang mahu didebatkan antara Perdana Menteri dengan Anwar kerana pembangkang hanya akan menjadikan ia sebagai medan politik semata-mata dan bukannya membincangkan apa yang patut dibicarakan. Pakatan pembangkang sendiri tidak mempunyai tujuan atau sebab munasabah sehingga debat perlu diwujudkan," katanya.

Dalam temu bual itu, Tengku Adnan turut mengulas perbahasan antara Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek dan Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng Sabtu lepas, yang menurutnya dibuat bagi membincangkan permasalahan dalam masyarakat Cina di negara ini.

Tengku Adnan berkata perbahasan antara Dr Chua dan Lim itu juga telah membolehkan orang ramai menilai sandiwara pembangkang yang gemar mempolitikkan isu tertentu dan menyimpang daripada landasan perbincangan. BERNAMA

Sementara itu Ketua Penerangan Umno-Datuk Ahmad Maslan melalui posting di FB beliau memberi komen berhubung pertemuan antara Anwar dan Nik Aziz.

"Kita meminta Anwar dan Nik Aziz agar jangan lari ikut pintu belakang dalam isu sokong Israel. Nik Aziz tidak ada 'legitimacy' untuk terima penjelasan Anwar secara peribadi sebab semua orang tahu bahawa Nik Aziz adalah rakan kongsi politik Anwar Ibrahim."

"Sebelum ini pun terbukti Nik Aziz sentiasa memihak kepada Anwar dalam kes liwat dan video seks. Pendirian dan prinsip Nik Aziz tidak ada kredibiliti sebab beliau ulamak politik."

Ahmad Maslan juga menolak cadangan debat antara Anwar dan Najib, kerana menurutnya tiada faedah yang diperolehi dari debat itu, kerana Anwar bukanlah Presiden sebuah parti, kerana jawatan Anwar yang disandangnya sekarang adalah jawatan lantikan,dimana yang melantiknya adalah isterinya sendiri.

Sokong Israel: Anwar gagal pengaruhi Nik Aziz

Selepas bertemu Anwar Ibrahim, Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat hari ini mengulangi pendirian parti Islam itu tidak mengiktiraf kewujudan negara Israel, walaupun Anwar telah menjelaskan bentuk sokongannya terhadap negara yahudi tersebut.

"Saya ingin mengulangi pendirian saya dah Majlis Syura serta pendirian PAS khususnya bahawa tidak sekali-kali mengiktiraf walaupun seinci pun hak Yahudi terhadap bumi Palestin yang dirampas pada hari ini.

"Berbeza atau tidak dengan sesiapa, PAS tetap dengan pendirian ini," katanya yang juga menteri besar Kelantan.

Nik Aziz pada 14 Februari lalu meminta Datuk Seri Anwar Ibrahim menarik balik kenyataannya yang didakwa menyokong usaha melindungi keselamatan Israel seperti dilaporkan The Wall Street Journal atau menyaman media itu jika laporannya tidak benar.

Berikutan itu, berlaku ketegangan seketika di kalangan penyokong Pakatan Rakyat. Namun, selepas pertemuan kedua-dua pemimpin utama pembangkang itu pagi tadi, Anwar berkata, mereka kini saling faham pendirian masing-masing, termasuk PAS yang tegas tentang Israel.

Dalam kenyataan di Facebook merujuk perkara itu petang ini, Nik Aziz bagaimanapun tidak menyentuh langsung sama ada beliau berpuas hati dengan penjelasan yang diberikan Anwar kepadanya hari ini.

Apa kah Dr Jeffery mampu ikuti jejak abangnya jadi Ketua Menteri Sabah?

Dr Jeffery G Kitingan melalui penubuhan parti baru dinamakan “Sabah Star” merasakan bahawa kehadiran parti itu bersama2 parti pembangkang lainnya akan menggamat PRU-13 nanti di Sabah.

Setidak-tidaknya itu lah perasaan pemimpin veteran berusia 65 tahun itu. Jeffery, terkenal melalui keluar masuknya pada beberapa parti di Sabah, bermula dengan PBS, PBRS, Akar, Umno, PKR dan kini STAR.

Dalam arena politik, Jeffery tidak menyerlah, walaupun pernah menjadi ADUN dan pernah dilantik sebagai senator dan dilantik sebagai Timbalan menteri di kerajaan Persekutuan.

Setahun lalu, selepas keluar daripada PKR, adik kepada Tan Sri Pairin Kitingan itu mencuba memperdaya kaumnya-KDM melalui United Boreno Front (UBF) sebuah NGO yang condong kepada pembangkang.

Melihat kelibat UBF tidak akan sampai ke mana, maka beliau menubuhkan STAR cabang Sabah. Tujuan penubuhan parti daripada Sarawak ini adalah semata-mata untuk bertanding pada PRU-13.

Melalui STAR, julung kalinya Jeffery mengetuai sebuah parti bertanding dalam pilihanraya.

Mampu kah Parti Jeffery menguggat parti BN/Umno di Sabah? Menurut Jeffery, STAR akan mampu, atas sebab itu, beliau mencadangkan agar parti PKR,DAP, PAS jangan bertanding di Sabah.

Pada PRU-12, berbagai parti bertanding di Sabah, di mana sama2 parti pembangkang bertembung sesama sendiri melawan Bn/Umno. Akhirnya pada beberapa kawasan, di mana kalau dijumlahkan undi Pembangkang, jauh lebih banyak berbanding undi Bn/Umno, tetapi kerusi2 itu dimenangi calon2 Bn/Umno.

Sekurang2nya 17 kerusi DUN yang bermajoriti kaum cina dan KDM, di mana jumlah undi pembangkang jauh lebih banyak berbanding jumlah undi calon2 bn/umno, namun kerana perpecahan undi pembangkang, maka kesemua kerusi itu terlepas kepada bn/umno,keculai Dun Sri Tanjong, Tawau.

Seneario tahun 2008 digunapakai oleh parti2 pembangkang tidak terkecuali parti STAR, pimpinan Jeffery. Suasana tahun 2008, jauh berbeza dengan suasana kini atau tahun 2013.

Sebelum PRU-12, berbagai isu timbul, kerana kepimpinan yang flip flop, banyak janji bn/umno semasa PRU-2004 tidak ditunaikan, malah projek2 untuk rakyat yang telah menarik rakyat untuk memberi mandat yang padu pada PRU-11, dibatalkan, diganti dengan projek2 yang baru yang diperkasai oleh budak2 tingkat 4 putrajaya.Faktor2 ini yang mempengaruhi pengundi di Semenanjung.

