Saturday, December 29, 2012

Awas! Kumpulan ANAK rupanya pengikut Kristian



SATU lagi bukti pencacai PAS dalam ANAK kini sudah terpengaruh ajaran Kristian apabila hari ini mereka telah membuat replika Pengerusi Felda disalib ketika melakukan demontrasi seramai 500 di hadapan Wisma Felda , Jalan Semarak .

Menariknya demontrasi ini mula berarak daripada masjid UTM diketuai Mazlan Aliman ,Salahudin Ayub & Dr Hatta Ramli . Mereka mendesak Isa Samad meletakkan jawatan sebagai Pengerusi Felda.

Friday, December 28, 2012

Isu Kalimah ALLAH: Guan Eng perlekeh Anwar

ISU Kalimah ALLAH yang dibangkitkan oleh Lim Guan Eng dalam perutusan Hari Natalnya sebenarnya memperlekeh Anwar Ibrahim.

Meskipun telah ada persetujuan awal antara tiga parti itu, namun persetujuan itu tidak digunapakai oleh DAP.

Di kalangan Pembangkang mengharapkan agar Anwar Ibrahim mampu menangani isu-isu yang dibangkitkan oleh parti-parti Pakatan Rakyat atas kapasitinya sebagai defacto leader Pakatan Rakyat ternyata meleset apabila Lim Guan Eng tidak ambil peduli.

Meskipun Anwar menyatakan bahawa isu Kalimah ALLAH seharusnya telah selesai kerana dipersetujui bersama dan kemudian pernyataan bersama berhubung isu itu telahpun dikeluarkan.

Berkaitan dengan isu ini lah rakyat perlu menilai sejauh mana kemampuan Anwar mengawal para pemimpin parti-parti dalam Pakatan. Lantangnya Lim Guan Eng mendesak agar Kalimah ALLAH digunapakai dalam kitab injil versi bahasa Melayu untuk menggantikan "god" menunjukkan bahawa persetujuan dengan PKR dan PAS tidak dihormati.

Ada sesuatu yang tersirat berhubung enggannya Lim Guan Eng menghormati persetujuan berhubung Kalimah Allah yang telah disepekati sebelumnya, kerana besar kemungkinan Guan Eng melihat sendiri tingkah laku Anwar berserta para pemimpin terutamanya daripada PKR.

Guan Eng melihat bahawa Anwar adalah pengamal agama majmuk; atas sebab itu beliau mengiktiraf LGBT, pengiktirafan itu memberi ruang kepada Setiausaha Agung DAP itu untuk percaya bahawa pegangan Anwar terhadap agama islam telah longgar.

Melalui keyakinan Guan Eng itu, maka tidak menjadi masalah baginya untuk membangkitkan isu Kalimah ALLAH; agar penganut agama kristian dibenarkan menggunakan ALLAH bagi mengantikan "god". ( Di Indonesia ALLAH dieja sebagai Alah dalam Al-Kitab).

Seperti yang diduga, Anwar memberi reaksi menggunakan bahasa politik, bahawa beliau akan memanggil mesyuarat khas antara para pemimpin Pakatan Rakyat untuk membincangkan isu itu, sambil mendakwa bahawa isu adalah isu sensitif. Namun Anwar tidak menjelaskan sensitif terhadap siapa atau agama mana.

Sekiranya Anwar mengambikira latar belakangnya di mana suatu masa dahulu beliau adalah pejuang islam melalui ABIM dan pendirian sebahagian pemimpin PAS ( Nik Aziz dan Haji Hadi belum memberi sebarang komen berhubung desakan Lim Guan Eng) sudah tentunya, beliau akan akur terhadap pendirian kerajaan bahawa adalah dilarang menggunakan kalimah ALLAH dalam kitab injil versi Bahasa melayu yang diedarkan di Semenanjung. Namun, jika Anwar telah melupakan latarbelakangnya itu dan tidak ambil peduli berhubung pendirian sebahagaian pemimpin PAS, maka ada kemungkinan Anwar akan setuju apa yang Lim Guan Eng kehendaki. Jika sebaliknya berlaku, maka Anwar akan dianggap oleh Guan Eng dan pemimpin DAP masih condong kepada agama islam.

Isu Kalimah ALLAH akan terus menjadi duri dalam daging antara PAS dan DAP, namun belum jelas pula dalam PKR, kerana para pemimpin PKR senantiasa berubah-ubah demi matalamat politik.

Thursday, December 27, 2012

Hanya Nik Aziz Sendiri Kata Dia OK

Anda nampak tidak? apa perbezaan antara gambar di atas dan di bawah? Gambar atas Nik Aziz mengenakan jaket keselamatan, di mana sepatutnya tidak diperlukan, manakala gambar bawah beliau tidak mengenakan jaket yang sepatutnya perlu. Dua gambar ini menerangkan kepada kita, bahawa beliau tidak mempunyai kekuatan menjadi wakil rakyat lagi.

Amanat Hadi: Dimana Kedudukan Hadi Sendiri?

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

"Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

Percayalah saudara-saudara sekalian.....!

Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan "politik suku..., agama suku...."

Inilah teks apa yang dikenali sebagai "Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! 

Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa....? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu...?
Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir...?
Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran...?
Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk "Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan."

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), PAS mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka PAS membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; 
"Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. 

Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai "kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan...!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas "Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran...? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran...?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"!

Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang....?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu..

Sunday, December 23, 2012

Tun Dr Lim Keng Yaik Meninggal

Keng Yaik  (kiri) dan Tsu Koon
Bekas presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik, 73 meninggal dunia pada Sabtu. Beliau meninggal dunia pada jam 4.45 petang ini di kediamannya di Country Resort Tropicana Petaling Jaya.

Dr Lim menerajui Gerakan selama hampir tiga dekad sejak tahun 1980 sebelum berundur pada tahun 2007.

Beliau pernah berkhidmat sebagai menteri tenaga, air dan komunikasi sebelum bersara pada tahun yang sama.

Dr Lim dilahirkan di Perak dan berkelulusan dari Queens University Belfast, United Kingdom dengan sarjana muda perubatan dan pembedahan pada tahun 1964.

