Sunday, August 31, 2014

Mengapa Lim Guan Eng Pertahan PPS?

PPS ( Voluntary petrol squad) ditubuhkan oleh kerajaan DAP sejak empat tahun lalu. Tujuan penubuhan badan sukarela itu adalah untuk memastikan kerajaan DAP tetap berkuasa di Pulau Pinang.

PPS dikatakan mempunyai 10,000 anggota di mana lebih separuh anggotanya adalah kaum cina.

Pihak polis dan ROS menyatakan bahawa PPS adalah pertubuhan haram, dan atas sebab itu pagi 250 anggota kumpulan itu ditahan/ditangkap polis.

Guan Eng bertegas, bahawa PPS ditubuhkan oleh Kerajaan Negeri dan dipersetujui oleh semua exco, atas sebab itu tidaklah perlu mendapat kelulusan ROS.

Saturday, August 30, 2014

Khalid Caretaker MB Sehingga PRU-14?

SELAGI Sultan belum perkenaan perletakan Tan Sri Khalid Ibrahim dan 4 exco Selangor daripada Pas masih berstatus exco, selagi itu Khalid boleh meneruskan jawatan sebagai caretaker MB Selangor.

Tiada yang boleh dilakukan oleh Anwar dan DAP, kerana perlantikan MB sekarang terletak pada keputusan Sultan.

Salah Anwar sendiri, mengapa melakukan tindakan yang mengaitkan Sultan, sedangkan istana tidak mahu terlibat dengan masalah dalaman parti itu sendiri. 

Anwar melihat, bahawa Khalid perlu diganti untuk menjadikan isterinya MB Selangor, sementara itu bukan sahaja Sultan malahan rakyat Selangor sendiri tiada sebab mengapa tindakan itu perlu dilakukan.

Kalau dilihat daripada reaksi rakyat, tindakan yang dilakukan Anwar itu memang ditolak meskipun para wakil rakyat daripada PKR dan DAP yang menang pada PRU-13 lalu menyokong pertukaran itu.

Masa kini tidak sama dengan keadaan tahun 2013, walaupun 29 ADUN menyokong Wan Azizah, tidak semestinya rakyat majoriti menyokong. Atas sebab itu, demi merungkai kemelut politik Selangor, elok rakyat diberi pilihan melalui Pilihanraya Negeri.

Friday, August 29, 2014

Pengganti Khalid: Tiada Keperluan Perlantikan Disegerakan

TIADA keperluan melantik segera pengganti Khalid. Khalid disingkir bukan kerana salah laku.; beliau mahu diganti atas sebab pergolakan dalam parti yang dinaunginya dahulu. Kini, Khalid bukan ahli sebarang parti. 

Perlantikan segera seseorang MB kalau kerajaan negeri tidak berfungsi, dalam keadaan sekarang, kerajaan negeri berfungsi seperti biasa. Sultan tidak perlu segerakan pergantian, boleh sahaja Sultan menunggu sehingga penggal Khalid tamat, atau jika 4 exconya meletakan jawatan.

Dalam keadaan sekarang, tidak timbul lagi undi tidak percaya kepada Khalid, kerana beliau sudahpun menghantar surat perletakan jawatan, namun Sultan menangguhkan perletakan beliau, sehingga perlantikan MB yang baru.

Thursday, August 28, 2014

Kemelut MB Selangor: Anwar Tidak Akan Patuh Titah Sultan Selangor

ANWAR hari ini menegaskan sekali lagi, bahawa PKR hanya akan menghantar nama Wan Azizah Wan Ismail untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim. Malah Anwar bercakap dengan nada memaksa kepada Pas, agar menerima hanya satu nama, seperti mana keputusan Majlis Presiden Pakatan pada 17 Ogos (Dalam mesyuarat itu Pas diwakili Mat Sabu). Sebelum mesyuarat itu, JKP Pas telah memutuskan bahawa Pas mengemuka Azmin Ali sebagai alternatif kepada Wan Azizah.

Wednesday, August 27, 2014

MB Selangor: Anwar Hantar Enam nama


Anwar Minta Lantik MB Daripada Sultan, Bila Sultan Minta Hantar Nama- Enggan Pula

ANWAR minta Sultan lantik MB,selepas dilantik, dibuang, tidakpun minta kebenaran daripada Sultan untuk buang, kemudian minta lantik yang lain pula, Sultan minta hantar nama, selain isterinya, Anwar arah PKR dan DAP supaya bertegas hanya hantar nama Wan Azizah.

Pencacai Anwar seperti Aziz Bari menggunakan "kepakaran" beliau, kononnya Sultan tiada hak minta nama, bijak pandai yang menggunakan ilmu untuk mengelirukan orang, kerana kepentingan, ini namanya rasuah ilmu dan kepakaran.

Tuesday, August 26, 2014

Titah Sultan Selangor:Akan Akur Kah Anwar Ibrahim?

BAGINDA Sultan Selangor telah membuat keputusan, sebelum baginda menerima perletakan jawatan Tan Sri Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar Selangor, baginda meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat mengemukakan tiga nama sbelum baginda membuat keputusan.

Keputusan Sultan yang terbaru itu, adalah petanda, bahawa Baginda tidak memperkenaan kepada cadangan PKR dan DAP yang hanya mengemukakan seorang calon iaitu isteri Anwar- Wan Azizah Wan Ismail.