Selain itu, pembebasan Anwar daripada penjara pada tahun 2006, sedikit sebanyak membawa sentimen, bahawa pembangkang akan mampu berbuat sesuatu pada PRU-12.

Gerakan kaum cina yang termakan janji2 DAP, jika seluruh kaum cina mengundi pembangkang, maka berkemungkinan ada berlaku perubahan kerajaan di peringkat persekutuan.

Walaupun kaum cina memberi sokongan padu pada parti2 pembangkang pada PRU-12, ternyata undi kaum melayu/bumiputera masih lagi kepada bn/umno, walaupun lima negeri terlepas dan bn/umno kehilangan kuasa 2/3 di dewan rakyat.

Disebabkan sokongan bumiputera Sabah dan sarawak begitu padu terhadap bn/umno, maka kerajaan persekutuan masih diperintah oleh gabungan 13 parti itu. Penyebab kepada sokongan ini adalah kepimpinan Sabah dan Sarawak telah menunaikan tanggungjawab mereka kepada rakyat.

Melihat kepada tsunami politik di Semenanjung pada tahun 2008, pemimpin2 Sabah dan Sarawak telah mempergiat lagi aktiviti terutama dari segi pembangunan untuk rakyat.

Walaupun Dr Jeffery melihat bahawa kerancakan pembangunan di Sabah berjalan begitu pesat sekali, namun beliau tiada pilihan, terpaksa juga meneruskan agendanya mahu menjadi Ketua Menteri Sabah mengikuti jejak abangnya; atas sebab itu, beliau menubuhkan STAR dan meminta pakatan rakyat jangan bertanding di Sabah, kerana kononnya sentimen rakyat Sabah, lebih cenderung kepada parti tempatan.

Untuk menarik rakyat Sabah agar menolak Bn/umno, Jeffery mempermainkan sejarah pembentukan Malaysia. Sabah katanya bukan masuk malaysia, tetapi Sabah dan Sarawak serta Singapura adalah negara2 merdeka bergabung dengan semenanjung/malaya untuk membentuk negara Malaysia, sebab itulah di namakan negara persekutuan Malaysia.

Sebagai negara yang membentuk persekutuan, maka wajar Sabah dan Sarawak juga mempunyai peranan menentukan hala tuju negara, bukan hanya ditentukan oleh malaya.

Selain itu, Sabah merupakan negeri yang kaya dengan sumber asli, termasuk minyak dan gas, namun rakyatnya pula yang miskin. Ini lah salah satu isu yang dimainkan oleh parti2 pembangkang termasuk parti STAR.

Ironinya, suatu ketika Dr Jeffery adalah salah seorang pemimpin kerajaan bn/umno. Pada masa2 beliau menikmati semua habuan dan kemewahan, tidak terdetikpun memperjungkan hak2 rakyat. Namun, apabila kepimpinannya diketepikan, kerana kerakusan sendiri, maka timbullah kata-kata mukzizat, memperjuangkan rakyat?

Dr Jeffery pernah menguasai Yayasan Sabah dan Innoprise Bhd. Kawasan balak yang luas dimanfaatkan untuk mengaut kekayaan. Pada masa itu, hak rakyat hilang diradarnya, kini apabila semuanya sirna, rakyat pula dijadikan perisai untuk mendapatkan kekayaan yang hilang itu.

Hanya mereka yang tidak mengikuti sejarah yang akan terpengaruh dengan perjuangan mereka ini berserta mereka yang kehilangan kemewahan kerana tidak digunapakai lagi, kerana perjuangan dan matalamat mereka hanya memperkaya diri sendiri.

Kepada pemimpin BN/Umno terutama Pengerusi Perhubungan Umno negeri merangkap pengerusi BN beserta para pemimpin lain termasuk Timbalan Pengerusi Umno Sabah-Datuk Salleh Said, perlu menjadikan fakta yang ada terhadap Jeffery dan pemimpin pembangkang lain dan terangkan kepada rakyat disebalik misi dan visi mereka itu.

Umno punca Nik Aziz tegur Anwar

Demikianlah menurut Anwar. Disebabkan Umnolah Nik Aziz menegur Anwar, berhubung sokongan Anwar terhadap Isreal.

Baru2 ini Nik Aziz meminta Anwar memberi penjelasan mengenai kenyataannya melalui AWJ dimana beliau menyokong segala usaha untuk melindugi keselamatan Israel berhadapan dengan palestin.

Rupanya Anwar ini seperti robot, dimana remotenya dikendalikan oleh umno. Atas sebab itu, apabila dia mengakui kewujudan israel dan menyokong pula sebarang usaha untuk melindungi negara itu, maka isyarat itu adalah "program" umno yang berada dalam chip otak Anwar.

Atas sebab itulah Anwar mendakwa bahawa akibat program umno dalam otaknya itulah berakibat Nik aziz menegurnya. Malah Anwar mendakwa bahawa kini umno melaga-lagakannya dengan Nik Aziz.

Malaysia tidak mengiktiraf Israel, atas sebab itu juga PAS tidak mengiktiraf negara "haram" tersebut.

Sebenarnya negara israel terwujud kerana merampas tanah palestin pada tahun 1948.

Monday, February 20, 2012

Tiada faedah langsung debat dengan Anwar: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Mahathir Mohamad berkata "tidak ada apa" yang perlu didebat dengan Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Menyifatkan Anwar sebagai "sesumpah", Mahathir berkata semua pihak mengetahui pendiriannya yang senantiasa berubah.

"Tidak ada apa untuk berdebat dengan Anwar. Kita tahu, tentang pendiriannya. He is everything to everybody.

"Dia adalah sesumpah, dia tukar warna kulit setiap hari. Kalau dia dengan kaum Cina, dia condemn Dasar Ekonomi Baru.

"Kalau dia dengan India, dia menjadi (seperti orang) India, kalau bersama Muslim, dia bercakap tentang Islam," katanya sinis.

Bercakap dalam sidang media selepas memberi taklimat khas kepada kira-kira 250 pemimpin PERKASA seluruh negara, Mahathir mendakwa apa yang diperjuangkan oleh penyokongnya adalah untuk menjadikan Anwar sebagai perdana menteri.

Pada sidang media itu juga, Mahathir berkata debat membincangkan isu Melayu boleh diadakan tetapi "kesannya tidak ada".

"Debat boleh, seronok orang tengok tapi kesan tak ada," katanya sambil menambah ianya lagi memburukkan lagi keadaan kerana setiap pihak masing berpegang dengan pendirian masing-masing.

Mahathir mendakwa rakyat Malaysia masih membenarkan perasaan sentimen mempengaruhi diri, berbanding bersikap rasional jika bercakap mengenai debat.

