Tuesday, October 28, 2014

Sodomi II: Pihak Pembelaan Pertikai Kredibilti Saiful

Gambar ini digunapakai oleh peguam Anwar sebagai alibi
MANTAN Hakim Mahkamah Persekutuan Gopal Sri Ram peguam utama Anwar, menumpukan hujah kepada kredibilti mangsa (Mohd Saiful Bukhari Azlan) dengan hujah, jika mangsa tidak rela, mengapa membawa KY jelly ke tempat di mana sodomi berlaku; dan mengapa mangsa sanggup mengoles jely itu di duburnya bagi memudahkan Anwar melakukan sodomi. Hujah kedua, mangsa kelihatan tidak mengalami apa-apa ganguan, jika dilihat pada gambar Saiful bersama kelab penyokong Anwar pada 27 Jun 2008 sehari selepas kejadian.

Peguam Anwar itu melanjutkan hujahnya, jika sekiranya mangsa menggunakan jelly; kemungkinan besar mangsa tidak mengalami kesakitan di bahagian duburnya; juga bagaimana mangsa boleh mempertahankan tempoh selama 2 hari tidak ke tandas untuk membuang air besar; hanya semata-mata mempertahankan air mani di duburnya.

Setakat ini; hujah peguam Anwar hanya mempertikai kredibiti mangsa/saksi; tidakpun berhujah bahawa kesalahan sodomi yang jatuh melalui seksyen 377B kanun kesekasaan merupakan satu kesalahan di Malaysia, apa kah melalui kerelaan ataupun paksa.

AYT yakin pihak pendakwaan tidak akan berhujah berkaitan KY Jelly atau gambar mangsa yang kelihatan gembira, akan tetapi berhujah, MENGAPA AIR MANI TERTUDUH ADA DI DUBUR MANGSA.

No comments:

Blog Archive