Beliau menyertai politik pada tahun 1968 dan menjadi pengerusi MCA Perak pengerusi pada tahun 1971, tetapi kemudian menyertai Gerakan pada tahun 1974.

Beliau memenangi kerusi parlimen Beruas selama 18 tahun sejak tahun 1986 tetapi tidak bertanding dalam pilihan raya umum 2008.

Sementara itu, Bernama melaporkan, Dr Lim meninggalkan seorang isteri Toh Puan Wong Yoon Chuan dan tiga anak. 

Datuk Seri Najib Tun Razak dalam reaksinya apabila dimaklumkan berhubung kematian menteri kabinet  itu berkata beliau amat sedih apabila mendengar berita kematian bekas Presiden Gerakan, Tun Dr Lim Keng Yaik yang meninggal dunia, pada Sabtu.

Perdana Menteri berkata Lim merupakan seorang yang mempunyai perwatakan yang baik dan pemergiannya merupakan kerugian besar kepada negara.

"Dalam kerjaya cemerlang yang menjangkau lima dekad, Tun Dr Lim terbukti menjadi seorang tokoh inspirasi ahli politik yang didorong komitmen tinggi beliau untuk berkhidmat kepada masyarakat," katanya dalam satu kenyataan, Ahad.

Najib berkata sebagai menteri Kabinet selama 22 tahun, mendiang Dr Lim berkhidmat dengan cemerlang dan memainkan peranan yang besar dalam transformasi negara dan membantu membina sebuah masyarakat yang stabil dan makmur.

"Semua rakyat Malaysia terhutang budi kepada beliau. Tun Dr Lim bukan sahaja seorang pemimpin yang hebat, bahkan rakyat Malaysia yang hebat.

"Beliau adalah seorang pejuang dan kita akan akan merasai kehilangan beliau. Ingatan kami kini bersama keluarga dan rakan baik beliau," katanya.

Keng Yaik dipilih presiden Gerakan pada 1980 dan menerajui parti itu hingga 2007 sebelum meletakkan jawatan, dan diganti oleh Tan Sri Dr Koh Tsu Koon.

"Negara meratapi pemergian Tun Dr Lim Keng Yaik. Beliau berkhidmat dengan cemerlang sebagai menteri dan pemimpin Gerakan. Saya akan merasai kehilangan beliau," katanya. 

Sementara itu, Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin menyifatkan kematian Dr Lim sebagai satu kehilangan besar kepada negara. 

"Saya berasa amat dukacita apabila mendapat berita tentang kematian Tun Dr Lim Keng Yaik. Saya ucapkan takziah kepada keluarga mendiang. Ini satu kehilangan besar kepada negara," katanya menerusi mesej tweeter malam semalam.

Presiden Gerakan Tan Sri Dr Koh Tsu Koon pula berkata pemergian Dr Lim merupakan satu kehilangan besar kepada parti dan negara. 

Katanya, mendiang, yang berkhidmat hampir 28 tahun sebagai presiden Gerakan, banyak menabur bakti memperkukuhkan parti itu serta memperjuang hak semua kaum di negara ini. 

"Kami memang berasa amat sedih dengan pemergian seorang tokoh negara, mendiang Tun Dr Lim Keng Yaik, yang merupakan antara pemimpin kanan negara. 

"Mendiang juga pernah memegang beberapa portfolio penting dan telah dikenali sebagai seorang pejuang untuk komoditi seperti minyak, kelapa sawit, kayu dan sebagainya di pasaran dunia," katanya kepada pemberita pada Majlis Sekalung Budi Semarak Perpaduan 2012 Peringkat Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur malam semalam.

Thursday, December 20, 2012

Orang Melayu Dalam DAP bangga menghina bangsa sendiri

KENYATAAN pertama daripada seorang melayu yang tewas dipilih pada pemilihan parti DAP tetapi dilantik pula sebagai boneka, kononnya gejala rasuah dalam sektor awam, kerana majoriti penjawaat awam adalah melayu.

Kenyataan itu menggambarkan bahawa kaum melayu itu adalah punca rasuah.

Senator Ariffin SM Omar yang dilantik sebagai anggota CEC DAP bersama setiausaha politik Lim Guan Eng Zahril Khir Johari; telah mengubah status mereka daripada bangsa melayu kepada bangsa lain. Atas sebab itu, lesen yang diberikan kepada mereka adalah memperlekeh bangsa melayu, kerana mereka kelihatan melayu.

Ariffin lupa, bahawa akar daripada rasuah bukannya daripada kaum melayu, rasuah sebenarnya berpunca daripada masyaraat tionghua. (sila kaji sejarah rasuah).

Sifat melayu yang mudah lupa ada terletak pada Ariffin, hanya jawatan Senator dan mempunyai kedudukan dalam CEC sudah merasa besar kepala; sehingga membuta tuli menghina bangsa sendiri.

Kenyataan Senator DAP itu telah menghina jutaan kakitangan awam yang berbangsa melayu, walaupun tidak semua, kerana ada juga bangsa melayu dalam jabatan awam yang bertindak sebagai musang dalam kandang ayam.

Sebenarnya, kaum melayu secara amnya tidak pernah menyokong DAP, kecuali individu-individu tertentu yang mempunyai fahaman sama seperti pemimpin dan penyokong majoriti DAP yang berfahaman chuvinis dan melampau. Rata-rata penyokong DAP yang 150 ribu itu, adalah berfahaman ektrim dan tidak pernah mengwakili fahaman berbilang kaum yang ada dalam negara ini.

Kaum melayu yang berjaya bersama DAP adalah mereka yang telah tertapis pemikiran mereka, di mana perjuangan mereka adalah perjuangan melampau dan tebal perkauman. Atas sebab itu, apabila kaum melayu menyertai DAP jika dilihat pada kulitnya adalah melayu, akan tetapi jiwanya sama seperti Lim Guan Eng. 

Jangan pelik, apabila ada pemimpin DAP yang bernama melayu menghentam dan menghina melayu; kerana pemimpin itu adalah jelamaan Lim Guan Eng.

