Friday, January 31, 2014

PRK Kajang: Pemimpin Anugerah Tuhan Bertanding

Pemimpin Anugerah Tuhan
NASIB baik peraturan pilihanraya di negara ini, hanya membolehkan seorang rakyat bertanding kerusi parlimen dan DUN dalam sesuatu masa, jika tidak PEMIMPIN ANUGERAH TUHAN akan membolot kebanyakan kawasan samada peringkat dewan undangan mahupun parlimen.

Kini, Anwar selain sebagai pemimpin anugerah tuhan, juga pemimpin bertaraf dunia, selain tambahan kepada mahkluk politik (political animal).

Kajang bakal dikenal di serata dunia, kerana diwakili pemimpin anugerah tuhan. Kajang akan hilang jenamanya sebelum ini, Sate Kajang.  Kajang bakal berubah wajah, status, dan panggilan, hanya kerana pemimpin anugerah tuhan mewakilinya.

Siapa yang boleh mengalahkan pemimpin anugerah tuhan? Demikian juga siapa yang boleh mengalahkan pemimpin bertaraf dunia? Atas sebab itu, Timbalan Presiden PKR Azmin Ali dengan angkuhnya mencabar Perdana Menteri bertanding!!!!.

Pengundi Kajang, bermula daripada sekarang perlu berbangga, perlu bersyukur, kerana meraka bakal diwakili pemimpin anugerah tuhan. Masalah kehidupan harian mereka, akan beres semuanya, kalau hujan datang, banjir tidak akan melanda Kajang, atas sebab pemimpin anugerah tuhan mewakili Kajang.

Sara hidup tidak akan menerpah Kajang, kenaikan harga barang tidak akan sampai ke Kajang, kerana sesiapa sahaja yang terlibat dengan rangkaian perniagaan sedar, bahawa mereka akan masuk wilayah yang diwakili pemimpin anugerah tuhan, pemimpin bertaraf dunia dan mahkluk politik.

Pada PRK yang bakal berlangsung, sesiapa sahaja calon pasti dilanyaknya, atas sebab semua penggundi akan gerun, kerana mereka berdepan pencalonan anugerah tuhan, kalau kalah nanti, Tuhan akan murka, maka bala akan menimpah pengundi Kajang.

Kajang merupakan kawasan yang hampir dengan Putrajaya, atas sebab itu, apabila pemimpin anugerah tuhan mewakilinya, maka saban hari beliau boleh meneropong Putrajaya, yang bakal didudukinya pada PRU-14, setidak-tidaknya itulah alasan atau rancangan besar menurut Azmin, atas sebab itu teman akrabnya itu patut bertanding kerusi DUN, dengan memaksa penyandang untuk meletakan jawatan.

Sejauh mana keberkesanan pemimpin anugerah tuhan pada PRK kali ini? sama-sama kita tunggu, kerana Najib dan BN juga punya kaedah atau strategi untuk melanyak pemimpin "anugerah tuhan" itu.

PRK Kajang: Nak Tengok Undi Bakal Diperolehi Pemimpin Bertaraf Dunia

BUKAN calang-calang, Pakatan Rakyat menurunkan PEMIMPIN BERTARAF DUNIA bagi PRK Kajang yang bakal berlangsung.

Anwar Ibrahim yang dicalonkan oleh Pakatan Rakyat dinamakan oleh Pengerusi PKR Selangor merangkap Timbalan Presiden PKR Pusat sebagai pemimpin bertaraf dunia. Sebelum ini, Presiden PKR Wan Azizah Wan Ismail berkata Anwar adalah seorang pemimpin Anugerah Tuhan.

Azmin dalam satu taklmiat kepada jentera PKR Kajang selepas sahaja teman setianya itu diumumkan sebagai calon PR bagi PRK Kajang, menyatakan bahawa pengundi Kajang patut berbangga kerana pemimpin bertaraf dunia sanggup berkhidmat dengan mereka.

Azmin dengan bangganya memberitahu jentera parti itu "semua pihak sedia maklum tentang kepimpinan Anwar bukan sahaja di Malaysia tetapi juga negara-negara Islam seperti di Timur Tengah serta negara-negara membangun."Dia (Anwar) bukan hanya diperlukan di Malaysia sahaja tetapi dia pemimpin dunia.

"Negara Islam di Timur Tengah sana pun memerlukan Anwar. "Jadi orang Kajang harus bersyukur pemimpin dunia turun ke sini berjuang." 
 
Sebenarnya, disebalik pencalonan Anwar bagi PRK Kajang, dan jika menang; beliau mahu menduduki jawatan MB Selangor.; atas sebab mantan Timbalan Perdana Menteri itu tidak dapat menunjukkan testimoni pencapaiannya, sebagai Ketua Kerajaan, Pentadbir, selain semasa dalam Umno.
 
Anwar sejak tahun 1998 diangkat sebagai individu yang boleh menjadi Perdana Menteri, persepsi itu berlarutan sehingga PRU-13 lalu, namun semuanya tidak menjadi. Anwar terlalu gahirah menjadi PM, sehingga jawatan MB, sepatutnya boleh beliau pangku seawal tahun 2008, tidak menjadi keutamaan.
 
Berlainan dengan Lim Guan Eng, MP Kota Melaka itu yang bertanding di Pulau Pinang bagi kerusi DUN, tidak terlalu memikirkan kedudukan di Putrajaya, selain itu, Guan Eng merupakan pemimpin tertinggi DAP, dan juga DAP mempunyai kerusi terbanyak, maka amat mudah beliau menjadi ketua kerajaan. Demikian juga di Kelantan, pemimpin PAS mudah sungguh menjadi ketua kerajaan, kerana kedudukan kerusi yang dimilki oleh parti itu di dewan undangan negeri. Berlainan dengan Selangor, di mana kekuatan antara tiga parti yang berpakat serta BN hampir seimbang, ertinya bagi menentukan kedudukan MB, diperlukan satu konsensi. Syukur, kerana Selangor, hanya wakil rakyat yang beragama islam sahaja boleh dilantik sebagai MB, atas sebab itu, DAP tiada suara, selain secara enbloc menyokong calon MB yang disepakti oleh PKR dan PAS.
 
Pada PRU-12 dan PRU-13, Khalid merupakan calon MB kompromi, walaupun tiada pengalaman dalam politik, akan tetapi berpengalaman dalam dunia koporat.
 
Walaupun jawatan MB adalah jawatan politik, maka cara berkerjapun mesti secara politik, bukan cara korporat, namun para pemimpin PR mempotertkan Khalid berjaya dalam tugasnya. Tetapi yang berlaku sebenarnya, adalah Khalid sebenarnya gagal bertugas sebagai MB yang berorentasikan politik, walaupun berjaya mengumul simpanan wang negeri, kerana atas kapasitinya sebagai seorang korporat.
 
Melihat kepada kegagalan Khalid dalam dunia politik, maka timbul konflik, konflik yang amat ketara adalah antara beliau dengan Azmin Ali. Di Selangor seolah-olah kelihatan ada dua harimau yang mendiami sebuah bukit, bercakaran untuk merebuat kawasan. Anwar melihat ini, sebagai kelemahan yang amat ketara, dan jika berlarutan, maka akan menjadi penghalang utama merampas Putrajaya, namun yang amat malang dirasakan, bahawa Selangor akan menjadi Kedah kedua pada PRU-14.
 
Anwar mahu menjadi penyelamat, selain mahu menggunakan Selangor sebagai batu loncatan untuk beliau menduduki Putrajaya, setidak-tidaknya inilah alasan yang diberikan kepada pemimpin DAP seperti Lim Kit Siang dan Hadi Awang, penyabab ADUN Kajang diminta meletakan jawatan untuk membolehkan Anwar bertanding. 
 
Sebenarnya, Anwar mahu mencontohi Perdana Menteri dan Timbalannya kerana dua-dua pemimpin BN itu pernah menjadi Menteri Besar, dan testimoni salah satu pencapaian mereka sebagai ketua kerajaan dan pentadbir. Anwar tiada rekod itu, selain hanya mantan TPM semasa dalam Umno. Anwar tidak dapat menunjukkan pencapaiannya, atas sebab itu, beliau beria-ia sangat menjadi MB, agar supaya beliau boleh memberitahu rakyat mengenai pencapaiannya.
 
Selangor adalah negeri termaju di Malaysia, agak-agaknya apa yang Anwar boleh lakukan? apa kah masalah banjir, longkang, sampah, air boleh diatasi dengan segera? atau kah beliau dengan mudah menurunkan sewa premis perniagaan? menghapuskan rumah-rumah urut yang menjamur di Selangor, selain premis siber haram? atau setidak-tidaknya menurunkan harga sate kajang? atau membuka semula pusat giat mara yang ditutup?
 
Sudah tentunya pemimpin bertaraf dunia, tidak akan sibuk dengan masalah sampah, masalah banjir, masalah air, masalah longkang, masalah siber haram, masalah rumah urut, betul kah tidak?
 
Pada PRK Kajang nanti, AYT mahu melihat berapa undi majoriti yang bakal diperoleh Pemimpin Bertaraf dunia dan Anugerah Tuhan, apa kah melebihi yang diperoleh oleh Lee Chin Cheh, 6,824?
 
BN akan menggunakan PRK Kajang untuk melihat perubahan pola pengundian selepas 9 bulan dikuasai PKR. DUN Kajang mempunyai komposisi pengundi 48 peratus kaum melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.
 
BN akan ada peluang bersaing sengit, jika calon Umno bertanding, walaupun secara tradisinya kawasan itu diperuntukan untuk MCA. Melihat kepada sokongan kaum cina terhadap calon-calon MCA pada PRU-13 lalu, adalah wajar, pada PRK kali ini, parti itu perlu memberi peluang kepada Umno bertanding, mana tahu, sokongan kaum melayu pada Umno pada PRU-13 lalu, masih lagi berterusan.

PRK Kajang: Anwar Menang Belum Pasti Jadi MB

KITA mengetahui bahawa perlantikan jawatan Menteri Besar bagi negeri-negeri yang beraja, mempunyai mekanismenya sendiri.

Telah berlaku selepas PRU-12, untuk negeri Terengganu dan Perlis; individu yang disyorkan oleh Presiden parti atau Perdana Menteri atau DUN tidak mendapat perkenan Sultan. Keadaan ini boleh saja berlaku di Selangor.

