Thursday, August 14, 2014

Halang Nafsu Anwar: Khalid Perlu Bubar DUN

UNTUK merealisasikan kehendaknya, Anwar mampu mempengaruhi dua ADUN Pas untuk menyokong isterinya agar boleh dilantik sebagai MB Selangor.

ADUN Pas biasanya sangat patuh kepada arahan parti atau pemimpinnya, namun tidak berlaku pada ADUN Hulu Kelang Saari Sungip yang merupakan mantan AMT PKR sebelum memasuki PAS. Beliau disertai ADUN Morib Hasrul Baharuddin.

Dua ADUN itu dikatakan telah menandatangan akuan bersumpah yang disediakan Anwar bagi menyokong isterinya. Jika sokongan dua ADUN itu benar, maka kumpulan yang menentang Khalid berjumlah 30 daripada 56 ADUN Selangor.

Sebelum kemelut perlucutan Khalid sebagai MB, kedudukan DUN Selangor adalah PKR=14; PAS=15 dan DAP=15.

Khalid yang mendapat sokongan Presiden Pas dan Mursidul Am Pas serta Majlis Syura parti itu untuk kekal sebagai MB Selangor dan mengharapkan sokongan 15 ADUN Pas serta tiada bantahan daripada 12 ADUN BN; ternyata perlu bertindak awal, atas sebab beliau atas kertas pada masa ini, tidak lagi mempunyai sokongan majoriti mudah DUN Selangor; Namun, beliau memberi reaksi kepada dakwaan itu, bahawa jumlah itu perlu dibuktikan melalui undian dalam sidang DUN pada November ini.

Jika Khalid kalah dalam undian di DUN, beliau masih mempunyai peluang, mengelak agar nafsu Anwar tidak menjadi realiti, dengan membuarkan DUN.

Khalid perlu berkorban demi rakyat Selangor, agar supaya, budaya nepotisme tidak membudaya di negara ini. Bayangkan tiada dalam sejarah mana-mana di dunia, suami isteri serta anak adalah wakil rakyat dalam masa yang bersamaan.

No comments:

Blog Archive