Sunday, July 20, 2014

MH17: Mengapa Jadi Mangsa?

Mengapalah Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jadi mangsa lagi? Selang masa empat bulan, Syarikat milik negara itu menjadi sorotan, bukan sorotan kerana mengharumkan negara, akan tetapi sorotan berkaitan musibah yang dialaminya.

Memang ajal maut rezeki sesuatu yang disembunyikan oleh Allah; tiada manusia yang samggup merungkainya. Sebagai manusia, tidak diketahui bumi mana kita berakhir, dengan cara apa kita menemui maha pencipta.

Pada petang Khamis sebuah pesawat milik Penerbangan Malaysia MH17 berlepas daripada Amesterdam Belanda bersama 283 penumpang dan 15 krew menunju Kuala Lumpur; seharusnya pesawat syarat dengan penumpang itu mendarat pada pukul 6.10 pagi Jumaat, namun dipertengahan jalan tersekat kerana ditembak jatuh oleh askar pro Russia berdekatan dengan sempadan Russia Ukraine; di mana konflik sedang berlaku.

Pada ketinggian 33,000 kaki atau 7 batu daripada permukaan tanah; sebuah pesawat besar B777-200ER bersama penumpang serta kargo termasuk binatang jatuh bagaikan layang-layang, malah jasad penumpang yang tiba atas permukaan tanah tidak berbentuk lagi.

Memang sukar menggambarkan keadaan penumpang yang menjadi mangsa; apatah lagi menyelami perasaan keluarga yang kehilangan keluarga terdekat; hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. 

Apa yang menjadi muskhil kepada AYT, mengapa MAS jadi mangsa lagi? Apa kah ini yang dikatakan ujian yang begitu besar? kepada Syarikat itu dengan kakitangannya. Bayangkan dalam selang masa 4 bulan, begitu ramai kakitangan syarikat itu meninggalkan rakan-rakan mereka; bagi yang telah pergi noktah sudah, namun bagi mereka yang masih berkerja terlalu sukar bagi mereka meneruskan perkhidmatan; selain sedih, was-was juga berbagai perasaan menyelubungi perasaan mereka, termasuk kehilangan keyakinan diri.

MAS yang berlambangkan wau adalah syarikat penerbangan negara di mana puluhan ribu rakyat berkerja dengannya, ertinya bagaimana syarikat itu memberi kehidupan kepada puluhan ribu mulut dan perut serta bagaimana syarikat itu tempat menaruh harap kepada kakitangan mereka untuk meneruskan kehidupan. Selain itu Syarikat itu membawa nama negara di pelosok dunia juga sebagai alat perhubungan di kawasan-kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

Apa yang penting sekarang ini, sesiapa yang bertanggungjawab perlu di bawa ke muka pengadilan untuk mempertanggungjawabkan aksi pembunuhan massal ini.

No comments:

Blog Archive