Idaman Anwar menjadi Menteri Besar, tidak semestinya menjadi, meskipun menang pada PRK Kajang.

Anwar mempunyai cabaran yang cukup hebat pada kali ini, selain mencuba menang juga cabaran mendapat perkenaan daripada Sultan untuk menduduki kerusi Menteri Besar.

Selain itu PRK Kajang tidak menjanjikan kemenangan mutlak Anwar, walaupun kerusi itu dimenangi oleh calon PKR pada PRU-13 lalu dengan majoriti 6,824 undi, di mana BN diwakili calon daripada MCA. DUN Kajang berasaskan daftar pengundi mempunyai komposisi 48 peratus pengundi melayu, 40 peratus cina dan selebihnya india.

Jika BN meletakan calon, mungkin tidak lagi menggunapakai kaedah pemilihan yang biasa dilakukan akan tetapi berasaskan merit; maka akan berlaku saingan sengit. Melihat kepada kemampuan untuk mencapai kemenangan, calon paling berpeluang adalah calon daripada Umno, memandangkan kepada taburan dan komposisi pengundi. 
 
Telah mula kedengaran bahawa Bn akan mengabaikan cara tradisi pemilihan calon, kerana gabungan berbagai parti itu melihat faktor calon boleh menang adalah pilihan utama, apatah lagi, calon daripda PR adalah Anwar sendiri yang dikatakan mahu menjadi MB Selangor.
 
Percaturan Anwar meminta ADUN PKR Lee Chin Cheh bagi Kajang meletakan jawatan, semata-mata untuk mengatasi konflik yang berlaku antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Konflik tersebut sebenarnya adalah salah satu babak dalam skrip yang dicipta Anwar sendiri.
 
Selain itu, salah satu penyebab Anwar masuk ke Selangor, adalah mengelak supaya Selangor jangan jatuh ke tangan BN sepertimana berlaku di Perak, inilah propagnada Anwar dan orang-orangnya untuk menakut-nakutkan para pemimpin negeri. Kumpulan Anwar menabur propagnda, bahawa satu gerakan sulit sedang berlaku, bahawa lebih 20 ADUN PR akan bergabung dengan 12 ADUN BN untuk menubuhkan kerajaan baru di Selangor; faktor inilah salah satu alasan yang menyebabkan Anwar sepantas kilat mau menjadi ADUN di Selangor dan seterusnya mahu dilantik sebagai MB.
 
Sebagai catatan, komposisi ADUN Selangor daripada 56 kerusi, DAP:15, PAS:15; PKR:14 dan BN:12. Dalam gerakan sulit itu, dikatakan wakil rakyat daripada PAS akan menjadi MB, dan wakil rakyat daripada PKR/DAP yang menyertai dilantik sebagai Speaker dan kerajaan itu akan dikenali sebagai kerajaan PAS Plus.
 
Anwar memang mempunyai kepakaran menutup isu yang melanda dirinya. Umum mengetahui bahawa Ketua Pembangkang itu mengalami krisis kekepercayaan daripada rakyat yang menjunam, ekoran terbongkarnya pembohongan beliau berkaitan dengan undi bangla semasa PRU-13, isu konspirasi kerajaan Jepun menghalangnya masuk ke negara itu, isu pencerian anak kesayangannya Nurul Izzah dan masalah liwat yang sedang dihadapinya.

PRK Kajang dan isu pergantian MB Selangor, setidak-tidaknya boleh menutup isu2 yang melanda Anwar untuk sementara waktu.

Thursday, January 30, 2014

Lepas PRK Kajang- Khalid Melopong

AKHIRNYA skrip Anwar berjaya. Azmin sebagai pelakon utama skrip Anwar itu, mampu memaksa Khalid Ibrahim turun sebagai MB.

PRK Kajang bakal diadakan dalam masa 60 hari, Anwar sudahpun dinamakan sebagai calon PR, ekoran perletakan jawatan ADUN N25 Kajang daripada PKR Lee Chin Cheh.

Anwar memang pakar dalam soal-soal mengharu birukan keadaan. Tiada yang sangka, bahawa tidak disambungnya jawatan Azmin sebagai anggota Lembaga Pengarah PKNS, adalah satu babak dalam skrip Anwar, untuk menduduki kerusi MB Selangor.

Rupanya, tindakan Azmin selepas sahaja PRU-12 dan PRU-13, yang mengambarkan tidak sebulu dengan Khalid Ibrahim rupanya, salah satu jalan cerita skrip yang disediakan Anwar. Khalid yang hanya pakar menjaga korporat, tidak dapat membaca lakonan itu, sehingga beliau terheret sama berlakon.

Kini, Khalid hanya menunggu untuk dilucutkan jawatan MB, selepas beliau berjaya mengumpul banyak wang simpanan, untuk Anwar gunakan menjayakan cita-citanya menjadi PM Malaysia.

Perayaan Tahun Baru Cina- Faktor Pupuk Perpaduan

Pada hari Jumaat ini bersamaan 31 Januari 2014 kaum Cina di negara kita akan merayakan Tahun Baru Cina. Menurut kalendar Cina, tahun ini adalah tahun Kuda. Menurut kepercayaan mereka bagi tahun ini elemen api memainkan peranan yang penting, mengatasi air. Api juga melambangkan kemarahan, rasa tidak sabar dan keresahan.

Mereka yang percaya zodiak cina, ertinya tahun ini emosi dan ketakutan akan lebih banyak menguasai ketenangan dan kewarasan. Akan banyak keputusan akan dibuat tanpa pertimbangan akal, kajian mendalam, kebijaksanaan dan kecerdikan. Maka itu ada tanda-tanda bahawa akan lebih banyak berlaku pergolakan dan krisis di dunia tahun ini.

Walaupun demikian, tahun kuda bukan merupakan tahun yang malap atau menggerunkan. Tahun ini juga menjanjikan banyak harapan. Kuda merupakan haiwan liar sekiranya tidak dikendalikan dengan betul. Kuda membantu manusia memenangi perang. Kuda juga menjanjikan banyak peluang yang baik dalam bidang perniagaan dan dalam pembinaan kerjaya. Demikianlah ramalan tahun Kuda bagi kaum Cina.

Di negara kita masa ini, nampak sangat soal perpaduan antara kaum dilihat sangat krtikal. Sejak PRU-12 sehingga PRU-13 dan hingga kini, nampaknya perpaduan yang berlaku selama 30 tahun selepas 13 Mei 1969, merekah semula. Penyebabnya, mungkin sudah terlalu lama kita mengabaikan soal perpaduan. Atau mengambil mudah hal itu. Selain itu fahaman politik partisan merupakan penyumbang kepada merekahnya perpaduan antarakaum, sehingga keharmonian, bukan lagi agenda, melainkan kebencian antara kaum menjadi agenda utama, semata-mata untuk mendapatkan sokongan politik.

Apakah perayaan Tahun Baru Cina yang jatuh pada Jumaat ini, akan menjadi faktor untuk bermulanya perpaduan antara kaum? kerana seperti biasa sempena perayaan itu, berbagai rumah terbuka diadakan, dan sudah tentunya rumah terbuka itu dihadiri berbagai kaum di negara ini.

Perayaan Tahun Baru Cina, bukan sahaja dilihat sebagai perayaan keagamaan, namun ianya lebih kepada perayaan untuk menjalin semula silatur rahim antara suku bangsa yang renggang kerana faktor politik.

Anwar Jadi MB Selangor: Apakah Sultan Akan Perkenan?

UMUM mengetahui, Sultan Selangor juga maklum, bahawa Anwar adalah bekas banduan. Selain itu, Ketua Pembangkang itu masih berdepan Liwat 2 yang masih belum selesai.

Apa kah kriteria itu bolah menghalang Anwar jadi MB? Jika Sultan Selangor menggunapakai alasan itu, maka Anwar tidak akan dapat jadi MB Selangor, walaupun menang PRK Dun Kajang.

Kedudukan ADUN Selangor selepas PRU-13, PAS:15; DAP:15; PKR:14 dan BN:12 daripada 56 kerusi. Keputusan PRK Kajang tidak mengubah status quo, kerana yang meletak jawatan adalah ADUN PKR.

Berbagai senario boleh berlaku, jika Anwar memaksa dilantik sebagai MB. Berlatar belakang masalah peribadinya, besar kemungkin semua ADUN PAS menolaknya, dan mungkin disertai 2-3 ADUN PKR yang beragama islam. Jika ini berlaku, maka sokongan ADUN kepada Anwar tidak mencukupi untuk membuat tekanan atau desakan kepada Sultan untuk melantiknya. Besar kemungkinan Sultan akan meminta nama lain untuk disyorkan sebagai MB atau MB sekarang akan meneruskan tugas.
 
Tujuan Anwar meminta Lee Chin Cheh meletakan jawatan sebagai ADUN Kajang adalah untuk membolehkan beliau dilantik sebagai MB Selangor, selain itu untuk mengatasi konflik yang direka khas oleh Azmin bagi membolehkan teman setianya itu menjadi MB.
 
Kini, kita ketahui, bahawa konflik yang seolah-olah wujud antara Azmin dan Khalid sebenarnya adalah satu skrip yang dibuat Anwar bagi menyingkirkan MB pilihan Presiden PKR itu. Adalah menjadi pengetahuan Umum, bahawa Khalid Ibrahim adalah pilihan Wan Azizah dan Nurul Izzah untuk menjadi MB Selangor.
 
Skrip Anwar itu, setakat ini telah berjaya, namun hajatnya untuk menjadi MB akan terletak di tangan Sultan Selangor. Latar belakang Anwar sudah tentu akan menjadi pertimbangan Sultan sebelum memberi perkenan perlantikan. Sama-sama kita tunggu senario berikutnya.

Wednesday, January 29, 2014

Anwar Pada Mulanya nak jadi Profesor, Kini Nak Jadi MB pula

TAHUN 2012, Anwar dalam satu kenyataan, bahawa beliau akan bersara dalam politik, jika PR gagal merampas Putrajaya pada pru-13 dan seterusnya mahu jadi profesor. Selepas sahaja PRU-13, ternyata PR gagal merampas Putrajaya. Kini, Anwar bertukar angin, nak jadi MB pula.

