Tuesday, April 30, 2013

Pemimpin Akar Umbi DAP minta penyokong tolak calon-calon PAS

Seorang pemipin akar umbi DAP di Pulau Pinang menyokong Timbalan Pengerusi DAP Johor, Norman Fernandez yang meminta pengundi menolak PAS pada pilihan raya umum kali ini.

Setiausaha Jawatankuasa Publisiti Parlimen Bagan DAP, G. Asoghan berkata bermula Mac 2008, PAS telah memperkenalkan polisi yang mencabuli hak orang bukan Islam, terutamanya di Kelantan, Kedah dan Selangor.

“Sebagai contoh di Kelantan, pengusaha salon gunting rambut tidak dibenarkan memotong rambut gender yang berbeza, sementara di Kedah ada sekatan terhadap lesen menjual alkohol,” katanya.

Asoghan yang bertanding di kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Bagan Dalam sebagai calon Bebas turut menggesa Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim membuat pendirian rasmi sama ada hukum hudud akan dilaksanakan sekiranya pakatan berjaya membentuk kerajaan.

“Kita tidak boleh mempunyai dua jenis undang-undang dalam negara. Malaysia sebuah negara sekular yang menggunapakai undang-undang sivil dan Perlembagaan Persekutuan. Hudud tidak termaktub dalam Perlembagaan,” katanya.

Sementara itu di Klang, kira-kira 12 orang penyokong DAP mendakwa mereka mewakili 200 ahli parti itu menyokong tindakan Fernandez.

Monday, April 29, 2013

Krisis Lahad Datu: Tian Chua serah RM2juta

Selain Azmin Ali, Anwar Ibrahim mempercayai Tian Chua dan Rafizi untuk melaksanakan modus operasi Lahad Datu. Dalam satu Minit Mesyuarat PKR di Petaling Jaya, jelas menunjukkan Pencerobohan di Lahad Datu adalah perancangan Anwar dengan beberapa ahli PKR. 

Minit Mesyuarat tersebut yang kami perolehi kerana Kelalaian atau Kebodohan Tian Chua yang meninggalkan kesan. Salinan Minit Mesyuarat tersebut telah kami berikan kepada pihak kerajaan Malaysia.

Kebetulan Tian Chua dan R. Sivarasa adalah ahli jawatankuasa SUARAM, dan dana yang dihantar oleh Yayasan-Yayasan dan NGO milik George Soros hanya boleh diterima oleh NGO di Malaysia. Wang itu tidak direct kepada Anwar Ibrahim, kerana peraturannya dibuat sebegitu rupa.

Berbeza dengan di Indonesia, George Soros menderma direct kepada NGO Islam Liberal dan Islam Plural. 

Seorang bekas ahli PKR mengesahkan jumlah wang yang dibawa oleh Tian Chua dengan ditemani oleh R. Sibarasa dan seorang ahli PKR Sabah, ialah sebanyak RM2 Juta wang Malaysia. Cek sekeping itu dikhabar di Manila dibawa sendiri oleh Tian Chua kepada wakil Jamalul Kiram dan wakil MNLF, dengan disaksikan oleh R. Sivarasa dan seorang ahli PKR Sabah.

Mereka berjaya menyelesaikan urusan tersebut dalam masa dua hari sahaja. Sungguh cepat. Namun mereka silap besar, kerana Perisikan Filipina telah merakam perbualan mereka, malah mengambil gambar-gambar mereka. 

Apabila kami membaca berita dari Manila bahawa 3 orang ini akan didakwa, kami yakin kerajaan Filipina sudah memberikan bukti-bukti tersebut kepada kerajaan Malaysia, jika tidak tak mungkin Dato Zahid berani mendedahkan tiga orang pengkhianat itu.

Di Malaysia, dua orang peguam yang mewakili dua orang anggota polis di Kunak dan seorang lagi di Tawau menyatakan kepada wakil kami secara tidak sengaja bahawa salah seorang anak guam mereka akan kalah. Bermakna konspirasi memang wujud. Penyaluran maklumat memang berlaku kepada pihak musuh. Kami tidak ingin detailkan kedua-dua kes ini, untuk menghormati peguam-peguam tersebut.

Rangkaian mereka jelas, yakni Anwar memang merencanakan apa yang berlaku di Lahad Datu. Tian Chua melakukan silap besar kerana menjalankan arahan Anwar tanpa berfikir panjang. Hari ini, seperti dilaporkan oleh Utusan Malausia dan Malaysiakini minggu lalu ceramah Tian Chua hanya dihadiri 10 dan tidak sampai 100 orang.

Tian Chua dan R. Sivarasa cuba menipu rakyat Malaysia kononnya kehadiran mereka ke Manila kerana mencari maklumat Amillio di Manila, walhal isu Amillio bukan di Manila tetapi di Mindanao. R. Sivarasa turut berusaha menipu rakyat Malaysia dengan muncul di TV berpangkalan di Singapura kononnya mereka mencari maklumat Amilio. 

Seperti biasa Tian Chua akan menafikan semua ini. Soalnya, mampukah Tian Chua menafikan dia pernah bertemu George Soros? Beranikah Tian Chua menafikan isi Minit Mesyuarat mereka di Petaling Jaya itu? Beranikah Tian Chua menafikan semasa di Manila dia tidak pun pergi ke Pejabat Peguam Negara Filipina dan Pejabat Ketua Polis Negara Filipina untuk mencari maklumat Amillio? Beranikah Tian Chua menafikan dia minum di Makati dengan dua orang Filipina?

Krew Mymassa
Salam dari Manila.

Sunday, April 28, 2013

PRU-13: Daim Ramal: Kedah dan Selangor bakal ditawan BN

MERBOK: Tun Daim Zainuddin yakin Barisan Nasional (BN) boleh menawan semula Kedah dan Selangor pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13) nanti sekiranya jenteranya bersatu dan tidak melakukan tindakan mensabotaj parti.

Malah bekas Menteri Kewangan itu turut meramalkan bahawa BN akan berjaya memecah dominasi PAS di Kelantan dengan memenangi beberapa kerusi tambahan di Dewan Undangan Negeri.

Bagaimanapun menurutnya, agak sukar bagi BN untuk merampas semula Pulau Pinang yang jatuh ke tangan pembangkang pada Pilihan Raya Umum 2008 berikutan sentimen masyarakat Cina yang masih kuat menyokong DAP.

"Kedah dan Selangor memang boleh jatuh semula ke tangan BN. Saya tak nampak apa-apa masalah untuk itu jika jentera dan ahli BN sama-sama bersatu padu memenangkan calon yang dipilih pucuk pimpinan.

"Begitu juga dengan Kelantan, dengan situasi semasa, saya yakin BN boleh menambah bilangan kerusi di DUN. Tapi kalau nak dapat jumlah kerusi yang cukup bagi membentuk kerajaan mungkin agak susah...tapi ia tidak mustahil," katanya pada sidang media selepas mengadakan pertemuan dengan jentera BN bagi kawasan Parlimen Merbok di sini, Sabtu.

Ditanya mengenai pandangannya sama ada BN boleh memperoleh majoriti dua pertiga pada PRU kali ini, Daim bagaimanapun mengakui ia agak sukar untuk dilakukan berdasarkan situasi politik semasa.

"BN boleh menang (tubuh kerajaan), tapi untuk dapatkan majoriti dua per tiga seperti dahulu mungkin agak sukar...tapi untuk menang saya sangat yakin," katanya.

Mengulas mengenai nasib Sabah dan Sarawak yang selama ini menjadi 'simpanan tetap' BN, Daim juga optimis bahawa kedua-dua negeri berkenaan akan kekal di tangan BN.

"Susah pembangkang nak tembusi kawasan pendalaman di Sabah dan Sarawak.

"Kita kena tengok juga sentimen rakyat di sana yang sukar menerima parti politik yang datang dari semenanjung," katanya.

Saturday, April 27, 2013

Penjenayah Dadah pembunuh Timbalan Pengarah Kastam


PUTRAJAYA: Sindiket dadah dan kumpulan penjenayah merupakan suspek utama dalam kes pembunuhan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Shaharuddin Ibrahim yang sentiasa komited dalam menjalankan tugasnya.

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak mendedahkan insiden yang menimpa Shaharuddin, 58, berlaku selepas pihak tertentu yang tidak menyenangi penguatkuasaan ketat yang dilakukan oleh jabatannya.

Sementara itu, Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur Datuk Ku Chin Wah berkata polis tidak menolak teori penglibatan sindiket jenayah dalam kes tersebut tetapi ia masih terlalu awal untuk membuat sebarang spekulasi.

Shaharuddin meninggalkan rumahnya di Dengkil kira-kira pukul 7.55 pagi Jumaat dengan menggunakan kenderaan pacuan empat roda jenis Nissan Murano.

Ketika kenderaan dinaiki beliau berhenti di persimpang lampu isyarat untuk menghala ke Lebuh Wawasan-Lebuh Sentosa, kira-kira 20 minit kemudian, dua lelaki menunggang sebuah motosikal menghampiri kereta mangsa dari arah kiri dan melepaskan tiga das tembakan yang dipercayai senjata api jenis automatik.

Shaharuddin yang berasal dari Negeri Sembilan berkhidmat lebih 30 tahun bersama Jabatan Kastam.

Beliau begitu disegani sebagai pembanteras aktiviti dadah dan cukup dikenali kerana komited dalam penguatkuasaan.

Hasil kerjanya membolehkan beliau digelar sebagai seorang yang komited dalam menjalankan tugasnya.

