Friday, April 18, 2014

Karpal Singh 1940-2014: Hanya Meninggalkan Nama

Karpal Singh, 74 meninggalkan kita selama-lamanya. Hanya nama beliau bakal kita ingati. Selama hidupnya mengabdi dalam politik Malaysia sebagai ahli pembangkang kepada kerajaan pusat; atas sebab sejak merdeka, negara ini tidak pernah bertukar kerajaan di peringkat pusat.

Bagi penyokong kerajaan, memang senantiasa menganggap Karpal sebagai musuh politik, maskipun ramai pemimpin kerajaan mengganggap mendiang adalah musuh dalam politik, akan tetapi sebagai kawan.

Suatu ketika, Anwar dan Karpal bermusuh; atas sebab Anwar masa itu adalah pemimpin kerajaan. Mereka berkawan apabila sama-sama menjadi pembangkang kerajaan. Karpal turut menjadi peguam utama Anwar dalam kes sodomi II.

Mendiang, menjadi musuh Pas dalam soal Hukum hudud, namun berkawan dalam Pakatan Rakyat.Malah mantan MB Kelantan Tok Guru Nik Aziz, terkilan, atas sebab mendiang belum sempat memahami hukum Hudud sebelum meninggal. Mantan mentrei besar itu menyalahkan orang-orang Pas sendiri atas sebab gagal mendampingi mendiang, untuk menjelaskan apa itu Hukum Hudud.

Perlu diakui sebagai pemimpin politik, Karpal memberikan contoh, bahawa pendirian tegasnya tiada faktor sekililing yang mampu mengubahnya. Bayangkan sejak tahun 1978 sehingga kematiannya terus menjadi pembangkang.

Memang Karpal adalah musuh Bn, akan tetapi, mendiang kini telah tiada; anggaplah permusuhan itu adalah salah satu permainan politik. Atas kematian mendiang, matikanlah juga permusuhan itu bersama pemergiannya.

1 comment:

Anonymous said...

aku pasti ....bahawa dia sekarang berada di dalam salah satu jurang menuju ke neraka ..

nik Aziz patut terkilan kerana tidak dapat mengislamkan karpal bukan sekadar memahamkan hudud ..

Perkara sama kepada kelab penyokong PAS yg terdiri dari orang kafir... bagitahu bahawa mereka tidak akan masuk syurga, mereka adalah ahli neraka kalau hanya menyokong PAS tetapi tidak bersyahadah dan tidak menerima Islam sebagai Ad Deen

Blog Archive