Wednesday, December 19, 2012

BN boleh menang kuasa 2/3 Dewan Rakyat

Tun M Sandakan 16/12/2012
BN dua kali tersentak; pertama pada PRU-2004 dan kedua pada PRU-2008. Pada PRU-2004, BN menang bukan sahaja kuasa 2/3 malah 3/4 kerusi dewan rakyat. Pada PRU itu, Kelantan hampir ditawan, dan cuma kurang 2 kerusi DUN.

Pada PRU-2008 pula BN tersentak untuk kali kedua, kemenangan pada PRU sebelumnya bukan sahaja tidak mampu dipertahankan, malah BN hampir kecundang. Nasib baiklah Sabah dan Sarawak menjadi penyelamat, kalau bukan, maka BN mungkin mengalami kekalahan serupa dengan parti LDP Jepun.

Kekalahan LDP Jepun dan tsunami politik pada BN hampir serupa puncanya- yakni para pemimpinnya lupa daratan.

Bagi BN pula, akibat kemenangan yang begitu besar pada PRU-2004, membuatkan para pemimpinnya bersifat sombong dan lupa kepada jasa-jasa pemimpin lama. Misalnya sumbangan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir cuba dilenyapkan dengan berbagai cara, termasuk memalukannya semasa persidangan Bahagian Umno Kubang Pasu.

Akibat sifat sombong dan takabur segelintir pemimpin BN umumnya dan umno khasnya, maka rakyat hampir menghukum gabungan 13 parti itu pada PRU-2008, walaupun gabungan itu banyak berjasa kepada pembangunan negara dan rakyat sejak merdeka.

Pucuk pimpinan yang mengakibatkan BN mengalami tsunami politik, sudahpun membayar kesilapannya apabila berundur setahun selepas PRU itu.

Pucuk pimpinan baru mengambil alih, yakni apabila Datuk Seri Najib Tun Razak dilantik sebagai Perdana Menteri pada April 2009.

Najib mewarisi kerajaan yang lemah, mewarisi kesimpang siuran dalam politik, berdepan dengan masalah ekonomi secara global. Jelasnya, beliau menjadi pemimpin pada saat-saat genting dengan berbagai masalah dalaman dan luar negara.

Najib bermula melalui konsep 1Malaysia, Rakyat Didahulukan dan Pencapaian Diutamakan. Disusuli dengan berbagai transformasi baik bidang politik, ekonomi dan sosial.

Najib membawa pendekatan yang responsif terhadap kehendak rakyat; baik penyelesian jangka pendek mahupun jangka panjang.

Selepas hampir empat tahun menerajui negara, Najib akhirnya mampu mengembalikan kepercayaan rakyat kepada BN. Penerimaan terhadap Najib bukan sahaja daripada rakyat jelata, malah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir memberi pengiktirafan, bahawa kepimpinan Najib berada pada saluran yang betul dan tiada sebab untuk tidak disokong.

Pendekatan Najib yang memberi pengormatan kepada mantan-mantan Perdana Menteri, malah menjadi ikutan Barack Obama, semasa Presiden Amerika itu berkempen mempertahankan jawatan Persiden Amerika untuk penggal kedua. Barack berganding bahu dengan mantan Presiden Amerika; Bill Clinton semasa berkempen. 

Najib faham betul bahawa jasa para pemimpin vetaran tidak boleh dilupakan begitu sahaja; beliau tidak mahu mengulangi kepiminan yang diwarisinya yang cuba melenyapkan sumbangan para pemimpin veteran.

Kini, sering kita menyaksikan bahawa lawatan-lawatan Najib yang bersifat rasmi turut juga kelihatan kehadiran mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir. Majlis terakhir kita melihat kehadiran Tun Dr Mahathir bersama Najib adalah pada persidangan LDP komponen BN Sabah di Sandakan pada 16 Disember.

Ramai pemimpin akar umbi memberi tanggapan, bahawa sokongan padu yang diberikan oleh Tun Dr Mahathir kepada Najib adalah salah satu faktor penyebab rakyat kembali menyokong BN.

Sokongan Tun Dr Mahathir terhadap Najib, adalah menjadi faktor utama kaum cina kembali menyokong BN. Sokongan kaum cina terhadap Tun Dr Mahathir sukar untuk dipersoal; beliau membuktikan pada era Reformsi pada PRU-1999; pada PRU itu BN tetap mendapat kuasa 2/3 kerusi dewan rakyat, kerana sokongan kaum cina.

Pada PRU-13 ramai yang beranggapan bahawa BN akan kembali berkuasa dengan kuasa 2/3. Faktor yang mendorong kepada anggapan ini adalah keputusan rakyat Jepun yang mengembalikan Parti LDP untuk berkuasa semula. Malah parti tertua Jepun kembali menguasai dewan atas, dimana sebelum ini belum ada parti yang dapat mengawal kedua-dua dewan sekaligus.

Rakyat Jepun sedar, bahawa cuba-cuba untuk mengubah kerajaan tiga tahun lalu, bukan membawa kebaikan kepada negara dan rakyat; diharapkan pada pengundi Malaysia, bahawa kemarahan pada PRU-2008 telah reda, dan semoga pengundi menyokong BN semula, sepertimana tindakan rakyat Jepun mengembalikan Parti LDP.

Tuesday, December 18, 2012

Parti LDP yang bersidang Parti Gerakan juga turut sibuk

Setidak-tidaknya itulah gambaran yang penulis nampak semasa melawat Sandakan pada 15-16 Disember. 

Jarang sekali, apabila ada komponen parti BN yang bersidang pada suatu kawasan, maka bendera komponen lain juga dipasang, melainkan yang dipasang adalah bendera parti yang bersidang itu bersama bendera BN.

Lain kejadiannya di Sandakan, di pertengahan jalan dari lapangan Terbang Sandakan, terdapat bendera Parti Gerakan diselang selih dengan bendera parti LDP.

Apa kah sebenarnya yang berlaku? Penulis juga melihat bahawa ramai yang berbaju Parti Gerakan nampak sibuk keluar masuk di kawasan di mana LDP bersidang. Apa kah keadaan ini satu kebetulan? atau kah pihak Parti Gerakan membantu menjayakan persidangan LDP? Jika ini benar-benar merupakan perancangan kedua-dua parti itu, maka satu fenomena baru berlaku dalam komponen BN.