Insiden tersebut berlaku beberapa kilometer dari ibu pejabat polis Putrajaya.

"Salah satu tembakan mengenai leher Shaharuddin. Pemandu mangsa membawanya ke Hospital Putrajaya tetapi beliau disahkan meninggal dunia kira-kira pukul 9.20 pagi," kata Ku.

Beliau berkata mayat mangsa telah dihantar ke Hospital Kuala Lumpur untuk bedah siasat sementara bahan bukti termasuk rakaman kamera litar tertutup (CCTV) dari bangunan berdekatan turut akan dikumpul.

"Kita harus melindungi kakitangan awam terutama mereka yang cukup berani dalam menjalan tugas berisiko. Saya mengutuk keras insiden ini," kata Najib pada satu majlis penganugerahan pingat kepada anggota keselamatan yang terlibat dalam Ops Daulat di Lahad Datu dan Semporna di Ipoh, Jumaat.

Ketua Polis Negara berkata, polis akan menubuhkan satu pasukan khas yang diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Bukit Aman Datuk Seri Bakri Zinin untuk menyiasat kes tersebut.

Friday, April 26, 2013

Timbalan Pengarah Kastam Ditembak

PUTRAJAYA: Timbalan Ketua Pengarah Kastam (Perkastaman/Cukai Dalam Negeri) Datuk Saharuddin Ibrahim maut selepas ditembak dari jarak dekat oleh penyerang tidak dikenali ketika dalam perjalanan ke tempat kerja di sini.

Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Mohamad Salleh mengesahkan insiden itu.

Menurut sumber, kejadian berlaku di persimpangan lampu isyarat Lebuh Wawasan dari arah Dengkil bersebelahan IPD Putrajaya.

Maklumat masih tidak jelas tetapi beliau telah dikejarkan oleh pemandunya ke Unit Kecemasan Hospiral Putrajaya sebelum pukul 9 pagi, kata sumber.

Polis kini sedang mengambil keterangan daripada pemandu beliau untuk mengetahui apa yang sebenarnya berlaku.

Thursday, April 25, 2013

Lagi Pengganas Sulu: 35 Mati Ditembak

Pasukan keselamatan Filipina menembak mati 35 anggota pengganas Kiram dalam satu pertempuran sengit di Pulau Sibutu di negara jiran itu Sabtu lalu, ketika kumpulan tersebut merancang strategi untuk menceroboh dan menyerang pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Menurut sumber, dalam pertempuran lewat malam itu, dua daripada kira-kira 200 anggota pasukan keselamatan Filipina yang terlibat dalam serangan tersebut turut terbunuh.

"Dengan kejayaan itu, satu lagi usaha pencerobohan pengganas Kiram yang diketuai pemimpin kanannya, Kalling Amirul untuk masuk ke negara ini berjaya digagalkan dengan kerjasama pihak berkuasa Malaysia dan Filipina.

"Dalam serangan berkenaan, Kalling dilaporkan terbunuh. Pasukan keselamatan turut merampas lebih 20 laras senjata api M16 dan rifel Garand," katanya ketika dihubungi Utusan Malaysia di sini, hari ini.

Sumber itu seterusnya berkata, rancangan kumpulan pengganas tersebut untuk menceroboh perairan pantai timur Sabah dipercayai bertujuan merencatkan kelancaran proses pilihan raya yang sedang berlangsung.

"Walaupun ancaman daripada pengganas ada tetapi kawalan keselamatan akan diperketatkan dari semasa ke semasa malah operasi-operasi membanteras akan terus mendapat kerjasama daripada kerajaan negara berkenaan.

"Oleh itu, keselamatan penduduk khususnya di Lahad Datu dan Semporna adalah terjamin dan hari membuang undi juga diyakini akan berjalan lancar," katanya.

Dalam pada itu, tambah sumber tersebut, pasukan marin Filipina turut mencatat kejayaan dengan penahanan tujuh daripada 18 pengganas Kiram selepas menahan sebuah bot di Pulau Sipangkut, Filipina semasa dipercayai dalam perjalanan ke Kampung Tanduo, Sabah.

"11 pengganas itu walau bagaimanapun berjaya melarikan diri," ujarnya.

Pada 19 April lalu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan cubaan kumpulan pengganas Kiram yang dibantu Barisan Pembebasan Kebangsaan Moro (MNLF) untuk menyusup masuk ke perairan pantai timur Sabah bagi mengganggu kelancaran proses PRU-13.

Kumpulan pengganas bersenjata itu dikatakan merancang masuk ke negara ini pada waktu malam dan akan bergerak dalam beberapa kumpulan kecil ke daerah Sandakan, Beluran dan Kinabatangan bagi mengelak dikesan.

Walau bagaimanapun, usaha pengganas itu gagal setelah PDRM, Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (Maritim Malaysia) diarahkan untuk mengetatkan kawalan keselamatan di Sabah terutama menjelang hari penamaan calon dan pengundian.

PKR Sabah Lumpuh-5 Ketua Cabang Keluar parti Menyertai UMNO


Bertempat di Ibu Pejabat Umno Sabah, tidak disangka kehadiran lima Ketua Cabang PKR Sabah yang di Ketuai oleh Mazry Nasir Ketua Cabang PKR Sandakan, disertai Ketua Cabang Kota Belud dan tiga lagi daripada Putatan Zainal Atin, Kalabakan-Surianshah dan Batu Sapi-Zainuddin Hassan Timbalan Ketua Cabang. Mazri kanan sekali berdepan dengan pembesar suara RTM.

Twitter Setiausaha BN Sabah Datuk Rahman Dahalan yang juga calon BN P169 Kota Belud mengsahkan penyertaan mereka ke dalam Umno.

Sementara itu kedudukan Ansari Abdullah Ketua Cabang Tuaran dan Dr Chong Eng Leong Ketua Cabang Sepanggar masih tunggu dan lihat

Polis Memburu penyebar Kononnya Polis mengundi awal semalam

Pegawai dan anggota Polis Diraja Malaysia (PDRM) tidak diarah mengundi awal bagi pilihan raya umum ke-13 (PRU13) semalam seperti yang didakwa beberapa blogger, kata Penolong Ketua Urusetia Ketua Polis Negara (Perhubungan Awam) ACP Ramli Mohamed Yoosuf hari ini.

Justeru, katanya polis akan mengambil tindakan terhadap pihak yang menyebar dakwaan itu mengikut Seksyen 233 (1(a)) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998, yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum setahun atau denda RM50,000 atau kedua-duanya jika sabit kesalahan.

"Menggambarkan bahawa polis diarah untuk mengundi awal pada semalam (23 April) adalah sesuatu yang mengelirukan dan salah fakta," katanya pada sidang akhbar di Bukit Aman hari ini.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) menetapkan hari mengundi pos pada 28 April, undi awal (30 April) dan hari pengundian pada 5 Mei ini. 

Beliau berkata orang ramai yang membuat spekulasi mengenai undi pos yang telah disalah tafsir sebagai undi awal boleh dikategori sebagai memberi maklumat salah.

Dalam pada itu, Ramli berkata Bukit Aman telah menerima 245 laporan polis berhubung PRU13 semalam menjadikan jumlah keseluruhan setakat ini ialah 632.

Beliau juga memberitahu bahawa 1,430 aktiviti membabitkan PRU13 berlangsung di seluruh negara semalam iaitu ceramah (680), perjumpaan dan mesyuarat (219), kunjungan rumah ke rumah (44), kempen (199) dan lain-lain sebanyak 288.

"Jumlah tangkapan terkumpul sejak hari penamaan calon ialah 22 dengan tujuh tangkapan dibuat semalam termasuk dua di Perak dan lima di Negeri Sembilan melibatkan kesalahan pilihan raya," katanya.

Beliau turut mengingatkan calon supaya tidak berkempen di balai-balai polis seperti yang berlaku semalam.

"Balai polis bukanlah tempat untuk memperkenalkan diri kerana kami mempunyai banyak lagi urusan lain terutama untuk menguruskan hal-hal laporan mangsa-mangsa sesuatu kejadian," katanya.

Tuesday, April 23, 2013

Lajim Ukin Terima Tamparan Hebat- Adik Sendiri Bersama 200 ahli PKR Menyertai BN

BEAUFORT 23 April - Seramai 200 ahli Parti Keadilan Rakyat (PKR) yang diketuai Abdul Jarih Ukin hari ini bertindak keluar parti dan menyertai Barisan Nasional (BN).

Abdul Jurih merupakan adik kepada penyandang kerusi Parlimen Beaufort, Lajim Ukin.

Beliau yang juga Ketua Cabang PKR Beaufort menyerahkan borang keahlian BN kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada majlis Yayasan Sabah Bersama Rakyat di padang Pekan Kuala Penyu di sini hari ini

Sementara itu, di Kuala Penyu: Perdana Menteri mahu rakyat Sabah menjadikan 5 Mei ini sebagai hari bersejarah menghukum pakatan pembangkang yang menuduh pencerobohan pengganas di Lahad Datu sebagai sandiwara. 

Datuk Seri Najib Razak berkata, hanya kerajaan Barisan Nasional (BN) yang mampu mempertahankan kedaulatan negara, khususnya Sabah. 

"Soal kedaulatan negara tidak seharusnya dipolitikkan oleh pembangkang," katanya ketika berucap pada program Yayasan Sabah bersama rakyat, di sini sebentar tadi. 

Setuju atau Tidak: Penyertaan Mat Taib ke Parti Pas menyukarkan Umno menawan Selangor

Keputusan Tan Sri Muhammad Muhammad Taib untuk menyertai PAS boleh menjadi penghalang kepada kempen Barisan Nasional (BN) untuk menawan semula Selangor, kata pemimpin Umno hari ini.