Melalui perkembangan terbaru ini, siapa kah calon ke tiga itu? apa kah akan datangnya daripada PKR sahaja atau salah seorang daripada Pas. Sebelum ini, Pas mencadangkan Azmin Ali daripada PKR disamping tidak membantah nama Azizah; walaupun sebelum 17 Ogos, Pas beria-ia sangat menolak nama Wan Azizah.

Apa kah keputusan Istana Selangor itu mendapat reaksi positif daripada Anwar atau Anwar akan akur? kerana defecto leader PKR itu hanya mahu isterinya dilantik sebagai MB.

Sultan Selangor Tangguh Perletakan Jawatan Khalid

Menteri Besar Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim hari ini telah mengemukakan hasrat untuk meletakkan jawatannya kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

Namun, hasratnya tidak kesampaian apabila Sultan Sharafuddin memutuskan untuk menangguh penerimaan peletakan jawatannya.

Abdul Khalid memaklumkan bahawa penangguhan ini adalah sehingga pelantikan Menteri Besar Selangor yang baharu ditentukan.

“Sebagaimana yang telah diperuntukkan di bawah Perkara LI (1), Perkara LIII (2) (a), (4) dan LV (2) (a) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Selangor 1959, Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor telah diperuntukkan dengan kuasa budi bicaramutlak di dalam pelantikan seorang Menteri Besar bagi Kerajaan Negeri Selangor yang pada pendapat baginda mungkin mendapat kepercayaan majoriti Ahli Dewan Negeri,” kata Abdul Khalid yang membacakan kenyataan dari Sultan Sharafuddin.

Juga, dalam perkembangan yang sama Sultan meminta setiap parti mengemukakan dua atau tiga nama untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai MB yang baru.

Sebelum ini, PKR dan DAP hanya mengemukakan Wan Azizah Wan Ismail isteri Anwar untuk kedudukan itu, sementara Pas pula mencalonkan Azmin Ali disamping tiada bantahan terhadap Wan Azizah.

13 ADUN Pas enggan menyatakan sokongan terbuka kepada Wan Azizah, tetapi memberi sokongan kepada Azmin Ali.

Monday, August 25, 2014

MB Selangor: Pas Cuci Tangan

PARTI Pas mencuci tangan dalam soal perlantikan MB Selangor untuk menggantikan Khalid. Dalam Mesyuarat CWC parti itu pagi tadi, tidak membuat sebarang keputusan apa kah menyokong Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal, walaupun sebelum ini Timbalan Presiden Parti itu Mat Sabu menyatakan bahawa parti menyokong calon tunggal untuk jawatan MB Selangor.

Pada Ahad semasa Kongress PKR di Shah Alam, Naib Presiden parti itu yang baru Rafizi Ramli dengan lantang menyatakan bahawa PKR tidak memerlukan sokongan Pas untuk melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor yang baru; alasannya Azizah sudah mendapat 30 sokongan ADUN, 13 PKR, 15 DAP dan 2 ADUN Pas yang membelot.

Pas kini meletakan sepenuhnya ke tangan Sultan Selangor untuk melantik siapa MB Selangor yang baru atau baginda memperkenankan pembubaran DUN untuk membolehkan pilihanraya Negeri.

Sunday, August 24, 2014

Kemelut MB Selangor: PKR Tidak Perlu Sokongan Pas-Rafizi Ramli

MALANG sungguh bagi PAS, selepas bersusah payah melakukan pusingan U, akhirnya keputusan itu diperlekeh, malah Kongress PKR di Shah Alam diberitahu, bahawa PKR tidakpun memerlukan sokongan PAS untuk melantik Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor, kerana Presiden PKR itu mempunyai sokongan 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor. 30 ADUN itu terdiri daripada 13 PKR dan 15 DAP dan 2 ADUN Pas yang membelot, dua ADUN Pas itu malah mencabar partinya untuk memecat mereka, kerana ingkar kepada arahan parti sendiri.

Hadi Awang, Nik Aziz, Majlis Syura, terpaksa menelan kahak sendiri, namun masih lagi diperlekeh. Hilang sudah maruah Pas.

Akan Tamat Kah Penguasaan Rakyat Selangor Di Negeri sendiri?

KEDUDUKAN Tan Sri Khalid sebagai Menteri Besar Selangor bukan lagi menghitung hari, akan tetapi menghitung jam. 

Khalid kehilangan sokongan majoriti ADUN Selangor, apabila 30 ADUN 15 DAP, 13 PKR dan Dua Pas menyokong Wan Azizah Wan Ismail bukan rakyat Selangor untuk dilantik sebagai MB Selangor yang baru.

Pada 11 Ogos, Khalid mengadap Sultan Selangor dan mendapat perkenaan meneruskan jawatannya meskipun dipecat daripada PKR atas sebab sokongan 15 ADUN Pas dan tidak dibantah oleh 12 ADUN BN, namun selepas itu pada 14 Ogos, Wan Azizah mengadakan sidang media dan mendakwa mendapat sokongan 30 ADUN (termasuk dua ADUN Pas yan engkar atas arahan parti).