Rupanya kerjasama antara kompnen BN, bukan sahaja semasa pilihanraya atau mengurus negara, akan tetapi  kerjasama juga berlaku, jika ada komponen BN mengadakan persidangan tahunan.

Pada masa akan datang, kita mungkin akan menyaksikan apabila parti MCA misalnya bersidang, maka selain bendera MCA dan BN dikibarkan, bendera komponen-kompnen lain juga turut dipasang.

Akan tetapi, selepas persidangan itu, penulis ada mendengar cerita-cerita yang tidak sedap ditelinga, rupanya   kejadian pemasangan bendera parti Gerakan adalah untuk menarik perhatian Perdana Menteri, bahawa Sandakan adalah wilayah Gerakan.

Terdengar juga cerita, bahawa salah seorang pemimpin utama Gerakan daripada Sabah, melakukan arahan  bidan terjun yang bercanggah dengan aturcara yang telah disiapkan oleh urusetia Parti LDP. Akibatnya, pihak protokol yang mengurus tempat duduk isteri Perdana Menteri, isteri Ketua Menteri dan isteri Presiden LDP, tidak terduduk pada tempat yang semestinya, melainkan mereka didudukan pada tempat yang bukan sepatutnya.

Akhirnya, penulis kemudian ketahui, bahawa ada unsur sabotaj daripada pemimpin tertentu daripada parti Gerakan Sabah, terhadap majlis anjuran LDP di Sandakan pada Ahad lalu.

Kenapa ini semua berlaku? sedangkan PRU-13 akan menjelang tiba. Nampak gayanya, unsur sabotaj daripada pihak komponen BN masih berlaku. 

Pada PRU-2004, kerusi Parlimen Sandakan jatuh ke tangan pembangkang kerana unsur sabotaj parti kompnen BN. 

Unsur sabotaj telah dikupas dengan panjang lebar oleh Perdana Menteri semasa menggulung Perbahasan Persidangan Agung Umno ke-66 pada awal bulan ini. Menurut Perdana Menteri, iktibar perlu diambil pada PRU-12, disebabkan sabotaj, maka banyak calon-calon BN kalah.

Parlimen Sandakan mempunyai dua DUN-Dun Karamunting dan DUN Tanjong Papat. Pada PRU-12, Dun Karamunting dimenangi calon daripada LDP, manakala Tanjong Papat dimenangi oleh calon SAPP (SAPP keluar BN pada 17 September, 2008).

Ekoran keluarnya SAPP daripada BN, maka wakil rakyatnya bagi DUN Tanjong Papat dan Elopura menyertai Parti Gerakan, sementara DUN LDP bagi Karamunting juga turut sama.

Mungkin, para wakil rakyat yang telah menyertai Parti Gerakan itu, merasakan bahawa tiga DUN telah mereka kuasai (Parti Gerakan tidak pernah bertanding di Sabah pada sebarang pilihanraya), maka membuatkan tiga wakil rakyat Gerakan merasakan Sandakan adalah wilayah parti itu.

Para wakil rakyat itu tersilap, bahawa konsep BN, bukan berasaskan kepada individu, akan tetapi berasaskan parti. BN memilih calon-calon berasaskan parti, bukan wakil rakyat yang menyertai sesebuah parti.

Sesuai dengan prinsip BN, Parlimen Sandakan, DUN Karamunting telah diperuntukan kepada parti LDP, manakala DUN Tanjong Papat dan Elopura, belum ditentukan, parti mana yang akan bertanding di kawasan itu.

Jika berasaskan kepada kestiaan kepada perjuangan, maka parti LDP merupakan parti yang perlu diberi peranan, kerana parti itu adalah parti komponen tertua BN Sabah disamping Umno.

BN Sabah sebenarnya bermula dengan Parti Umno, Parti LDP dan Parti Akar; kemudian disertai oleh SAPP, kemudian PBRS dan PDS (kini Upko). BN Sabah bertambah lagi apabila MCA dan Gerakan megembangkan sayapnya ke Sabah selepas BN membentuk kerajaan pada tahun 1994.

Jika diambil keputusan PRU-12, parti yang mengalami kekalahan teruk adalah Gerakan, kerana Presidennya  turut kalah; kemudian diikuti Parti MCA dan MIC.

Berasaskan perkembangan politik semasa, dengan melihat kecenderungan rakyat Sabah, nampaknya rakyat cukup memahami dan menyokong Umno, kerana Umno adalah jelamaan kepada Usno dan Tun Mustapha. Umno ke Sabah untuk menggantikan Usno yang telah dibubarkan untuk memastikan semua ahlinya diserap dalam Umno.

Berlainan dengan parti MCA, Parti Gerakan dan Parti MIC; parti-parti ini mengembangkan sayapnya ke Sabah bukan mengambil alih peranan mana-mana parti tempatan. Atas sebab itu, apabila diselami perasaan akar umbi rakyat Sabah, mereka kini cenderung kepada parti tempatan yang menerima konsep BN. Jika itu, yang diambil sebagai tolok ukur, maka untuk kaum cina, maka parti tempatan yang tersedia adalah Parti LDP.

Semasa penulis di Sandakan, sempat juga penulis menemuramah beberapa penduduk tempatan; jawapan mereka mudah dan terus terang.. hanya parti Tempatan komponen BN yang ada harapan, selain itu susah jawapan mereka.

Jika lah pucuk pimpinan gagal membaca arus pilihan para penggundi, terutama bagi kawasan-kawasan kaum cina, ada kemungkinan kawasan-kawasan ini boleh jatuh ke tangan pembangkang. Fikir-fikirkan lah.

Monday, December 17, 2012

Parti DAP tolak Melayu

GEORGE TOWN: DAP tidak cukup matang untuk menerima kaum lain ke dalam kepimpinan tertingginya, kata dua calon Melayu yang tewas dalam pemilihan 20 jawatan Anggota Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC).

Naib Pengerusi DAP Johor, Ahmad Ton berkata, perwakilan masih belum memahami signifikan perhimpunan parti adalah mengenai konsep 'Malaysian-Malaysia'.

