Wednesday, July 30, 2014

MB Selangor: Anwar Bakal Kecundang

Nampak gayanya Anwar Ibrahim bakal kecundang untuk melucutkan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk melantik isterinya sendiri menjadi Menteri Besar Selangor.  Kerajaan yang dibentuk di Selangor selepas PRU-13 lalu berasaskan pakatan tiga parti PKR dengan 14 kerusi DUN, PAS 15 dan DAP 15.  Memandangkan Presiden dan Mursidul Am Pas berpihak pada Khalid, biasanya pemimpin PAS akan akur dengan keputusan itu. Jika Pas bergabung dengan Umno 12 dan Khalid berjaya membawa 3 ADUN termasuk dirinya; maka tindakan Anwar mencalonkan isterinya akan kecundang.

Monday, July 28, 2014

Isu Menteri Besar Selangor: Apa Kah Pakatan Berpecah?

Namanya juga pakatan longgar!!! bila-bila sahaja bakal berpecah; sebenarnya keadaan berpecahnya ikatan longgar antara PAS dan parti-parti pembangkang; sudah bermula sejak tahun 90-an dan terakhir selepas PRU-11. Namun menjelang sahaja sebuah pilihanraya mereka berpakat lagi, terakhir mereka berpakat pada tahun 2008; walaupun masa itu berlakunya hampir free for all antara PKR-DAP dan PAS. Selepas keputusan PRU-12; yang memang tidak disangka-sangka tiga parti mendapat 82 kerusi parlimen secara keseluruhan; malah berjaya membentuk kerajaan di Selangor, Pulau Pinang, Kedah, Perak dan mempertahankan Kelantan; maka diwujudkan PAKATAN tiga parti, hanya untuk sebutan; atas sebab; gabungan mereka tidak rasmi.

Ikatan tiga parti itu diperkuat pada PRU-13 lalu; di mana hampir semua kawasan mereka berdepan dengan BN satu lawan satu, walaupun ada kawasan-kawasan tertentu berlaku bertembungan antara PAS dan PKR; sementara kawasan yang ditandingi DAP tidak dicuit oleh mana-mana samada PKR atau PAS; atas sebab itu; DAP memenangi semua kawasan yang ditandinginya. Pada PRU-13, semua kita tahu, bahawa tiga parti itu menambah 7 kerusi parlimen, daripada 82 kepada 89; namun di peringkat dewan undangan negeri, tidak mampu mengulangi prestasi tahun 2008 bagi Kedah dan Perak; akan tetapi berjaya membentuk kerajaan dengan kuasa 2/3 di Selangor, Kelantan dan Pulau Pinang.

Seperti biasa Anwar berpura-pura terperanjat dengan keputusan PRU-13; dengan bersandarkan kepada undi popular; maka Anwar enggan menerima keputusan PRU itu; yang sememangnya sejak negara diwujudkan kemenangan berasaskan kepada jumlah kerusi; bukannya undi popular.

Anwar menabur fitnah dengan mengajak penyokongnya berdemonstrasi menolak keputusan pilihanraya. Anwar menuduh BN membawa masuk 40,000 pengundi Bangla untuk mengundi; menduduh SPR melakukan penipuan dalam pilihanraya; dan berbagai-bagai fitnah; yang kemudiannya diketahui bahawa semua fitnah Anwar itu tetap fitnah.

Anwar terlopong untuk menjadi Perdana Menteri; namun dibenaknya dia mahu menjadi ketua. Ekoran daripada itu, maka timbullah LANGKAH KAJANG secara tergesa-gesa pada Januari tahun ini; tujuan langkah Kajang adalah selain mahu mempengaruhi keputusan Mahkamah atas kes liwat yang didengar pada awal mac, juga untuk membolehkan Anwar dilantik sebagai Menteri Besar Selangor; sebuah negeri yang terkaya dan termaju di negara ini.

Keputusan mahkamah rayuan menjatuhkan Anwar penjara 5 tahun; walaupun kes itu masih di mahkamah persekutuan dan akan dibicarakan pada ogos ini. Akibat keputusan mahkamah itu, maka menurut undang-undang tubuh kerajaan Selangor; Anwar hilang kelayakan sebagai calon; maka LANGKAH KAJANG sebenarnya hanya tinggal langkah.

