Wednesday, October 30, 2013

Bahana Kad Pengenalan Palsu

Kerana kematian seorang Pegawai Bank warga negara ini, ditangan pemegang kad pengenalan palsu, maka keadaan yang menjadi rugutan rakyat Sabah selama ini, kini menular di Semenanjung.

Kata orang, kejadian di AMBANK USJ, Subang Jaya pada 21 Oktober lalu, merupakan "tips of iceberg" berkaitan dengan isu kad pengenalan palsu dalam negara ini.

Malaysia bukan anti warga asing, akan tetapi, warga asing yang tidak sepatutnya menjadi warga negara apatah lagi mereka yang berlagak seperti warganegara sepertimana dilakukan oleh ARDI HAMZA, pembunuh Norazita Abu Talib, sungguh membimbangkan rakyat.

Mereka yang mendapat "kad pengenalan" negara ini, sebenarnya tidak takut melakukan jenayah, kerana mereka tahu mereka mempunyai negara asal, dan mereka juga tahu, mereka dengan mudah dapat melarikan diri.

Pihak keselamatan negara sudah tentu sudah arif, bahawa pada sebelah pagi mereka menghantar pulang warga asing, namun di sebelah petang atau esoknya, orang yang dihantar itu sudah berada kembali dalam negara ini, dengan "identiti" yang berbeza.

Kalau mereka itu, masuk menggunakan saluran rasmi, sudah tentu sistem biometrik dapat mengesan mereka, namun, kemasukan mereka itu melalui saluran-saluran TIKUS.

Bagi Sabah, pendengaran RCI PATI yang sudah menamatkan pendengarannya, namun masih menunggu laporan temuan komisyen itu, tidak menghalang kebanjiran pendatang tanpa izin ke negeri itu. Penyebabnya, adalah warga asal daripada negera Filipina atau Indonesia atau Pakisatan misalnya, yang telah lama tinggal di negara ini dan telahpun mendapat status warganegara, adalah pemudah cara kepada pendatang senegara untuk tinggal di negara ini.

Generasi awal projek IC yang telah beranak pinak, malahan generasi mereka memegang jawatan-jawatan penting dalam negera boleh dikatakan menjadi orang tengah kepada PATI yang baru tiba dari seberang. Setidak-tidaknya itulah hakekat yang berlaku.

Kini, selepas kejadian pembunuhan pegawai bank di USJ, pihak Jabatan Pendaftaran negara melakukan "Checking" terhadap para pegawai keselamatan yang dipekerjakan oleh syarikat-syarikat pengawal keselamatan, betul juga sangakaan orang ramai, bahawa memang terdapat diantara pengawal keselamatan itu adalah PATI yang mempunyai kad pengenalan palsu.

Bagaimana pula dengan PATI yang berkerja sebagai BURUH? atau Pekerja Ladang? atau pekerja pasar malam?

Di Kota Belud, Sabah misalanya, penjajah pasar malam boleh dikatakan 70 peratus adalah warga asing. Apa kah status mereka ini? bagaimana mereka dengan mudah mendapat tapak atau lesen?

AYT difahamkan, bukan sahaja di Kota Belud, malah kawasan Penampang, Putatan, Tuaran, Inanam, apa tah lagi Sandakan, Lahad Datu atau Tawau, peratusan mereka ini lebih tinggi lagi. Belum lagi bercakap berkaitan dengan Kampung Baru, kawasan Chowkit Kuala Lumpur atau Petaling Jaya.

Namun apa yang pelik melalui OPS CANTAS, kawasan-kawasan koloni PATI tidak diadakan operasi. 

Di Sabah, Pulau Gaya, Sepanggar, 1 Borneo, belakang Telipok, dan yang terbaru kawasan Kampung Baru Jalan Bundusan, Penampang, dan bersebelahan Sekolah Menengah Taman Tun Fuad, Bukit Padang, Sabah adalah koloni baru PATI yang sedang berkembang pesat.

Kewujudan ESSCOM adalah untuk membendung kemasukan PATI atau pengganas terutama daripada Filipina, namun mengapa ada saja PATI? malah jumlah mereka tidakpun berkurang?

Pedagang rokok haram di Kota Kinabalu, Tuaran, Kota Belud, Penampang, Putatan, di pantai Barat Sabah, adalah sumber tulisan ini, masih seperti sedia kala. Ertinya, impak RCI, ESSCOM atau Ops Cantas bagi PATI, belum kenampakan.

Sudah tiba masanya, kerajaan jangan terlepas pandang kepada kakitangan sokongan jabatan-jabatan tertentu yang berkait langsung dengan urusan pengurusan warga asing yang berada dalam negara ini, kerana sekemas atau sebaik manapun peraturan, namun kalau wujudnya petualang-petualang dalam jabatan-jabatan tertentu, maka masalah PATI terlalu susah untuk dibendung.

Satu hakekat yang perlu diingat, fakta aborigine di Australia atau red indian di Amerika, suatu hari akan berlaku di negara ini; jika usaha ketat tidak dilakukan daripada sekarang.

Monday, October 28, 2013

Kes Ambank Subang Jaya: Akibat Angan-Angan Nak Kaya


Pembunuh/perompak Ambank USJ, Subang Jaya pada 21 Oktober petang; yang mengunakan nama Ardi Hamza; memang sejak awal, memasang angan-angan untuk kaya.

Facebook pembunuh/perompak itu atas nama Ardi Ode Putra Katela (disini) memuatkan angan-angan itu, antaranya tumpukan wang, imiganasi menggunakan kereta mewah, khyalan kehidupan mewah.

Klu yang menjurus kepada kegembiraan pembunuh/perompak itu, apabila pada 21 Oktober dia ada menulis di wall FBnya.. jom balik kampung, selamat to all.

Ardi Hamza (mungkin nama palsu), juga menggunakan kad pengenalan palsu, kononnya beralamat di Sabah, namun di ruang fb, alamat adalah Klang.

Apabila, membaca tulisan-tulisan di wall fb Ardi- memang sah dia adalah rakyat Indonesia asal Sulawesi, kerana pertuturan yang dia gunakan adalah bahasa bugis/makasar.

Sunday, October 27, 2013

PRK Sungai Limau: Pas Kepanasan

Masa kempen telah masuk hari ke-5. Walaupun tempo kempen belum memanas, namun Pas sudah merasa kepanasan. 

Kempen BN yang teratur yang diketuai Timbalan Perdana Menteri dan dibantu Menteri Besar Kedah, dengan pendekatan yang mesra pengundi, membimbangkan Pengarah Jawatan Kuasa Induk Pas Mahfuz Omar.

DUN Sungai Limau sebenarnya adalah wilayah Pas, atas sebab sejak tahun 1995, kawasan tersebut terus dimenangi calon parti itu. Namun, ketiadaa calon yang disenangi pengundi Sungai Limau- Tan Sri Azizan Razak, adalah diramal sebahagian besar penyokong mantan Menteri Besar kedah itu akan berhijrah pada PRK 4 November depan.

Pada PRK-13 lalu, calon Pas tersebut mendapat 13,294 berbanding calon BN 10,520; dengan itu Azizan mendapat 2,774 majoriti.

Perlu diingat, bahawa pada PRU itu Pas adalah kerajaan negeri; namun pada PRK ini, Pas bukan lagi kerajaan negeri.

Satu hakekat yang diketahui, bahawa keputusan PRK itu tidak akan mengubah kedudukan kerajaan negeri; iaitu BN tetap memerintah. Faktor inilah yang meruncingkan Pas, kerana selama kempen ini, mereka merasakan bahawa para pengundi sudah siap sedia untuk berhijrah.

Berasaskan keadaan lapangan, nampaknya calon Bn Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 bakal dinobatkan sebagai ADUN N20 Sungai Limau.

Dengan kekalahan calon, maka akan menjadi tamparan hebat kepada Mahfuz sebagai Pesuruhjaya Pas Kedah.

Saturday, October 26, 2013

PRK Sungai Limau: Pengundi Cina Hanya 1,842 orang

Kata orang, undi tetap undi. Dalam sistem demokrasi kelebihan satu undipun penting, untuk kemenangan. N.22 Sungai Limau, di mana PRK berlangsung pada 4 November ini, mempunyai 27,222 pengundi, diantaranya 1,842 adalah pengundi cina, 15 pengundi india, dan majoritinya adalah pengundi melayu (25,233). 

Walaupun jumlah pengundi cina, bukanlah signifikan dalam PRK ini, namun ianya boleh menjadi petunjuk apa kah sokongan kaum cina terhadap BN meningkat kah atau tidak.

Menteri Besar Kedah- Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir berharap, bahawa pada PRK kali ini, beliau berharap bahawa ianya menjadi pengakhir kepada penolakan kaum cina terhadap BN.

Pada PRU-13 lalu, kawasan itu dimenangi oleh Mantan Menteri Besar Kedah- Tan Sri Azizan Abdul Razak dengan majoriti 2,774 undi.

DUN Sungai Limau sebenarnya adalah wilayah Pas sejak tahun 1995; dan sejak itu, kawasan ini terus diwakili oleh Allahyarham Azizan. Pada PRK kali ini, BN mencuba untuk merampas kawasan itu melalui calonnya yang berwibawa Dr Ahmad Sohaimi Lazim, 52 mantan pensyarah Kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Berberapa penganalis politik, jika BN mahu merampas kerusi Sungai Limau daripada PAS, maka inilah masanya BN mampu melakukannya. Selain itu, PRK kali ini, adalah ujian pertama bagi Mukhriz sebagai Menteri Besar kedah, dan ujian pertama bagi Saf Kepimpinan Umno yang baru.

PRK Sungai Limau adalah PRK kedua selepas PRU-13, selepas PRK Kuala Besut, Terengganu 24 Julai lalu.

