Thursday, May 31, 2012

Zhang Ziyi aktres cantik tapi pelacur kelas tinggi

Menteri Perdagangan China Bo Xilai didakwa pernah tidur bersama aktres cantik Zhang Ziyi sekurang-kurang 10 kali untuk bayaran RM5juta antara tahun 2004-2007.

Selain itu, dikatakan juga aktress cantik RRC itu telah meniduri ramai VVIP negara itu dan dia berjaya mengumpul sekurang-kurangnya 700 juta yuan (RM350juta).

Rasuah Azmin: Ada bukti-bukti baru

Blogger RPK mendakwa seorang bekas penyiasat SPRM (dulu BPR) telah menyerahkan bukti-bukti baru berhubung rasuah Azmin Ali.

Dengan dakwaan itu, SPRM memberi respon, bahawa dalam kes jenayah rasuah, tiada had waktu yang ditetapkan; jika ada bukti-bukti baru, maka kertas siasatan akan dibuka semula.

Ada beberapa fakta yang perlu dirungkai berhubung kes rasuah yang membabitkan Azmin:-

Pertama-Seorang penjawat awam yang hanya bergaji RM2,244/bulan dalam spin waktu yang singkat dapat mengumpul harta jutaan ringgit plus wang jutaan dalam akaun bank, samaada atas nama sendiri ataupun isteri.

Kedua-Mengapa kes pemilikan harta Azmin ditutup 17 tahun lalu, sedangkan fakta/bukti  wujud.

Ketiga-Peranan Anwar Ibrahim dalam kes rasuah setiausaha sulitnya itu?

Wednesday, May 30, 2012

WWW1: Komen Nizar kena Tempelak

Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Idris Sultan Ibrahim menjelaskan bahawa kerabat diraja Johor tidak mengambil duit daripada kerajaan sejak Almarhum Sultan Ibrahim Sultan Abu Bakar.

Baginda berkata perkara itu boleh disahkan oleh Menteri Besar Johor Datuk Abdul Ghani Othman atau mana-mana pegawai kerajaan.

Baginda berkata demikian dalam Twitternya, Isnin, sebagai menjawab kritikan bekas menteri besar Perak Datuk Seri Mohammad Nizar Jamaluddin berhubung laporan bahawa Sultan Johor memenangi bidaan untuk nombor plat WWW 1 pada harga RM520,000.

Mohammad Nizar dalam Twitternya menyatakan bahawa jumlah wang yang besar itu boleh diguna untuk membantu orang Melayu yang miskin di negeri itu membeli rumah.

"Duit yang diperuntuk kepada ayahanda saya (Sultan Ibrahim ibni Almarhum Sultan Iskandar) dan saya setiap bulan sebagai Sultan dan Tunku Mahkota dimasukkan ke dalam Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim.

"Tujuan yayasan itu (Yayasan Iskandar dan Yayasan Ibrahim) ialah untuk rakyat dan bagi membantu kerajaan negeri Johor," kata baginda.

"Saya sendiri, semasa menjadi Raja Muda, tidak pernah mengambil satu sen dari kerajaan sehingga hari ini. Ia adalah duit rakyat. Jadi sebelum anda membuka mulut, selidik dahulu," tegas baginda. - BERNAMA

Tuesday, May 29, 2012

Rasuah Azmin- Anwar terlibat menutupnya

Satu kenyataan daripada pegawai penyiasat BPR didedahkan oleh Raja Petra Kamaruddin (RPK) di dalam lamannya hari ini, menunjukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim terlibat secara langsung memberi arahan kepada Ketua Pengarah BPR Datuk Shafee Yahaya supaya menutup kes rasuah Azmin Ali.

Siasatan kes itu berlaku pada tahun 1995, di mana ketika itu Anwar adalah Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan Malaysia dan Azmin Ali adalah Setiausaha Sulitnya.

20 Perkara bagi Datuk Salleh Said

APABILA Datuk Salleh Tun Said mengeluarkan pandangan bahawa 20 point Sabah menyertai Malaya, Sarawak, Singapura membentuk Negara Malaysia pada 16 September 1963 telahpun termaktub dalam Perlembagaan Negara, ramai yang mempertikainya, termasuk Datuk Dr Maximus J Ongkili.

AYT tidak akan menguraikan secara detail mengenai 20 Point itu, akan tetapi hanya menulis rangkuman daripada 20 point itu.

20 Point adalah memorendum yang dihasilkan daripada temuan IGC sebagai syarat penyertaan Borneo Utara membentuk Negara Malaysia.

Apabila negara dibentuk, maka Perlembagaan Negara juga terwujud dengan mengambilkira, 20 Perakara itu. Atas   sebab itulah, Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah itu memberi pandangan agar supaya 20 Point jangan dipolitikan, kerana ianya sudahpun termaktub dalam perlembagaan.

Perjalanan Kemerdekaan Sabah melalui Malaysia telahpun masuk 49 tahun, dan secara perlahan-lahan dan pasti, bahawa semua perkara-perkara yang disebut dalam 20 point itu dilaksanakan secara bertahap.

Kini, kita tidak boleh menyatakan bahawa syarat-syarat 20 pointpun tidak dilaksanakan, melainkan kita perlu "pin point" perkara mana yang belum sepenuhnya dilaksanakan.

Apapun perubahan terhadap 20 Perkara itu, berlaku kerana keputusan rakyat Sabah sendiri melalui Dewan Undangan Negeri Sabah, memutuskan mengenai perkara yang berkaitan dengan 20 Perkara, sesuai dengan perkembangan zaman dan situasi.

Bagi AYT.. melihat 20 Point... jangan kita terpaku dan statik. Kita perlu melihat berasaskan kepada situasi dan masa. Sebab apabila kita terpaku dan statik, maka minda kita akan terpaku pada keadaan atau zaman semasa 20 point itu terwujud.

Memang 20 Point itu merupakan catatan sejarah... Datuk Salleh tidak mempertikainya.. beliau hanya membuat kesimpulan, bahawa 20 perkara itu telah tercakup dalam perlembagaan negara, kerana pelaksanaan 20 point itu selepas 49 tahun, telah tergambar dalam perlembagaan negara.

20 Point, hanya hipotesis semasa merangkanya, dan selepas 49 tahun... hipotesis itu terbukti... bahawa ianya tercakup dalam Perlembagaan.

Atas asas itu, Salleh mencadangkan agar 20 Perkara jangan dipolitikan, bagi mereka yang benar-benar memperhalusi perkembangan negara selama 49 tahun.

Bagi AYT... sama-sama kita memperhalusi perkembangan 20 point itu, mana satu perkara yang belum sepenuhnya dilaksanakan.. 

Kita boleh berbeza pendapat... tetapi kita juga perlu menghormati pandangan masing-masing.. Namun, sebelum kita memberi komen negatif terhadap pandangan orang lain, kita perlu melihat daripada sudut mana pandangan itu dilihat.

Datuk Salleh memberi pandangan daripada sudut kemajuan mengenai 20 point itu, dinamikanya ke arah "Nation Building"... 

"Hak rakyat Sabah dan negeri Sabah pasti terbela oleh Barisan Nasional dan pada pandangan saya, kita hormati pandangan masing-masing dan saya sendiri tidak pernah menyentuh soal "kesahihan" dokumen 20 Perkara kerana ia bukan perjanjian cuma memorandum,".
“DATUK SALLEH TUN SAID”

"Semangat dokumen 20 Perkara bagi melindungi Sabah berikutan pembentukan Malaysia sah dan relevan hingga bila-bila kerana ia termaktub dalam laporan Jawatankuasa Antara Kerajaan (IGC) dan Perlembagaan Persekutuan tetapi semata mata memorendum politik"
“DATUK MAX ONGKILI"


APA ITU 20 PERKARA
Perkara 1: Agama

Walaupun tiada bantahan terhadap agama Islam sebagai agama kebangsaan Malaysia akan tetapi agama rasmi sepatutnya tidak akan diadakan di Borneo Utara, dan segala perundangan mengenai agama Islam yang terkandung di dalam Perlembagaan Malaya tidak harus digunakan di Borneo Utara.
Perkara 2: Bahasa

    Bahasa Melayu harus dijadikan Bahasa Kebangsaan Persekutuan
    Penggunaan Bahasa Inggeris harus diteruskan untuk tempoh sepuluh tahun selepas Hari Malaysia
    Bahasa Inggeris harus digunakan sebagai bahasa rasmi Borneo Utara untuk semua tujuan berkaitan dengan negeri dan persekutuan, tanpa had masa.

Perkara 3: Perlembagaan

Walaupun Perlembagaan Persekutuan Malaya diterima sebagai asas untuk membentuk Perlembagaan Malaysia, akan tetapi Perlembagan Malaysia seharusnya dipersetujui oleh pergabungan negeri-negeri bebas dan sepatutnya bukan sesuatu susunan pindaan kepada sebuah perlembagaan yang telah digubal dan dipersetujui oleh negeri-negeri yang berasingan di dalam keadaan yang berlainan sekali. Sebuah perlembagaan baru untuk Borneo Utara sewajarnya amat diperlukan.
Perkara 4: Ketua Persekutuan

Ketua (Yang Di Pertua Negara) Borneo Utara tidak layak untuk dipilih sebagai Ketua Persekutuan.
Perkara 5: Nama Persekutuan

"Malaysia" bukan "Melayu Raya".
Perkara 6: Imigresen

Kawalan ke atas penghijrahan dari luar ke mana-mana tempat di Malaysia seharusnya terletak di bawah kuasa kerajaan Persekutuan tetapi kemasukan ke Borneo Utara sepatutnya juga memerlukan persetujuan Kerajaan Negeri.

Kerajaan Persekutuan tidak seharusnya berkuasa membatalkan kemasukkan sesiapa pun ke dalam Borneo Utara jika ia berkaitan dengan urusan kerajaan negeri kecuali atas sebab-sebab keselamatan sahaja. Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa yang tidak terhad ke atas pergerakan seseorang, kecuali mereka yang bertugas di bawah kerajaan Persekutuan daripada tempat-tempat lain Malaysia di Borneo Utara.
Perkara 7: Hak Menarik Diri

Hak untuk memisah atau menarik diri dari Persekutuan seharusnya tidak ada.
Perkara 8: Borneonisasi

Proses untuk melantik orang-orang tempatan ke dalam perkhidmatan awam negeri Borneo Utara seharusnya diwujudkan secepat mungkin.
Perkara 9: Pegawai-pegawai British

Segala usaha harus dibuat untuk menggalakkan pegawai-pegawai Birtish untuk meneruskan perkhidmatan mereka dalam perkhidmatan awam sehingga tempat mereka boleh diganti oleh orang-orang tempatan yang berkelayakan.
Perkara 10: Kewarganegaraan

Tertakluk kepada pindaan berikut, Perenggan 148(k) cadangan dalam Laporan Cobbold seharusnya menentukan hak kewarganegaraan penduduk Borneo Utara di dalam Persekutuan :

    Perenggan kecil (I) seharusnya tidak mengandungi syarat mengenai penetapan selama 5 tahun
    Untuk diselaraskan dengan undang-undang kami, perenggan kecil (II) sepatutnya menyatakan "7 daripada 10 tahun" dan bukan "8 daripada 10 tahun"
    Perenggan kecil (II) tidak sepatutnya mengandungi sekatan berkenaan dengan kewarganegaraan ibu bapa seseorang yang dilahirkan di Borneo Utara selepas Hari Malaysia semestinya menjadi warganegara persekutuan.