Selepas Anwar gagal memenuhi kehendaknya menjadi MB Selangor, maka diwujudkan  langkah baru, yakni untuk merealiasikan LANGKAH KAJANG; dengan menimbulkan isu baru; iaitu; Tan Sri Khalid perlu diganti. Penyokong Anwar mula mencari-cari alasan untuk menggantikan Khalid; maka bermunculanlah strategi menggulingkan MB itu; antaranya menggalakan Khalid untuk bertanding jawatan Timbalan Presiden PKR melawan Azmin Ali; satu langkah yang tidak dapat dibaca oleh Khalid sendiri; tujuan menggalakan beliau bertanding; agar kalau kalah ianya dijadikan alasan, bahawa akar umbi parti telah menolak beliau. Benar juga; Khalid bukan sahaja tewas malah kehilangan Ketua Cabang kerana kalah.

Penyokong tegar Anwar seperti Shamul Akin Iskandar, mantan Ketua AMK menggunakan kekalahan itu; dengan mengandaikan bahawa akar umbi telah menolak MB Selangor itu, maka beliau perlu letak jawatan.

Melihat kepada keadaan itu; strategi Anwar untuk menggantikan/menggugurkan Khalid semakin bertapak; maka dengan bangga mengambil kesempatan dengan mengumumkan bahawa Khalid sewajarnya diganti; dan mengumumkan isterinya sendiri sebagai calon pengganti.

Pengumuman Anwar itu tidak dapat sambutan baik daripada Presiden PAS dan Mursidul Pas- Datuk Seri Hadi Awang dan Datuk Seri Nik Aziz; walaupun beberapa pemimpin PAS yang tergolong profesional seperti Mat Sabu, Mahfuz Umar cuba menyanggah kenyataan Presidennya sendiri dengan menyatakan bahawa keputusan Presiden itu adalah pendapat peribadi. Konotasi kepada kenyataan Mat Sabu dan Mahfuz itu; bahawa mereka tidak lagi yakin dengan Presiden sendiri; di mana ianya secara tidak langsung sebagai penentangan.

Adalah jarang berlaku; seseorang yang berjawatan lebih rendah dalam sesebuah parti; boleh menyatakan bahawa pendapat/kenyataan Presidennya adalah kenyataan Peribadi.

Apa yang kita nampak; isu pergantian MB Selangor; bukan bertujuan straregi politik; sebenarnya itu yang dilihat oleh Hadi dan Nik Aziz; perlucutan jawatan Khalid; hanya semata-mata bertujuan memenuhi keperluan nafsu dan kuasa Anwar.

Hadi dan Nik Aziz pemimpin ulung PAS, tidak mahu terjebak dengan memenuhi hawa nafsu Anwar; atas sebab mereka tidak mahu tercatat dalam sejarah negara sebagai pemimpin yang tamak dan haloba. Cukuplah negara ini, mempunyai pemimpin seperti Anwar yang penuh dengan fatamorgana; penuh dengan warna warni; namun ada sahaja rakyat yang menyokongnya. 

Jika dalam isu perlucutan Khalid, Hadi dan Nik Aziz serta PAS akur; maka akan tercatat dalam sejarah negara, bahawa para pemimpin ulamak; tunduk kepada seorang yang mempunyai rekod moral bukan sahaja ditega dalam agama, akan tetapi diuar tabii kemanusian yang bertamadun.

Jika Hadi bertegas; maka selepas 10 ogos, kita akan ketahui, bahawa PR akan berpecah!! jika berpecah; maka parti mana yang membentuk kerajaan di Selangor? Kedududkan DUN Selangor masa ini, BN=12; PAS=15; DAP=15 dan PKR=14; jika PAS secara enblock menyokong Presidennya dan Khalid mampu membawa 3 ADUN; maka akan terbentuk kerajaan campuran di Selangor; sama-sama kita tunggu.

Thursday, July 24, 2014

Israel Seronok Bunuh Orang Arab-Tun Dr Mahathir

Kuala Lumpur – Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad berkata penyembelihan golongan Arab di Semenanjung Gaza oleh tentera Yahudi Zionis menunjukkan golongan itu masih belum mengambil iktibar dari pengalaman getir semasa ditindas Nazi Jerman.

Malah, golongan tersebut bertindak lebih teruk daripada Nazi Jerman, kata Mahathir yang mengutuk kekejaman terbaru rejim Zionis di semenanjung Gaza sejak minggu lalu.