Bekas menteri besar Selangor yang diketahui popular dikalangan penyokong Umno terutama di kawasan Melayu negeri kubu kuat parti tersebut, dan penyertaan Muhammad ke kem pembangkang mampu membantu menembusi kubu Melayu parti itu.

“Bergantung kepada pendekatannya. Jika beliau berkempen secara konstruktif dia boleh menimbulkan masalah kepada kami,” kata bekas menteri besar Selangor, Dr Mohd Khir Toyo. “Umno-BN harus beri perhatian khusus terutamanya apabila setiap undi penting.”

Bekas Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Sungai Panjang itu menerangkan, Muhammad, yang dikenali sebagai “Mat Tyson”, boleh membantu PR masuk ke kawasan pendalaman Melayu dan menarik pengundi Umno untuk menyokong PR.

“Adalah baik untuk kita melawan kempennya dan menerangkan keputusannya … ia menambah lebih kerja kepada kita,” kata Mohd Khir, dan menambah penyertaan Muhammad kedalam PAS tepat pada waktunya dan memberikan kelebihan kepada PR.

Beliau memberi amaran kepada pemimpin Umno agar tidak memandang ringan penyertaan Muhammad dan mendesak pemimpin agar memerhatikan dengan dekat kempen Muhammad agar tidak mengalihkan undi Melayu.

PAS semalam mengumumkan keahlian Muhammad dalam satu ceramah besar di Shah Alam, satu langkah memperkukuhkan lagi perlawanan PR untuk mempertahankan Selangor.

Muhammad bekas pemimpin utama Umno yang menyandang pelbagai jawatan utama dalam parti, disamping pernah menjadi menteri besar Selangor dari tahun 1986 hingga 1997 mengatakan semalam Malaysia dan Selangor membangun di bawah BN tetapi menegaskan masa sudah tiba untuk berubah.

Difahamkan Muhammad akan menjelajah Selangor untuk membantu kempen PR dikawasan pendalaman Selangor dimana PKR-PAS-DAP gagal untuk tembusi.

Koordinator BN Selangor Datuk Seri Ir Mohd Zin Mohamed bersetuju Muhammad masih lagi mempunyai sedikit pengaruh dikalangan pengundi Melayu Selangor terutamanya penyokong Umno lebih tua tetapi menafikan cadangan mengatakan beliau menjadi ancaman kepada gabungan itu.

“Sudah tentu terdapat orang yang suka kepada dia, tetapi dia sudah menjadi sejarah … dan dia bukanlah seperti Tun Dr Mahathir (Mohamad) yang evergreen. Saya tidak fikir dia akan memberikan kesan,” kata Mohd Zin.

Bekas menteri kerja raya itu percaya, majoriti pengundi sudah terlupa tentang bekas rakan Umnonya itu sementara pengundi lebih muda, demografi yang menjadi kunci dalam menentukan keputusan pilihan raya 5 Mei, tidak mengenali siapa dirinya.

Beliau juga menafikan Muhammad boleh membantu PR untuk menembusi kubu kuat Melayu mereka.

“Mereka adalah penyokong kuat kami, pengundi luar bandar akan selalu bersama kami,” katanya.

Pengundi percaya, BN akan bergantung kepada pengundi Melayu untuk merampas semula Selangor, negeri paling kaya dalam negara pada pilihan raya 5 Mei.

Sedikit perubahan dalam corak pengundian etnik terbesar dalam negara itu dan undi Cina pada 2008 telah menyebabkan BN kalah di Selangor, pertama kali dalam sejarah negara semenjak merdeka, akan tetapi taktik perkauman Umno berjaya menarik kembali orang Melayu menyokong mereka.

Mat Taib Turun Kempen- Julung Kali Sebagai Pembangkang

Bekas menteri besar Selangor Tan Sri Muhammad Muhammad Taib yang berkempen untuk calon PKR di Hulu Selangor semalam dijangka akan tampil sekali lagi bersama ketua umum parti berkenaan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum pilihan raya umum 5 Mei.

Menurut laporan Sinar Harian, Muhammad hadir ke majlis itu untuk menyatakan sokongan ke atas calon PKR bagi kerusi parlimen Hulu Selangor Khalid Jaafar dan juga Datuk K Ramachandran, calon parti berkenaan untuk kerusi DUN Batang Kali.

"Beliau turut menjulang tangan saya bersama Datuk Ramachandran sebagai sokongan terhadap pencalonan kami di kawasan ini.

"Mat Taib turut dijangka menghadiri program bersama Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada 2 Mei ini, insya-Allah," kata Khalid seperti dipetik dalam laporan Sinar Harian.

Laporan itu menyebut, Muhammad hadir bersama hampir 2,000 orang di majlis anjuran Persatuan Bengkulu Malaysia di Sungai Choh, di Batang Kali itu.

Penyertaan Muhammad ke dalam Pakatan dijangka akan memberi peluang kepada Pakatan untuk mengukuhkan lagi serangan ke atas pentadbiran BN – khususnya berhubung skandal tanah yang berlaku semasa pentadbiran Muhammad sebagai menteri besar.

Muhammad dijangka akan diperkenalkan secara rasmi sebagai anggota PAS hari ini.

Penampilan bekas ketua perhubungan Umno Selangor itu mencuri perhatian ramai pihak selepas beliau memencilkan diri dari publisiti media selepas tewas dalam pertandingan untuk merebut jawatan timbalan presiden Umno pada 2009.

Mat Taib akan lemas sendiri: Hassan Ali

Berita mengenai hijrah Tan Sri Muhammad Taib, bekas Menteri Besar Selangor untuk menjadi ahli PAS telah lama tersebar. Setengah pihak meragui kesahihah berita itu sementara setengah pihak yang lain mempunyai keyakinan yang agak tinggi tentang langkah penghijrahan itu.

Hari ini terjawablah spekulasi dan andaian-andaian mengenai hasrat Tan Sri Muhammad Taib untuk menyertai PAS. Mungkin ada pihak yang sehingga ini gagal mendapat jawapan untuk memuaskan rasa ingin tahu terhadap tindakan yang Tan Sri telah ambil terutama berkaitan dengan “timing” tindakan itu dilakukan.

Bagi saya keputusan untuk menyertai mana-mana parti dalam sistem yang kita sama-sama praktikkan adalah hak mutlak individu. Saya hormati apa juga keputusan yang dibuat kerana sebagai seorang ahli politik veteran yang telah melalui segala duri dan onak politik sudah tentu mengambil keputusan sedemikian setelah mengambil pertimbangan dan memikirkan semasak-masaknya implikasi keputusan yang di ambil. Apalagi keputusan yang dibuat oleh Tan Sri Muhammad Taib itu dibuat dihujung karier politik dan dihujung usia. Seperti yang dibayangkan saya adalah di antara mereka yang belum mendapat jawapan pasti tentang “timing” yang dipilih. Adakah tinggal berbaki 13 hari sebelum rakyat Malaysia pergi ke pusat-pusat mengundi dan memangkah kertas undi mengikut pilihan dan keyakinan masing-masing itu sesuai dengan ketika dan suasana yang saya fikir Tan Sri Muhammad Taib sangat-sangat arif mengenai kedudukan perkara ini. Bagi saya keputusan yang dibuat tidak akan menguntungkan PAS dan tidak juga merugikan Umno. Yang rugi ialah umat Melayu Islam kerana manusia hebat seperti Tan Sri yang boleh melakukan sesuatu yang hebat untuk agama dan bangsa melontarkan kehebatan yang mungkin tidak kena pada tempat dan masanya.

Menyertai PAS di ambang mengundi seperti yang dilakukan oleh Tan Sri Mat Taib antara lain disebabkan oleh ketidakyakinan Tan Sri terhadap Umno untuk membawa roh Islam bagi saya mungkin sukar difahami. Tan Sri Mat Taib orang gagah dan salah seorang yang sering berada di hadapan menghulur keris atas nama Islam dan Melayu. Tan Sri pernah menjawat jawatan Menteri Besar, Menteri dan dalam Umno sebagai Naib Presiden dan Ketua Penerangan. Persoalan yang timbul dengan kedudukan dan kuasa yang ada mengapa tidak ditiupkan roh Islam seperti yang dikehendaki di zaman Tan Sri berada dipuncak kuasa.

Berpijak pengalaman saya bersama-sama membantu mentadbir negeri Selangor dan berasosiasi dengan barisan tertinggi parti, PAS, PKR dan DAP, saya bimbang Tan Sri yang satu masa dahulu saya mengkagumi kewibawaannya akan berdepan dengan situasi yang lebih menekan dan akan menjadikan Tan Sri sentiasa tertekan. Parti PAS yang Tan Sri sertai hari ini bukan parti PAS di zaman AlMarhum Dato Fadhil Nor dan zaman-zaman sebelumnya. Zaman kegemilangan PAS dalamana jihad menjadi senjata utama yang menyebabkan parti Islam itu jatuh tetapi tidak rebah, tenggelam tetapi tidak lemas adalah disebabkan oleh prinsip perjuangan yang dipertahankan dengan harta benda, air mata hatta nyawa dikandung badan.