Ahmad yang bertanding sebanyak enam kali, menang hanya sekali pada 2008, berkata DAP memerlukan masa untuk mengubah imej parti sebagai yang didominasi oleh kaum Cina.

Pengerusi Jawatankuasa DAP Pulau Pinang, Zulkifli Mohd Noor yang turut tewas berkata,  kehadiran kaum melayu dan india dalam parti gagal memberikan sebarang impak.

Kesemua lapan calon Melayu yang bertanding dalam CEC kalah teruk.

Friday, December 14, 2012

LDP bergerak ke depan bersama BN berdepan dengan PRU-13

PADA 16 Disember bertempat di Sandakan, salah satu parti kompnen BN Liberal Democratic Party (LDP) akan mengadakan Persidangan Agung ke-23 parti itu. 

Jika pada tahun lepas, juga diadakan di Sandakan Persidangan itu dirasmikan oleh Timbalan Perdana Menteri, namun kali ini giliran Perdana Menteri pula merasmikannya. 

Pada mulanya dianggap sebagai parti nyamuk yang mewakili kaum cina khasnya kaum cina Sabah, LDP ditubuhkan di Tawau pada tahun 1989 semasa Sabah diperintah oleh Parti Bersatu Sabah. LDP secara rasminya menjadi kompnen BN pada tahun 1991, bersamaan Umno mengembangkan sayapnya ke Sabah, ekoran tikam belakang PBS pada PRU-1990. 

Selepas melakukan peremajaan, kini LDP diterajui oleh pemimpin pelapis parti itu, bermula pada tahun 2006, apabila Presiden sekarang mengambil jawatan itu daripada Tan Sri Chong Kah Kiat. 

Walaupun dianggap parti kecil, namun kerana dasar kesetiakawanan dan pembahagian kuasa yang saksama antara parti komponen, pada PRU-2008, parti itu diberi perananan bertanding satu kerusi parlimen dan tiga kerusi DUN, yakni Parlimen Sandakan, DUN Karamunting, DUN Merotai dan DUN Tanjong Kapor. Berkat kerjasama antara komponen BN, maka semua kerusi yang ditandingi LDP bagi mewakili BN menang 100 peratus; dan menariknya berjaya merampas semula Parlimen Sandakan yang terlepas pada PRU-2004, akibat sabotaj salah sebuah parti komponen BN pada masa itu. 

Yang menarik bagi parti itu, sejak diubuhkan dan diterima dalam BN, ada sahaja pemimpinnya dilantik pada jawatan kabinet samada di peringkat Persekutuan mahupun negeri. Malah, parti itu bersama-sama Umno, SAPP, UPKO, pemimpinnya pernah dilantik ke jawatan Ketua Menteri. Menariknya lagi, hanya bersama Umno, pemimpinnya pernah dilantik ke jawatan Timbalan Ketua Menteri, dan kabinet negeri. 

Persidangan parti itu yang ke-23 yang berlangsung pada Ahad, merupakan persidangan terakhir bagi parti-parti yang bergabung bersama 12 parti kompnen dalam BN, sebelum gabungan itu berdepan dengan PRU-13. 

Sebagai parti yang berasaskan kaum cina, LDP sangat diharapkan peranannya dalam berhadapan dengan PRU-13, kerana sepertimana dihadapi gabungan itu pada PRU-12, bahawa kecenderungan kaum cina menyokong BN telah menjunam dan mengalihkan sokongan mereka kapada Pakatan Rakyat khususnya kepada DAP. Sebagai tambahan, melalui PRN Sarawak pada tahun 2011, ternyata sokongan kaum cina bertukar secara drastik kepada pembangkang, apabila parti komopnen BN Sarawak SUPP, mengalami kekalahan teruk, termasuk kekalahan Presidennya. 

Akan mampukah LDP bersama-sama MCA, Gerakan dan SUPP menggalas tugas untuk menarik pengundi kaum cina menyokong BN? Bagi LDP dan SUPP akan ringan tugas parti itu, kerana merupakan parti negeri, berlainan dengan MCA dan Gerakan yang merupakan parti kebangsaan. 

Khusus bagi Sabah, peranan LDP sangat diharapkan bagi kawasan-kawasan Parlimen Kota Kinabalu, Sandakan dan Tawau, bagi DUN pula sangat diharapkan peranannya bagi DUN Likas, Dun Luyang, DUN Kepayan, Dun Tanjing Aru, DUN Sri Tanjung, DUN Elopura di samping DUN-DUN yang bakal ditandinginya. 

Kedatangan Perdana Menteri yang juga merangkap Pengerusi Barisan Nasional Pusat merasmikan persidangan parti itu, menggambarkan betapa pentingnya LDP dalam BN; selain itu, persidangan parti itu untuk dua tahun berturut-turut diadakan di Sandakan, mempunyai erti yang mendalam antara hubungan parti itu dengan Pengerusi BN Sabah- Datuk Musa Aman. 

Nampaknya, riak-riak yang wujud beberapa tahun lalu antara Timbalan Presiden itu dengan Musa, sudah berlalu, bah kata peribahasa carik-carik bulu ayam lama-lama bercantum juga. 

Kini, LDP bersama barisan pemimpinnya yang diketuai oleh Presidennya Datuk Liew Vui Keong telah bersedia bersama Musa melangkah bersama, bergandingan bahu untuk berdepan dengan PRU-13.

PAS Tunduk Pada DAP, Sanggup Kaji Semula Undang-Undang Yang Dilaksana

KOTA BARU: Satu lagi bukti terserlah, bagaimana PAS akan berbuat apa sahaja untuk akur dengan rakan pakatannya DAP, apabila kerajaan negeri menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan kedai gunting di sini.

Setelah lebih 20 tahun melaksana dan mempertahan peraturan pengasingan jantina di kedai gunting rambut, kerajaan PAS Kelantan akhirnya mengalah terhadap desakan rakan pakatan pembangkang atas alasan mengambil kira pandangan semua pihak dan faktor pilihan raya umum yang semakin hampir.