Al-Fatihah: Latiif Ibrahim kembali ke rahmatullah

PETALING JAYA: Penyanyi Abdul Latif Ibrahim,62, atau lebih dikenali sebagai Latif Ibrahim meninggal dunia di Institut Jantung Negara (IJN) dekat sini, Isnin akibat komplikasi pelbagai penyakit termasuk penyakit jantung.

Adik penyanyi itu Datuk Khatijah Ibrahim berkata, Allahyarham menghembuskan nafas terakhir kira-kira pukul 6.10 petang di samping keluarga termasuk isteri dan anak-anak.

Katanya, jenazah Allahyarham akan dibawa pulang ke rumahnya di AU3, Keramat dekat sini dan akan dikebumikan malam Isnin (malam ini).


Sehingga berita ini ditulis pada Isnin kira-kira pukul 6.30 petang, lokasi pengebumian Allahyarham masih belum dapat dipastikan.

Allahyarham yang turut menghidap kencing manis dan paru-paru dimasukkan ke IJN pada Sabtu lalu.

Selain menyanyi, Allahyarham juga aktif berlakon dan membintangi lebih 15 buah filem termasuklah Hapuslah Air Matamu, Dendang Perantau, Sumber Ilhamku dan Ragam Pemandu.

Filem terakhir Allahyarham ialah 4 Madu arahan A.Razak Mohaideen yang diterbitkan pada tahun 2010.

Sunday, February 19, 2012

Kecewanya seorang wakil rakyat.. rakyat lagi kecewa

Anggota parlimen Balik Pulau Yusmadi Yusoff(gambar) terpaksa meluahkan perasaannya kerana rakan2nya dalam pakatan rakyat yang memerintah Pulau pinang telah gagal mendengar keluhan rakyat Balik Pulau.

Menurutnya tiada guna bagi dirinya berada di dewan rakyat, sedangkan masalah rakyat yang diwakilinya gagal dibelanya.

Ahli Parlimen daripada PKR berjanji tidak akan bertanding lagi di Balik Pulau,jika kegiatan merobohkan rumah-rumah penduduk di kawasan tersebut berlanjutan,akbiat pembangunan.

Sejak Pakatan menerintah Pulau Pinang, memang berlaku secara sistematik pengusiran penduduk kaum melayu, dengan berselindung kepada pembangunan.

Kini, wakil rakyat daripada Pakatan sendiri merasakan tindakan kerajaan yang didukungnya.

Kekecewaan wakil rakyat ibarat kata pepatah, betapa berat mata memandang berat lagi bahu memikul.

Pada PRU-12, Yusmadi mengalahkan calon BN Norraesah Mohamad dengan majoriti 708 undi. Beliau mendapat 15,749 undi berbanding Norraesah 15,041.

Sindiran tajam untuk Anwar

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak hari ini menempelak Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menghadapi kontroversi atas dakwaan mahu meminda undang-undang Islam sebelum ini.

Tanpa menyebut nama ketua pembangkang secara jelas, Najib menganggap kenyataan sebegitu sebagai antara cabaran getir umat Islam hari ini.

"Kita sedar kepentingan umat Islam itu penting kita juangkan. Kita berdepan dengan pelbagai cabaran yang getir dan berdepan dengan kenyataan oleh pemimpin tertentu sehari dua ini, yang kita anggap sebagai satu yang mungkin pelik, pelik bin ajaib, ajaib bin pelik.

"Bila kenyataan bahawa undang-undang seksual negara kita perlu dipinda kerana lapuk dan ketinggalan zaman, tertentu sekali terfikir pada kita kenapa undang-undang Allah tak boleh dijelmakan kepada bentuk undang-undan yang kawal manusia? Adakah undang-undang Allah lapuk?" katanya.

Bercakap di dalam majlis bersama sarjana dan ulama Islam di Kuala Lumpur hari ini, Najib mempersoalkan tindakan itu sedangkan rakyat Singapura sebagai "negara bukan Islam" juga tidak mahu memindanya.

Dalam wawancara dengan Perbadanan Penyiaran British (BBC) Januari lalu, Anwar diminta menyatakan pendirian sama ada bersedia memperjuangkan 'idea anti-diskriminasi' terhadap kumpulan homoseksual.

Beliau menegaskan masyarakat Islam dan bukan Islam di Malaysia keseluruhannya percaya dan komited menyokong kesucian perkahwinan antara lelaki dan wanita tetapi "tidak harus dilihat sebagai menyusahkan dan menganggap undang-undang lapuk sebagai relevan".

Beliau menafikan merujuk undang-undang Islam atau mempertahankan aktiviti liwat tetapi merujuk undang-undang sedia ada, termasuk termasuk peruntukan dalam seksyen 377(B) dan 377(C) Kanun Keseksaan yang didakwanya digunakan untuk mengaibkan seseorang, khususnya musuh politik.

Datin Rosmah jadi figur cerita fitnah pembangkang

Nasib baik Datin Rosmah tahan tukul,kalau tidak, pasti isteri perdana menteri itu mengalami stress.

Bermacam2 tomahan dilemparkan pembangkang terhadap beliau, kerana bagi mereka adalah lebih mudah menyerang Rosmah,kerana Rosmah tiada peluang membalas tomahan tersebut.

Sebenarnya, pembangkang menghentam Najib suami kepada Rosmah, namun, mereka kekurangan isu menghentam PM ke-6 itu, maka mereka memilih isterinya.

Pembangkang mengambil ilham daripada kejatuhan Presiden Marcos pada tahun 1986, kerana punca kejatuhan Marcos,kerana pembangkang berjaya menjadikan isteri Marcos,Imelda sebagai bahan belasahan.

Sejak Najib mengambil alih sebagai Perdana Menteri pada April,2009, pihak pembangkang menjadikan isterinya sebagai sasaran.

Bermula dengan panggilan "First Lady" di Amerika, isu pembelian cincin berlian yang berharga RM24juta, isu belanja sakan di Perth, Australia semasa persidangan negara2 komonwel, berbelanja besar2an semasa bercuti di Sydney, Australia dan terakhir kononnya isteri Perdana Menteri itu membeli gelaran doktor daripada Curtin University of Technology, Perth, Australia.

Entah selepas ini, apa lagi isu ciptaan Pembangkang dilemparkan kepada isteri Perdana Menteri itu.

Ada gerakan gulingkan kerajaan: Tun Mahathir

Tun Dr. Mahathir Mohamad memberi amaran Malaysia tidak akan terkecuali daripada menghadapi gerakan menggulingkan kerajaan sedia ada kerana terdapat pertubuhan bukan kerajaan (NGO) dan parti politik di negara ini yang menerima sokongan kewangan dari Amerika Syarikat (AS).