“Ketika Yahudi dianiaya oleh Nazi di Jerman mereka menagih simpati dan sokongan dunia. Namun penderitaan itu tidak menjadikan mereka memahami betapa siksanya penderitaan itu.

“Sebaliknya, mereka bertindak lebih teruk daripada Nazi, tidak mempedulikan langsung penderitaan dan pembunuhan yang dilakukan pada pihak lain,” katanya dalam tulisan terbarunya di blog.

Mahathir berkata, golongan Yahudi itu tidak menghamburkan kemarahan mereka ke atas Jerman dan Eropah tetapi sebaliknya menyerang golongan Arab.

“Tetapi mereka sangat bijak. Membunuh orang Arab lebih mudah dan lebih menyeronokkan,” katanya.

Mahathir turut mengutuk golongan Yahudi yang menurutnya bongkak dan penuh dengan tanggapan bahawa mereka lebih baik dari orang lain.

“Orang Yahudi mendakwa mereka adalah golongan yang dipilih oleh Tuhan,” katanya yang mendakwa golongan tersebut masih percaya demikian selepas melalui pelbagai bentuk penindasan oleh kumpulan Kristian Eropah.

Bekas perdana menteri itu turut membangkitkan bahawa orang Yahudi juga tergolong dalam kumpulan semitik, seperti orang Arab, namun percaya bahawa hanya mereka tergolong dalam kumpulan tersebut.

“Mereka menuduh semua orang bersikap anti-Semitik jika mereka mengkritik Yahudi atau menuduh mereka membuat apa-apa kesilapan.

“Apa saja yang mereka lakukan, betapa teruk sekalipun jenayah itu, mereka akan menuduh orang yang mengkritik mereka sebagai anti-Semitik.

“Dalam dunia bebas ini, kita boleh menuduh apa-apa sahaja ke atas sesiapa sahaja dan ia akan diterima kerana dianggap sebahagian kebebasan bersuara. Namun, Yahudi langsung tidak boleh dikritik tanpa pengkritik itu dilabel sebagai anti-Semitik.

“Dan banyak negara Eropah menyokong pandangan ini sehingga memenjarakan sesiapa sahaja yang dituduh anti-Semitik.

“Jelas sekali orang Yahudi menganggap diri mereka sebagai orang yang istimewa hingga berhak mengatasi kutukan atau kritikan,” katanya.

Mahathir seterusnya menyenaraikan tindakan kekejaman Israel ke atas Palestin, termasuk pengeboman sekolah dan hospital.

“Nampaknya, mesej yang cuba disampaikan kepada dunia adalah Israel dan warga Israel adalah suci dan sesiapa yang bertindak ke atas mereka akan menerima pada, seratus kali lebih teruk daripada apa yang dialami orang Israel.

“Kesemua perkara yang dilakukan Israel ini bertentangan dengan undang-undang antarabangsa, moral, dan hak asasi. Mereka adalah penjenayah dalam kesemua undang-undang dunia bertamadun.

“Tetapi Yahudi Israel melakukan perkara ini tanpa hukuman. Mereka ada seluruh Amerika Syarikat dan Eropah berdiri di belakang mereka. Mereka adalah orang yang dipilih Tuhan dan mengatasi semua undang-undang, kanun moral, atau nilai kemanusiaan,” katanya.

Mahathir berkata Israel “raksasa” ciptaan Eropah dan Amerika Syarikat yang menurutnya tidak lagi peduli dengan kemusnahan yang dilakukannya.

“Mereka terus menyokong Israel walaupun orang Israel melakukan penghapusan kaum, membunuh semua orang Arab. Ini adalah cara mereka untuk mendapat keadilan atas layanan ke atas orang Yahudi sebelum ini,” katanya

Wednesday, July 23, 2014

Siapa Pembunuh Kartini Borhan?

Janda muda dan bekas Unduk Ngandau Keningau yang mati dibunuh dirumuhnya di Taman Adika Keningau pada 29 September 2011 Kartini Borhan kini statusnya sebagai pembunuhan tidak bersebab, perkara ini disebabkan suspek utama pembunuhan itu seorang Inspektor Polis Ahmad Rizal Umar, 32 tahun dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu.

