Tuesday, October 30, 2012

Perakaunan kreatif Negeri-negeri diperintah Pakatan - suatu bentuk pembohongan

Majlis Ahli Parlimen BN (BNBBC) hari ini mendakwa, Pakatan terlibat dengan perakaunan kreatif untuk menjadikan negeri pimpinan mereka nampak elok dalam Laporan Ketua Audit Negara.

Timbalan Ketua BNBBC Abdul Rahman Dahlan mendakwa, perkara itu dilakukan dengan memindahkan dana daripada akaun amanah negeri kepada akaun yang disatukan dan menjadikannya sebagai hasil.

"Setiap kerajaan negeri mempunyai akaun amanah di mana wang yang diperuntukkan sejak awal untuk tujuan tertentu. Wang itu boleh datang daripada kerajaan negeri atau persekutuan.

Sebagai contoh, katanya, jika sesebuah projek memerlukan RM100 juta, wang dimasukkan ke dalam akaun amanah dan sebelum diaudit, bakinya - sebagai contoh RM60 juta - dipindahkan kepada akaun yang disatukan.

"Ini satu bentuk perakaunan kreatif," katanya dalam sidang media di lobi parlimen hari ini.

Friday, October 26, 2012

Anwar jadi PM?-Ramalan Fengshui

"Pada masa itu pakar Fengshui itu berkata, jika ditilik mengikut dari segi wajah dan tarikh lahir Anwar Ibrahim, penghujung dan sisa-sisa hidup Anwar Ibrahim kesepian dan keseorangan, tersirih dari pergaulan kawan-kawan ..."

Rupa-rupanya ketua pembangkang di Parlimen juga pandai tilik nasib, beliau berkata beliau telah meramalkan dari segi wajah air muka Najib, serta pemikiran Najib, Anwar Ibrahim berani meramalkan PRU akan jatuh pada bulan November ataupun pada awal bulan Disember tahun ini.

Sama ada ramalan Anwar Ibrahim itu tepat ataupun tidak, ia perlu tunggu sehingga jawapan itu keluar pada penghujung tahun ini, tetapi keluaran majalah fashion edisi ke-400 pada 19 tahun yang lalu pernah memaparkan tilikan nasib untuk Anwar Ibrahim, majalah itu menjemput seorang pakar Fengshui di sebelah utara Semenanjung, pakar Fengshui itu pergi ke tempat kediaman asal Anwar Ibrahim, di Cherok Tokun meninjau keadaan Fengshui di kawasan situ.

Pada masa itu kebetulan di waktu pemilihan UMNO pusat, kebetulan pada masa itu usia Anwar Ibrahim 46 tahun, masyarakat Cina pada masa itu ambil berat kerana Anwar Ibrahim mahu mencabar Ghafar Baba jawatan Naib Presiden UMNO, boleh dijangkakan selepas itu adakah Anwar akan menjadi perdana menteri.

Pada masa itu, pakar Fengshui itu memutuskan Anwar berusia 46 tahun nasibnya agak bagus, tetapi selepas berusia 51 tahun akan ada perubahan yang mendadak, jawatan dan kedudukannya akan tergugat, seterusnya Anwar Ibrahim akan mempunyai harta yang banyak tetapi tiada kedudukan, beliau dinasihatkan supaya buat langkah-langkah yang terbaik untuk diri sendiri. Secara kebetulan selepas 5 tahun, ramalan itu terbukti, Anwar Ibrahim dipecat oleh Mahathir.

Perbatasan yang terakhir

Pakar Fengshui itu juga berkata satu masa nanti di Bukit Mertajam akan lahir seorang perdana menteri, pakar tersebut meramalkannya pada ketika waktu itu, Ramalan yang lepas mungkin boleh memberi bukti dan kepastian yang tepat. Seterusnya pakar Fengshui itu berkata, tidak eloknya jika batu-batu di bukit itu ditarah dan diusik, pasti akan merosakkan kedudukan Fengshui di kawasan yang mana umpama perpatah Cina dalam Fengshui, kawasan itu seperti seekor harimau sedang berehat akan menjadi seekor naga jika ia terjaga, jika bukit itu dirosakkan bagi Anwar Ibrahim mahukan jawatan perdana menteri itu pasti akan tergugat, kecuali Anwar Ibrahim dapat tembusi nasib Fengshui bertukar boeh menjadi menteri dan mempunyai kuasa yang luar biasa, jika tidak niatnya itu boleh diabaikan sahaja.

Mirip wajah Anwar Ibrahim kurus di pipi dan dagu, dalam Fengshui ia kurang bermaya untuk menjadi menteri, Cara beliau mengarahkan orang memang benar dia mampu tundukkan orang, tetapi ia akan tersekat di tengah jalan sahaja. Cuping telinganya luas dan timbul, bermakna mempunyai sikap degil tidak mahu mengalah, kedudukan telinganya tinggi dari muka, memang seorang bijak yang luar biasa; lekuk atas bibir berbentuk tajam dan bergigi tajam, mempunyai sifat bentuk tubuh yang gagah dan bijak berkata-kata.

Pada bulan Julai tahun ini, Anwar mengumumkan, pada PRU kali ini adalah kerjaya beliau yang terakhir dalam politik, jika PR tidak dapat memerintah kerajaan pusat, beliau akan berundur diri dari arena politik dan akan menjadi pendidik di mana-mana universiti. Anwar Ibrahim semasa ditemu ramah sebuah akhbar di England mengakui, mungkin pada PRU akan datang ini, adalah PRU kali terakhir untuk beliau berpeluang menjawat jawatan perdana menteri.

Pada masa itu pakar Fengshui itu berkata, jika ditilik mengikut dari segi wajah dan tarikh lahir (Bazi) Anwar Ibrahim, penghujung dan sisa-sisa hidup Anwar Ibrahim kesepian dan keseorangan, tersirih dari pergaulan kawan-kawan. Dan nasihatkan Anwar Ibrahim supaya jangan terlalu syok sendiri, perlu bijak menggunakan orang lain, ia boleh membantu untuk masa tua beliau.

Selepas PRU ke-13 nanti, adakah Anwar Ibrahim akan menjadi calon perdana menteri seperti apa yang disebut itu, dikatkan akan menjadi seperti seekor harimau sedang berehat akan bertukar menjadi seekor naga jika ia terjaga dari Bukit Mertajam, sama ada beliau akan menjadi pensyarah di universiti ataupun menjadi ahli peramal nasib, itu semua mendapat perhatian khukus dari kalangan masyarakat Cina. Cara dan strategi Anwar Ibrahim hari ini menyerang dalam senyap itu adakah ditunjuk ajar oleh orang-orang luar biasa yang tertentu dari master Fengshui, ini menunjukkan ramalan Fengshui itu pastinya benar dan nyata, bukankah nasib itu tidak boleh dipaksa-paksa?

Wednesday, October 24, 2012

Labbaik Allah Humma Labbaik

MAKKAH: Seramai 28,000 jemaah haji Malaysia adalah antara dua juta jemaah haji dari seluruh dunia yang mula bergerak ke Mina dan Padang Arafah untuk berwukuf esok, menyebabkan jalan-jalan utama di kota Makkah sesak teruk.

Pergerakan jemaah haji Malaysia bermula pukul 12.30 tengah hari (pukul 5.30 petang waktu Malaysia), melalui perjalanan sejauh 20 kilometer dengan bas dan dijangka berakhir pada pukul 12 tengah malam.

Keadaan cuaca di tanah suci  masih panas walaupun hujan mula turun di Makkah sejak dua tiga hari lepas. 

Kawasan lapang di Arafah sudah dibahagikan kepada beberapa bahagian untuk negara-negara yang menghantar jemaah dan antara perkhemahan terbesar adalah milik Turki, Iran, Indonesia, Pakistan dan Mesir. Dalam pada itu, kerajaan Arab Saudi juga menempatkan beribu-ribu anggota keselamatan di Makkah, Arafah, Muzdalifah dan Mina bagi memastikan keselamatan seluruh jemaah haji terjamin.

