Sunday, June 30, 2013

PRK Kuala Besut Terengganu: Kritikal untuk BN dan PR

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada 26 Jun lalu.

Kawasan itu kritikal terehadap BN, kerana jika kalah, maka akan mengubah lanskap politik Terenggangu selepas PRU-13.

Kedudukan DUN bagi Terengganu selepas PRU-13 adalah BN=17 dan PR=15 daripada 32 kerusi Dewan Undangan Negeri.

Kekalahan kepada BN, menjadikan kedudukan seri 16-16, namun BN bakal meneruskan kerajaan, bila Speaker DUN akan mengundi menyokong BN; tetapi jika sebaliknya, maka akan ada perubahan kerajaan.

Apa yang menarik pada PRK kali ini, apabila PAS dan PKR berebut untuk bertanding DUN itu, kerana menurut rekod, kawasan itu pernah dimenangi PKR pada tahun 1999.

Pada PRU-13 lalu kawasan itu ditandingi calon PAS, namun calonnya kalah kepada penyandang Dr A. Rahman dengan majoriti 2,434. Calon PAS Napisah Ismail hanya mendapat 6,375 undi.

Friday, June 28, 2013

Black505 ditaja pihak Asing: Jusuf Kala

Mantan naib presiden Indonesia Jusuf Kalla mendakwa perhimpunan membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu - Black 505 - dibiayai oleh pihak asing.

Beliau juga mendakwa mengetahui Ketua Umum PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim dibantu oleh beberapa pihak khususnya dari Turki, Washington dan Filipina, lapor Berita Harian.

"Dan mungkin juga di Thailand dan China, itu kamu kena selidiki. Pemberi dana yang besar itu dari sebuah syarikat besar di Filipina dan sedikit dari Turki untuk membantu aktiviti himpunan bantahan itu.

"Mereka tidak boleh menyembunyikan diri kerana mereka adalah rakan bisnes yang kita ketahui siapa mereka," kata tokoh Indonesia itu seperti dilapor dalam akhbar tersebut.

Beliau berkata demikian dalam satu wawancara khas dengan Ketua Editor portal berita Merdeka On-Line Al-Azharri Siddiq Kamunri di Jakarta, Indonesia baru-baru ini.

Dalam temubual itu juga, Jusuf juga mempersoalkan tujuan mengadakan perhimpunan - yang berakhir Sabtu lalu - jika ia didakwanya hanya memberi keuntungan kepada musuh Islam dan orang Melayu.

"Saya sendiri bertanya kepada Anwar, apakah kamu boleh mengontrol (mengawal) parti DAP? Anwar terdiam dan tidak dapat memberi jawapan dengan jelas.

"Ternyata Anwar punya masalah dan kepayahan untuk mengawal ahli parlimen dari parti lain.

"Maka, saya sendiri berfikiran tindakan Anwar mengadakan himpunan Blackout 505 itu hanya sia-sia, melainkan menguntungkan sebelah pihak iaitu musuh Islam," katanya.

Ketua Wanita Umno: Perebutan Berlaku antara Azalina-Shahrizat

Persaingan utama dalam Umno akan menyaksikan Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Datuk Seri Azalina Othman Said yang bersedia untuk berjuang dalam menerajui kepimpinan Wanita Umno.

Shahrizat mengesahkan bahawa beliau berhasrat untuk mempertahankan jawatan Ketua Wanita yang dimenangi beliau pada tahun 2009 selepas menewaskan Tan Sri Rafidah Aziz.

Ahli Parlimen Pengerang dan bekas Ketua Puteri Umno Azalina, ketika dihubungi, berkata: "Ya, saya berminat untuk bertanding. Saya telah membuat keputusan."

Shahrizat, dengan kerjaya politiknya yang terjejas oleh skandal Pusat Fidlot Nasional atau NFC tahun lepas, berkata keputusan beliau berdasarkan galakan dan sokongan daripada sayap wanita.

Beliau menegaskan bahawa beliau tidak akan mengambil kesempatan tetapi yakin para anggota Wanita Umno akan berdiri bersama beliau.

"Mereka berada untuk saya pada waktu gelap saya dan saya percaya mereka tidak akan meninggalkan saya. Mereka adalah sahabat saya dan sahabat adalah seperti bintang. Semakin gelap malam, sinarannya semakin bercahaya," kata beliau.

Persaingan antara kedua-dua wanita itu mungkin akan diberikan perhatian dalam pemilihan parti berikutan ia melibatkan dua personaliti besar dan berkepentingan.

Shahrizat berada dalam Kabinet selama 11 tahun dan merupakan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat sebelum didesak untuk meletak jawatan pada Mac tahun lepas.

Suaminya Datuk Seri Mohd Salleh Ismail yang menghadapi tuduhan di mahkamah kerana isu NFC tetapi Shahrizat menafikan mempunyai apa-apa kaitan dengan perkara itu.

Beliau tidak bertanding dalam pilihan raya umum dan walaupun masalah melanda beliau, sayap wanita itu terus berdiri di bawah pimpinan beliau seperti yang dibuktikan semasa perhimpunan secara besar-besaran di peringkat akar umbi Wanita Umno di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) ketika kemuncak skandal itu.

Ditanya sama ada beliau mempunyai pesaing yang akan bertanding dalam jawatan itu, beliau berkata, beliau akan berbincang dengan penyokong beliau.

Beliau juga berkata, beliau belum lagi bertemu dengan Pengerusi Umno, Datuk Seri Najib Tun Razak berhubung perkara itu.

Azalina, seorang bekas menteri dan anggota Parlimen wanita menawarkan dirinya sebagai ejen perubahan untuk Wanita Umno.

Beliau berkata, generasi baru wanita Melayu telah muncul dalam Umno dan mereka boleh membantu membuatkan sayap wanita itu lebih menarik dan relevan dengan landskap politik baru.

Thursday, June 27, 2013

PRK Kuala Besut: Ujian Besar Pada BN

PILIHAN RAYA KECIL (PRK) yang bakal diadakan di N1 Kuala Besut dalam Parlimen P33 Besut Terengganu, kerana kematian penyandangnya Datuk Dr A. Rahman Mokhtar pada Rabu.

Pada PRU-13, 5 Mei lalu, Dr A. Rahman berjaya mempertahankan kawasan Dun itu dengan majoriti 2,434 mengalahkan calon PAS Napisah Ismail. Rahman mendapat undi 8,809, sementara Napisah 6,375.

PRK Kuala Besut mengulangi PRK selepas PRU-12 lalu, di mana untuk pertama kalinya, selepas PRU itu BN kehilangan satu kerusi yang dimenanginya; apabila kerusi Parlimen Kuala Terengganu berjaya dirampas oleh PAS.

Apa kah keputusan pada PRK di Kuala Terengganu itu berulang, di mana BN kehilangan kerusi DUN Kuala Besut pula?

PRK kali ini, sungguh mencabar, kerana jika kerusi itu berjaya dirampas Pembangkang, maka kemungkinan berlaku krisis perlembagaan, kerana kedudukan ADUN akan seimbang antara Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional. Kedudukkan sekarang ada 17 kerusi DUN bagi BN, dan 15 kerusi DUN bagi PR. DUN Terengganu mempunyai 32 kerusi DUN.

Jika kerusi DUN Kuala Besut berjaya dirampas PR, maka perkiraannya kedudukan pengundian belah bahagi, akan menyebelahi PR, dengan jumlah kerusi ADUN 16, makakala BN 15, kerana Speaker tiada hak mengundi dibawah undang-undang tubuh kerajaan Terenggangu.

Sesungguhnya PRK Kuala Besut merupakan ujian besar kepada BN, apa kah masih memerintah Terengganu atau sebaliknya.

Dalam keadaan begini, ada baiknya, DUN Terengganu dibubarkan sahaja untuk memberi peluang pilihanraya bagi negeri itu sahaja, kerana tiada jaminan bahawa kawasan yang dipertandingkan melalui PRK itu boleh dimenangi calon BN.. Ambil iktibar kepada PRK Kuala Terengganu pada tahun 2009; di mana calon BN Datuk Wan Ahmad Farid Wan Salleh tewas kepada calon PAS Mohd Abdul Wahid Endut dengan kekalahan 2,631 undi. Pada PRU-12 kawasan Parlimen itu dimenangi calon BN Datuk Razali Ismail. Kawasan tersebut diistiharkan kosong, apabila penyandangnya Datuk Razali meninggal dunia ketika bermain badminton.

Wednesday, June 26, 2013

Blogger PRO Pembangkang MILOSUAM Didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu

BLOGGER Pro Pakatan Rakyat MILOSUAM Yusuf Al-Siddique Suratman, 29   yang menggunakan alamat Blog: WWW.milosuam.blogspot.com didakwa di Mahkamah Kota Kinabalu semalam atas satu kesalahan di bawah Seksyen 505 Kanun Keseksaan kerana menerbitkan maklumat palsu KLIK Disini.

Menurut pertuduhan itu, kenyataan yang dibacakan pada pukul 8 pagi, 7 Mac lalu di bilik Mesyuarat Ibu Pejabat Daerah di Kota Kinabalu mempunyai niat untuk menyebabkan ketakutan kepada orang ramai.

Yusof yang berasal daripada Melaka telah diikat jamin sebanyak RM15,000 sementara menunggu sebutan semula kes pada 22-23 julai ini.

Pandakwaan diketuai Peguam Kanan Persekutuan Jamil Aripin, sementara Yusof diwakili Peguam Erveana Ansari.

Pilihanraya Kecil Pertama selepas PRU-13

PILIHANRAYA Kecil (PRK) pertama bakal berlaku dalam masa terdekat. Kali ini berlaku di negeri yang diperintah Barisan Nasional, apabila salah seorang ADUNnya meninggal dunia kerana sakit kanser.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Besut Dr A.Rahman Mokhtar meninggal dunia, kira-kira pukul 10 pagi, Rabu.

Beliau meninggal dunia di Hospital Sultanah Nur Zahirah akibat kanser paru-paru.

Jenazah akan dikebumikan di Masjid Teluk Bayu, Kuala Besut, Terengganu.

Dr A. Rahman, 55, baru-baru ini dilantik sebagai Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Kesihatan, Wanita dan Masyarakat.

Pada pilihan raya umum lalu, Allahyarham mengalahkan calon PAS, Napisah Ismail dengan majoriti 2,434 undi.

Allahyarham mendapat 8,809 manakala Napisah mendapat 6,375 undi.

Kuala Besut mempunyai jumlah pengundi berdaftar seramai 17,713 orang dengan peratusan 97.9 peratus adalah Melayu, 1.6 peratus Cina dan 0.1 peratus India.

Dr A. Rahman dilahirkan 22 Mac 1958 di Kampung Pulau Perhentian, Besut dan merupakan pemegang ijazah kedoktoran Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Beliau kemudian menyambung pelajaran ke Kolej Kesihatan Umum Universiti of Philippines di Manila dan dilantik menjadi exco kerajaan negeri sejak 2008.

Beliau meninggalkan balu, Azizah N. Omar dan empat orang anak iaitu Mohd. Zaihan, Mohd. Razhan, Mohd. Zaffuan dan Nurul Najihah.

Tuesday, June 25, 2013

Anwar dan Najib mesra di dewan Rakyat: Penyokong Anwar di luar meroyan


Gambar memberi pengertian 1001 makna. Perdana Menteri Datuk Seri Najib dan Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim duduk semeja dan makan bersama selepas selesai upacara mengangkat sumpah ahli-ahli Dewan Rakyat pada pagi 24 Jun.

Penyokong Anwar tidak dapat membayangkan bahawa senario itu boleh berlaku, sedangkan hanya beberapa jam sebelum itu berguling-guling di atas jalanraya di hadapan bangunan Parlimen dan bertempur dengan pihak keselamatan.