Adalah satu kemungkinan yang boleh menjadi kenyataan, bahawa Anwar bakal dilantik sebagai MB Selangor, kerana Ketua Pembangkang itu sudah dinamakan sebagai calon pada PRK Kajang yang bakal diadakan dalam tempoh 60 hari daripada Isnin lalu.

Berbagai sebab diberikan mengapa Anwar perlu bertanding di Selangor, sepertimana kata Azmin Ali, Selangor akan digunakan sebagai pembuka tirai untuk menduduki Putrajaya.

Memang benar, bahawa sesiapapun terperangkap dengan kejutan yang dilakukan oleh ADUN N25 Kajang-Lee Chin Cheh, namun itulah perancangan Anwar, selepas semua perancangannya sebelum ini untuk menjadi Perdana Menteri telah gagal, termasuk semasa dalam Umno lagi sebelum dipecat pada tahun 1998.

Kini, nampaknya, walaupun PAS menerusi suara Ketua pemuda Pas Selangor, bukan Pesurujaya atau Presiden PAS dikatakan akan memboikot kempen PR, kecuali mendapat penjelasan berkaitan tindakan PKR berhubung keputusan adun Kajang meletakan jawatan, adalah satu perkara remeh, kerana kalau pihak pimpinan parti itu akur, secara automatik juga ketua pemuda pas itu akan akur.

Fokus utama kini, adalah pada Anwar. Anwar akan berusaha sedemikian rupa untuk berkuasa, bagi beliau, tidak jadi pmpun MBpun jadilah.

Atas sebab itu, rakyat negara ini perlu membuka mata dengan terang, bahawa Anwar hanya berjuang untuk kuasa bukannya untuk rakyat.

Tuesday, January 28, 2014

Najib Tidak Perlu Layan Anwar

Isu Pengosongan DUN Kajang, pada mulanya ditulis oleh wartawan politik The Star Jocelyn Tan. Wartawan itu malah menulis, tujuan pengosongan itu adalah untuk memberi peluang kepada Anwar Ibrahim bertanding.

Sehari selepas tulisan itu tersiar, Anwar dengan pantas menafikan dakwaan itu, malah Khalid Ibrahimpun menafikannya.

Akan tetapi, terbukti bahawa dakwaan JT itu benar, sebab pada Isnin, Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh mengesahkan, bahawa ADUN Kajang Lee Chin Cheh datang sendiri ke pejabatnya untuk menyerahkan surat letak jawatan. Dalam perkara ini, siapa yang bercakap betul?? Malah hari ini MPP PR telah menamakan Anwar sebagai calon PR bagi PRK Kajang, Khalid Ibrahim yang mengumumkannya, turut hadir Lim Kit Siang dan Salahudin Ayub.

Masih segar dalam ingatan bagaimana Anwar mengumumkan Gerakan 16 Septembernya pada tahun 2008. Kata-kata popularnya.. "We have the numbers" dan dalam gerakannya itu, kononnya beberapa MP daripada Sabah dan Sarawak akan menyertai PR, untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Perdana Menteri ke-6; malah kereta peribadinyapun sudah bernombor 6. Selain itu, bagaimana Anwar menuduh kerajaan Jepun berkonspirasi dengan kerajaan Malaysia, sehingga beliau dihalang masuk ke negara matahari terbit itu. Anwar sebenarnya terlupa, bahawa Jepun melarang bekas banduan memasuki negara itu.

Najib kena hati-hati terperangkap dengan ajakan Anwar berkaitan dengan permufakatan nasional, kerana sebenarnya sebelum PRU-13 telahpun ada persetujuan antara Anwar dan Najib yang diatur oleh mantan Naib Presiden Indonesia J.Kala; bahawa apa sahaja keputusan PRU-13 perlu diterima dengan lapang dada, namun apa yang berlaku? Anwar dan koncoh-koncohnya menolak, sambil berdemonstarsi selama sebulan melalui jelajah 505; malah berbagai dakwaan kepada SPR termasuk menuduh terdapatnya 40,000 orang bangla mengundi dalam PRU itu; yang akhirnya semua palsu dan penipuan.

Tetapi AYT agak terkejut, apabila Naib Presiden Umno pertama yang juga Menteri Dalam Negeri- Datuk Zahid Hamidi, memberi pandangan, bahawa seharusnya pemimpin Bn perlu menerima/mempertimbangkan saranan Anwar berkaitan permaufakatan Nasional. Dalam isu ini, AYT agak terkejut juga, kerana Zahid yang begitu steady dan garang, tetiba menjadi lunak. Apakah beliau masih teringat nostalgia semasa mentornya masih dalam Umno?

Dua pemimpin Sabah yang AYT terbaca komen mereka, yang pertama komen Speaker DUN Sabah- DSP Dr Salleh Tun Said, dan kedua MP Kota Belud yang juga Mneteri Kesejahteraan Bandar, Perumahan dan Kerajaan Tempatan Persekutuan- Dato Rahman Dahalan. Menurut Salleh, Anwar bercakap berkaitan kemelut/masalah yang berlaku di negeri Selangor dan Pulau Pinang, kenapa melibatkan seluruh negara? Mengapa melibatkan Perdana Menteri? manakala Rahman pula, Anwar perlu selesaikan masalah yang dihadapi oleh negeri yang diperintah PR, sebelum cuba mengajak kerajaan Persekutuan berdailog.

Nampaknya, Anwar mahu mengajak orang lain dalam hal ini Najib untuk menyelesaikan masalah mereka; untuk itu, sebaiknya Najib jangan melayan saranan Anwar itu, kerana jangan lupa peribahasa.. melepas anjing tersepit.

Anwar Sah Bertanding di DUN Kajang

Pakatan Rakyat bersetuju bahawa calon pakatan tiga parti itu pada Pilihanraya Kecil (PRK) Dun N25 Kajang Selangor adalah Ketua Umum PKR- Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Dalam satu mesyuarat MPP PR seperti yang diumumkan oleh Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim pada selesa, pimpinan PR sebulat suara, memilih calon PR pada PRK itu adalah Anwar Ibrahim.

Desas desus sebelum ini, bahawa Anwar akan bertanding pada PRK untuk membolehkan beliau dilantik sebagai Menteri Besar Selangor bagi mengantikan Khalid, bertujuan untuk menamatkan konflik antara MB Selangor itu dengan Azmin Ali.
 
Semalam ADUN kawasan itu Lee Chin Cheh meletakan jawatan sebagai ADUN yang dipilih pada PRU-13 lalu, bagi memboleh PRK diadakan, bagi membuka ruang kepada Anwar bertanding. 

Monday, January 27, 2014

Anwar Bakal MB Selangor?

Lee Kiri dikatakan sudah menghantar surat pengosongan DUN N25 Kajang
Bagi menamatkan konflik antara Menteri Besar Selangor Tan Sri Khalid Ibrahim dan Pengerusi PKR Negeri Azmin Ali yang juga Timbalan Presiden PKR, Anwar terpaksa meminta salah seorang ADUN parti itu untuk mengosongkan kerusi bagi memboleh pilihanraya kecil (PRK) diadakan dan Ketua Pembangkang itu bakal bertanding untuk membolehkan beliau menjadi Menteri Besar.

Dikhabarkan ADUN PKR bagi DUN N25 Kajang dalam Parlimen P101 Hulu Langat Lee Chin Cheh sudahpun menghantar surat kepada Speaker DUN Selangor Hannah Yeoh bagi maksud mengosongkan kerusi yang dimenanginya pada PRU-13 lalu.

Pada PRU-13 lalu, Lee mengalahkan calon barisan nasional dengan memperolehi undi 19,571 dengan majoriti 6,824 undi. N25 Kajang mempunyai 38,965 pengundi berdaftar pada PRU-13.

DUN N25 Kajang dikatakan kawasan yang selamat bagi Anwar, kerana Parlimen Hulu Langat adalah diwakili Pas melalui Che Rosli Bin Che Mat. Pada PRU-13 lalu, Rosli mendapat 64,127 undi mengalahkan calon Bn Adzhaliza Mohd Nor yang mendapat 46,860 undi.

P/s Terkini: Hannah Yeoh sahkan Lee Chin Cheh sah mengosongkan DUN N25 Kajang bermula hari ini.

Permaufakatan Nasional- Ikhlas Kah Anwar?

Anwar menawarkan permufakatan Nasional, bagi membendung gejala yang boleh menjurus kepada kehancuran negara.

Perbalahan antara umat islam dan penganut kristian berkaitan dengan penggunaan kalimah Allah, desakan pelampau melayu Perkasa, selain ugutan kononnya ada usaha menukar agama persekutuan daripada islam kepada agama lain; antara faktor yang dilihat Ketua Pembangkang itu untuk mengwujudkan permaufakatan nasional.

Sejak Anwar melontar pelawaan itu dua hari lalu, hanya seorang pemimpin Bn atau Umno yang memberi kenyataan bersetuju dengan pelawaan itu. Pemimpin Bn atau Umno itu adalah Dato Zahid Hamidi yang juga menteri dalam negeri dan mempunyai kedudukan Naib Presiden Umno.

Zahid memang mempunyai hubungan rapat dengan mantan Timbalan Perdana Menteri itu, semasa Anwar masih dalam Umno.

AYT masih muskil, mengapa hanya Zahid yang memberi reaksi positif terhadap pelawaan Anwar itu? Apa kah pemimpin lain, masih meragui pelawaan itu? kerana latar belakang Anwar, walaupun perjuangannya jelas, namun banyak keraguan atau tidak ikhlas.

Para pemimpin Umno yang ada sekarang pernah berkhidmat semasa Anwar menjadi Timbalan Presiden Umno atau Timbalan Perdana Menteri, kecuali pemimpin muda seperti Dato Rahman Dahalan, Dato Razali Ibrahim atau Khairy Jamaluddin.

Sejak Anwar melontar idea itu, tiada seorangpun pemimpin daripada Pakatan Rakyat sendiri memberi kenyataan  menyokong atau menolak, sebaliknya semua berdiam diri; sama halnya dengan pemimpin Bn.

Atau ramai yang menganggap bahawa pelawaan Anwar itu dianggap sebagai gimik politik oleh setengah pihak; kerana Anwar mahu menuntup aibnya sendiri ekoran larangan kerajaan Jepun memasuki negara itu, sehingga aibnya yang dipenjarakan pada tahun 1999 dikorek semula.

