Friday, April 18, 2014

MH370: Ratusan Juta Ringgit Telah Hangus- Tiada Bayang-Bayang

Ratusan juta Ringgit telah hangus, selama 41 hari mencari MH370 yang hilang pada pagi 8 Mac, namun setakat ini tiada bayang-bayangpun yang boleh dihubungkan dengan pesawat bersama 239 penumpang dan kru itu.

Benarlah teori sebelum ini, bahawa kehilangan pesawat MH370 dijadikan oleh perancangnya sebagai satu misteri abad ini.

Semasa kehilangan pesawat itu, satu keadaan yang belum pernah berlaku pada sebarang kemalangan pesawat, bahawa laluan adalah bertolak belakang dengan laluan asalnya. Belum juga berlaku sebelum ini, bahawa kehilangan pesawat begitu misteri. Hanya melalui teknologi, manusia berteka teki berkaitan kehilangannya.

Pada awal pagi kurang sejam kehilangannya, tiada sebarang tanda-tanda kecemasan diterima oleh ground controller, selain data radar bahawa pesawat itu berpatah balik daripada laluan asalnya Kuala Lumpur Beijing ke arah barat. Kerana hasil kalkulasi berasaskan data satellite, maka disimpulkan bahawa pesawat itu berakhir di Lautan Hindi, lebih 2,000 km Barat Laut Perth, Australia; namun kalkulasi itu, hanya tinggal kalkulasi, setakat ini, tiada sebarang clue, bahawa pesawat itu terhempas di lokasi itu. Hanya berasaskan pancaran daripada "kotak Hitam" berjaya dikesan di lokasi itu, namun tiada kepastian, apa kah pancaran itu adalah kotak hitam MH370.

Malaysia melalui Dato Hishamuddin Hussien pemangku Menteri Pengakutan, tidak sangat menghiraukan berkaitan kos yang terlibat, namun menumpukan menjumpai pesawat itu berapapun kosnya. Unlimited, bisa sahaja kos itu boleh membeli satu pesawat baru yang serupa.

Perancang kehilangan pesawat itu, sungguh bijak bagaimana menghabiskan wang rakyat. Sebagai negara yang terikat dengan moral terutama kepada keluarga mangsa, maka tiada pilihan selain terus mencari pesawat itu hingga terjumpa. Pengalaman sebelum ini, Kerajaan Perancis memerlukan 2 tahun untuk menjumpai bangkai pesawat itu; walaupun hanya seminggu selepas kemalangan, pasukan pencari menjumpai serpihan pesawat AF447. Akan tetapi, bagi MH370, tiada sebarang clue seumpama itu. Ini yang menjadikan kehilangan pesawat itu sesuatu yang misteri.

No comments:

Blog Archive