Akhirnya sejumlah daripada penyokong tersebut ditangkap pihak polis kerana cuba merempuh masuk ke kawasan Parlimen. Mereka yang terlibat sebelum itu sanggup bermalam dalam khemah di Padang Merbok dalam keadaan cuaca yang panas dan berjerebu yang amat merbahaya kepada kesihatan.

Perbuatan mereka kononnya pengorbanan dan keyakinan kepada pemimpin agung mereka, Anwar. Malah sehari sebelum itu juga, pemimpin terhebat mereka berucap berapi-api di atas pentas di Padang Merbok menghasut rakyat menentang kerajaan malah `Ayatollah’ Husam Musa telah mengeluarkan fatwa syahid kepada siapa yang rela mengadai nyawa demi rasa sayang yang mendalam terhadap Anwar. Ekoran itu, Husam ditangkap dan direman selama dua hari dan kini bebas dengan ikat jamin RM3,000.

Malangnya ada juga di kalangan penyokong-penyokong pembangkang yang begitu taksub dan ekstrem sanggup mendirikan pusat pendaftaran bagi mereka yang mahu menjadi pengebom berani mati.

Begitulah hebat aura dan tarikan persona Anwar dengan dibantu oleh `ulama celup’ seperti Husam yang mengabsahkan segala tindakan pembangkang walaupun ia bertentangan sekali dengan undang-undang mahupun logik dan akal manusia.

“Sementara penyokong ‘Khalifah’ Anwar berhempas pulas menahan lapar dan dahaga di bawah matahari terik, Anwar pula bersenang-senang, gelak ketawa, riang ria bersama pemimpin negara yang sebelumnya dilaknat, dikutuk, dimaki, difitnah dan dicerca dengan pelbagai dakwa-dakwi.

Anwar nampak seolah-olah telah melupakan segala apa yang telah beliau hemburkan untuk memboikot majlis angkat sumpah dan persidangan Parlimen. Malangnya topeng yang dipakai ini jarang boleh dilihat oleh penyokong-penyokongnya yang memilih untuk membontotinya membabi buta dengan menelan apa saja yang keluar dari mulut pemimpin mereka.

Melihat gambar antara Najib dan Anwar, mungkin selepas ini mereka akan mempertikaikan kesahihan gambar yang menunjukkan Anwar makan tengahari dengan Perdana Menteri dengan mengatakan ‘rupa macam dia tapi bukan dia’,”.

Monday, June 24, 2013

Anwar nikmati makanan bersama PM-Penyokongnya tergolek-golek di Jalan Raya

SEMENTARA Anwar Ibrahim menikamti makanan dan minuman di bilik berhawa dingin bersama Perdana Menteri, penyokong-penyokongnya pula tergolek-golek di jalan raya, termasuk "auntie bersih" yang sudah nyanyuk.

Pagi tadi sebelum sesi mengangat sumpah para ahli parlimen, penyokong-penyokong Anwar yang berkemah di Padang Merbok cuba memasuki kawasan parlimen.

Mereka yang terdiri daripada beberapa orang berbaring di tengah jalan, konon memprotes keputusan pilihanraya ke-13.

Penyokong-penyokong yang tidak mampu menggunakan akal tersebut, tidak mengetahui bahawa para pemimpin yang mereka sokong sedang seronok menikmati hawa dingin, dengan hidangan yang lazat-lazat.
Najib dan Anwar semasa sesi bergambar di Parlimen Tengah Hari Tadi

Babon-Babon menyerang Parlimen

PAGI tadi di kawasan Parlimen bermunculan "babon-babon" di kawasan hutan berhampiran untuk mengucapkan selamat datang kepada 222 ahli parlimen, yang datang ke Dewan Rakyat kerana menghadiri angkat sumpah.

Babon-babon itu, berbaling di jalan, kerana tidak boleh memasuki kawasan Parlimen, kerana mereka tergolong daripada spesies yang di larang memasuki kawasan yang mulia itu.

Kelompok babon-babon ini, adalah spesies yang makin pupus di negara ini, walaupun cuba mencari kawanan sejak 8 mei lalu.

Lihatlah bagaimana babon-babon itu beraksi.. sementara ketua mereka berada dalam dewan rakyat.

Speaker Dewan Rakyat: Anwar gagal pecah tradisi

ANWAR mencuba berbagai helah bagaimana menruntuhkan ikatan antara penyokong Barisan Nasional, melalui cadangan calon Speaker Dewan Rakyat.

Anwar mencadangkan mantan Hakim Datuk Abu Kadir Sulaiman, 74 sebagai alternatif kepada cadangan BN- Tan Sri Pandikar Amin Haji Mulia. Walau bagaimanapun melalui undi tersurat, Pandikar menang dengan undi 133, sama dengan jumlah kerusi BN di Dewan Rakyat, manakala Abu Kadir mendapat undi kesemua MP Pakatan Rakyat.

Apa tujuan Anwar mencalonkan nama lain? sedangkan kalau dikira-kira, sudah tentu calon mereka itu akan kalah. Sebenarnya, Ketua Umum PKR itu mahu mencuba, apa kah ada kekompakan antara MP BN, selain mencuba kesetiaan MP PR sendiri.

Melalui pengundian pemilihan speaker, maka telah terbukti masing-masing pihak setia kepada parti masing-masing; ertinya tidak timbul lagi spekulasi, bahawa ada MP tertentu akan berpindah kem.

BN mengatasi PR dengan 44 kerusi, ertinya pemerintahan BN adalah kerajaan majoriti, bukannya majoriti mudah. Kerajaan pada keadaan majoriti mudah apabila hanya mempunyai 112 kerusi daripada 222 kerusi dewan rakyat.

Selain itu, desas desus sebelum ini akan berlaku undi tidak percaya kepada Perdana Menteri; dengan sendirinya telah terjawab melalui pemilihan speaker dewan rakyat. Oleh itu, jika ada lagi spekulasi seumpama itu, sebaiknya perlu dihentikan; kerana perbuatan itu hanya menimbulkan syak wasangka antara MP BN itu sendiri.

Sunday, June 23, 2013

NGO Penyokong Anwar: Tidak Iktraf Kemerdekaan negara

Ini adalah NGO yang menampil diri sebagai Angkatan Pembebasan Rakyat Malaysia 100%. Di kuasai oleh 10 orang ahli resmi dan 30 orang penyokong tegar. Bercita-cita menuntut kemederkaan baru yang pastinya kemerdekaan itu hanyalah mesti Anwar Ibrahim sebagai Perdana Menteri. Itulah erti Kemerdekaan 100%. Sebab itu mereka antara penganjur Blackout 505.

Katanya hendak bela nasib orang miskin yang ditindas. Entahlah bukti penindasan yang bagaimana mereka mampu huraikan. Yang pasti zaman Anwar menjadi Timbalan Perdana Menteri juga secara tidak langsung dinafikan mereka yang negara ini merdeka dibawah jalur gemilang.

Sebab itulah kanak-kanak ini cuba tampil dengan bendera Sang Saka Malaya. Dan secara tidak langsungnya kewujudan jalur gemilang telah dinafikan. Malah kemerdekaan negara pada 31 Ogos 1957 juga secara tidak langsung tidak di iktiraf oleh mereka. Kerana itulah bertapa beria-ianya mereka mempromosi Sang Saka Malaya.

Kenapa mereka wajar digelarkan kanak-kanak dan lebih bagus dinamakan kanak-kanak terencat. Sebabnya zaman negara dalam proses menuntut kemerdekaan oleh pejuang-pejuang bangsa yang sanggup menggadaikan nyawa sebagai ganti. Mereka dalam NGO Bangang ini belum lagi dilahirkan tetapi sekarang mereka ini pula yang lebih-lebih tampil sebagai perjuang kemerdekaan? Seolah-olah merekalah yang bertumpahkan darah, yang korban harta-benda malah merekalah individu yang paling layak diucapkan terima kasih kerana memerdekakan negara ini. 

Itulah kadang-kadang inilah masyarakat jenis bodohnya tidak dapat ditegur sebab bodoh mereka ini jenis bodoh sombong.

Sindrom Kepenatan-Manjangkiti Pakatan Rakyat: Anwar

Anwar Ibrahim memberi mengakui 'sindrom kepenatan' menjangkiti beberapa pemimpin Pakatan Rakyat sehingga kelihatan teragak-agak untuk membantah dakwaan penipuan dalam pilihan raya umum 5 Mei lalu.

Bercakap dalam sesi pembukaan Konvensyen Pakatan di Ampang hari ini, Anwar berkongsi pandangan dengan Naib presiden PAS Husam Musa bahawa pemimpin seperti itu hakikatnya membawa suara Umno dalam Pakatan Rakyat.

"Ada di kalangan orang bicarakan, oh, kita lihat ke depan. Saya ingatkan kepada mereka kalau mereka kekal dalam Pakatan, lihat ke depan itu tidak mungkin tanpa memahami kenyataan sejarah, dulu dan sekarang.

"Orang yang membawa bicara, lihat ke depan saja sama dengan dibicarakan Husam, suara itu suara Umno dalam Pakatan dan ini (kita) harus beranikan diri untuk menolak dan menangkis.

"Penderaan terhadap pimpinan rakyat tanpa kecuali diteruskan walaupun kerajaan ini kerajaan minoriti... Tak kiralah apa sistemnya, kita tidak boleh menafikan majoriti rakyat tolak Umno dan BN. Sistem itu benarkan mereka terus berkuasa.

"Tapi jangan kita cepat mengalah. Ini disebutkan dalam politik sebagai syndrome fatigue (sindrom kepenatan). Kepenatan. Sindrom kepenatan, bila menjangkiti kita dalam Pakatan, dia mulalah mencari ruang mengurangkan kepenatan atau menambah pendapatan," katanya.

Saturday, June 22, 2013

Black 505 Padang Merbok: Anwar gagal tarik peserta

HIMPUNAN Black 505 hari ini di Padang Merbok, yang diuar-uarkan puncak kepada himpunan itu, gagal mendapat sambutan.

Himpunan yang bermula jam 3 petang itu gagal menarik orang ramai menyertainya. meskipun berbagai kaedah digunakan oleh pihak penganjur, termasuk "flash mob" yang bermula sejak 19 Jun lalu.

Himpunan Blackout 505 yang bermula pada 8 Mei lalu, kemudiane bertukar kepada black505, telah diadakan berterusan sehingga sembilan kali yang berakhir pada 25 Mei.

Hari ini yang dikatakan puncak kepada himpunan itu, langsung tidak mendapat sambutan, sehingga pengajur terpaksa meminta penyokong tegar mereka membina kem di Padang Merbok.

Kegagalan Anwar menghimpun peserta jalanan, ertinya politik Anwar sudah di penghujung jalan, kerana politik Anwar adalah politik jalanan.
Para peserta turut membawa kanak-kanak bagi menyertai perhimpunan 'Black 505' yang jelas bercanggah dengan Akta Perhimpunan Aman 2013 ketika tinjauan di Padang Merbok di Kuala Lumpur pada Sabtu. Mengikut Akta itu, seseorang itu melakukan kesalahan jika, bukan warganegara menyertai perhimpunan, menganjurkan perhimpunan di tempat larangan dan dalam jarak 50 meter dari had larangan, menyertai dan menganjurkan protes jalanan, seseorang bawah umur 21 tahun menganjurkan perhimpunan, kanak-kanak menyertai perhimpunan (bawah 15 tahun), merekrut atau membawa kanak-kanak untuk perhimpunan. Menurut polis jika sabit kesalahan individu terbabit boleh dikenakan denda antara RM10,000 dan RM20,000

Terkini: Black 505: Setakat ini gagal dapat sambutan

Sebentar tadi sekitar 5,000 orang daripada Masjid Negara yang diketuai Azmin Ali bergerak ke Padang Merbok.