Atau para pemimpin lain merasa bahawa pelawaan Anwar itu mendahului pemikiran mereka, sehingga mereka menganggap pelawaan itu tidak perlu dilayan, kerana ianya memberi merit positif kepada Anwar?

AYT melihat, jika pelawaan Anwar itu disambut baik oleh BN atau pemimpin PR, maka akan menjadi catatan sejarah bahawa punca huruhara politik yang berlaku di negara ini sejak tahun 1998 yang disebabkan oleh Anwar, maka mengembalikan keadaan aman damai dalam negara juga disebabkan oleh Anwar sendiri.

Di sini lah akan terlihat ego masing-masing pemimpin dalam negara ini; apa kah mereka akan mengorbankan ego mereka demi kemakmuran, keamanan negara yang didiami berbilang kaum dan agama.

Sunday, January 26, 2014

Kain Rentang Jesus The Son Of Allah Dikesan Di Pulau Pinang

Provokasi agama, terutama antara penganut kristian dan islam kini menjadi-jadi. Di Pulau Pinang misalnya awal hari ini telah dikesan kain rentang yang mengandungi perkataan Kalimah Allah, menggunakan perkataan seperti mana diamalkan oleh penganut islam dengan ditambah bahawa Jesus itu anak Allah.

Sekurang-kurangnya dua gereja dipasang dengan kain rentang itu.

Penggantungannya dilihat berpotensi meningkatkan ketegangan antara masyarakat pelbagai kaum dan agama di negeri itu.

Ketua Menteri Lim Guan Eng menulis di Twitter, pemimpin-pemimpin gereja menyatakan rasa sedih mereka dengan kewujudan kain rentang itu.

Beliau juga menyebut, gereja-gereja di negeri Pulau Mutiara itu kesal dengan tindakan pihak tertentu yang menggantungkan sepanduk itu dan laporan polis sudah dibuat.

Ia setakat ini dikesan digantung dekat gereja Katolik St John Britto di George Town dan Church of the Nativity of the Blessed Virgin Mary di Butterworth.

Pembangkang-Sudah Hilang Akal

Sejak kalah pada PRU-13, Pembangkang macam hilang akal. Perbuatan mereka melalui Jelajah 505, Demonstrasi di malam tahun baru, menghina Perdana Menteri dengan menyumbat kangkung pada Patong Perdana Menteri, dan acara menyumbat kangkung dimulut sendiri di Sunway seperti pada gambar, menunjukan, bahawa pembangkang sudah kehilangan akal.

Kalau manusia hilang akal, maka perlakuanpun tidak terkawal, seolah-olah mereka itu bukan manusia lagi yang dikurniai akal untuk berfikir. Mereka bertindak, seolah-olah mahkluk lain, yang tidak dikurniakan akal dan fikiran.

Melihat tidakan mereka itu, hanya mereka yang berfikiran sama sahaja yang ikut menyurapi mereka, sehingga mereka yang waras melihatnya bagaikan robot-robot berjalan.

Salleh Minta Rakyat Berdiri Teguh Dibelakang Perdana Menteri

Datuk Salleh Tun Said yakin, Perdana Menteri mampu mengurus dan mentadbir negara dengan baik. Selain itu, Speaker Dewan Undangan Sabah itu juga berkata, Datuk Seri Najib mempunyai hala tuju yang betul menangai perekonomian negara sesuai dengan fenomina perekonomian global.

Dalam entri terbaru beliau dalam blognya, ADUN Usukan dan Timbalan Pengerusi Perhubungan Umno Sabah itu, mengulas tentang saranan Mantan Menteri Penerangan- Datuk Zainuddin Maidin, agar Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir Mohammad dilantik sebagai Menteri Mentor, bagi mendapatkan pendapat dan pandangan berhubungan dengan pengurusan perekonomian negara.

Keadaan perekonomian negara pada masa ini sebenarnya menurut Salleh diwarisi oleh Najib daripada pemimpin terdahulu, bukannya timbul semasa Perdana Menteri ke-6 itu berkuasa.

Perekonomian negara mempunyai hubung kait dengan perekonomian dunia, dipengaruhi oleh keadaan semasa seperti musim dan keamanan sejagad.

Perdana Menteri serta kabinet beliau telah merangka berbagai polisi bagi mengwujudkan kelestarian ekonomi terutama kewangan, atas sebab itu, tindakan merasionalisasikan subsidi petrolium dan gula, serta menaikan tarif litrik merupakan tindakan untuk menjamin kewangan negara agar lebih mapan demi generasi akan datang.

Saturday, January 25, 2014

Jangan Lepas Guru Melampau Ini

Jika di Sweden, sepasang rakyat Malaysia masuk penjara, hanya semata-mata kerana merotan tangan anaknya kerana tidak menunaikan solat, satu kewajiban dalam agama, mengapa tindakan serupa itu tidak boleh dikenakan kepada seorang guru berbangsa cina di SRJK (cina),Khai Meng Sungkai Perak.

Guru bahasa inggeris itu yang bernama Chen Yan Yan mendenda dua orang pelajar melayu tahun 4 meraggut rumput, hanya kerana tidak menyiapkan kerja rumah. Selain disuruh meragut seperti lembu, lehen murid itu juga dikalongkan lonceng seperti mana terdapat pada anjing.

Ibu murid itu telahpun membuat laporan polis, kerana anaknya dikatakan sungguh tertekan kerana diejek rakan-rakannya dengan panggilan lembu.


Mendenda pelajar dengan perlakuan seperti binatang, adalah perlakuan yang amat melampau, dan sepatutnya tidak berlaku pada abad moden ini.


Bayangkan, jika keadaan negara ini, di mana kaum melayu/bumiputera merupakan minoriti, dan kebetulan kementerian pelajaran diduduki oleh kaum yang sama dengan Yan Yan, mungkin perlakuan terhadap murid-murid melayu akan lebih dahsyat lagi.


AYT akui, kejadian ini, mungkin satu kejadian terpencil, namun ianya tidak boleh diambil remeh, kerana ianya akan berlaku lagi di masa depan, jika tindakan berat tidak diambil terhadap guru melampau ini.

Friday, January 24, 2014

Nurul Izzah: Belum menjanda Lagi

Menurut Bernama, tuntutan pencerian fasakh oleh Nurul Izzah akan didengar semula pada 18 februari depan. Ertinya pencerian itu belum berlaku lagi.

Pencerian itu bukan tidak berlaku, memandangkan satu kenyataan akhbar Nurul dan suaminya menerusi blog ahli parlimen Lembah Pantai itu, bahawa mereka mahu mempertahankan perkahwinan mereka, kerana menurut kenyataan mereka, bahawa keluarga adalah keutamaan.

Berjaya kah perkahwinan Nurul dipertahankan, sehingga beliau tidak akan bergelar janda? kerana janda menurut video berikut

Thursday, January 23, 2014

Nurul Izzah Minta Cerai Faskh-- Pasti Ada Sebab Besar

Bernama melalukan semakan fail di Mahkamah Rendah Syariah Kuala Lumpur hari ini mengesahkan Ahli Parlimen Lembah Pantai daripada PKR, Nurul Izzah Anwar telah memfailkan permohonan cerai terhadap suaminya, Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim.

Nurul Izzah, 34, anak sulung Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim, memfailkan permohonan itu pada awal bulan ini.

Nurul Izzah memfailkan permohonan itu mengikut Seksyen 47 Enakmen Undang-Undang Keluarga Islam Wilayah Persekutuan 1984.

Seksyen itu merupakan pembubaran perkahwinan yang memperuntukkan perceraian dengan talak atau dengan perintah mahkamah.

Kes itu pertama kali disebut di hadapan Hakim Syarie Ab Malek Awang dua hari lepas. Mahkamah menetapkan 18 Feb ini untuk sebutan semula kes itu.

Pasangan itu berkahwin pada 9 Mei 2003 dan dikurniakan seorang anak perempuan berumur tujuh tahun dan seorang lelaki berumur empat tahun.

PC Nurul Izzah sila layari

Nurul Izzah Mahu Bergelar Janda

Nurul Izzah Anwar, 33, dan Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim, 35, yang berkahwin pada 9 Mei 2003 bakal mengakhiri alam perkahwinan mereka, selepas 10 tahun mendirikan rumah tangga.

Naib Presiden PKR itu mahu bergelar janda, atas sebab itu MP Lembah Pantai itu menutut cerai faskh daripada suaminya pada Desimber tahun lalu.

Nurul yang mempunyai dua anak daripada perkahwinannya itu, belum mengsahkan atau memberi kenyataan berkaitan dengan isu tuntutannya itu.

Spekulasi meluas bahawa anggota Parlimen Lembah Pantai Nurul Izzah Anwar memfailkan penceraian disahkan melalui rekod mahkamah syariah, lapor The Star Online.

Menurut laporan itu, semakan dengan Mahkamah Syariah Rendah Jalan Duta mendapati naib presiden PKR itu memfailkan petisyen penceraian terhadap suaminya Raja Ahmad Shahrir Iskandar Raja Salim bulan lalu.

Wednesday, January 22, 2014

Anwar Gagal Masuk Jepun; Dia Buka Aib Sendiri

KALAU Anwar Ibrahim, tidak buka mulut kerana dilarang masuk Jepun, maka AIBnya tidak akan dicakap lagi. Kini, Kerajaan Jepun terpaksa membuat kenyataan bahawa sesiapa sahaja bekas banduan adalah dilarang masuk negara matahari terbit itu, kecuali mendapat kebenaran khas.

Memang benar, sebelum ini Anwar berjaya masuk 3 kali ke Jepun, namun pada masa itu ketua pembangkang itu mendapat kebenaran khas.

Mungkin dalam fikiran Anwar, disebabkan mulai tahun 2013, bahawa rakyat Malaysia yang menggunakan passport sistem biometrik, tidak perlu lagi menggunakan visa, Anwar terfikir, bahawa beliau termasuk dalam golongan itu.

Selepas Perang Dunia ke-2, ketika Jepun mula membangun negaranya, udang-undang itu telahpun ada. Bagi Jepun, sesiapa sahaja bekas banduan adalah dilarang masuk di negara itu, kecuali mendapat kebenaran khas.