Sunday, October 21, 2012

PRU-13: Najib minta seluruh jajaran BN siap siaga mulai sekarang

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mahu semua jentera Barisan Nasional (BN) menentukan mereka sudah mempunyai kesiapsiagaan yang tinggi sebelum menuju ke medan peperangan pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13) yang akan diadakan tidak lama lagi.

Dipetik Bernama, Najib yang juga Pengerusi BN berkata, sebelum menuju ke medan 'perang', seluruh jentera BN perlu membuat persiapan rapi, termasuk mengkaji pelbagai kemungkinan yang akan berlaku bagi memastikan setiap gerakan dilaksanakan tanpa rasa ragu.

"Kita mesti membuat persiapan dan terus bersiap sedia sehingga tiada lagi perasaan sangsi terhadap keputusan perang itu kelak. Saya menganggap persediaan ini amat penting, perancangan amat penting," katanya ketika merasmikan Perhimpunan Agung MCA ke-59 di sini, hari ini.

Dalam menegaskan perkara itu, Najib memetik seorang ahli falsafah Islam bahawa pihak yang mempunyai perancangan yang teliti boleh mengalahkan pihak yang kurang buat kurang perancangan walaupun pihak yang kurang membuat perancangan itu adalah di pihak yang benar.

Mengulas perhimpunan MCA tahun ini, Najib mengakui terdapat perbezaan dan tanda-tanda perubahan pada parti terbesar masyarakat Cina itu yang dilihat lebih bersemangat dan bersedia berhadapan dengan pembangkang pada pilihan raya akan datang. "MCA kali ini ada kelainan... ada keistimewaannya. Saya melihat bahawa ahli-ahli MCA yang hadir dalam dewan ini begitu bersemangat sekali, seperti kata presiden MCA, MCA sedia untuk berperang.

"Barangkali kalau kita sudah bersedia untuk berperang, memakai baju yang sama, adalah cerminan hati yang satu... tetapi mesti juga ada hati dan pemikiran yang sama, " katanya.

Kata Najib, agenda penting apabila ke medan perang adalah untuk memastikan kemenangan dan pada pilihan raya umum ke-13 ini, BN mahu mendapatkan kemenangan yang lebih besar.

"Siapa hendak pergi perang, kalah. Siapa yang mahu kalah? Kita mahu menang dan kali ini, kita mahu menang besar, sudahkan anda bersedia? Sentiasa bersedia. Bateri kuat tak?," tanya beliau yang mendapat sorakan padu daripada anggota perwakilan yang hadir.

Friday, October 19, 2012

Anwar Tidak Sakit Leher Lagi

Anwar tidak sakit leher lagi, tidak sakit belakang lagi. Masa dalam penjara, apabila ke mahkamah, pasti leher berbalut, berkerusi roda. Rupanya itu semua lakonan tahap gaban.

Keterangan doktor Jerman (saksi alibi Anwar), dalam perbicaraan sodomi II, kononya Anwar mengalami sakit belakang yang sangat kronik, sehingga rukupun tidak berkemampuan; namun dalam video seks yang didedahkan Trio Datuk T, Anwar mampu melakukan hubungan seks 69.

Benarlah kata Tun Dr Mahathir, Anwar itu mempunyai kepakaran berlakon. Selain kepakaran itu, Anwar juga merupakan pemidato yang hebat, sehingga yang salahpun boleh jadi betul. Kepakaran dan kepetahan Anwar berpidato, boleh mengyakinkan pendengarnya bahawa beliau dianaya, sehingga pendengarnya boleh berubah pendirian dan sanggup menyalahkan orang lain.

Mahathir sehingga kini tidak pernah berpaling kepada tindakannya memecat Anwar pada tahun 1998, kerana masalah moral. Adalah memalukan untuk menerima seseorang pemimpin yang rendah moralnya, demikian kata mantan Perdana Menteri itu.

Bagi Pas dan DAP serta penyokong PKR, mereka tidak mempedulikan masalah moral Anwar, yang penting mantan TPM itu masih mempunyai keupayaan mempengaruhi rakyat untuk mempercayaainya. Bagi Pas dan DAP; yang penting, mereka boleh menjadi kerajaan, selepas hampir setengah abad menjadi parti pembangkang.

Sementara bagi Anwar pula, apapun anggapannya sebelum ini terhadap Pas dan DAP bukan penting lagi, janji cita-citanya mahu menjadi Perdana Menteri tercapai.

Bagi Anwar, kaum melayu dan agama islam bukan lagi paksi perjuangannya. Beliau menguburkan semua itu, janji dia mendapat sokongan untuk mencapai cita-citanya.

Anwar tahu, bahawa kaum melayu dan islam sudah berpecah. Untuk itu kelemahan kaum melayu dan islam perlu dimanafaatkan dengan menyeru agar kaum dan agama lain bersatu untuk menjadi tuan kepada kaum melayu dan islam.

Anwar tahu, selagi kaum melayu dan islam bersatu, maka sukar bagi kaum lain untuk memerintah. Bagi Anwar, apa salahnya kaum lain memerintah, asalkan beliau menajdi Perdana Menteri.

Anwar mabuk dengan gelaran dan jawatan, atas sebab itu, apa sahaja cara, beliau memastikan bahawa jawatan Perdana Menteri beliau genggam dan dapat merasakan duduk di Putrajaya.

Sebenarnya Anwar sangat terkilan kerana tidak sempat menduduki Putrajaya, kerana beliau terlibat sama membangun Pusat Pentadbiran Persekutuan itu.

Kaum cina menyokong Anwar melalui DAP, kerana inilah masanya kaum cina merasakan jawatan Timbalan Perdana Menteri. Melalui BN, jawatan TPM agar sukar diberikan kepada kaum cina, kerana prinsip BN, parti mana yang mempunyai kerusi terbanyak adalah dipilih menduduki jawatan TPM. Sejak merdeka, jawatan TPM disandang Umno, kerana jumlah kerusi Umno di Dewan Rakyat melebihi 60 peratus daripada jumlah kerusi parlimen BN.

Manakala dalam PR, jumlah kerusi yang akan dimenangi kaum melayu hampir seimbang dengan jumlah kerusi kaum cina, atas sebab itulah kaum cina dipilih menduduki kerusi TPM.

Diperkirakan, sekiranya PR mampu mendapat majoriti mudah untuk menubuhkan kerajaan pusat, Lim Kit Siang atau Lim Guan Eng akan dilantik sebagai TPM1, manakala daripada Pas akan dilantik sebagai TPM-II, dan bumiputera Sabah dan Sarawak TPM-III.

Kerajaan PR akan mengorbankan kaum melayu dan islam yang majoriti dalam Negara, kerana sebahagian besar kerusi kaum melayu dan islam akan dimenangi Umno melalui BN.

Pada PRU-13 nanti, jika parti komponen BN yang berasaskan kaum cina kalah teruk, maka parti DAP akan menjadi parti dominan. Keadaan ini berlaku sama seperti di Perak selepas PRU-13. Walaupun PAS dilantik sebagai MB, namun pemerintah sebenar adalah DAP.

Keadaan ini akan belaku pada kerajaan Persekutuan, jika BN gagal mendapat majoriti mudah, jika semua kerusi yang ditandingi MCA, MIC, Gerakan- kalah.

Jumlah kerusi keseluruhan di semenanjung adalah 166. Pada PRU-12, PKR menang 31, DAP 26 dan PAS 23, sementara BN 85+1. Daripada 86 kerusi BN itu, kerusi yang dimenangi Umno hanya 67 kerusi. Jika pada PRU-13 semua kerusi MCA, MIC dan Gerakan dimenangi DAP, maka DAP akan menjadi parti yang dominan.