Perkara 11: Cukai dan kewangan

Borneo Utara seharusnya mempunyai kuasa ke atas kewangan, tabung pembangunan, dan cukai sendiri.
Perkara 12: Kedudukan khas bangsa asli/bumiputera Borneo Utara

Pada prinsipnya bangsa asli Borneo Utara seharusnya menikmati hak keistimewaan seperti yang diberikan kepada bangsa Melayu di Malaya, tetapi formula yang dipraktikkan di Malaya tidak semestinya digunapakai oleh Borneo Utara.
Perkara 13: Kerajaan Negeri

Ketua Menteri harus dipilih oleh ahli-ahli tidak rasmi Majlis Perundangan. Borneo Utara seharusnya mempunyai suatu sistem kementerian yang sesuai.
Perkara 14: Jangkamasa Peralihan

Sepatutnya tujuh tahun dan dalam masa ini kuasa perundangan mesti diberikan kepada Kerajaan Borneo Utara mengikut perlembagaan dan tidak dipengaruhi oleh kerajaan persekutuan.
Perkara 15: Pelajaran

Sistem pelajaran Borneo Utara yang wujud sekarang harus diteruskan dan dengan itu ia harus diletakkan di bawah kawalan kerajaan negeri.
Perkara 16: Perlindungan kepada Perlembagaan

Tidak ada sebarang pindaan, perubahan atau pembatalan dapat dilakukan oleh Kerajaan Pusat kepada perlindungan-perlindungan yang diberikan khas kepada Borneo Utara tanpa persetujuan kerajaan Borneo Utara. Kuasa ini adalah hak mutlak penduduk negeri ini.
Perkara 17: Perwakilan dalam Parlimen Persekutuan

Ini sepatutnya bukan hanya bergantung kepada jumlah penduduk Borneo Utara tetapi juga kepada keluasan dan keupayaannya, dan dalam mana-mana perkara ia sepatutnya tidak kurang dari jumlah perwakilan dari Singapura.
Perkara 18: Nama Ketua Negeri

Yang Di Pertua Negara.
Perkara 19: Nama Negeri

Sabah.
Perkara 20: Tanah, hutan, kerajaan tempatan dan lain-lain

Perkara dalam Perlembagaan Persekutuan mengenai kuasa Majlis Tanah Persekutuan tidak harus melibatkan Borneo Utara. Seperti itu juga, Majlis Kebangsaan Kerajaan Tempatan tidak harus melibatkan Borneo Utara. mengenai 20 Point itu.

Siapa bayar Ummi?

Dua-tiga orang dekat Ummi Hafilda merungut. Kini mereka dijauhi Ummi; sebabnya Ummi sudah ada duit.

Siapa yang bayar Ummi?

Ummi kadangkala hadir di majlis ceramah Umno... hanya satu misi... dedah masalah peribadi Anwar, dan Azmin Ali.

Seorang bloger yang juga ahli Umno melalui FBnya. menulis.. "Saya agak terperanjat seorang jawatankuasa penerangan yang menganjurkan majlis ceramah di Parlimen Bandar Tun Razak dan jemput Umi Hafilda beri ceramah, beri tahu saya. ceramahnya bukan percuma, sebaliknya kena bayar. bukan sikit pula tu.. empat angka. Ada juga orang yang berkata demi perjuangan islam, melayu dan negara tetapi kata-katanya kena bayar."

Sunday, May 27, 2012

Belia Rampas Putrajaya: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak menggesa belia supaya mengawal masa depan mereka dengan mengundi kerajaan yang telah membuktikan keupayaan menerajui negara melalui perubahan progresif sejak kemerdekaan.

"Kerajaan Barisan Nasional (BN) boleh menjadikan esok lebih baik daripada hari ini," katanya.

Katanya, beliau percaya belia Malaysia akan menggunakan kebijaksanaan dan kecerdikan dalam melaksanakan hak-hak mereka sebagaimana yang diperuntukkan dalam demokrasi negara.

"Kita mesti tahu bagaimana untuk memisahkan antara intan dan kaca dalam membuat keputusan yang boleh menjadikan hari esok kita lebih baik daripada hari ini.

"Selama beberapa generasi, belia Malaysia telah memilih kerajaan yang telah berjaya memacu negara kita ke hadapan, bukan hanya dalam satu pilihan raya umum tetapi 12.

"Belia telah memberikan sokongan dan kepercayaan mereka kepada kerajaan yang sama untuk membawa perubahan kepada negara kita," kata Najib ketika bertemu belia yang berkumpul di Himpunan Jutaan Belia di sini, Sabtu.

Turut hadir pada majlis itu termasuk isteri Najib, Datin Seri Rosmah Mansor, Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek, Ahli Parlimen Putrajaya Datuk Seri Tengku Adnan Mansor dan menteri kabinet yang lain.

Mengenai perhimpunan, yang akan berakhir pada Ahad, beliau mengucapkan tahniah kepada Kementerian Belia dan Sukan yang sama-sama menjayakan program menarik yang berlangsung selama lima hari secara besar-besaran, dan menarik pengunjung dari pelbagai negeri.

Ramai belia memakai baju-T perhimpunan atau "I Love PM '.

"Isteri saya tidak akan cemburu dengan cinta yang anda tunjukkan kerana ia mewakili rasa hormat dan kasih sayang untuk pemimpin-pemimpin negara.

"Mengikut laporan yang diberi kepada saya dan dari apa yang saya lihat hari ini, perhimpunan ini telah mencapai sasaran mengumpulkan dua juta belia di Putrajaya.

"Putrajaya telah berjaya ditawan oleh belia," kata Najib dan mendapat sorakan bersemangat daripada orang ramai.

Saturday, May 26, 2012

Bersih3.0: Sepatutnya Anwar mengaku salah

Pelbagai pandangan diberi melalui media dan ruang siber selepas penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim, Timbalan Presiden PKR Mohamed Azmin Ali dan Ketua PKR Chabang Rembau Badrul Hisham Shaharin didakwa di mahkamah baru-baru ini atas tuduhan melanggar undang-undang ketika demonstrasi jalanan BERSIH 3.0 di Kuala Lumpur 28 April lepas.

Ketiga-tiga mereka juga dikenakan pertuduhan menghasut Tangam Raju, Rajesh Kumar Gejinder dan Farhan Ibrahim supaya membuka sekatan di sekeliling Dataran Merdeka di Jalan Raja di Kuala Lumpur, yang dilarang dimasuki peserta perhimpunan, pada hari sama.

Kesemua mereka mengaku tidak bersalah terhadap dua tuduhan itu. Mereka merupakan individu pertama yang didakwa mengikut Akta Perhimpunan Aman (PAA), yang berkuatkuasa mulai tahun ini.

The Wall Street Journal (WSJ), akhbar harian kewangan antarabangsa yang amat berpengaruh, menyiarkan pendapatnya yang mengatakan Anwar patut mengaku bersalah terhadap pertuduhan itu sekiranya beliau percaya perubahan yang dilaksanakan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak, tidak memadai.

Rencana berkenaan bertajuk "Malaysian People's Court, Anwar's civil disobedience and the next election", berpendapat cara lebih jelas untuk meyakinkan orang ramai bahawa PPA merupakan undang-undang yang tidak adil ialah dengan mengaku bersalah dan membayar denda menjelang berlangsungnya pilihan raya umum.

Rencana berkenaan, yang disiar dalam ruangan "Review and Outlook Asia" pada Khamis, berkata dengan mengambil kira segala ranjau dan duri yang dilalui Anwar sebelum ini, termasuk dua kali menghadapi pertuduhan berkaitan liwat dan dua dua kali juga dibebaskan, "mungkin ada orang yang membuat tanggapan bahawa ini satu lagi pendakwaan yang bersifat politik".

"Bagaimanapun, kes ini berbeza. Anwar bertindak melanggar tuntutan sivil dan kini beliau perlu menanggung padahnya.

"Keputusan sebenar akan datang daripada peti undi pada pilihan raya umum akan datang, yang dijangka diadakan lewat tahun ini, apabila pengundi akan memutuskan sama ada perubahan politik yang dilaksana Najib berjalan pada kadar yang sewajarnya, atau Anwar bertindak betul dengan mendesak perubahan dilaksana dengan lebih pantas".

Akhbar itu seterusnya menulis "Jika Anwar ingin melanggar tuntutan sivil, beliau tidak boleh berpura-pura tidak bersalah, pada waktu yang sama."

WSJ berkata walaupun Najib patut diberi pujian kerana melakukan perubahan, pembangkang juga mempunyai alasan kukuh untuk mengkritiknya sebagai tidak memadai.

"Persoalan sebenar ialah sama ada masyarakat Malaysia lebih memerlukan perubahan pada kadar lebih pantas atau taktik konfrontasi yang dianjur pembangkang," kata rencana itu.- Bernama

Bagi Pakatan-PM Melayu hanya pada PRU-13

Perdana Menteri Malaysia di masa hadapan tidak semestinya melayu. Dalam perlembagaanpun tidak dinyatakan bahawa Perdana Menteri perlu melayu.

Atas pengertian inilah Pengerusi DAP membuat pendirian, bahawa dia berhasrat suatu hari nanti, Perdana Menteri Malaysia bukan daripada kalangan melayu.

Hasrat Karpal Singh itu akan mudah tercapai, jikalau, melayu itu hancur dan berpecah belah, sehingga sukar disatukan lagi.

Memandangkan selepas keputusan PRU-13, melayu belum berapa hancur, maka Perdana Menteri masih melayu. Pengakuan ini selain masih pendirian Umno/BN tetapi juga pendirian Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim.

Kaum-kaum lain menunggu saat-saat melayu hancur, agar supaya melayu bukan lagi tuan di Tanah Melayu.

Melayu hancur, kerana angkara melayu sendiri. Kini melayu sudah berpecah tiga.. satu kumpulan dalam Umno, satu kumpulan dalam Pas dan sebahagian ada pada PKR.

Terlihat bukti jelas pada PRU-12, kalaulah bumiputera Sabah dan Sarawak tidak menyokong Umno/BN, maka, jawapannya sudah boleh diteka.

Kenyataan Karpal Singh, merupakan peringtan kepada pemimpin-pemimpin melayu yang bercakaran, bahawa jika melayu tidak bersatu, maka kuasa kaum itu akan lenyap. Fikir-fikirkan lah.

Friday, May 25, 2012

Himpunan Bersih-Persiapan pembangkang untuk demo ganas: Tun Mahathir

Dr Mahathir Mohamad mendakwa jika Pakatan Rakyat tewas dalam pilihan raya umum ke-13 (PRU13), mereka akan menganjurkan demonstrasi ganas tanpa henti untuk menolak keputusan itu.

Selepas itu, dakwa bekas perdana menteri Tun berkata, pembangkang akan mengusahakan pilihan raya baru yang dimanipulasi mereka diadakan.