Tegas beliau, sejak dahulu lagi AS memberi sokongan kewangan kepada mana-mana NGO dan parti politik bagi menggerakkan usaha untuk menjatuhkan kerajaan yang tidak disukai oleh negara tersebut.

''Saya tidak hairan dan percaya ada NGO dan parti politik di negara ini sedang mengadakan gerakan untuk menukar kerajaan yang sedia ada.

''Kalau di Malaysia ianya berlaku namun ini bukan perkara luarbiasa buat AS. Memang kerja mereka adalah hendak menjatuhkan kerajaan yang tidak sokong mereka.

''Sebagai contoh, AS minta kita sekat perdagangan dengan Iran dan jika kita tidak berhenti, mereka akan ambil tindakan terhadap perdagangan Malaysia," katanya.

Mengulas mengenai sokongan Datuk Seri Anwar Ibrahim kepada Israel, bekas Perdana Menteri berkata, ketua pembangkang itu cuba mendapat sokongan bukan sahaja daripada rejim Zionis tetapi juga AS bagi melakukan gerakan menukar kerajaan.

''Hanya dengan sokongan daripada dua buah negara itu, Anwar boleh menukar Malaysia untuk menyokong Israel selain membantu perjuangannya untuk menjadi Perdana Menteri," katanya.

Menurut Dr. Mahathir, sokongan AS itu diperlukan kerana tanpa sokongan daripada luar mungkin hajatnya untuk menjadi Perdana Menteri tidak akan kesampaian.

Pemimpin Pembangkang Lebih Pentingkan Parti Daripada Perjuangan Islam - Dr Mahathir

MELAKA: Pemimpin pembangkang lebih pentingkan parti daripada perjuangan Islam, malah sanggup menyokong tindakan kejam Israel untuk memastikan pakatan politik mereka tidak tergugat, kata bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau turut menyelar tindakan pemimpin Pakatan Rakyat yang bersetuju serta terpengaruh dengan kenyataan ketua pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim yang menyokong kewujudan Israel dan sebarang usaha melindungi keselamatan negara itu dalam akhbar antarabangsa The Wall Street Journal.

"Kalau terpaksa memihak kepada Yahudi pun, mereka (pembangkang) akan memihak kepada Yahudi, sedangkan orang ini dulunya begitu keras, kononnya berjuang demi Islam, khususnya Nik Aziz (Mursyidul Am PAS Datuk Nik Aziz Nik Mat)," katanya ketika diminta mengulas kenyataan Nik Aziz, Jumaat, yang menyifatkan kenyataan Anwar itu sebagai pendirian Parti Keadilan Rakyat.

"Saya katakan terus terang... dia (Nik Aziz) tak boleh nak kecam Anwar kerana membuat dakwaan tersebut, dan hari ini pulak, kita baca dalam akhbar dia (Nik Aziz) cuma nasihat sahaja, bukan dia arah.

"Ini tidak akan memecahkan Pakatan Rakyat, pasal yang lebih utama bukan Islam, tetapi pakatan yang lebih utama. Kalau terpaksa sokong Israel kerana nak kekal, Pakatan akan sokong Israel," katanya kepada pemberita selepas Program Jelajah Keamanan Wakaf Water4Gaza di sini, Sabtu. - BERNAMA

Saturday, February 18, 2012

Undi kaum cina kepada DAP rintis jalan PAS jadi "Taiko": Chua Soi Lek

Presiden MCA Datuk Seri Dr Chua Soi Lek berkata setiap undi yang diberi kepada DAP akan memperkukuhkan PAS dan membuka jalan bagi parti itu menjadi "taiko" dalam kerajan negeri dan persekutuan.

Katanya DAP memberi janji palsu kepada pengundi Cina bahawa sebuah kerajaan yang diterajui orang Cina boleh menjadi kenyataan di Malaysia dan mendakwa masyarakat Cina di negara ini telah ditipu oleh DAP.

"Dalam kempennya, terutama di hadapan hadirin penduduk Cina, DAP gemar menyebut kejayaan mereka membentuk kerajaan negeri Pulau Pinang dengan ketua menterinya adalah seorang pemimpin DAP.

"Ini memberi harapan palsu kepada kaum Cina bahawa perkara serupa boleh berlaku di negeri lain. Secara tradisi, perkara ini hanya boleh berlaku di Pulau Pinang, tidak di negeri lain," katanya di persidangan sehari "Cina Malaysia di Persimpangan Politik" anjuran bersama Institut Strategi dan Kepimpinan Asia (ASLI) serta kumpulan pemikir MCA, Insap, di ibunegara.

Persidangan itu dirasmikan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Dr Chua berkata hakikat itu dapat dilihat dalam pilihan raya sebelum ini di Perak iaitu walaupun DAP memenangi 18 kerusi, Parti Keadilan Rakyat (PKR) tujuh dan PAS hanya enam, tetapi wakil PAS yang menjadi menteri besar.

"Sekarang DAP mahu menjadikan Johor pula sebagai negeri di barisan hadapannya. Bagaimanapun, PAS dengan pantas membuat tuntutan bahawa seorang pemimpin PAS Johor, yang kini Anggota Parlimen di Kelantan, sepatutnya menjadi MB Johor," kata beliau.

Mengenai pendirian keras PAS berhubung pelaksanaan hukum Hudud, Dr Chua berkata ia merupakan satu ancaman terhadap sistem undang-undang dan kehakiman sedia ada di negara ini, di samping memberi kesan langsung dan tidak langsung terhadap orang bukan Islam di Malaysia.

Katanya ancaman yang dibawa oleh hukum Hudud adalah sesuatu yang nyata, walaupun ada ahli politik pembangkang dan golongan yang bersimpati dengan mereka berhujah bahawa ia tidak sepatutnya menjadi suatu kebimbangan kerana perkara itu tidak terkandung di dalam "Buku Jingga" dan tidak akan dijadikan manifesto bersama Pakatan Rakyat.

"Bagaimanapun, ini tidak memberi jaminan bahawa PAS tidak akan mendesak agar hukum Hudud dilaksanakan sekiranya ia berkuasa di Putrajaya," katanya.

DAP hanya memberi harapan palsu kepada kaum cina: Chua Soi Lek

DEBAT Dua tokoh politik masyarakat Cina antara Presiden MCA, Datuk Seri Chua Soi Lek dengan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, bertempat Bangunan Berjaya Times Square, berakhir dengan satu kesimpulan.