Kali ini, sambutan penyokong Pakatan Rakyat terhadap Black505, tidak mendapat sambutan.

Kalau diambil kira tujuh lokasi dengan rata-rata 5,000; paling ramaipun penganjur mampu menghimpuan 35,000 orang.

Black 505, yang dijadual pada jam 3 petang di Padang Merbok, gagal mendapat sambutan. Dianggarkan di tujuh lokasi yang ditentukan sebagi tempat permulaan, dihadiri antara 100-200 orang penyokong pakatan rakyat yang kesemuanya berpakaian serba hitam.

Kegagalan penganjur menghimpun peserta, walaupun sejak 25 Mei lalu, telah digembar gemburkan, adalah bukti, rakyat menyedari bahawa mereka diperbodohkan.

Hanya pemimpin Pakatan Rakyat seperti Chegubard yang beria-ia sangat menganjurkan perhimpunan Black 505, kerana tidak mengiktiraf keputusan PRU-13.

Malangnya, walaupun Pakatan Rakyat menguar-uarkan diseluruh dunia, bahawa mereka tidak mengiktiraf keputusan PRU-13, namun negeri-negeri yang dimenangi tiga parti DAP-PKR-PAS, MB/Ketua Menteri mereka telahpun mengangkat sumpah termasuk exco dan para Adun di negeri-negeri berkenaan, kecuali Selangor.

Pada 24 Jun ini, apabila Dewan Rakyat bersidang, kesemua MP Pakatan akan hadir, kerana desakan pemulauan yang dicadangkan PKR, tidak mendapat persetujuan daripada DAP dan PAS.

Padang Merbok: Black 505- kurang sambutan

Black 505 yang bermula pada jam 3 petang di Padang Merbok, sekatat ini belum ada tanda-tanda mendapat sambutan luar biasa.

Tujuh lokasi lokasi yang ditentukan sebagai starting point adalah di Jalan Pekeliling, ibu pejabat PAS di Jalan Raja Laut, kawasan sekitar Sogo di Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Sultan, Brickfields, Universiti Malaya dan Masjid Negara.

Black 505 membawa tiga tuntutan utama - menuntut kepimpinan SPR meletak jawatan, mengadakan pilihan raya semula bagi 30 kawasan, dan menghentikan persempadanan semula sehingga kepimpinan SPR baru dilantik.

Friday, June 21, 2013

Penganjur Black 505 diarah bertempur dengan Polis

Polis Kuala Lumpur dalam satu kenyataan lewat petang ini mendakwa menerima maklumat tentang cubaan peserta himpunan 'Blackout 505 esok' untuk menimbulkan provokasi terhadap pihak berkuasa.

Ketua pasukan itu Datuk Mohmad Salleh berkata polis mendakwa menerima maklumat peserta di tujuh lokasi himpunan akan "menimbulkan kemarahan polis", dan "mencetuskan huru-hara sekitar Kuala Lumpur".

"Suasana tersebut akan sengaja disebar ke seluruh pelusuk dunia melalui medium komunikasi masa kini bagi menunjukkan kekerasan pihak berkuasa.

"Justeru itu, pihak polis menasihati orang ramai agar tidak menyertai himpunan ini kerana ia jelas menunjukkan pihak penganjur sengaja ingin melihat pertempuran berlaku di antara pihak berkuasa dan orang ramai," kata polis dalam kenyataan mereka.

Perhimpunan esok untuk memprotes perjalanan pilihan raya lalu antara lain menuntut pimpinan tertinggi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) agar meletak jawatan dan pilihan raya diadakan semula di beberapa tempat dengan keputusan meragukan.

Dalam kenyataan sama, polis turut mengulangi kenyataan mereka sebelum ini yang tindakan tegas akan diambil terhadap himpunan itu yang didakwa melanggar Akta Perhimpunan Aman 2012.

"Polis juga tidak teragak-agak untuk mengambil tindakan yang tegas ke atas sesiapa sahaja yang melanggar akta itu dan sebarang undang-undang yang termaktub di negara ini," kenyataan itu dipetik.

Kenyataan itu berlawanan dengan dakwaan PKR, penganjur utama perhimpunan 'Black 505' bahawa parti itu telah dimaklumkan secara tidak rasmi bahawa pihak polis akan membantu memudahkan penganjuran perhimpunan di Padang Merbok esok. 

Dalam kenyataannya, pengarah strategi PKR Rafizi Ramli yang juga ahli parlimen Pandan mendakwa tindakan itu dibuat selagi peserta perhimpunan tidak memusnahkan harta awam.

Thursday, June 20, 2013

Himpunan Black 505: PDRM Akan Minta Bantuan Tentera Jika Perlu

IPOH: Polis akan meminta bantuan tentera jika keadaan memerlukan dalam menangani pelbagai perkara yang mungkin timbul andai pembangkang meneruskan perhimpunan mereka di ibu negara Sabtu ini.

Pengarah Jabatan Keselamatan Dalam Negeri dan Ketenteraman Awam Datuk Seri Salleh Mat Rasid berkata setakat ini Polis Diraja Malaysia (PDRM) telah mengambil langkah perlu bagi menghadapi perhimpunan yang dijangka diadakan di Padang Merbok itu.

"Setakat ini PDRM masih lagi mampu untuk kekalkan keamanan (negara). Kami sentiasa berhubung dengan tentera dan sekiranya perlu tentera akan diminta turun membantu," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Upacara Tamat Latihan Asas Konstabel Orang Asli PDRM di sini, Khamis.

Sebanyak 111 anggota menerima sijil tamat latihan yang berlangsung selama empat bulan itu.

Mengulas lanjut, Salleh menasihati orang ramai agar menjauhi perhimpunan itu yang jika diadakan adalah tanpa kebenaran pihak berkuasa.

Mengenai penahanan seorang remaja berusia 15 tahun kerana membeli senapang angin dan pistol tiruan dari luar negara menerusi Internet, beliau berkata polis mempunyai kaedah untuk mengesan individu yang terlibat dalam pembelian senjata api melalui Internet.

Pada masa yang sama beliau meminta orang ramai melaporkan kepada polis jika mempunyai maklumat mengenai indvidu yang terbbait kegiatan itu.

Sabtu lepas polis menahan seorang pelajar sekolah menengah yang dikesan membeli dua laras senapang angin MP5, selaras M16 dan M4A1 serta sepucuk pistol jenis Glock menerusi Internet.

Kesemua senjata tersebut dihantar menggunakan pos dan diisytihar sebagai alat mainan. - BERNAMA

Sunday, June 16, 2013

Beri Najib Peluang Meneruskan Visinya

MASA untuk minta maaf, merasa dikhianti, membindas perlu diketepikan. Melalui mandat yang diberikan rakyat dengan kelebihan 44 kerusi Parlimen, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seharusnya bersemangat, melaksanakan visi untuk masa depan rakyat dan Negara.

Kemenangan BN dengan jumlah kerusi 133, sebenarnya tidak jauh bezanya apa yang telah diwarisi semasa mengambil tampuk pemerintahan daripada Tun Abdullah Badawi pada April 2009.

Harapan tetap harapan. Desakan pengunduran diri terhadap Tun Abdullah sebaik sahaja keputusan PRU 2008 diketahui, di mana BN walaupun menang namun kehilangan kuasa 2/3; kuasa teradisinya sejak tahun 1974, reaksi itu lebih kepada perasaan terkejut dan kelam kabut. Di kala itu, ramai pemimpin BN tidak dapat menerima kegagalan mendapat kuasa 2/3, atas sebab itu, mereka tidak dapat menggunakan lojik akal yang dihubungkan dengan fenomina dalam Negara, seperti suasana politik dan berkembangnya arus maklumat tanpa sempadan.

Kini, selepas para pemimpin BN bermuasabah diri, akhirnya menerima hakekat, bahawa dunia politik dalam Negara sudah berubah. Barisan Pembangkang, bukan lagi barisan pembangkang era Tun Dr Mahathir. Barisan pemimpin Pembangkang kini, maaf untuk dinyatakan lebih ke depan berbanding setetengah pemimpin BN, baik daripada soal-soal pengetahuan, pengalaman mahupun visi; apatah lagi penguasaan dalam dunia siber.

Memang, rasa terkejut juga apabila keputusan PRU-13, menunjukkan bahawa sokongan kaum cina terhadap BN, hanya 10 peratus, walaupun Najib telah memberikan apa sahaja permintaan kaum itu. Daripada segi itu, memang wajar Najib terkejut; namun jika didasarkan pada kenyataan, memang sejak tahun 2008, ramai penganalis politik tanah air, termasuk para amatur dan bloggers memang telah meramalkan bahawa Bn sukar untuk mendapat sokongan kaum cina.

Berdasarkan keputusan PRU-13, sewajarnya para pemimpin BN perlu bersyukur dengan kemenangan, apatah lagi dengan kelebihan 44 kerusi. Kelebihan itu, adalah kemenangan majoriti, bukannya kemenangan majoriti mudah. Memang, seronok kalau menang 2/3; namun dalam keadaan politik tanah air masa kini, dan mungkin masa depan, adalah sukar untuk mendapat mandat seperti mana berlaku sebelum tahun 2008. 

Para pemimpin perlu menerima hakekat ini. Untuk itu, jika ada aura-ura daripada pemimpin Bn untuk membawa usul tidak percaya kepada Najib; sepatutnya menimbangnya bukan hanya sekali, tetapi berpuluh kali. Usul seperti itu, bukan sahaja menghancurkan ikatan dalam BN, malah Umno itu sendiri. Apabila parti pecah, adalah sukar untuk kembali lagi. 

Para pemimpin itu, harus sedar, usul seperti itu, akan menghancurkan melayu lebih jauh, di mana kini sudah berpecah tiga; iaitu melayu-Umno; melayu-PKR dan melayu Pas.

Biasanya kaum majoriti akan dikuasai oleh kaum minoriti, apabila kaum majoriti berpecah. Janganlah kerana marahkan nyamuk, maka kelabu dibakar; jangan kerana mengharapkan guruh di langit, maka air di tempayan dicurahkan; jadilah biar putih tulang jangan putih mata. Kuatlah seperti seberkas lidi agar supaya bangsa melayu tidak akan mampu diperkotak katikkan.

Saturday, June 15, 2013

Apakah Kerajaan Najib Tumbang?

EKORAN kegagalan BN mendapat kerusi lebih baik berbanding keputusan PRU-12, maka mengundang berbagai spekulasi selain tekanan yang datang daripada Pakatan Rakyat.

Anwar sejak keputusan PRU-13 diumumkan, terus memertikai keputusan itu, dan seterusnya mengadakan protes jalanan.

Kini, spekulasi semakin kecang, bahawa kerajaan BN pimpinan Najib akan tumbang dalam masa terdekat, mungkin semasa persidangan Parlimen yang akan bermula pada 24 Jun ini, kerana dikatakan ada ahli parlimen yang akan membawa undi tidak percaya kepada kepimpinan beliau.

Dispekulasikan, bahawa ahli Parlimen veteran daripada Gua Musang- Tengku Razaleigh Hamzah telah menemui beberapa ahli parlimen daripada Sarawak dan Sabah untuk mendapatkan sokongan.

Spekulasi bertiup deras, bahawa mantan menteri kewangan itu, kini mendapat sokongan 35 ahli parlimen BN; untuk menzahirkan usul tidak percaya kepada kepimpinan Najib.

Sedang rancak diperkatakan, kerajaan Najib akan tumbang dalam masa terdekat, kerana jika usul undi tidak percaya yang akan dilakukan oleh KU LI, akan mendapat sokongan 89 ahli parlimen Pakatan Rakyat.