Kes Ambank: Tiada Penduduk Bernama Ardi Hamza di Jalan Apas 2 Tawau: Penduduk

TIADA yang mengenali penduduk yang bernama Ardi Hamza pengawal keselamatan yang membunuh pengawai Bank Ambank Norazita Abu Talib, 37 pada Isnin.

Penduduk di kawasan Jalan Apas 2, mempersoalkan alamat pemubunuh dan perompak itu, kerana di jalan Apas 2 tiada nombor rumah seumpama itu. 

Seorang penduduk yang tidak mahu disiarkan namanya, berkata nombor rumah di jalan Apas 2 semuanya bermula dengan huruf X; lagipun alamat di kawasan itu biasanya dirujuk dengan Lorong Haji Salleh, Lorong Sadani, Kg Baru, Lorong Abdul Rahman dan Jalan Bunga Raya.

Ardi Hamza, pengawal merangkap perompak berjaya membawa lari RM450 ribu daripada Ambank petang Isnin, selepas membunuh pengawai operasi bank itu (mangsa).

Ardi juga sempat memberi RM20,000 kepada dua rakannya yang juga pegawai keselamatan di sebuah pusat belah belah di Shah Alam, sebelum melarikan diri dan bersembunyi.

Seorang wanita dipercayai isteri Ardi dan dua rakannya berjaya ditangkap dan kini ditahan reman untuk siasatan.

Pembunuh/perompak berdarah dingin itu, masih belum tertangkap dan dipercayai masih berada di Selangor.

Adalah malang bagi mangsa yang mempunai anak kecil itu, kerana atas kesilapan syarikat pengawal keselamatan yang memperkerjakan individu yang tidak disaring latar belakangnya; tambahan lagi suspek dipercayai adalah bukan penduduk negara ini.

Adalah dipercayai pembunuh mendapat kad pengenalan palsu (tip of iceberg") dalam negara, merupakan hasil kerja sendikit pemalsu kad pengenalan Malaysia.

Friday, October 25, 2013

Kes Ambank: Seorang Nyawa Melayang- RM450 Ribu Lesap

KERANA kelalaian Syarikat Pengawal Keselamatan yang diberi lesen oleh Agensi Kerajaan, selain nyawa melayang, kerugian RM450,000 dialami Bank, di mana pengawal keselamatan itu bertugas.

Kelalaian Syarikat Pengawal Keselamtan yang memperkerjakan pendatang asing (dengan kad pengenalan palsu) bukan sahaja membawa kerugian malah nyawa seorang pegawai bank yang tidak berdosa hilang dalam sekelip mata.

Kini, walaupun lesen syarikat pengawal keselamatan itu sudah ditarik balik, namun nyawa ibu kepada dua anak yang masih kecil, hilang selama-lamanya.

Menurut paparan media sosial, pemilik Syarikat Keselamatan itu adalah seorang pemimpin utama sebuah parti kerajaan. 

Apa yang memilukan, kematian mangsa Norazita Abu Talib, 37 yang sudah berkerja selama 16 tahun di Ambank ditembak begitu sahaja, tanpa apa-apa provokasi daripada Allahyaramah.

Pengawal Keselamatan (perompak) yang mengaku bernama Ardi Hamzah (770818-12-6721) yang beralamat di Tawau Sabah, dipercayai adalah warga asal Sulawesi Indonesia. Setakat ini, pihak polis masih menunggu pengesahan daripada Jabatan Pendaftaran negara mengenai status kad pengenalan tersebut.

Iktibar daripada kejadian ini, kerajaan yang memberi lesen kepada syarikat-syarikat yang berhubungan penggunaan senjata, perlulah benar-benar melalui penapisan yang ketat, dan tidak diberikan kepada seseorang kerana 'hubungan cable".

Walau bagaimanapun, kejadian yang berlaku di Ambank Usj, Subang Jaya pada Isnin, adalah untuk memberi laluan kepada pihak-pihak tertentu memeriksa semula kelulusan syarikat-syarikat keselamatan dalam negara.

Thursday, October 24, 2013

News Semalam: Pegawai Keselamatan Bank Bunuh Pegawai Bank

SUBANG JAYA 23 Okt. - Seorang pegawai operasi AmBank maut akibat ditembak dari jarak dekat di bahagian kepalanya oleh pengawal keselamatan bank sendiri dalam rompakan di premis tersebut di Jalan USJ Sentral 2 di sini petang ini.

Kejadian berlaku pukul 6.18 petang ketika mangsa, Norazita Abu Talib, 37, bersama suspek serta empat lagi kakitangan sedang membuka sebuah peti besi berisi wang sebelum suspek tiba-tiba melepaskan tembakan sejurus pintunya dibuka.

Tembakan menggunakan senjata api jenis pump gun itu tepat mengenai muka Norazita mengakibatkan mangsa maut di tempat kejadian.

Timbalan Ketua Polis Selangor, Datuk Abdul Rahim Jaafar berkata, suspek dikenali sebagai Ardi Hamza dan berasal dari Sabah itu kemudian mengambil sejumlah wang dan memasukkannya ke dalam sebuah beg berwarna hitam yang dibawanya.

"Dia kemudian keluar menerusi pintu hadapan sebelum melarikan diri dengan sebuah motosikal," katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini.

Abdul Rahim seterusnya memberitahu, polis kini memburu suspek yang dianggap kejam dan berbahaya itu kerana turut melarikan senjata api berkenaan.

"Kita telah mengenal pasti identiti suspek tetapi apabila diperiksa kad pengenalannya, dia tidak mempunyai rekod jenayah lampau," katanya.

Abdul Rahim memberitahu, pihaknya menyiasat sekiranya suspek berkemungkinan warga asing yang menggunakan kad pengenalan palsu.

"Sebenarnya suspek berkhidmat di Bank Muamalat yang terletak bersebelahan AmBank dan merupakan pengawal gantian di bank itu hari ini.

"Kami telah mendapatkan maklumat dari syarikat keselamatan dan mereka memberitahu, suspek telah bekerja sebagai pengawal selama setahun dan telah bertugas di pelbagai bank," katanya.

Sementara itu, mangsa difahamkan telah 16 tahun bekerja di bank berkenaan dan mempunyai sepasang cahaya mata.

Wednesday, October 23, 2013

Pembunuh Remaja 15 Tahun: Sudah Terlambat Untuk Menyesal: Tertuduh

Pembunuh Remaja Perempuan Ng Yuk Tim-15, Kuan Chee Hong-23 (gambar) berkata sudah terlambat untuk menyesal, kerana mangsa sudah mati. 

Mangsa yang cuba dirogol oleh suspek pada pada Isnin, melawan dengan menggigit tangan mangsa. Akibat gigitan itu OKT memukul kepala mangsa menggunakan benda tumpul "dumbbell".

Gadis itu pada Isnin dilaporkan menuju rumah OKT untuk menempah seragam untuk satu majlis.

Mayat Yuk Tim disumbat dalam beg pakaian berwarna Hijau dan diletakkan ditepi jalan di Kota Kemuning, Shah Alam. Mayat mangsa dijumpai pada pukul 8.30 malam hasil petunjuk daripada OKT.

OKT disiasat di bawah seksyen 302 kanun keseksaan kerana membunuh. Di bawa seksyen tersebut, jika didapati bersalah membawa hukuman mati mandatori.

Tertuduh direman sehingga 29 oktober untuk membantu siasatan.

Tuduhan Bung Moktar Serius

BUNG MOKTAR RADIN melenting, kerana dicabar pada pemilihan Ketua Bahagian Kinabatangan pada pemilihan parti 19 Oktober lalu. Beliau dicabar oleh ADUN Sukau Datuk Saddi Abdul Rahman.

Pada pertandingan satu lawan satu itu, Bung mendapat 494 undi manakala Saddi 394 undi. 

Pada ucapan penangguhann beliau selepas diistiharkan menang, MP Kinabatangan itu membayangkan akan melepaskan jawatan ketua bahagian Kinabatangan, kerana wujudnya berbagai puak dalam bahagian itu.

Selain itu, Bung membuat tuduhan bahawa ada usaha pemimpin tertinggi Umno negeri untuk mengalahkan beliau, dan menuduh Saddi adalah tajaan pemimpin tertentu itu. Bagaimanapun Bung, tidak menyebut siapa pemimpin itu.

Umno Sabah diterajui Oleh Datuk Seri Musa Haji Aman sebagai Pengerusi Perhubungan Umno Negeri, dan Datuk Salleh Tun Said sebagai Timbalan. Siapa kah antara dua pemimpin utama Sabah yang dimaksudkan Bung? 

Sementara itu, dalam satu kenyataan Datuk Saddi Abdul Rahman menafikan dakwaan Bung itu, sebaliknya beliau berkata, bahawa bertanding Jawatan Ketua Bahagian adalah keputusannya sendiri, tanpa dipengaruhi oleh mana-mana pihak. Menurut ADUN Sukau itu, tindakan beliau semata-mata menyahut transformasi dalam parti. Selain itu, katanya, tindakan beliau bertanding adalah semata-mata menawarkan perkhidmatan kepada parti, selain memberi alternatif kepada perwakilan, siapa yang wajar mengetuai Bahagian untuk membawa transformasi dalam parti.

Bung yang memeggang jawatan Ketua Bahagian sejak tahun 1994, dan tidak pernah dicabar sebelum ini, walaupun menang dengan majoriti 100 undi telah mengeluarkan tuduhan yang menyalahkan pihak-pihak tertentu kononnya mengutus Saddi untuk mengalahkannya.