DAP adalah parti yang suka memberitahu orang Cina bahawa mengundi pembangkang akan meningkatkan taraf hidup, sambil menunjuk bagaimana seorang calon DAP boleh menjadi ketua menteri Pulau Pinang.DAP telah memberi harapan palsu kepada orang Cina bahawa keadaan sedemikian boleh berlaku di negeri-negeri lain juga.

Hampir 3,000 orang hadir melihat dengan dekat rupa paras Anwar

Di Pekan semalam, hampir 3,000 orang datang melihat dari dekat rupa paras Anwar. Selama ini, mereka melihat rupa paras mantan TPM itu melalui surat2 khabar terutama selama 87 hari perbicaraan liwat IInya.

Pekan adalah kawasan Perdana Menteri yang diwarisi daripada bapanya sejak tahun 1976.

Sejak tahun 1976, Pekan terus diwakili oleh Datuk Seri Najib di mana kini merupakan perdana menteri ke-6 Malaysia.

Pada PRU-12 lalu, Najib mengalahkan calon PKR Khairul Anuar Ahmad dengan kelebihan 26,464 undi. Najib mendapat 36,262 undi sementara calon PKR itu hanya mendapat 9,798 undi.

Sebelum persempadanan yang berkuatkuasa pada PRU-2004, Najib hampir kecudang di kawasan tersebut pada PRU-1999. Pada PRU tersebut, Najib hanya mendapat 241 majoriti melawan calon Pas Ustaz Ramli Mohamed.

Debat Lim Guan Eng Dr Chua Soi Lek: Merungkai kecelaruan kaum cina

Memandangkan pilihan raya umum dijangka diadakan tidak lama lagi, antara persoalan besar yang bermain di fikiran kebanyakan pemerhati politik ialah berkaitan arah tuju kaum Cina di Malaysia dalam bidang politik.

Debat Lim Guan Eng-Dr Chua Soi Lek petang ini merungkai kecelaruan kaum cina. Melalui debat itu, kaum cina akan menilai, parti mana yang akan mereka sokong pada PRU-13.

Debat ini penting kerana ramai yang berpendapat kaum Cina kini berada di persimpangan jalan manakala sesetengah yang lain pula, percaya kaum itu sebenarnya telah melintas jalan ke arah menyokong pembangkang berdasarskan keputusan pilihan raya umum pada Mac 2008 dan pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas.

Kemungkinan itu tidak boleh ditolak, berdasarkan sentimen di lapangan. Melihat keputusan melalui pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas. Perkara ini boleh dilihat dengan cukup jelas. Ia mewakili sentimen keseluruhan kaum Cina di negara ini.

MCA dan Gerakan, yang mewakili kepentingan kaum Cina dalam Barisan Nasional (BN) di Semenanjung Malaysia, menerima pukulan teruk daripada segi populariti pengundi pada pilihan raya umum lepas. Malah, Gerakan terpelanting daripada kubunya di Pulau Pinang.

Mereka yang mendakwa bahawa sokongan kaum Cina terhadap BN telah menurun turut merujuk kepada prestasi lemah sebuah lagi parti komponan BN berasaskan kaum Cina, Parti Rakyat Bersatu Sarawak (SUPP), pada pilihan raya negeri Sarawak tahun lepas, yang hanya memenangi dua daripada keseluruhan kerusi yang ditandinginya di kawasan bandar.

Melalui debat petang ini, diharapkan Dr Chua Soi Lek yang juga presiden MCA mampu menongkah perubahan ini,bagi menjawab persoalan penting yang wujud sekarang apakah kaum cina berada di persimpangan jalan atau sudah "menyeberangi jalan".

Ada yang berpendapat penyebab sokongan kaum Cina terhadap BN boleh dikatakan semakin merosot, disebabkan kurangnya pemimpin kaum itu yang berwibawa dalam komponen BN.

Kemenangan parti MCA dan Gerakan pada PRU2 sebelum ini bukan kerana kewibawaan pemimpin2 parti itu, tetapi atas dasar dan wawasan yang dilakukan oleh kerajaan, terutama di era pemerintahan Tun Dr Mahathir.

Pada PRU lepas, BN hanya mendapat 35 peratus (undi kaum Cina). Di Sarawak,BN hanya memperoleh 25 peratus undi kaum Cina. Keputusan pilihan raya negeri Sarawaklah yang mengukuhkan lagi kepercayaan bahawa kaum cina telah mengubah haluan.

Bagaimanapun, kesan perubahan selera kaum Cina mungkin terhad sifatnya di Sabah, kerana sebahagian besar kaum Cina di sana tinggal di Kota Kinabalu dan Sandakan, manakala sebuah lagi bandar besar, Tawau, hanya mempunyai 30 peratus pengundi Cina.

Paling menarik pada PRU-12,daripada keseluruhan 222 kerusi Parlimen, hanya 45 merupakan kerusi majoriti kaum Cina dan semuanya dimenangi Pembangkang.

Oleh itu, persoalannya ialah apakah pendirian kaum cina pada PRU-13 akan datang? apa kah terus menyokong pembangkang? atau akan berubah haluan selepas debat Lim Guan Eng Dr Chua Soi Lek?

Friday, February 17, 2012

Rosmah: Selepas terima doktor, kini Anugerah kebajikan ASIA

Isteri Perdana Menteri, Datin Seri Rosmah Mansor, malam tadi menerima Anugerah Wanita Peneraju Kebajikan Asia, sebagai tanda pengiktirafan terhadap dedikasi dan komitmen beliau dalam pelbagai kerja amal.

Rosmah menjadi penerima sulung anugerah tersebut yang disampaikan oleh Ketua Pegawai Eksekutif NASEBA, Sophie Le Ray, pada majlis jamuan malam gala sempena Forum Wanita Dalam Kepimpinan 2012 di Kuala Lumpur.

NASEBA merupakan sebuah syarikat maklumat perniagaan.

Pengacara majlis, Asha Gill, dalam ucapannya berkata anugerah itu adalah sebagai tanda penghargaan terhadap sumbangan Rosmah dalam program asuhan dan didikan awal kanak-kanak (PERMATA) dan kerja-kerja amal, antara lain, Majlis AIDS Malaysia dan Yayasan Institut Jantung.

Katanya pada masa depan, anugerah itu akan dinamakan atas nama Rosmah.

Sementara itu, Pengarah Urusan Monster.Com bagi India, Timur Tengah dan Asia Tenggara, Sanjay Modi berkata anugerah itu akan memberi tenaga kepada golongan wanita supaya aktif dalam kerja-kerja amal serta meningkatkan pencapaian dalam semua bidang.

"Saya percaya kaum wanita boleh berjaya dalam semua bidang termasuk perniagaan dan ini membuktikan wanita sentiasa mempunyai kapasiti yang tinggi," katanya dalam ucapan pada majlis itu.