Ahmad Rizal yang merupakan suspek utama direman sejak 14 Mei 2012 diputuskan dibebaskan tanpa memanggilnya untuk membela diri.

Hakim Chew Soo Ho membuat keputusan bahawa pihak pendakwaan gagal menimbulkan prima facie terhadap suspek, atas sebab tiada fakta yang boleh mendorong pihak mahkamah untuk membuat keputusan untuk memanggil suspek membela diri.

Nasib Ahmad Rizal sebenarnya dibantu dengan kehilangan semua dokumen yang berkaitan siasatan dan fakta di tempat pembunuhan akibat satu kebakaran di Balai polis Keningau. Atas sebab itu, pihak mahkamah tidak dapat membuat keputusan tanpa bukti/fakta untuk dipertimbangkan. 

Keluraga Kartini menganggap kematian arwah hanya Tuhan saja yang mengetahuinya; sebab tiada lagi boleh dilakukan oleh pihaknya. Mahkamah memerlukan fakta yang sahih untuk mensabitkan seseorang; tanpa fakta terlalu sukar untuk membuat keputusan. Apapun kematian Karitini merupakan satu tragedi yang misteri yang menunggu untuk dibongkar bagi mereka yang berminat terhadap keadilan.

Tuesday, July 22, 2014

Dalam Bulan Ramadhan- Anwar Singkir Khalid Ibrahim

Akhirnya Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim disingkirkan sebagai Menteri Besar Selangor. Kerusi panas Abdul Khalid itu yang menjadi rebutan ramai bakal digantikan oleh Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Pengumuman itu dilakukan oleh suaminya sendiri yang juga Penasihat PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang media di ibu pejabat parti itu pada awal pagi Selasa.

Dengan keputusan ini berakhirlah sudah teka-teki dan riwayat politik Khalid selaku Menteri Besar Selangor.

Beliau mungkin seorang menteri besar yang popular di kalangan rakyat tetapi jelas dan nyata sudah tidak di kalangan pemimpin-pemimpin partinya sendiri.

Pengumuman itu sekaligus menafikan peluang Timbalan Presiden PKR, Mohamed Azmin Ali yang sebelum ini disebut-sebut sebagai calon paling layak untuk menggantikan Abdul Khalid.

Malah sebelum ini media turut melaporkan bahawa Azmin dikatakan sebagai individu disebalik gerakan untuk untuk menggulingkan Khalid di Selangor.

Penyingkiran Khalid Ibrahim dibulan puasa ini, menjadikan Khalid seorang yang tidak lagi menyambut Hariraya dengan gembira seperti rakyat lain; sebaliknya beliau dan keluarganya menyambut Hariraya dengan sedih. Cara Anwar menyikir Khalid, seolah-olah jawatan-jawatan dalam Pakatan Rakyat adalah milik peribadinya.

Rakyat Selangor khasnya dan negara umumnya kena mengambil iktibar kepada kedudukan Khalid. Anwar tidak segan silu menggunakan kuasanya demi kuasa keluarganya.

Pihak DAP dan PAS, perlu bertindak sesuatu berkaitan dengan kedudukan Khalid. Sekiranya Wan Azizah tidak mendapat perkenaan Sultan Selangor, besar kemungkinan Khalid akan terus berkhidmat meskipun bukan pilihan Anwar; namun jika beliau diundi tidak percaya, oleh semua ADUN Pakatan Rakyat, maka Khalid terpaksa akur.

Monday, July 21, 2014

Tragedi MH17: Singapore Airlines Menipu

KETIKA banyak pihak menunding jari kepada Penerbangan Malaysia (MAS) kerana membenarkan pesawat MH17 melalui ‘zon perang’, majalah mingguan Jerman mendedahkan bahawa Singapore Airlines (SIA) menggunakan laluan yang sama di timur Ukraine sebanyak 75 kali pada minggu lepas.

Sebaliknya, MAS hanya menerbangkan pesawatnya di kawasan pemberontak di Donetsk sebanyak 48 kali dalam tempoh sama, lapor Spiegel Online yang merujuk kepada laman web pengesanan penerbangan, flightradar24.com.

Ia berkata, syarikat penerbangan Rusia, Aeroflot menggunakan laluan itu 86 kali dalam tempoh tujuh hari lepas, Ukraine International Airlines (62 kali) dan syarikat penerbangan terbesar Jerman, Lufthansa (56 kali).