Secara jujur saya suka melihat kalau Tan Sri Muhammad Taib boleh menggunakan seluruh keupayaan, kebolehan dan kemampuan didokong oleh ilmu, kemahiran dan pengalaman untuk meniupkan semangat roh Islam dalam sistem bernegara di Malaysia bumi tercinta ini. Saya masih beranggapan Tan Sri Muhammad Taib saling diperlu dan memerlukan di dalam Umno. Di bawah kepimpinan yang ada sekarang saya merasakan ruang meniup roh Islam terbentang luas di dalam Umno jika dibandingkan di dalam PAS. PAS yang dikuasai oleh golongan Anwarinas atau parasit tidak akan membantu Tan Sri untuk membolehkan Tan Sri merealisasikan hasrat murni Tan Sri itu kerana agenda mereka kini bukan lagi untuk menghidupkan roh Islam tetapi sebaliknya mereka tunduk dengan perintah nakhoda Pakatan Rakyat Anwar Ibrahim dan jurumudi-jurumudinya Karpal Sing, Lim Kit Siang dan Lim Guan Eng.

Tan Sri Muhammad Taib mungkin sudah mendengar atau membaca atau diberi kefahaman mengenai negara sekular DAP dan aliran liberalisme barat yang dibawa oleh Anwar Ibrahim. Aliran ini yang mendapat restu daripada DAP kini menjadikan pluralisme agama, Islam liberal, LGBT dan lain-lain jalur kehidupan yang begitu asing kepada Islam dan masyarakat timur seperti kita di Malaysia. Saya meramalkan Tan Sri akan lemas dan hilang daya tahan serta dayajuang yang sememangnya menjadi darah daging Tan Sri bila berdepan dengan pemuka-pemuka fahaman liberalisme barat yang menjadi golongan majoriti dalam Pakatan Rakyat. Seperti yang Tan Sri maklum fahaman-fahaman yang begitu asing kepada masyarakat kita yang cuba dibawa diketengahkan tidak mendapat tentangan daripada PAS walaupun terdapat ahli ilmuan dan agamawan yang berwibawa menghukumkan sebahagian daripada fahaman itu sebagai syirik dan merosakkan aqidah.

PAS sekarang bukanlah PAS seperti dahulu yang telah berjaya menambat hati saya untuk menyertainya hampir 15 tahun yang lalu. PAS sekarang adalah PAS yang sedang kemaruk kuasa ingin ke Putrajaya dengan apa cara sekalipun sehingga sanggup meninggalkan prinsip perjuangan dan pengkalan asalnya. PAS sekarang sanggup mengikut apa sahaja kehendak rakan-rakan Pakatan Rakyat hatta “menjualkan” kalimah Allah untuk digunakan oleh penganut-penganut bukan Islam.

Dengan rendah diri saya hanya dapat mendoakan supaya percikan-percikan hidayah yang telah menembusi hati Tan Sri terus dibaja dan disuburkan. Bagi saya proses pembajaan dan penyuburan itu sukar dilakukan dalam Pakatan Rakyat yang PAS merupakan salah satu parti komponennya. Sebaliknya dengan pimpinan Umno yang ada sekarang yang telah menunjukkan tanda-tanda membuka ruang dan peluang seluas-luasnya untuk membawa Islam dalam kehidupan bermasyarakat dan bernegara mungkin boleh dilihat sebagai opsyen yang lebih munasabah bagi Tan Sri untuk menghabiskan sisa-sia usia berjihad untuk terus mengahungkan Islam dan memartabatkan bangsa Melayu.

* Datuk Dr Hasan Mohamed Ali ialah presiden JATI

Monday, April 22, 2013

Anwar Ancam Penjarakan Bos TV3

Ketua umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim mengancam untuk memenjarakan pengurusan tertinggi Sistem Televisyen (M) Bhd seandainya stesen TV3 itu terus memfitnah kerajaan Pakatan apabila gabungan parti berkenaan membentuk kerajaan persekutuan.

Menurut satu laporan Berita Harian hari ini, Anwar mengancam untuk bertindak demikian memandangkan "fitnah tidak dibenarkan dalam pentadbiran kerajaan pakatan pembangkang yang berasaskan akhlak tinggi".

"Selepas kita menjadi kerajaan, kalau TV3 terus memfitnah, kita tendah mereka masuk penjara," katanya seperti dipetik dalam laporan akhbar tersebut.

Menurut laporan itu, lagi, Anwar berkata demikian dalam satu ceramah di Kampung Batu 9, di Changkat Jering, Perak.

TV3 merupakan stesen televisyen swasta yang dikendalikan syarikat kumpulan Media Prima Bhd, yang turut memiliki Berita Harian danNew Straits Times.

Laporan Berita Harian juga menyebut, Anwar mendakwa BN akan turut menimbulkan satu lagi fitnah, berhubung dakwaan rakaman perbualan beliau dengan Sultan Sulu Jamalul Kiram.

Mat Taib Sertai Pas- Tersedar selepas kenyang

Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhd Taib akhirnya secara rasmi menyertai PAS pada Isnin.

Muhammad berkata beliau akan berkempen di Lembang Klang dan kawasan bandar di negara ini dengan menerapkan nilai-nilai murni yang diajarkan dalam Islam.

Muhammad, 65, yang juga bekas Naib Presiden Umno berkata beliau mahu menyertai PAS tahun lalu namun terpaksa menangguhkan keputusannya untuk menunggu masa yang lebih sesuai.

"Saya bersetuju untuk menyertai PAS dua hari selepas penamaan calon supaya dapat dapat menghilangkan tuduhan yang saya melakukannya untuk mendapatkan kuasa dan mahu menjadi calon dalam pilihan raya kali ini," katanya pada sidang media di ibu pejabat PAS di sini, pada Isnin.

Beliau berkata dia mahu menyertai PAS selepas menyedari pembangunan di Selangor kosong tanpa pembangunan jiwa dan rohani.

Muhammad menambah beliau akan memperjuangkan idea PAS dalam mengetengahkan nilai-nilai Islam dipraktikkan dalam setiap aspek kehidupan, terutamanya di Lembah Klang dan beliau berharap ia dapat menjadi contoh kepada kawasan lain untuk mengikutinya.

Bagaimanapun, Muhammad tidak menjawab sebarang pertanyaaan daripada pihak wartawan apabila beliau bergegas untuk memberi ruang kepada mesyuarat pimpinan Pas Pusat.

Calon-Calon PKR Bermoral Rendah- Malah ada Yang Menganut Fahaman Komunis; Hadi Awang

PAS tetap meletakkan calon mereka di tujuh kerusi yang ditandingi sekutu mereka Parti Keadilan Rakyat (PKR) adalah bagi 'menyelamatkan pakatan pembangkang' kata Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang.

Abdul Hadi mendakwa PAS mendapati calon yang diletakkan oleh PKR di beberapa kerusi berkenaan mempunyai masalah moral dan ada juga yang dikaitkan dengan idealisme 'Marxisme'

"PAS mahu menyelamatkan Pakatan kerana kami tidak mahu insiden yang berlaku di Perak berulang lagi, apabila kita hanya dapat memerintah sebuah negeri dalam tempoh yang singkat bila ada ahli berpaling tadah.

"Kita mendapat maklumat salah satu calon adalah pengedar yang menjual dadah jenismethamphetamine. Kami (PAS) tidak boleh bekerjasama dengan calon seperti ini.

"Kita juga tahu salah satu calon turut dikaitkan dengan ideologi Marxisme dan poster tokoh-tokoh Marxis seperti Karl Marx, Joseph Stalin dan Valdimir Lenin turut digantung di bilik gerakan mereka.

"Saya tidak akan mengumumkan siapa mereka namun PAS tidak boleh bekerja dengan orang seperti mereka," kata Abdul Hadi dalam ceramah di Kg Tebakang lewat malam Ahad.

Beliau menambah PAS juga membuat keputusan di saat-saat akhir untuk meletakkan calon di Panti, Johor apabila calon PKR hanya muncul 10 minit sebelum proses penamaan calon berakhir.

"Kita mahu mengelakkan Barisan Nasional (BN) daripada menang tanpa bertanding sebab itu kita masuk dan meletakkan calon kita sendiri," katanya.

Bagaimanapun, Abdul Hadi berkata, PAS tidak mempunyai masalah untuk bekerjasama sebagai sebuah pasukan dengan PKR dan DAP dalam Pakatan dan apa yang dilakukannya adalah demi ‘menyelamatkan’ pakatan

"Kita tidak ada masalah dengan Pakatan namun tidak kita boleh terima calon seperti ini," katanya.

Selain Panti, PAS turut berdepan dengan calon PKR di kerusi Parlimen Labuan dan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Sungai Acheh, Kota Damansara, Kota Putera, Seberang Takir dan Bukit Besi.

Sunday, April 21, 2013

Pakatan Menipu Lagi- Mana Ada Klon Anwar

 Polis Kedah menafikan telah menahan sebarang 'klon' Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Polis Kedah, Datuk Ahmad Ibrahim berkata, mereka tidak mencari mana-mana individu dari Thailand yang kelihatan seperti Anwar.

"Dakwaan bahawa kami menahan 'klon' Anwar adalah tidak berasas," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas artikel dalam sebuah portal online yang mendakwa 'klon' Anwar telah kembali ke Thailand dan bertekad untuk kembali (ke Malaysia) mendedahkan kebenaran.

Calon Parti Keadilan Rakyat (PKR) Sungai Acheh, Badrul Hisham Shahrin dilaporkan mendakwa dua individu dari Thailand gagal menghadiri ceramah 'Pendedahan klon Anwar' di Permatang Pauh pada Jumaat kerana polis telah menahan mereka di Kedah.

Ceramah itu bertujuan untuk membersihkan nama Anwar selepas pendedahan video seks melibatkan beliau dengan seorang wanita warga China dua tahun lalu.