Forum dua hari yang bermula hari ini dihadiri oleh peserta dari Australia, Bangladesh, Thailand, Filipina, Singapura, Vietnam dan Malaysia.BERNAMA.

Najib bayangkan PRU-13 semakin hampir- parti pembangkang Sabah pula bergaduh soal kerusi

Selepas mempengerusikan mesyuarat BN-Sabah petang semalam di sebuah hotel di Kota kinabalu, Perdana menteri membayangkan, mungkin ada lawatan lagi ke negeri di bawah bayu itu, atau sebaliknya, lawatan kali ini adalah lawatan terakhir.

Jika BN sudah pada peringkat mode tertinggi bagi menghadapi PRU-13, parti pembangkang Sabah pula bergaduh soal pembahagian kerusi.

Presiden STAR, Sabah chapter, Jeffery Kitingan mencadangkan agar parti dalam gabungan pakatan rakyat, DAP-PKR-PAS jangan bertanding di Sabah, sebaliknya biarkan SAPP dan STAR bertanding bagi menghadapi BN/Umno.

Sementara itu, pemimpin DAP Edwin Bosi, memperlekeh kemampuan SAPP, berdepan dengan BN/umno, dengan mengambil contoh PRK Batu Sapi, di mana persidennya sendiri, mendapat undi tercorot pada PRK november 2010 1tu.

Pada PRU-12, Bn/umno Sabah menang 59 kerusi daripada 60 kerusi ADUN dan 24 kerusi daripada 25 parlimen.

Bn/umno kalah di DUN Sri Tanjung, Tawau dan Parlimen Kota Kinabalu, kedua2nya kepada DAP.

Atas kemenangan cemerlang Bn/umno Sabah pada PRU 2008, maka Sabah dianggap sebagai simpanan tetap bn pada PRU-13.

Bagi kes Sabah, semakin banyak calon2 bertanding, maka peluang bn/umno semakin cerah, kerana penyokong bn/umno tetap bersatu, sementara undi pembangkang akan terbagi-bagi.

Melihat kepada kecenderungan sokongan rakyat, nampaknya pada PRU-13, bn/umno Sabah tidak akan menghadapi masalah mempertahankan negeri di bawah bayu itu untuk diperintah oleh gabungan 13 parti itu.

Thursday, February 16, 2012

Projek Baja bernilai RM4.5 bilion dibina di Sipitang-Sabah

SIPITANG (Sabah): Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan Projek Ammonia Urea Sabah (SAMUR) PETRONAS bernilai RM4.5 bilion, sebagai pembuka tirai kepada satu era baharu untuk negeri Sabah dan rakyatnya.

"Projek Samur bukan calang-calang projek. Projek ini merupakan projek berskala dunia, yang akan dibina di Sipitang ini," kata Najib ketika berucap pada majlis pecah tanah projek itu, di sini Khamis.

Turut hadir ialah Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman, Presiden dan Ketua Pegawai Eksekutif PETRONAS Datuk Shamsul Azhar Abbas dan Pengerusi PETRONAS Chemicals Group Bhd Datuk Wan Zulkiflee Wan Ariffin.

Najib berkata nilai eksport dari kilang yang akan menghasilkan 1.2 juta tan urea setahun ini, dijangka mencecah US$4.8 bilion setiap tahun.

"Kita dapat bayangkan apabila Projek Samur ini terlaksana, ia bererti kawasan Sipitang ini berada dalam ambang perubahan yang besar. Detik transformasi langsung yang begitu mendadak dalam beberapa tahun akan datang," katanya.

Perdana Menteri berkata kawasan seluas 2,000 ekar sudah dikenal pasti untuk dimajukan sebagai kawasan industri minyak dan gas serta industri sampingannya di sekitar Sipitang.

Beliau juga berkata pemilihan Sipitang juga adalah berikutan kedudukan strategiknya berdekatan Kota Kinabalu dan Brunei serta potensi laut dalamnya.

Najib yang juga Menteri Kewangan turut diberi jaminan oleh PETRONAS bahawa lebih 80 peratus tenaga kerja Projek Samur ini terdiri daripada anak-anak Sabah.

Katanya sebuah pusat latihan tetap bagi melatih bakal tenaga kerja dalam kalangan anak-anak Sabah sedang dibina dan dijangka siap pada suku kedua tahun depan.

Ketika ini katanya, seramai 24 orang anak tempatan sedang mengikuti latihan di pusat latihan sementara di Membakut dan dijangka menamatkan latihan pada Julai 2013.

Pengambilan kedua seramai 20 orang lagi akan dilakukan pada Julai tahun ini, katanya.

Menurut PETRONAS, Projek SAMUR dijangka memerlukan kira-kira 3,000 hingga 4,500 pekerja, khususnya semasa fasa kemuncak pembinaan Kompleks itu.

Najib turut menyeru rakyat Sabah supaya tidak melepaskan peluang merebut kesan limpahan pembangunan daripada Projek Samur ini.

"Kita tidak merancang untuk menjadikan kilang berskala dunia ini sebagai sebuah pulau dari rakyat tempatan. "Kita adakan rantaian (aktiviti). Kita mahu dan akan pastikan kesan, rahmat akan diagih kepada rakyat tempatan," katanya.

Najib turut mengumumkan bahawa kontraktor yang dipilih untuk projek itu akan memulakan kerja persediaan akhir bulan ini.

Ketika ini, PETRONAS sedang bekerjasama dengan Kerajaan Negeri untuk mengenal pasti syarikat-syarikat di Sabah yang berkelayakan untuk turut serta dalam pembangunan projek-projeknya.

Syarikat pengeluar minyak itu berkata penyertaan dan pendedahan syarikat-syarikat tempatan dalam pelaksanaan projek-projeknya akan meningkatkan keupayaan dan pengalaman mereka dan seterusnya membuka lebih banyak peluang untuk mereka dalam industri-industri berkaitan.

Kompleks Projek Samur itu dijangka siap pada 2015.

Lim Guan Eng dengan gadis melayu

 Mengikut mitos DAP, maruah seorang gadis Melayu dipertahankan oleh wira parti tersebut yang begitu sayang kepada kaum Melayu dan Muslim. Baca SINI

Nenek gadis itu pernah membuat pengakuan bahawa cucunya ditiduri 14 lelaki. Bapa gadis itu pula merelakan anaknya dimasukkan ke pusat pemulihan akhlak selama tiga tahun.

Namun fakta hukuman penjara Guan Eng ibarat mantera keramat bagi penyokong DAP yang mengucapnya bagai ayat suci.

