Saturday, May 11, 2013

PRu-13: Analisis Undi dan Kerusi Mengikut Kaum

PRU 13 telah selesai dan semua data telah diperolehi  maka membolehkan analisis secara terperinci. Dalam artikel ini hanya memfokuskan suasana di Semenanjung Malaysia kerana wujudnya kekeliruan tentang corak pengundian dan implikasinya kepada halatuju politik setiap kaum selepas ini. Analisis suasana di Sabah dan Sarawak tidak dilakukan kerana tidak timbul persoalan tentang dominasi BN yang berterusan di sana.

Pengundian Mengikut Kaum

Bagi Semenanjung Malaysia, analisis menunjukkan 63.7% undi Melayu berpihak kepada Barisan Nasional, 10.8% undi Cina dan 43.2% undi kaum India. Butiran untuk negeri negeri dan wilayah adalah seperti dalam Jadual beritkut:

Jadual: Pengundian Mengikut Kaum
Wilayah Melayu mengundi BN Cina mengundi BN India mengundi BN
KL dan Selangor 62% 11.6% 24.4%
Pulau Pinang 62.4 12.6 21.5
N Sembilan & Melaka 81.8 7.2 31.0
Perak 63.0 13.1 68.5
Kedah 56.7 9.2 54.9
Johore 84.1 11.1 59.1
Terengganu 53.2 - -
Kelantan 46.7 - -
Semenanjung(purata) 63.3 10.8 43.2

Jadual di atas menunjukkan sokongan padu kaum Melayu kepada BN di aras 63.3% dengan Johor mencatat sokongan yang paling tinggi dengan kadar 84.1% dan Kelantan paling rendah 46.7 %. Di Kelantan sekalipun ada sedikit peningkatan undi berbanding PRU 12 dan fenomena ini mampu menambahkan kerusi DUN dan Parlimen di sana. 

Undi dari kaum Cina, malangnya untuk BN telah jatuh diluar jangkaan sama sekali, keparas 10.8%. Dalam ramalan model matematik telah menjangka senario terburuk undi Cina pada paras 25% iaitu seperti dalam pilihan raya negeri Sarawak dan juga berasaskan angka yang boleh ditafsir dari survei pendapat umum pihak Merdeka Center.

Keadaan undi Cina yang lebih buruk daripada jangkaan mungkin disebabkan kesan kempen DAP disaat saat akhir. Ini mencerminkan betapa efficiennya jentera DAP dalam merancang dan mempengaruhi kaum Cina dalam pilihan raya kali ini. Kaum Cina begitu yakin yang mereka mampu memberi kemenangan kepada Pakatan Rakyat untuk membentuk kerajaan persekutuan yang diterajui DAP. Dengan itu DAP telah berjaya memperoleh hampir keseluruhan undi kaum Cina dan menjadi parti dominan dalam Pakatan Rakyat, tetapi kali ini hanya sebagai peneraju di sebelah pembangkang.

DAP mampu merancang dan melaksanakan kempen dengan begitu teliti sekali, Penyokong PAS hanya mampu bersembahyang hajat, tetapi Allah tidak meredhai bukan Islam menerajui negara Islam.

DAP telah menggunakan Isu Rasuah, Kronisma dan Bersih untuk menambat hati orang Melayu, tetapi di sebalik tabir ialah satu perancangan teliti dan perlaksanaan yang amat effisien untuk menumbangkan sebuah kerajaan Melayu/Islam. Ini dibuat dengan begitu teratur termasuk yang paling strategik, iaitu kempen yang telah berjaya meningkatkan pengundi Cina dalam daftar penggundi. Tahukah anda yang pengundi Cina membentuk 30% dalam daftar pengundi walaupun mereka hanya di paras 24% dalam komposisi rakyat Malaysia.

Sebaliknya, undi dari kaum India telah meningkat tetapi kurang sedikit dari jangkaan model. Jika dalam PRU 12, hanya 10% sahaja pengundi kaum India yang mengundi BN, kini ia telah meningkat keparas 43.2%. Sebenarnya penentangan ekstrim dari kaum India masih wujud di Selangor, Kuala Lumpur dan Pulau Pinang sahaja . Di negeri negeri lain sokongan mereka meningkat hingga ke paras 59.1% di Johor dan 68.5% di Perak. Nampaknaya kaum India semakin yakin yang masa depan mereka hanyalah bersama Barisan Nasional. Setinggi tahniah kepada PM Najib kerana sungguh berjaya memulihkan sokongan dari kaum India.

Kekalahan di Selangor pula di sebabkan ketiadaan sokongan dari kaum Cina dan kurangnya sokongan dari kaum India.

Kekalahan BN di Kelantan pula disebabkan sokongan kaum Melayu kepada parti PAS masih kukuh sungguhpun BN telah berjaya meningkatkan peratusan undi yang diperolehi. Tahniah kepada Tuan Guru Nik Aziz.

Komposi Ahli Parlimen mengikut Parti dan Kaum

Untuk makluman di bawah saya paparkan jadual komposisi Parlimen dalam jadual di bawah:

Jadual: Komposisi Parlimen mengikut Parti dan Kaum (PRU 13)
Melayu/Bumi Cina India Jumlah
DAP 2 33 3 38
PKR 16 9 5 30
PAS 21 0 0 21
Jumlah Pakatan Rakyat 39 42 8 89
Barisan Nasional 122 7 4 133

Jadual di atas menunjukkan terdapat seramai 122 Ahli Parlimen Melayu/Bumiputera dari Barisan Nasional dan hanya 39 orang Melayu/Bumiputera dari Pakatan Rakyat. Pakatan Rakyat pula didominasi oleh kaum Cina dengan 42 Ahli Parlimen.

Angka diatas menunjukkan ada seramai 161 ahli parlimen Bumiputera (BN +PR) daripadanya hanya 139 orang sahaja beragama Islam iaitu kurang daripada 2/3 kesemua kerusi parlimen. Oleh itu isu hukum hudud yang memerlukan undi 2/3 di parlimen adalah mustahil dilaksana di Malaysia walau sekalipun semua ahli parlimen beragama Islam menyetujuinya. Jadi Parti Pas kena kaji semula arithmetic ini.

No comments:

Blog Archive