"Tunjuk-tunjuk perasaan BERSIH yang besar dan ganas adalah persediaan untuk menolak keputusan PRU13 jika parti lawan gagal memenanginya.

"Kekalahan mereka akan dituruti dengan demonstrasi ganas yang tidak berhenti-henti supaya keputusan pilihan raya ditolak dan satu kerajaan lain didirikan, yang ditunjuk oleh parti lawan," dakwanya.

Menulis dalam blognya hari ini, Mahathir berkata, sebelum kerajaan pilihan rakyat digulingkan, negara ini akan diserang bertubi-tubi dengan demonstrasi ganas dan huru-hara.

Ini katanya termasuk mogok pelbagai tempat anjuran pembangkang.

"Kestabilan negara akan tergugat. Polis dituduh melakukan keganasan supaya mereka tidak dapat kawal huru-hara dan demo dengan cara berkesan.

"Kuasa-kuasa asing akan mengecam kerajaan pilihan rakyat kerana kononnya mengguna kekerasan menghalang kebebasan bersuara dan berdemo.

"Malaysia akan dicap sebagai police state (negara polis)," dakwanya.

Dr Mahathir (kanan) juga berkata, berdasarkan sejarah Malaysia, pembangkang tentu kurang yakin untuk mendirikan kerajaan Pusat dan cara demokrasi tidak boleh menjayakan mereka.

"Melihat penggulingan kerajaan di negara-negara Arab, tentulah terlintas di hati pemimpin-pemimpin parti lawan bahawa cara-cara demonstrasi ganas dan berpanjangan lebih mungkin memberi kejayaan kepada cita-cita mereka," dakwa Mahathir lagi.

Saya tidak bertandingpun ok: Mukhriz

 Anggota Parlimen Jerlun, Datuk Mukhriz Mahathir berkata, beliau bersedia untuk menyahut sebarang keputusan pucuk pimpinan Barisan Nasional (BN) untuk beliau pada Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13.

"Saya tidak fikir ia sudah diputuskan sama ada saya bertanding kerusi Parlimen atau Dewan Undangan Negeri (DUN)...dari segi persediaan, saya sudah umumkan bahawa saya tidak bermasalah dengan mana-mana keputusan.

"Sekiranya pucuk pimpinan BN berasa saya perlu kembali untuk bertanding kerusi DUN di Kedah, saya tidak bermasalah dengan itu. Sekiranya mereka kata saya perlu duduk di peringkat persekutuan, saya juga tidak bermasalah.

"Secara alternatif, sekiranya mereka berkata saya tidak akan bertanding samasekali, ia juga OK dengan saya," katanya.

Masa depan saya terletak sama sekali di tangan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak, katanya kepada pemberita selepas merasmikan sebuah program keusahawanan sempena Himpunan Jutaan Belia di sini Khamis.

"Saya seorang ahli parti terlebih dahulu...jadi saya akan ikut arahan," kata Mukhriz, yang juga Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri.

Katanya, beliau percaya perdana menteri menerima banyak input sama ada seseorang calon itu boleh menang atau sebaliknya.

Mengulas spekulasi bahawa beliau akan menjadi Menteri Besar Kedah sekiranya BN merampas semula negeri itu pada PRU ke-13, seperti dilaporkan oleh media, Mukhriz berkata, ia hanya khabar angin.

"Ia berupa spekulasi semata-mata dan juga terlalu awal. Soal pelantikan menteri besar hanya boleh ditentukan selepas pilihan raya," jelasnya.

Media memetik seorang sumber dalaman parti sebagai berkata Mukhriz dipercayai merupakan calon terbaik untuk jawatan menteri besar kerana beliau popular di kalangan pengundi berusia bawah 50 tahun.

Bagaimanapun, Mukhriz berkata, kajian terbaru menunjukkan faktor belia bukanmenjadi kriteria utama untuk dipilih sebagai calon.

Katanya, pengundi muda inginkan calon yang mempunyai kriteria mudah didekati dan mampu menyelesaikan masalah mereka sama ada di bandar atau kawasan luar bandar.

Bagaimanapun, katanya, pembangkang tidak boleh lagi memerintah kerajaan negeri Kedah dan mereka tidak menyelesaikan semua masalah malah menimbulkan lebih banyak masalah. - BERNAMA

Thursday, May 24, 2012

Perisik CIA dedah siapa Anwar

Seorang penulis Barat, Jonathan Smith, mendedahkan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim adalah pemimpin tanpa wajah yang boleh berubah mengikut arus, persekitaran serta rasa hati demi kepentingan peribadi.

Malah Smith yang juga seorang bekas perisik berkata, sikap tersebut sudah diketahui badan perisikan antarabangsa seperti Agensi Perisikan Pusat (CIA), agensi perisikan Rusia (KGB) dan agensi perisikan Britian (MI-6) lebih awal sebelum Anwar dibawa menyertai UMNO.

Dalam bukunya bertajuk The ''I'' Files, Smith mengakui beliau sudah lebih tiga dekad mengumpul maklumat mengenai Anwar untuk disalurkan kepada 'ketuanya' dan mendakwa, buku berkenaan juga hasil susunan maklumat perisik-perisik Barat yang lain.

"Ketua-ketua badan risikan CIA, MI-6, dan KGB mahu tahu dari mana Anwar datang dan di mana kesetiaannya itu? Dengan UMNO, Pas atau Arab Saudi? Anwar sebenarnya manusia tanpa wajah yang boleh menjadi sesiapa sahaja mengikut arus, persekitaran dan hatinya.

Abstrak buku The I Files disini

Wednesday, May 23, 2012

Bagi Amerika siapapun boleh disentuh.. jangan Anwar

Anwar dengan jelas ikut/melanggar/membuat arahan rempuh/buat kecoh semasa Himpunan Bersih3.0..pun demikian mendapat pembelaan Amerika...

Satu kesimpulan dapat diambil.. jangan sentuh Anwar.. Biarkan dia melakukan apa yang dia suka.. termasuk hubungan seks baik lelaki mahupun perempuan.

Bagi Amerika.. Anwar is above the law...

Lihatlah negara-negara yang berganti kerajaan kerana Amerika- Iraq, Afganistan-Libya-Mesir-Tunisa.. aman kah? rakyat tambah maju kah?

Skandal Lim Guan Eng-Chai Hong

 Seorang wanita yang mempunyai cita-cita tinggi,terpaksa berkorban cinta, kerana selepas rapat dengan Lim Guan Eng, dibuang bagaikan kertas tisu.

Wanita tinggi lampai dan cantik itu dan berpendidikan pula, pernah berkhidmat di pejabat Ketua Menteri Pulau Pinang sebagai pegawai khas, bersama 19 yang lain.

Nama wanita itu Ng Phaik Kheng tetapi lebih gemar dipanggil Chai Hong atau rainbow dalam bahasa mandarin, merupakan salah seorang anggota pasukan Lim Guan Eng semasa pilihanraya negeri Sarawak April tahun lepas.

Menurut sumber yang rapat dengan Guan Eng, Chai Hong bagaikan sebutir mutiara kepada Ketua Menteri Pulau Pinang itu; namun cinta mereka terhalang, kerana isteri Guan Eng-Betty Chew menjadi penghalang.

Selepas terbongkar hubungan sulit antara Guan Eng-Chai Hong, wanita malang itu terpaksa diberhentikan, dan kembali ke jawatan lamanya sebagai guru.

Chai Hong pergi dengan luka dihati, Guan Eng bertampal palster... kesahnya tidak berhenti di situ sahaja..dikhabarkan dalam waktu terdekat wanita dengan panggilan Rainbow itu akan mendedahkan hubungan antara dirinya dengan Ketua Menteri Pulau Pinang itu.

Saya tidak akan masuk PAS: Yusof Zainal Abiden

Bekas peguam cara II Mohd Yusof Zainal Abiden menafikan akan menyertai PAS bulan depan sebaliknya mempertahankan pendiriannya untuk kekal tidak terlibat dengan mana-mana kumpulan politik.

"Seperti saya katakan sebelum ini, saya profesional dan akan terus berhujah di mahkamah."

Sinchew Daily hari ini melaporkan Naib Presiden PAS Datuk Mahfuz Omar sebagai berkata, Yusof akan menyertai parti itu dalam perhimpunan besar mereka "Himpunan Hijau ke Putrajaya" di Alor Setar pada 1 Jun nanti.

Ramai kaki tangan AG akan sertai saya: Anwar

Anwar sah sebagai political animal. Apabila mantan pendawaraya sodomi II, menjadi peguam belanya dalam kes Himpunan Bersih3.0; beliau mengubahnya sebagai political mileage.

Fakta yang sebenarnya berlaku.. Anwar meminta mantan pendakwaraya itu menjadi peguamnya. Sebagai seorang peguam yang profesional, dan telah bersara, maka sesiapa sahaja yang sanggup membayar perkhidmatannya, maka itulah Bossnya..

Yusof sepertimana pengakuannya, dia adalah bebas daripada unsur politik. Dia mempertimbangkan permintaan Anwar kerana kerjayanya adalah seorang peguam.

Beliau bersedia menerima daripada sesiapa sahaja yang ingin mendapat perkhidmatannya, kerana selepas bersara daripada kerajaan, beliau kini telah membuka guamannya sendiri.

Kesanggupan Yusof sebagai penguambela Anwar, dijadikan landasan oleh Ketua Pembangkang itu sebagai bentuk propaganda baru, sambil mengatakan, bahawa RAMAI LAGI KAKI TANGAN DARIPADA JABATAN PEGUAM NEGARA akan menyertainya... Satu provokasi yang amat tinggi... Tujuannya agar pejabat AG menjadi tidak keruan dan saling curiga mencurigai.

Perkara yang sama telah Anwar lakukan semasa Gerakan 16 September, 2008.. Satu ketika para wakil rakyat BN saling curiga antara satu sama lain, ekoran dakwaan Anwar bahawa sejumlah 30 wakil Rakyat BN akan menyeberang kepada pembangkang, untuk membolehkan mereka menubuhkan kerajaan Persekutuan pada 16 September.

Tuesday, May 22, 2012

Nak cari rumah urut-Datanglah ke Selangor

Kalau nak cari rumah urut.. datanglah ke Selangor. Bayangkan di kawasan Pandan Indah sahaja ada lebih 80, dan kawasan Klang lebih 200 rumah urut.

Mana sudah peranan Pas?

Apa Dah Jadi? Pendakwa utama Sodomi II- peguam Anwar pula!!!


Tindakan bekas Peguamcara Negara II, Datuk Mohd Yusof Zainal Abiden menjadi peguambela Datuk Seri Anwar Ibrahim merupakan satu tanda tanya.

Yusof (gambar) muncul di Mahamah Jalan Duta hari ini sebagai salah seorang peguam Anwar berhubung penglibatan Anwar dalam Himpunan Bersih3.0.

Kita sama-sama ketahui, Anwar dibebaskan berhubung dakwaan Sodomi II, di mana Yusof merupakan pendakwa utama.

Bodohnya Anwar-Dia yang buat kacau-Tuduh Najib pula yang rancang

 Anwar yang langgar undang-undang, Najib pula yang kena getahnya.