Jika benarlah KU LI mampu membawa 35 ahli parlimen BN, maka apabila dijumlahkan dengan ahli parlimen PR, maka kerajaan baru dengan majoriti mudah dapat ditubuhkan.

Kerajaan dengan majoriti mudah hanya memerlukan 112 ahli parlimen daripada 222.

Jika benarlah tindakan usul tidak percaya kepada Najib berlaku, maka beliau mempunyai dua pilihan, samada menyerahkan kuasa atau menasihati SPB Agong untuk membubarkan parlimen bagi memberi laluan kepada PRU-14. Dalam situasi ini, boleh sahaja Agong memberi perkenaan, boleh juga tidak. Keadaan ini pernah berlaku di Sabah pada tahun 1994, apabila Kerajaan PBS kehilangan kuasa majoriti di Dewan Undangan Negeri, maka Ketua Menteri ketika itu- Datuk Pairin Kitingan memohon kepada TYT Sabah untuk membubarkan DUN, namun permohonan itu ditolak, sehingga berlaku pertukaran kerajaan daripada PBS kepada BN.

Di kalangan akar umbi dan pemimpin pertengahan, mereka melihat bahawa kepimpinan Najib kurang sengatan dan tidak berkharisma, kerana walaupun semua keinginan kaum cina telah beliau berikan, namun kepimpinannya tidak juga mendapat sokongan daripada kaum itu.

Benar calon-calon Umno telah menambah 9 kerusi daripada keputusan tahun 2008, namun ramai juga kawasan-kawasan yang sepatutnya selamat bagi calon-calon itu telah tewas; termasuk beberapa Timbalan Menteri kabinet dan dua orang Menteri Besar.

Selain itu, tewasnya beberapa bekas setiausaha politik Najib yang dicalonkan dalam PRU-13 juga menunjukkan, bahawa terdapat penolakan terhadap kepimpinan Najib secara amnya.

Sebelum ini, beberapa pemimpin veteran Umno antaranya mantan Menteri Kewangan Tun Daim Zainuddin, Mantan Menteri Penerangan Tan Sri Zainuddin Maidin, walaupun secara tidak langsung mempersalahkan Najib atas kegagalan BN menambah kerusi; namun mempersalahkan “penasihat” Najib atas kegagalan itu. Malah Tun Daim dengan nada keras, meminta semua penasihat Perdana Menteri itu dipecat.

Selain dua pemimpin veteran itu, mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga mempertikai strategi Najib, yang dikatakan salah pendekatan.

Malah, Tun Dr Mahathir menyelar kepimpinan Najib dengan mengatakan terlalu berlembut dengan tuntutan pembangkang, sehingga menyisihkan penyokong sendiri yang berakibat kehilangan beberapa kawasan yang dikatakan selamat.

Berbalik kepada spekulasi usul tidak percaya yang dikatakan akan diterajui oleh KU Li; jika Berjaya, maka mantan Menteri Kewangan itu, akan menjadi mediator kepada perdamaian antara kaum dalam Negara, kerana berlakunya keseimbangan antara kaum dalam “Gabungan” yang akan dibentuk. Dengan perkiraan Mantan Ahli BN-35; DAP-38, PKR-30 dan Pas-21; yang membolehkan KU LI dilantik sebagai Perdana Menteri Ke-7, memandangkan jumlah kerusi daripada kaum melayu/bumiputera lebih banyak berbanding kaum cina. Hanya melalui “cara” ini sahaja cita-cita Anwar menjadi Perdana Menteri Malaysia akan tercapai, kerana KU LI kemungkinan besar akan memangku jawatan itu untuk sepenggal.

Najib berjumpa Anwar Di Indonesia?

Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kini berada di Indonesia. Datuk Seri Anwar Ibrahim juga berada di Indonesia.

Apa kah secara kebetulan, kedua-dua pemimpin itu berada di sana? atau kah ada lagi pertemuan untuk melakukan perjanjian baru?

Sebelum ini tersebar luas, melalui pendedahan mantan Wakil Presiden Indonesia Jusof Kalla, bahawa Anwar dan Najib telah mengadakan perjanjian sebelum PRU-13. Namun perjanjian itu, kemudiannya dipungkiri Anwar.

Banyak desas desus, bahawa Najib dalam keadaan tertekan, kerana dikatakan ada usaha-usaha membawa usul tidak percaya kepadanya di Dewan Rakyat, kononnya akan dibawah oleh Ahli Parlimen Gua Musang Tengku Razaleigh Hamzah ( Ku Li)

KU LI hanya memerlukan 23 wakil Parlimen daripada BN untuk membawa usul tidak percaya kepada Najib, kerana dipercayai, apabila usul itu di bawa, maka 89 wakil rakyat PR akan menyokong usul itu.

Menurut sumber yang boleh dipercayai, KU LI hanya memerlukan komitmen daripada 6 ahli parlimen lagi, untuk meneruskan "usul" tidak percaya kepada Najib. Namun, menurut sumber lain, kini terdapat 35 ahli parlimen secara rahsia akan menyokong tindakan wakil rakyat Gua Musang itu. 

Jika berlaku, usul tidak percaya kepada Najib, Perdana Menteri itu mempunyai dua pilihan, samada menyerahkan kuasa atau menasihatkan SPB Agong untuk membubarkan Parlimen, bagi memberi ruang pilihanraya ke-14.

Keadaan ini, pernah berlaku di Sabah tahun 1985, apabila dalam tempoh 9 bulan, pilihanraya terpaksa diadakan semula.

Warga Emas Dikelar Di Muka, Leher

SIPITANG, Sabah: Perbuatan sadis dan tidak berperikemanusian menyebabkan seorang warga emas cedera parah dikelar di muka dan leher, oleh seorang pencuri, yang dipercayai dilakukan oleh pendatang asing daripada Indonesia.

Mangsa, Laud Adau, 68, Suku Kedayan, dari Kampung Kesusuk Sapok, Pelakat Sipitang.

1.Kronologi kes: menurut mangsa ketika kejadian dia sedang tidur seorang diri di rumah kebun di Kg. Susuk Sapok Sipitang tiba-tiba didatangi oleh seorang lelaki yang tidak dikenali terus menetak mangsa menggunakan tombak sabit sebanyak 2 kali di bahagian leher dan tengkuk. Masa kejadian gelap dan mangsa tidak nampak saspek. Saspek hanya syak saspek terlibat berbangsa bugis dan merupakan pekerja kebun sawit berdasarkan kepada senjata yg digunakan. Saspek telah berjaya melarikan beg dompet milik mangsa berisi wang tunai RM1K. Masa kejadian dipercayai pada 12/06/2013 lebih kurang jam 2300 hrs.

2. L/kurang jam 0800 hrs org awam penama KADIR BIN AISHA yg lalu dikawasan rumah mangsa untuk menebas telah terdengar bunyi berdengus seperti orang meminta tolong daripada rumah mangsa. Penama datang meninjau dan mendapati mangsa telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah. Penama kemudian terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.

3. Saspek di syaki seorang lelaki bangsa Bugis dipercayai pekerja ladang sawit berdasarkan senjata yang digunakan.

Menurut Kadir, beliau lihat Laud telah terbaring di beranda rumah dalam keadaan terbaring dan berlumuran darah dan terus membawa mangsa ke hospital Sipitang.Kedaan mangsa sekarang menurut doktor adalah stabil dan mangsa kini telahpun dirujuk ke Hospital Queen Elizabeth Kota KInabalu untuk rawatan lanjut.

Pihak polis sedang menyiasat kes itu di bawah Seksyen 394 Kanun Keseksaan.

Friday, June 14, 2013

KU LI Cadang Undi Tidak Percaya pada Najib di Parlimen?

Khabar angin mengenai pemimpin veteran Umno, Tengku Razaleigh Hamzah dikatakan sedang merayu undi sokongan terutama di kalangan pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mencabar Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di Parlimen dan menjelang pemilihan jawatan Presiden Umno yang akan datang mula bertiup kencang.

Sumber berkata, Tengku Razaleigh atau lebih dikenali sebagai Ku Li telah bertemu dengan beberapa Ahli Parlimen Barisan Nasional (BN) dari Sabah dan Sarawak untuk menerokai sebarang kemungkinan.

Beliau telah bertemu dengan 17 Ahli Parlimen, orang dalam dengan pengetahuan kepada isu tersebut, menurut sumber.

Mereka berkata, sekumpulan Ahli Parlimen mewakili ahli politik yang kecewa dengan Najib kerana tidak melantik mereka dalam senarai kabinet Persekutuan walaupun kebanyakan bumiputera dari Sabah dan Sarawak mengundi BN pada Pilihan Raya Umum Ke-13 (PRU-13) bulan lepas.

Mereka mendakwa beberapa Ahli Parlimen di Sabah dan Sarawak beranggapan bahawa Najib semakin lemah walaupun beliau memberikan apa saja kepada masyarakat Cina, golongan tersebut tetap menolak BN.

Mereka percaya perkara itu menyebabkan polarisasi bangsa dan negara tidak boleh maju ke hadapan dengan efektif ekoran bebanan politik dipikulnya.

Sumber berkata, mereka bimbang BN tidak dapat mentadbir dengan tegas dalam jangka masa panjang.

Pemimpin-pemimpin dari Sabah dan Sarawak inginkan parti BN yang kuat dan boleh menyediakan lebih banyak dana untuk membangunkan dua negeri tersebut, kata sumber.

Ku Li dilihat sebagai 'bapa perpaduan negara' yang berpotensi kerana beliau mempunyai pengaruh untuk menyatukan BN dengan Pakatan tetapi Penasihat PKR Datuk Seri Anwar Ibrahim menentang hasrat itu.

Bagaimanapun, cadangan Ku Li pada 2008 untuk menubuhkan kerajaan berasaskan perpaduan negara terus bergema dengan beberapa kumpulan politik tertentu dan pemerhati.

Antara cadangan tersebut adalah kumpulan tersebut iaitu Ahli Parlimen termasuk Ku Li yang tidak berpuas hati, menggabungkan kesemua sumber mereka dengan 89 Ahli Parlimen Pakatan Rakyat untuk memfailkan satu usul tidak percaya terhadap kepimpinan Najib apabila Parlimen bersidang bagi penggal baru bulan ini.

Ku Li yang memegang jawatan sebagai Ahli Parlimen untuk tempoh paling lama di negara ini dan pembantunya enggan memberikan sebarang komen dan menyebabkan khabar angin itu terus menjadi tanda tanya.

Jangan Beri Pembangkang Muka: Tun Dr Mahathir

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad menyarankan kerajaan supaya tidak lagi berlembut dan memberi muka kepada pembangkang yang menurutnya berterusan memperlekeh sistem demokrasi negara.

"Kita perlu keras sikit jangan bagi muka sangatlah," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis makan malam sempena Dialog Antarabangsa Langkawi (LID) 2013 di ibunegara semalam.

Beliau berkata sikap pembangkang yang pada mulanya bersungguh-sungguh mahu mengiktiraf pilihan rakyat bertukar sekelip mata apabila mereka gagal memperoleh sokongan majoriti rakyat dalam Pilihan Raya Umum ke-13 lepas.

"Mereka hendak iktiraf pilihan rakyat tapi sekarang hendak jatuhkan kerajaan. Bila sistem demokrasi dilaksana mereka tolak sisitem itu. Bagi mereka demonstrasi jalanan adalah demokrasi," katanya.

LID 2013, yang berlangsung selama enam hari sejak Ahad lepas, disertai enam negara iaitu Namibia, Uganda, Kenya, Nigeria, Lesotho and Botswana.