Lagipun, lawatan Anwar ke Jepun pada kali ini, dikatakan atas jemputan anak kepada pengasas YAKUZA, dan mungkin, faktor itu, antara penyebab mengapa beliau dihalang masuk selain statusnya.

Monday, January 20, 2014

Mandul Kah Para Pegawai Najib?

MACAM satu sindikit, sejak akhir-akhir ini, Perdana Menteri macam seorang yang tidak disenangi? Najib bukan sahaja menjadi bahan lawak malah telah menjurus kepada menghinanya yang berkaitan dengan isu kangkung, dan yang terbaru, apabila beliau langsung tidak mendapat sambutan ketika menyampaikan hadiah Malaysian Badminton Open; selain itu, isteri beliau Datin Rosmah Mansor, dibooo oleh sebahagian hadirin pada majlis itu.

Belum pernah berlaku, sebelum ini terhadap mana-mana Perdana Menteri Malaysia, di mana kehadiran beliau pada sesuatu majlis, macam tidak disenangi.

Apa yang berlaku, terhadap para pegawai Najib terutama bahagian media beliau? seolah-olah mereka mandul berdepan dengan isu-isu semasa. Mereka seolah-olah tidak berdaya dengan isu-isu spontan seperti Isu Kangkung; mereka seolah-olah robot yang terprogram, sehingga jika sesuatu berlaku diluar program mereka, mereka kelam kabut, malah tidak tahu apa yang perlu dibuat.

Melihat kepada respon di media sosial, seolah-olah Keluarga Najib, adalah keluarga yang banyak membawa berita yang tidak sedap untuk dibaca. Keadaan ini lah yang berimpak negatif kepada PM, atas sebab itu, keadaan pada Majlis Penyampian Hadiah Malaysian Open, adalah rentetan daripada persepsi yang melekat kepada beliau.

Nampaknya media yang bertugas atau pegawai yang berkhidmatan kepada beliau untuk mengharumkan nama PM atau menjawab isu-isu negatif berkaitan beliau, hanya tidur makan, mengampu, menyokong, sehingga tidak tahu langsung bagaimana membantah. Inilah akibat, apabila melantik mereka yang tidak memahami perjuangan, dan bagaimana mempertahankan maruah kerajaan atau pemimpin.

Saturday, January 18, 2014

Bela Perdana Menteri, Kalau Bukan Kita Siapa Lagi?

TINDAKAN BIADAP DAN KURANG AJAR ADUN Machang Bubuk Lee Khai Loon daripada Pakatan Rakyat terhadap Perdana Menteri (seperti pada gambar), perlu pembelaan kaum melayu/bumiputera. Najib bukan sahaja merupakan Perdana Menteri, juga Presiden Umno yang mempunyai ahli 3.5 juta.

Tanah melayu, baik Sabah dan Sarawak adalah tanah melayu dan bumiputera. Kehadiran kaum lain kerana angkara penjajah, membawa orang asing di negara ini untuk membuka lombong dan perladangan.

Kalau perang tidak berlaku pada tahun 1942 (Perang Dunia ke-2), sudah pasti kedatangan orang asing di negara ini terus bertambah, dan mungkin melebihi penduduk pribumi sendiri. British sebenarnya mahukan negara ini seperti apa yang berlaku di Australia dan Amerika, di mana pribumi menjadi minoriti.

Di ambang kemerdekaan negara, pedatang juga menjadi biang kerok kepada kekacauan dalam negara, apabila Parti Komunis Malaya (PKM) yang beranggotakan majoriti kaum cina menyatakan perang kepada kerajaan.

Kini, kaum ini, tidak lagi menggunakan kekerasan untuk mengambil kuasa, akan tetapi mempergunakan politik, atas sebab mereka merasa kuat apabila ada kaum melayu/bumiputera mahu bersengkokol dengan mereka untuk berkuasa.

Harga barang selain ditentukan oleh harga pasar, iaitu penawaran dan permintaan, juga boleh ditentukan oleh rangkaian peniaga. Siapa peniaga? sudah tentunya majoriti kaum cina. Dan siapa mereka sokong, sudah tentunya Pakatan Rakyat.

Kenaikan harga barangan adalah salah satu cara menimbulkan keresahan kepada rakyat, untuk menumbangkan kerajaan, kerana melalui politik, terbukti melalui dua PRU, pakatan mereka gagal.

Lihat sahaja, apabila PM mengulas mengenai kenaikan harga, dengan mengambil contoh sayur kangkung, mereka menjadikannya bahan jenaka, malah telah menjurus kepada penghinaan.

Sayur kangkung, adalah jenis sayuran yang mudah ditanam, malah boleh tumbuh dengan liar, pun demikian mengalami naik turun harga, kerana faktor cuaca. Ertinya naik turunnya sesuatu barang bukan disebabkan oleh kerajaan, akan tetapi ditentukan oleh penawaran dan permintaan, selain muslihat pihak tertentu yang mangaut di air keroh.

Mendakwa kenaikan harga barang di sebabkan oleh kerajaan, semata-mata kerana mengurangkan subsidi petrolium; di sangkal sendiri oleh Ketua Pemuda Umno Malaysia Khairy Jamaluddin, melalui turun padang di pasar borong Kuala Lumpur. Menurut beliau, satu kotena sayur, hanya memerlukan tambahan kos pengakutan antara RM0.50-RM1.00; ertinya pengaruh pengurangan subsidi petrolium minima sekali.

AYT dari awal-awal lagi selalu berhujah, bahawa korelasi antara kenaikan harga barang dengan harga petrolium, bukan signifikan; ertinya harga barang bukan semata-mata dipengaruhi oleh kos pengakutan, tetapi faktor-faktor tersembunyi lainnya.

Friday, January 17, 2014

Pemimpin Tahu kah Bagaimana Rasa hidup dengan RM1,000?

Datuk Rahman dengan Keluarga Miskin
MENDENGAR pemimpin-pemimpin yang kita pilih berucap panjang lebar tentang bagaimana mereka cuba membantu rakyat disertai dengan berbagai perancangan dan dasar yang membantu menjadikan hidup rakyat lebih baik kedengarannya cukup menarik.

Statistik kebangsaan menunjukkan bahawa negara kita hampir membasmi kemiskinan kerana menurut statistik Unit Perancangan Ekonomi dan Jabatan Perangkaan Malaysia menunjukkan hanya tinggal 3.8 peratus rakyat Malaysia hidup di bawah garis kemiskinan pada 2010.

Garis kemiskinan ditetapkan pada RM800 sebulan untuk sebuah rumah keluarga lima orang (dua dewasa dan tiga kanak-kanak). Dan mungkin atas garis kemiskinan ini, maka kerajaan telah melaksanakan gaji minimum, yang juga sebesar itu, akan tetapi tambahan RM100 di Semenanjung.

Secara logikanya, apa yang mampu diperolehi sebuah keluarga lima orang dengan pendapatan RM800?

Kebanyakan ahli politik telah biasa berbelanja lebih daripada jumlah ini dalam sehari!!! Adalah mengelirukan, bagaimana mereka beranggapan bahawa dengan jumlah pendapatan minima, maka rakyat yang menikmatinya, maka telah dianggap bukan tergolong miskin lagi.

Sudah tentu ramai diantara kita biasa bergaul dengan mereka yang tergolong miskin, termasuk anda yang sedang membaca posting ini. Jika diamati benar-benar, angka kemiskinan dalam negara ini bukanlah di bawah 4 peratus seperti data statistik, melainkan lebih daripada itu, dan tidak keterlaluan  bahawa kadar kemiskinan adalah antara 30-20 peratus.

Hakekat perlu diterima bahawa mereka yang merangka angka garis kemiskinan adalah bukan daripada golongan miskin, melainkan mereka berkerja di pejabat, dan kalaupun melawat kawasan untuk mendapatkan data, mereka ke sana dengan kenderaan berhawa dingin, dan tidak keterlaluan dikatakan, mereka mencatur data dalam kenderaan itu atau hanya meletakan angka-angka di dalam pejabat yang berhawa dingin, tanpa mengalami sendiri apa itu kemiskinan.

Adalah satu fakta yang tidak dapat dinafikan, bahawa mereka yang tergolong miskin daripada segi ekonomi selalunya lebih bersyukur dan sesetengahnya masih mengekalkan maruah dan kehormatan walaupun hidup susah. Kerana sifat mereka yang mudah bersyukur, maka setiap pilihanraya umum, biasanya golongan ini menjadi simpanan politik kerajaan barisan nasional.

Sifat-sifat suka bersyukur yang terdapat pada golongan miskin, jauh bertentangan dengan sesetengah pemimpin yang kita pilih di mana mereka asyik bertengkar mengenai isu-isu remeh, bergaduh merebut habuan seperti yang berlaku antara Azmin Ali dan Khalid Ibrahim. Mengangkat isu seperti isu kangkung, seolah-olah mereka ini, tiada pendapat lagi.

Sebenarnya negara kita ini kaya, kaya segala-galanya, namun kita gagal mengurus kekayaan itu, sehingga rakyat yang memerlukan impak kekayaan negara itu, seolah-olah hilang pada radar kerajaan.

Sejak merdeka, jurang antara yang kaya dan miskin semakin melebar. Lebih 60 peratus kekayaan negara berada di tangan kurang daripada 30 peratus penduduk negara. Melalui perbezaan itu, maka 70 peratus rakyat bergantung kepada 30 peratus itu (dilihat daripada segi pembayar cukai), ertinya hanya 30 peratus rakyat membayar cukai dan menanggung 70 peratus yang tidak termasuk rakyat yang wajib membayar cukai.

Melihat kepada perbandingan di atas, maka sebenarnya masalah dalam negara adalah berkaitan dengan polisi, di mana polisi yang sedia ada, adalah polisi yang menyebabkan mereka yang kaya akan bertambah kaya. Sebagai contoh mudah, untuk mendapatkan projek kerajaan misalnya, hanya syarikat yang berpengalaman sahaja yang diberikan kontrak atau projek, sementara mereka yang tiada rekod, jauh api daripada panggang. Inilah yang dikatakan polisi yang timpang, dan penyebab kepada ketimpangan dalam segi pengagihan pendapatan antara rakyat.