Ketua Pembangkang itu bersama Azmin Ali dan seorang lagi didakwa di mahkamah hari ini, kerana melanggar undang-undang Perhimpunan Aman; dibawah  Seksyen 4(2) (c).
 
Selain itu Trio Pembangkang dituduh kerana melanggar perintah Majistret Zaki Asyraf Zubir, bertarikh 26 April yang melarang perhimpunan di Dataran Merdeka dan kawasan yang bersempadan dengan Jalan Sultan Hishamuddin, Jalan Raja dan Jalan Kelab. Mereka didakwa melakukan kesalahan itu antara jam 2.30 petang dan 3 petang pada 28 April.

Sementara itu, selepas sahaja Anwar didakwa di Mahkamah, dia mengeluarkan kenyataan bahawa tujuan pendakawaan itu adalah bermotifkan politik dan menuduh Najib merancangnya.

BODOH punya Anwar, dia sendiri yang membuat kacau pada 28 April, menuduh Najib pula yang punya rancangan.

Inilah SIFAT semulajadi Anwar, dia bermasalah, menuduh orang lain pula punca kepada masalah dirinya sendiri.

Menurut Bernama Peserta Bersih3.0 hanya 22,000

Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) mengumpulkan gambar-gambar dari tujuh lokasi sekitar bandar raya ini dan menggunakan sistem memblok foto untuk memutuskan anggaran 22,000 peserta pada perhimpunan 28 April lalu.

Semasa memberi penjelasan teknik yang digunakan, Pengurus Besar Bernama Datuk Hasnul Hassan berkata ia menggabungkan perisian grafik mudah yang mana gambar-gambar diperbesar sebelum petak dimasukkan untuk memudahkan pengiraan bilangan orang.

Beliau berkata 10 peratus margin kesilapan ditambah kepada bilangan peserta untuk menggantikan mereka yang mungkin tersorok atau dilindungi di dalam gambar-gambar itu.

Katanya anggaran jumlah, tidak termasuk anggota keselamatan dan polis yang bertugas.

"Gambar-gambar itu diambil dari pukul 11.53 pagi hingga 12.52 tengah hari pada 28 April oleh jurufoto-jurufoto kami yang berada di dalam helikopter polis.

"Gambar-gambar peserta diambil sebelum mereka mula bergerak ke Dataran Merdeka. Kemudian gambar-gambar itu diperbesar sebesar saiz skrin komputer, iaitu tujuh inci kali tujuh inci, sehingga bilangan orang boleh dikira," katanya kepada Bernama selepas menghadiri majlis sambutan ulang tahun ke-44 agensi berita itu di Wisma Bernama di sini, Isnin.

Hasnul berkata gambar-gambar itu diambil dari tujuh lokasi iaitu Jalan Tun Perak, simpang Jalan Tun Perak/Jalan Silang; simpang Jalan Sultan/Jalan Jebat; kawasan Pasar Seni; Jalan Pasar Besar; Jalan Kinabalu dan Jalan Tuanku Abdul Rahman.

Beliau mengulas kenyataan Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim bahawa bilangan yang menyertai perhimpunan awam di ibu negara bulan lepas ialah 22,270 dan bukan beratus ribu seperti yang didakwa pembangkang.

"Kaedah pengiraan kami mungkin bukan yang terbaik, tetapi jumlah yang dikira adalah munasabah. Ia hampir sama dengan konfigurasi BBC (25,000)," kata Hasnul.

Walaupun sesetengah orang mungkin mempertikai anggaran jumlah Bernama ini, katanya, jumlah peserta memang tidak mungkin lebih daripada 100,000 atau 300,000 seperti yang didakwa sesetengah pihak.

"Kami alu-alukan mereka yang mahu tahu mengenai kaedah ini. Ia bukan kaedah yang terbaik, tetapi ia menepati tujuannya," katanya sambil berkata unit foto Bernama mengambil masa dua hari untuk meletakkan petak-petak itu dan membuat pengiraan. BERNAMA

Sunday, May 20, 2012

Pemimpin Pembangkang: Kerana terancam pihak polis juga tempat mengadu

Sejak akhir-akhir ini, pemimpin pembangkang melihat betapa pentingnya polis terhadap keselamatan mereka. Sebelum ini, kita tahu, bahawa rata-rata daripada mereka, baik pemimpin mahupun penyokong atau ahli mereka, menganggap polis sebagai Anjing dan hamba kerajaan.

Kita tahu, bahawa selama empat tahun sebaik sahaja mereka mempunyai suara di Parlimen dan menubuhkan kerajaan di empat buah negeri, pihak mereka merancang serta melakukan berbagai tindakan yang membangkitkan memarahan rakyat termasuk menghina pasukan keselamtan, para pemimpin kerajaan BN malah termasuk raja-raja melayu. 

Mereka benar-benar lupa bahawa anggota pasukan keselamatan seperti polis juga mempunyai keluarga awam seperti mereka. Mereka juga lupa, bahawa ramai yang terasa lalu membangkitkan kemarahan rakyat, terhadap tindak tanduk mereka itu.

Mereka memaki hamun polis, memanggil dengan berbagai panggilan, seperti anjing, babi dan banyak lagi yang menyakitkan telinga.

Mereka membalasah polis, menuduh polis dengan berbagai tuduhan, sedangkan pihak keselamatan itu hanya bertindak kerana demi menjaga keselamatan orang ramai.

Kini, apabila kemarahan rakyat sukar dibendung lagi, maka para pemimpin pembangkang terpaksa menjilat semula semua tohaman mereka kepada polis. Mereka datang pula kepada Polis untuk minta dilindungi, sedangkan sebelum ini, pihak polis di mata mereka  adalah kotor dan najis.

Kejadian di rumah Ambiga, dimana para peniaga yang dirugikan oleh Pengerusi Bersih itu, membuka gerai dan kejadian di Ayer Keroh Melaka,  di mana ada rakyat yang marah dan membaling batu dan telur terhadapnya.

Rakyat yang marah terhadap Ambiga dan para pemimpin Pembangkang tidak boleh dipersalahkan, kerana akibat perbuatan merekalah rakyat menjadi marah.

Seharusnya, mereka perlu berdepan dengan rakyat yang marah itu, bukannya mengadu kepada polis yang mereka hina.

Mereka sebelum ini tidak anggappun polis adalah untuk menjaga keselamatan rakyat, namun apabila sudah terjepit, maka polis juga tempat mengadu.

Dasar para manusia yang tidak tahu diuntung....

TIBAI dakwa- Anwar mengurat seorang pelajar lelaki

Satu NGO anti-Pakatan Rakyat mendakwa bahawa Anwar ibrahim "mengurat" seorang bekas siswa .

Dakwaan oleh NGO TIBAI yang disiarkan di muka depan Mingguan Malaysia itu, mahu pemimpin tersebut menjelaskan hubungan berkenaan.

Seorang pemimpin NGO tersebut, Abdul Ghani Haron mendakwa, pemimpin itu meminta siswa berkenaan mengirim satu gambar lelaki tanpa berpakaian.

Beliau mendakwa "sanggup bersumpah" dan mempunyai "maklumat kukuh" berhubung dakwaan tersebut.

Menurut Ghani-Anwar belum mengenai lelaki berusia 20-an itu dan sekadar mengenali lelaki tersebut menerusi laman sosial.

Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) mahu Brother Anwar bin Ibrahim menjawab apakah hubungan beliau dengan seorang bekas pelajar institusi pengajian tinggi awam (IPTA) itu.

"Justeru, apakah tujuan beliau meminta gambar seperti itu? Mungkin hanya Anwar yang tahu kerana tanpa segan-silu beliau meminta lelaki itu mengirimkan gambar tidak pakai baju dan meminta supaya bekas pelajar universiti itu jangan segan-segan dengannya.

Saturday, May 19, 2012

Syarat Muzakarah Pas-Umno: Umno perlu ikut telunjuk Anwar dan Kit Siang

Hebat juga syarat yang Nik Aziz berikan sebagai pra-syarat muzakarah Umno-Pas. Umno kena ikut telunjuk Anwar dan Lim Kit Siang. Kalau tidak lupakan muzakarah itu... 

Nik Aziz yang minta muzakarah, dia pula kenakan syarat...

OOOOOOOOOOOOOOOOO

Karpal Singh mahu sesiapa yang lahir selepas 31/8/1957 diberi STATUS Bumiputera

Kaum melayu dan bumiputera kena fikir masak-masak. Menyokong DAP bermakna menyokong bahawa sesiapa sahaja yang lahir selepas 31/8/1957 adalah bumiputera, tanpa mengira daripada suku bangsa mana.

Kenyataan Pengerusi DAP itu apa kah juga berlaku, bahawa semua kaum cina dan india akan sanggup menghilangkan identiti masing-masing? Kalau sanggup bermakna, sekolah cina dan india akan juga di mansuhkan? Apa kah Karpal juga bermaksud, bahawa bahasa kebangsaan hanya bahasa melayu?

Pas tenat- teringat Umno pula

PAS TENAT- Tiba-tiba teringat UMNO? siapa yang tidak suka kalau umat melayu bersatu? bak kata pepatah seberkas lidi susah dipatah.

Setahun yang lalu, UMNO telah berusaha melakukan muzkarah dengan PAS, namun seruan UMNO itu ditolak dengan sombongnya.

Entah apa mimpi NIK AZIZ, secara tiba-tiba mengusulkan diadakan muzkarah dengan UMNO?

Nik Aziz melihat akibat kerosakan yang parah akibat perubahan perjuangan PAS yang lari daripada perjuangan ASAL dan tindak tanduk mereka terutama semasa Himpunan BERSIH3.0, maka NIK AZIZ mendapat ilham, untuk menyelamatkan PAS, maka perlu melakukan muzakarah dengan UMNO.

Nik Aziz melihat, bahawa kaum melayu menolak PAS, kerana itu, walaupun undang-undang HUDUD telahpun diketepikan melalui Pakatan parti itu melalui Pakatan Rakyat, namun disuarakan juga sebagai gimik dan retorik.

Malangnya suara Pas itu, diperlekeh Pengerusi DAP Karpal Singh-sambil berkata.. Tiada guna Pas mengeluarkan kenyataan mengenai HUDUD, selepas itu ditarik semula.

Sebenarnya Karpal Singh, tidak mahu pemimpin PAS bercakap bohong, kerana dalam Pakatan Rakyat, undang-undang Hudud memang telahpun diketepikan jauh-jauh.

Niat NIK Aziz sebenarnya mahu mengertak DAP, kalau kamu tidak setuju dengan pejuangan kami, kami akan cari partner baru.. Nik Aziz tahu, bahawa apabila melayu bersatu, maka dengan mudah menang melalui pilihanraya.

Sebenarnya Nik Aziz mahu mempergunakan Umno untuk melunakan hati kaum melayu, kerana beliau tahu, kaum melayu kini sudah tawar hati terhadap parti itu.

Berasaskan kepada keadaan semasa, Umno jangan terperangkap dengan jerat PAS, kerana PAS tidak akan boleh sebulu dengan Umno, selagi Nik Aziz masih berkuasa dalam Pas. Nik Aziz membuat cadangan muzakarah bukan bermaksud penyatuan umat melayu, melainkan untuk menyelamatkan Pas secara politik.