Jika scenario ini berlaku, maka masa itulah BN akan kehilangan Putrajaya, kerana jumlah kerusi daripada Sabah dan Sarawak tidak mampu mengimbangi jumlah kerusi parti-parti MCA, MIC dan Gerakan di Semenanjung yang kalah.

Akan tetapi jika Umno mampu merampas kerusi-kerusi majoriti melayu daripada PAS dan PKR dengan jumlah yang sama dengan kerusi-kerusi MCA, MIC dan Gerakan yang kalah, maka peluang masih ada bagi BN mempertahankan Putrajaya, kerana Sabah dan Sarawak akan menjadi penyelamat.

Mampukah Umno mendapat tambahan kerusi sekurang-kurangnya 18 kerusi parlimen daripada PAS dan PKR di Semenanjung? Hanya Umno Semenanjung yang mampu menjawabnya.

Thursday, October 18, 2012

Isu Scorpene: Akhirnya SUARAM didapati BOHONG


Diasak oleh wartawan akhirnya Pengarah Eksekutif Suaram, Cynthia Gabriel mengaku tiada perbicaraan kes Scorpene di mahkamah Perancis sepertimana yang cuba digembar gembur selama ini.

Cynthia Gabriel seperti dilaporkan Antarapos sebaliknya menyalahkan media tempatan yang salah tafsir kenyataannya, sedangkan dia mendakwa tidak pernah mengeluarkan kenyataan berlakunya ‘perbicaraan’ kes tersebut di mahkamah Perancis.

“Semua kenyataan yang dikeluarkan sebelum ini oleh Suaram menggunakan perkataan ‘siasatan kehakiman’ dan ‘penyiasatan’.

“Tidak pernah Suaram menggunakan perkataan “perbicaraan” dalam kenyataan kepada umum sebelum ini,” katanya kepada pemberita.

Cynthia yang dilihat cuba mempertahankan SUARAM berkata, setakat ini hanya aduan tentang pembelian kapal selam Scorpene telah dibuat kepada mahkamah Perancis agar siasatan lanjut dapat dilakukan.

Yves Charpenel, pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal sebelum ini pernah berkata sesiapa pun berhak untuk memfailkan aduan dan mahkamah akan meminta seorang hakim bebas menyiasat sejauhmanakah relevan aduan tersebut.

Dalam masa sama Charpenel turut mengesahkan tiada sebarang perbicaraan kes Scorpene berlaku di negara itu.

Dzulkarnain Taib, bekas Ketua Pengarang Suara Keadilan dalam sidang medianya, 11 Okt. lalu mendedahkan aduan SUARAM melalui peguamnya, William Bourdon telah ditolak bulat-bulat oleh mahkamah Perancis pada 13 Mac lalu.

Selepas tiga hari ditolak, peguamnya, Bourdon sekali lagi memohon kepada mahkamah Perancis untuk menjadikan badan itu sebagai plaintif bersekutu dengan alasan Suaram bekerjasama dengan Persekutuan Antarabangsa bagi Hak Asasi Manusia (FIDH), namun setakat ini status rayuan tersebut masih belum diketahui.

“Fakta yang didedahkan hari ini jelas menunjukkan Suaram dan pemimpin pembangkang seperti Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim serta Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Tian Chua telah berbohong kepada rakyat Malaysia dalam isu tersebut.

“Tindakan mahkamah Perancis menolak permohonan itu jelas menunjukkan Suaram telah cuba menipu badan kehakiman negara itu dengan mengaku sebagai pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang sah tetapi sebenarnya sebuah syarikat iaitu Suara Inisiatif Sdn. Bhd. yang bermotifkan keuntungan dan tidak mewakili rakyat Malaysia,” kata Dzulkarnain.

Pada Jun lalu Cynthia Gabriel mendakwa Jasbir Singh Chahl akan disepina untuk menjadi saksi pertama kes Scorpene tersebut.

“Ketika kita sedang duduk di meja makan malam pada saat ini, satu sepina kini dalam perjalanan ke rumah Encik Jasbir Singh Chahl,” umum Gabriel dilaporkan Mkini dotcom

Namun dakwaan Gabriel itu dinafikan sendiri oleh Jasbir Singh yang berkata beliau tidak pernah menerima sebarang sepina.

“Itu adalah satu tuduhan palsu dan tuduhan jahat yang dibuat oleh seseorang yang saya tidak pernah kenal dan jumpa,” kata Jasbir Singh kepada FMT.

Semalam dilaporkan enam NGO telah membuat laporan polis bagi mendesak pihak berkuasa mengambil tindakan segera terhadap Gabriel yang masih berdegil mahu memanipulasikan isu tersebut.

Enam NGO terbabit ialah Kelab Wartawan Muda Malaysia (KWMM), Jaringan Melayu Muda Malaysia (JMM), Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (Perkasa), Persatuan Pengguna Islam Malaysia, Lembaga Kesedaran Pencegah Jenayah serta Lembaga Perlindungan dan Kebajikan Pengguna.

Wednesday, October 17, 2012

Mantan IGP Musa Hassan-Nafi Masuk PAS

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan menafikan dengan keras khabar angin yang mengatakan beliau akan menyertai Pas atau mana-mana parti.

Malah beliau juga menegaskan, keputusannya menarik balik saman ke atas Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam tiada kaitan dengan khabar angin dan spekulasi kononnya akan menyertai parti politik pembangkang termasuk Pas.

“(Khabar angin) tidak ada kaitan dengan kes semalam,” kata beliau kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Ketika ditanya dakwaan dan spekulasi di laman siber bahawa beliau akan menyertai Pas, Musa yang bersara sebagai Ketua Polis Negara akhir 2010 berkata: “Itu tidak benar."

"Kalau cerita-cerita yang keluar di Internet tu, tahu sahajalah kebenarannya.

“Lagipun sama ada Pas ataupun Umno, tidak ada sesiapa pun yang datang berjumpa saya untuk menawarkan keahlian,” kata beliau lagi.

Semalam, Musa menarik balik saman fitnah yang difailkan terhadap Anwar, Ketua Umum Pakatan Rakyat, berhubung siasatan insiden 'mata lebam' pada 1998.

Keputusan itu dicapai dan diputuskan di hadapan Hakim Datuk Asmabi Mohamad semasa prosiding hari pertama perbicaraan kes tersebut di Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dan memutuskan kes itu dibatalkan tanpa sebarang kos.

Musa menjelaskan, sejak mula berkhidmat sebagai anggota polis, beliau tidak pernah terlibat atau menyatakan sokongan terhadap mana-mana parti politik.

Ketika ditanya sama ada beliau akan menyertai Pas jika ada tawaran, beliau bagaimanapun enggan mengulas lanjut.

“Saya tidak boleh cakaplah tentang perkara di masa depan.

“Pada diri saya, saya bebas dan undi saya adalah rahsia jika ditanya tentang parti mana yang akan saya pilih pada pilihan raya,” kata beliau yang kini mengajar secara kontrak di Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Tuesday, October 16, 2012

Di mana sudah adab Wakil Rakyat Wanita Pembangkang?

Permulaan sesi ucapan penggulungan Rang Undang-undang Perbekalan 2013 bagi Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) kecoh apabila beberapa wakil rakyat pembangkang mempersoalkan kredibiliti Timbalan Menteri, Senator Datuk Heng Seai Kie untuk menggulung.

Bagaimanapun Seai Kie membidas kenyataan itu dengan menyifatkan wakil rakyat wanita pembangkang dengan sengaja memandang rendah kredibilitinya menjalankan tugas sebagai timbalan menteri.

"Sebenarnya tindak tanduk dan hujah-hujah ahli Yang Berhormat (YB) wanita itu tadi telah menidakkan kewibawaan dan keupayaan seorang wanita untuk menjawab di dewan ini.