Pada Rabu, Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan, Kebudayaan dan Pelancongan Negeri, Datuk Takiyuddin Hassan dilaporkan berkata keputusan dibuat untuk menangguhkan serta merta penguatkuasaan syarat pelesenan di bawah undang-undang kecil Majlis Perbandaran Kota Baharu-Bandaraya Islam (MPKB-BRI) yang melibatkan kedai gunting rambut milik orang bukan Islam.

Ia diputuskan dalam mesyuarat mingguan Exco kerajaan negeri dan penangguhan itu sehingga kajian mengenainya selesai dijalankan.

Ini belum lagi pelaksanaan hukum hudud yang diperjuangkan PAS, dan secara terang-terangan ditentang DAP, pelaksanaan undang-undang kecil begini pun PAS tidak dapat bertahan.

Dengan penangguhan itu bermakna semua kedai gunting rambut milik orang bukan Islam dibenarkan beroperasi seperti biasa dan tidak terikat dengan syarat di bawah undang-undang kecil pihak berkuasa kerajaan tempatan.

Isu kedai gunting rambut ini menarik perhatian umum terutama masyarakat Cina apabila akhbar baru-baru ini melaporkan seorang pengurus kedai gunting rambut di sini, Ong Lee Ting, mendakwa beliau disaman 11 kali oleh pihak berkuasa tempatan kerana pekerja wanita bukan Islam di premisnya menggunting rambut pelanggan lelaki bukan Islam sejak 2010.

Akibatnya, dia didenda RM200 hingga RM350 dan mendakwa ramai lagi pemilik kedai gunting turut menghadapi perkara sama.

Tindakan kerajaan negeri itu turut dikecam Pengerusi Kebangsaan DAP Karpal Singh yang dilaporkan berkata mereka yang bukan Islam boleh membawa perkara itu ke mahkamah.

Walaupun Karpal Singh menyambut baik keputusan penangguhan selepas itu, , beliau sebenarnya mahu PAS meminda undang-undang kecil itu untuk menyediakan peruntukan yang tidak terpakai kepada orang bukan Islam.

Penangguhan itu sebenarnya langkah sementara, dan tidak menghairankan nanti bahawa PAS berkemungkinan pula akan akur dengan cadangan pengerusi kebangsaan DAP itu untuk meminda undang-undang kecil berkenaan.

Bekas Setiausaha Dewan Ulama PAS Kelantan Wan Ismail Wan Ahmad berkata akibat daripada 'berkawan' dengan DAP, PAS telah menyimpang daripada perjuangan asalnya demi menjaga hati rakan pakatan.

PAS sebenarnya sama-sama ghairah dengan pakatan pembangkang untuk menawan Putrajaya dan pemimpin parti itu tidak bersungguh-sungguh untuk melaksanakan hukum Islam sebagaimana yang dicanang selama ini khususnya hudud, kata Wan Ismail.

Beliau menganggap 'ulama politik' dalam PAS hanya melihat kepentingan politik lebih daripada kepentingan Islam.

Bekas anggota Jawatankuasa Dewan Ulama PAS Pusat Prof Madya Mohd Noor Deris berkata keputusan terbaharu kerajaan PAS Kelantan itu menunjukkan mereka tidak berani untuk bertegas dalam melaksanakan sesuatu undang-undang.

"Keputusan menangguh pelaksanaan dan mengkaji semula undang-undang sekecil ini, menjadi bukti kepada rakyat di dalam dan luar Kelantan bahawa apa yang dicanang oleh PAS untuk melaksanakan hukum Islam, hanya semangat politik sahaja.

"Usahkan hukum hudud yang besar tidak dilaksanakan...undang-undang kecil boleh dimain-mainkan pemimpin PAS," katanya sambil menegaskan, rakyat boleh menilai keikhlasan perjuangan PAS pada masa kini.

Mohd Noor berharap rakyat tidak terus terpengaruh dengan dakyah PAS yang kononnya berjuang untuk menegakkan Islam sedangkan ia boleh menukar pendirian jika apa yang diperjuang tidak menguntungkan parti. - BERNAMA

Wednesday, December 12, 2012

Mantan Pengacara 999 TV3-Zakiah Anas selamat diijabkabulkan

Tahniah! diucapkan buat pasangan Zakiah Anas dan suaminya, Raja Shahrul Azmi Raja Sahar, 42 yang telah selamat bernikah di Masjid Kota Damansara, Petaling Jaya, Selangor hari ini.

Sunday, December 09, 2012

PRU-13: Ahli Umno Perlu Kikis Sikap Tidak Puas Hati- Tun Dr Mahathir

SIK - Ahli Umno perlu kikis sikap tidak puas hati terhadap calon pilihan parti jika mahu melihat parti itu dan Barisan Nasional (BN) terus berkuasa dan membentuk sebuah kerajaan yang kuat selepas Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, setiap anggota  perlu memberi sokongan kepada calon yang bertanding atas nama Umno dan tiket BN supaya kemenangan besar untuk membentuk kerajaan yang kuat boleh dicapai.

"Jangan terlalu cepat menolak mana-mana calon yang diputuskan bertanding," katanya pada Majlis Bersama Rakyat Daerah Sik, yang disertai lebih 2,000 orang, di sini hari ini.

Dr Mahathir berkata, tindakan tidak menyokong calon yang dipilih parti berpunca daripada sikap cepat lupa di kalangan orang Melayu, yang akhirnya akan mengundang masalah lagi jika Umno dan BN tidak mendapat majoriti yang secukupnya di Parlimen.

Katanya, anggota dan penyokong Umno serta BN perlu sedar bahawa tindakan tidak menerima calon yang dipilih oleh pimpinan parti dalam PRU13 sebenarnya membawa kesan buruk kepada parti dan anggota parti itu sendiri.

Beliau berkata, masalah itu boleh dielakkan jika semua ahli dan penyokong Umno dan BN mengenepikan hal-hal yang timbul dengan memberikan sokongan padu kepada semua calon Umno dan BN dalam PRU13 nanti.

Bercakap pada sidang media selepas itu, Dr Mahathir mahu semua ahli dan penyokong Umno dan BN memberikan keutamaan kepada perpaduan dalam parti.