Ahli-ahli DAP bertanggapan pihak mereka semestinya murni dan mulia manakala pihak lawan adalah kotor, korup dan menjijikkan.

Politikus DAP ada yang menuduh blogger pro-Umno rendah akhlak (baca SINI), ada yang menuduh wartawan “pelacur” (SINI) dan ada yang tak putus-putus mencemuh perilaku seks Chua Soi Lek.

Seorang bekas pengarang Jackson Ng, misalnya, mendakwa Chua tidak layak bercakap tentang hudud serta memberi jolokan “zina Chua” kepada presiden MCA itu (SINI) sementara Hannah Yeoh menyelar “penzina-penzina BN” (SINI) di perhimpunan agung DAP bulan lepas.

Semalam seorang wartawan ‘malaikat‘ – yakni penulis yang berakhlak tinggi di kacamata orang DAP – dalam rencananya ‘Corruption is the issue, not hudud‘ (Feb 15) menjangka Chua akan membangkitkan isu hudud dalam perbahasannya dengan Guan Eng pada Sabtu ini.

Wartawan itu merumuskan:

[Chua Soi Lek] “has always been trying to bait Lim [Guan Eng] to state DAP’s stand on the implementation of hudud which is actually a non-issue”.
“the bottom line is that it will never be implemented”
“Thus if Chua brings up this issue, it is only due to his intention to sidetrack Lim with the purpose of trying to create animosity between PAS and DAP.”
“This line of sloganeering ['a vote for DAP is a vote for PAS and hudud'] by MCA is to scare the Chinese into voting for BN. Moreover, MCA has no campaign issues except hudud.”



Komen pembaca di rencana FMT, 'Corruption is the issue, not hudud'

Baguslah kalau wartawan pro-Pakatan berpendapat bahawa hudud bukan isu.

Lagi bagus bila peminat Guan Eng sendiri yang menyerunya untuk menyatakan secara terus-terang bahawa DAP tidak membantah hudud serta tidak mempertikaikan undang-undang Islam itu.

Kini orang DAP kerap mengatakan mereka beserta ramai rakan-rakan Cina yang lain sudah memberi sokongan mantap kepada DAP untuk menyokong PAS supaya hukum-hukum hudud boleh dilaksanakan.

Kalau DAP menyetujui hudud, maka parti itu juga mempersetujui idea sesiapa yang bersabit kesalahan zina hendaklah disebat.

Dari segi teori, ini mungkin membabitkan gadis Melayu yang dulunya dibela Guan Eng itu.

Guan Eng sering dipuji kerana kononnya dia prihatin terhadap nasib seorang Melayu-Islam sampailah disumbat ke dalam penjara kerana keprihatinannya. Adakah waktu itu ‘Khalifah Umar Lim’ konsisten dalam menyokong hudud dan hukuman sebat untuk zina?

Kalau DAP sokong hudud, perkara apa yang sebenarnya dibela Guan Eng di Melaka dulu?

Nenek disangka gadis-gagal dapat bantuan BR1M

Kangar. Warga emas, Puan Ahmad menunjukkan kad pengenalan yang menimbulkan pelbagai kesulitan kepadanya gara-gara tersalah catatan mengenai tarikh lahirnya. Warga emas itu mempunyai empat anak berusia 58 dan 70 tahun serta 19 cucu dan 47 cicit, namun tarikh lahir pada MyKad miliknya menunjukkan beliau adalah gadis sunti yang akan menyambut hari jadi ke-16 pada 12 April ini. Foto BERNAMA

Wednesday, February 15, 2012

Bagi Pas Tidak Salah Lim Guan Eng Mengutamakan Cina Kerana Dia Cina

Yang salah adalah Najib kerana tidak mengutamakan melayu. Yang salah adalah Umno kerana ingin menjadi juara rakyat. Umno lupa pada namanya. Umno kini bukan lagi seperti mana diasaskan dahulu. Umno kini umno rakyat.

Bagi Pas itu salah umno kenapa tidak mengutamakan kaumnya. Lim Guan Eng tidak boleh disalahkan kerana mengutamakan cina dan membelakangkan melayu. Ini lah pendirian Pas.

Kalau Lim Guan Eng menyambut hari kekasih, itu bukan salah dia, dia patut menyambutnya kerana menurut karpal singh, hari kekasih disambut di seluruh dunia, kerana tidak bercanggah dengan agama anutannya.

Tahun 2010, LGE tidak menyambut maulidur rasul,kerana memangpun LGE tidak patut menyambutnya. Malah Nik Aziz berkata,sambutan maulidul rasul itu tiada dalam ajaran islam, sambutan itu ditiru daripada ajaran kristian. Ini lah pendirian Pas. Atas sebab itu lah Nik Aziz menyokong pendirian LGE tidak mengutamakan perarakan maulidur rasul, kerana LGE tidak perlu lakukan itu semua.

Bagi Pas, jika Najib membela semua kaum, itu urusan Najib sendiri, tiada yang meminta agar Najib menjadi pejuang untuk semua kaum. Najib adalah ahli Umno,presiden Umno. Bagi Pas Najib kenalah berlaga seperti umno.

Lim Kit Siang pula berpendirian, bahawa gagasan Najib 1Malaysia, sama lah dengan gagasan islam hadari cetusan idea Abdullah Badawai. Hilang Abdullah hilang lah islam hadari itu.

Bapa kepada LGE ini juga mempertikai media massa yang ada kaitan dengan kerajaan umpamanya RTM. RTM menurut bapa LGE ini tidak mengamalkan konsep 1Malaysia, kerana menyiarkan bantahan rakyat terhadap anaknya di Pulau Pinang. Sepatutnya menurut Lim tua, RTM membiarkan sahaja Lim muda itu menindas melayu, kerana memang Lim muda itu bukan melayu. Sementara RTM jangan perbesarkan keluhan kaum yang tertindas, kerana RTM mesti berpaksi kepada gagasan 1Malaysia. Ini lah konsep Lim tua, ini lah juga konsep Pas.

PAS dan DAP bermain wayang

Sementara PAS sibuk menentang sambutan Hari Kekasih,kerana menurut parti itu sambutan itu diamalkan oleh penganut kristian,namun DAP memberi reaksi berbeza sepertimana diinyatakan oleh Pengerusinya, Karpal Singh mempertikai sikap PAS itu atas alasan budaya itu telah diterima oleh semua negara dan ia diterima oleh sebahagian rakyat Malaysia khususnya bukan Islam.

Apakah perbezaan pandangan dan sikap antara PAS dan DAP itu satu tanda kedua parti itu tidak boleh bersekutu dalam satu pakatan politik seperti yang sepakati melalui Pakatan Rakyat?