Ekoran pembelotan 2 ADUN Pas Saari Sungip Hulu Kelang dan Hanul Baharuddin Morib, maka Mesyuarat JKP Pas pada 17 ogos terpaksa melakukan pusingan U, daripada tidak menyokong Wan Azizah kepada menyokong; malah selepas itu menyokong hanya Wan Azizah sahaja dipersembahkan kepada Sultan untuk dilantik sebagai MB Selangor menggantikan Khalid.

Ironinya, walaupun Pas melakukan pusingan U, 13 ADUN Pas belum menyatakan sokongan secara terbuka apatah lagi akuan berkanun kepada Wan Azizah, maknanya, mungkin sahaja berlaku sesuatu yang bakal mengecewakan Wan Azizah. Atas sebab itu, sebelum Sultan memperkenaankan Wan Azizah atau sesiapa sahaja, elok baginda memanggil 15 ADUN Pas, khususnya dua ADUN yang dikatakan membelot itu. Baginda perlu mendapat gambaran jelas, kerana jika tidak, krisis politik Selangor, akan terus bergolak.

Apa kah kemelut/krisis politik Selangor adalah pengakhir kepada penguasaan anak jati negeri itu?

Saturday, August 23, 2014

Kemelut MB Selangor: Eloknya Sultan Panggil 15 ADUN Pas Untuk Pengesahan

SULTAN Selangor jangan bergantung kepada dakwaan Wan Azizah Wan Ismail, bahawa beliau mendapat sokongan dua ADUN Pas- Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin Morib; kerana setakat ini 13 DUN Pas belum menyatakan sokongan terbuka atau hitam putih ke atas isteri Anwar itu.

Sebelum ini Pas dengan keras menolak Wan Azizah, namun ekoran pembelotan dua ADUNnya seperti dakwaan Wan Azizah, parti terpaksa melakukan pusingan U, terpaksa juga menyokong Wan Azizah namun dalam masa yang sama menamakan Azmin Ali sebagai alternatif. Azmin Ali kemudian menolak cadangan itu.

Asas penolakan Azmin, kerana menyokong ketetapan parti; namun jauh disudut itu, dia tahu jika dia akur dengan cadangan Pas itu, keadaannya akan ikut jejak Khalid Ibrahim-dipecat daripada PKR.

Anwar dalam melaksanakan keinginannya untuk merealisasikan agar isterinya menjadi MB Selangor; akan melakukan apa sahaja; kerana harapan beliau, jika masuk penjara nanti; sekurang-kurangnya isterinya dapat mempergunakan imunisasi kedudukan sebagai MB untuk berdepan pemenjaraan suaminya.

PKR-DAP mempuyai 29 kerusi dalam DUN Selangor manakala Pas 15 dan BN 12; jika Sultan yakin bahawa sokongan dua ADUN Pas itu ada unsur permainan; maka baginda maklmum, bahawa Wan Azizah bukannya mendapat sokongan benar, akan tetapi akibat manipulasi atau ada unsur paksaan. Jika ada unsur paksaan, maka perlantikan Wan Azizah, tiada akan bertahan lama, kerana mungkin sahaja berlaku undi tidak percaya, maka berlaku lagi krisis politik di negeri itu. Untuk mengelak krisis politik Selangor berterusan, maka pilihan berikutnya adalah membubarkan DUN; Sultan boleh menitahkan Khalid agar membuarkan DUN untuk membolehkan krisis politik Selangor dibereskan once for all.

Thursday, August 21, 2014

Kemelut MB Selangor: Dolak Dalik Pas Makan Tuan

AKHIRNYA Presiden Pas membuka mulut, penamaan Azmin Ali sebagai calon MB Selangor disamping Wan Azizah Wan Ismail bukan berpunca daripada istana atau titah Sultan Selangor, sepertimana dakwaan yang diwar-warkan oleh Ketua Pemuda Parti itu, yang juga dispin oleh MP Shah Alam Khalid Samad.

Kemelut MB Selangor bermula apabila Anwar menamakan isterinya untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim; berikutan itu Presiden Pas, Mursydul Pas, Majlis Syura dan Ulama membantah keputusan Anwar itu. Namun, pada 17 ogos Pas melakukan pusingan U menolak Khalid dengan memberi alasan bahawa Khalid bukan lagi ahli salah satu parti Pakatan Rakyat. Pusingan U itu, sebenarnya tidak mempunyai makna lagi, kerana sebelum itu dua ADUN Pas telah membelot dan menyokong Wan Azizah, sehingga ADUN Kajang itu mendapat 30 ADUN menyokong beliau termasuk Azmin Ali.

Bagi mempertahankan muka, parti itu menamakan Azmin Ali selain menyokong Azizah; disinilah timbul cerita karut, apabila Suhaizan Kiat menulis dan disiarkan oleh portal pro pembangkang Malaysiakini, kononnya nama Azmin dicadangkan selepas Hadi Awang mengadap Sultan Selangor.

Hadi tidak mahu bersubahat dengan kenyataan itu, walaupun keluar daripada Ketua Pemudanya sendiri; kerana memang kenyataan itu tiada kebenaran.

Melihat kepada cara Pas menangani kemelut MB Selangor, nampaknya ramai pemimpin parti itu terutama mereka yang tiada latar belakang agama, gemar membuat kenyataan yang tidak berasas dan lebih bersifat pembohongan.