Irshad Manji-hina Mufti

Penulis penuh kontroversi, Irshad Manji menolak fatwa Majlis Fatwa Kebangsaan yang melarang umat Islam negara ini menyertai demonstrasi seperti himpunan BERSIH pada 28 April lalu.

Beliau berpandangan fatwa adalah pandangan ulama semata-mata dan ia bukan perintah Tuhan yang termaktub dalam Al-Quran.

"Keluarkan seberapa banyak fatwa yang anda (mufti) mahu tetapi fatwa anda atau pun anda (mufti) sendiri tiada pengiktirafan Tuhan," kata Irshad dalam satu temubual eksklusif dengan Malaysiakini.

Awal bulan ini, Jawatankuasa Fatwa Majlis Kebangsaan Bagi Hal Ehwal Agama Islam Malaysia memutuskan umat Islam diharamkan menyertai perhimpunan atau demonstrasi yang bertujuan tidak baik, melanggar undang-undang serta mencetuskan huru-hara dan kekacauan dalam negara.

Fatwa yang dikeluarkan seminggu selepas himpunan BERSIH itu dilihat sesetengah pihak sebagai dipengaruhi agenda politik tertentu.

Meneruskan wawancara, pensyarah di New York University (NYU) itu turut mengkritik keras golongan ulama hari ini yang disifatkannya cuba berlagak seperti Tuhan dan mahu penganut Islam menurut perintah mereka tanpa penilaian kritis.

"Anda bukan Tuhan. Hanya ada satu Tuhan dan kerja itu masih belum ada kekosongan," kata Irshad sinis.

Cabar doktrinisasi tanpa penilaian kritis
Beliau sebaliknya menggesa umat Islam kembali kepada Al-Quran yang menuntut penganutnya berfikir sebagai satu wadah untuk meningkatkan keimanan.

"Jika lebih ramai orang Islam faham beza di antara ulama dan Allah, kita akan mengizinkan diri kita melaksanakan perkara yang dianjurkan Al-Quran iaitu berfikir untuk diri sendiri bagi meningkatkan keimanan kita," katanya yang percaya Al-Quran sebagai sumber rujukan tunggal untuk umat Islam.

Irshad dikenali sebagai penulis yang mencabar pemikiran Islam yang diindoktrinasikan tanpa sebarang penilaian kritis.

Kehadirannya di Malaysia adalah untuk mempromosikan buku terbarunya, Allah, Liberty and Love yang diterjemahkan ke dalam bahasa Melayu dan akan berada di pasaran tidak lama lagi.

Bukunya sebelum ini, The Trouble with Islam Today: A Muslim's Call for Reform in Her Faith diharamkan di Malaysia selepas lapan tahun berada di pasaran.

PRU-13: Sabah siap sedia: Musa

BN Sabah sudah siap sedia menghadapi PRU-13, demikian kata Pengerusi Perhubungan Umno Negeri merangkap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman.

"BN Sabah senantiasa bersiap sedia setiap masa, tidak sama dengan Parti Pembangkang, yang hanya sibuk setiap empat tahun sekali". Datuk Musa Aman.

Pada PRU-12 lalu, BN Sabah menang 24 kerusi Parlimen daripada 25 yang ditandinginya, sementara DUN, BN menang 59 daripada 60.

Berasaskan kepada pencapaian pada PRU-12, maka Perdana Menteri yang juga Presiden Umno mengistiharkan bahawa Sabah adalah "Fixed Deposit" BN pada sebarang pilihanraya, termasuk menghadapi PRU-13 yang dikatakan sebagai IBU kepada semua PRU di negara ini.

Musa telah menjelajah seluruh pelosok negeri, Ketua Menteri itu, melihat sendiri sokongan rakyat terhadap BN.

BN Sabah diramalkan tidak mempunyai masalah mempertahankan kawasan-kawasan tradisinya- terutama kawasan bumiputera islam.

Walaupun diatas kertas, BN Sabah berhadapan dengan tantangan yang kuat di kawasan-kawasan majoriti kaum cina, namun keadaan kawasan-kawasan tersebut masih dalam keadaan 50:50.

Jika trend pengundian kaum cina menyamai trend di PRN Sarawak pada April-2011, maka ada kemungkinan BN Sabah akan kehilangan kawasan-kawasan yang dihuni oleh kaum itu.

Kawasan seperti Parlimen Kota Kinabalu (sekarang DAP), Sandakan (LDP), Tawau (SAPP-menang atas tikit BN) ada kemungkinan akan terlepas kepada calon2 pembangkang. Namun, jika BN dapat mengemukakan calon2 yang boleh menang, tidak mustahil kawasan2 tersebut boleh dimenangi BN.

Bagi kawasan DUN pula- persepsi sekarang ini, DUN Kepayan, Luyang, Tanjong Aru, Api-api , Inanam akan dimenangi calon2 pembangkang, manakala kawasan2 50:50 adalah DUN Moyog, Tamparuli, Merotai dan Tanjong Kapur.

Kalaupun kawasan2 yang disebutkan itu dimenangi pembangkang, namun BN Sabah tetap mempunyai kuasa 2/3 kerana jumlah kerusi untuk kuasa 2/3 hanya memerlukan 40.

Namun agak malang, jika pembangkang boleh menang lebih daripada satu kerusi Parlimen, kerana kerusi parlimen adalah penentu parti mana yang membentuk kerajaan pusat.

Pada PRU-12, Sabah dan Sarawak menyumbang 54 kerusi daripada 139 kerusi BN secara keseluruhan. Sekiranya, pada PRU-13 BN Sabah dan Sarawak tidak mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya itu, maka BN Semenanjung perlu menang kerusi2 yang kalah itu. Jika BN Semenanjung, hanya mampu mempertahankan kerusi yang dimenanginya sebelum ini, maka kuasa 2/3 semakin lebar jurangnya.

Akan tetapi berasaskan kepada persepsi semasa, BN Semenanjung akan menyerlah kali ini terutama di kawasan2 melayu dan india. 40 kawasan yang ditandingi UMNO pada PRU-12 yang kalah, sekurangnya akan menang 10, jika ini menjadi kenyataan, maka jumlah kerusi keseluruhan yang akan dimenangi BN berkisar antara 140-142- kurang enam atau lapan kerusi untuk kuasa 2/3. Jika, parti MIC mampu menambah 2 kerusi dan Gerakan 1 serta MCA mampu mempertahan 15 kerusi Parlimennya, maka secara keseluruhan BN hanya memperlukan 2 atau 3 kerusi untuk kuasa 2/3.

Namun, apabila Sabah dan Sarawak mampu mempertahankan kerusi yang dimenangi pada PRU-12, maka BN secara keseluruhan akan memerintah dengan kuasa 2/3 dengan perolehan kerusi antara 148-150 daripada 222 jumlah kerusi parlimen.

Melihat kepada keyakinan Musa dan Taib Mahmud (Ketua Menteri Saraawak) sejak akhir-akhir ini, tidak mustahil, kejayaan tahun 2008 akan berulang. Jika kejayaan itu berulang, maka sahlah, Sabah dan Sarawak adalah "fixed deposit BN".

Friday, May 18, 2012

Saya teruja dengan kerja-kerja Najib: Tunku Abdul Aziz

Bekas naib pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim pada Jumaat berkata kepimpinan Datuk Seri Najib Tun Razak harus disokong dan patut diberi peluang dan masa bagi menjayakan program-program transformasi yang sedang dilaksanakannya sekarang.

Bekas pemimpin DAP yang bertindak keluar dari parti itu Isnin lepas kerana mempertahankan prinsipnya menentang demonstrasi Bersih 28 April, sekali lagi mengulangi pandangannya bahawa program transformasi yang dimulakan Perdana Menteri adalah baik untuk negara. "Apa yang Perdana Menteri buat sekarang ini adalah betul (is the right thing), jadi kita kena sokong (support) dia," katanya sambil menambah kata bahawa transformasi yang Najib usahakan adalah suatu proses untuk perubahan yang sudah tentu mengambil masa.

"Proses dari segi definisinya pun kena ambil masa sikit. Proses, bukan produk...produk boleh keluar terus, awak pergi Tesco (pasar raya) boleh beli (barang)," katanya sambil menegaskan ini termasuk usaha pentadbiran Najib untuk menambah baik proses demokrasi negara.

Diminta pandangannya sama ada kepimpinan Najib akan mendapat sokongan rakyat dalam pilihan raya umum akan datang kerana perubahan-perubahan yang sedang dibawanya, Tunku Aziz berkata: "Saya bukan penganalisa politik dan tidak mahu membuat spekulasi."

"Tapi proses, kena bagi masa, bagi peluang. Dulu kita dok (sering) jerit itu, ini, kerajaan tak buat itu dan ini, sekarang kerajaan dah dengar... (maka)itulah saya kata tak payahlah lagi lah nak buat protes...(sekarang) nak buat Bersih 4.0 (pula)...mahu apa lagi," katanya.

Beliau berkata tunjuk perasaan diadakan untuk menarik perhatian dan mempertingkatkan kesedaran orang ramai. "Awak fikir kerajaan tak nampak apa rakyat hendak? (dalam perhimpunan itu)98 peratus, yang protes nak tukar undang-undang itu ini, tapi yang dua peratus tu...mereka itu ada agenda lain...mereka buat kacau," katanya.

Beliau merujuk kepada tindakan parti-parti politik pembangkang tertentu yang dikatakan telah "merampas" tunjuk perasaan itu daripada badan bukan kerajaan yang menganjurnya dan dikatakan bertanggungjawab mencetuskan huru-hara pada hari itu sehingga beberapa anggota polis dan orang awam mengalami kecederaan.

Mantan Senator itu memberi pandangannya tentang Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim, beliau berkata, sejak semasa beliau menjadi kolumnis untuk akhbar The New Sunday Times, beliau memang tidak bersetuju dengan cara politiknya dan pernah menulis artikel bertajuk "Stop the theatrics Anwar, let the Malaysian get on with their life".

Tulisan itu menyentuhkan tentang desas-desus kononnya kerajaan Persekutuan akan berubah ke tangan pembangkang pada 16 Sept 2008, dengan sebilangan besar anggota Parlimen Barisan Nasional (BN) dikatakan akan melompat keluar untuk menyertai pembangkang. "Saya lompat-lompat ni memang tak suka (not my game)...I benci orang yang berbuat begitu (despise people who do that)....kita masuk (bertanding) bawah lambang katakanlah Umno (under let say, Umno banner) kemudian lompat ke Anwar (pembangkang)...itu saya tidak setuju...Kalau awak nak lompat, letak jawatan...dan adakan pilihan raya kecil dan bertanding atas tiket Bebas...tengok boleh menang (atau tidak)," katanya. 
 
Tunku Abdul Aziz, tokoh korporat dan aktivis menentang rasuah yang pernah menjadi naib pengerusi Transparency International dan membantu menubuhkan Transparency International-Malaysia, menyertai DAP selepas pilihan raya Mac 2008, dan terus dilantik sebagai naib pengerusi parti itu dan sebagai senator pada Julai 2009.
 