Selepas keputusan itu, dalam Facebook beliau, MP Kinabatangan itu ada menulis, 

Saya tidak tahu apa lagi ahli2 UMNO kinabatangan mahu, saya dah cukup berjuang utk membangunkan rakyat dan kinabatangan tapi msh ramai yg memilih WANG RINGGIT tanpa perlu memikirkan soal masa depan rakyat kinabatangan..banyak yg menggadai maruah tanpa segan silu kerana mengajar imbuhan..di sini saya ingin menyatakan tabi hormat saya kpd ahli2 dan pemimpin di cawangan yg tetap setia dgn perjuangan dan mengekalkan maruah dari dari pada di jual beli, mungkin satu hari ada pemimpin yg tidak perlu berkerja utk rakyat dan tak perlu turun padang cuma perlu datang membawa RM sahaj dan mungkin ini yg kita mahu..biar rakyat menderita yg penting dapat habuan lima tahun sekali.

Dalam perkembangan lain, keputusan Bung melepaskan jawatan sebagai Ketua Bahagian belum muktamad lagi, kerana beliau akan bertemu terlebih dahulu dengan Presiden Parti.

Pada pemilihan Ahli Majlis Tertinggi, Bung berjaya mempertahankan jawatan dengan menduduki nombor 22 dengan 104 undi electoral college akan tetapi menduduki urutan ke-20 melalui undi popular dengan jumlah undi 52,432.

Tuesday, October 22, 2013

PRK Sungai Limau: Cabaran Saf Baru Kepimpinan Umno

ESOK penamaan calon bagi PRK N22. Sungai Limau, Kedah. PRK itu, ekoran kematian penyandangnya- mantan Menteri Besar kedah-Tan Sri Azizan Razak pada 26 September lalu.

Sungai Limau adalah kawasan Pas, sebab-sejak tahun 1995 telah diwakili Azizan, sehinggalah pada PRU-13 lalu. Pada PRU lalu, Azizan menang dengan majoriti 2,774 mengalahkan sepupunya yang mengwakili BN Fazillah Mohd Ali.

Pada hari pengundian 4 November nanti, seramai 27,222 pengundi yang terdiri daripada 25,233 pengundi melayu; 1,842 pengundi cina dan 15 pengundi india, akan menentukan kawasan itu milik Umno atau Pas.

Segar daripada pemilihan Umno yang baru sahaja melabuhkan tirainya; barisan kempimpinan parti itu akan teruji pada pemilihan kali ini. Sebabnya, sebagai parti yang mewakili kaum melayu, bertanding pula pada wilayah melayu.

Seperti biasa, PRK itu akan diketuai oleh Timbalan Perdana Menteri merangkap Timbalan Presiden Umno dan dibantu oleh Pengerusi Perhubungan Umno Negeri yang kebetulan sebagai Menteri Besar.
Mukhriz yang bertanding jawatan Naib Presiden Umno, namun tewas; dijadikan modal oleh pembangkang sebagai bahan kempen mereka.

Timbalan Presiden PKR-Azmin Ali, awal-awal lagi mempergunakan isu kekalahan Mukhriz sebagai bahan kempen, apabila membuat kenyataan, bahawa tidak wajar bagi pengundi Sungai Limau memberi undi kepada calon Umno, di negeri mana diketuai oleh seorang yang "ditolak" oleh parti sendiri.

Sepanjang kempen PRK Sungai Limau, nama Mukhriz dan Tun Dr Mahathir akan terus dimainkan oleh pembangkang, untuk mempertahankan kawasan itu.

Apa kah hujah bakal diutarakan oleh barisan kempimpinan Umno berhubungan dengan bahan kempen pembangkang itu? terlalu awal untuk diulas.

Dalam cubaan untuk merampas kawasan itu daripada PAS, BN mempertaruh calon anak tempatan, Dr. Ahmad Sohaimi Lazim,52, yang juga bekas pensyarah kanan Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI).

Sementara itu PAS meletakkan Ketua Pemuda PAS Jerai, Mohd Azam Samat,37, Pengarah Pusat Asuhan Tunas Islam Kedah, cucu kepada ‘tiga ulama besar Kedah.

Tiga ulama yang dimaksudkan ialah datuk Mohd Azam, Abdul Hamid Ibrahim yang dikenali sebagai Pak Mid Bukit Besar, serta dua adik Abdul Hamid, iaitu Tuan Guru Haji Aziz Pendang dan Tuan Guru Haji Abdul Razak atau Haji Daq.

Ketika membuat pengumuman itu, Presiden PAS Datuk Seri Abdul Hadi Awang berkata Mohd Azam, merupakan anak kelahiran sekolah Pondok Bukit Besar yang terletak dalam kawasan DUN berkenaan.

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu.

Pemilihan Ahmad Sohaimi yang aktif dalam aktiviti kemasyarakatan termasuk di kawasan ini diumumkan Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin dalam majlis pengumuman calon di Pusat Gerakan BN di Sungai Lentang, Sungai Limau, semalam.

Muhyiddin berkata, Ahmad Sohaimi yang berasal dari Kampung Titi Batu, Guar Chempedak di sini, mempunyai ketokohan dan cukup berpengalaman bagi menggalas tanggungjawab sebagai wakil rakyat di kawasan itu.


“Beliau berkelulusan tinggi, berperwatakan baik serta terlibat dalam parti dengan memegang beberapa jawatan sebelum ini termasuk aktif dengan aktiviti kemasyarakatan di kawasan ini.

“Selain itu beliau juga anak tempatan dan biasa bergaul dengan masyarakat di sini,” katanya kepada pemberita selepas majlis pengumuman tersebut.

Mengulas lanjut, Muhyiddin berkata, walaupun tidak mempunyai kelulusan agama namun perkara itu bukan kelemahan kepada calon BN berkenaan selagi beliau dapat memberi komitmen menjalankan tugas sebagai wakil rakyat dengan baik.

“Beliau juga warak walaupun tiada kelulusan agama tetapi ada kelulusan lain, jadi kita fikir beliau calon terbaik,” katanya menjawab soalan tentang peluang BN menembusi DUN tersebut yang dianggap kubu kuat Pas .

Ini merupakan PRK kedua selepas Pilihan Raya Umum Ke-13 dengan yang pertama, PRK DUN Kuala Besut pada 24 Julai lalu, di mana BN menang.

Sunday, October 20, 2013

Saf Kepimpinan Umno: Meski Orang Lama Tapi Berfikiran Baru: Tun Dr Mahathir

Selepas Pemilihan Mukhriz Tujuk Prestasi Menggalakan- PM. Komen Selepas pemilihan Lagi Disini Sebelum pemilihan dan Komen Selepas Pemilihan Lagi dan Lagi 

Komen awal Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir berhubung Saf Baru Parti "Daripada segi fizikalnya, tak berjaya (transformasi). Tapi mungkin pemikiran orang yang dipilih ini akan menjadi baharu, ia (Umno) diremajakan," katanya.

Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamed berkata beliau sudah menjangka awal-awal lagi anaknya Datuk Mukhriz tidak akan berjaya dalam percubaan merebut satu daripada tiga jawatan Naib
Presiden Umno.

Katanya, keputusan pemilihan semalam juga menunjukkan anggota Umno terus mahukan muka-muka lama.

"Saya nampak orang lama yang dipilih semula, nampak Umno hendak orang lama kekal," katanya kepada pemberita selepas menghadiri majlis penyampaian hadiah Kejohanan Mendayung dan Perahu Panjang Putrajaya 2013, di Putrajaya hari ini.

"Sebelum dia (Mukhriz) bertanding lagi, saya dah kata dia (Mukhriz) nak kalah, dia (Mukhriz) punya peluang 50-50 atau kurang. Saya punya andaian memang betullah," katanya.

Sebanyak 146,500 perwakilan dari sejumlah 191 bahagian Umno mengundi mengikut sistem electoral college bagi memilih tiga Naib Presiden baharu. Setiap seorang daripada tiga calon yang memperoleh bilangan undi paling banyak daripada perwakilan bahagian, dikira meraih satu undi dari bahagian berkenaan.

Keputusan rasmi pemilihan Naib Presiden yang diumum awal pagi ini menunjukkan Menteri Pertahanan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein yang memperoleh 103 undi bahagian mendapat saingan sengit daripada Mukhriz yang memperoleh 93 undi bahagian.

Ditanya sekiranya keputusan pemilihan jawatan Naib Presiden parti itu mungkin menyukarkan proses transformasi Umno, Tun Mahathir berkata keputusan pemilihan semalam membuktikan arus perubahan dalam parti itu tidak berjaya.

"Tak tahulah...sesetengah orang hendak perubahan. Sesetengah orang hendak kekal. Itu terpulanglah"

Pemilhan Umno; Apa Yang Berubah?

HARAPAN tinggi yang diharapkan oleh rakyat melihat perubahan yang ketara dalam pemilihan Umno, ternyata melicit. Perwakilan Umno tidak sanggup melakukan transformasi, tidak sanggup mengubah status quo.

AYT sebelum ini, bererapa kali menulis dalam blog ini, walaupun sistem pemilihan parti telah diubah, namun pada akhirnya, Bahagian atau pemimpin juga akhirnya yang akan menentukan keputusan barisan kepimpinan parti.

Akan tetapi, kita juga sedikit lega, kerana keputusan pemilihan parti yang berakhir semalam, dan diketahui keputusannya dengan muktamad tengah hari tadi, telah menghalang sebahagian besar calon yang terpalit dengan politik wang, kecuali seorang.

Melihat kepada keputusan pemilihan parti semalam, samada melibatkan 2,500 perwakilan atau 146,000 nampaknya Umno tidak mampu berubah, tidak boleh membuat anjakan dan tidak berupaya membuktikan pewarisan yang meyakinkan.

Seperti yang AYT ramalkan berulang kali, status quo kepemimpinan tertinggi Umno kekal, walaupun sistem pemilihan parti berubah. AYT berulang kali menyatakan, bahawa pada pemilihan kali ini hanya calon-calon yang termasuk dalam "sistem" Presiden bakal menang, manakala mereka yang diluar "sistem" meskipun mempunyai ketokohan yang boleh membantu parti ke merecu kegemilangan tidak akan mampu menebusi lapisan sistem itu.