Perbezaan sikap antara keduanya dalam isu Hari Kekasih adalah salah satu dari banyak isu yang kedua-duanya tidak sekata. Malah isu hudud yang dikira penting pada PAS adalah jelas tidak disetujui oleh DAP.

Tetapi peliknya PAS boleh bekerjasama membentuk pakatan politik dengan DAP dan cuba bersaing dengan Barisan Nasional.

PAS mengaku bahawa tidak setuju dalam banyak perkara dengan DAP dan DAP juga setuju yang ia banyak pandangan berbeza dengan PAS, tetapi kedua-duanya telah bersetuju untuk bersetuju dengan perkara-perkara yang boleh disetujui dan bersetuju untuk tidak bersetuju dengan perkara yang tidak disetujui.

Dengan kenyataan Karpal yang pihaknya tidak setuju dengan pendirian PAS tentang Hari Kekasih itu dapat difahami dan PAS memang mengetahui DAP dan penyokong-penyokong menganut kebudayaan itu termasuk ahlinya yang berbangsa melayu dan beragama islam.

PAS pula ada hak untuk menyatakan pandangannya berhubung dengan perkara yang ada hubungan dengan agama Islam. Namun DAP kebanyakkannya tidak faham dan mempertikai pendirian PAS mengenai Islam.

Walaupun terdapatnya perbedaan yang wujud sejak awal itu namun tidak menghalang keduanya untuk mengadakan muafakat politik kerana menurut mereka,ini lah masanya peluang itu untuk menggantikan BN daripada pemerintahan negara.

Sebagaimana kenyataan Dr Hassan Ali, Pas perlu menelan dahulu, perkara-perkara pokok, yang penting berkuasa dahulu.

Sebenarnya antara PAS dan DAP, kedua parti itu bermain wayang-di mana PAS menunjukkan ianya masih parti islam,sementara DAP memperlihatkan bahawa parti itu tetap dengan anutannya-anti islam.

Shahrizat: Jangan terlalu sayang pada jawatan: Tun Mahathir

Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil disaran supaya lebih menyayangi Umno dengan meletakkan jawatan daripada menyayangi jawatan Menteri Wanita, Keluarga dan Pembangunan Masyarakat yang disandang kerana masalah peribadinya boleh menjejaskan parti.

"(Beliau) mesti fikirkan kesan kepada parti. Jangan terlalu sayangkan jawatan terlalu banyak,” kata bekas presiden Umno Tun Dr Mahathir kepada pemberita pada sidang media selepas ucapan sulungnya sebagai Canselor Universiti Perdana di Serdang hari ini.

Seorang pemimpin, kata Mahathir, perlu tahu apabila sudah tiba waktunya untuk berundur, sambil memberi contoh, dirinya sendiri yang rela berundur secara sukarela selepas 22 tahun berkuasa.

"Malah saya, apabila sudah terlalu lama (berkuasa) dan rakyat mulai bosan, saya pergi," sindirnya.

"Terpulanglah kepada beliau," katanya lagi.

Mahathir mengulas komennya sebelum ini yang mahu Shahrizat, yang juga Ketua Wanita Umno, supaya berundur.

Ini berikutan skandal yang melibatkan keluarganya dengan dakwaan penyelewengan pinjaman mudah RM250 juta oleh kerajaan kepada syarikat penternakan lembu Perbadanan Fidlot Kebangsaan (NFC) itu.

Wang NFC didakwa dibelanjakan oleh ahli keluarganya bagi pembelian kondominium mewah, tanah, kereta serta juga percutian.

Walau bagaimanapun, Shahrizat dan keluarganya menafikan sebarang salah laku.

Segala dakwaan itu kini dalam sisatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia Suruhanjaya dan Unit Siasatan Jenayah Komersial Bukit Aman.

Tuesday, February 14, 2012

NFC langgar syarat pinjaman: Nazri

Menurut Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Nazri Aziz, anda tidak perlu sebagai peguam untuk mentafsir, isu NFC.

Sungguh mudah katanya, NFC mendapat pinjaman untuk menternak lembu, agar supaya negara tidak tergantung kepada daging import, selain itu, agar harga daging dapat dibeli dengan harga lebih murah.

Disebabkan, tujuan pinjaman tersebut diberikan untuk menternak lembu, kemudian digunakan untuk tujuan lain, nyata NFC melanggar syarat pinjaman.

Sementara itu, Nazri menafikan bahawa laporan bahawa beliau meminta Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, perlu kembalikan wang pinjman dan beliau tidaklah perlu meletakkan jawatan. Sebaliknya katanya NFC yang perlu bayar balik. NFC tiada kena mengena dengan Shahrizat, katanya.

Amerika dan Israel mahu kerajaan sekarang ditukar: Tun Mahathir

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa bahawa Amerika Syarikat dan Israel berminat melihat kerajaan di Malaysia sekarang ditukar seperti yang berlaku di Asia Barat.

Menulis di blog chedet.cc, beliau berkata kerajaan yang ada sekarang tidak disenangi oleh Amerika kerana bersikap berkecuali, berbaik-baik dengan Cina dan Russia dan tidak menyokong sentimen Barat terhadap Iran dan beberapa negara lain.

“Calon Amerika dan Israel untuk mendiri kerajaan boneka ialah Anwar Ibrahim. Sejak awal lagi mereka menjalin hubungan yang rapat dengan Anwar.

“Memang pun Malaysia menjadi calon untuk ‘regime change’ kerana Malaysia tidak mengiktiraf Israel dan mengkritik beberapa dasar Amerika Syarikat.

“Adalah menjadi harapan Amerika, apabila ‘regime change’ berjaya di Malaysia dan Anwar menjadi Perdana Menteri maka mungkin Malaysia akan ada hubungan diplomatik dengan Israel dan menjauhkan diri dari perjuangan Palestin.

“Dengan ini sebuah kerajaan boneka akan tertubuh di Malaysia yang akan sokong apa sahaja usaha Amerika untuk menakluk dunia,” kata Mahathir.

Beliau mengulas kenyataan bekas timbalannya itu semasa ditemubual dengan majalah Wall Street Journal yang berkata beliau menyokong usaha "melindungi keselamatan negara Israel".

Pada masa yang sama, pada wawancara itu, Anwar turut menegaskan bahawa kepentingan sah rakyat Palestin juga mesti dilindungi.

Malaysia tidak mempunyai hubungan diplomatik dengan Israel tetapi kerajaan mengakui bahawa mereka tidak boleh menghalang syarikat-syarikat swasta daripada berurus niaga dengan rejim itu.

Blog Archive