Berbalik kepada tajuk artikel ini, disebabkan kerajaan sangat gemar dengan Petunjuk Pecapaian Utama (KPI), maka disyorkan pemimpin yang mencipta garis kemiskinan, agar cuba hidup dengan hanya RM1,000 sebulan, dan ianya boleh dijadikan petunjuk atau garis panduan dan setidak-tidaknya mereka merasakan, apa yang ada dalam pendapatan di bawah RM1,000 sebulan.

Menurut Kerajaan, sebuah keluarga lima orang boleh menikmati kehidupan yang sihat dan seimbang dengan jumlah ini. Justeru, mungkin apabila pemimpin kita mengalaminya sendiri, ia akan memberi gambaran jelas kepada mereka tentang perkara sebenar.

Rakyat yang tergolong miskin ini, tidak akan selamanya rasa bersyukur, suatu hari, mereka akan bangkit; kerana kesabaran ada hadnya.
Sebenarnya apa sahaja bentuk bantuan kerajaan apa kah melalui subsidi atau kah pemberian tunai seperti BR1M, tidak akan berimpak terhadap pendapatan mereka yang tergolong dalam pendapatan di bawah RM1,000. 
Memang benar, kerajaan membantu keluarga yang ada kanak-kanak yang masih di sekolah rendah atau menengah sebanyak RM100 setiap anak, namun jumlah itu hanya separuh daripada bayaran yang perlu dibayar, ertinya ibu bapa masih perlu mencari RM100 setiap anaknya. 
Pelajar ke sekolah, ada yang perlu menggunakan bas, namun mereka yang di kampong hanya berjalan kaki. Meskipun berjalan kaki, duit saku perlu setidak-tidaknya RM3.00 setiap kanak2, namun bagi pelajar sekolah menengah, sekurang-kurangnya RM5.00 sehari. Bayangkan dengan pendapatan di bawah RM1,000 sebulan, apa sebenarnya yang boleh dinikmati sebuah keluarga dengan jumlah 5 orang.
Sejak akhir-akhir ini, sara hidup meningkat, bukan sahaja di bandar, akan tetapi juga di luar bandar; malah harga lebih mahal di perkampongan berbanding bandar untuk barangan tertentu, kerana faktor jarak dan pengangkutan.

Dapat dibayangkan bagaimana kualiti manusia yang bakal menghuni negara ini, kerana biasanya kualiti berfikir, kemampuan berfikir ada korelasi dengan pemakanan. Atas sebab itu, hakekat perlu diterima, apabila ada ujian penilaian di peringkat sekolah, kanak-kanak yang berlatar belakang demikian, jarang ada yang mencapai prestasi  cemerlang. Adalah amat malang, ibu bapa kepada kanak-kanak sedemikian adalah penyokong tegar kerajaan. Kapan kah mereka terbela?????

Kenaikan Harga Barang: Apa Yang Kerajaan Boleh Buat?

Pertama buka pintu seluas-luasnya. Hapuskan monopoli daripada orang-orang tertentu atau syarikat-syarikat tertentu atau kerajaan ambil alih semua rangakaian perniagaan dan kembalikan STOK PENIMBAL semua barangan keperluan asas.

Menubuhkan jawatan kuasa pemantau, mengadakan lab untuk menganalis kenaikan harga barang, adalah tindakan terlambat.

Menubuhkan jawatan kuasa misalnya, hanya menambah kos dan menambah kerja pentadbiran, demikian juga lab hanya dapat menegetahui penyebab dan berkaitan data yang sudah berlalu.

Kerajaan perlu ingat, kejadian harga barang adalah masalah ekonomi yang berasaskan logika dan keadaan. Berdasarkan kepada sumber yang terhad berlawan dengan permintaan. Harga ada, kerana atas sifat keterhadan sesuatu barang. Jika barang itu tidak terhad, maka ianya dianggap kurang bernilai. Harga barang bukannya termasuk dalam ilmu kimia, ada aksi kerana ada reaksi, demikian juga dalam ilmu fizik, impak kerana ada hentaman.

Pengwujudan AJK Pemantau atau Lab, tidak akan dapat menyelesaikan masalah kenaikan harga barang yang berlaku saban hari, kerana badan seperti itu hanya mampu melihat kejadian yang sudah berlaku.

Thursday, January 16, 2014

Pembangkang Seronok Dengan Kangkung

Pembangkang bangga dan seronok mempermainkan patong Perdana Menteri; sambil menyumbat mulut PM itu dengan Kangkung.

Di Macang Bubuk Pulau Pinang, dilakukan penghinaan terhadap PM, oleh kumpulan penyokong pembangkang seperti pada gambar.

Terlihat dalam gambar itu, pelaku yang menghina patong PM adalah kaum cina. Melihat kepada kejadian itu, bermakna, kaum itu, tiada langsung penghormatan kepada pemimpin negara yang berketuruan melayu yang terbukti dipilih oleh 133 kawasan parlimen di negara ini untuk menjadi Perdana Menteri.

Moral daripada tindakan ini, adalah mereka turut juga menghina para pengundi daripada 133 Parlimen yang diperolehi BN pada PRU-13 lalu.

Wednesday, January 15, 2014

Mengapa Najib Jadi Sasaran?

JIKA mantan Perdana Menteri yang digantikan Najib- Pak Lah disebut PM Tidur, Najib mula disebut PM- Nowhere. Jolokan kepada beliau itu, kerana setiap ada perayaan besar dalam negara, beliau bersama isteri tiada dalam negara kerana bercuti.

Tahun 2011 misalnya, semasa diambang menyambut adil fitri, beliau bercuti ke Perth Australia, manakala tahun lalu di ambang perayaan natal dan menyambut tahun baru, beliau berada di Amerika Syarikat.

Najib, kini jadi mainan di laman sosial, kerana isu kangkong. Pemberi komen berkaitan kangkong tidak terhad kepada bukan penyokong kerajaan, malahan penyokong kerajaan pun tidak kurang ramainya. Hanya mereka yang hanya tahu menyokong tetapi tidak tahu membantah sahaja yang tidak mahu bercakap soal kangkong.

Najib juga mendapat kritikan pedas daripada segenap lapisan masyarakat kerana lifestyle yang boros, ditambah minat isterinya berbelanja seperti Emelda Marcos.

Mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir juga memberi kenyataan sinis, berkaitan dengan cara Najib berbelaja, termasuklah pemilikan jet kegunaan pembesar negara.

Kenaikan harga barang yang dihubungkan dengan pengurangan subsidi petrolium, gula dan kenaikan tarif litrik, sehingga barisan nasional=BN diganti dengan akronim baru=Barang Naik menyebabkan Najib merasa tertekan. Sifat semulajadi manusia, apabila merasa tertekan, maka sukar mengambil contoh terbaik untuk diucapkan, atas sebab itu, apabila berkata mengenai naik turunnya harga barang, maka terpilihlah sayur kangkong.

Sebagai Menteri kewangan, beliau tertekan melihat hutang negara yang mencapai RM800 bilion berbanding simpanan tetap negara RM441 bilion. Hutang negara itu juga merupakan 82 peratus GDP negara tahun 2012 (USD 303.53 bilion).

Melihat kepada jumlah hutang yang besar itu, Najib terpaksa mengambil langkah mengurangkan perbelanjaan negara, kerana khuatirkan penarafan hutang negara diturunkan oleh pihak peminjam, sehingga kerajaan tidak boleh meminjam untuk membiayai pembangunan.

Memang polisi itu baik untuk negara, namun apa yang dikritik oleh rakyat bahawa tindakan Najib tidak selari dengan lifestylenya.

Langkah mengurangkan elaun menteri dan pegawai kerajaan JUSA C ke atas yang termasuk dalam 11 langkah mengurangkan perbelanjaan kerajaan, diiukti oleh pelantikan setiausaha-setiausaha politik dan duta khas bertaraf menteri; ertinya perbelanjaan kerajaan akan kembali kepada square one.

Penurunan nilai ringgit berbanding bakul mata wang antarabangsa terutama dollar amerika, menyebabkan kenaikan gaji, pemberian BR1M tidak bermakna. Lemahnya nilai ringgit menyebabkan harga barang yang diimport menjadi mahal dalam negara. Selain itu, faktor alam dan fenomena ekonomi global mendorong kenaikan harga barangan, sehingga sara hidup juga meningkat.

AYT tidak dapat menafsirkan jika keadaan sekarang berlaku sebelum PRU-13?

Sunday, January 12, 2014

Tembakan Di Kota Kinabalu: Polis Dapat Maklumat Dalang

Polis telah mengkaji rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis yang terlibat dengan kejadian tembakan di sekitar Bandaraya Kota Kinabalu lewat malam Jumaat lepas dan memperoleh sedikit maklumat mengenai suspek dan laluan yang digunakan mereka.

Pesuruhjaya Polis Sabah Datuk Hamza Taib berkata hasil pemeriksaan awal ke atas rakaman CCTV itu mendapati perbuatan itu dilakukan sekumpulan remaja yang menaiki kenderaan yang menggunakan senapang angin berpeluru ‘ball bearing’ dan guli.

“Namun terlalu awal untuk membuat pengesahan sama ada penjenayah terdiri daripada individu, kumpulan penjenayah atau tindakan sesetengah pihak yang sengaja menggunakan cara berkenaan untuk menggusarkan masyarakat,” katanya kepada pemberita pada Sabtu.

Beliau mengulas kejadian kira-kira 25 premis di sekitar Kota Kinabalu yang mengalami kerosakan termasuk cermin pecah apabila sekumpulan enam remaja yang menaiki tiga kenderaan melepaskan tembakan.

Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu ACP Jauteh Dikun dipetik sebagai berkata kejadian bermula pada pukul 11.45 malam dengn melibatkan 13 premis perniagaan di Karamunsing, sembilan di Luyang dan tiga buah bank di Inanam.

Hamza berkata polis sedang menyiasat dan melihat dari semua sudut serta tidak menolak sebarang maklumat yang disalurkan selain mengadakan sekatan jalan raya dan Ops Cantas Khas bagi menyelesaikan kes itu.

Dalam pada itu, katanya satu pasukan khas yang diketuai Ketua Jabatan Siasatan Jenayah Sabah SAC Omar Mammah dan dianggotai semua jabatan polis telah ditubuhkan.

Beliau berkata pihaknya akan menyiasat dengan lebih terperinci berhubung penggunaan senapang angin berpeluru guli atau lastik mahupun senjata yang telah diubah suai bagi tujuan khianat itu.

