Friday, August 15, 2014

Sokong Khalid- Ada Tanda-Tanda Pas buat U Turn

Hari demi hari, kenyataan demi kenyataan, tindakan demi tindakan, nampak gayanya PAS akan membuat U turn tentang sokongan kepada Khalid Ibrahim.

PAS akan bermesyuarat pada 17 ogos, mesyuarat itu sebenarnya tiada makna lagi, apa kah menyokong atau tidak agar Khalid dikekalkan sebagai MB; sebabnya dua ADUNnya sudah berpaling tadah. Dengan berpaling tadahnya dua ADUN Pas itu- Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin Morib, maka secara automatik; Wan Azizah mendapat 30 ADUN yang menyokong beliau.

Hanya, jika mesyuarat Pas menyokong Khalid, maka masa depan pakatan rakyat akan dipertaruhkan; walaupun Khalid tidak akan mampu bertahan selepas November 2014.

Penyokong Anwar dalam Pas, saban hari memberi tekanan kepada parti mereka sendiri, dengan berbagai kenyataan. Kenyataan terbaru adalah daripada Timbalan Presidennya Mat Sabu yang mengatakan, "Bagaimana menyokong Khalid? sedangkan beliau bukan ADUN Pakatan Rakyat".

Sementara itu, Pesurujaya Pas Selangor, menyatakan bahawa Kerajaan Selangor kini, masih kerajaan Pakatan, bercaggah dengan kenyataan Khalid sebelum ini.

Jika berlaku, bahawa Pas akan membuat U Turn, pilihan Khalid adalah memohon perkenaan Sultan untuk membuarkan DUN bagi memberi peluang kepada PRN Negeri, agar rakyat Selangor diberi peluang untuk memilih parti mana yang menjadi kerajaan.

Apa kah yang akan berlaku pada 17 ogos? sama-sama kita tunggu.

1 comment:

Anonymous said...

UNTUK YBHG.TSKI, MENTERI BESAR SELANGOR,

ADALAH TERLETAK DITANGAN TAN SRI UNTUK MENETUKAN KEDUDUKAN MB SELANGOR....DARI DIHINA DAN DIPECAT SEDEMIKIAN RUPA...RASANYA BIAR SEMUA TAK MERASA...BIAR GILA GABAN HABIS...MAKANYA LEBIH BAIK BUBAR SAJA DEWAN DENGAN PERKENAN TUANKU.

ALOHA NEGERI SELANGOR...BIAR ORANG SELANGOR URUSKAN SELANGOR. AND BY THE TIME PRK DI LAKSANAKAN...MAKA SIMUNAFIK PUN SUDAH BERPINDAH RUMAH KE SUNGAI BULO....BIAR KERING KAT SANA SEBAB AIR PUN KERING DI SELANGOR....

Blog Archive