"Saya kecewa dan sedih dengan hujah-hujah ini," katanya di Dewan Rakyat pada Selasa.

Isu berkenaan timbul apabila Fong Po Kuan (DAP-Batu Gajah) mahu penggulungan bagi KPWKM ditangguhkan bagi membolehkan Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hadir menggulung perbahasan Bajet 2013 di peringkat dasar.

Bagaimanapun Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menegur wakil rakyat pembangkang yang membangkitkan isu berkenaan agar tidak memandang rendah mana-mana ahli dewan.

Malah Pandikar Amin menjelaskan tiada Peraturan Mesyuarat yang mewajibkan menteri bagi sesuatu kementerian hadir bagi menjawab atau menggulung perbahasa.

"Peraturan kita jelas, jika tiada menteri, timbalan menteri juga boleh menjawab bagi pihak kementerian yang terbabit. Malah sistem dulu kita ada setiausaha parlimen...dia juga boleh menjawab.

"Kalau nak kata jawatan itu tidak memuaskan hati, Peraturan Mensyuarat juga menyebutkan bahawa tidak semestinya semua jawapan itu dapat memuaskan hati ahli YB...itu jelas. Ketidakhadiran seseorang ahli YB atau menteri itu tidak semestinya menggagalkan mesyuarat kita," katanya.

Namun penjelasan Pandikar Amin terus mendapat bantahan wakil rakyat wanita pembangkang apabila Chong Eng (DAP-Bukit Mertajam) bangun meminta agar Najib hadir ketika Dewan Rakyat membahaskan Bajet 2013 di peringkat jawatankuasa.

Kekecohan yang berlarutan selama lebih 20 minit itu berterusan apabila Zuraida Kamaruddin (PKR-Ampang) pula bangun dan mempersoalkan kedudukan Najib sebagai Menteri KPWKM.

Tanpa mengendahkan teguran Speaker Dewan Rakyat, Zuraida secara berterusan mencetuskan kekecohan walaupun sistem pembesar suaranya ditutup.

Monday, October 15, 2012

Selagi pemimpin Utama Sabah bersatu- Sabah tetap Fixed Deposit BN

PASUKAN BN SABAH yang diketuai Musa Aman, dibantu oleh Salleh Said, Safie Apdal, Pandikar Amin, Pairin Kitingan, Bernard Dompok, VK Liew, serta para pemimpin lain seperti Ghafur Salleh, Rahim Ismail, Hajiji, dan para pemimpin muda BN, tiada peluang pembangkang mendapat tempat di negeri di bayu itu.

Kukuhnya perpaduan antara para pemimpin BN Sabah, menguatkan lagi harapan BN terhadap negeri sebagai simpanan tetap BN.

Selain itu, pembelaan pemimpin pusat terhadap negeri ini, sungguh dihargai rakyat. Tahun depan sahaja, sebanyak RM2.98 bilion peruntukan daripada pusat akan dibelanjakan untuk projek-projek yang mensasarkan kepada pembasmian kemiskinan.

Najib sendiri berkata, di masa yang tidak terlalu lama, Sabah akan bertambah maju agar supaya seiring dengan kemajuan di Semenanjung.

Pembinaan lebuhraya pesisir pantai daripada Kudat ke Tuaran, akan berimpak besar kepada pelancongan, kerana lebuh raya itu akan merentasi perbukitan yang menghadap laut, sehingga boleh digelar sebagai "Gold Coast"nya Sabah atau negara.

Kestabilan politik Sabah, tidak memungkinkan negeri itu terganggu oleh kehadiran pembangkang. Kejayaan pembangkang menggait pemimpin BN seperti Lajim Ukin, Welfred Bumburing, Ibrahim Menudin, Yahya Lampong, tidak akan berimpak, kerana para pemimpin itu tidak mempunyai rekod dalam memajukan rakyat.

Mungkin Lajim akan berimpak di Klias dan Beaufort, atas nama kesukuan, namun pada zahirnya, penduduk kawasan itu, akan memberi sokongan kepada BN, kerana penduduk kawasan itu memerlukan pembelaan daripada segi pembangunan.

Walaupun Lajim mewakili kawasan Klias sejak tahun 1985, namun pembangunan kawasan itu tidak semulus sepertimana yang diharapkan, bukan kerana kerajaan BN, namun kerana ketiadaan wawasan daripada wakil rakyatnya.

Kota Belud, sebelum ini hampir sama kategorinya dengan daerah Pitas, di mana penduduknya ramai yang berada dalam kategori miskin, namun atas wawasan para pemimpin daerah itu, maka Kota Belud kini semakin membangun. Program Jelapang Padi, Agropolitan merupakan penyumbang kepada kemajuan daerah ini menjelang tahun 2020. Demikian juga Pitas, melalui projek agropolitan dan di tambah dengan pembangunan lebuh raya Kudat nanti, kawasan ini akan terkeluar daripada daerah miskin.

Pemerataan pembangunan antara daerah adalah salah satu strategi Ketua Menteri Sabah, atas sebab itu, pembangunan untuk kawasan pesisir pantai Kota Kinablau telah dimansuhkan.
 
Yakinlah selagi para pemimpin BN Sabah bersatu, Sabah tetap menjadi Simpanan Tetap BN.

Saturday, October 13, 2012

Mengubah Kerajaan: Anwar dapat sokongan Yahudi

KUMPULAN Krisis Antarabangsa (ICG) yang disertai Anwar merupakan salah satu kumpulan yang menyokong perubahan kerajaan Malaysia. Kumpulan ini sebahagian besar pemimpinnya adalah berbangsa Yahudi. ICG juga menerima dana dari jutawan Amerika George Soros melalui Institut Masyarakat Terbuka (OSI). Soros selain terkenal sebagai spekulator kewangan, juga terkenal kerana menyokong REGIM CHANGE dalam sesebuah negara, di mana kerajaan itu tidak sebulu dengannya. Soros semakin akrab dengan Anwar, apabila jutawan itu turut membela mantan TPM itu sewaktu dipecat daripada jawatannya pada tahun 1998, kerana salah guna kuasa. Nama Soros, untuk pertama kali dikenali rakyat negara ini, apabila beliau terlibat dengan krisis mata wang Asia termasuk Malaysia pada tahun 1997. Malaysia hampir gulung tikar pada masa itu, jika bukan kerana tindakan segera Perdana Menteri menggantung tukaran mata wang negara di luar negara dan menetapkan nilai tambatan ringgit terhadap dollar amerika.

Friday, October 12, 2012

Perjuangan PAS tersasar jauh: Shahnon Ahmad

Pemimpin/pengikut PAS perlu menganalisa kenyataan ahli seumurhidupnya Prof Dr Shahnon yang menyatakan bahawa perjuangan parti itu telah tersasar jauh sejak berkerjasama dengan DAP, kerana tindakan parti itu menuruti kehendakan politik DAP bercanggah dengan kehendak islam, kerana sepatutnya PAS itu perlu memimpin dalam memperjuangkan islam.

Sebelum ini salah seorang lagi pemimpin PAS yang juga mantan Timbalan Presiden Parti itu, menyatakan bahawa perjuangan PAS juga telah tersasar jauh kerana mengutamakan kuasa manakala agama ditempatkan ke tempat kedua. Perubahan arah perjuangan PAS ini disebabkan terbuai dengan pengaruh DAP dan Anwar Ibrahim yang mengejar kuasa, dengan mengorbankan prinsip perjuangan.

Thursday, October 11, 2012

Peguam Rahman Bakri berjaya tangguhkan hukuman penjara

Mahkamah Tinggi Shah Alam menangguhkan pelaksanaan hukuman enam tahun penjara dan denda RM400,000 terhadap Ahli Parlimen Sabak Bernam, Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya,  Rosli Busro yang disabitkan atas tuduhan membuat tuntutan palsu.