“Lintas terbang direkodkan di kawasan itu dalam tempoh tujuh hari lalu dalam lingkungan hampir 240km (kilometre) ke bandar perindustrian Ukraine.

“Dalam kedudukan syarikat penerbangan di laluan berkenaan, MAS berada di tempat kelima dengan 48 lintas penerbangan, di mana data menunjukkan ruang udara di wilayah Donetsk begitu aktif.

“Sama ada serangan (terhadap MH17) adalah secara rawak atau satu kesilapan, ia mungkin boleh berlaku kepada pesawat syarikat penerbangan lain yang menggunakan laluan itu," menurut laporan itu.

Nahas MH17 mengorbankan kesemua 298 orang termasuk 15 anak kapal yang menaiki pesawat tersebut.

Hanya beberapa jam selepas pesawat MH17 terhempas dipercayai ditembak jatuh di timur Ukraine pada Khamis lalu, SIA membuat kemas kini di Facebook dan Twitter mereka, menyatakan BAHAWA penerbangan mereka tidak menggunakan ruang udara Ukraine.

Bagaimanapun, selepas mendapat kecaman di media sosial kerana membuat kenyataan yang dianggap 'sensitif' berkaitan nahas itu, SIA pada sabtu mengeluarkan permohonan maaf secara terbuka dan menyatakan solidariti terhadap keluarga yang terjejas akibat tragedi udara itu.

MH17: Igor Girkin Suspek Utama Tembak Pesawat itu

Igor Girkin (Tengah) mantan perisik Russia dan kini mengaku sebagai Menteri Pertahanan Donetsk People's Republic" pemberontak yang mahu memisahkan diri daripada Ukraine; adalah seorang yang berdarah dingin, sanggup membunuh tentera atau pengikutnya sendiri. Igor mendapat sokongan daripada Russia terutama Presidentnya Viladimir Putin kerana mereka sama-sama sebagai mantan perisik KGB.

Sebelum MH17 bersama 298 penumpangnya ditembak jatuh, satu terbitan di media sosial Russia (kini terbitan itu telah dipadam) telah mengaku menembak jatuh sebuah pesawat di mana dalam terbitan itu mengatakan "“We did warn you - do not fly in our sky,"

Menembak sebuah pesawat yang terbang dengan ketinggian 33,000 kaki atau 7 batu di atas bumi, tidak mungkin dilakukan oleh mereka yang tidak pakar; menembak pesawat setinggi itu memerlukan kepakaran dan senjata canggih seperti SAM-11 atau Bulk 1,2. 

Dikatakan sebelum kejadian menembak jatuh MH17, beberapa truk membawa SAM-11 daripada Russia masuk di sebelah timur Ukarine; dan selepas menembak jatuh MH17, dua truk masuk semula ke Russia, di mana salah satu truk hanya membawa 3 SAM-11 yang kebiasaannya setiap truk membawa 4 SAM-11. Ertinya salah satu SAM-11 itu telah digunakan menembak jatuh MH17.

Adalah sangat malang bagi MH17, disebabkan pada laluan itu, bukan sahaja pesawat milik Malaysia itu melalui laluan itu, sebaliknya beberapa pesawat lain termasuk Singapore Airline.

Sunday, July 20, 2014

MH17: Laluan Bersama Syarikat Penerbangan Lain

Kepada pembangkang, lihatlah fakta sebenar, laluan MH17 bersama pesawat lain,; caption adalah urutan pesawat semasa MH17 ditembak jatuh pada Jumaat.

MH17: Mengapa Jadi Mangsa?

Mengapalah Pesawat Penerbangan Malaysia (MAS) jadi mangsa lagi? Selang masa empat bulan, Syarikat milik negara itu menjadi sorotan, bukan sorotan kerana mengharumkan negara, akan tetapi sorotan berkaitan musibah yang dialaminya.

Memang ajal maut rezeki sesuatu yang disembunyikan oleh Allah; tiada manusia yang samggup merungkainya. Sebagai manusia, tidak diketahui bumi mana kita berakhir, dengan cara apa kita menemui maha pencipta.