Najib kini memperolehi apa yang beliau inginkan, mempertahankan status quo bagi jawatan Naib Presiden. Keputusan pemilihan parti itu, memang baik untuk beliau dan parti, namun apa kah keputusan itu mampu membantu parti berdepan rakyat terutama dalam pilihanraya?

Semua kita tahu, bahawa barisan itulah yang berdepan dengan rakyat pada PRU-13 lalu, walaupun Umno mampu menambah kerusi daripada 79 kepada 88, namun secara keseluruhan BN kehilangan 7 kerusi daripada 140 turun kepada 133.

Keputusan Majlis Tertinggi semalam, yang membariskan pemimpin lama, membuktikan parti belum bersedia menyutik darah muda dan parti belum mahu kepada penyegaraan parti . 

Meskipun ada pemimpin baru yang berjaya masuk dalam barisan 25 AMT, tetapi jumlahnya amat sedikit, ertinya kehadiran mereka itu akan hanya memberi impak yang sedikit kepada wajah parti. 

Keputusan pemilihan semalam, nampaknya tidak ada tanda nyata bahawa Umno semakin muda, segar dan dibarisi generasi pelapis.

Sebelum pemilihan, memang satu keinginan agar berlaku kombinasi pemimpin lama dan muda, pemimpin yang mempunyai jawatan dan yang tidak, namun apa yang berlaku, majoriti AMT adalah daripada kalangan mereka yang berjawatan. Ertinya, kekangan ada pada mereka untuk bersuara lantang, kerana mereka pada masa yang sama mewakili kerajaan.

Apa kah Melayu terbela? melalui saf kepimpina parti yang baru!!! Apakah rakyat umum akan menyokong parti dan BN pada PRU-14? sesuai dengan saf kepimpinan yang ada? sama-sama kita tunggu.

Naib Presiden Umno: Akhirnya Penyandang Juga Yang Menang

Keputusan tidak rasmi yang berjaya diperoleh pada jam 12.00 tgh malam tadi telah menyaksikan DS Zahid Hamidi, DS Shafie Apdal dan DS Hishamuddin Hussein telah berjaya mengekalkan kedudukan mereka sebagai Naib Presiden UMNO bagi penggal baharu. DS Zahid dan DS Shafie telah berjaya melepasi 96 undi lebih awal sekitar jam 7.00 ptg tadi. Manakala DS Hishammuddin pula berjaya walaupun diekor rapat oleh Dato’ Mukhriz dengan kedudukan terkini masing-masing pada 96 undi dan 85 undi.

Dengan ini, secara tidak rasmi terjawablah persoalan pelbagai pihak tentang siapakah bakal meneraju UMNO untuk menghadapi PRU-14. Dengan formula yang sama pada peringkat tertinggi, adakah UMNO boleh merubah corak kepimpinan untuk mengekalkan sokongan Melayu dan mendapatkan sokongan kaum Cina. Ini adalah persoalan yang hanya boleh terjawab selepas PRU-14.

Sekalung tahniah diucapkan kepada DS Zahid, DS Shafie dan juga DS Hishammuddin dan selamat menerajui UMNO dengan lebih berjaya.

Mukhriz Gagal Penuh di Pahang, Selain Johor

WALAUPUN keputusan rasmi belum diumumkan, Mukhriz Mahathir gagal merebut salah satu kerusi Naib Presiden.

Kegagalan beliau, kerana tidak mendapat sokongan langsung daripada Pahang, negeri asal Perdana Menteri. Di Johor pula, hanya Bahagian Johor Bahru dan Tebrau daripada 26 Bahagian mengundi MB Kedah itu.

Keputusan tidak rasmi Berita Harian pada pukul 00.02 Hishmuddin mendapat undi rasmi 88, manakala Mukriz 82. Sementara keputusan rasmi Menteri KDN itu memperolehi 92, memerlukan 4 undi lagi untuk menang.

Saturday, October 19, 2013

Mukhriz Gagal Dapat Sokongan Perwakilan Johor

JOHOR BAHRU: Datuk Mukhriz Mahathir, yang bersaing merebut jawatan Naib Presiden Umno, gagal mendapatkan sokongan di Johor apabila hanya dua bahagian memilih beliau. 

Bahagian Tebrau memberi 397 undi kepada beliau berbanding Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein (387) dan Dr Ahmad Zahid Hamidi (361). 

Di bahagian Johor Bahru, Mukhriz hanya meraih 329 undi berbanding Ahmad Zahid (470) dan Hishammuddin (333). 

Keputusan pemilihan bagi naib presiden itu diumum Ketua Perhubungan Umno Johor Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin di pejabat perhubungan itu di sini malam ini. 

Perwakilan daripada 26 bahagian Umno memberikan undi sebanyak 11,586 kepada Ahmad Zahid, yang merupakan Menteri Dalam Negeri; Hishammuddin yang merupakan Menteri Pertahanan dan pemangku Menteri Pengangkutan (9,670); Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Shafie Apdal (9,192) dan Mukhriz (726). -

Naib Presiden: Tiga Penyandang Pertahan Status Quo

Pemilihan Majlis Tertinggi parti yang berlangsung hari, mempertahankan status quo bagi kedudukan Naib Presiden.

Untuk urutan teratas tetap diduduki Datuk Seri Zahid Hamidi, sama dengan keputusan pemilihan tahun 2008. Sementara Datuk Seri Shafie Apdal bertukar tempat dengan Datuk Hishamuddin Tun Hussien. Kini Shafie menduduki urutan ke tiga.

Berdasarkan tradsisi parti, biasanya Naib Presiden yang menduduki tempat ke tiga akan dilantik sebagai Timbalan Perdana Menteri dan seterusnya Perdana Menteri. Amalan ini berlaku pada Tun Dr Mahathir Mohammad dan Tun Abdullah Badawi.

Kemenangan Hishamuddin yang hanya menunggu keputusan rasmi, telah menolak semua persepsi sebelum ini, bahawa beliau akan gagal mempertahankan kedudukannya.

Keputusan Rasmi Klik Disini

Naib Presiden: Zahid dan Shafie Menang; Hishamuddin Sedang Menyusul

Datuk Seri Zahid Hamidi mengumumkan sendiri, bahawa beliau berjaya mempertahankan jawatan Naib Presiden. Beliau mengumumkan demikian melalui ucapan penggulungan Persidangan Bahagian Bagan Datoh, Perak. Zahid merupakan Ketua Bahagian bahagian itu.

Walau bagaimanapun keputusan tidak rasmi setakat ini adalah Zahid Hamidi (99 divisions), Shafie Apdal (91), Hishammuddin (56), Mukhriz (46), Ali Rustam (6), Isa Samad (6).

Keputusan rasmi keputusan MT klik disini

TERKINI: Keputusan MT- Zahid-Shafie-Hishamuddin Masih Didepan

Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mendahului pengundian jawatan Naib Presiden Umno dengan memperoleh 63 undi, mengikut keputusan tidak rasmi setakat 5 petang.

Menurut keputusan tidak rasmi itu, Datuk Seri Shafie Apdal menyusul dengan 56 undi manakala Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mendapat 35 undi.

Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir pula memperoleh 30 undi diikuti Datuk Seri Mohd Ali Rustam dan Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad masing-masing empat undi.

Nampaknya STATUS QUO jawatan Naib Presiden akan kekal. 

Sementara untuk MT Tawfiq Titingan dan Rahman Dahlan adalah antara calon yang telahpun mendapat undi.

Keputusan  rasmi Kerusi Naib Presiden dan MT Klik Disini

TERKINI: Naib Presiden: Zahid-Hishamuddin-Shafie Mendahului

Zahid-28; Shafie-23, Hishamuddin-17; Mukhriz-9; Ali Rustam-3 dan Isa-3
Keputusan Selanjutnya KLIK Disini

Terkini Keputusan MT Umno: Zahid, Shafie Mendahului- Hishamuddin, Mukhriz Bersaing

SCORECARD Berita Harian Klik disini

Naib Presiden Umno: Calon Akan Terpilih?

MENEJELANG pemilihan hari ini, hanya Negeri JOHOR cenderung mempertahankan STATUS QUO, ertinya para perwakilan negeri itu akan MENGUNDI penyandang- Zahid Hamidi-Hishamuddin Tun Hussein-Shafie Apdal.

Berasaskan electoral college Johor menyumbang 24 undi daripada 191 maksima yang bakal diperolehi oleh seseorang calon. 

Negeri-negeri yang mempunyai undi electoral tertinggi adalah Sabah-25, Johor-26 dan Perak-23. Jumlah tersebut merupakan 38 peratus daripada seluruh undi. 

Memandangkan calon-calon penyandang naib presiden secara kebetulan mewakili negeri-negeri tersebut; iaitu Shafie (Sabah), Hishamuddin (Johor) dan Zahid (Perak) apa kah kelebihan kepada mereka itu juga akan menyumbang kepada kemenangan mereka?

Sebelum dan selepas pendaftaran calon dan sehingga ke hari ini, walaupun ketiga-tiga calon tersebut menafikan bahawa mereka berkempen secara berkumpulan, namun kenyataannya tidaklah demikian. Mengikut kenyataan mereka, seperti "mereka lebih selesa bersama, lebih bersefahaman" "mendaftar sebagai calon bersama-sama" "mengadakan sidang akhbar bersama" adalah petunjuk bahawa mereka berkempen secara berkumpulan.

Kalau ya atau tidak mereka berkempen berkumpulan, namun yang jelas, mereka mempunyai kelebihan, seperti mana berlaku pada trend pengundian Ketua Pergerakan Wanita dan Pemuda pada Sabtu lepas.

