16 Jun satu majlis debat terbuka antara BN dan PR akan berlangsung anjuran portal berita online. Majlis tersebut membariskan empat ahli politik dari BN dan Pakatan Rakyat untuk berdebat mengenai isu-isu hangat yang mendepani negara ini.

Debat tersebut, bertajuk 'Is Malaysian democracy moving forward?' (adakah demokrasi Malaysia maju ke depan?) akan menyaksikan dua wakil, masing-masing daripada BN dan pembangkang.

Para pendebat ialah Datuk Abdul Rahman Dahlan (Umno), Gan Ping Sieu (MCA), Mujahid Yusof Rawa (PAS) dan R Sivarasa (PKR).

Ia akan diadakan di Dewan Perhimpunan Cina Kuala Lumpur dan Selangor (KLSCAH) dan pendaftaran untuk menghadiri majlis tersebut bermula jam 7.30 malam.

Barisan pendebat adalah mereka mewakili kumpulan pemimpin politik muda yang lantang bersuara.

Datuk Abdul Rahman dan Gan khususnya, tegas beliau, adalah antara beberapa pemimpin BN yang memanfatkan Twitter untuk berkomunikasi dengan umum;  melalui debat Selasa ini, mereka akan berdepan secara terus dengan orang ramai.