Pada petang Khamis sebuah pesawat milik Penerbangan Malaysia MH17 berlepas daripada Amesterdam Belanda bersama 283 penumpang dan 15 krew menunju Kuala Lumpur; seharusnya pesawat syarat dengan penumpang itu mendarat pada pukul 6.10 pagi Jumaat, namun dipertengahan jalan tersekat kerana ditembak jatuh oleh askar pro Russia berdekatan dengan sempadan Russia Ukraine; di mana konflik sedang berlaku.

Pada ketinggian 33,000 kaki atau 7 batu daripada permukaan tanah; sebuah pesawat besar B777-200ER bersama penumpang serta kargo termasuk binatang jatuh bagaikan layang-layang, malah jasad penumpang yang tiba atas permukaan tanah tidak berbentuk lagi.

Memang sukar menggambarkan keadaan penumpang yang menjadi mangsa; apatah lagi menyelami perasaan keluarga yang kehilangan keluarga terdekat; hanya Allah sahaja yang mengetahui segalanya. 

Apa yang menjadi muskhil kepada AYT, mengapa MAS jadi mangsa lagi? Apa kah ini yang dikatakan ujian yang begitu besar? kepada Syarikat itu dengan kakitangannya. Bayangkan dalam selang masa 4 bulan, begitu ramai kakitangan syarikat itu meninggalkan rakan-rakan mereka; bagi yang telah pergi noktah sudah, namun bagi mereka yang masih berkerja terlalu sukar bagi mereka meneruskan perkhidmatan; selain sedih, was-was juga berbagai perasaan menyelubungi perasaan mereka, termasuk kehilangan keyakinan diri.

MAS yang berlambangkan wau adalah syarikat penerbangan negara di mana puluhan ribu rakyat berkerja dengannya, ertinya bagaimana syarikat itu memberi kehidupan kepada puluhan ribu mulut dan perut serta bagaimana syarikat itu tempat menaruh harap kepada kakitangan mereka untuk meneruskan kehidupan. Selain itu Syarikat itu membawa nama negara di pelosok dunia juga sebagai alat perhubungan di kawasan-kawasan terpencil di Sabah dan Sarawak.

Apa yang penting sekarang ini, sesiapa yang bertanggungjawab perlu di bawa ke muka pengadilan untuk mempertanggungjawabkan aksi pembunuhan massal ini.

Saturday, July 19, 2014

MH17: Mangsa Konflik Di Ukraine

Malang tidak berbau; demikianlah berlaku kepada MH17 sebuah pesawat B777-200ER milik Penerbangan Malaysia.

Pada 17 July 12.41PM waktu Belanda, MH17 berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amesterdam berlepas bersama 283 penumpang dengan 15 krew; krew terdiri darpada dua kapten berpengalaman dan orang pembantu juruterbang sejurus melepas ruang udara poland, German dan kemudian Ukarine, apabila mendekati perbatasan Russia, di mana askar pemberontak Ukraine yang pro Russia beroprasi, MH17 ditembak jatuh menggunakan roket daripada permukaan darat ke udara. Jenis roket yang dipanggil SA-11 oleh Nato apabila dilepaskan hanya memerlukan 8 saat untuk mencapai sasaran. Jenis roket keluaran Russia itu yang diperkenalkan pada tahun 1980 adalah roket jarak pendek yang dikhaskan untuk menembak jatuh pesawat terbang atau memintas roket/misslie. 

MH17 sebenarnya hanya menjadi mangsa konflik di Ukraine; tiada sebab kuat mengapa penerbangan Malaysia menjadi sasaran. Malaysia tidak berkepentinganpun dalam pergolakan di Ukarine.

Apa yang malang bagi MAS adalah, kejadian terbaru ini, menambah parah lagi keadaan Syarikat Penerbangan itu; di mana sebelum ini terpukul dengan kejadian misteri kehilangan MH370 pada 8 Mac lalu; selain itu, operasi syarikat itu yang terus mengalami kerugian berjuta-juta ringgit; maka kejadian terbaru itu menambah lagi keadaan yang sudah parah. Memang kejadian ditembaknya MH17 bukan masalah penerbangan itu; namun persepsi penumpang; bahawa menaiki pesawat itu membawa malang, tidak boleh dinafikan begitu sahaja. AYT adalah pencinta penerbangan MAS, dari tahun 70-an; apakah melalui penerbangan domestik juga antarabangsa, AYT pasti menaiki MAS, demikian juga keluarga termasuk anak-anak AYT. Walaupun berbagai masalah, MAS tetap menjadi pilihan, buktinya pada 16 Julai lalu salah seorang anak AYT yang pergi ke USA, menaiki MAS ke Landon sebelum bertukar pesawat. Pada 23 julai ini salah seorang anak AYT yang sedang belajar di Swiss, juga mengunapakai MAS laluan Kuala Lumpur-London.