Sementara itu, dalam ucapannya bertajuk 'Transforming A Nation: The Malaysian Experience", Dr Mahathir berkata pelaksanaan dan penyelarasan yang betul oleh Kerajaan Malaysia telah memberi manfaat kepada rakyat dan ekonomi negara.

Beliau berkata, inisiatif kerajaan menerusi Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Unit Penyelarasan Pelaksanaan (ICU) telah mempertingkatkan daya saing dan peluang ekonomi Malaysia.

"Ketika waktu saya, saya telah mengarahkan semua menteri turun ke akar umbi bagi memastikan semua perancangan dilakukan dengan sewajarnya," katanya.

Dr Mahathir berkata strategi kerajaan juga termasuk menyediakan insentif kepada syarikat tempatan dan percutian bebas cukai kepada pelabur untuk menggalakkan lebih banyak kemasukan Pelaburan Langsung Asing (FDI).

"Apabila kita (Malaysia) mempunyai lebih banyak aliran masuk FDI dan kadar guna tenaga meningkat, FDI juga merangsang ekonomi kita," katanya.- Bernama

Thursday, June 13, 2013

Laporan Harga Kereta Turun- Mengelirukan


Penafian beberapa syarikat pengeluar kereta bahawa mereka menurunkan harga kereta, sebagai sebahagian memenuhi janji pilihan raya BN, dilihat mempunyai maksud tersirat.

Pada 10 Jun lalu, akhbar Utusan Malaysia melaporkan, kerajaan memenuhi janji menurunkan harga kereta secara berperingkat apabila lima syarikat pengeluar kereta mengumumkan penurunan harga 10 model kereta keluaran mereka.

Harian itu juga melaporkan, penurunan antara RM449 hingga RM12,775 (dari 0.7 hingga 11 peratus) dalam tempoh Januari hingga Mei tahun ini membabitkan kereta keluaran Peugeot, Proton, Perodua, Volkswagen dan Honda.

Penurunan fasa pertama harga kenderaan itu merupakan sebahagian daripada pelan kerajaan menurunkan secara berperingkat harga kereta sebanyak 20 hingga 30 peratus sehingga 2017.

Bagaimanapun, sebuah portal berita hari ini melaporkan, Volkswagen dan Peugeot menafikan perkara itu.

Volkswagen dilaporkan berkata, harga modelnya Golf tidak diturunkan dari RM169,888 kepada RM157,888, sebaliknya memang dilancarkan daripada awal dengan harga RM157,888.

Manakala Peugeot pula dilaporkan berkata, mereka tidak dirujuk dan tiada kaitan dengan artikel itu. Menurut pengeluar kereta Perancis itu juga, harga yang ditunjukkan 308 Turbo pra- facelift dan 308 VTi sebenarnya merupakan dua varian berbeza dari Peugeot 308.

Saturday, June 08, 2013

Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh: Lim Guan Eng Gelabah

RUNTUHAN struktur jambatan kedua di Pulau Pinang pada Khamis petang telah mengorbankan satu nyawa, sementara beberapa orang yang lain mengalami kecederaan.

Dalam masa yang sama, nampak paling sibuk sekarang ialah ahli-ahli politik DAP yang menguasai kerajaan negeri tersebut.

Biasanya DAP tidak peduli pun kalau berlaku bencana besar di negara kita, tapi dalam kes ini nampaknya berbeza. Dengan tidak berlengah-lengah lagi, para pembesar DAP berkumpul di tapak tragedi, atas sebab yang mereka saja tahu.

Ini tidak pernah berlaku sebelum ini.

Siasat punya siasat, rupanya-rupanya kontraktor yang dianugerahkan kontrak untuk membina seksyen tersebut, Cergas Murni Sdn Bhd adalah dilantik oleh anak syarikat kerajaan Pulau Pinang, PDC yang dipengerusikan Lim Guan Eng. Cergas Murni dianugerahkan kontrak untuk pembinaan tersebut oleh PDC pada tahun 2010.

Tahun 2010, DAP sudah ambil alih Pulau Pinang.

Maka itu, tidak hairanlah sekarang kenapa para pembesar DAP sangat-sangat gelabah bila kejadian ini berlaku. Guan Eng tambah gelabah lagi apabila meminta siasatan dijalankan, bukan sahaja pada bahagian yang runtuh, tapi keseluruhan jambatan kedua Pulau Pinang tersebut.

Tak susah nak mengagak kenapa Guan Eng keluar kenyataan seumpama itu – dia tidak mahu soal PDC menganugerahkan kontrak bagi seksyen yang runtuh, diperbesarkan orang ramai, kelak nanti ada pulak tuduhan rasuah dan sebagainya.

Dan sememangnya itupun tujuan penulis semasa menyiapkan artikel ini, pihak-pihak berkaitan seperti SPRM perlu siasat jika ada unsur-unsur rasuah dan penyelewengan semasa penganugerahan kontrak tersebut dan sama ada PDC yang dipengerusikan Guan Eng, telah melihat kelayakan kontraktor terbabit mengikut prosedur sedia ada sebelum penganugerahan kontrak.

Kita minta siasat, kita tak tuduh apa lagi. Kita tak hina macam bapak Guan Eng yang semasa berlaku kejadian bot karam di Sarawak, menunding jari kepada BN kerana berlakunya tragedi tersebut.

Walaupun kita tak main game itu, tapi plotnya lebih kurang sama dan Guan Eng perlu tampil menjawab serta membenarkan siasatan dijalankan ke atasnya bagi menentukan semuanya mengikut peraturan yang disediakan.

Thursday, June 06, 2013

Sebahagian Jambatan Ke-2 Pulau Pinang Runtuh

Penyambung susur keluar Jambatan Kedua Pulau Pinang yang sedang dalam pembinaan runtuh dalam satu kejadian kira-kira pukul 7.15 petang tadi di sini, Khamis. Runtuhan yang berlaku di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu berhampiran Batu Maung itu dikhuatiri menghempap beberapa kenderaan yang sedang lalu di jalan berkenaan. Anggota keselamatan giat menjalankan pemeriksaan bagi mengetahui jumlah kenderaan dan mangsa yang terlibat. -fotoBERNAMA 
Sebahagian daripada struktur jambatan kedua Pulau Pinang runtuh sekitar 7.15  malam ini.

Jambatan kedua Pulau Pinang yang sedang dalam  pembinaan dan dijangka siap pada September 2013.

Dipercayaan banyak kenderaan terhempap, namun kemalangan jiwa belum diketahui.

Perlantikan Saifuddin: Khalid Ibrahim perlekeh suara Azmin Ali

Kerajaan Negeri Selangor tidak perlu memberikan penjelasan berhubung pelantikan Datuk Saifuddin Nasution Ismail sebagai Pegawai Perhubungan Politik di Pejabat Menteri Besar kepada mana-mana pihak, seperti mana yang disuarakan oleh Timbalan Presiden PKR, Isnin lalu.

Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim menegaskan kerajaan negeri mempunyai kuasa melantik mana-mana individu yang layak untuk membantu menjayakan program kebajikan dan pembangunan luar bandar seperti mana yang termaktub manifesto Pakatan Rakyat Selangor pada PRU13, 5 Mei lalu.

"Tak payah bincang (perjelas) apa yang dilakukan Kerajaan Negeri untuk mencari cari individu yang punyai keupayaan untuk laksnakan manifesto yang telah kita bentangkan dalam PRU13 lalu," katanya pada sidang media selepas mesyuarat Exco Selangor, di Pejabat Kerajaan Negeri, di sini, hari ini.

Beliau berkata demikian mengulas kenyataan Mohamed Azmin Ali yang juga Pengerusi Majlis Pimpinan Negeri PKR Selangor yang mendesak kerajaan negeri supaya memberikan penjelasan tentang pelantikan jawatan itu yang dikatakan setara dengan jawatan Setiausaha Politik Menteri Besar.

Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang berkata, pelantikan itu juga merupakan satu pembaziran wang rakyat susulan jawatan sama telah dijalankan sebelum ini oleh Faekah Husin.

Dalam pada itu, Abdul Khalid berkata kerajaan negeri akan mengadakan pertemuan dengan Saifuddin bersama pegawai Unit Perancang Ekonomi Negeri (UPEN) pada minggu depan bagi membincangkan pembangunan luar bandar yang akan diterajui Setiausaha Agung PKR itu.

Tuesday, June 04, 2013

Umno Dahulu dan Umno Sekarang: Tun Dr Mahathir

1. Pada 11hb. Mei 2013, UMNO merayakan hari penubuhannya yang ke 63 dengan sembahyang dan tahlil, ucapan bersemangat dari Presiden Najib Tun Razak dan majlis makan malam. Tetapi UMNO pada 2013 ini bukanlah sama dengan UMNO 1946.

2. Pada 1946, pengasas UMNO yang berkumpul di Johor Baru bersemangat untuk menyelamatkan bangsa Melayu dari kehilangan bangsa mereka, dari kehilangan tanahair mereka, dari menjadi rakyat sebuah tanah jajahan British dan hilangnya Melayu di dunia.

3. Perjuangan pemimpin dan ahli pengasas UMNO pada masa itu ialah untuk bangsa, agama dan tanahair. Tidak ada tujuan lain yang menggerakkan mereka, sudah tentu tidak ada kepentingan diri atau niat untuk jadi pembesar negara merdeka dengan upah yang lumayan.

4. Oleh kerana itu mereka dihormati, dialu-alukan dan disokong oleh hampir semua orang Melayu. Mereka adalah pejuang dan jaguh dan orang Melayu datang berduyun-duyun untuk menyertai parti UMNO yang ditubuh oleh mereka.

5. Maka bersatulah Melayu, tanpa mengambilkira pangkat dan darjat, tanpa mempedulikan berpelajaran Melayu, Inggeris atau agama. Mereka semua Melayu samada dari negeri-negeri yang berlainan, dengan raja yang berlainan, atau apa-apa lain yang membezakan mereka.

6. Dan berbaris padat dan rapatlah mereka untuk perjuangan yang suci, perjuangan untuk menyelamatkan bangsa mereka, agama mereka dan negara mereka. Mereka tidak takut, tidak gentar dalam menghadapi kuasa besar British.

7. Dan berjayalah mereka dengan menewaskan Malayan Union, usul satu penjajah terkemuka, satu dari pemenang perang besar dunia. Dan terdirilah negara bangsa Melayu yang merdeka yang dikenali secara rasminya Persekutuan Tanah Melayu. Nama Federation of Malaya ialah terjemahan kepada Bahasa Inggeris dan dianggap oleh orang Melayu sebagai bukan nama rasmi.

8. Itulah UMNO enampuluh lebih tahun dahulu. Mereka disanjung, didukung oleh semua yang berbangsa Melayu di negeri-negeri Melayu dan di mana-mana ada orang Melayu.

9. Tetapi tidak pada hari ini. Sekarang UMNO tidak lagi dipandang tinggi dan tidak lagi disokong seperti dahulu. Sesungguhnya ramai orang Melayu meluat dengan UMNO, anggapnya tidak lagi relevan dan perlu ditolak pun.

10. Kenapa?. Kerana UMNO tidak lagi berjuang untuk bangsa, agama dan tanahair. UMNO ternampak dan memang pun benar, berjuang untuk kepentingan orang-orang tertentu dalamnya dan ahlinya sahaja. UMNO berjuang untuk jawatan dan pangkat, untuk memperkayakan diri, untuk sagu hati, untuk poket sendiri.