Bagaimanapun tempoh perkhidmatannya sebagai anggota Dewan Negara mewakili DAP tidak disambung oleh pucuk pimpinan parti itu selepas beliau membuat kenyataan terbuka menentang perhimpunan Bersih lepas yang disokong oleh partinya dan pakatan pembangkang. 
 
Beliau juga menyatakan bahawa keputusannya meninggalkan DAP adalah muktamad. "Saya dah kata, kalau saya dah keluar tu, saya keluar....habis cerita," katanya.
 
Ditanya sama ada beliau menerima apa-apa komen atau maklum balas daripada anggota DAP Melayu yang lain selepas membuat keputusan keluar parti berkenaan, beliau berkata tidak ada.
 
Mengenai komen bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad yang hairan kenapa beliau menyertai DAP, Tunku Abdul Aziz berkata beliau masuk DAP untuk memperjuangkan pencegahan rasuah dan mempromosikan integriti di dalam sektor kerajaan dan perniagaan.
 
Beliau juga pernah berkhidmat dalam sektor korporat dan menjadi penasihat Bank Negara sebelum menjadi aktivis. "Saya masa masuk DAP masa tu bukan bercadang pun nak jadi ahli politik...kalau saya nak jadi ahli politik, selepas kolej lagi saya dah masuk...kalau saya nak masuk Umno, masuk dari dulu-dulu lagi...tapi saya ingat saya ni lebih berguna jika saya tiada kena mengena dengan politik...non partisan," katanya.- BERNAMA

Saya tidak kenal dengan Datuk Seri: Zahida

Pelakon yang dikaitkan mempunyai hubungan dengan seorang menteri kabinet, Zahida Rafik sekali lagi menafikan mempunyai hubungan dengan VIP tersebut seperti mana dakwaan pemandunya, Noor Azman Azemi.

Zahida turut menegaskan bahawa dia tidak pernah mengenali Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Shafie Apdal selain menganggap Noor Azman sebagai seorang pembohong. “Jadi dia (Noor Azman) menganggap saya sangat kaya? Saya tak kenal Datuk Seri (Shafie). Adakah dia (Noor Azman) menyebut saya mempunyai hubungan dengan Datuk Seri? “Saya mahu tahu siapa lagi dia cuba berbohong mengenai perkara itu lagi. Sudah tentu semua itu tidak benar. Saya tak boleh memberi banyak komen. Biarlah peguam saya yang mengendalikannya.

Sementara itu dalam satu sidang media anjuran Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diadakan pada tengah hari Rabu, Noor Azman, 38, mendakwa hubungannya dengan Zahida menjadi tegang selepas dia membuat pendedahan itu.

Noor Azman mendakwa, dia telah bermasam muka dengan Zahida beberapa bulan sebelum meletak jawatan iaitu pada 29 Februari lalu selepas dia pernah bertindak melaporkan kepada Shafie perbuatan Zahida yang mempunyai hubungan dengan lelaki muda. “Ketika saya bekerja dengannya, perasaan saya amat tertekan selain berasa tidak selesa,” katanya di ibu pejabat parti itu di sini, Rabu. Turut hadir penyanyi tahun 1990-an, Dayangku Intan yang juga ahli PKR.

Noor Azman sebelum ini  membuat laporan polis yang mengatakan Shafie dan Zahida mempunyai hubungan intim selama beberapa tahun dan dia telah dibayar oleh menteri terbabit untuk menjadi pemandu kepada pelakon itu.

Beliau juga mendakwa turut menerima wang di antara RM100,000 dan RM200,000 yang perlu dimasukkan ke dalam akaun bank Zahida.

Noor Azman meletakkan jawatan sebagai pemandu Zahida pada 29 Februari lalu dan membuat laporan polis untuk membersihkan namanya selepas dituduh melarikan wang RM200,000 kononnya milik Zahida.

Menteri berkenaan yang telah berkahwin dengan Datin Seri Shuryani Shuaib dan memiliki enam orang anak telah menafikan dakwaan yang dibuat Noor Azman.

Terdahulu, peguam Zahida, Datuk Shafie Abdullah telah menghantar surat saman kepada Noor Azman dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin atas dakwaan memfitnah. Peguam Noor Azman iaitu Latheefa Koya yang juga Ketua Biro undang-undang PKR pula berkata, parti itu menuntut Zahida dan Shafie menjelaskan dari manakah jumlah wang yang diperkatakan itu diperolehi.

Wednesday, May 16, 2012

Interpol: Warrant of arrest terhadap Najib

Pembangkang menipu lagi. Tahun lepas... semasa PM melawat Vitican, gambar Najib dibaptis telah disebarkan. Kemudian isu fitnah terhadap Datin Rosmah membeli cincin RM24juta. Tidak cukup dengan itu, sempena Persidangan negara2 kommenwil di Perth, Australia difitah pula isteri dan anak2 Najib berbelanja sakan.

Kepada juak pembangkang... fitnah anda hanya anda yang percaya.

Majlis Peguam Perlu jadi Parti Politik: Tun Dr Mahathir

Majlis Peguam perlu menjadi sebuah entiti politik jika ia yang cenderung memberi tumpuan kepada politik, kata Tun Dr Mahathir Mohamad.

Beliau berkata Majlis Peguam dilihat muncul untuk memberi lebih fokus dengan berkempen untuk parti-parti politik berbanding profesion undang-undang.

"Jika ini adalah apa yang diambil berat oleh Majlis Peguam maka ia harus menjadi sebuah parti politik dan biarkan organisasi lain menguruskan bahagian profesional," katanya.

Dr Mahathir berkata demikian sebagai mengulas cadangan oleh kerajaan baru-baru ini untuk menubuhkan sebuah Akademi Undang-Undang bagi mewakili profesion undang-undang.

Ini berikutan mesyuarat agung luar biasa Majlis Peguam yang mengutuk keganasan Bersih 3.0.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Nazri Aziz berkata Majlis Peguam tidak lagi mewakili suara majoriti peguam.

Zuraida guna pencuri spin isu

PKR terpaksa guna pencuri untuk spin isu. Noor Azman Azemi (Tengah) adalah bekas pemandu pelakon Zahida Rafik yang membawa lari RM200 ribu wang milik pelakon itu. Kini, bekas pemandu itu diperguna oleh Zuraida Kamruddin sebagai pemberi testimony kononnya melihat Zahida memasukan wang RM1juta ke dalam Bank. Wang satu juta itu kononnya pemeberian Datuk Safie Apdal. Ada yang percaya ke? Hanya pemimpin PKR yang percaya. Tahniah.

Lim Guan Eng Biadap: Tunku Aziz

Tunku Aziz Tunku Ibrahim menyerang secara terbuka Setiausaha Agong DAP Lim Guan Eng yang menyifatkan Ketua Menteri Pulau Pinang tersebut sebagai biadap. Menurut mantan Naib Pengerusi DAP itu, Lim Guan Eng cuba membelinya dengan wang ringgit apabila menawarkan gaji RM50,000 untuk menyertai Think Tank Kerajaan Negeri sebagai pujuk rayu agar supaya beliau menarik keputusan keluar daripada parti. "Guan Eng tersilap, apabila mahu membeli pendirian saya dengan imbuhan"-Tunku Abdul Aziz.

Anwar tidak pernah ikhlas dalam perjuangan: Hishammuddin

Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim tidak pernah ikhlas dalam perjuangannya ketika bersama UMNO dahulu.

Naib Presiden UMNO, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, Anwar juga telah merosakkan Pas sehingga menyebabkan parti itu berpecah-belah dan berdepan masalah dalaman yang meruncing.

"Namun, saya berpandangan UMNO adalah sebuah parti keramat yang sentiasa dilindungi Allah.

"Mereka yang berniat jahat atau terlalu mementingkan diri sendiri melebihi parti akhirnya akan kecundang di tengah jalan," katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Beliau mengulas pengakuan secara terbuka Ahli Dewan Negara, Senator Mohamad Ezam Mohd. Noor bahawa Anwar pernah merayu kepada bekas Perdana Menteri, Tun Abdullah Badawi agar membawanya masuk semula ke dalam UMNO.

Mohamad Ezam membuat pengakuan itu ketika berucap pada ceramah kedua Sumpah Keramat Kelab Tolak Individu Bernama Anwar Ibrahim (TIBAI) 2012 Peringkat Parlimen Gombak di sini, baru-baru ini.

Hishammuddin menambah, beliau tidak terkejut dengan pendedahan Mohamad Ezam itu kerana Anwar yang dikenalinya sanggup melakukan apa sahaja untuk menjadi Perdana Menteri.

Cubaan rampas perjumpaan Najib dengan rakyat Malaysia di London gagal

Cubaan dua tiga orang untuk merampas perjumpaan Perdana Menteri dengan masyarakat Malaysia di London gagal.

Kekecohan tiga minit itu, apabila pelampau dan penyokong pembangkang membuat bising dalam perjumpaan yang dihadiri 1500 orang itu.

Adalah sesuatu yang amat malang, jika minoriti menggangu hak majoriti. Namun dalam dunia demokarasi, kita menghargai perbezaan pendapat, walaupun pendapat itu tidak mendapat sokongan ramai.

Baru-baru ini, di Perak, mantan MB Perak, Nizar Jamaluddin cuba membuat kekecohan apabila hadir tanpa diundang di majlis Umno.

Nampaknya pembangkang tidak mempunyai cara lain lagi untuk menambat hati rakyat selain melakukan provokasi dan kekecohan.

Sebagai golongan majoriti, kita perlu bersabar dengan karenah ini, kerana apabila kita turut melayaninya, maka kita akan terikut  golongan berotak tidak siuman.

Tuesday, May 15, 2012

Saya tetap keluar DAP: Tunku Abdul Aziz

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim menegaskan bahawa beliau tidak akan sekali-kali mengubah keputusannya dan kembali menyertai parti itu walaupun dipujuk untuk berbuat demikian.

Tegas Tunku Abdul Aziz, sebagai seorang ahli politik yang berprinsip, pendirian beliau untuk meninggalkan DAP dibuat berdasarkan pertimbangan rasional tanpa dipengaruhi emosi.

"Tidak..tidak...tidak, saya tak akan pertimbangkan keputusan yang telah saya buat. Ini keputusan muktamad. Lagipun keputusan ini bukan sesuatu yang mudah dibuat.

"Saya tidak buat keputusan secara terburu-buru. Ini bukan perkara main-main," katanya ketika dihubungi mStar Online di sini, Selasa.

Tunku Abdul Aziz berkata demikian sebagai mengulas mengenai kenyataan Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng yang mahu beliau mengubah keputusannya dan kembali bersama DAP.

Lim yang juga Ketua Menteri Pulau Pinang turut menyatakan kesedian menghubungi dan menemui Tunku Abdul Aziz dan berbincang agar beliau mengubah keputusan untuk berundur dari parti itu.

Pada Isnin, dalam satu rancangan televisyen, Tunku Abdul Aziz yang dilantik sebagai naib pengerusi sebaik sahaja menyertai DAP pada Ogos 2008, mengumumkan hasratnya untuk keluar dari parti itu berikutan tiada persefahaman dengan pucuk pimpinannya.