Tun Dr Mahathir Tidak Sokong Najib Lagi: Media Arus Perdana Tidak Minat Siar

PADA 18 Ogos, terbitlah artikel Tun Dr Mahathir melalui blog peribadinya dengan tajuk "Menegur" Dalam tulisan mantan Perdana Menteri itu, beliau menguraikan 34 sebab musabab mengapa beliau tidak menyokong Najib lagi.

Ironinya sejak artikel itu, tiada sebarang media arus perdana mengutipnya; malah Dato Seri Najib apabila ditanya berkaitan dengan isu itu, Perdana Menteri ke-6 itu lebih suka membalas dengan senyuman. Apa kah melalui senyuman itu beliau mempunyai kaedah untuk merungkainya? atau kah beliau akan melakukan pendekatan menang-menang, dalam erti kata menarik rambut daripada tepung, jangan tepung berselerak.

Pendekatan Najib ini, membuktikan beliau seorang pemimpin yang mempunyai pendekatan sendiri; pemimpin yang tenang berdepan dengan situasi genting. Apa kah ini juga diikuti oleh media arus perdana? mendiamkan sesuatu isu yang hangat agar tidak terus hangat dan lambat laun akan padam.

Berlainan dengan sikap para pemimpin tertentu, apabila Tun Dr Mahathir menerbitkan tulisan beliau itu, maka pemimpin tertentu mengambil sikap membidas tulisan mantan Perdana Menteri itu; sambil menuduh bahawa Perdana Menteri terlama itu kehilangan arah. Satu perkara yang gagal dicerna oleh pemimpin itu; apa kah Tun Dr Mahathir tiada langsung ekses kepada keadaan negara baik daripada segi ekonomi mahupun politik. Seorang negarawan apatah lagi menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, apa kah benar-benar beliau blank?

Tun Dr Mahathir mengeritik Tun Ahmad Abdullah Badawi hanya dua tahun bermula tahun 2006; buktinya pada PRU 2004; BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat kehilangan 4 negeri tidak termasuk Kelantan. Bayangkan tempoh masa 4 tahun sehingga PRU 2018; tidak dapat diramal bagai mana "poll vote" implikasi kepada pendirian Mantan PM itu yang menolak kepimpinan Najib.

Najib kini, kekurangan askar-askar yang boleh membentengi beliau, atas sebab para pemimpin yang ada "tidak bersih" di mata rakyat. Kalau ada "yang bersihpun" namun tidak mempunyai oommhh dalam berhujah; tidak mahir mematah hujah, malah tiada kemampuan memberi idea alternatif; yang ada hanya membidas, dan cuba menyelongkar tong-tong yang berbau busuk.

AYT terbaca aktivis Umno melalui wall FB aktivis itu, dia mula mempersoalkan berbagai penswastaan pada era Tun Dr Mahathir. Melalui pendedahan ini, maka samalah Umno memberi senjata kepada lawan untuk membunuh Umno.

Wednesday, August 20, 2014

Tan Sri Khalid Memang Berkerja Untuk Rakyat- Exco Kerajaan Selangor

SALAH seorang exco Kerajaan Selangor daripada empat yang masih kekal, dan kebetulan daripada Parti Pas Dr Halimah Ali, berkata sepanjang menyertai exco selama 6 tahun di bawah Menteri Besar Tan Sri Khalid Ibrahim, MB yang menunggu masa untuk kehilangan jawatan itu hanya berkerja untuk rakyat. 

Khalid tidak disenangi pemimpin PKR atas sebab tidak mahu membelanjakan kewangan negeri bagi membantu parti. Di sebabkan Anwar mahu sangat menawan Putrajaya, maka beliau inginkan Selangor sebagai batu loncatan untuk menjadi Perdana Menteri.

Manefesto PKR untuk Selangor antara lain memberikan air percuma, belajar percuma bagi rakyat Selangor; memberi bantuan kewangan kepada ibu-ibu tunggal; hanya air percuma yang dilaksanakan, sementara yang lain belum terealisasi. Anwar mahu manefesto dilaksanakan agar rakyat dapat membanding antara pemerintahan Pakatan Rakyat dan Barisan Nasional.

Walaupun Khalid dilantik dua penggal sebagai MB Selangor, namun keengganannya membelanjakan kewangan negeri bukan untuk maksud pertumbuhan ekonomi. adalah penyebab langkah kajang, di mana langkah itu adalah untuk menggantikan Khalid. Langkah Kajang untuk membolehkan Anwar bertanding, namun beliau kehilangan kelayakan apabila disabitkan kesalahan meliwat dan djatuhi hukuman 5 tahun penjara.

Bagi meneruskan agenda Anwar menawan Putrajaya, maka beliau melantik isterinya menggantikan Khalid sebagai Menteri Besar Selangor. 

Keengganan Khalid meletakan jawatan, pada awalnya disebabkan oleh sokongan 15 ADUN Pas di dewan undangan negeri Selangor dan tiada bantahan daripada ADUN Bn; namun, pada akhirnya Pas membuat pusingan U, dengan memberi alasan bahawa sokongan kepada Khalid kerana beliau adalah ahli PKR, namun selepas dipecat, maka parti itu menarik balik sokongan.

Anwar melalui isterinya, akan membelanjakan wang yang dikumpul Khalid demi menaikkan imej parti. 