11. Untuk ini mereka berusaha mengurangkan kemungkinan diri mereka dicabar, kurangkan kemungkinan diganti oleh sesiapa yang lebih layak. UMNO adalah hak ahlinya, hak pemimpinnya yang sedia ada dan bukan hak orang Melayu. Setelah mereka mendapat tempat jangan benar orang Melayu lain, terutama yang memiliki kebolehan tertentu, menyertai UMNO. UMNO adalah untuk pemimpin dan ahli semasa, dari ketua cawangan kepada ketua bahagian. UMNO tidak perlu tambahan ahli, tidak perlu penyertaan sesiapa lagi kerana ahli yang sedia ada perlu memelihara habuan mereka. Jika terlalu banyak ahli, habuan perlu dikongsi. Dan habuan yang dikongsi tentulah tidak sebanyak sebelum berkongsi.

12. Apa itu perjuangan untuk bangsa, agama dan tanahair! Bukankah yang sudah ada dalam UMNO, sebagai pemimpin atau ahli biasa terdiri dari bangsa Melayu, yang beragama Islam. Perjuangan untuk diri mereka bermakna perjuangan untuk bangsa mereka, bangsa Melayu, agama mereka, agama Islam. Oleh itu perjuangan untuk bangsa, agama dan negara sedang diteruskan, tanpa penyertaan Melayu lain.

13. Kesannya ialah hari ini ahli tidak bertambah selaras dengan pertumbuhan jumlah orang Melayu. Dan mereka terutama yang berkebolehan, yang berbakat tidak dibenar masuk UMNO lagi.

14. Yang boleh menyertai hanyalah yang kurang berkebolehan disbanding dengan yang sudah ada. Oleh kerana penyertaan dalam UMNO mestilah melalui cawangan, yang boleh masuk UMNO ialah yang kurang berkebolehan dari ketua cawangan.

15. Ketua cawangan manusia biasa yang boleh diserang penyakit, bahkan boleh mati pun. Satu hari ketua cawangan terpaksa lepaskan jawatannya. Penggantinya tentulah orang yang memiliki kebolehan yang kurang darinya. Dengan itu kebolehan ketua cawangan akan merosot sepanjang masa, tiap kali pengganti mengambil alih.

16. Dan ini akan terjadi dalam keseluruhan parti. Semakin lama semakin kurang pemimpin UMNO yang berbakat. Semakin lama semakin kurang ahli yang berbakat dan layak untuk menjadi calon dalam PRU. Calon payung terjun yang berbakat akan dikalahkan. Dengan itu pemimpin Kerajaan juga akan terdiri dari yang tidak berkebolehan.

17. Di mana pergi mereka yang berbakat ini?. Mereka pergi ke mana mereka di terima, tentunya parti lawan.

18. Melihat UMNO hanya berjuang untuk diri sendiri semata-mata, dan tidak lagi untuk bangsa, agama dan tanahair, orang Melayu tidak lagi nampak kenapa mereka harus sokong dan jayakan semasa PRU orang yang utamakan kepentingan diri sendiri sahaja. Jika ada sahaja parti lain, mereka akan sokong parti itu. Hanya jika parti lain lebih buruk baharulah sokongan kepada UMNO diteruskan. Inilah yang berlaku pada PRU 13.

19. Mungkin kita boleh tepuk belakang kerana UMNO masih menjadi parti yang menang terbanyak dalan PRU 13. Tetapi ini bukan kerana orang Melayu masih sokong UMNO. Sebenarnya kemenangan UMNO dalam PRU 13 disebabkan mereka tidak ada pilihan. Mereka amat takut kalau-kalau Anwar Ibrahim menang bersama dengan DAP. Akan hancurlah harapan orang Melayu sama sekali. Seburuk-buruknya UMNO, ia masih berbau Melayu, masih lebih mungkin memelihara kepentingan orang Melayu. Justeru itu tidak ada pilihan bagi orang Melayu jika tidak sokong UMNO. Namun demikian dalam PRU 14 UMNO tidak boleh harap keadaan ini berterusan. Jika UMNO tidak bersihkan dirinya dari rasuah dan kepentingan diri, orang Melayu mungkin mencari jaguh yang lain.

20. Demikianlah riwayat dan sejarah sebuah parti politik yang lupakan usul-asal dan sebabnya ia ditubuh. Demikianlah berakhirnya perjuangan yang lari jauh dari matlamat asalnya. Dahulu lain, sekarang lain. Sejarah dan kecapaian dahulu tidak akan meraih sokongan selama-lamanya. Dahulu dahulu, sekarang sekarang. Hanya berharap kepada kata-kata hikmat Hang Tuah, “Tak akan Melayu hilang di dunia” tidak mencukupi. Mungkin Melayu tidak akan hilang di dunia, tetapi apakah jenis Melayu yang tidak hilang ini. Apakah mereka terdiri dari pencuci kasut, pemandu kereta, kuli yang terbongkok-bongkok menyembah bangsa lain yang menjadi Tuan mereka. Dan apakah nasib UMNO? Ia akan jadi cerita dongeng dalam buku kanak-kanak dizaman akan datang.

21. Inilah masa depan yang menunggu UMNO. Inilah masa depan sebuah parti yang cemerlang tetapi sudah hilang kegemilangannya. Inilah masa depan bagi yang tidak mahu sedar dan tidak mahu membetulkan diri.

22. Kata seorang penulis sajak di zaman dulu, “tidak ada yang lebih menyayat hati dari melihat bangsa ku dihina dan ditindas oleh orang”. BLOG CHEDET

Anwar Gagal Jadi PM- Apa kata sekutu Baratnya?

Anwar dan Jusuf Kalla
Selepas sembilan kali  menjelajah ke seluruh negara dan terakhir pada 25 Mei di Dataran Petaling Jaya  untuk membantah kerana gagal menjadi Perdana Menteri, Anwar Ibrahim kini sedar dirinya semakin dipinggirkan oleh sekutu-sekutunya. Atas sebab itu, bagi melihat apa kah benar sokongan itu telah berlalu, Anwar memilih 15 Jun bagi menyambung Jelajah BLACKOUT505nya kali ini, akan dilakukan di jalanan Kuala Lumpur

Pembentukan kerajaan negeri di Pulau Pinang dan Kelantan sehari selepas keputusan Piliha Raya Umum ke-13 diumumkan menunjukkan bermula pada peringkat awal lagi Pas dan Dap TIDAK sependapat dengan Anwar.

Anwar meroyan kerana terlepas peluang terakhir menjadi Perdana Menteri tetapi bagi Pas dan Dap walaupun kalah untuk ke Putrajaya mereka tetap berpuas hati dengan prestasi masing-masing dalam PRU lalu.

Kini Anwar seolah-olah bercakap seorang diri dengan dibantu oleh beberapa kerat pemimpin PKR yang masih taksub dengan mimpi buruknya untuk menyalahkan Barisan Nasional dan Suruhanjaya Pilihan Raya atas kegagalannya.

Pengundi Cina tertipu dengan janji Anwar sehingga 97 peratus daripada mereka mengundi Dap tanpa mengambil kira apa bentuk tindak balas daripada orang Melayu/bumiputera yang melihat tindakan mereka itu sebagai satu pengkhianatan paling besar.

Himpunan-himpunan haram yang diadakan dihadiri kebanyakan orang muda Cina bagi mengipas beliau agar terus membuat protes, manalah tahu mendapat sokongan ramai, bagi mengwujudkan suasana kacau seperti berlaku di Tunisia, Mesir atau Libya agar mendorong pertukaran Kerajaan bukan secara demokratik.

Penyokong-penyokong Pas khususnya kini boleh dibilang dengan jari pada Himpunan 505 bagi menentang keputusan pilihan raya.

Bukan sahaja penyokong pembangkang telah ditipu hidup-hidup oleh Anwar malah kawan-kawan Baratnya turut juga kena kencing.

Melihat kepada keadaan ini, media Barat dan suara-suara pelobi Yahudi yang dahulunya kuat menyokong agenda Anwar sudah mudah menarik diri secara perlahan.

Umpamanya pendedahan bekas Naib Presiden Indonesia, Jusuf Kalla mengenai sikap Anwar yang mungkir janji terhadap perjanjian beliau dengan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak, menyerlahkan lagi kepada pihak Barat bahawa beliau bukannya seorang individu yang boleh dipercayai untuk menjayakan agenda mereka.

Sikap Anwar yang sukar berpegang apa-apa janji yang dibuat menyukarkan lagi pihak Barat yang selama ini mendokongnyya dari segi moral dan material untuk terus berbuat demikian.

Malah tindakan Jusuf untuk membuat pendedahan pengkhianatan Anwar terhadap janji tersebut melalaui akhbar berpengaruh Wall Street Journal sebenarnya mempunyai mesej yang tersirat.

Jusuf seolah-olah mahu memberitahu kepada Amerika Syarikat dan negara Barat yang lain supaya sedar diri bahawa sudah tiba masanya mereka meninggalkan Anwar seorang diri dengan fantasinya untuk menjadi pemimpin Malaysia.

Agenda Barat untuk melihat Anwar sebagai patung bernyawa yang boleh dieksploitasi bagi kepentingannya di negara ini sudah sampai ke penghujung jalan.

Bagi Barat Anwar kini dilihat lebih banyak liabilitinya daripada faedah untuk terus menyokong beliau.

Mungkin mesej yang ingin disampaikan oleh Jusuf telah difahami mereka lalu tidak lama setelah temuramah WSJ, majalah Economist yang dianggap jurucakap Barat menyuarakan sentimen bahawa pada usia 66 tahun, masa tidak lagi menyebelahi Anwar untuk menerusikan kempennya bagi pihak Barat.

Malah Economist melihat masa depan politik Anwar semakin malap apabila beliau gagal memimpin pakatan pembangkang menumbangkan BN.

Barat melihat kegagalan Anwar pada PRU13 sebagai bukti kukuh bahawa harapan yang mereka sandarkan kepada beliau sejak 40 puluh lalu tidak membuahkan hasil yang diharapkan.

Sejak 1998 ketika Anwar dipecat, pihak Barat dilihat begitu kuat menyokong agenda reformasi beliau sehingga media Barat tidak segan silu menganggap bekas pemimpin Abim itu sebagai 'West's best ever friend' atau kawan paling akrab Barat.

Mungkin pada masa itu Barat memandang rendah kemampuan BN di bawah mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad untuk bertahan dan yakin Anwar mampu menumbang kerajaan melalui rusuhan jalanannya.

Namun jangkaan Barat pada ketika itu meleset kerana Anwar terus dihumban ke dalam penjara Sg Buloh tetapi tetap lagi berharap akan kejayaan anak emas mereka itu.

Setelah dibebaskan pada 2004 dan bergiat semula pada 2008, Anwar terus menjanjikan kejayaan kepada Barat bahawa beliau akan menjadi Perdana Menteri akhirnya tetapi pada 2013 juga cubaannya gagal.

Ini adalah usaha terakhir beliau dan besar kemungkinan tidak ada lagi peluang seterusnya untuk merealisasikan impiannya. 

Mungkin juga pihak Barat kini sedang mengintai-intai siapa tokoh politik di kalangan pembangkang yang boleh dibela bagi kepentingan mereka di rantau ini namun yang pasti ia bukan lagi orang yang bernama Anwar

Monday, June 03, 2013

Azmin Ali Persoal Perlantikan Saifuddin Nasution

Pengerusi PKR Selangor Azmin Ali berkata kalangan anggota parti kurang senang dengan pelantikan setiausaha agung parti Saifuddin Nasution Ismail ke jawatan pegawai perhubungan politik di pejabat menteri besar.

Laporan Sinar Harian memetik kenyataan Azmin yang menyebut bahawa anggota parti berkenaan juga merasakan bahawa keputusan tersebut seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang lain.

“Kalangan ahli melahirkan rasa kurang senang dengan keputusan tanpa perbincangan parti malah seolah-olah melupakan pemimpin Selangor yang berjaya memenangi hati rakyat serta menang dalam pilihan raya umum ke-13 lalu,” kata Azmin seperti dilaporkan akhbar tersebut.