Baru-baru ini beliau menerima kecaman pembangkang termasuk kepimpinan DAP ekoran kenyataan terbukanya membantah perhimpunan Bersih 3.0 yang disokong parti itu pada 28 April lalu.

Malah keputusan DAP tidak menyambung perkhidmatan Tunku Abdul Aziz sebagai Senator dikaitkan dengan kritikannya itu.

Mengulas lanjut mengenai keputusan mengejutnya itu, Tunku Abdul Aziz mengucapkan terima kasih kepada Lim kerana mengambil berat terhadap keputusannya itu.

"Terima kasih kepada saudara Guan Eng. Tapi keputusan telah dibuat, tidak perlu pujuk atau rayu lagi. Saya kekal dengan keputusan ini iaitu keluar DAP," katanya sambil menegaskan masih belum menerima sebarang panggilan daripada Lim lagi.

Berhubung peletakan jawatannya, Tunku Abdul Aziz berkata beliau sudah menghantar surat kepada ibu pejabat parti.

"Sebenarnya pada semalam (Isnin) lagi saya sudah hantar surat itu menggunakan perkhidmatan pos ekspres ke Ibu Pejabat DAP. Saya harap hari ini mereka sudah menerimanya," katanya.

Senam Punggung depan rumah Ambiga-tanda protes

Sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' di depan kediaman Pengerusi bersama BERSIH, Datuk S Ambiga di Bukit Damansara pagi ini.

Ia disertai kira-kira 15 orang yang mengaku sebagai bekas tentera dari Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM). Presiden PVTM, Mohd Ali Baharom berkata, senaman itu diadakan untuk menyampaikan bantahan terhadap Ambiga, yang dianggap mereka 'musuh negara yang cuba merosakkan nama negara'.

10 Mei lalu, satu protes burger anjuran Pertubuhan Ikatan Usahawan Kecil dan Sederhana Malaysia (IKHLAS) turut diadakan di hadapan rumah Ambiga. Justeru, acara senaman PVTM pagi ini adalah 'demonstrasi' kedua di hadapan rumah pengerusi bersama BERSIH itu dalam masa sebulan. "Kami veteran tentera berhak buat bantahan terhadap musuh yang cuba merosakkan nama negara," kata Mohd Ali.

 Pada 1 Mei lalu juga, PVTM bersama NGO Suara Anak Muda 1Malaysia dan Kelab Mahasiswa 1Malaysia turut membuat laporan polis di balai IPD Dang Wangi menuntut kerajaan mengambil tindakan terhadap Ambiga dan Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim kerana mengetuai himpunan BERSIH.

Sepatutnya Pas gugur perkataan islam pada parti itu

PAS kini bukan lagi parti islam, sepertimana penubuhan asal, selepas kelompok itu keluar daripada Umno, kerana kononnya Umno tidak mampu meneggakkan agama islam.

Jika dahulu parti itu menguar-uarkan penubuhannya hanya berlandaskan islam, sehingga sanggup mengatakan bahawa hanya mereka yang menyokong dan menjadi ahli parti itu akan masuk syurga.

Bagi Pas, Umno adalah parti kafir, kerana sanggup berkerjasama dengan MCA dan MIC, atas sebab itu, sesiapa sahaja yang menyokong Umno dan ahli Umno tidak akan masuk syurga.

Kini, Pas pula berkerjasama dengan DAP, dimana telah jelas dan nyata parti Lim Kit Siang dan Karpal Singh anak beranak itu adalah parti yang menolak undang-undang islam.

Walaupun DAP  ada ahli-ahli yang beragama islam, namun disebalik keahlian mereka itu adalah gimik parti itu, seolah-olah bukan anti islam, hanya tidak menerima undang-undang islam.

Di manakah kedudukan Pas kini, selepas berpakat dengan DAP? Natijah daripada kesepakatan itu, Pas menggugurkan perjuangan islamnya dan diganti dengan negara berkebajikan.

Bukan itu sahaja, Pas kini tidak boleh lagi bercakap mengenai undang-undang hudud, kerana DAP menemplaknya, seraya berkata.. siapa Pas yang bercakap mengenai Hudud?

Dap tidak mengiktiraf PAS sebagai parti islam, atas sebab itu Pengerusi DAP Karpal Singh menempelak Presiden Pas- Haji Hadi Awang; dimana menurut Karpal, Hadi tidak layak bercakap mengenai undang-undang Hudud mengwakili Pakatan Rakyat.

Berasaskan status Pas kini, adalah wajar parti itu menggugurkan perkatan Islam daripada nama parti itu, kerana sudah jelas parti itu bukan parti islam lagi sepertimana penubuhan asalnya. Benarlah kata Mufti Perak, Tan Sri Harussani, bahawa Pas telah jauh terpesong dan terkeluar daripada landasan perjuangannya.

Monday, May 14, 2012

Naib Pengerusi DAP Tunku Abdul Aziz Keluar Parti

Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim meletakkan jawatannya dan keluar daripada parti itu.

Keputusan perletakan jawatan itu berikutan kritikan beliau terhadap perhimpunan Bersih 3.0 mendapat reaksi negatif daripada para pemimpin DAP.

Sehubungan itu, katanya, tempoh senatornya yang akan tamat pada 31 Mei ini tidak akan diperbaharui.

Dalam temu bual bersama NTV7 pada malam Isnin, Tunku Abdul Aziz berkata, beliau akan memaklumkan mengenai peletakan jawatan beliau selepas ini.

"Saya fikir sudah tiba masanya bagi saya untuk melihat secara serius terhadap kedudukan saya sendiri dalam parti.

"Memandangkan terdapat perbezaan yang sangat luas sekarang, yang tidak selari, dan tiada alternatif lain, saya akan keluar dengan cara bermaruah.

"Dengan itu saya akan meletakkan keahlian saya daripada DAP dan akan memaklumkan kepada parti dalam tempoh beberapa minit yang akan datang," katanya semasa temu bual yang berakhir pada pukul 9.30 malam.

Pemimpin seperti TUNKU ABDUL AZIZpun dipermainkan oleh DAP..apatah lagi yang lain... iktibar kepada orang melayu yang menyertai DAP... HABIS MANIS SEPAH DIBUANG...

LYNAS: Dr. A Rahman Omar, Doktor Falsafah Fizik Nuklear Buktikan Fuziah Salleh mengarut

SAYA terpanggil untuk mengulas mengenai perkembangan yang berlaku berpunca daripada cadangan untuk membangunkan loji memproses nadir bumi, Lynas di Gebeng, Kuantan, Pahang.

Titik tolak kegelisahan ini adalah kewujudan thorium yang terdapat dalam bahan mentah yang akan diproses. Untuk pengetahuan pembaca, thorium juga terdapat dalam amang (tahi bijih timah). Di sini saya ingin menyatakan beberapa fakta yang dipersetujui oleh masyarakat sains sejagat.

Thorium secara semula jadi mempunyai satu isotop (Thorium 232) dan ia mempunyai separuh hayat 14 bilion tahun. Ia mereput dan menghasilkan zarah alfa dan zarah itu mempunyai tenaga empat MeV. Tiada keraguan tentang fakta-fakta tersebut. Di sini saya ingin menjelaskan apa yang dimaksudkan dalam pernyataan tersebut.

Separuh hayat selama 14 bilion tahun bererti separuh daripada thorium yang ada akan mereput dalam masa 14 bilion tahun. Separuh lagi masih utuh. Kalau Lynas dikatakan akan memproses 22,000 tan galian dan kandungan thorium adalah 10 peratus, mengikut anggaran Save Malaysia Stop Lynas (SMSL). Bermakna akan wujud 2,200 tan thorium. Separuh daripadanya (1,100 tan) akan mereput. Sekiranya reputan berlaku dalam 1 bilion tahun, purata reputan harian adalah tiga miligram (mg). Sekiranya reputan berlaku dalam 10 bilion tahun, purata reputan harian adalah 0.3 mg.

Kesimpulannya daripada 22,000 tan yang diproses, purata yang mereput adalah kurang daripada 0.3 mg sehari. Angka 0.3 mg adalah tiga gram dibahagi dengan 10,000. Adakah amaun ini boleh membunuh atau memusnahkan alam sekitar?

Fakta seterusnya, zarah alfa yang dipancarkan mempunyai tenaga sebanyak empat MeV. Zarah ini boleh merentasi udara sejauh 2.5 sentimeter atau satu inci. Ini bererti udara setebal satu inci sudah cukup menjadi perisai untuk melindungi kita dari thorium yang mereput. Thorium yang tidak mereput adalah tidak berbahaya.

Dalam air, sinaran alfa merentasi kurang daripada satu mikron. Angka ini merujuk kepada satu milimeter dibahagi dengan 1,000 dan ia terlalu nipis. Zarah alfa dari reputan thorium tidak akan dapat menembusi kulit kita (andaian bahawa kandungan badan manusia adalah 90 peratus air). Kalau sinaran itu tak sampai kepada kita dan jikalau sampai pun, ia tidak dapat menembusi kulit kita, jadi apa masalahnya?

Saya memohon kepada sesiapa yang menulis tentang keburukan thorium, tolonglah tulis berlatarbelakangkan fakta. Cerita mesti konsisten dengan fakta sains. Saya mengakui bahawa setiap pembaharuan mempunyai risiko. Saya bersedia untuk berganding bahu dengan SMSL memantau loji Lynas di Gebeng dan saya akan menjadi orang pertama untuk menyatakan kepada khalayak ramai sekiranya ada pelanggaran peraturan yang ditetapkan oleh piawaian antarabangsa. Akan tetapi saya tidak akan berdiam diri sekiranya rakyat Malaysia diperbodoh-bodohkan.

Satu fakta lagi yang perlu di nyatakan adalah thorium wujud dalam bentuk sebatian kimia thorium dioksida, thorium sulfat dan beberapa bentuk lain. Sebatian ini didapati tidak larut dalam air dan ketumpatannya adalah sekitar 10 kali ganda ketumpatan air. Mencampurkan sebatian ini dengan air adalah seperti mencampurkan besi dengan air. Besi terus mendap ke bawah. Air yang digunakan Lynas di Gebeng akan disimpan beberapa hari sebelum dilepaskan. Ini bermakna sebatian thorium akan mendap.

Saya ingin penjelasan daripada SMSL. Sains dan teknologi apa yang boleh menyebabkan perairan di Laut Cina Selatan menjadi seperti apa yang berlaku di Fukushima, Jepun? Bagaimanapun, saya mengakui 'habuk' daripada bijih atau galian dari Australia itu boleh membawa risiko. Garis panduan Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) menekankan keselamatan semasa pengangkutan dan pemprosesan berlaku. Saya pasti Lembaga Perlesenan Tenaga Atom (AELB) mengenakan syarat yang ketat dalam hal ini.

Dalam wacana ilmiah di Universiti Sains Islam Malaysia (USIM) pada 28 Mac 2011, Pengerusi AELB, Profesor Datuk Dr. Sukiman Sarmani menyatakan sekiranya Lynas melanggar mana-mana peraturan yang ditetapkan, AELB akan mengeluarkan perintah 'Hentikan Operasi'.