Katanya, mereka perlu berazam membantu calon yang bertanding supaya menang bagi memudahkan pucuk pimpinan membentuk sebuah kerajaan yang kuat untuk membela rakyat serta melaksanakan pembangunan negara secara lebih drastik. - Bernama

Saturday, December 08, 2012

YB Zahrain Hashim kembali ke Umno

Najib melakukan lawatan kerja sehari ke Pulau Pinang hari ini. Lawatan itu membuka peluang BN untuk merampas negeri itu daripada DAP.

Pada PRU-12, BN menang 11 kerusi DUN sementara Pembangkang 29. Berasaskan perkiraan semasa, BN mempunyai kedudukan cerah bagi 17 DUN dan berpeluang menambah 5 kerusi yang menjadikan jumlahnya kepada 22 daripada 40 DUN yang tersedia.

Sementara itu melalui lawatan Najib ke negeri Pulau Mutiara itu, beliau dijangka menerima penyertaan MP Bayan Baru Datuk Zahrain Hashim seorang wakil rakyat bebas bersama-sama lebih 300 penyokongnya.

Semasa PRU-2008 Zahrain mengalahkan calon dari BN, Ooi Siew Kim dengan majoriti sebanyak 11,029 undi. Beliau memperolehi 27,618 undi berbanding lawannya memperolehi hanya 16,589 undi.Beliau merupakan pengkritik lantang pentadbiran ketua menteri Pulau Pinang, YAB Lim Guan Eng dan oleh kerana tiada tindakan terhadap YAB Lim maka pada 12 Februari 2010, beliau keluar dari PKR termasuklah semua jawatannya di dalam PKR berkuatkuasa serta merta dan menjadi wakil rakyat bebas yang tidak mesra BN.

Thursday, December 06, 2012

Buku: 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM-Tiada yang mengarah untuk siasat: Tan Sri Musa Hassan

Bekas Ketua Polis Negara Tan Sri Musa Hassan menegaskan beliau tidak pernah diarahkan oleh sesiapa untuk membuka kertas siasatan ke atas buku 50 Dalil Anwar Tidak Boleh Jadi PM pada sekitar tahun 1998.

Menurutnya, siasatan ke atas buku itu hanya dijalankan apabila terdapat laporan polis dibuat Datuk Seri Anwar Ibrahim yang merupakan timbalan perdana menteri pada masa itu

"Dalam kes itu saya tak diarah sesiapa kerana yang buat laporan adalah Datuk Seri Anwar Ibrahim sendiri," katanya.

Tambahnya, beliau ada memberikan taklimat kepada Anwar berkenaan perkembangan kes itu pada peringkat awal siasatan.

Beliau bagaimanapun berhenti berhenti berbuat demikian kerana timbul konflik kepentingan.

Jelasnya, bekas timbalan perdana menteri itu merupakan pengadu kes dan pada masa sama terdapat laporan polis lain terhadap Anwar, kata Musa.

"Masa permulaan, ya betul (saya jumpa beliau) untuk maklum (siasatan kes)," katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas wacana Sinar Harian di Shah Alam petang tadi.

Musa sebelum ini meraih kontroversi berhubung dakwaannya mengenai campur tangan menteri sewaktu beliau memikul tanggungjawab sebagai ketua polis negara.

Dalam laporan Sinar Harian hari ini, beliau memberi contoh camputangan menteri berkenaan dalam operasi polis dalam menangani perhimpunan BERSIH.

Katanya, campur tangan berkenaan antara lainnya menyebabkan "orang di bawah pening kepala nak buat kerja".

Musa pernah bertugas di bawah Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Hishammuddin Hussein sewaktu menjadi ketua polis negara.

Musa juga merupakan pegawai penyiasat dalam kes salah guna kuasa Anwar dengan mengganggu siasatan polis dalam kes Liwat I – yang mana bekas timbalan perdana menteri itu didapati bersalah dan dijatuhi hukuman penjara enam tahun pada 14 April 1999.

Tuesday, December 04, 2012

Kes Khalwat: KP Kesihatan Dr Hassan hanya turun pangkat

KUALA LUMPUR - Ketua Pengarah Kesihatan Datuk Seri Dr Hasan Abdul Rahman yang digantung kerja ekoran kes khalwat baru-baru ini diturunkan pangkat ke satu gred yang lebih rendah daripada jawatan yang disandang sekarang.

Pengerusi Suruhanjaya Perkhidmatan Awam (SPA) Tan Sri Mahmood Adam berkata keputusan itu dicapai dalam mesyuarat SPA yang diadakan hari ini.

Mahmood dalam kenyataannya berkata tindakan tatatertib terhadap Dr Hasan yang merupakan Pegawai Perubatan Gred Utama Turus II, Kementerian Kesihatan itu dibuat mengikut Peraturan 33(1), Peraturan-peraturan Pegawai Awam (Kelakuan dan Tatatertib) 1993.

Pada 26 November lepas, SPA memutuskan Dr Hasan digantung kerja sehingga keputusan tatatertib diputuskan dalam mesyuarat hari ini.

SPA juga memutuskan agar Wan Syarifah Nooraazmanita Wan Hassan, Jururawat Gred U41, Kementerian Kesihatan dikenakan tindakan turun tiga pergerakan gaji bagi tempoh 12 bulan.

Pada 14 November lepas Dr Hasan, 56, dan Wan Syarifah Nooraazmanita, 36, masing-masing didenda RM3,000 dan RM2,900 oleh Mahkamah Tinggi Syariah setelah mengaku bersalah atas tuduhan berkhalwat di sebuah bilik Hotel Pullman Putrajaya, di sini, pada 2.18 pagi hari yang sama. - Bernama

Monday, December 03, 2012

Arab Spring- Najib ingatkan Rakyat

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak meyakinkan rakyat dengan berkata bahawa kerajaan sedia ada boleh terus membuat perubahan demi tuntutan aspirasi rakyat dengan kerajaan yang sama, sekalipun telah memerintah 55 tahun.