“Apa yang saya dapat sahkan ialah laporan berkaitan kejadian kerosakan dan pecah cermin itu memang benar tetapi bukan menggunakan peluru senjata api tetapi senapang angin berpeluru bolbering dan guli,” katanya.

Beliau turut menegaskan bahawa tiada insiden tembak-menembak seperti yang dilaporkan di media sosial kerana premis yang didakwa berlakunya kejadian itu tidak wujud dan gambar yang tersebar juga adalah tidak betul.

“Ini mungkin tindakan mereka yang tidak senang melihat kestabilan dan keamanan negeri ini dan cuba mengganggu-gugat keamanan di negeri ini,” katanya sambil menambah agar orang ramai tidak gusar dengan kejadian itu.

Katanya laporan insiden tembakan adalah fitnah dan sasaran penjenayah terbabit hanya kepada premis dan bukan manusia.

Sementara itu Jauteh turut menafikan sebarang khabar angin termasuk insiden tembakan di beberapa premis di sekitar Kota Kinabalu malam tadi.

“Berita mengenai suspek sudah diberkas juga adalah tidak benar sebaliknya ia mungkin disebarkan oleh orang ramai yang panik dan gusar atau mengambil kesempatan. Tiada kejadian terbaru dilaporkan setakat malam tadi,” katanya.–

Saturday, January 11, 2014

Apa Motif Serangan di Kota Kinabalu?

Apakah ada hubungan dengan perbicaraan di Penjara Kepayan berkaitan dengan serangan Kg Tanduo Februari lalu? atau kah ada hubungan dengan operasi mengejar PATI bermula pada 21 Januari ini seperti yang diumumkan oleh Menteri Dalam Negeri- Datuk Seri Zahid Hamidi?

Menurut cakap-cakap di kawasan Kota Kinabalu, angkara semalam itu, dilakukan untuk menganggu perbicaraan dan operasi memburu PATI khususnya di negeri Sabah.

Foto yang berjaya dirakam CCTV, pengacau semacam membawa senjata seperti psitol, namun menurut polis Sabah, pengacau itu menggunakan senapang angin menggunakan peluru guli.

Kota Kinabalu Diserang

Wisma Sabah, Kota Kinabalu
Belakang Hotel Hyatt, Kota Kinabalu
Megalong, Donggongan, Penampang
Beberapa premis perniagaan di kawasan Kota Kinabalu, diserang semalam. Motif kepada serangan itu, tidak diketahui. Selain premis2 di atas, Premis Coffe Bean Damai, Ambank Damai, Malar Hotel, Public Bank Inanam juga turut diserang. Menurut sumber polis 25 premis diserang secara serentak, dan percayai dilakukan oleh remaja2 nakal.

Polis menolak dakwaan kejadian tembakan di Kota Kinabalu mempunyai kaitan dengan kumpulan bersenjata Sulu atau percubaan menceroboh Lahad Datu.

Kejadian tembak di lebih dari 20 institusi termasuk hotel dan bank antara tengah malam Jumaat dan 1 pagi Sabtu itu adalah angkara enam individu yang menaiki tiga kereta menggunakan pistol angin dan guli sebagai peluru, kata Ketua Polis Kota Kinabalu Komisioner Jauteh Jikun. "Kami sedang menyiasat beberapa petunjuk," katanya.

Jauteh berkata polis percaya senjata jenis itu digunakan kerana jika ia terpelanting, ia tidak mampu memecahkan pintu kaca dan cermin tingkap binaan. "Saya menyeru orang ramai supaya tidak panik.

"Ini adalah kerja-kerja budak nakal (juvana)," katanya pada sidang akhbar pada pukul 1 tengah hari, Sabtu.
Beliau berkata sesiapa yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu perlu segera menghubungi polis di Hotline 088221191.

Tempat-tempat yang menjadi sasaran Kota Kinabalu adalah:
Kawasan Karamunsing -
1. Agro Bank2. Standard Chatered Bank3. Wisma Merdeka4. Belakang Hotel Hyatt5. Pintu masuk Plaza KK6. Maxis Warisan Square7. Gate B Warisan Square8. Hotel Malar di KK Times Square9. Aeropod KK Times Square10. Pejabat Sutera Avenue KK Times Square11. Pejabat MAA Api -api12. Pintu masuk Wisma Sedco Plaza Wawasan
Kawasan Luyang -
1. DM Hotel Damai2. Ambank Damai3. Stesen Southern Damai4. Pizza Hutt Damai5. Pearl Karaoke Damai6. Secret Recipe City Mall7. Hair Made Saloon City Mall8. Hair Shampoo Saloon City Mall
Kawasan Inanam -
1. Public Bank
2. cimb Bank

Friday, January 10, 2014

Kesan kenaikan Harga Minyak

KENAIKAN harga minyak sudahpun terasa bahangnya. Kehidupan semakin mahal. Nilai wang semakin mengecil. Kata orang, terima kasih kepada kerajaan, kerana mengurangkan beban mengangat barang ketika beli belah di pasar raya atau pasar-pasar awam. Sebabnya, kalau dahulu wang sama boleh beli barang yang lumayan, namun pada keadaan sekarang, hanya sedikit (seperti pada kaption).

Kerajaan mengambil langkah merasionalisasikan subsidi; untuk mengurangkan defisit kewangan negara; melalui pengurangan tanggungan subsidi dan mendapat tambahan hasil cukai.

Selain itu, untuk mengurangkan beban kewangan kerajaan, Perdana Menteri mengumumkan 11 langkah penjimatan, termasuk mengurangkan gaji Menteri dan Pegawai Awam Jusa C ke atas.

Bagi mengetahui kesan kenaikan harga barang, Kerajaan Negeri Sabah misalnya menubuhkan Jawatan Kuasa khas bagi memantau kenaikan harga barang. Namun, jawatan kuasa itu, tidak diketahui setakat mana bidang kuasanya. Apa kah hanya memantau? dan kemudian menyalurkan kepada kerajaan maklumat untuk membolehkan kerajaan mengubal dasar untuk mengatasinya?.

Pengurangan defisit perbelanjaan negara, seolah-olah menjadi hantu kepada kerajaan; antara sebabnya, apabila pada tahun 2013, kerajaan gagal memenuhi target mengurangkan defisit kepada 4.5 peratus; atas sebab itu, kerajaan sangat terdesak mencapainya pada tahun fiskal 2014.

Laporan The economic Disember 2013, ada melaporkan, bahawa kerajaan Persekutuan mengambil langkah menjual asset negara, pensekuritian harta gadaian negara, demi menampung defisit kewangan.

Kerajaan begitu terdesak sekali, mengurangkan defisit negara, atas sebab itu mengambil langkah-langkah termasuk merasionalisasikan subsidi, kenaikan tarif litrik dan kenaikan bayaran tol leburraya.

Sesuatu yang perlu diterima rakyat akibat langkah-langkah kerajaan mengurangkan defisit adalah kenaikan harga barangan, di mana akibatnya sara hidup juga turut naik. Berbagai implikasi yang berlaku, kerana hanya mengrasionalisasikan subisidi; termasuk inflasi (mengecilnya nilai mata wang ringgit). Mata wang ringgit yang mengecil, bukan sahaja kerana akibat kenaikan harga barangan, akan tetapi juga merosotnya nilai wang negara berbanding mata wang asing, seperti dollar Amerika, dollar Australia atau Yen.
 
Kerajaan berada di persimpangan seperti Menalan mati emak, meluah mati bapa; namun hakekat yang perlu diambil, adalah agar negara tidak menjadi Greece di rantau ini.

Thursday, January 09, 2014

Isu Kalimah Allah: Paderi Lawrence Andrew: Ada Niat Tertentu: Tun Dr Mahathir

Belajar bahasa kebangsaanpun tidak mahu, bercakap bahasa kebangsaanpun tidak mahu, kenapa tiba-tiba menggunakan kaliamah ALLAH bagi merujuk kepada GOD? demikian pertanyaan mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir- berkaitan dengan pendirian Pengarang The Herald- Paderi Lawrence Andrew yang terus menyakitkan hati umat islam apabila berdegil mahu gereja-gereja Katolik di Selangor menggunakan kalimah Allah.

Kenyataan Andrew itu, menyebabkan kekecohan awal minggu lalu, apabila Jabatan Agama Islam Selangor mengambil 350 bible dalam bahasa melayu dan iban yang mengandungi perkataan Allah.

Sementara itu mantan Ketua Hakim negara Tun Hamid, memersoalkan mengapa hanya sekarang penganut katolik menggunakan kalimah Allah bagi merujuk Tuhan, sedangkan sejak 500 tahun lalu, semasa roman katolik menjajah Melaka, tidakpun penganut itu menggunakan kalimah Allah.

Monday, January 06, 2014

PEMANDU: Secara Tersirat Mahu Najib Berundur

BUDAK-BUDAK yang berkerja di bawa PEMANDU, kendalian Idris Jala; menulis di laman Twitter agensi badan pemikir yang diwujudkan Najib itu, seolah-olah Najib sudah lama bersara.

Memang selepas posting itu dimuat di laman twitter (caption), paparan itu dipadam, dengan kenyataan bahawa paparan itu satu kesilapan telah berlaku dan memohon maaf.

Namun, moral daripada paparan itu, ada pihak-pihak tertentu dalam agensi itu, mahu Najib berundur.

JAIS Rampas Bible : Dompok Terlepas Pandang

Tindakan Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) merampas 300 kitab Injil dalam bahasa melayu dan iban daripada pejabat Persatuan Bible Malaysia (BSM); mengundang mantan Menteri Kabinet Persekutuan yang juga Presiden UPKO-parti kompnen BN Sabah- Tan Sri Bernard Gilug Dompok memberi kenyataan yang seolah-olah menyalahkan kerajaan Persekutuan, pimpinan Perdana Menteri Datuk Najib Tun Razak.

Dompok terlepas pandang, bahawa JAIS adalah satu jabatan di bawah kerajaan Selangor yang diperintah oleh Pakatan Rakyat.

AYT tidak menuduh bahawa JAIS telah bersengkokol dengan pihak-pihak tertentu dalam rampasan tersebut, namun tidak mustahil ada dalang utama di sebalik rampasan tersebut.