Tun Dr Mahathir Ledakan Bom Lagi

Tun Dr Mahathir hanya memerlukan dua tahun mengeritik dan menarik sokongannya terhadap Dato Abdullah Ahmad Badawai sebagai Perdana Menteri dan Presiden Umno, kedudukan Umno/Bn pada PRU-2004 yang menang kerusi di Dewan Rakyat bukan 2/3 akan tetapi 3/4 bertukar kepada kehilangan kuasa 2/3 pada PRU-12.

Pada tahun 2006, ramai para pemimpin Umno/Bn tidak mengambil langsung kritikan Perdana Menteri terlama negara itu, malah para pengikut Abdullah melakukan pemulauan terhadap mantan Perdana Menteri itu dari semua aspek; tujuannya agar suara-suara kritikan mantan PM itu tidak terdengar atau jangan diberi perhatian.

Kini, tindakan serupa dilakukan terhadap PM ke-6 Dato Seri Najib, kerana menurut mantan PM itu, Najib tidak mahu mendengar pandangan/pendapat beliau meskipun berkali-kali mengutarakannya.

Menurut Tun Dr Mahathir dalam tulisannya melalui blog perbadinya chedet.cc beliau terpaksa meluahkan melalui tulisan secara awam, kerana Najib tidak mahu melayan sebarang pendapat daripadanya.

Dr menagkui, biarlah dirinya didera kerana mengertitik Najib, asalkan bangsa dan negara selamat.

Bagi yang mengampu Najib, sudah tentu kritikan Tun Dr Mahathir itu bagaikan bom, malah dalam reaksi cepat, ada yang memperlekeh mantan PM itu, kononnya sudah kehilangan "touch" dalam soal-soal pemerinathan dan perkembangan ekonomi negara.

Hanya waktu membuktikan kepada kita, apa kah kritikan mantan PM itu berimplikasi kepada pemerintahan Najib, atau kah kritikan itu akan mempercepat kecundangnya kerajaan Umno/Bn jika Najib terus menerajuinya.

Tun Dr Mahathir seperti mana kita kenali, tidak akan berhenti begitu sahaja; beliau adalah seseorang yang fokus apabila memulakan sesuatu.

Tuesday, August 19, 2014

MB Selangor: Apa Kah Tiada Lagi Rakyat Selangor Berkelayakan?

KALAU Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Anwar Ibrahim bakal diperekenaan Tuanku Sultan Selangor, ertinya ianya satu tamparan kepada rakyat Selangor sendiri, bahawa daripada segi politik, tiada lagi rakyat Selangor yang layak menjadi Menteri Besar. 

Penyingkiran Khalid, anak watan Selangor, adalah bukti, rakyat Selangor diperkotak katik oleh rakyat negeri lain.

Pada PRU-13 lalu, Khalid mengetuai Pakatan Selangor, dan berjaya menubuhkan kerajaan dengan kuasa 2/3; namun selepas itu Khalid tidak dihargai lagi, dibuang bagaikan sampah.

Rakyat Selangor, apapun fahaman politiknya perlu memastikan, bahawa hanya rakyat negeri itu dilantik sebagai Menteri Besar, tak kan seorang tidak layak?

Tun Dr Mahathir Tidak Sokong Najib Lagi- Apa Kah PM Ke-6 Itu Ikut Jejak Tun Abdullah?

TAHUN 2006, bermulalah babak-babak apabila Tun Dr Mahathir mengeritik dan menolak sokongan kepada Abdullah Badawi sebagai Perdana Menteri. Akibat kritikan dan tolakan itu, Abdullah dan segenap lapisan penyokongnya melakukan gerakan memulau mantan Perdana Menteri itu dalam semua peringkat, termasuk perwakilan Umno Kubang Pasu.

Tun Dr Mahathir sempat keluar daripada Umno sebaik sahaja keputusan PRU-12 diumumkan, di mana sejak tahun 1969, sekali lagi BN kehilangan kuasa 2/3 di Dewan Rakyat; manakala empat negeri tidak termasuk Kelantan ditawan pembangkang.

Mahathir berkata, selagi Abdullah tidak meletakan jawatan sebagai Presiden Umno dan Perdana Menteri selagi itu beliau tidak akan kembali kepada Umno. Abdullah tiada pilihan, pada April 2009, beliau letak jawatan, dan Najib mengangkat sumpah sebagai Perdana Menteri pada 3 April 2009.

Tulisan Dr Mahathir melalui blognya semalam, yang antara lain menulis bahawa beliau telah menarik balik sokongan terhadap Najib; sebabnya kata beliau, Najib tidak pernah mempedulikan pendapat beliau yang disampaikan melalui lisan kepada PM ke-6 itu, malah sejak mengambil alih jawatan PM, tiada sebarang polisi barupun yang berjaya diadakan, melainkan tindakan-tindakan beliau lebih merosakan keharmonian dalam negara.

Najib mengambil langkah akomodasi kepada semua, melalui tindakannya membesarkan kabinet; akan tetapi pada masa sama kurang memberiperhatian kepada penyokong-penyokong tegarnya terutama kawasan-kawasan yang dimenangi Umno/Bn. Najib menurut Mahathir mengambil tindakan yang membuaikan rakyat; namun pada masa yang sama tindakan itu memudaratkan negara.

Pemansuhan Isa, pemansuhan akta buang daerah bagi para kriminal hanya menyahut laungan pembangkang; ironinya tindakan itu bukan mengurangkan jenayah, malah meningkat; selain itu; semakin ramailah rakyat melakukan hasutan selain menghina raja-raja melayu.

