Sunday, August 17, 2014

Kemelut MB Selangor: Pas Cuci Tangan

TINDAKAN Parti Pas mencadangkan Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim merupakan tindakan licik atau tindakan cuci tangan. Keputusan kini ditangan Sultan Selangor, apa kah akan memilih salah seorang daripada calon-calon itu? atau kah Sultan berkehendak calon ke tiga. Jika berlaku demikian, maka bukan urusan Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Keputusan JKP Pas petang tadi yang melakukan pusingan berkaitan sokongan kepada Khalid memang dirangka dengan bijak. 

Keputusan JKP Pas yang dibacakan oleh Timbalan Presidennya Mat Sabu memang diolah dengan baik sekali- Pertama disebabkan Khalid bukan ahli salah sebuah parti PR, maka tiada sebab Pas menyokongnya; kedua Pas mencadangkan Azmin Ali sebagai pertimbangan sultan. 

Jika Sultan tidak berkenaan dengan dua calon tersebut, maka bukan tugas Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Pas kini membiarkan penyelesaian kemelut MB Selangor kepada PKR dan DAP.

Jika Sultan akan perkenaan Azmin Ali, tindakan itu akan mengakibatkan pergolakan dalam PKR sendiri; ertinya perlantikan Azmin yang penyelesaian menggantikan Khalid, akan tetapi bukan penyelesaian politik Selangor.

DAP dari awal-awal lagi hanya menyokong Wan Azizah dan demikian juga PKR; tindakan Pas mencalonkan nama orang lain, merupakan tindakan yang dilihat tidak mengormati keputusan PKR dan DAP. Mungkin pihak PKR dan DAP melihat bahawa pusingan U Pas adalah menguntungkan mereka, tetapi sebenarnya keputusan Pas itu hanya perangkap kepada dua parti itu.

Pas adalah parti politik berpengalaman, mengalah tidak semestinya kalah. Sama-sama kita tunggu kesudahan espisod kemelut politik Selangor.

No comments:

Blog Archive