Bagi mereka yang sudah melanggan penerbangan udara bermula tahun 70-an, pasti MAS menjadi pilihan, atas sebab MAS adalah satu-satunya Syarikat Penerbangan negara, sebelum munculnya Airasia dan syarikat penerbangan lain. Adalah menjadi malang bagi syarikat itu, selepas daripada satu masalah kepada masalah yang lain. Apa yang diharapkan, walaupun MAS berdepan dengan berbagai masalah di luar kawalannya, janganlah sampai syarikat itu ditutup atau diambilalih oleh sepertimana berlaku tahun 90-an.

Sebagai rakyat Malaysia, AYT berharap, agar kejadian pada Jumaat tidak berulang lagi,

MH17: Bagaimana Ianya Ditembak Jatuh

Lakaran Dailymail uk- Bagaimana Pesawat MH17 ditembak jatuh.

Friday, July 18, 2014

MH17: Askar Pro Russia Mengaku Tembak Jatuh Pesawat Malang Itu

Askar pro- Russia mengaku menembak jatuh pesawat Penerbangan Malaysia MH17 yang membawa 283 penumpang dan 15 krew yang berlepas daripada Amesterdam Belanda menuju Kuala Lumpur di ruang udara antara Ukraine dan Russia, kira-kira 3.36 pagi waktu Malaysia pada Jumaat. Fakta yang menyokong kepada pengakuan itu, apabila satu perbualan telepon berjaya dipintas sebaik sahaja pesawat itu ditembak jatuh antara komander askar pro Russia dengan pihak persisik negara Putin itu.

Kini, Pertubuhan Bangsa-Bangsa bersatu meminta satu siastan terperinci. 

Dalam perkembangan lain, Presiden Ukraine dan Presiden Russia saling salah menyalahkan satu sama lain; namun yang pasti pesawat Malaysia menjadi korban bersama penumpangnya.

MAS sedang memulihkan imejnya ekoran kehilangan MH370 pada pagi 8 Mac lalu bersama 239 penumpang termasuk krew di mana sehingga kini hilang misteri. Dengan berlakunya ditembak jatuhnya MH17, nampaknya usaha MAS itu bedepan dengan halangan yang sangat berat.

Memang sesuatu yang malang, bagi MAS, kata peribahasa sudah jatuh ditimpa tangga pula.

Askar pro Russia mendakwa bahawa pesawat malang itu membawa alat pengintip, jika tidak mengapa melalui kawasan yang sedang bergolak. Namun dakwaan itu, hanya alasan semata-mata memandangkan kemalangan sudahpun berlaku.

Memang kawasan itu diistiharkan secara sepihak oleh askar pro Russia sebagai ruang udara yang dilarang untuk dilalui, namun menurut MAS, laluan itu dikatakan selamat oleh Agensi Penerbangan Awam Antarabangsa. Berikut caption bagaimana pesawat penerbangan lain menghindar ruang udara Ukraine.

MH17: Hanya Russia Punya Roket surface-to-air missile

Bangkai Pesawat MH17 bersama 298 penumpang termasuk krew. Pesawat yang ditembak askar pro Russia di ruang udara Ukraine pada pagi Jumaat adalah laluan Amsterdam-Kuala Lumpur. Pesawat jenis B777-200ER itu serupa dengan MH370 yang hilang misteri pada pagi 8 Mac bersama 239 penumpang termasuk krew.

Kemalangan MH17 boleh dielakkan jika MAS mengelak ruang udara sedang dalam konflik itu. Inilah masalahnya, kalau tidak responsif dengan keadaan bahaya. Sebulan lalu misalnya, banyak Syarikat Penerbangan telah mengelak laluan itu termasuk Singapore Airline, Korean Airlines, malah Thai Airways. Walaupun demikian, kesalahan tidak juga dibebankan kepada MAS sepenuhnya, kerana ada juga Syarikat Penerbangan negara-negara lain masih menggunakan laluan itu termasuk China Airlines seperti pada lakaran ini, titik merah, lokasi MH17 terhempas. Garis-garis adalah laluan pesawat lain dalam tempoh 24 jam lalu.


