Wednesday, October 29, 2014

Sodomi II: Penyokong Anwar Cuba Timbul Hurahara

PADA ketika ini, keadaan diluar Mahkamah Persekutuan, agak tegang, kerana penyokong Anwar cuba menimbulkan huruhara, dengan maksud menganggu perjalanan perbicaraan sodomi II Ketua Pembangkang itu.

Penyokong Anwar selain cuba merempuh hadangan polis, juga membaling telur ke arah pasukan keselamatan.

Penyokong Anwar diketuai MP Batu Tian Chua, Chua membakar semangat para penyokong Anwar supaya bertindak liar.

Penyokong Anwar, telah nampak bahawa perbicaraan rayuan sodomi II tidak akan berpihak kepada Ketua Umum PKR itu; memandangkan tiada alibi baru yang dihujah oleh barisan peguam beliau; walaupun diketuai oleh mantan Hakim Persekutuan Gopal Sri Ram. Kehadiran Gopal merupakan satu kejutan, memandangkan sebelum ini pada 14 Mac 2014, majlis peguam telah membuat ketetapan, bahawa bekas hakim mahkamah tinggi dilarang mewakili anak guam di mahkaah. Namun Majlis Peguam tidak membantah dalam perkara ini, kerana ianya membabitkan Anwar.

No comments:

Blog Archive