Pada mulanya, mahkamah menolak rayuan mereka dan Hakim Datuk Akhtar Tahir memerintahkan hukuman tersebut dijalankan mulai hari ini.

Bagaimanapun, pihak peguambela berjaya berhujah meminta penangguhan hukuman tersebut lewat petang ini.

Bagaimanapun, jumlah ikatjamin terhadap Abdul Rahman dinaikkan daripada RM50,000 hingga RM80,000.

Tertuduh mempunyai peluang terakhir untuk mengemukakan rayuan terhadap sabitan hukuman tersebut di Mahkamah Rayuan.

Pada 1 Mac, Hakim Mahkamah Sesyen Azhaniz Teh Azman Teh menjatuhkan hukuman tersebut selepas mendapati Abdul Rahman dan Rosli bersalah terhadap lapan lapan tuduhan membuat tuntutan palsu bagi program-program yang tidak pernah diadakan berjumlah RM80,000.

Dakwaan Rasuah: Musa Bersih: SPRM

Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membersihkan dakwaan rasuah terhadap Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman dan hartawan balak, Michael Chia.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Abdul Aziz berkata, Jabatan Peguam Negara turut memutuskan tiada elemen rasuah dibuktikan membabitkan Ketua Umno Sabah itu.

"Jabatan Peguam Negara telah meneliti dan mempertimbangkan keterangan yang dikemukakan oleh SPRM dan memutuskan bahawa elemen perbuatan rasuah tidak dibuktikan.

"Dana tersebut ialah sumbangan yang dibuat kepada Badan Perhubungan Umno Sabah dan bukannya untuk tujuan persendirian Ketua Menteri," katanya menerusi jawapan bertulis di Dewan Rakyat di sini, Khamis.

Beliau menjawab soalan Tian Chua (PKR-Batu) yang bertanyakan mengapa tiada tindakan lanjut diambil terhadap Musa dan Chia selepas SPRM selesai menjalankan siasatan berhubung dakwaan rasuah.

Selain itu Mohamed Nazri turut memberitahu bahawa kes tersebut turut disiasat Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC).

"Berdasarkan siasatan ICAC berkaitan kes ini dan keputusan siasatan SPRM yang tersebut di atas, ICAC juga tidak mengambil apa-apa tindakan lanjut.

"Mengenai kes yang turut difailkan di Mahkamah Switzerland, ia merupakan permohonan Bantuan Bersama dalam Perkara Jenayah (MACMA) oleh ICAC bagi tujuan menyiasat perkara yang sama, permohonan MACMA ini juga telah ditarik balik atas alasan yang sama," katanya.

Rahman Bakri mula menjalani hukuman penjara

Mahkamah Tinggi Shah Alam hari ini mengekalkan hukuman penjara enam tahun dan denda RM400,000 terhadap Anggota Parlimen Sabak Bernam Datuk Abdul Rahman Bakri dan pembantunya Rosli Busro yang didapati bersalah atas lapan pertuduhan melakukan tuntutan palsu melibatkan RM80,000 empat tahun lepas.

Hakim Datuk Akhtar Tahir membuat keputusan itu selepas menolak rayuan mereka untuk mengetepikan sabitan dan hukuman yang diputuskan oleh Hakim Mahkamah Sesyen Shah Alam, Azhaniz Teh Azman Teh pada 1 Mac lepas.

Akhtar turut menolak permohonan Abdul Rahman dan Rosli untuk penangguhan pelaksanaan hukuman sebaliknya memerintahkan mereka menjalani hukuman penjara bermula hari ini.

Dalam penghakimannya, Akhtar berkata Abdul Rahman menghadapi lapan pertuduhan membuat tuntutan palsu ketika menjadi ADUN Sungai Air Tawar sementara Rosli didakwa bersubahat dengannya melakukan kesemua kesalahan itu.

Beliau berkata peguam perayu berhujah bahawa keterangan dua saksi terpenting dalam kes itu iaitu Mohd Harmizar Sulaiman dan Rizam Ismail tidak sepatutnya diterima oleh mahkamah atas alasan kedua-dua mereka merupakan rakan sejenayah.

"Saya telah baca keterangan kedua-dua saksi itu dan saya tidak anggap bahawa mereka rakan sejenayah. Mereka lebih merupakan pak turut atau menurut apa-apa yang diminta oleh tertuduh pertama (Abdul Rahman) dan tertuduh kedua (Rosli).

Kalaupun kedua-dua saksi ini dikatakan sebagai rakan sejenayah tetapi keterangan mereka telah disokong oleh keterangan saksi bebas lain.

"Justeru saya berpendapat Hakim Mahkamah Sesyen tidak melakukan kesilapan apabila menerima keterangan kedua-dua saksi ini. Jelas daripada keterangan mereka bahawa kedua-dua tertuduh jelas mempunyai niat untuk membuat tuntutan palsu," katanya.

Akhtar berkata perkara itu terbukti apabila wang yang diterima bukan digunakan untuk program atau aktiviti seperti dalam tuntutan tetapi lebih kepada untuk kegunaan sendiri.

"Peguam tertuduh juga berhujah bahawa tuntutan berkenaan bukan palsu kerana program berikut telah diadakan tetapi bukan di tempat yang dinyatakan seperti dalam tuntutan itu. Bagaimanapun saya lebih cenderung menyatakan ia adalah tuntutan palsu.

"Dalam rayuan ini saya puas hati bahawa Hakim Mahkamah Sesyen tidak membuat sebarang kesilapan bila mendapati kedua-dua tertuduh bersalah atas semua tuduhan dan hukuman juga adalah setimpal dengan kesalahan serta jawatan kedua-dua tertuduh. Justeru rayuan terhadap sabitan serta hukuman ditolak dan hukuman dikekalkan," katanya.

Abdul Rahman dan Rosli diwakili peguam Datuk Seri Dr Muhammad Shafee Abdullah dan Badrul Munir Mohd Bukhari sementara Ketua Unit Pendakwaan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Datuk Abdul Razak Musa dan Timbalan Pendakwa Raya Mohd. Zaki Salleh mewakili pihak responden.

Abdul Rahman, 47, didakwa menggunakan dokumen peruntukan palsu iaitu Surat ADUN mengandungi butiran bagi tuntutan program dan aktiviti yang tidak pernah dijalankan.

Tuntutan itu membabitkan pembelian hadiah, cendera mata dan jamuan Program Motivasi Pelajar Peringkat Dewan Undangan Negeri Sungai Air Tawar; Program Mesra Rakyat dan Hari Keluarga di Dewan Simpang 4 Bagan Nakhoda Omar (BNO); Program Forum Perdana Peringkat Mukim BNO; Program Mesra Rakyat dan Sambutan Maulud Nabi dan Program Mesra Rakyat Hari Keluarga Guru Kemas.

Semua tuntutan palsu itu membabitkan RM10,000 setiap satu.

Abdul Rahman didakwa melakukan kesalahan itu di Pejabat Daerah Sabak Bernam antara 21 Jan dan 12 Feb, 2008.

Bagi setiap pertuduhan, beliau didakwa mengikut Seksyen 11(c) Akta Pencegahan Rasuah 1997 dan boleh dihukum mengikut Seksyen 16 akta sama yang membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai suapan atau RM10,000, mana yang lebih tinggi, jika sabit kesalahan.

Rosli, 44, pula didakwa bersubahat dengan Abdul Rahman melakukan kesemua kesalahan itu.- Bernama

Teka Teki Wang RM40 juta terjawab

Menteri hal ehwal undang-undang Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz berkata, kertas siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) menunjukkan, wang berjumlah RM40 juta yang cuba diseludup ke Malaysia melalui Hong Kong merupakan sumbangan kepada Umno negeri dan bukannya kepada Ketua Menteri Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata demikian dalam satu jawapan bertulis kepada anggota Parlimen Batu Tian Chua di Parlimen hari ini.