Harus diingatkan ketumpatan udara adalah lebih sedikit daripada ketumpatan gas nitrogen yang berat molekulnya 28 gram (gm) per mol. Berat molekul thorium dioksida adalah (232 + 32 >264) gm per mol. Berdasarkan angka 264 gm per mol berbanding 28 gram per mol sudah pasti habuk thorium dioksida tidak akan wujud lama sebagai habuk dalam udara. Lebih cepat penurunan kewujudan habuk thorium sekiranya hujan. Kajian mengenai kanser paru-paru harus dijalankan untuk mengetahui kesan thorium kepada kesihatan. Kajian darah yang dicemari oleh thorium juga harus dilakukan sebelum membuat sebarang tuduhan melulu.

Saya tertarik dengan langkah Himpunan Hijau yang berkunjung menemui Pesuruhjaya Tinggi Singapura pada Mac lalu. Di dalam memorandum yang diberi, mereka meminta kerajaan Singapura menyatakan kebimbangan terhadap Lynas. Himpunan Hijau juga menyatakan kebimbangan makanan laut dari Kuantan yang dihantar ke Singapura akan mengandungi unsur radioaktif. Ironinya, Perdana Menteri Singapura pernah berhasrat membina janakuasa nuklear berasaskan bahan api thorium iaitu 'Liquid Fluoride Thorium Reactor (LFTR)' dengan alasan ia tidak berbahaya dan efisien. Cadangan itu dimasukkan dalam pelan induk pembangunan tenaga republik itu. Cuba layari artikel "Thorium for Singapore" di www.thoriumsingapore.com.

SMSL mahukan zon penampan Lynas adalah 30 kilometer (km) daripada penempatan penduduk. Oleh kerana susah hendak mencari mana-mana kedudukan di republik itu yang jauhnya melebihi 30 km dari Malaysia, saya cabar mereka membuat demonstrasi di sepanjang Selat Tebrau, Johor bagi menyatakan pendirian membantah janakuasa nuklear tersebut.

Jadi, apakah pendirian Himpunan Hijau sekarang. Masihkah hendak menyembah pemimpin Singapura untuk menyelesaikan masalah thorium di Gebeng?

Loji Lynas adalah kilang kimia dan ia sangat kecil jika dibandingkan dengan janakuasa nuklear yang akan dibina oleh Singapura. Thorium dari Australia adalah 1,900 bahagian per sejuta (ppm) atau 0.19 peratus tulen. Nanti di Singapura, thorium yang diguna adalah 100 peratus tulen. Adakah Himpunan Hijau akan diam seribu bahasa?

Perbuatan mengadu kepada Pesuruhjaya Tinggi Singapura adalah paling melucukan. Saya ingin juga menarik perhatian kepada mereka yang menggunakan lampu minyak gas. Mentol yang digunakan menggunakan thorium. Saya ingin tahu apakah pendirian pertubuhan bukan kerajaan yang menyokong SMSL setelah mengetahui fakta ini. Lampu minyak gas inilah yang menerangi kota, desa dan pelbagai jenis kediaman lebih daripada satu abad. Thorium yang digunakan dalam mentol ini 99 peratus dan thorium di Gebeng nanti tak sampai satu peratus.

Di laman sesawang pihak Singapura itu kita akan mendapati kata-kata aluan "Welcome to the Future".

Adakah kita akan menolak hakikat ini hanya berdasarkan hujah harga hartanah di Kuantan akan merudum hingga tiada nilainya. Harga hartanah di Singapura adalah beratus atau beribu ganda lebih tinggi berbanding nilai hartanah di Kuantan.

Loji nuklear akan dibina di tengah bandar raya Singapura, sedangkan Lynas di Gebeng. Kalau menggunakan ukuran 30 km dari kediaman yang dituntut SMSL, mana Singapura nak cari tempat sedemikian.

Pandangan rakyat dan kerajaan Singapura nampaknya berbeza sekali dengan pihak pembangkang. Oleh itu, benarkah kita ini lebih maju dalam pengetahuan sains berbanding dengan mereka?

DR. A. RAHMAN OMAR ialah lulusan Doktor Falsafah (PhD) Fizik Nuklear daripada Kansas State University, Amerika Syarikat.

Video Seks: Kenapa Anwar hingga kini takut saman Datuk T

Gambar Hiasan-tiada kena mengena dengan jalan cerita.

Mengapa Brother Anwar bin Ibrahim hingga kini takut saman atau mengambil tindakan terhadap Datuk T?

Semalam, salah seorang daripada Datuk T-Tan Sri Rahim Thambi Chik mengeluarkan kenyataan bahawa keengganan Anwar itu, seolah-olah Pemimpin PKR itu telanjang bulat di depan khayalak ramai.

Keengganan Anwar mengambil tindakan, sekaligus menjawab pendedahan salahlaku seks Anwar itu memang betul dia lakukan.

Video seks yang memaparkan pelakon mirip Anwar itu, telah disahkan oleh pakar-pakar video sebagai tulen dan pakar imej juga mengsahkan bahawa lelaki dalam video tersebut adalah Anwar.

Anwar bukan sahaja terpalit dengan video seks dengan wanita, namun juga telah didakwa melakukan hubungan seks luar tabii dengan sesama jenis.

Ketua Pembangkang itu juga didakwa oleh bekas rakannya S. Nallakarupan bahawa mantan TPM yang dipecat itu mempunyai hubungan sulit dengan isteri Timbalan Presiden PKR- Shamsidar Taharin.

Sunday, May 13, 2012

Skandal seks: Azmin keseorangan

Mengapa Azmin keseorangan berhadapan dengan skandal seksnya? Berbeza dengan skandal yang melibatkan Anwar dan Elizabeth Wong-ramai pemimpin pembangkang yang mempertahankan kedua-dua pemimpin PKR itu, termasuk Azmin sendiri.

Mengapa Azmin tidak mendapat pembelaan daripada rakan2nya baik daripada PKR mahupun DAP dan PAS?

Paling-paling Nik Aziz pernah berkata-- itupun bukan membela Timbalan Presiden PKR itu, akan tetapi mempersoalkan cara pendedahan skandal seks Azmin itu dibuat. Sepatutnya menurut MB Kelantan itu, perbuatan yang mengaibkan seseorang perlu ditutup/jangan didedahkan.
Dalam berhadapan dengan skandal seksnya dan isu derhaka kepada ibunya- Azmin terpaksa menepuk dadanya sendiri, kemudian bertanya pada diri sendiri.. mengapa semua ini terjadi?

Percepat penubuhan Persatuan Peguam

Memandangkan Majlis Peguam yang ada telah kehilangan profesionalisme dan integriti, maka sebaiknya satu perasatuan alternatif perlu ditubuhkan dengan segera agar para peguam di negara ini dihormati.

Majlis Peguam yang ada telah dirampas oleh sebahagian kecil pengamal undang-undang dan mempergunakan majlis tersebut bagi maksud partisan politik.

Penubuhan satu badan alternatif untuk mewakili golongan peguam sangat dialu-alukan oleh Kerajaan agar supaya golongan peguam yang tidak mengamal undang-undang seperti pensyarah, golongan korporat atau pengurus bank yang berkelulusan undang-undang boleh menyertai badan itu.

Sementera itu seorang ahli Majlis Peguam, Abu Backer Sidek mengakui bahawa Majlis Peguam yang ada  gagal dipertahan sebagai badan profesional dan berintegriti.

Saturday, May 12, 2012

Anwar mengaku ribuan "rakyat" negara ini belum ada MYKAD

Pihak-pihak tertentu di Sabah sangat sibuk berhubung pembentukan RCI bagi menyiasat pertambahan penduduk Sabah.

Tahun 80-an adalah tahun-tahun di mana ramai penduduk Sabah tidak mempunyai dokumen pengenalan diri. Mendaftar dan memberi mereka kad pengenalan diri, berlaku apabila Sabah yang biasanya diperintah oleh orang islam, tiba-tiba berketua menterikan bukan islam. Sedangkan hakekatnya, penduduk yang beragama islam jauh lebih ramai daripada yang bukan.

Keadaan tahun 80-an di Sabah itu, kini diakui oleh Anwar Ibrahim, bahawa di seluruh negara kini, terdapat ratusan ribu penduduk yang berkeadaan serupa belum mempunyai dokumen sehinggakan mereka dinafikan sebagai pengundi.

Kebanyakan penduduk ini pada masa ini mendiami kawasan luarbandar yang terpecil, terutama di Sarawak dan kawasan pendalaman di Sabah dan kepulauan di sekitarnya.

Apakah kemudian hari kelak, ada pula pihak-pihak tertentu mendesak, untuk menubuhkan RCI untuk menyiasat pertambahan penduduk negara yang mendadak?

Anwar berikar apabila Pakatan Rakyat membentuk kerajaan persekutuan, maka gerakan besar-besaran akan dilakukan untuk memberi dokumen kepada ratusan ribu "penduduk" ini.

Media Baru: Boleh jadi bencana- samada kepada BN mahupun PR: A. Kadir Jasin

Penguasaan media baru adalah cabaran baru kepada semua pihak yang bertanding dalam pilihan raya umum akan datang.

Mantan ketua pengarang kumpulan New Straits Times Press, Datuk Abdul Kadir Jasin berkata keadaan sewaktu pilihan raya umum tahun 2008 berbeza sama sekali kerana hanya satu pihak memberikan perhatian kepada penggunaan media baru pada masa itu.

"Akses media baru satu cabaran. Tahun 2008 penggunaan media baru dimonopoli Pakatan Rakyat.

"Umno-BN hampir tidak peduli kepada media dalam talian ini. Mereka bergantung kepada Utusan, Berita Harian dan sebagainya," katanya pada Konvensyen Akses Media Adil dan Bebas Dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-13 di Seri Kembangan pagi tadi.

Namun, sekarang BN mula sedar sehingga Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak dilihat 'terlebih' dalam penekanannya terhadap penggunaan media baru oleh bakal calon BN dalam PRU akan datang, katanya.

"Akhir-akhir ini PM go overboard (berlebih-lebihan) sehingga mengatakan calon-calon boleh menang BN perlulah ada Twitter," katanya.

Keghairahan Najib dalam mendekati warga Internet terus tergambar apabila pagi tadi beliau bersarapan bersama pengikut laman blog mikro Twitter beliau yang ke-500,000 di Bangsar.

Beliau sebelum ini turut menyampaikan rasa terharunya apabila bilangan 'like' di laman Facebook beliau melepasi 1 juta orang.

Kadir juga menyifatkan penggunaan media baru sebagai 'membawa tuah dan sial kepada kedua-dua pihak'.

Beliau berpendapat ahli politik perlu berhati-hati dengan isu-isu sensasi yang akan mewarnai wadah komunikasi baru itu.

"Isu-isu sensasi akan membebani kedua-dua pihak. Isu-isu sensasi akan dimainkan habis-habisan, ada orang berkata kempen PRU akan datang antara yang paling kotor.

"Saya rasa mereka buat ramalan yang tepat.

"Melalui media baru, kemungkinan disaman lebih kecil (berbanding) kalau menggunakan media arus perdana," katanya.

Blog Archive