Walaupun bagaimanapun, Tun Mahathir berkata, dengan menarik sokongan beliau kepada Najib, bukan bermakna, beliau meminta beliau meletakkan jawatan; sebaliknya tegurannya adalah agar supaya Najib melihat kembali keadaan dan berharap agar kesilapan-kesilapan diperbetulkan; kerana mantan Perdana Menteri itu berkata, beliau lebih sayang kepada bangsa dan negara berbanding sayang kepada seseorang pemimpin.

Apa kah pendirian Tun Dr Mahathir yang terbaru ini mempunyai impak kepada Najib atau Umno/BN; kerana PRU-14 hanya akan berlangsung pada tahun 2018; ertinya mantan Perdana Menteri mempunyai masa 4 tahun memberi pandangan/kritikan, sehingga boleh mempengaruhi pola pemikiran dan pengundian rakyat.

Jangan ambil mudah pandangan Perdana Menteri terlama itu; atas sebab itu sebelum tersandung, adalah elok melihat kembali apa yang sedang berlaku, jangan berharap kepada laporan-laporan pembodek yang tiada asas perjuangan, melainkan keberadaan mereka di kedudukan itu kerana kemampuan membodek.

Rakyat Selangor Protes Wan Azizah

BELUMPUN Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Anwar Ibrahim mendapat perkenaan Sultan Selangor untuk menggantikan Khalid Ibrahim, rakyat Selangor sudah protes.

Rakyat Selangor yang memanggil diri mereka GERAKAN ANAK JATI SELANGOR memperotes Wan Azizah kerana Presiden PKR itu bukan anak jati Selangor.

Dalam perkembangan yang sama, penyokong Azmin Ali masih yakin bahawa ADUN Bukit Antarabangsa itu bakal dilantik MB Selangor; atas sebab 2/3 ahli PKR berpihak kepada beliau. Menurut para peyokong Azmin, Wan Azizah boleh menjadi Presiden PKR hanya disebabkan dia isteri kepada Anwar; bukannya atas sokongan akar umbi dalam parti. Azizah tidak pernah bertanding sebarang jawatan dalam PKR, atas sebab itu tidak diketahui kekuatan sebenar dalam parti.

Wan Azizah berdepan dengan situasi tidak mendapat perkenaan Sultan; namun pimpinan PKR dan DAP memaksa Sultan untuk menerima pilihan parti-parti itu. Jika Sultan perkenaan Wan Azizah, maka ianya melanggar norma Kerajaan Selangor, kerana tidak pernah ada wanita yang pernah dilantik sebagai MB atau Ketua Menteri di negara ini, juga melanggar norma Selangor kerana melantik MB daripada bukan rakyat Selangor.

Keputusan PKR dan DAP kemudian dipersetujui oleh Pas untuk mencalokan hanya Wan Azizah, seolah-olah memaksa Sultan Selangor. Bukan jarang berlaku di negara ini, apabila Sultan tidak berkenaan dengan cadangan parti, kerana berlaku di Perlis apabila Tan Sri Shaidan Kassim ditolak istana, demikian juga Dato Idris Jusoh di tolak oleh Sultan Mizan. Wan Azizah tiada pengecualian. Jika ini berlaku, maka menurut penyokong Azmin, Pas dan DAP akan mencalonkan Azmin, meskipun Anwar kurang setuju dengan cadangan itu, namun PKR tiada pilihan, kerana parti itu beria-ia sangat menggantikan MB Selangor. Sama-sama kita tunggu kepulangan Sultan Selangor pada 27 Ogos, dan apa kah yang berlaku? pembubaran DUN Selangor kah? atau Sultan meminta nama lain selain Wan Azizah?

Monday, August 18, 2014

Tun Dr Mahathir Tidak Menyokong Kerajaan Najib Lagi

MENEGUR

1. Ada orang yang memberitahu kepada Dato Seri Najib Tun Razak yang saya telah memburukkan pemerintahannya.

2. Saya tidak akan menyangkal kerana saya telah berkali-kali menegur dasar-dasar Kerajaan sekarang.

3. Saya menegur kerana saya berpendapat pemimpin yang tidak ditegur akan percaya segala-gala yang dilakukan oleh mereka baik-baik belaka. Hanya apabila ditegur sahaja barulah pemimpin akan sedar akan kesalahan dan mungkin akan memperbetulkannya.

4. Izinkan saya mencerita cerita dongeng berkenaan seorang raja Inggeris. Ia dikelilingi dengan ramai dato-dato yang mendakwa dia adalah seorang raja yang amat berkuasa keatas segala-galanya. Demikian pasang-surut air di laut pun akan patuh kepada perintahnya.

5 Alkesah, maka pada satu hari raja menitah untuk meletakkan takhtanya di pantai menghadapi laut.

6. Air sedang pasang dan raja bertanya kepada dato-datonya apakah baginda boleh hentikan air pasang supaya tidak basahkan kakinya.

7. Jawab mereka, “Ya, Tuanku. Air tidak akan sampai kaki Tuanku.”

8. Maka raja pun menitah supaya air laut itu tidak naik lagi.

9. Tetapi air laut itu terus pasang dan kena pada kaki baginda. Maka baginda pun murka kepada dato-datonya.
Demikianlah sikap dato-dato kerana ingin menyenangkan hati raja mereka.