Usahawan tersebut yang dikenalpasti sebagai Michael Chia, ditahan pada 14 Ogos 2008 di lapangan terbang antarabangsa Hong Kong dengan matawang Singapura berjumlah RM40 juta di dalam bagasinya sebelum menaiki pesawat yang menghala ke Kuala Lumpur.

Ekoran jawapan daripada Nazri itu, pihak-pihak pembangkang yang membuat dakwaan bahawa Ketua Menteri Sabah itu terlibat pengubahan wang haram adalah fitnah.

Selain itu dakwaan pihak pembangkang, kononnya pihak pencegah rasuah Hongkong (ICAC) mengaitkan Musa dengan wang itu adalah fitnah, untuk mengwujudkan persepsi negatif kepada Ketua Menteri Sabah itu.

Kenyataan Nasharudin- Apa pula komen Dr Hassan Ali

KENYATAAN AKHBAR DR HASAN MOHAMED ALI, PRESIDEN JATI

Kenyataan YB Ustaz Nasharudin Mat Isa sewaktu membentangkan kertas kerja di dalam Seminar Dakwah Islamiyyah anjuran Muafakat di PWTC semalam telah menimbulkan berbagai reaksi daripada pimpinan Pas dan DAP.

Pimpinan Pas menganggap kenyataan Nasharudin sebagai pendapat peribadi tidak mewakili parti. Sementara pimpinan DAP mahu melihat pimpinan tertinggi Pas mengambil tindakan terhadap Nasharudin yang menyentuh kaitan DAP dengan pembentukan Malaysia sebagai negara Kristian.

Bagi saya Nasharuddin hanya mengulangi pendirian beliau terhadap masalah besar yang sedang dihadapi oleh Pas. Antaranya Pas terpaksa tunduk kepada DAP dan PKR berhubung dengan negara Islam dan hudud. Pas juga didakwa menjadikan isu negara Islam sebagai isu kedua manakala mendapatkan kuasa dengan menawan Putrajaya sebagai matlamat utama.

Nasharudin tidak berganjak dari segi posisi yang beliau ambil mengenai penguasaan DAP dan PKR terhadap Pas dan juga penghinaan terhadap Islam yang dilakukan oleh pimpinan DAP dan PKR.

Ada di antara pimpinan Pas seperti biasa mendakwa Nasharudin mempunyai agenda politik tersendiri yang dikaitkan dengan agenda Umno.

Jelas kelihatan pimpinan Pas benar-benar ketandusan modal sehingga mengambil jalan pemikiran yang paling mudah dan dangkal bahawa sebarang kenyataan yang bertentangan dengan kemahuan golongan parasit dalam Pas pada setiap ketika dikaitkan dengan Umno.

Adakah kenyataan-kenyataan yang hampir serupa nadanya yang keluar dari mulut Ketua Dewan Ulama, Timbalan Murshidul Am Pas dan lain-lain pemimpin yang mengeluarkan kenyataan yang agak keras mengenaihalatuju Pas dewasa ini juga dikaitkan dengan Umno? Adakah semua pendapat yang menyelar Pas sudah tergelincir daripada landasan perjuangan menegakkan negara Islam dan melaksanakan hudud juga didalangi oleh Umno? Adakah suara-suara yang semakin lantang di kalangan ahli dan penyokong Pas di merata tempat menyuarakan ketidakrelaan mereka menjadi kuda tunggangan DAP dan PKR juga kerja Umno?

Pimpinan Pas yang tidak sedarkan diri ini perlu melihat ke arah cermin menyaksikan wajah sendiri di samping melihat kerja-kerja dua lagi rakan kongsi mereka DAP dan PKR. Kedua-dua rakan kongsi ini dikatakan begitu licik dan semakin berani mengutuk dan menghina Islam.

Reaksi pemimpin-pemimpin tahap kedua dan tahap ketiga dalam hierarki Pas seperti yang dilaporkan bagi saya tidak lebih daripada memberi gambaran darjah kecelaruan dan kegoyahan Pas untuk menghadapi PRU13. Saya mendapat tahu dalam perjumpaan-perjumpaan yang diadakan di berbagai peringkat, pimpinan tidak dapat berhujah dan memberi jawapan yang memuaskan kepada ahli dan penyokong parti terutama yang berkaitan dengan isu Pas terpaksa tunduk kepada kandungan Buku Jingga dan mengenepikan Kitab ALLAH yang menghendaki hamba-Nya melaksanakan tatacara hidup berpaksikan Islam.

Sekali lagi saya menyokong pendirian dan ketegasan yang ditunjukan oleh Nasharudin. Dalam banyak hal saya sependapat dengan beliau terutama dalam perkara-perkara yang bersifat fundamental seperti negara Islam dan hudud. Juga termasuk usaha mempertahankan maruah Islam. Kami bersetuju kita tidak perlu berkompromi dalam perkara-perkara pokok ini.

Saya gembira melihat Majlis Syura Ulama telah mula kembali berwibawa. Saya harap Majlis Syura Ulama dapat mengambil tindakan drastik dalam masa terdekat membebaskan Pas daripada musuh-musuh Islam dari luar dan golongan parasit dari dalamnya.

Tuesday, October 09, 2012

Isu Scorpene Hanya Rekaan SUARAM; Pendakwaraya Perancis

Seorang pendakwa kerajaan Perancis yang terkenal menafikan laporan-laporan media yang tersebar di kalangan beberapa portal berita online Malaysia berhubung perbicaraan yang sedang berlangsung di Perancis, mengenai dakwaan rasuah oleh sebuah syarikat Perancis berhubung pembelian dua kapal selam Scorpene buatan Perancis oleh Malaysia pada tahun 2002.

Yves Charpenel berkata media di Malaysia harus dapat membezakan antara khabar angin dan fakta dan antara siasatan dan perbicaraan.

military malaysia navy french built submarine scorpene class"Saya sedar mengenai semua kekecohan yang dibangkitkan media tertentu (organisasi) di Malaysia berhubung perkara ini tapi apa yang saya boleh kata ini adalah tidak lebih daripada satu perbicaraan oleh media," katanya kepada Bernama di ibu negara, hari ini.

Charpenel, yang juga bekas ketua pendakwaan di Perancis dan kini seorang pendakwa negeri dan anggota eksekutif Persatuan Pihak Berkuasa Anti-Rasuah Antarabangsa (IAACA), berada di sini untuk menghadiri persidangan dan mesyuarat agung tahunan IAACA yang berakhir semalam.

Berikutan satu aduan Suaram, sebuah badan bukan kerajaan (NGO) mengenai hak asasi manusia, yang difailkan pada 2009 mengenai sebuah syarikat Perancis yang didakwa memberi rasuah kepada sebuah firma Malaysia untuk urus niaga kapal selam itu, beliau mendedahkan bahawa dua "hakim siasatan" bebas memulakan siasatan mereka awal tahun ini.

Charpenel berkata di Perancis, seperti negara-negara yang mengamalkan kedaulatan undang-undang, semua siasatan dibuat sepenuhnya secara rahsia.

Beliau berkata adalah hak bagi sesiapapun untuk memfailkan aduan dan berikutan sifat rahsia siasatan itu, sesetengahnya beralih untuk mengadu kepada media.

Beliau menjelaskan bahawa untuk kes-kes tertentu di Perancis, Kementerian Keadilan akan meminta seorang hakim bebas, meminta "hakim siasatan" untuk menyiasat.

"Dia hanya seorang penyiasat. Ini adalah sistem lama yang bermula sejak era Napolean. Jika hakim siasatan mahu seseorang pergi ke Malaysia, dia perlu memohon dengan kerajaan anda kerana kami ada apa yang dipanggil Perjanjian Bantuan Perundangan Bersama. Kerajaan Malaysia boleh kata 'ya' atau 'tidak'. Ia perlu diputuskan oleh pihak berkuasa Malaysia.