Meskipun persepsi di kalangan media terutama media alternatif, bahawa salah seorang penyandang tersebut akan terkeluar daripada senerai, namun yang paling mengikat untuk menolak persepsi itu adalah pendirian para bahagian terutama Ketua bahagian atau para pemimpin negeri.

Ambil contoh Johor misalnya, para pemimpin negeri itu lebih gemar mempertahankan status quo, ertinya jika trend pengundian berlaku sebaliknya, ertinya wibawa pimpinan negeri boleh dipersoal. Demikian juga di bahagian-bahagian, jika Ketua Bahagian memberi gambaran bahawa bahagian tersebut cenderung kepada calon-calon tertentu, sekiranya perwakilan mengundi sebaliknya, maka kredibilti pemimpin bahagian juga boleh dipersoal.

Pendek kata, biasanya apa yang berlaku dalam pemilihan parti, selalunya aspirasi dan pilihan bahagian, cenderung akan dituruti oleh perwakilan.

Jika keadaan ini berlaku, maka bagi negeri Johor, tiga calon penyandang akan pasti mendapat 24 undi electoral college, manakala pesaing mereka akan mendapat kosong. Kalau keadaan ini berlaku, maka terlalu sukar bagi pesaing mereka mengejar undi tersebut, kerana dua negeri lain yang kebetulan juga negeri asal para penyandang, sudah tentu mereka mendapat undi electoral college daripada negeri masing-masing. Kalaulah ada "pact" antara mereka, ertinya sesama mereka masing-masing akan mendapat 25+26+23=74; dengan jumlah ini, mereka hanya perlu tambahan 24 electoral daripada neger-negeri lain. Baiklah, katakan bukan 100 peratus undi bakal diperolehi, 70 peratuspun, adalah sukar untuk menewaskan mereka.

Pesaing bagi kerusi Naib Presiden seperti Mukhriz, Ali dan Isa adalah bernasib baik, kerana Sabah yang mempunyai electoral college tertinggi, bersikap terbuka, namun melihat kepada sokongan kepada pegawai khas Shafie-Jamawi Jaafar dalam pertandingan Naib Ketua pemuda, 19 electoral college akan berpihak kepada Shafie, Hishamuddin dan Zahid daripada Sabah, ertinya peratusan telahpun melebihi 70 peratus. Kalau trend pengundian sayap dapat digunapakai sebagai kayu pengukur kepada sokongan kepada penyandang, maka dapat dipastikan bahawa kedudukan Naib Presiden akan mengekalkan STATUS QUO.

Analisis di atas hanya berasaskan persepsi dan di atas kertas. Sebenarnya tiada sesiapa yang boleh meramal keputusan, kerana untuk mengetahui kecenderungan hampir 146,000 perwakilan adalah sukar sekali. Tetapi yang jelas, angka itu hanya merupakan angka, sebenarnya bagaimana ramainya perwakilan, trend pengundian akan sangat bergantung kepada pemimpin bahagian atau negeri. Adalah tidak lumrah bagai ahli parti untuk tidak ikut pendirian pemimpin bahagian atau negeri.

Justeru itu, Mukhriz, Ali dan Isa perlu "count out" undi electoral daripada Johor. Mereka hanya mengharap undi electoral daripada 167.

Sejauh mana kombinasi pilihan daripada 167 undi electoral itu menentukan kemenangan para calon? atau sejauh mana keputusan Negeri Johor dapat mempengaruhi keputusan? sama-sama kita tunggu.

Friday, October 18, 2013

Dapatan Umum: Naib Presiden Umno Milik- Zahid-Ali-Mukhriz

ATAS asas kombinasi antara pemimpin muda dan lama, pemimpin baru dan berpengalaman, dapatan umum menjangkakan bahawa untuk pemilihan Naib Presiden calon-calon yang bakal dimenangkan oleh perwakilan adalah kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz.

Pertimbangan perwakilan adalah Zahid diperlukan dalam barisan ketiga parti atas sebab ketegasannya terutama selepas dilantik sebagai Menteri Dalam Negeri. Ali Rustam pula akan dipilih oleh perwakilan atas sebab pengalamannya beliau, serta hubungannya dengan akar umbi yang tidak putus-putus untuk sekian lama. Manakala Mukhriz pula merupakan idola orang muda masa kini, dan generasi muda mengharapkan kehadiran beliau dalam barisan ke tiga parti.

Pengundian di peringkat Naib Presiden, akan berbeza dengan trend pengundian bagi sayap parti, di mana pada pengundian itu lebih berpihak kepada penyandang. Alasan yang diperolehi, antara lain, tiadanya calon-calon yang benar-benar boleh mencabar bagi kedudukan penyandang bagi kerusi sayap parti.

Khairy misalnya untuk jawatan Ketua Pemuda hanya dicabar oleh Ketua Pemuda Cawangan, manakala Shahrizat, hanya dicabar di saat akhir oleh Datuk Maznah Mazlan.

Berbeza dengan Naib Presiden, sebelumpun pendaftaran calon-calon, telah jauh daripada itu, ramai yang mendesak atau menguar-uarkan bahawa Mukhriz Mahathir atau Ali Rustam akan bertanding jawatan itu dengan tujuan penyegaran parti, terutama dalam era transformasi parti.

Menurut dapatan, Perwakilan di seluruh negara akan mengekalkan Zahid, memenangkan Mukhriz, manakala Ali terpaksa bersaing sengit dengan salah seorang penyandang Shafie Apdal daripada Sabah.

Shafie dikatakan tipis harapannya mendapat undi perwakilan Sabah, kerana sebelum ini 22 bahagian daripada negeri itu, tidak "endorse" beliau memandangkan kegagalannya menterjemahkan aspirasi rakyat Sabah.

Adalah diramalkan, kekalahan Shafie, kerana gagal mendapat sokongan padu daripada bahagian-bahagian daripada Sabah. Apa-apapun, pengundian tidak sampai 24 jam lagi, segala kemungkinan akan berlaku. Namun apa yang dirasakan, perwakilan sebenarnya telahpun daripada awal-awal memutuskan pemimpin mana yang bakal diundi.

Berasaskan bancian AYT sebelah kiri atas blog ini, daripada awal-awal lagi, bahawa pengundi telah memilih kombinasi Zahid-Ali-Mukhriz. Walaupun dapatan ini, tidak dapat mengwakili aspirasi perwakilan, setidak-tidaknya ianya membawa gambaran umum, bahawa tiga pemimpin yang disebutkan merupakan pilihan perwakilan.

Wednesday, October 16, 2013

Liwat II Anwar: Mengapa Anwar Gerun dengan Tan Sri Shafee Abdullah?

AGAKNYA apa yang menyebabkan Anwar gerun sangat dengan Peguam Terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah? sehinggakan Ketua Pembangkang itu bersungguh-sungguh sangat mahu melucutkan peguam itu sebagai Pendakwa raya bagi kes rayuan liwat II Anwar.

Pendakwaan mengemukakan rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang melepas serta membebaskan Anwar, 64, daripada pertuduhan meliwat bekas pembantunya, Mohd Saiful Bukhari Azlan, 26, di sebuah unit Kondominium Desa Damansara, Bukit Damansara antara 3.10 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.

Pihak pendakwaan sebenarnya mempunyai kes yang boleh menang, namun disemua kes yang melibatkan Anwar baik liwat I dan II, mahkamah terpaksa membebaskan ketua pembangkang itu kerana masalah teknikal.

Baik liwat I dan II, sebenarnya mahkamah tidak menafikan, bahawa Anwar melakukan kerja liwat, namun kerana kekurangan penyusuan tatacara pendakwaan termasuk tatacara mengemukakan bukti-bukti, maka menjadi pemangkin kepada mahkamah untuk membebaskan OKT itu secara teknikal.

Mungkin rekod Tan Sri Muhammad Shafee, sebagai peguam bela yang senantiasa menang pada sebarang kes yang diwakilinya, maka Anwar merasa gerun, kerana kesilapan pihak pendakwaan akan diminimumkan, sehingga memungkinkan Anwar akan sabit kesalahan.

Usaha Anwar melucutkan Shafee terus berjalan, dan kini beliau merayu ke mahkamah Persekutuan, kerana di peringkat mahkamah rayuan, permohonnannya telah ditolak sebulat suara.

Rayuan liwat II sebenarnya akan didengar pada 11-12 Disember ini.

Parti LDP Terancam Pendaftarannya

Kota Kinabalu: Sebarang Kongres Ke-24 Parti LDP pada 19-20 Oktober ini akan menyebabkan parti itu terbatal. Menurut Philip Tsen (foto) Mantan Setiausaha Ekesuktif parti, yang juga mantan Ketua Bahagian Inanam dan AMT parti berkata, bahawa pihak Pendaftar Pertubuhan (ROS) boleh menggunakan seksyen 16C akta pertubuhan itu untuk membatalkan parti.

Menurut Beliau, tujuan penangguhan kongres itu sepertimana saranan pendaftar Pertubuhan pada Isnin yang disampaikan melalui pertemuan antara dua fraksi di Putrajaya adalah bertujuan megemaskini senarai perwakilan; kerana ada dakwaaan terdapatnya perwakilan yang tidak memenuhi persyaratan sebagai perwakilan.

“Mengapa pertemuan kedua belah pihak boleh diadakan di Kuala Lumpur? Mengapa tidak boleh diadakan di Kota Kinabalu?” Tanya Tsen. “Jika kedua belah pihak mempunyai iktikad mahu menyelesaikan krisis parti, sudah tentu pertemuan boleh dilakukan di Kota Kinabalu; dan jika pada pertemuan pertama atau kedua masih gagal menemui penyelesaian, maka boleh berunding seterusnya sehingga kesepakatan boleh dicapaikan” tambah Tsen.

“Saya mendesak semua pihak berlapang dada, mereka sepatutnya mengenepikan ego, sebaliknya memikirkan soal-soal parti” desak mantan AMT parti itu.