Pakatan Dah Dicuba Lima Tahun- Cukuplah Kata Tun Dr Mahathir

Cukup lah kata Tun Dr Mahathir. Sudah lima tahun mencuba. Rakyat yang menderita. Negara jadi susah.

Berilah kemenangan kepada calon Umno kerana partilah yang membentuk kerajaan, bukannya individu atau perseorangan.

Bagi pembelot, mereka tidak akan dapat undi, kerana rakyat tahu mereka berjuang untuk diri sendiri, bukannya rakyat.

Ibrahim Ali seperti 'ayah' - kata Che Johan

Che Johan Che Pa - calon BN bagi Parlimen Pasir Mas yang tidak menyerahkan kertas pencalonannya pagi tadi - berkata beliau menarik diri bagi mengelak berlakunya pertembungan tiga penjuru, yang akan menyebabkan peluang BN meraih kerusi itu tipis. 

"Saya mengambil langkah untuk menarik diri... lebih-lebih lagi saya akan bertanding melawan Datuk Ibrahim Ali yang juga semua orang anggap seperti ayah dengan anak, sebagai mentor politik. 

"Kalau saya mengambil keputusan meneruskan juga maka kedua-dua kami akan terkorban kalah dalam pilihan raya kali ini," katanya.

Che Johan berkata walaupun berat hati untuk membuat keputusan sedemikian, namun langkahnya itu demi kepentingan BN dalam usaha merampas kembali Kelantan daripada kerajaan PAS. 

Che Johan berkata beliau sedia berjumpa dengan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak bagi menjelaskan sebab beliau mengambil tindakan mengejut itu, dan akan menjawab segala persoalan yang dibangkitkan nanti.

Beliau juga meminta supaya semua penyokong BN terus bekerja keras dan memastikan kerusi Parlimen Pasir Mas dimenangi oleh Ibrahim yang didakwanya 'rakan BN'. 

Ibrahim pula berkata beliau terkejut dengan tindakan Che Johan menarik diri dan tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon. 

"Kedudukan ini lebih meyakinkan saya untuk memenangi kawasan itu di samping menumbangkan PAS di kawasan ini," katanya. 

Ibrahim turut menafikan wujud konsprirasi di sebalik keputusan Che Johan untuk menarik diri.

"Saya difahamkan Che Johan hadir ke dewan penamaan calon dengan membawa borang dengan penuh persediaan cuma tidak menyerahkan borang sehingga tempoh penamaan calon tamat," katanya. 

Bagaimanapun, beliau tidak menolak kemungkinan Che Johan yang dikenali sebagai 'anak buahnya' dalam politik, terhutang budi dan mahu memberi laluan mudah kepadanya.

Ibrahim memenangi kerusi tersebut pada 2008 atas tiket PAS dengan mengalahkan calon BN Ahmad Rosdi Mahmad dengan majoriti 8,991 undi.- Bernama

Calon Pembelot BN Nak isi Tembolok dan Perut Sendiri, Bukan untuk Rakyat

Kamilia Ibrahim- Naib Ketua Wanita-Salah Seorang Pembelot
Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad yakin ahli Umno dan Barisan Nasional (BN) yang belot kepada parti apabila bertanding sebagai calon Bebas tidak akan dipilih oleh rakyat.

Menurutnya rakyat tidak akan memberi undi mereka kepada calon individu yang tidak berupaya membawa perubahan kepada nasib mereka.

"Saya percaya orang Umno, BN tak akan ikut calon Bebas, mereka akan bagi undi mereka kepada parti.

"Kerana mereka tahu yang bertanding adalah parti, kalau parti tak menang tak guna," katanya pada sidang media selepas berceramah di Rali Pemuda BN bagi Parlimen Alor Setar di sini, Sabtu malam.

Selain itu Dr Mahathir turut menyifatkan tindakan pemimpin dan ahli Umno yang bertanding atas tikes Bebas merupakan tindakan sia-sia.

"Pilihan raya bukan sebab nak jadikan orang itu YB (Yang Berhormat) . Kita nak cukup kerusi intuk bentuk kerajaan, kalau dia menang sorang-sorang kerusi...dia nak buat apa?

"Dia tak boleh buat apa, nanti kena minta dengan kerajaan juga," katanya.

Beliau berkata demikian bagi mengulas mengenai tindakan beberapa ahli Umno yang membelakangi keputusan parti untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Antararanya Naib Ketua Wanita Umno, Datuk Kamilia Ibrahim dan bekas timbalan menteri pertanian, Datuk Seri Mohd Shariff Omar mengemukakan kertas pencalonan untuk bertanding sebagai calon Bebas masing-masing bagi kerusi Parlimen Kuala Kangsar dan Tasek Gelugor.

Diminta mengulas sama ada keputusan mereraka bertanding Bebas mencerminkan kelemahan kepimpinan parti memilih calon terbaik, Dr Mahathir berkata ia berkemungkinan didorong oleh sikap tamakkan kuasa dan pangkat.

"Makin ramai percaya mereka patut dipilih. Terutama kalau dia nampak nak menang, dia nak la jadi calon sebab dia nampak nikmat...bukan sebab nak berkhidmat.

"Ramai yang rasa dia adalah winable candidate atau calon boleh menang. Atau mungkin dia ingat dia win-cable candidate, bila tak dapat dia kecewa...orang macam ni tak boleh jadi pemimpin," katanya.

Saturday, April 20, 2013

Hasrat Ibrahim Ali Tercapai- Mempertahan Parlimen Pasir Mas

Di luar jangkaan ramai, kerusi Parlimen Pasir Mas menyaksikan pertembungan satu sama satu antara calon Bebas, Datuk Ibrahim Ali dengan calon PAS, Nik Abduh Nik Abdul Aziz, anak menteri besar Kelantan. 

Persaingan kedua-duanya disebabkan calon BN untuk kerusi tersebut, Che Johan Che Pa, tidak menyerahkan borang pencalonan di pusat penamaan calon biarpun hadir sama pagi ini.

Presiden PERKASA mendapat sokongan bulat daripada mantan perdana menteri Dr Mahathir Mohamad untuk mempertahankan kerusi tersebut. 

BN sebelum ini memilih Che Johan walaupun Ibrahim disebut-sebut bakal terpilih sebagai calon, seperti naib presidennya dalam PERKASA Datuk Zulkifli Noordin.

Ibrahim pada 16 April, hari yang sama selepas BN mengumumkan calon, dengan kecewa akhirnya mengisytiharkan akan mempertahankan kerusi itu sebagai calon bebas.

Justeru, jika berlaku pertembungan tiga penjuru, pemerhati politik berpendapat, keadaan yang berlaku tidak akan menguntungkan BN dan berpotensi memecahkah undi mereka sendiri.

Ia pasti mewujudkan keadaan serba-salah bagi penyokong mereka sama ada mengundi BN atau Ibrahim - wakil rakyat lama mereka yang pro-BN.

Friday, April 19, 2013

DAP Putuskan Guna Logo Pas atau PKR: Tutup Kemungkinan Pertembungan antara DAP dan PKR

Pengerusi DAP Karpal Singh berkata, calon-calon mereka akan bertanding menggunakan logo PAS di Semenanjung Malaysia dan PKR di Sabah dan Sarawak dalam pilihan raya umum 5 Mei ini.

Katanya, keputusan itu diambil kerana sehingga jam 3 petang ini - tarikh akhir yang ditetapkan DAP - mereka tidak mendapat sebarang respon penarikan balik surat penggantungan jawatankuasa eksekutif pusat (CEC) parti itu daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS).

"Ekoran itu, kami akan teruskan apa yang diputuskan semalam dan bertanding bawah lambang PAS di Semenanjung dan PKR di Sabah dan Sarawak," katanya.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali ketika dihubungi juga mengesahkan DAP akan menggunakan logo parti Islam itu di semenanjung.

Karpal sebelum ini meminta ROS menarik balik surat bertarikh 17 April sebelum jam 3 petang hari ini dan tidak akan memfailkan permohonan untuk mencabar keputusan ROS itu.

Surat itu dihantar ekoran dakwaan berlaku kesilapan teknikal dalam pemilihan parti tu tahun lepas.

Tindakan itu diambil walaupun Pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof mengesahkan bahawa DAP masih boleh untuk bertanding walaupun tanpa pengiktirafan ROS.

"Saya telah tandatangan semua watikah untuk calon DAP (bertanding di semenanjung)," kata Mustafa sambil menyifatkan langkah itu sebagai "bersejarah" untuk PAS.

Penamaan Calon Esok: Mustafa Ali pilih kerusi mana?

SETAKAT ini tidak diketahui status Setiausaha Agung Pas Mustafa Ali bertanding di kerusi mana atau negeri mana.

Mustafa diselubungi skandal video seks yang didedahkan baru-baru ini.

Setakat ini, Setiausaha Agung Pas itu masih membisu dan enggan memberi jawapan berkaitan dengan video seks yang memaparkan dirinya.

Calon Bebas- Amaran kepada BN dan PR

Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Rakyat sedia berhadapan dengan jumlah calon Bebas yang ramai yang dilihat bertujuan memecahkan undi terhadap mereka pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

Kemunculan kumpulan tersebut mungkin jumlah terbesar dalam sejarah pilihan raya negara ini yang menyaksikan pertembungan tiga penjuru dan pelbagai penjuru.

Tidak seperti sebelum ini apabila calon Bebas adalah pemberontak kepada parti, pada kali ini golongan tersebut terdiri daripada mereka yang tidak terpilih sebagai calon Barisan Nasional dan Pakatan.

