Monday, April 07, 2014

MH370: Nasib Baik Pasukan China Kesan Dulu Pulse Black Box

Apa akan berlaku, jika pasukan China tidak "menjumpai" pulse yang menyerupai signal daripada Kotak Hitam pesawat terbang. Pancaran Black Box pesawat adalah 37.5kHz/Saat, berbeza dengan kapal laut 400 kHz/saat.

Pasukan China pada Jumaat dan Sabtu mengesan pulse serupa pancaran Kotak Hitam pesawat, 600 km daripada lokasi yang dikesan Ocean Shield yang dipasang underwater locator khas dicipta mengesan Kotak Hitam dasar laut. Pakar, Kotak Hitam lebih yakin, pada temuan Ocean Shield berbandind Haixun01, atas sebab pasukan China hanya menggunakan alat pengesan yang menggunakan tangan yang dimasukan dalam air; alat yang belum teruji; namun jika benarlah bahawa lokasi sebenar yang dikesan alat pasukan china itu, maka ianya merupakan teknologi terbaru dalam mengesan Kotak Hitam.

Apapun, berasaskan maklumat terkini pencarian pesawat MH370, kehilangan misteri pesawat MH370 bersama 239 penumpang termasuk kru semakin tersingkap; namun satu pertanyaan, jika pasukan China tidak mengesan pulse terlebih awal, apa kah misteri pesawat itu bakal terjawab? atau akan terus menjadi misteri??

1 comment:

QalamQabut said...

Aku tak berani nak cakap 'nasib baik' atau tidak. Lokasi antara Ocean Shield dengan HaiXun 01 tu sejauh 600 batu. Aku rasa hanya satu saja yang betul jika memandang jangka hayat bateri yang semakin pupus.

Macam mana pulak jika jumpa lagi ping di dua tiga lagi tempat?

Dan dengar cerita ada tempat2 di kawasan ni yang lebih dalam dari tempat Titanic tenggelam. Parah punya cerita tuuu...

Boleh tengok topo tempat carian di Lautan Hindi tu kat sini: https://twitter.com/NewsTracker3/status/453142217998094338/photo/1

Blog Archive