"Tidak semestinya sudah 55 tahun, bererti sudah sampai masanya untuk berubah (dasar dan kerajaan)? Adakah 55 tahun, masa untuk berubah. Ataupun kita memilih kesinambungan?

"Dan kita melakukan kesinambungan. Saya menyambut apa yang Tun Dr Mahathir Mohamad buat yang melakukan proses pemodenan, Wawasan 2020 dan melakarkan proses negara maju.

"Beliau mengumumkannya, saya mengisi visi itu... Sebab itu kita boleh (lakukan)... Kalau kita terjatuh, tak apa kita bangun balik," kata Najib sewaktu merasmikan perhimpunan agung Parti Progresif Penduduk (PPP) di ibunegara hari ini.

Turut hadir ialah Dr Mahathir dan Setiausaha Agung BN, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor.

Dalam ucapannya Najib membidas pembangkang yang membawa slogan "Ubah" yang dianggapnya dalam sistem politik terbuka sebagai slogan "popular" semata-mata.

Malah, Najib yang juga pengerusi BN mendakwa pembangkang tidak mempunyai "persefahaman fundamental" untuk mengurus rakyat dan negara dengan baik dan sekaligus tidak mahu nasib seperti rakyat di negara timur tengah yang berdepan dengan 'Arab Spring.

"Tetapi (dalam) soal ubah, adakah kita mendapat yang terbaik. Sebagai contoh (rakyat)dalam (peristiwa) Arab Spring, mereka tidak merasai musim bunga, kerana masih dalam salji.

"Musim bunga dan panas belum sampai. Ekonomi mereka terumbang ambing. Industri pelancongan dahulunya maju, hari ini lumpuh, kedai tak ada pelanggan. Pekerja hari-hari lap meja kerana tidak ada pelancong.

"Nilai mata wang mereka jatuh, keselamatan tidak terjamin dan pelajar kita (dalam) kebimbangan," katanya.

Oleh sebab itu, katanya, ucapan beliau sewaktu Perhimpunan Agung Umno beberapa hari lalu, beliau menegaskan kemenangan BN adalah untuk destini rakyat dan Malaysia pada masa akan datang.

"Adakah mereka (pembangkang) mengambil berat Wawasan 2020... Mereka ada agenda tersendiri.

"Sebab itu kita bercakap kepada rakyat, BN tidak akan membuatkan rakyat kecewa," katanya sambil mengakui BN sebelum ini ada kelemahan dan beliau memohon maaf, dan sekaligus telah membuat dengan lebih baik.

Katanya, antara pencapaian yang dicapai ialah pertumbuhan ekonomi negara yang meninngkat, pertambahan pelaburan domestik, tersenarai 20 negara terbaik, dan destinasi beli belah yang keempat terkenal di seluruh dunia.

"Jadi kenapa nak perjudian masa depan kita, dan masa depan generasi akan datang dengan risiko.

"Undi untuk pembangkang, adalah undi untuk masa depan yang tak tentu. Undi untuk BN, adalah undi untuk masa depan yang lebih baik.

"Sebagai PM, saya berjanji akan melakukan yang terbaik untuk negara kita, membantu dengan adil dan saksama supaya semua rakyat dapat faedah pada masa akan datang," katanya di hadapan kira-kira 4,000 perwakilan dan hadirin di Dewan Merdeka PWTC.

Menurutnya lagi, kerajaan akan memastikan dasar-dasar kerajaan memenuhi aspirasi dan ia boleh dihayati rakyat.

"Tetapi jangan kerana marah kepada nyamuk, kelambu dibakar. Jangan kerana satu, dua nyamuk, kita kata keseluruhan (dasar) tidak baik. Jangan!

"Sebab kita dalam proses perubahan, dan ia sedang mengambil tempatnya. Dan perubahan ini dibawa oleh BN," katanya.

Dalam ucapannya juga, Najib turut menggesa supaya setiap parti komponen berada dalam "sifar problem" termasuk soal dalaman parti bagi memastikan kesepaduan dan persefahaman BN menentang pembangkang dalam pilihan raya umum akan datang.

"Jika hubungan (sesama kita) tidak ada masalah besar, Insya-Allah BN akan menang besar dalam pilihan raya umum akan datang," katanya.

Katanya, selepas perhimpunan agung Umno berakhir semalam, beliau menegaskan parti itu telah "bertenaga semula" untuk meneruskan perjuangan dalam pilihan raya itu.

Bahkan, beliau juga berharap PPP juga berada dalam situasi yang sama bagi menjadikannya sebagai kekuatan kepada BN untuk memastikan "keberhasilan dan outcome yang tuntut oleh rakyat" dapat dicapai.

Saturday, December 01, 2012

Hanya Sabotaj menghalang kuasa 2/3 BN: Najib

KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak yakin Barisan Nasional (BN) akan memperoleh kemenangan kerusi dua pertiga di Parlimen jika ahli-ahli Umno tidak mengamalkan sabotaj dan menerima calon yang dipilih oleh parti bertanding Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU13).

Presiden dan Perdana Menteri melahirkan keyakinan ini ketika menggulung perbahasan Perhimpunan Agung Umno, sebentar tadi.

Ia dilihat sebagai kenyataan terbuka kali pertama diperkatakan oleh Najib sepanjang hampir dua tahun lalu, ketika beliau menggerakkan program transformasi politik dan ekonomi negara.

Dalam ucapan penggulungan yang mengambil masa hampir sejam, Najib juga berkata, beliau sudah tidak bimbangn ancaman dan halangan dari luar parti apabila menghadapi PRU13.

"Saya percaya bahawa musuh tidak kuat, saya percaya bahawa orang ramai akan memihak kepada Umno dan Barisan Nasional, yang saya khuatir, sikit... apa itu?" katanya di Dewan Merdeka, Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC).

Apabila diminta menceritakan apa yang dimaksudkn "sikit yang dikhuatiri" oleh Pengerusi Tetap Umno, Najib menjawab, "yang saya khuatir, soal kita, kita sesama kita (dalam parti)."

Najib yang mengetuai Umno sejak akhir Mac 2009 dengan menggantikan Tun Abdullah Ahmad Badawi selepas prestasi buruk BN dalam PRU 2008. 

Blog Archive