"Seorang hakim siasatan Perancis tidak boleh membawa bagasinya, menaiki kapal terbang dan pergi ke Malaysia dan meminta seseorang menjawab soalan-soalannya. Ini adalah mustahil, ianya bertentangan dengan undang-undang Perancis dan ia juga bertentangan dengan undang-undang antarabangsa," kata Charpenel.

Beliau menjelaskan di Perancis, seperti di tempat-tempat lain, perjalanan undang-undang tidak boleh ditentukan oleh media.

Seperti yang dikatakannya, "Di Perancis, masa keadilan berbeza daripada masa media. Sudah tentu, media perlu data-data, maklumat, berita. Ia adalah semula jadi tetapi siasatan itu agak berbeza. Ia adalah sama, sama ada di Perancis atau di Malaysia.

"Dan ia menjadi rahsia. Kami kini dalam langkah pertama, mungkin, kami dapat satu lagi langkah, mungkin tidak, dan ia adalah terlalu awal untuk bercakap lagi.

Ditanya mengenai laporan media bahawa peguam-peguam Perancis yang mewakili Suaram dalam saman itu akan datang ke Malaysia untuk memberi taklimat kepada anak guamnya, Charpenel berkata mana-mana peguam dari mana-mana negara, bebas untuk berbuat demikian kerana dia dibayar oleh anak guamnya.

"Dia bebas bercakap dengan media, itu adalah kebebasan atau hak asasi manusia. Tetapi dia bukan seorang pendakwa. Dia juga bukan seorang hakim siasatan. Dia bukan seorang pegawai."

Pada April tahun ini, ahli-ahli politik pembangkang tempatan di sini malah telah meminta pegawai Malaysia untuk memberi keterangan di Paris atau berdepan pemulauan dalam Kesatuan Eropah.

"Perbicaraan adalah satu perbicaraan dengan semua peraturan. Siasatan adalah adalah satu perkara lain," kata Charpenel mengenai maklumat salah yang dijana oleh portal-portal berita tertentu berhubung dakwaan bahawa satu perbicaraan sudahpun berjalan.

Sabtu lepas, Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata Ketua Audit Negara menjelaskan urus niaga Scorpene dijalankan mengikut prosedur perundangan.- Bernama

Sunday, October 07, 2012

Undi Pembangkang bererti menyokong SOROS: Tun M

Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa undi kepada pembangkang merupakan undi kepada usaha jutawan George Soros untuk menjajah Malaysia.

Dalam satu tulisan di akhbar New Sunday Times hari ini, Mahathir memetik beberapa sumber yang menyatakan Soros sebelum ini berusaha berbuat demikian di Hungary, Ukraine dan Georgia.

Sumber yang dipetik Mahathir itu antara lainnya menyatakan bahawa Soros membiayai NGO untuk membentuk "masyarakat sivil" bagi memberi peluang untuk "penjajahan" baru.

Beliau juga mengaitkan perkara itu dengan "kegemaran" bekas timbalan perdana menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim ketika di dalam kerajaan.

Mahathir juga menyatakan betapa Anwar kini masih bercakap mengenai "masyarakat sivil".

"Kesamaan idea di antara kedua-duanya, Soros dan Anwar adalah signifikan," tulisnya.

"Undi untuk pembangkang adalah undi untuk Soros, si penyangak matawang," tulisnya.

Saturday, October 06, 2012

Nepotisme subur pada Pakatan Rakyat

SEBAIK sahaja Anwar dipecat daripada Jawatan Timbalan Perdana Menteri pada tahun 1998, dan bergelombangnya ERA REFORMASI, salah satu slogan mereka adalah KKN (kroni-korupsi-nepotisme) terhadap kerajaan BN yang dipimpin Datuk Seri Dr Mahathir (kini Tun).

Kini slogan mereka itu, seperti meludah ke langit terpercik ke muka sendiri, kerana salah satu daripada akronim itu, nepotisme subur mereka amalkan.

Sebagai contoh dalam parti PKR- Pemimpin Umum-Anwar, Presiden-Wan Azizah isteri Anwar, Naib Presiden- Nurul Izzah-anak Anwar.

Dalam parti DAP rakan PKR dalam Pakatan Rakyat, dua pemimpin utama parti itu- Lim Kit Siang dengan anaknya- Lim Guan Eng, serta menantunya- Betty Chew; Karpal Singh dan anaknya- Gobind Singh Deo. 
 
Jikalah parti mereka mampu menang pada PRU-13 akan datang, sudah tentu, barisan kabinet atau jawatan-jawatan penting kerjaan akan diisi oleh keluarga mereka; kerana menurut Karpal Singh, keupayaan anak-anak pemimpin Pakatan Rakyat jauh lebih baik daripada para pemimpin PR lainnya.
 
Jawatan-jawatan penting akan diisi terlebih dahulu oleh keluarga pemimpin utama Pakatan Rakyat, dan kemudian selepas tiada lagi keluarga mereka yang boleh mengisi sebarang jawatan, barulah diberikan pada orang lain.
 
Jika dalam pembahagian jawatan perkara nepotisme diamalkan, demikian juga akan berlaku dalam pengagihan khazanah negara. Keluarga pemimpin PR diutamakan dahulu, dan jika ada lebihan atau tempias, maka baru diberikan pada rakyat lain.
 
Terserah kepada 12 juta pengundi negara, apakah akan memberi peluang kepada nepotisme dalam negara pada PRU-13 akan datang.

PRU-13: Isu Rasuah-Modal Utama Pembangkang

PEMBANGKANG mengangkat ISU RASUAH sebagai modal utama menghentam kerajaan menjelang PRU-13 ini.

Pembangkang tidak dapat membawa isu pembangunan kerana menurut mereka isu itu tidak berapa mendapat sambutan daripada rakyat.

Pembangkang dengan strategi tersusun memilih Ketua Menteri Sarawak-Taib Mahmud, Ketua Menteri Sabah-Musa Aman dan Peguam Negara-Gani Patail.

Selain itu, Pembangkang juga me-reka-reka isu berhubung pembelian kapal selam Malaysia, kononnya Najib terlibat salahguna kuasa; selain dakwaan mereka, kononnya beliau terlibat dengan pembunuhan model Mongolia- Altanyua.

Pembangang berusaha mengwujudkan persepsi negatif terhadap para pemimpin BN, untuk membunuh karekater mereka, dengan tujuan agar rakyat marah dan mengakibatkan rakyat menolak BN pada PRU-13 akan datang.

Isu National Feedlot Centre (NFC) yang diangkat pembangkang menyebabkan Sharizat Jalil melepaskan jawatan menteri kabinet, salah satu kejayaan moral pembangkang.

Kini, Pembangkang pula mengangkat isu Kenduri Mega anak Ketua Menteri Melaka, selain memutar semula dakwaan terhadap Taib Mahmud, Musa Aman dan Gani Patil.
 
Sementara Kerajaan BN melakukan semua tindakan untuk memajukan negara, agar rakyat menikmati kemakmuran itu, pihak pembangkang pula berusaha untuk membunuh karekater para pemimpin BN. 
 
Setuju atau tidak, pengangkatan ISU RASUAH banyak mengakibatkan kerosakan terhadap imej kerajaan; kerana isu ini terus dibangkitkan pembangkang saban hari pada setiap kesempatan.
 
Bagi Pembangkang betul atau tidak dakwaan itu, bukan penting, yang penting mereka mampu mengwujudkan kerosakan teruk kepada imej seseorang pemimpin.
 
Tindakan pembunuhan karekater terhadap Anwar dan Azmin dan Mat Sabu dengan dakwaan seks, walaupun pada mulanya berjaya mempengaruhi persepsi rakyat terhadap para pemimpin pembangkang itu, kini isu seperti itu telah dianggap basi.
 