Philip diminta mengulas siaran akhbar tempatan pada Rabu, di mana kumpulan Teo dan Chin akan meneruskan Kongres ke-24 parti pada 19-20 Oktober bertempat di Star City Kota Kinabalu.

Krisis LDP: Kumpulan Teo Tidak Berminat Kongres Gabungan

Walaupun rundingan antara dua kumpulan yang dimeditasi oleh Pendaftar Pertubuhan Putrajaya (ROS) pada Isnin, di mana pada mula persetujuan dicapai bahawa Kongres Ke-24 parti yang akan diadakan pada 19-20 Oktober ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditentukan, namun kumpulan Teo dan Chin tidak menghormati persetujuan itu, sebaliknya mereka meneruskan Kongres bagi fraksi mereka seperti mana dijadualkan pada 19-20 Oktober ini Star City Kota Kinabalu.

Sebelum ini, Datuk VKLiew diberitakan ada membuat kenyataan bahawa memang ada perjumpaan dengan pihak ROS Putrajaya. Dalam pertemuan itu menurut beliau, pada dasarnya kedua belah pihak telah mencapai kesefakatan, bahawa tarikh baru Kongres ke-24 parti akan diumumkan oleh Jawatan Kuasa Pemilihan Parti dimana dalam kongres tersebut kedua-dua kumpulan akan ikut serta. Berasaskan kepada keputusan itu, maka tiada parti Kongres ke-24 yang berasingan bagi kedua-dua fraksi seperti mana dijadualkan.

Adalah difahamkan, bahawa kumpulan Teo dan Chin tidak berminat dengan kongres gabungan, sebaliknya kumpulan mereka akan meneruskan kongres kumpulan mereka.

Berasaskan kepada keengganan kumpulan Teo dan Chin berhubungan dengan kongres gabungan, nampaknya usaha penyatuan Parti yang dilakukan Datuk VKLiew untuk sementara mengalami kegagalan.

VKLiew yang juga mantan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri telah menyahut saranan Timbalan Perdana Menteri- Tan Sri Muhiyiddin Yassin baru-baru ini, agar semua pemimpin parti itu berbincang untuk menyelesaikan krisis dalaman mereka, demi keutuhan komponen Barisan Nasional.

LDP adalah parti komponen tertua BN Sabah, dan pada PRU-13 lalu telah menyumbang tiga kerusi DUN kepada BN Sabah.

Presiden parti itu juga pernah dilantik sebagai Ketua Menteri Sabah dalam sistem penggiliran Ketua Menteri, malah seorang Naib Presidennya juga pernah dilantik sebagai Timbalan Ketua Menteri Sabah.

Parti LDP dan AKAR (kini telah dibubar) dan kemudian bergabung bersama Umno untuk membentuk BN Sabah untuk menumbangkan kerajaan PBS bermula tahun 1991. 

Pada Pilihanraya Umum Sabah tahun 1994, walaupun gabungan itu mendapat 23 kerusi DUN berbanding PBS 25, namun selepas itu gabungan BN Sabah itu membentuk kerajaan Negeri, selepas dua ADUN Sabah, iaitu Rubin Balang ADUN Kemabong dan Lajim Ukin ADUN Klias menyertai Umno.

Bermula pada tahun itulah Kerajaan BN Sabah terus bertapak sehingga ke hari ini.

Hasil kerjasama antara komponen BN Sabah, bahawa sejak PRU 1999, 2004, 2008 dan 2013, BN Sabah terus memenangi pilihanraya.

Kemenangan cemerlang BN Sabah, adalah atas kerjasama yang erat antara para pemimpin BN Sabah. Namun kerana krisis yang melanda salah satu komponen BN Sabah, iaitu LDP, maka akan mempengaruhi keupayaan komponen itu berdepan dengan PRU-14, jika krisis itu tidak diselesaikan dengan segera.

Bagi AYT, kepimpinan VKLiew dalam LDP merupakan tunjang mengapa Parti itu boleh berkerjasama dengan para pemimpin Bn yang lain. Pendekatan beliau yang sederhana dan bertolak ansur, membuatkan ramai pemimpin komponen lain selesa berkerjasama dengan beliau.

Adalah malang bagi parti itu, jika dikemudi oleh Kumpulan Teo dan Chin, kerana pada tahun 2010, mereka pernah menyatakan secara terbuka tidak dapat menerima kepimpinan Pengerusi Umno Sabah Datuk Seri Musa Aman, yang juga Ketua Menteri Sabah.

Kenyataan kumpulan Teo dan Chin itu juga, telah menyebabkan seorang Naib Presiden Parti itu- Datuk Peter Pang terpaksa keluar parti pada tahun 2010; dan selepas itu, jawatan Timbalan Ketua Menteri daripada LDP telah terlepas daripada parti itu sehingga kini.

Tuesday, October 15, 2013

Dilema Melayu Popular- Menarik Untuk Dikongsi

SAYA harap rakan saya berbangsa Melayu tidak salah faham membaca artikel ini. Saya tidak memandang rendah kepada orang Melayu. Pada saya, semua bangsa dijadikan ALLAH mempunyai kekuatannya tersendiri. Tiada istilah Melayu malas, bangsa lain rajin dan sebagainya, sebagaimana yang dipersepsikan. Semua bergantung kepada diri sendiri. Seperti kata Pendeta Za’ba, rupa tidak boleh berubah, tetapi perangai boleh diubah. Terpulang kepada kita, nak pilih yang mana!

Kebelakangan ini, banyak sangat ‘kelemahan’ Melayu sama ada yang saya lihat sendiri atau didedahkan. Saya yakin Melayu tahu dan memahaminya. Tetapi Melayu sengaja membiarkannya. Dalam apa jua bidang, Melayu bermasalah. Dalam politik, mereka saling tikam-menikam walaupun sesama parti. Saling fitnah-memfitnah, jatuh-menjatuh dan sebagainya. Dalam ekonomi, saling dengki-mendengki melihat orang lain berjaya. Bila tidak puas hati, berlaku santau-menyantau. Mereka tidak faham falsafah korban, walaupun tiap-tiap tahun menyambut Hari Raya Korban.

Pendek kata, dalam apa jua profesion, Melayu bermasalah. Dalam perjawatan awam (juga swasta), politik untuk naik pangkat,. Oouuhhh! dahsyat. Untuk mencapai matlamat itu, kerjanya membodek sepanjang masa untuk naik, walaupun kualiti kerja macam...

Itu belum sebut lagi masalah sosial yang lain seperti gejala sosial remaja, dunia hiburan artis, dadah, dedah, gejala tak solat, masalah keluarga, perceraian dan lain-lain. Berdasarkan statistik, setiap 15 minit, akan lahir anak luar nikah dan pasangan Melayu bercerai.

Mudah sahaja untuk menjadi popular di negara ini. Tidak perlu belajar tinggi-tinggi atau masuk universiti. Cukup sekadar masuk industri hiburan, tonjolkan kontroversi atau masuk pertandingan menyanyi, melawak, menonjol dalam sukan dan lain-lain berkaitan. Popularlah.

Kenapalah Melayu pantang popular sedikit? Usahkan diri empunya yang mungkin ‘popular’, mereka yang tidak kena-mengena pun terasa popular seperti isteri atau suami artis popular tersebut atau pegawai peribadinya. Maka menyombonglah tidak tentu pasal. 

Kepopularan ini menjadi dia glamor. Artis-artis pun suka. Maka mengoratlah mereka. Sanggup hadiahkan rumah berjuta-juta. Akhirnya, kedua-dua jadi popular. Persoalannya, kenapa susah sangat nak cari artis atau orang popular yang warak atau low profile. Kenapa hidup penuh kontroversi. Tidak teringin ke masuk syurga? Takkan nak tunggu tua baru nak bertaubat!.

Lebih pelik lagi, mereka inilah yang menjadi rebutan syarikat swasta untuk menjadi duta sana sini. Peribadi duta-duta produk tidak diambil kira, yang penting popular. Produk laku.

Terbaharu, dilema Melayu popular. Saya naik muak dan lemas menonton YouTube mengenai gelagat isteri seorang pemain bola sepak terhadap pengawal keselamatan di sebuah lapangan terbang. Ini baru bola sepak, belum lagi bola lain.

Cuba banding dengan jaguh-jaguh negara bukan Melayu seperti pemain badminton nombor satu dunia. Beliau amat popular. Isterinya juga popular. Kedua-dua mereka berharta dan kaya-raya. Kehidupan mereka tidak pula kontroversi. Bayangkan jika pasangan itu orang Melayu.

Ingatlah Melayu, popular di sisi ALLAH, kita bukan apa-apa pun jika tidak ada bekalan iman dan takwa. Sepatutnya kita guna populariti itu untuk cari keredaan ALLAH, menjadikan kelebihan itu untuk mendidik manusia jadi manusia, bukan sebaliknya.

Berbeza dengan artis di Barat. Mereka amat popular, bertaraf dunia lagi tetapi mereka tidak sombong, walaupun tidak Islam. Kepopularan mereka digunakan untuk membaiki diri dan keluarga. Buat bekalan di hari tua. Sebab itulah, jarang dengar orang Barat popular merana di usia tua, sebab mereka ada bekalan. Kita pula berlagak tak tentu pasal dengan red carpet sana sini, tetapi poket kosong. Bila tua, merana.

Sempena Hari Raya Korban ini, marilah kita muhasabah diri. Kita hanya makhluk ALLAH. Sepopular mana pun, kita tetap hamba ALLAH. Kita akan ditanya tentang Tuhan kita, agama kita, amalan kita dan sumbangan kita. Sejauh manakah sebenarnya kita berkorban? TERBITAN ASAL

Kongres Ke-24 Parti LDP Ditangguh Demi Penyatuan

KONGRES Parti LDP yang dijadual pada 19-20 Oktober ini telah ditangguhkan pada suatu masa yang akan ditentukan kemudian.