Peringatan telah diberikan kepada Perdana Menteri dan Pengerusi BN Datuk Seri Najib Tun Razak serta Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim bahawa mereka sedia berhadapan calon Bebas walaupun ada sesetengah pihak menganggapnya sebagai kumpulan kecil.

Ketua Koordinator Jingga 13, Fariz Musa, 43, dan pelajar Sains Politik Mohamed Bukhairy Sofian, 23, yang mendakwa mewakili Gerakan Mahasiswa PRU13, akan menentang Najib di Pekan.

Pemilik blog kontroversi, Papagomo pula mengumumkan akan bertanding menentang Anwar dan calon BN Dr Mazlan Ismail di Permatang Pauh.

Bekas Presiden MCA, Datuk Seri Ong Tee Keat mungkin antara yang termasuk dalam senarai calon Bebas sekiranya dia berhasrat untuk mempertahankan kerusi Parlimen Pandan.

Ahli Parlimen Seremban (DAP) John Fernandez, Ahli Parlimen Pasir Mas, Datuk Ibrahim Ali dan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kajang dari DAP, Lee Kim Sin berkata, mereka akan bertanding sebagai calon Bebas pada 5 Mei ini.

Bekas Ketua UMNO Bahagian Tasek Gelugor, Datuk Seri Mohd Shariff Omar, Ahli Jawatankuasa Umno bahagian Bakri, Md Ghazali Salamon, Penyelaras Gerakan Batu Kawan Mohan Apparoo dan Ketua Cabang PKR Tapah Ridzuan Bani turut menyuarakan hasrat untuk bertanding sebagai calon Bebas.

Sementara itu, Tok Mun atau Maimun Yusuf, 93, dijangka akan bertanding semula di kerusi Parlimen Kuala Terengganu.

Seorang lagi calon Bebas, Billi Lim Peng Soon yang bertanding dan tewas di Bukit Bintang pada 1999 dan 2004 dan di Kelana Jaya pada 2008. Beliau dijangka bertanding semula di Kelana Jaya.

Kebanyakan pertembungan pelbagai penjuru dijangka berlaku di Sabah dan Sarawak.

Pada pilihan raya umum 2008, 89 pertembungan pelbagai penjuru berlaku di kerusi DUN dan Parlimen dengan kebanyakannya di Sabah.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) percaya lebih 50 calon Bebas akan bertanding di kerusi Parlimen seluruh negara berdasarkan bilangan ahli politik yang kecewa kerana tidak tercalon.

Timbalan Pengerusi SPR, Datuk Wan Ahmad Wan Omar menjangkakan jumlah tersebut mungkin lebih ramai.

"Walaupun jika terdapat pertembungan satu lawan satu untuk 222 kerusi Parlimen, kita boleh melihat 444 calon. Namun dengan melihat trend semasa, mungkin boleh jadi lebih 500 calon.

"Bilangan calon Bebas yang bertanding di kerusi DUN pastinya lebih ramai memandangkan terdapat 505 kawasan yang dipertaruhkan," katanya.

Setiausaha SPR, Datuk Kamaruddin Mohamed Baria berkata calon Bebas telah membeli 301 borang pencalonan untuk kerusi Parlimen dan 696 di kerusi DUN.

Kemelut DAP: Calon Parti itu Guna Lambang Pas di Semenanjung Lambang PKR di Sabah dan Sarawak

GEORGE TOWN: Setiausaha Agung DAP Lim Guan Eng pada Khamis mendakwa menerima surat daripada Jabatan Pendaftar Pertubuhan (ROS) bertarikh 17 April, melalui faksimili hari ini, menyatakan DAP tidak berkuasa mengeluarkan surat watikah pelantikan kepada mana-mana calon parti menggunakan simbol parti iaitu roket pada Pilihan Raya Umum ke-13 (PRU-13).

Menurutnya, ini susulan keputusan ROS yang tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan Jawatankuasa Kerja Pusat (CEC) parti DAP.

Sehubungan itu, Lim berkata DAP bercadang menggunakan simbol PAS di Semenanjung dan simbol Parti Keadilan Rakyat (PKR) di Sabah dan Sarawak pada PRU-13.

Lim sebelum itu mengadakan mesyuarat bersama Setiausaha Agung PAS Mustafa Ali dan Setiausaha Agung PKR Saifuddin Nasution Ismail, yang menurut pemimpin DAP itu mendapat persetujuan pemimpin parti masing-masing berhubung penggunaan simbol PAS dan PKR.

Beliau turut berkata sepucuk surat yang diterima semalam menyatakan ROS telah bersetuju menangguhkan penyiasatan berhubung pemilihan jawatan CEC.

Dalam surat itu, kata Lim, ROS telah bersetuju bahawa penyiasatan tersebut yang sepatutnya dijalankan hari ini, ditangguh ke 9 Mei.

Terdahulu, Pengarah ROS, Datuk Abdul Rahman Othman dalam satu kenyataan yang dikeluarkan mengesahkan DAP boleh menggunakan simbol Roket pada pilihan raya umum kali ini walaupun siasatan berhubung keputusan pemilihan CEC parti itu sedang dijalankan.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut Pendaftar Pertubuhan tidak memberi pengiktirafan kepada pemegang-pemegang jawatan DAP yang dibentuk semasa pemilihan parti itu pada 15 Disember 2012, mengikut Seksyen 3A Akta Pertubuhan 1966.

"Bagaimanapun, pendaftaran DAP tidak terbatal dan ia masih boleh menggunakan simbolnya semasa PRU13," kata Abdul Rahman.

Beliau turut berkata siasatan berhubung pemilihan parti itu akan diteruskan.

Kemelut yang berlaku dalam DAP itu timbul selepas ramai anggotanya dilapor mempersoal ketelusan dalam pemilihan Jawatankuasa Tertinggi Pusat (CEC) DAP berikutan wujud perubahan mendadak dalam keputusan pemilihan kononnya disebabkan kesilapan pengiraan, selain dakwaan kenapa lebih 700 perwakilan dinafikan hak mengundi.

Thursday, April 18, 2013

Pemimpin Gila Seks: Salah Seorang Bertanding Di P188 Silam Sabah Dr Badrulamin Bin Bahron

Video Seks: Mustafa Ali masih membisu

ALOR SETAR: Setiausaha Agung PAS, Datuk Mustafa Ali terus membisu mengenai isu penyebaran video seks yang dikaitkan dengannya baru-baru ini.

Bagaimanapun beliau yang kelihatan bersahaja ketika diserbu pihak media bagi mendapatkan reaksinya berhubung video yang disebarkan sejak seminggu lalu bertegas untuk tidak memberi sebarang komen.

Sebaliknya Mustafa terus mengulangi kenyataannya sebelum ini yang beliau menyerahkan kepada peguamnya, Asmuni Awi dan Hanifah Maidin melalui Tetuan Awi & Co. untuk mengambil tindakan lanjut.

"Tak apa..tak apa, saya serah kepada peguam," katanya ringkas ketika ditemui di sini.

Diajukan teori kemungkinan wujud unsur sabotaj sama ada di kalangan pemimpin PAS sendiri atau membabitkan sekutu mereka iaitu Parti Keadilan Rakyat (PKR) atau DAP, Mustafa hanya tersenyum tanpa memberikan reaksi.

"Oh, anda beritahu saya? Tak mengapalah...saya dengar cukuplah," katanya sambil tersenyum.

Sebaliknya ketika menunggu kenderaannya sebelum meninggalkan majlis, Mustafa lebih selesa untuk berbual dengan wakil media mengenai situasi politik semasa di Kedah terutama membabitkan senarai calon Barisan Nasional (BN).

Wednesday, April 17, 2013

Datuk VK Liew Pertahan Parlimen Sandakan ( Disertakan calon2 DAP dan PKR Sabah)

Parti LDP salah satu parti komponen BN Sabah yang tertua selain Umno, telah mengumumkan senarai calon-calon parti itu dalam satu sidang akhbar yang diadakan oleh Pressiden parti itu di Ibu Pejabatnya di Kepayan Perdana berhampiran Kota Kinabalu.

Sebelum megumumkan senarai calon-calon daripada parti LDP yang mewakili BN pada PRU13 samada di peringkat Parlimen mahupun Dewan Undangan Negeri (DUN), Presiden Parti itu Datuk VKLiew telah melancarkan risalah parti itu yang bertajuk BERSAMA MENJAYAKAN TRANSFORMASI.

Selain itu, Parti LDP juga enam faktor MENGAPA RAKYAT PERLU MENYOKONG BN. 
-BN merupakan gabungan PERKONGSIAN KUASA YANG TERUJI;
-BN mempunyai REKOD 55 TAHUN SEBAGAI KERAJAAN
-BN adalah pilihan rakyat atas sebab Telah MEMENUHI KEHENDAK RAKYAT
-BN MAMPU MEMBENTUK KERAJAAN YANG KUAT DAN STABIL
-BN MEMPUNYAI PEMIMPIN YANG BERPENGALAMAN DAN DINAMIK serta
-BN mempunyai KONSEP KESEDERHANAAN.

Datuk Liew Vui Keong  bahawa sokongan Cina kepada kerajaan BN masih kental kerana mereka sedar sejak BN menerajui kerajaan sejak 20 tahun di Sabah khususnya di Sandakan, banyak membawa perubahan besar dalam arus perdana pembangunan Sabah.

