Monday, April 07, 2014

MH370: Persoalan Yang Besar!! Mengapa Pesawat Itu Terbang Ke Selatan??

Pasukan pencari berlumba dengan masa menemui Black Box; atas sebab bateri alat itu akan lupus dalam masa 24 jam mendatang.

Satu-satunya indikator untuk merungkai kehilangan pesawat MH370 adalah melalui Black BOX. Namun, black box mempunyai kelemahan i.e. hanya merekod data dua jam terakhir. Pesawat itu dikatakan meneruskan perjalanan sehingga 8.11 pagi 8 Mac selepas bertolak daripada KLIA jam 12.41 pagi hari yang sama. Mengambilkira masa bertolak dan pings terakhir pesawat itu adalah melebihi 7 jam.

Melihat kehilangan pesawat itu, data penting yang perlu diketahui adalah antara 12.41 pagi hingga 2.40 pagi; sebabnya selepas pesawat itu hilang pada radar 1.30 pagi, pesawat itu melakukan gerakan-gerakan yang pelik, sehinggalah hilang terus daripada radar.

Apabila pesawat mengarah ke selatan, sudah tentu, tiada lagi percakapan di cockpit, selain meneruskan penerbangan sehingga kehabisan minyak, lalu terhempas 1,100 batu barat laut Perth; suatu lokasi menurut teori, yang boleh dicapai pesawat itu berasaskan bekalan minyak yang ada.

Atas sebab, pesawat itu dengan sengaja dipandu oleh seseorang yang pakar mengendali pesawat, sudah tentu juga mengetahui sebarang percakapan dalam cockpit bakal dirakam kotak hitam. Atas sebab itu, jika mengetahui percakapan di cockpit melalui alat itu, kemungkinan tiada suara seumpama itu. Data dalam kotak hitam mungkin berkaitan ketinggian, kelajuan dan punca pesawat itu terhempas. jika ini lah yang berlaku, maka merungkai kehilangan pesawat itu, bakal tetap misteri.

Persoalan yang perlu dirungkai adalah, mengapa pesawat itu mengarah ke selatan, berlawanan arah dengan laluan asal. Inilah yang perlu dirungkai, dan mahu diketahui penyebabnya.

Isu kerosakan, isu kebakaran sudah diketepikan, sebabnya kalau itu berlaku, maka pesawat itu tidak mungkin meneruskan penerbangan sesuai dengan bekalan minyak yang ada i.e. mampu terbang sehingga 7.5 jam.

Pesawat itu diterbangkan ke selatan dengan sengaja, untuk suatu misi misteri.

Bagi mereka yang mengetahui geography, susdah tentu juruterbang juga mengetahui bahawa Lautan Hindi/ Laut Selatan, adalah kawasan laut yang sangat terpencil; kurang radar, dan hanya satellite yang dikontrol oleh Amerika dan Australia.

Apabila pesawat terhempas di kawasan itu, terlalu sukar mencarinya, atas sebab terpencil, bukan laluan pesawat atau kapal, selain mempunyai kedalaman lautan sehingga 5km. Selain itu, dasar laut adalah kawasan volcano underwater; sehingga kalau pesawat sengaja dihempaskan di kawasan itu, menjadinya sukar untuk dijumpai.

Melihat kehilangan pesawat itu, jika benarlah berakhir di selatan, maka ianya satu misi kematian tanpa nisan.

4 comments:

Anonymous said...

Dia sepatutnya terbang menuju ke utara, tetapi apa yg dikatakan akhir ahkir ini bahawa pesawat telah berpatah balik menuju ke selatan atau kata lain ke arah "belakang" dari tempat tujuan asal .. bila sebuat belakang ini..aku teringatkan seseorang yang suka ke "belakang" ...aduhai Ya Sheikh Anu War Berahi Al Juburi...apa jadi dengan penyokong ko ini??

QalamQabut said...

Bila otak tak stabil, macam2 boleh buat. Dan orang yang otak tak stabil hanya ada pada orang2 Fuckatan.

Orang2 dari puak ni saja yang suka menyusahkan orang. Tak kira dalam apa keadaan pun, yang utama keluar dari mulut dan perbuatannya ialah mahu menyusahkan orang. Jika boleh jahanamkan Malaysia, atau dunia sekalipun, dia akan buat.

Itulah orang2 Fuckatan yang punya otak yang tak stabil. Pandai menuntut keadilan tetapi tak pandai memberi keadilan.

Dalam kes kehilangan MH370 ni aku berharap sangat tidak melibat sesiapa yang saja suka2 nak makan angin ke Lautan Hindi. Tetapi perangai kotor dan jijik orang Fuckatan, terutamanya yang dikatakan Ketua Pembangkang amat jelas sekali. Sikit pun tak nampak macam rakyat Malaysia.

Anonymous said...

Rakyat msia kene muhasabah diri .....

Besar dugaan pada kehilangan mh370 ni...

Supaya rakyat msia sedar akan bahaya taksub pada politik pembangkang....

Kalau di thn 80an dulu kita disajikan dgn berita memali... betapa manusia bleh terpengarauh dgn perjuangan palsu....

Di thn 90an kita ada al maunah..... dan pensyarah utm arwah nordin mat top yg terpengarauh dgn jihad palsu...

Begitu juga dgn kes anwar yg mangsanya bukan rakyat kebanyakan tapi golongan professional yg jumud dan tidak rasional ....

Terlalu termakan doktrin benci redbin sehingga mampu menjahanamkan negara.... ditambah dgn masalah peribadi dan kekecewaan individu yg berpanjangan....

Insaff lah rakyat msia.... dan pemimpun politik pembangkang.... apa yg kamu usahakan begitu memudaratkan negara ini....

Harap pemimpin utama politik hj hadi dan najib dpt duduk berbincang....

segera kuburkan anwar.... selesaikan polimik politik...dan satukan org melayu dan rakyat msia...

Amat malang .... negara ini hancur di tangan2 ahli2 politik....

Anonymous said...

Betul sangat tuuu. Ramai2 kita bersatu hati dengan menguburkan Anwar bin Ibrahim bersama keluarga serta para pengikut tegarnya. Tidak boleh dengan fizikal kita gunakan spiritual dengan perbanyakkan doa semoga manusia jahanam ini cepat mendapat balasan Allah s.w.t. di atas segala kemunafikan dan kerosakan yang telah dilakukan oleh Anwar bin Ibrahim ini.

Blog Archive