AYT difahamkan satu persefahaman antara dua fraksi yang bertelengkah, iaitu Fraksi Datuk VKLiew dan Datuk Teo Chee Kang bahawa tiada kongres parti akan berlangsung baik di Sandakan mahupun Kota Kinabalu seperti mana pada tarikh tersebut.

Satu pertemuan antara dua frkasi dengan Pendaftar Pertubuhan (ROS) telah diadakan di Putrajaya pada Isnin. 

Kumpulan VKLiew disertai Datuk Pang Yuk Ming, YB Charile Pang dan Lorreto S Padua Jr, manakala kumpulan Teo, disertai beliau sendiri, Datuk Chin Su Phin dan Peter Chong Su Leong.

AYT berjaya menghubungi Datuk VKLiew, beliau mengsahkan bahawa satu pertemuan dengan farkasi Teo bersama dengan kumpulan beliau bersama-sama dengan ROS. Pertemuan tersebut berlangsung di Putrajaya. Ketua Pengarah ROS Encik Mohammad Razin Abdullah sendiri mempengerusikan pertemuan tersebut, dan turut hadir Timbalan Pengarah ROS Tuan Haji Alias Mamat.

Menurut VKLiew pertemuan sehari suntuk itu, berjaya menemukan titik temu antara dua kumpulan, atas sebab itu, sebelum kongres ke-24; kedua belah pihak akan melakukan tindakan memang-menang agar supaya parti terus utuh.

Pemilihan Umno Sabtu Ini: Benarkah Ada Senarai pilihan?

DIANTARA perwakilan ramai sudah bercakap berkaitan dengan satu "senarai pilihan" kononnya para calon yang perlu dimenangkan.

Senarai pilihan ini, adalah biasa berlaku setiap ada pemilihan. Senarai yang dicetak pada kertas seperti kad nama itu, mengandungi nama-nama yang perlu diundi. Kad itu itu memudahkan perwakilan mengundi, selain mempercepat pengundian, kerana tidak perlu menyemak senarai calon yang panjang.

Benarkah adanya senarai pilihan? Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah Datuk Dr Salleh Tun Said sepertimana laporan BERNAMA, menyangkal adanya senerai seperti itu. Malah beliau yakin bahawa Presiden dan Timbalan Presiden tidak mengarahkan adanya senarai. Sebaliknya Salleh berkata, calon-calon yang bakal terpilih nanti adalah pilihan akar umbi.

Sekiranyapun tiada senarai pilihan, calon-calon yang mempunyai nama dan popular akan mudah diingat oleh para perwakilan, berbanding dengan mereka yang tidak terkenal atau kurang dikenali. Ertinya, dengan tiada senarai pilihan, maka pemilihan kali ini mempunyai kelebihan kepada penyandang mahupun calon-calon yang ada jawatan.

Bagi kerusi Naib Presiden pula, kesemua calon-calon adalah mereka yang mempunyai nama, dan dikenali oleh para perwakilan. Melihat kepada situasi itu, peluang kesemua calon adalah seimbang. Namun melihat kepada trend pengundian pada sayap-sayap parti pada Sabtu, penyandang terbukti mempunyai kelebihan, selain itu, perwakilan belum bersedia mengubah status quo.

Kemenangan hampir mutlak Khairy Jamaluddin bagi jawatan Ketua Pemuda, membuktikan, bahawa perwakilan belum bersedia membuat apa-apa perubahan di peringkat kepimpinan teratas.

Pada sayap wanita pula, sepertimana yang diramal, gandingan Shahrizat, Azizah Mohd Dun akan menang selesa, atas kapasiti mereka penyandang bagi Shahrizat dan jawatan yang ada pada Azizah.

Kemenangan besar Calon Ketua Puteri Mas Ermieyati Shamsuddin yang juga Ahli Parlimen Masjid Tanah, Melaka bertanding dengan Ketua Putri Petaling Jaya yang tidak mempunyai kedudukan, sememangnya dilihat sebagai pertandingan berat sebelah.

Perlu diingat, bagi calon-calon yang ingin merebut 25 barisan MT, 19 calon mempunyai kedudukan, samaada menteri, timbalan menteri, baik di peringkat persekutuan mahupun negeri. Manakala lain, ada yang hanya merupakan wakil rakyat atau calon-calon yang tidak mempunyai kedudukan apa-apa.

Untuk Jawatan naib Presiden pula, empat orang adalah ahli parlimen, tiga berjawatan penuh dan seorang pengerusi GLC. Sementara seorang lagi adalah seorang senator dan pengerusi GLC, dan seorang lagi hanya ADUN akan tetapi berjawatan menteri besar. 

Melihat kepada calon-calon tersebut, perwakilan sememangnya mampu melihat siapa-siapa calon yang berada dalam "sistem" kepimpinan. Ertinya mereka-mereka yang diberi peranan baik dalam kerajaan mahupun GLC adalah para pemimpin yang termasuk dalam "sistem" kepimpinan.

bagi AMT, adalah amat mudah bagi perwakilan memilih, siapa-siapa mereka yang berada dalam "sistem" kepimpinan, namun bagi Naib Presiden, perwakilan perlu mengambil keputusan, di antara enam calon itu, siapa yang bakal dipilih.

Mengingat perjuangan parti, adalah untuk berdepan dengan PRU-14, maka perwakilan perlu mengambil keputusan yang jitu, yakni sesuai dengan aliran zaman. Tiada gunanya memenangkan calon yang hanya popular dalam parti, akan tetapi tidak popular di mata rakyat.

Mempertahankan parti adalah dilihat semasa pilihanraya; bukannya diukur dalam pemilihan parti. Atas sebab itu, bagi jawatan Naib Presiden, perwakilan perlu memenangkan calon-calon yang dilihat popular di mata rakyat.

Namun pemilihan yang mengunakan electoral college yang hampir sama dengan pemilihan yang ditentukan oleh bahagian; maka yang menjadi kekangan, adalah bahagian mana yang sanggup menongkah arus status quo? terutama bagi kerusi Naib presiden.

Inilah dilema yang bakal dialami oleh bahagian-bahagian seluruh negara; meningkat tiga penyandang kerusi Naib Presiden adalah mereka yang mempunyai jawatan penting dalam kabinet persekutuan.

Para ketua bahagian atau bahagian, tiada yang sanggup mengenepikan Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah yang diterajui oleh Datuk Shafie Apdal, demikian juga tiada yang sanggup mengenipikan Kementerian Dalam negeri yang diterajui oleh Datuk Dr Zahid Hamidi. Datuk Hishamuddin Tun Hussien selaku Menteri Pertahanan, juga tiada yang sanggup mengenepikan. Akan tetapi, ketua-ketua bahagian/bahagian tiada yang sanggup mengenepikan ketokohan Datuk Mukhriz Tun Dr Mahathir, sebagai pemimpin pelapis parti, yang boleh membawa parti berdepan dengan rakyat.

Siapa yang bakal terkorban bagi penyandang Naib Presiden? atau kah memang ada senarai pilihan seperti mana cakap-cakap yang telah beredar, bahawa dalam senarai pilihan itu, nama-nama penyandang tersenarai.

Naib Presiden Umno: Akan Adakah Bahagian-Bahagian Berani Menongkah Status Quo?

Bahagian yang bakal menongkah arus status quo, hanya pada bahagian di mana calon itu merupakan Ketua Bahagian.

Keadaan ini merupakan cabaran kepada calon-calon bukan penyandang- Datuk Mukhriz, Datuk Ali Rustam dan Tan Sri Isa Samad.

Mungkin bahagian-bahagian di Kedah akan menongah arus status quo, atas sebab Mukhriz adalah Pengerusi Perhubungan Umno Kedah, namun apa akan jadi pada Ali dan Isa, sedangkan mereka hanya ketua bahagian di kawasan masing-masing.

Jelas melalui Electoral College atau Undi ditentukan bahagian-bahagian, lebih mengutungkan penyandang yang mempunyai jawatan menteri.

Secara logiknya, tiada Bahagian yang berani menongkah arus status quo, memnadangkan tiga penyandang mempunyai kedudukan yang amat penting.

Datuk Seri Zahid Hamidi merupakan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishamuddin Tun Hussein pula merupakan Menteri Pertahanan, manakala Datuk Seri Shafie Apdal Menteri KKLW.

Manakala Mukhriz hanya Menteri Besar, di mana kuasanya hanya di negeri Kedah; Tan Sri Isa pula hanya pengerusi Felda, dan Datuk Ali Pengerusi PUNB.

Adalah logik, tiada Ketua Bahagian yang terang-terangan akan menolak status quo, memandangkan penyandang boleh membantu mereka, dalam meneruskan perjalanan bahagian masing-masing.

Ketua-Ketua bahagian memerlukan sumbangan projek untuk perjalanan parti; dan mereka tahu, hanya melalui menteri sahaja sumbangan itu boleh diperolehi.

Sudah terbukti melalui pemilihan sayap parti yang berakhir pada sabtu, betapa pentingnya jawatan kepada perwakilan. Khairy hampir menang 100 peratus, kecuali Bahagian Pensiangan yang berkeculai, manakala Sharizat memang besar dengan jumlah undi 172-8. Naib Wanita menang dengan 127 undi, kerana beliau merupakan Timbalan Menteri; manakala Mas Ermieyati Samsuddin kerana sebagai ahli parlimen, manakala lawannya hanya Ketua Puteri Bahagian.

Berasaskan trend pada pengundian sayap parti, nampaknya perwakilan belum bersedia melakukan di peringkat atas barisan kempimpinan. Inilah yang akan berlaku pada pemilihan 19 Oktober ini.

Sayang, jika trend tersebut tidak berubah, kerana kalau berterusan, maka Mukhriz akan tercicir.