“Di Sandakan, telah wujud Hub Pendidikan iaitu Universiti Malaysia Sabah (UMS); jalan raya dinaik taraf dan banyak lagi kemudahan yang disediakan oleh kerajaan untuk dinikmati oleh rakyat setempat. Contohnya lebih daripada 100 hotel dibina di daerah ini dan sekaligus memberikan peluang pekerjaan kepada anak-anak tempatan,” katanya.

Ditanya hubungan LDP dengan UMNO, Gerakan, PBS, UPKO, MIC, MCA; V.K Liew menjelaskan memang cukup baik dan telah menampakkan kerja sama yang erat; apatah lagi di musim kempen pilihanraya umum ke 13 kerana masing-masing mempunyai peranan membantu calon BN yang bertanding.

“Pembangkang seperti DAP, PKR, Star dan SAPP sudah ketandusan isu dan hanya mengitar semula isu lapuk sepert RCI, Pencerobohan, Barang mahal dan NCR; sedangkan rakyat sudah bosan mendengar propaganda sedemikian yang dilemparkan kepada kerajaan BN,” ujarnya lagi.

Kata V.K Liew lagi, walaupun pihak pembangkang melontarkan pelbagai tuduhan dan tohmahan kepada kerajaan BN, rakyat sudah bosan dengan tindak tanduk pembangkang yang hanya bijak bercakap dan memutarbelitkan fakta, tetapi akhirnya seperti menjual air liur basi.

Pada PRU-13 ini, LDP yakin akan menang 100 peratus semua kawasan yang ditandinginya dan akan mengulang keputusan tahun 2008.

Pada PRU-13, LDP mendapat tambahan satu kerusi yakni N14 Likas.

SENARAI PENUH CALON-CALON LDP 

Parlimen P.186 Sandakan Datuk Liew Vui Keong (Penyandang)
Dun N.58 Merotai Datuk Pang Yuk Ming (Penyandang)
Dun N.2 Tanjong Kapor Datuk Teo Chee Kang (Penyandang)
Dun N.44 Karamunting Charles Pang Su Pin (Muka Baru)
Dun N.14 Likas Chin Shu Ying (Muka Baru).

CALON-CALON DAP SABAH


PARLIAMENT SEATS
1. Sepanggar - Jeffrey Kumin @ John
2. Kota Kinabalu - Wong Sze Phin @ Jimmy
3. Putatan - Lee Han Kyun @ Joseph Lee
4. Sandakan - Wong Tien Fatt @ Wong Nyuk Foh
STATE SEATS
1. Likas - Wong Hong Jun
2. Luyang - Hiew King Cheu
3. Kapayan - Edwin @ Jack Bosi
4. Melalap - Noorita binti Sual
5. Karamunting - Chong Ket Kiun
6. Elopura - Hiew Vun Zin
7. Tanjong Papat - Poon Ming Fung
8. Sri Tanjong - Chan Foong Hin

CALON PKR SABAH
P167 Kudat: Rahimah Binti Majid
P168 Kota Marudu: Datuk Maijul Mahap
P169 Kota Belud: Isnaraissah Munirah Binti Majlid @ Fakharudy
P170 Tuaran: Datuk Seri Pangima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
P174 Penampang: Ignatius Dorrel Leiking
P175 Papar: Datuk Mohammad Yahya @ Yahya Bim Lampong
P176 Kimanis: Jaafar Bin Ismail
P177 Beaufort: Datuk Seri Panglima Lajim Ukin
P178 Sipitang: Ramlee Bin Dua @ Ramli Dua Lee
P179 Ranau: Jonathan Bin Yasin
P180 Keningau: Stephen Sandor
P181 Tenom: Masdin Bin Tumas
P182 Pensiangan: Datuk Seri Dr Richard Sakian Bin Gunting
P183 Beluran: James Miki
P184 Libaran: Mohd Serman Bin Hassnar
P187 Kinabatangan: Mustapa Bin Datu Tambuyong
P188 Silam: Dr Badrulamin Bin Bahron
P189 Semporna: Dr Zamree @ Mohd Suffian Bin Abdul Habi
P190 Tawau: Datuk Kong Hong Ming @ Kong Fo Min
Manakala bagi kerusi Dewan Undangan Negeri pula:
N01 Banggi: Datu Abdul Razak Bin Datu Abdul Salam
N02 Tanjong Kapor: Chin Chung Kui @ William Chin
N04 Matunggong: Jelin Bin Dasanap @ Jelani Bin Hamdan
N05 Tandek: Andonny Pilit @ Anthony Biri Mandiau
N07 Kadamaian: Uloh @ Jeremmy Bin Majalad @ Malazad
N08 Usukan: Ir Mustafa Sa’mud
N09 Tamparuli: Datuk Seri Panglima Mojilip Bin Bumburing @ Wilfred
N10 Sulaman: Mukhtar
N11 Kiulu: Rhodes Bin Panilau
N12 Karambunai: Muali Bin Aching
N13 Inanam: Roland Chia Ming Shen
N15 Api-Api: Liew Chin Jin
N18 Petagas: Mat Yunin @ Mohd Yunin Bin Atin
N20 Moyog: Terrence Siambun
N21 Kawang: Kefli @ Dzulkefli Bin Safar
N22 Pantai Manis: Fred Bin Gabriel
N23 Bongawan: Tan Sri Ibrahim Menudin
N24 Membakut: Narawi @ Sinar Bin Ahmad
N25 Klias: Datuk Seri Lajim Bin Ukin
N26 Kuala Penyu: Datuk Johan @ Christopher Bin OT Ghani
N27 Lumadan: Ustaz Abdul Rahman Yaakob
N28 Sindumin: Harunsah Bin Ibrahim
N29 Kundasang: Satiol Bin Indong
N30 Karanaan: Datuk Dr Muhiddin @ Mohd Anas Bin Yusin
N31 Paginatan: Amru Bin Abd Kadir
N32 Tambunan: Wilfred Win Bin Ponil
N33 Bingkor: Dato Ahmad Shah Tambakau
N34 Liawan: Paul Gitang
N36 Kemadong: Biou Suyan
N37 Sook: Liberty Lopog
N38 Nabawan: Raymond Bin Ahuar
N39 Sugut Petrus Zabang
N40 Labuk: Datuk Tan Yong Gee
N41 Gum-Gum: Ahmad Thamrin @ Thamrin Bin Mohd Jaini
N42 Sungai Sibuga: Irwansyhah Bin Mustafa
N43 Sekong: Musah Bin Ghani
N47 Kuamut: Benson Ingam
N49 Tungku: Johani Bin Abd Halim
N50 Lahad Datu: Dr Hamid Awong @ Abdul Hamid Awong
N52 Sulabayan: Hermeny Bin Murgal
N53 Senallang: Mohd Amin Bin Abdul Mem
N55 Balung: Frank Salazar @ Franco
N56 Apas: Alizaman Bin Jijurahman

PRU-13: Senarai calon BN bagi negeri Sabah

KOTA KINABALU 16 April - Berikut senarai calon-calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13).

PARLIMEN:

P167 Kudat- Datuk Abdul Rahim Bakri (penyandang)

P168 Kota Marudu - Datuk Dr. Maximus Ongkili (penyandang)

P169 Kota Belud - Datuk Abd. Rahman Dahlan (penyandang)

P170 Tuaran - Madius Tangau (penampilan semula) 

P171 Sepanggar - Datuk Jumat Idris (baharu)

P172 Kota Kinabalu - Chin Tek Ming

P173 Putatan - Dr. Marcus Mojigoh (penyandang)

P174 Penampang - Tan Sri Bernard Giluk Dompok (penyandang)

P175 Papar - Rosnah Abdul Rashid Shirlin (penyandang)

P176 Kimanis - Datuk Anifah Aman (penyandang)

P177 Beaufort - Datuk Azizah Mohd. Dun (pertukaran kawasan)

P179 Ranau - Ewon Ebin (pertukaran kawasan)

P178 Sipiting - Datuk Sapawi Amat Wassali@Ahmad (penyandang)

P180 Keningau - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

P181 Tenom - belum diumumkan (kuota UMNO)

P182 Pensiangan - belum diumumkan (kuota PBRS)

P183 Beluran - Datuk Ronald Kiandee (penyandang)

P184 Libaran - Datuk Juslie Ajirol (penyandang)

P185 Batu Sapi - Linda Tsen Thau Lin (penyandang)

P186 Sandakan - Datuk Liew Vui Keong (penyandang)

P187 Kinabatangan - Datuk Bung Moktar Radin (penyandang)

P188 Silam - Datuk Datu Nasrun Datu Mansor (pertukaran kawasan)

P189 Semporna - Datuk Mohd. Shafie Apdal (penyandang)

P190 Tawau - Datuk Mary Yap Kain Ching (baharu)

P191 Kalabakan - Datuk Abdul Ghapur Salleh (penyandang)

DEWAN UNDANGAN NEGERI:

N1 Banggi - Abdul Mijul Unaini (penyandang)

N2 Tanjong Kapor - Teo Chee Kang (Penyandang)

N3 Pitas - Bolkiah Ismail (penyandang)

N4 Matunggong - Sarapin Magana (penyandang)

N5 Tandek - Lasiah Baranting@Anita (penyandang)

N6 Tempasuk - Musbah Jamli (penyandang)

N7 Kadamaian - Herbert Timbon Lagadan (penyandang)

N8 Usukan - Datuk Seri Salleh Said (penampilan semula)

N9 Tamparuli - Datuk Jahid@Noordin Jahim (penyandang)

N10 Sulaman - Datuk Hajiji Noor (penyandang)

N11 Kiulu - Datuk Lovis Rampas (penyandang)

N12 Karambunai - Jainab Ahmad (penyandang)