Percaya atau tidak, ISU RASUAH menghantui kerajaan BN. Kalaulah berlaku sebarang tsunami politik terhadap BN pada PRU-13 adalah disebabkan oleh faktor ini. Fikir-fikirkan lah.

Friday, October 05, 2012

ANAK bukan pertubuhan sah

APA LAGI yang mahu dibebatkan. ANAK (Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan) yang aktif sejak tahun 2007 adalah pertubuhan tidak sah atau pertubuhan haram.

Lojik akal telah jelas, apa sahaja pandangan atau perbuatan sesebuah Pertubuhan Haram, tidak boleh digunapakai, kerana pandangan itu hanya pandangan palsu dan tiada asas.

Ambillah iktibar, mereka yang memimpin pertubuhan haram, adalah menimpu dirinya sendiri dan ahli-ahli yang terpengaruh menyertainya.

Kebetulan individu yang memimpin Anak itu adalah pemimpin PAS. Pas kononya parti berasaskan agama-punya pula pemimpin yang menipu dan tidak jujur.

Jangan menghalalkan cara kerana untuk memenuhi kepentingan peribadi.

SPRM Siasat Kenduri mega anak Ali Rustam

SPRM akhirnya bertindak menyiasat kenduri mega majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka, ekoran laporan pihak Pembangkang berkaitan majlis itu.

Pembangkang membuat laporan ekoran perbelanjaan majlis itu yang berjumlah RM600,000 sesuai dengan pengakuan Ketua Menteri Melaka itu.

Majlis kenduri yang berlangsung minggu lalu di Melaka dihadiri kira-kira 130,000 tetamu sehingga direkodkan ke dalam Malaysian Book Record.

Pihak pembangkang mahu SPRM menyiasat kos majlis itu, kerana jumlah sebanyak RM600,000 diluar kemampuan seorang Ketua Menteri.

Pembangkang juga mendakwa, bahawa terdapat salahgunakuasa dalam penganjuran majlis itu, kerana mereka mendakwa bahawa agensi kerajaan terlibat sama sebagai penyaja, dan kos ditanggung oleh agensi-agensi kerajaan yang terlibat.

Sebelum ini, Ketua Menteri Melaka itu berkata, majlis kenduri anaknya yang dihadiri ratusan ribu itu, hanya atas sebab sokongan rakyat berbagai lapisan terhadap beliau. Pembangkang menurut beliau cemburu kerana melihat sambutan rakyat yang begitu ramai.

Thursday, October 04, 2012

Politik Spin-fitnah agenda utama Pembangkang

RAKYAT saban hari didodoi dengan fitnah, kerana itulah agenda pembangkang. Para pemimpin pembangkang tidak lagi berperanaan sebagai pembangkang, untuk memberi maklumat dan cadangan alternatif kepada rakyat, akan tetapi mengatur bagaimana membuat fitnah, kemudian fitnah itu diputar belit, seolah-olah benar.

Apa sahaja dibuat kerajaan pada masa ini semuanya tidak betul. Mereka memutar belit tindakan kerajaan, kononnya untuk kepentingan para pemimpin BN sahaja, bukannya untuk rakyat.

Bajet 2013 misalnya, mereka memperlekehnya, kerana kononnya bajet itu bajet tidak bermoral, malah angka pendapatan negara, kononnya palsu.. dan permainan matematik.

Sebenarnya, para pemimpin pembangkanglah yang bercakap tembak-tembak, sebagai contoh, angka-angka bajet Pakatan Rakyat yang berjumlah RM234bilion dengan pendapatan RM179 bilion adalah angka tembek-tembek, kerana mereka tidak mempunyai data yang cukup untuk merangka bajet. Pun demikian, mereka beranggapan, bahawa bajet merekalah kononnya yang betul, manakala bajet kerajaan BN adalah bajet palsu.

Anggapan para pemimpin Pakatan Rakyat ini sebenarnya bahaya untuk negara, kerana apabila ada rakyat yang mempercayainya, maka boleh menimbulkan masalah kepada negara.

Masalah kapal selam scorpene misalnya, mereka memutar-mutar fitnah, seolah-olah Najib terlibat dalam isu yang mereka reka. Mereka mahu mengwujudkan persepsi, bahawa kejelekan ada pada Najib, agar supaya rakyat percaya, kemudian itu mempengaruhi rakyat dalam memlih kerajaan dalam pilihanraya.

Tindakan BERSIH dalam mengecam SPR berhubung daftar pemilih misalnya, sekurang-kurangnya telah mengwujudkan persepsi, bahawa badan yang mengendalikan pilihanraya itu tidak telus; sedangkan selama 12 kali pilihanraya, badan yang sama juga yang mengendalikan.

SPRlah yang membolehkan Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak, Wilayah Persekutuan dan Kelantan dimenangi Pembangkang. Kalaulah SPR berpihak kepada BN, takkanlah sejak tahun 1990, BN berusaha menang di Kelantan, tetapi hingga tahun 2008, semuanya gagal.

Pembangkang kini semakin gah kerana selain mempunyai sumber kewangan daripada kerajaan negeri yang mereka kuasai untuk menghadapi pilihanraya, juga mereka mendapat dana daripada negara asing.

Melalui berbagai instrumen media dan pengamal media alternatif yang dikepalai Malaysiakini, Malaysian insider dan beberapa media laternatif lain, spin fitnah mereka telah sampai ke seluruh pelosok tanahair, kerana media internet sudahpun terdapat di mana-mana.

Kerajaan melalui media arus perdana, seperti TV3 dan media kawalan Umno, berjaya mereka lampaui, sehingga apa sahaja berita yang disiarkan oleh media-media itu, kononya palsu dan hanya propaganda.

Dikhuatirkan, semasa pilihanraya ke-13 nanti, rakyat ke peti undi dan mengundi berasaskan fitnah. Jika ini berlaku, maka malapetaka untuk negara.

Yang peliknya, walaupun janji-janji pembangkang semasa kempen pilihanraya 2008, hampir sepenuhnya belum tertunaikan, akan tetapi, parti-parti itu masih mendapat sokongan, malah ada pemimpin BN sendiri berjaya mereka pengaruhi sehingga menyebelahi mereka.

Faktor apa kah yang menyebabkan pembangkang masih dapat mempengaruhi rakyat? jawabnya mereka bijak memilih isu. Isu majlis perkahwinan anak Ketua Menteri Melaka misalnya, mereka angkat sebagai isu utama, untuk menggambarkan bahawa pemimpin BN lebih suka berpoya-poya berbanding membantu rakyat.

Suatu ketika dahulu, mereka juga mengangkat isu pertunangan anak Najib, isu gelang isteri Najib, isu lawatan Najib ke luar negara dan isu bil litrik kediaman Perdana Menteri.
 
Cara mereka itu, apabila dikuti oleh pihak BN dengan mengangkat isu Jet Peribadi Anwar, isu Talam; mereka menjawabnya dengan melakukan himpunan Bersih dan dijadualkan pada 3 November.

Sebenarnya BN tidak mahu memberikan rakyat maklumat yang tidak berasas dan berbaur fitnah, kerana kerajaan BN hanya ada beragenda  untuk membangun negara. Kerajaan BN hanya memberikan apa yang perlu dibuat demi kebaikan negara. BN bukan bercakap retorik, akan tetapi berasaskan JANJI DITEPATI, berlainan dengan Pembangkang, janji bukan untuk ditetapi, tetapi JANJI ASALKAN DAPAT SOKONGAN UNTUK MERAMPAS PUTERAJAYA.

Inilah yang dihadapi BN sekarang ini, apakah jumlah rakyat yang memelih JANJI DITEPATI akan lebih ramai berbanding dengan yang menyokong JANJI UNTUK BERJANJI, UNTUK DAPAT SOKONGAN?
 
Semuanya ini akan ditentukan pada PRU-13 akan datang.

Blog Archive