Berikut hasil kupasan dan analisis seorang blogger Pro-UBN RBF disini berkaitan dengan isu ini

Antara sinopsis RBF

Pendapat saya selaku orang biasa yang meminati selok belok politik. Tidak mustahil apa yang berlaku di Selangor ini adalah satu perkara yang telah dirancang. Dan tidak mustahil juga dalang utama di sebalik perkara ini adalah DAP. Semuanya berkait dengan Pilihanraya Negeri Sarawak yang akan berlangsung dalam tempoh dua tahun lagi.

Pertama, Bagi saya BN sudah pasti mahu menamatkan isu kalimah Allah menjelang PRN Sarawak kerana tidak mahu sokongan terhadap mereka terjejas. Manakala DAP yang bercita-cita merampas Sarawak sudah pasti mahu isu ini terus panas untuk memberi gambaran Umno dan BN semenanjung menganiaya orang-orang kristian. Mereka (DAP) mahu sentimen ini terus hidup. Kemudian ada pula seorang dua pemimpin BN di Sarawak yang beragama kristian, yang tidak tahan dengan soalan-soalan provokasi wartawan pro pembangkang, terus melatah dan bertindak seperti suara pembangkang.

Kedua, rampasan itu dilakukan di Pejabat Persatuan Bible Malaysia. Bagaimana JAIS boleh tahu ada bible Bahasa Melayu tersimpan dalam pejabat berkenaan ? Dan kenapa dengan mudah-mudah sahaja persatuan bible boleh membenarkan JAIS memasuki pejabat mereka serta mencari bible berkenaan ?

Ketiga, antara bible yang turut sama dirampas adalah bible dalam Bahasa Iban. Kenapa Iban sahaja ? Kenapa tidak ada bible dalam Bahasa Kadazan atau Bahasa Dusun yang turut sama diletakkan disitu supaya dirampas oleh JAIS ? Orang Iban adalah orang negeri mana ? Cukup satu bible Bahasa Iban yang dirampas, ianya sudah boleh dijadikan cerita kepada kaum Iban di seluruh Sarawak bahawa BN mengkhianati agama mereka.

Saya tak kata JAIS bersekongkol dengan mana-mana pihak untuk menjayakan lakonan berkenaan. Mungkin JAIS tidak sedar mereka dijadikan alat untuk permainan politik DAP. Mungkin ada pihak yang telah dipasang untuk menyalurkan maklumat kepada JAIS bahawa ditempat sekian-sekian ada sebanyak sekian-sekian bible Bahasa Melayu dan akan diedarkan kepada orang-orang melayu di sekian tempat. Mungkin pula si pengadu pandai lagi tambah cili supaya nampak pedas dan panas dengan harapan agar JAIS bertindak pantas bagi menghalang bible berkenaan diedarkan.

Jika kita lihat kebelakangan ini kenyataan-kenyataan yang dibuat oleh pemimpin-pemimpin DAP dan juga paderi nampak seiringan dan mencabar kita. Begitu juga dengan tindakan mereka di Klang semalam. Semuanya mencabar kita. Mereka mahu kita melatah. Apabila kita melatah mereka yang akan kaut keuntungan.

Sunday, January 05, 2014

Isu Kalimah ALLAH: Bakal Menghancurkan Negara

DISEBABKAN dua keputusan dalam satu pentadbiran, maka suatu hari keputusan itu akan menghancurkan negara.

Keputusan kerajaan bahawa sebutan ALLAH bagi merujuk Tuhan yang sudah sinonim dengan agama islam, dibenarkan bagi penganut agama kristian di Sabah dan Sarawak, manakala di Semenanjung ianya dilarang.

Mahkamah tertinggi negara ini, telahpun memutuskan bahawa di seluruh Semenanjung, kalimah ALLAH hanya untuk orang islam, manakakala penganut agama lain dilarang menggunakannya.

Awal minggu ini, Jabatan Islam Selangor (JAIS) telah menyerbu premis Persatuan Bible Malaysia, dan merampas Al-Kitab (injil) versi bahasa melayu yang mengandungi perkataan Allah.

Tun Dr Mahathir ada membuat ulasan berakitan dengan kalimah ALLAH ini awal minggu ini juga. Mantan Perdana Menteri itu, mempersoalkan, mengapa hanya bermula tahun 2008, penganut agama kristian menimbulkan isu ini, dan tidak selama 50 tahun negara merdeka.

Tahun 2008, adalah keadaan di mana Kerajaan yang dibentuk tidak mempunyai kuasa 2/3, di Dewan Rakyat, ertinya dilihat sebagai kerajaan lemah. Melihat keadaan itu, maka penganut agama kristian mengambil peluang keadaan itu, untuk menimbulkan satu konflik yang boleh menghancurkan negara.

Jelas, rancangan pihak-pihak tertentu yang mempolitikkan Kalimah ALLAH, memang mempunyai niat yang terselubung, agar negara berkicai. Negara boleh hancur, kerana masalah agama.

Di Malaysia, sebenarnya berbicara berkaitan agama sangat sensitif, kerana negara ini diduduki oleh berbagai kaum dan juga berbagai agama.

Sejak merdeka, rakyat sudah terbiasa dengan Rukun pertama Rukun Negara "Kepercayaan Kepada Tuhan" atas sebab itu, kita biasa mendengar dan membaca, penggunaan perkataan TUHAN YANG MAHA ESA, ertinya Tuhan yang satu. Jarang kita mendengar perkataan ALLAH keluar daripada mulut bukan penganut agama islam, kecuali di Sabah dan Sarawak, kerana keadaan penduduk yang bercampur gaul, sehingga perkataan allah disebutkan sebenarnya bukan merujuk kepada TUHAN YANG SATU, melainkan hanya ungkapan biasa. contoh:allah kau ini, ertinya bagi penduduk Sabah atau Sarawak, Apa sudah jadi dengan awak ini.

Penulis mempunyai kawan atau sahabat yang beragama kristian, namun jarang tertdengar apabila mereka berdoa menggunakan nama allah, melain Tuhan Bapa. Perkataan allah, hanya mereka gunakan sejak akhir-akhir ini, selepas isu kalimah Allah berkembang, dan meluasnya kemasukan kitab injil yang dicetak di Indonesia, yang membawa perkataan ALLAH, bagi menggantikan Tuhan atau GOD.

Wednesday, January 01, 2014

Guling Kerajaan: Apa Kata Orang Cina


Guling Kerajaan: Penyedia Skrip Gagal

PENYEDIA SKRIP GULING KERAJAAN memang mengetahui- Tindakan mereka tidak akan mendapat sambutan orang ramai; Mereka mengetahui jumlah mereka sedikit; Untuk itu, mereka mengambil peluang kehadiran orang ramai, seolah-olah mereka mendapat sokongan. Gambar orang ramai itu, mereka muat turun di berbagai saluran, termasuk youtube, tujuannya untuk mengabui pandangan masyarakat dunia.

Sesuai dengan skrip, ada dikalangan penyokong mereka membuat tindakan agresif termasuk merosak harta benda, merempuh astaka persembahan, membaling berbagai benda ke atas pentas termasuk botol-botol, dan semua ini dirakam, dengan footnote: rakyat marah kerajaan, inilah buktinya. Selain itu, tindakan itu, agar pihak polis bertindak, dan semuanya akan dirakam, dengan footnote: Polis negara zalim; menindas rakyat yang tidak bersenjata.

Sebenarnya, kehadiran kira-kira 3,000 penyokong Pakatan Rakyat itu, adalah topeng kepada penyedia skrip, yang mahu merampas kuasa dalam negara bukan melalui demokrasi. Mereka mahu berlaku, sepertimana yang berlaku di Mesir mahupun Thailand, di mana sistem demokrasi diperlekeh.

Malangnya, penyedia skrip gagal membaca fikiran dan hati rakyat negara ini, di mana bukan sahaja majoriti rakyat menyokong keamanan, menyokong sistem bernegara negara, malah menolak secara total, rancangan jijik pihak-pihak tertentu ini.

Penyedia skrip sebenarnya mempunyai dua pelan untuk mendapatkan kuasa. Pelan A mereka adalah melalui pilihanraya, pelan B mereka melalui kemarahan rakyat. Antara elemen dalam pelan B mereka itu, adalah menaikan harga barangan secara sistematik, kerana sebahagian besar rangkaian perdagangan dalam negara dikuasai oleh penyokong atau simpatisan mereka. Faktanya, pusat perdagangan dalam negara tertumpu di bandar-bandar besar utama, dan semua kawasan ini adalah wilayah pembangkang, kecuali Kangar, Putrajaya dan Johor Baharu.

Penyedia skrip, akan melakukan postmortem terhadap kegagalan mereka; dan akan melakukan tindakan untuk menghalalkan cara mereka. Pihak kerajaan, tidak boleh berpeluk tubuh dengan pendektan yang sama; kerajaan perlu bertindak "beyond" pemikiran pihak-pihak tertentu ini.

Kerajaan Tidakpun Terguling

Nafsu besar pakatan pembangkang, kononnya mahu mengulingkan kerajaan, melalui Himpun Turun, di Dataran Merdeka, sempena menyambut tahun baru 2014; tidak mendapat sambutan orang ramai.

Kehadiran peyokong Turun, hanya mampu menarik kira-kira 3,000 orang, meskipun beberapa pemimpin Pakatan Rakyat, turut hadir seperti Rafizi Ramli, Salahuddin Ayub turut berucap.

Orang ramai sebenarnya telah bosan dengan karenah pemimpin serta penyokong mereka, yang mempergunakan rakyat untuk kepentingan politik mereka.

Tindakan peserta himpun yang hanya mampu membaling botol-botol minuman ke atas pentas dan merempuh pentas utama, adalah tindakan anak-anak jalanan yang nakal.

Sebenarnya, tahun ini adalah tahun ke-3 penyokong dan pemimpin pakatan rakyat memanfaatkan kedatangan orang ramai yang datang ke Dataran Merdeka, selain beriadah dan berhibur.

Sambutan yang dingin, seperti maalam ini terhadap usaha pakatan rakyat mempengaruhi orang ramai, seharusnya menjadi pengajaran kepada mereka, pada tahun hadapan, bahawa orang ramai tidak berminat lagi pada sebarang tindakan mereka.

Blog Archive