Monday, September 15, 2014

Kekalkan Intipati Akta Hasutan 1948: Salleh Said

APA yang penting kekalkan intipati Akta Hasutan 1948, demikian kata Salleh pada Ahad. Jika Akta itu ditukar atau apa sahaja tindakan berkaitan dengannya, yang paling mustahak, akta seumpama itu boleh manjamin keamanan dan keharmonian dalam negara yang terdiri daripada berbilang kaum dan agama.

Pihak pembangkang sejak akhir-akhir ini begitu sibuk dengan desakan penghapusan akta itu, kerana ramai pemimpin mereka didakwa menggunakan akta itu. Malah menteri kabinet Malaysia Idris Jala memberi kenyataan terpilih, apabila menyatakan bahawa dakwaan terhadap Azmi Sharom pensyarah undang-undang Universiti Malaya tidak perlu didakwa menggunakan akta itu.

Di lain pihak, terutama daripada parti-parti yang menyokong kerajaan serta Ngo-Ngo yang pro kerajaan mendesak agar akta itu dipertahankan. Menurut mereka, pemansuhan akta itu hanya membuatkan pihak pembangkang mendabik dada; sama dengan kejayaan mereka mendesak kerajaan memansuhkan ISA.

Pemansuhan ISA tidakpun mendapat sambutan yang baik, malah menyebabkan BN kehilangan suara popular pada PRU-13 lalu.

No comments:

Blog Archive