10. Satu lagi cerita dongeng juga ialah berkenaan dato-dato istana yang tidak pernah menegur raja. Mereka sepanjang masa mengiyakan saja apa juga yang dilakukan oleh raja.
11. Satu hari raja masuk dewan dalam keadaan bogel. Baginda bertanya cantikkah pakaiannya. Semua angguk kepala dan berkata “Ya Tuanku”.

12. Hanya seorang budak yang berkata, “Tuanku bogel.”

13. Maka raja pun murka akan dato-datonya yang tidak berkata yang benar apabila dia bogel.

14. Kita boleh dapat sedikit pelajaran dari cerita-cerita dongeng ini.

15. Orang Melayu mempunyai banyak pepatah yang boleh jadi panduan dalam kehidupan mereka. Antaranya ingin saya sebut disini:
“Sayangkan anak tangan-tangankan
Sayangkan isteri tinggal-tinggalkan”
Dengan izin saya ingin menambah sedikit kepada pepatah ini.
“Sayangkan pemimpin tegur-tegurkan”

16. Saya lihat bagaimana orang Melayu tidak mudah menegur pemimpin. Walaupun pemimpin jelas bersalah, tidak ada siapa yang sanggup menegur secara terbuka. Tetapi di belakang pemimpin mereka akan keluarkan kata-kata yang kesat terhadapnya.

17. Mungkin saya berbeza sedikit dari Melayu lain. Apabila YTM Tunku membuat beberapa dasar dan tindakan yang tidak disenangi oleh ramai orang Melayu, saya menulis surat menegur Tunku.

18. Walaupun kerananya saya dipecat, tetapi YTM Tunku meletak jawatan sebagai Perdana Menteri. Mungkin bukan kerana teguran saya, tetapi hakikatnya Tunku mengundur diri.

19. Demikian juga dengan Tun Abdullah Ahmad Badawi. Mungkin kerana teguran, mungkin kerana prestasi buruk Pilihanraya ke 12. Tetapi hakikatnya Tun Abdullah juga letak jawatan.

20. Saya sendiri pun letak jawatan. Sebahagian dari sebabnya ialah kerana saya dengar bisik-bisik yang menyoal “Bila lagi orang tua ini akan pergi.” Saya percaya jika saya tidak letak jawatan, bisik akan jadi jeritan.

21. Pilihan saya bagi mengganti Tun Abdullah ialah Dato Seri Najib. Setelah beberapa lama dilihat bahawa dasar dan tindakan Dato Seri Najib tidak lebih berkesan dari Tun Abdullah.

22. Saya tidak sangka yang pencapaiannya dalam Pilihanraya Umum ke13 lebih buruk dari Tun Abdullah.

23. Harapan saya Dato Seri Najib akan mengambil ikhtibar dari prestasinya yang buruk dalam Pilihanraya Umum ke 13. Malangnya sehingga kini tidak ternampak apa-apa perubahan dari segi dasar atau pendekatan walaupun saya cuba menyampaikan pendapat saya, (yang juga pendapat ramai yang datang bertemu saya) secara langsung kepada Dato Seri Najib.

24. Saya tidak ada pilihan selain dari menarik balik sokongan saya. Ini pun tidak berkesan. Oleh itu terpaksalah saya menegur.

25. Apakah dianya yang saya fikir salah. Ia bermula dengan pendirian melayani semua tuntutan musuh. ISA dan undang-undang buang daerah dimansuh. Tindakan ini tidak sedikit pun mengurangkan tentangan oleh parti lawan. Sebaliknya jenayah bertambah dengan banyaknya kerana pembebasan ketua-ketua geng.

26. Demikian juga dengan sikap merendah diri kepada negara jiran sehingga urusan dalam negeri pun tertakluk kepada pendapat Kerajaan negara jiran.

27. Tetapi pendapat kaum dan parti yang kuat menyokong untuk menyelamatkan kedudukan Kerajaan tidak diberi layanan yang saksama.

28. Wang Kerajaan diguna untuk mempengaruhi sokongan rakyat apabila sahaja pilihanraya umum diadakan. Ini menjadikan rakyat terlalu bergantung kepada Kerajaan untuk segala-galanya. Bagi yang betul-betul miskin, bantuan seperti ini memanglah wajar. Tetapi beribu rakyat yang ditawar menolak bantuan wang seperti ini. Semangat rakyat untuk bekerja menjadi luntur apabila mereka diberi ganjaran tanpa apa-apa usaha oleh mereka. Semangat ini tidak akan menolong pembangunan Negara.

29. Dasar ekonomi mengutamakan tuntutan pengguna. Impot barangan digalakan dan industri tempatan diabaikan, bahkan dihalang oleh dasar Kerajaan.
30. Cuti ditambah sehingga adakalanya pekerja bercuti lebih satu minggu. Sebaliknya gaji minimum dinaikkan tanpa mengambilkira kenaikan kos yang boleh menjadi perniagaan dan perusahaan tidak bedayasaing dengan barangan impot.

31. Sesungguhnya banyaklah dasar, pendekatan dan perbuatan Kerajaan pimpinan Dato Seri Najib yang merosakkan hubungan antara kaum, merosakkan ekonomi dan kewangan negara.