Monday, October 14, 2013

Pemilihan Umno: Ada Kecenderungan Mempertahankan Status Quo

TREND pengundian bagi pemilihan sayap Umno yang baru selesai Sabtu lalu menunjukkan bahawa perwakilan akar umbi parti itu enggan mengundi untuk melakukan perubahan pada kedudukan teratas.

Keadaan ini menunjukkan terdapat kemungkinan besar bahawa status quo akan dikekalkan bagi pemilihan Naib Presiden Umno pada peringkat Majlis Tertinggi Sabtu ini.

Berasaskan kepada kecenderungan itu, pertandingan bagi Naib Presiden yang menjadi tumpuhan pada kali ini ada kemungkinan besar bahawa penyandang, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Shafie Apdal dan Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein mempunyai kelebihan pada 19 Oktober ini.

Pada pemilihan sayap Umno Sabtu lalu, Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin dan Ketua Wanita Umno, Datuk Seri Shahrizat Jalil membuktikan mereka berjaya mengekalkan jawatan masing-masing walaupun berhadapan cabaran sengit terutama dari pihak yang mempertikaikan kepimpinan mereka.

Keputusan menunjukkan bahawa Khairy dan Shahrizat tidak hanya menang besar menerusi kaedah 'electoral College' pada pemilihan kali ini, tetapi juga menerima undi popular dari hampir semua 191 bahagian.


Pencabar bagi jawatan Naib Presiden (dari kiri), Tan Sri Mohd Isa Abdul Samad, Datuk Mukhriz Mahathir dan Datuk Seri Mohd Ali Rustam.

Pemeilihan pada 19 Oktober adalah dijangka trend yang sama akan berlaku apabila perwakilan membuat pilihan mereka memilih Naib Presiden dan ahli-ahli Majlis Tertinggi.

Para calon yang merupakan penyandang dan berkedudukan menteri/timbalan menteri baik di peringkat persekutuan atau negeri akan mempunyai kelebihan.

Sunday, October 13, 2013

Kemenangan Pemimpin Dalam "sistem" Kepimpinan Najib Menyerlah

KEPUTUSAN Pemilihan Sayap parti (Wanta, pemuda, Puteri) menunjukkan calon-calon yang ada dalam "sistem" Najib menang besar.

Mereka yang diluar sistem itu, bukan sahaja gagal sama sekali, malah ada yang tidak mendapat sebarang undi.

Kemenangan Shahrizat misalnya, menggambarkan calon-calon yang berada dalam "sistem" Presiden adalah pilihan utama perwakilan.

Shahrizat, cuba dipalitkan dengan isu NFC ( berkaitan dengan projek lembu) gagal menghalang perwakilan memberikan beliau mandat untuk mengetahui wanita bagi penggal 2013-2016.

Demikian juga kemenangan Khairy (Land slide), menggambarkan calon-calon yang berada dalam sistem Najib akan menjadi pilihan perwakilan.

Apa kah keputusan pemilihan sayap itu akan mempunyai trend yang sama pada pemilihan induk? pada 19 oktober ini?.

Pada 19 Oktober, jawatan yang menarik perhatian dan diminati untuk ditunggu adalah pertandingan Naib Presiden.

Kita maklum, bahawa tiga calon Naib adalah penyandang dan juga menteri penuh pada kabinet Najib. Manakala seorang adalah berjawatan menteri besar, manakala dua calon lagi pengerusi GLC. Semua calon-calon adalah wakil rakyat termasuk seorang senator.

Kalau dilihat daripada segi kekuatan, semua calon-calon mempunyai kekuatan yang seimbang.

Namun jika dilihat daripada kemenangan besar yang dicapai Khairy dan Shahrizat, nampaknya ada kecenderungan, bahawa penyandang mempunyai kelebihan besar untuk dipilih.

Melihat keputusan Sayap parti, senario kini sudah berubah, bahawa cubaan calon bukan penyandang untuk merebut kedudukan penyandang akan melalui laluan yang amat sukar.

Namun yang jelas, para calon yang akan terpilih nanti, baik Naib mahupun MT adalah mereka yang berada dalam "sistem" Presiden. Bagi mereka yang bukan, anggaplah penampilan mereka hanya meramaikan sistem demokrasi dalam parti.

Mas Ermieyati, Khairy, Shahrizat Menang Jawatan Masing-Masing

Keputusan penuh disini




Saturday, October 12, 2013

Seorang Remaja Perempuan Hilang Di Kota Marudu Tengah Hari Tadi

Seorang remaja dilaporkan hilang di Pekan Kota Marudu, Sabah tengah hari Tadi. Remaja perempuan itu yang bernama Fransica Quesha (Resley) (boleh juga di kesan melalui FB dengan nama yang sama).

Sesiapa yang mempunyai maklumat atau ternampak remaja itu diminta menghubung talian 014-8412210/013-8968383. Bantuan anda sangat diperlukan.

KEPUTUSAN TERKINI PEMILIHAN SAYAP UMNO KLIK DISINI

Terkini: Keputusan Sayap Umno: Shahrizat, KJ, Mas Ermieyati Leading

Terkini Keputusan Sayap Umno. Setakat ini calon-calon lain bagi Ketua Wanita dan Ketua Pemuda belum mendapat sebarang undi. Datuk Shahrizat 16; Khairy Jamaluddin 20, Mas Ermieyati Samsudin 48. Teruskan laporan Bharian.

Berasaskan electoral college, undi maksima adalah 191, sesuai dengan jumlah bahagian parti seluruh negara, kecuali Sarawak.

Atas Kertas Shahrizat dan Khairy Akan Menang Mudah

Hari ini adalah hari yang ditunggu-tunggu apabila lebih 200,000 perwakilan yang mewakili tiga sayap Umno iaitu Pergerakan Pemuda, Wanita dan Puteri di seluruh negara (kecuali Sarawak) mengundi untuk memilih pemimpin mereka untuk penggal baru.

Inilah buat pertama kali dalam sejarah parti itu, keputusan untuk memilih pucuk pimpinan parti tidak lagi ditentukan oleh hanya sekadar kurang dari seribu perwakilan ke Persidangan Agung Tahunan di Kuala Lumpur.

Sebaliknya kuasa itu diserahkan kepada jumlah yang lebih besar di peringkat cawangan dan bahagian dari seluruh negara.

Barisan kepimpinan baru yang akan dipilih nanti ini akan memegang kuasa di peringkat bahagian dan juga nasional selama tiga tahun.

Mata sudah pastinya akan terus tertumpu kepada Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin dan bekas Menteri Wanita dan Pembangunan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil - kedua-duanya adalah penyandang jawatan Pemuda dan Wanita Umno.

Walaupun kedua-duanya tidak mempunyai pencabar yang benar-benar kuat dan hebat atau memiliki nama besar dalam parti, tetapi bukan itu yang ingin dilihat oleh ramai orang di seluruh negara, sebaliknya berapakah undi yang bakal mereka perolehi.

Sudah tentulah Khairy dan Shahrizat mengharapkan mandat yang besar dan kukuh kerana itu bakal menentukan masa depan mereka dalam parti.

Kepada Shahrizat khususnya, jika beliau berjaya mengharungi ujian getir terakhir ini, ramai yang berpendapat, tiada apa lagi yang boleh menghalang kemunculan semula karier politiknya sama ada dalam Umno dan juga kerajaan.

Untuk sekian lamanya beliau dihantui oleh permasalahan yang bukan berpunca dari diri atau karier politiknya sendiri tetapi oleh orang di sekelilingnya.

Tetapi andainya beliau berjaya mempertahankan kedudukannya dalam Pergerakan Wanita Umno kali ini, masa depan politiknya akan kembali cerah kerana beliau telah membuktikan yang perwakilan percaya apa yang telah berlaku selama ini bukanlah kerana salahnya atau perbuatannya. Maka itu beliau tidak harus dihukum.

Kedua-dua pencabar Shahrizat iaitu ahli Dewan Undangan Negeri Muadzam Shah, Datuk Maznah Mazlan dan Raihan Suleiman bukanlah pemimpin di peringkat nasional yang benar-benar mampu mengugat kedudukannya.

Mereka tidak mungkin menang tetapi berkemungkinan besar mencuri perhatian ramai menerusi ‘undi protes’ yang bakal mereka perolehi nanti.

Dalam mana-mana proses demokrasi pun, tidak mungkin seseorang itu memperolehi undi seratus peratus tetapi yang tidak ingin dilihat oleh Shahrizat ialah sejumlah undi yang besar diberikan kepada lawan-lawannya walaupun tidak memadai untuk menewaskannya.

Namun daripada sejak awal lagi, semua dapat melihat dengan jelas yang Shahrizat menikmati sokongan yang boleh dikatakan sangat padu dan kukuh daripada seluruh Pergerakan Wanita Negeri dan juga bahagian.

Dalam hal Khairy pula, daripada empat orang pencabarnya, hanya Akhramsyah Sanusi sahaja yang dilihat memberi cabaran yang sedikit hangat. Itu pun beliau tidak mempunyai rangkaian di dalam Pemuda melainkan beliau adalah anak kepada bekas setiausaha agung parti dan ketua pemuda cawangan.

Yang lain-lainnya seperti Syed Rosli Syed Harman, Irwan Ambak dan Karim Ali langsung tidak dikenali ramai.

Logiknya, tidak ada sebab mengapa para perwakilan mahu mengundi dan memilih mereka berbanding Khairy yang sudah memiliki kedudukan yang kukuh dalam parti dan juga kerajaan. Beliau juga menang pilihan raya umum yang lalu dengan majoriti yang besar dan bertambah.

Tetapi sekali lagi, yang ingin diperhatikan ialah sejauh manakah undi protes yang akan dilontar oleh perwakilan yang enggan bernaung di bawah kepimpinan Khairy kepada lawan-lawannya itu?

Blog Archive