Dalam satu lagi laporan, akhbar berkenaan memetik kenyataan ketua penerangan PKR Selangor Shuhaimi Shaifei yang menuntut agar menteri besar menjelaskan peranan Saifuddin di jawatan tersebut.

“MPN (majlis pimpinan negeri PKR) Selangor akan meminta penjelasan lanjut dari Tan Sri Abdul Khalid (Ibrahim) kerana timbul pertanyaan mengapa pula setiausaha agung PKR selaku ahli politik boleh dilantik ke dalam pentadbiran kerajaan negeri Selangor,” katanya.

Sementara itu, Saifuddin sendiri dalam satu lagi laporan di halaman sama berkata beliau hanya akan mengetahui bidang tugas berkenaan apabila bertemu Khalid pada hari Jumaat.

Bagaimanapun, beliau berkata tugas berkenaan antara lainnya melibatkan usaha memperkukuh kerajaan negeri dan membina kekuatan pengaruh lebih luas di kawasan yang tidak dikuasai Pakatan Rakyat.

Sunday, June 02, 2013

Dihalang Masuk Sabah: Nurul Izzah berkokok

NURUL IZZAH ANWAR berkokok apabila mengatakan bahawa dakwaan Datuk Seri Musa Aman terhadapnya adalah "satu penipuan" apabila Ketua Menteri Sabah itu mendakwa beliau cuba membangkitkan rasa tidak percaya terhadap rakyat oleh kerajaan dan Barisan Nasional (BN).

Nurul dihalang daripada memasuki Sabah pada Khamis, yang menurut Musa, bukanlah satu tindakan bermotifkan politik.

Musa dilaporkan berkata mereka yang mengancam keamanan Sabah tidak dialu-alukan di negeri tersebut.

Nurul Izzah turut meluahkan kekecewaan terhadap Menteri Dalam Negeri Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi, dengan mengatakan masih lagi terdapat campur tangan politik dalam urusan dalaman dan keselamatan negara.

"Saya benci, saya rasa sedih dengan penyelewengan daripada Umno," katanya kepada pemberita.

"Mereka yang dirasakan professional tapi menunjukkan sebaliknya," katanya.

Dalam ucapannya, Nurul Izzah turut merujuk kepada penghantaran pulangnya dan mengingatkan penduduk Lembah Pantai pentingnya perubahan politik.

Musa mendakwa, larangan memasuki Sabah yang dikenakan terhadap Naib Presiden PKR itu adalah tidak bermotifkan politik sebaliknya apa yang disebarkan menerusi media sosial adalah bertentangan dengan perkara sebenar.

Ujar beliau, menjelang PRU13 lalu, terdapat ramai pemimpin pembangkang lain datang dan bebas bergerak di seluruh Sabah tanpa halangan.

"Mereka menyebarkan resepi lama yang sama mengandungi pembohongan, penipuan dan fitnah untuk mengaburi mata rakyat.

"Sekarang pilihan raya sudah berakhir, pemimpin mereka enggan menerima keputusan. Ini kes orang kempunan. Beliau mahu menimbulkan rasa bengang rakyat agar berarak di seluruh negara bagi menunjukkan rasa tidak puas hatinya," katanya dalam kenyataan, hari ini.

Beliau berkata, pintu Sabah sentiasa terbuka kepada mereka yang mahu melihat dan menghayati kepelbagaian etnik dan budaya selain menyertai perayaan di negeri itu.

"Sabah juga mengalu-alukan mereka yang menghormati masyarakat sivil iaitu yang berpegang kepada undang-undang bagi mengekalkan keamanan dan keharmonian.

"Bagaimanapun, jika kami ada sebab untuk percaya kehadiran anda di sini akan menggugat suasana ideal yang dinikmati Sabah selama ini, anda tidak dialu-alukan.

"Kami ada sebab untuk percaya niat Nurul Izzah ke Sabah kali ini mungkin tidak sebaik seperti yang beliau dan rakannya dalam pakatan pembangkang nyatakan," katanya.

Bagaimana kaum cina hina raja-raja melayu

RAJA-RAJA MELAYU dihina kerana melayu sendiri memberi ruang kepada penghinaan itu. Jika melayu kuat dan bersatu, penulis yakin tiada bangsa lain akan menghina kaum melayu apatah lagi raja-raja.

Akibat melayu berpecah berbagai segmen, antara lain ada yang Umno, ada yang PKR dan ada yang Pas, malah ada melayu celup bersama DAP.

Kalau melihat kerusi melayu pada PRU-13, Umno 88 dan Pas 21, maka kalau jumlah bergabung, maka melayu akan kuat semula. Pada masa itu, melayu akan majoriti, apa tah lagi ditambah kerusi bumiputera daripada Sarawak dan Sabah maka minima kerusi itu adalah 127 kerusi atau 57.21 peratus daripada jumlah kerusi dewan rakyat.

Jika keadaan ini berlaku, maka penghinaan terhadap raja-raja melayu dan penghinaan terhadap melayu dan bumiputera akan ternya atau terhapus, kerana bangsa lain akan melihat bahawa mereka adalah bangsa minoriti. Bangsa minoriti kena berlagak sebagai minoriti, kalau tidak buruk padanya.

Meskipun negara telah dibentuk 50 tahun, namun bangsa yang bukan bernenek moyang di negara ini, masih merasa bahawa negara ini bukan lah negara mereka. Mereka lupa, pengorbanan kaum melayu dan bumiputera dengan memberi kebenaran menjadi warganegara, memiliki kekayaan, mempunyai hak yang sama; malah dalam segi penguasaan kekayaan negara ini, mereka mempunyai bahagian yang lebih besar. Hanya mereka belum mempunyai kuasa politik, meskipun, Pulau Pinang mereka mempunyai kuasa yang penuh dan di Selangor mereka merupakan kuasa penentu dalam politik.

Semua bandar di negara ini kecuali Johor Baharu dan Kangar mereka kuasai; semua kawasan yang mempunyai infra dan kemudahan-kemudahan yang canggih mereka kuasai, manakala penduduk asal masih bergelut dengan kawasan yang masih mundur dan daif.

Di berbagai bidang yang memerlukan tenaga professional, meskipun ada kaum melayu atau bumiputera yang terlibat, namun pemikiran kaum asal ini seperti juga pemikiran mereka, kerana sudah terpengaruh dengan daya fikir, tidak perlu berterima kasih kepada sesiapa. Malah ada antara kaum melayu atau bumiputera berlagak lebih berbanding bangsa itu.

melihat kepada caption FB di atas, lihat sahaja bagaimana Agong dihina, dengan menuduh bahawa melalui TITAH yang dibacakan sempena Keputraan SPB Agong pada 1 Jun, konon telah dibayar, dengan bertanyakan berapa $$$$ masuk dalam bank swiss. Dengan kenyataan ini, seolah-olah kaum melayu adalah raja rasuah, sedangkan, unsur rasuah itu sebenarnya, golongan inilah yang ciptakan untuk merosak kaum melayu dan bumiputera.

Di negara ini, kaum mana yang punya wang banyak? orang yang mampu memberi rasuah adalah golongan yang mempunyai wang banyak.

Kerajaan tidak akan mampu mencegah penghinaan ini, apabila seorang ditangkap dan dipenjarakan, maka seorang lagi akan muncul. Cara mencegahnya, hanya melalui kekuatan melayu/bumiputera itu sendiri melalui kuasa politik.

Anwar tahu ini, namun kerana nafsunya mahu menjadi Perdana Menteri, maka sanggup menggunakan kaumnya sendiri bagi memberi ruang kepada bangsa lain menghina kaumnya.

Anwar sadar, bahawa BLACKOUT505nya majoriti penyokongnya adalah kaum cina, namun kerana NAFSU maka dia tiada pilihan, melainkan membiarkan bangsanya sendiri dihina.

Saturday, June 01, 2013

Kenyataan Khir Toyo-Jawapan Penuh Peguam Negara

BERIKUT adalah kenyataan penuh Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail berhubung pernyataan bertulis Blog Dr Mohamad Khir Toyo:

Dr Mohamad Khir Toyo telah meluahkan ketidakpuasan hati beliau terhadap keputusan Mahkamah Rayuan yang dibuat pada 30 Mei 2013 dan dalam banyak hal, beliau mempertikaikan beberapa isu yang telah diputuskan oleh mahkamah berkenaan.

Beliau menegaskan untuk kesekelian kali bahawa beliau telah membeli rumah atau hartanah yang berkenaan berdasarkan kepada harga pasaran semasa iaitu RM3.5 juta. Khir Toyo juga menyatakan beliau tidak melakukan sebarang kesalahan, khususnya kesalahan rasuah dalam kes ini.

Beliau juga menyatakan beliau tidak memberi apa-apa keistimewaan kepada Shamsuddin Haironi iaitu saksi kedua pendakwaan yang menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta kepada beliau. Segala urusan di antara Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) yang mana Khir Toyo adalah Pengerusinya ketika itu dan syarikat Bidara Lumayan Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah Pengarahnya, dikatakan mengikut prosedur.

Namun, itu hanyalah secarik fakta dari keseluruhan fakta kes yang dibentangkan oleh pihak pendakwaan di mahkamah sehingga meyakinkan pihak hakim bahawa tiada keraguan munasabah terhadap kes pendakwaan bahawa Khir Toyo bersalah di bawah pertuduhan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Keterangan yang telah dikemukakan oleh pihak pendakwaan terhadap Khir Toyo dan hasil penelitian keterangan atau bukti oleh Hakim iaitu dari peringkat Mahkamah Tinggi sehinggalah ke peringkat Mahkamah Rayuan, telah memutuskan harga pasaran bukanlah kayu pengukur dalam menentukan pengertian pembalasan yang mencukupi (sufficient consideration) di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Para hakim telah memutuskan bahawa ia berdasarkan kepada ‘keadaaan kes’ atau circumstances of the case. Keputusan ini dibuat berdasarkan kepada nas-nas undang-undang yang sedia ada dan juga semangat di sebalik kewujudan peruntukan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Dalam kes ini, Pendakwaan bukan sahaja telah membuktikan bahawa RM3.5 juta itu tidak memadai atau mencukupi bagi harta yang dibeli oleh Khir Toyo daripada Shamsuddin, malahan juga telah membuktikan wujud perancangan teliti Khir Toyo untuk memiliki hartanah tersebut sejak tahun 2004 (tahun di mana Khir Toyo mula bertanyakan harga rumah tersebut) sehinggalah Mei 2007 iaitu tahun di mana perjanjian jual beli rumah tersebut ditandatangani antara Khir Toyo dan Shamsuddin.

Fakta kes ini bukanlah semudah yang dinyatakan oleh Khir Toyo. Namun, yang menjadi teras adalah Khir Toyo telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM3.5 juta daripada Shamsudin sedangkan Shamsudin telah membeli hartanah tersebut dengan harga RM6.6 juta.

Suatu jumlah yang tidak akan dijual oleh sesiapa kecuali atas sebab yang munasabah atau kerana terdesak atau kerana masalah kewangan, yang mana tidak berlaku dalam kes ini. Pembelian oleh Shamsuddin itu pula adalah atas arahan Khir Toyo sendiri.

Setelah hartanah tersebut dibeli oleh Shamsuddin, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin untuk menguna khidmat seorang kontraktor yang bernama Nasir Ismail iaitu saksi ketiga Pendakwaan untuk mengubah suai rumah yang sedia ada di atas tanah tersebut kepada reka bentuk Bali.

Pada peringkat awal ubah suai ini, Nasir telah menerima bayaran secara peringkat sehingga berjumlah RM1.5 juta daripada Shamsuddin atas arahan Khir Toyo dan bayaran seterusnya dibuat oleh Khir Toyo sendiri.