N13 Inanam - Goh Chin Lok@Johny Goh (penyandang)

N14 Likas - Chin Shu Ying (muka  baru)

N15 Api-api - Datuk Dr. Yee Moh Chai (penyandang)

N16 Luyang - Agnes Sim (baharu)

N17 Tanjong Aru - Edward Yong Oui Fah (penyandang)

N18 Petagas - Datuk Yahya Hussin (penyandang)

N19 Kapayan - Datuk Edward Khoo Keok Hai (penyandang)

N20 Moyog - Philip Benedict Lasimbang (penampilan semula)

N21 Kawang - Datuk Ghulam Haidar Khan Bahadar (penyandang)

N22 Pantai Manis - Datuk Abdul Rahim Ismail (penyandang)

N23 Bongawan - Mohamad Alamin (baharu)

N24 Membakut - Mohd. Arifin Mohd. Arif (penyandang)

N25 Klias - Isnin Aliasnih (baharu)

N26 Kuala Penyu - Limus Jury (baharu)

N27 Lumadan - Kamarlin Ombi (penyandang)

N28 Sindumin - Ahmad Bujang (penyandang)

N29 Kundasang - Dr. Joachim Gunsalam (penyandang)

N30 Karanaan - Datuk Masidi Manjun (penyandang)

N31 Paginatan - Siringan Gubat (pertukaran kawasan)

N32 Tambunan - Datuk Joseph Pairin Kitingan (penyandang)

N33 Bingkor - Kennedy Jie John@Kenn (baharu)

N34 Liawan - Datuk Sairin Karno (penyandang)

N35 Melalap - Datuk Radin Malleh (penyandang)

N36 Kemabong - Datuk Rubin Balang (penyandang)

N37 Sook - belum diumumkan (kuota PBRS)

N38 Nabawan - Datuk Bobbey Ah Fang Suan (penyandang)

N39 Sugut - Datuk James Ratib (baharu)

N40 Labuk - Datuk Micheal Asang (penyandang)

N41 Gum-gum - Datuk Zakaria Mohd. Edris (penyandang)

N42 Sungai SIbuga - Datuk Seri Musa Aman (penyandang)

N43 Sekong - Datuk Shamsuddin Yahya (penyandang)

N44 Karamunting - Charles Pang Su Pin (Muka baru)

N45 Elopura - Au Kam Wah (penyandang)

N46 Tanjong Papat - Datuk Raymond Tan Shu Kiah (penyandang)

N47 Kuamut - Masiung Banah (penyandang)

N48 Sukau - Saddi Abdul Rahman (penyandang)

N49 Tungku - Datuk Mohd. Suhaili Said (penyandang)

N50 Lahad Datu - Datuk Mohd. Yusof Apdal (baharu)

N51 Kunak - Nilwan Kaban (penyandang)

N52 Sulabayan - Datuk Jaujan Sambakong (baharu)

N53 Senallang - Datuk Nasir Tun Sakaran (penyandang)

N54 Bugaya - Datuk Ramlee Marahaban (penyandang)

N55 Balung - Datuk Syed Abas Syed Ali (penyandang)

N56 Apas - Datuk Tawfiq Abu Bakar Titingan (penyandang)

N57 Sri Tanjong - Fung Len Fui (baharu)

N58 Merotai - Pang Yuk Ming (Penyandang)

N59 Tanjung Batu - Datuk Hamisah Samat (penyandang)

N60 Sebatik - Abd Muis Picho (penyandang)

Tuesday, April 16, 2013

PRU-13: Pertembungan Ghani Othman-Lim Kit Siang Menjadi Kenyataan

Datuk Abdul Ghani Othman telah dicalonkan bagi kerusi Parlimen Gelang Patah. Dengan pencalonan itu, maka beliau bertembung dengan Lim Kit Siang.

Sementera itu Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin telah dipindahkan ke kerusi Dewan Undangan Negeri (Dun) Permas sementara Datuk Nur Jazlan Mohamaed kekal bertanding di kerusi Parlimen Pulai.

Keputusan Khaled yang juga bekas Menteri Pengajian Tinggi itu bertanding di Dun Permas menguatkan spekulasi beliau akan dilantik menjadi Menteri Besar jika BN kembali memerintah negeri itu selepas pilihan raya nanti.

Pengumuman nama calon BN Johor dibuat oleh Setiausaha Kerja BN Johor, Ramli Bohani.

Ketika nama Ghani diumumkan sebagai calon hadirin memberikan gemuruh kepada beliau.

Ghani ketika ditemui berkata berasa lega sejak 20 hari yang lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kerusi tidak diumumkan iaitu, Parlimen Tanjung Piai, dan kerusi Dun Senai serta Pekan Nenas.

Ketiga-tiga kerusi berkenaan merupakan kerusi milik MCA dan dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

Wakil BN memberitahu penangguhan itu disebabkan oleh penukaran di saat akhir dalam senarai nama calon.

Monday, April 15, 2013

Ong Tee Kiat Gugur

Mantan Presiden MCA dan MP Pandan, Datuk Ong Tee Kiat tidak terpilih bertanding pada PRU-13. Senarai calon-calon MCA yang diumumkan Presiden parti itu-Datuk Seri Chua Soi Lek sebentar tadi, kawasan P100 Pandan ditandingi Penasihat Undang-undang MCA Bahagian Pandan Gary Lim Chin Yee.

Gary Lim dijangka berdepan dengan Rafizi Ramli daripada PKR.

MCA pada PRU kali ini hanya bertanding 37 kerusi Parlimen, kurang 3 berbanding PRU-2008. Kawasan yang dipinjamkan adalah Parlimen Gelang Patah di Johor, Parlimen Kuantan di Pahang dan Parlimen Wangsa Maju di Wilayah Persekutuan.

Tujuan peminjaman kerusi-kerusi tersebut adalah strategi parti itu bagi untuk masa depan, demikian menurut Chua melalui kenyataan akhbar.

PRU-13: BN Kemuka calon-calon Terkuat dan Terbaik: Najib

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berkata BN hari ini telah memuktamadkan calonnya yang "terkuat dan terbaik" bagi berdepan calon pembangkang pada pilihan raya umum 5 Mei ini.

Beliau yang juga pengerusi BN juga menegaskan sebanyak 33 peratus calon di peringkat parlimen terdiri daripada muka baru, manakala sebanyak 49 peratus terdiri calon baru di peringkat DUN.

Menurutnya lagi, 91 peratus calon BN di peringkat parlimen mempunyai kelayakan akademik peringkat diploma ke atas.

"Dari segi penyertaan, sebanyak 31 peratus di kalangan profesional termasuk profesor universiti, pegawai PTD, badan-badan agensi kerajaan, doktor, peguam, ulama, (pemimpin) popular di peringkat akar umbi dan sebagainya.

"Umumnya saya yakin, ini pasukan BN yang terkuat mampu kita tampilkan. Dan saya yakin inilah pasukan yang mampu memenuhi akujanji manifesto dan membantu kerajaan dengan dasar tranformasinya," katanya dalam sidang media selepas menyerahkan senarai dan watikah calon kepada presiden komponen parti dan pengerusi BN di seluruh negara.

Menurutnya lagi pemilihan calon di peringkat parlimen dan DUN adalah berdasarkan kepada "sentimen dan jangkaan pengundi bahawa BN dan Umno sudah bersedia melakukan perubahan dan pembaharuan".

"Di samping itu, kita juga cuba mengambil kira perlunya kita membariskan wakil-wakil rakyat yang sedia ada, yang terdiri ada pengalaman berkhidmat dalam kerajaan.

"Ini kerana imbangan muka baru dan muka yang berpengalaman adalah amat penting. Kita bukan sahaja menampilkan pembaharuan, tetapi kita ada sebuah parti yang mana dengan mandat baru akan menubuhkan kerajaan akan datang, kita juga mampu mentadbir kerajaan dan berkhidmat kepada rakyat," katanya.

Sehubungan itu, katanya, berdasarkan jadual, parti-parti komponen BN akan memaklumkan senarai calon masing-masing pada hari ini.

Umno umum calon esok

Manakala, pengerusi BN negeri-negeri akan mengumumkan senarai dan penyerahan watikah secara serentak pada keesokan harinya.

Bahkan katanya, pengumuman calon Umno akan dibuat esok.

"Ini merupakan barisan terbaik yang mampu disediakan. Ia (pemilihannya) adalah merupakan satu proses yang panjang yang dilakukan pada kali ini, meliputi banyak perundingan dengan parti komponen BN dan pengerusi BN negeri," katanya.

Menjawab soalan, Najib berkata senarai calon yang diserahkan adalah "senarai terakhir" dan berharap tidak timbul situasi yang membolehkan pertukaran berlaku.

"Saya berharap tidak ada perubahan. Kami tidak menjangkakan perubahan. Saya berharap tidak timbul situasi yang membolehkan perubahan berlaku... Kami berharap (senarai) ini adalah final," tegasnya. 

Kepada calon atau penyandang yang tidak terpilih, Najib turut mengucapkan perhargaan dan terima kasih dan ia tidak disebabkan mereka "gagal, bermasalah atau ada kepincangan".

Sebaliknya, katanya, tuntutan rakyat yang mahukan perubahan adalah antara sebab tindakan itu dibuat. 

"Terima kasih kepada semua wakil rakyat yang tidak bertanding. Ia bukan stu penafian atas khidmat mereka selama ini.

"Kita berharap mereka terus menyokong parti dan memberi sumbangan dalam pilihan raya umum dan selepas itu," katanya.

Blog Archive