MH17: Senjata Yang Digunakan Menembak Pesawat Malang Itu

Bulk 1-2, Roket era Soviet Union, dipercayai digunakan untuk menembak jatuh MH17 pesawat MAS yang membawa 295 penumpang termasuk krew yang berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam Belanda pada pukul 12.14pm waktu setempat  laluan Kuala Lumpur, yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport pada pukul 6.10 pagi Jumaat di tembak jatuh di udara Ukarine berdekatan kampung Hrabove pada kira-kira 3.36 pagi pada Jumaat. Kesemua penumpang tiada yang selamat.

Ruang Udara Ukarine, memang merbahaya ekoran konflik antara pemisah yang Pro Moscow dengan kerajaan Ukraine. Laluan yang ditempoh MH17 sebenarnya adalah kawasan selamat untuk dilalui menurut Agensi Penerbangan Sivil Antarabangsa. MH17 memang bernasib malang, kerana pesawat itu terkena di bahagian ekornya semasa mahu meninggalkan ruang udara Ukraine. 

MH17 Ditembak Askar Pro Russia- Semua Penumpang Mati

A woman with a child walks past the MH17 crash site near the village of Hrabove, Ukraine. Photo / AP

The flightpath of Malaysia Airlines MH17. Photo / Source FlightAware - AP

A quick look on @flightradar24 and you can see the move away from Ukraine airspace
 MH17 yang membawa 280 penumpang dan 15 krew yang berlepas daripada Lapangan Terbang Schiphol Amsterdam Belanda pada pukul 12.14pm waktu setempat dan laluan Kuala Lumpur, yang dijadualkan mendarat di Lapangan Terbang Kuala Lumpur International Airport pada pukul 6.10 pagi Jumaat di tembak jatuh di udara Ukarine berdekatan kampung Hrabove pada kira-kira 3.36 pagi pada Jumaat. Kesemua penumpang tiada yang selamat.


MAS Tweet
Berikut Syarikat Penerbangan yang Mengelak ruang udara Ukraine, termasuk Aeroflot

- Lufthansa
- KLM
- Aeroflot
- Virgin Airlines
- Delta
- Air France
- British Airways
- Singapore Airlines
- Korea Airlines

Tuesday, July 15, 2014

Kedudukan Khalid Ibrahim Di Hujung Tanduk

Kumpulan Azmin Ali tidak akan berhenti, sehingga Tan Sri Khalid Ibrahim terpaksa meletakkan jawatan sebagai Menteri Besar Selangor.

Isu yang digunapakai memaksa Khalid meletakan jawatan adalah kegagalan MB itu mempertahankan kedudukan jawatan dalam parti selain kekalahan merebut jawatan Timbalan Presiden PKR.

Khalid juga dikatakan enggan berbincang dengan parti dalam Pakatan Rakyat berkaitan keputusan-keputusan beliau sebagai Menteri Besar yang ada hubungkait dengan dasar-dasar yang beliau putuskan dalam pentadbiran negeri.

Usaha menggulingkan Khalid sebenarnya telah dirancang daripada awal, atas sebab itu adanya KAJANG MOVE. Rancangan Kajang Move untuk membolehkan Anwar Ibrahim bertanding dan seterusnya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Hari ini dikhabarkan bahawa majoriti ADUN PAS dan DAP telah menyokong Azmin menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar, dan pergantian itu kemungkinan berlaku selepas Hari Raya. Namun kemuskilan utama yang dihadapi kepada pergantian itu adalah perkenan Sultan Selangor. Di mana Sultan, tiada isu yang boleh diambilkira untuk menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar.

Anwar sendiri memuji Khalid berkaitan kejayaan MB itu mengukuhkan kewangan negeri. Sebenarnya tiada isu yang mendesak menggantikan Khalid, keculai daripada kumpulan Azmin yang mendapat restu daripada Anwar, tujuannya adalah untuk mendapatkan kuasa dan seterusnya menggunakan kuasa itu untuk mempergunakan kewangan yang ada dalam simpanan kerajaan negeri untuk memperkaya konco-konco mereka.

Saturday, July 12, 2014

Rumusan Lawatan PM Ke Sabah

Blog Archive