Ini berlaku dalam tahun 2006, yang mana ketika itu hartanah tersebut masih berdaftar atas nama syarikat Ditamas Sdn Bhd, yang mana Shamsuddin adalah salah seorang Pengarahnya.

Dalam tahun 2007, Khir Toyo telah menyatakan hasrat kepada Shamsuddin bahawa beliau ingin membeli hartanah tersebut. Pada ketika ini, Shamsuddin telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah berkenaan mengikut kehendak Khir Toyo sendiri.

Memandangkan Shamsuddin telah menggunakan wang beliau sejumlah RM6.5 juta untuk membeli rumah tersebut dari pemilik asal, maka Shamsuddin pada awalnya bersedia untuk menjual hartanah tersebut kepada Khir Toyo pada harga RM5 juta hingga RM5.5 juta. Namun tidak dipersetujui oleh Khir Toyo.

Selanjutnya Khir Toyo menyatakan beliau akan membeli pada harga RM3.5 juta sahaja. Keterangan Shamsuddin di mahkamah menunjukkan beliau telah bersetuju dengan harga itu kerana bimbang urusan perniagaan beliau dengan PKNS akan terjejas sekiranya tidak bersetuju. Keterangan ini menyangkal wujudnya elemen ‘willing buyer willing seller’.

Khir Toyo seterusnya telah melantik HSBC untuk membuat pinjaman bagi membiayai pembelian rumah tersebut. Khir Toyo sendiri telah memaklumkan kepada pegawai bank berkenaan iaitu saksi pendakwaan ke-14 yang beliau ingin membuat pinjaman sebanyak RM3.5 juta.

Pihak HSBC seterusnya telah melantik Rahim and Co untuk membuat laporan penilaian dan ternyata laporan tersebut menyatakan harga hartanah adalah RM3.5 juta seperti yang dikehendaki Khir Toyo.

Keterangan Nasir bahawa beliau telah diarah oleh Khir Toyo sendiri untuk mengubah suai rumah tersebut sejak 2006 lagi iaitu sebelum perjanjian jual beli antara Khir Toyo dan Shamsuddin termeterai dalam tahun 2007, disokong dengan keterangan pekerja beliau dan dokumen.

Khir Toyo menyatakan beliau hanya mengupah Nasir pada tahun 2007 iaitu setelah perjanjian jual beli dengan Shamsuddin dimeterai adalah kenyataan tidak berasas. Nasir sendiri telah mengemukakan pelan ubah suai rumah tersebut, yang bertarikh April 2006, kepada pihak Majlis Bandaraya dan ini disokong oleh pekerja beliau yang melukis pelan tersebut iaitu saksi ke-19 pendakwaan.

Khir Toyo menegaskan hartanah dibeli berdasarkan harga semasa tetapi beliau tidak menyatakan fakta keseluruhan kes ini iaitu di mana beliau telah melawat rumah atau hartanah tersebut pada awal tahun 2004 dan Khir Toyo juga telah memberitahu pemilik asal hartanah tersebut pada ketika itu bahawa harga jualan RM7 juta adalah mahal dan pada hampir pertengahan tahun 2004, Khir Toyo telah mengarahkan Shamsuddin membeli hartanah tersebut dan seterusnya pada tahun 2006 melantik Nasir untuk mengubah suai rumah tersebut dan hanya pada tahun 2007 menyatakan hasrat untuk membeli hartanah tersebut daripada Shamsuddin dengan harga RM3.5 juta.

Khir Toyo amat maklum bahawa Shamsuddin akan kerugian jika ia dijual pada harga tersebut. Shamsuddin sendiri telah membayar RM6.5 juta untuk membeli hartanah tersebut dan telah membelanjakan RM1.5 juta untuk mengubah suai rumah tersebut mengikut kehendak Khir Toyo.

Semua fakta di atas adalah keterangan yang telah dikemukakan di mahkamah semasa perbicaraan dan dokumen-dokumen yang diterima oleh mahkamah mengikut prinsip undang-undang dan disoal panjang lebar oleh barisan peguam Khir Toyo. Namun fakta ini tidak dinyatakan oleh Khir Toyo dalam blognya pada 31 Mei 2013.

Dalam situasi di atas, apakah wajar Khir Toyo menyatakan beliau tidak bersalah di bawah Seksyen 165 Kanun Keseksaan dan kononnya hartanah dibeli mengikut harga pasaran semasa. Adakah para hakim tersilap menilai keterangan atau tidak arif akan peruntukan undang-undang yang sedia ada sedangkan bukti adalah kukuh.

Segala perancangan teliti Khir Toyo untuk membeli hartanah tersebut dan menggunakan Shamsuddin untuk mencapai hasrat beliau ini jelas menunjukkan kesalahan yang dilakukan kerana beliau telah menyalahgunakan kedudukan atau pengaruhnya selaku Pengerusi PKNS terhadap seorang yang berurus niaga dengan PKNS.

Khir Toyo juga menyatakan bahawa sehingga ke peringkat rayuan, para Hakim Mahkamah Rayuan masih gagal memutuskan apakah ‘benchmark’ atau tanda aras untuk menyatakan pembelian ini merupakan satu balasan yang mencukupi.

Pernyataan Khir Toyo ini menghampiri batasan menghina mahkamah dan tidak menghormati barisan peguamnya sendiri. Para Hakim dengan bijaksana telah mengupas isu ini dengan panjang lebar dan teliti dalam penghakiman yang dikemukakan pada hari keputusan.

Salah satu isu yang diputuskan oleh para hakim adalah berhubung perkara ini iaitu adakah ‘market price’ menjadi kayu pengukur untuk menentukan sama ada balasan yang diberikan itu memadai atau tidak. Hanya kerana para Hakim Mahkamah Rayuan tidak menerima hujah Khir Toyo tidak bererti isu ini tidak berjawab.

Para Hakim Mahkamah Rayuan telah menjelaskan mereka bersependapat dengan Hakim Mahkamah Tinggi bahawa ‘market price’ atau harga pasaran semasa bukanlah kayu pengukur, sebaliknya ia perlu dilihat bersandarkan keadaaan atau ‘circumtances’ kes ini. Dapatan ini bukanlah dibuat begitu saja, tetapi berdasarkan kepada nas-nas yang kukuh dan semangat (spirit) kewujudan Seksyen 165 Kanun Keseksaan.

Tertuduh mempersoalkan bahawa tidak wajar bagi beliau membeli rumah tersebut dengan harga RM6.5 juta kerana keadaan rumah yang separuh siap pada masa itu. Namun, beliau tidak pula memikirkan ketidakwajaran Shamsuddin untuk menjual rumah tersebut dengan harga RM3.5 juta sedangkan Shamsuddin telah membelanjakan hampir RM7 juta iaitu harga belian dan kos untuk mengubah suai rumahnya.

Shamsuddin pada masa itu adalah seorang yang tidak menghadapi masalah kewangan. Oleh itu, mengapa beliau harus terdesak untuk menjual hartanah tersebut dengan harga jauh lebih murah berbanding wang yang telah dibelanjakan.

Atas sebab ini, para hakim telah menyatakan Khir Toyo sebenarnya tahu harga sebenar rumah itu, yang telah dibayar oleh Shamsuddin. Namun beliau masih bersahaja meminta Shamsuddin agar menjual rumah itu hanya pada harga RM3.5 juta. Keterangan juga membuktikan Khir Toyo sendiri telah bertanya kepada pemilik asal hartanah tersebut pada awal tahun 2004, dan beliau telah ditawar harga jualan RM7 juta.

Oleh itu, Khir Toyo seharusnya tidak mengaburi fakta kes ini dengan mendakwa hakim tidak menyatakan apakah tanda aras yang boleh digunakan, sedangkan beliau telah dibuktikan telah menggunakan kedudukan beliau untuk mendapatkan atau membeli hartanah itu dengan harga yang beliau ketahui tidak munasabah sama sekali dari pemiliknya.

Keputusan yang dibuat oleh hakim-hakim adalah setelah menilai keseluruhan keterangan yang ada. Penyataan Khir Toyo mempertikaikan keputusan hakim-hakim yang tidak menerima pakai laporan penilaian hartanah dari Rahim and Co jelas menunjukkan Khir Toyo sengaja untuk tidak memahami mengapa penilaian ini ditolak.

Para hakim telah menjelaskan bahawa penilaian ini tidak diterima, pertama kerana harga pasaran bukan kayu pengukur, kedua laporan tersebut sendiri jelas menyatakan ia tidak boleh digunakan sebagai bahan rujukan di mahkamah, dan ketiga keterangan membuktikan bahawa harga RM3.5 juta tersebut adalah harga yang ditetapkan sendiri oleh Khir Toyo kepada pegawai bank berkenaaan. Pegawai bank ini adalah saksi yang tidak berkepentingan sama sekali dalam kes ini.

Pertuduhan terhadap Khir Toyo adalah berdasarkan kepada keterangan yang kukuh dan bukan atas faktor politik atau menjadikan Khir Toyo sebagai ‘kambing hitam’.

Khir Toyo telah diwakili oleh barisan peguam yang ternama dan berpengalaman, malahan kes ini telah sampai ke peringkat Mahkamah Rayuan, yang telah didengar oleh tiga hakim kanan yang bijaksana.

Seharusnya Khir Toyo berhati-hati dan bijak dalam membuat sesuatu andaian, apatah lagi andaian yang tidak berasas. Tambahan pula kes ini telah dibicarakan dengan sepenuhnya dan telah diputuskan berdasarkan prinsip undang-undang dan sistem keadilan jenayah Malaysia.

Berhubung dakwaan Khir Toyo bahawa kes ini bukan rasuah, adalah ditegaskan bahawa Seksyen 165 Kanun Keseksaan merupakan satu kesalahan berjadual (prescribed offence) di bawah Akta Pencegahan Rasuah 1997 (pada ketika kesalahan dilakukan), berhubung kesalahan yang dilakukan oleh seorang pegawai atau kakitangan kerajaan yang menerima atau memperolehi sesuatu daripada seseorang yang beliau mengetahui mempunyai urusan rasmi dengan beliau tanpa balasan yang mencukupi.

Seksyen 165 Kanun Keseksaan adalah dikategorikan sebagai kesalahan rasuah juga kerana ia berhubung penyalahgunaaan kedudukan secara tidak langsung terhadap individu berkenaan.

Hukuman maksimum bagi kesalahan ini adalah dua tahun penjara atau denda atau kedua-duanya sekala. Ia berbeza dengan kesalahan rasuah yang nyata yang boleh membawa hukuman penjara maksimum 20 tahun.

Saya ingin menegaskan bahawa tidak pernah ada sebarang bentuk campur tangan politik ke atas saya. Saya membuat keputusan untuk mendakwa kes ini berdasarkan kepada keterangan yang diperoleh dari hasil siasatan yang telah dijalankan oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dan bersandarkan kepada peruntukan undang-undang yang sedia ada, sama ada untuk menuduh Khir Toyo atau sebaliknya.

Saya juga ingin menegaskan bahawa Perdana Menteri tidak pernah campur tangan dalam soal mengenakan pertuduhan terhadap sesiapa pun. Tidak pernah ada campur tangan politik dan tidak akan dibiarkan campur tangan politik dalam perkara-perkara yang melibatkan Jabatan Peguam Negara.

Daripada menuding jari ke atas mana-mana pihak kononnya wujud unsur konspirasi atau tekanan, langkah terbaik yang Khir Toyo perlu ambil ialah menyediakan pembelaan beliau di peringkat rayuan Mahkamah Persekutuan.

Tan Sri Abdul Gani Patail
Peguam Negara Malaysia
1 Jun 2013

Blog Archive