32. Semua ini disebabkan penyokong Kerajaan tidak pernah menegur pemimpin.

33. Jikalau tiada siapa yang sanggup menegur, biarlah saya menegur. Saya pernah dipecat oleh Tunku Abdul Rahman, dipulau oleh Datuk Seri Abdullah dan difitnah oleh ramai. Jika kerana menegur saya akan didera, terpaksalah saya terima.

34. Bukanlah saya tidak sayang pemimpin. Tetapi saya lebih sayang bangsa dan negara saya. Chedet.cc

Kemelut MB Selangor: PKR Perlekeh Pas

PKR Perundagan PKR Aziz Bari, memperlekeh keputusan JKP Pas yang melakukan pusingan U berkaitan dengan kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Menurut Aziz, apabila Wan Azizah mendapat 30 sokongan ADUN PKR-DAP dan Dua Adun Pas, maka "Game Over" bagi Khalid Ibrahim.

Keputusan JKP Pas pada 17 Ogos, tidak lagi bermakna, atas sebab Wan Azizah mempunyai sokongan yang diperlukan untuk dilantik sebagai Menteri Besar.

Ekoran keputusan JKP Pas itu, bukan sahaja Presiden Pas, Muryidul Am Pas, Majlis Syura, Ulamak terpaksa menelan kahak sendiri, akan tetapi mendapat oenghinaan daripada PKR.

Dalam masa seminggu, pemimpin PKR dan DAP menghentam kepimpinan Pas; namun parti itu masih berpihak kepada dua parti itu. Nampak sangat Pas, terpaksa melutut dan angguk kepada PKR dan DAP.

Pas kini, macam sebuah parti yang tidak bermaruah lagi; atas sebab itu; apa sahaja keputusannnya bakal atau tidak akan dihormati atau diambilkira oleh PKR dan DAP.

Jika berlaku pilihanraya, adalah pasti bukan sahaja pemimpin PKR dan DAP akan tetapi penyokong dua parti itu akan memastikan bahawa calon-calon PAS yang tidak sebulu dengan mereka dipastikan kalah, sebaliknya yang sebulu itu sahaja yang disokong. Sebaliknya Pas pula, baik pemimpin mahupun penyokongnya akan bermatian-matian menyokong calon-calon dua parti itu.

Kemelut MB Selangor: Mat Sabu Jadi Ayam Daging Anwar dan Guan Eng- Zuhdi Marzuki

Pengarah Operasi Pusat Penyelidikan PAS Dr Zuhdi Marzuki mengkritik keputusan Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu kerana bersetuju dengan keputusan Pakatan Rakyat (PR) untuk mencalonkan Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail sebagai calon tunggal Menteri Besar Selangor.

Beliau memanggil Timbalan Presiden PAS itu dengan gelaran “ayam sabung PAS’ yang hilang tajinya.

“Ayam sabung PAS sudah menjadi ayam daging (Datuk Seri) Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng,” tulisnya dalam akaun Facebook miliknya hari ini.

Bahkan beliau juga dilihat membidas kegagalan bagi mempertahankan keputusan sebulat suara yang telah diputuskan oleh PAS sebelum ini.

“PAS Pusat telah sebulat suara mencalonkan dua pemimpin PKR. Keputusan sebulat suara inipun tak boleh dipertahankan bila berdepan dengan PKR dan DAP.

“Paling tidak beritahu pada PKR dan DAP, kami perlu bawa balik kepada PAS Pusat keputusan PR hari ini yang hanya mencalonkan Datuk Seri Wan Azizah. Tak akan perkara itupun tak boleh buat?,” tulisnya lagi.

Semalam, Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim menegaskan untuk tetap dengan keputusan mencalonkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail sebagai Menteri Besar Selangor.

Menurutnya, PR akan meneruskan proses untuk menyembahkan keputusan ini kepada Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah.

“Keputusan ini telah ditandatangani oleh Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng, Timbalan Presiden PAS, Mohamad Sabu dan saya sendiri,” katanya pada sidang media di Empire Hotel, Subang semalam.

Kemelut MB Selangor: Pas Sebuah Parti Flip Flop

SELEPAS keputusan Flip Flop Pas, kini parti itu meletakan sepenuhnya keputusan penggantian Menteri Besar Selangor kepada Sultan Selangor. Bukan sahaja Hadi Awang malah Nik Azizpun bernada sama.

Mengapa Sultan dibabitkan? kemelut pergantian MB Selangor bukan berpeunca daripada Sultan; Kemelut MB Selangor atas sebab Anwar mahu isterinya jadi MB.

Pas kini, telah menelan ludahnya sendiri, kerana sudah akur dengan nepotisme; menelan ludahnya sendiri kerana menyokong Wan Azizah.

Nampaknya Pas adalah sebuah parti yang tiada pendirian, ianya sebuah parti angguk kepada Anwar dan Lim Guan Eng. 

AYT tidak mahu lagi mendengar diperingkat manapun pimpinan Pas bercakap soal-soal nepotisme, soal-soal itegriti, soal-soal demokrasi atau keadilan; kerana parti itu tiada hak bercakap mengenainya; kerana kini sudah terdedah, bahawa Pas ada sebuah parti Flip Flop.

Sunday, August 17, 2014

Kemelut MB Selangor: Anwar Ketawa Besar Kerana Flip Flop Pas

SUDAH TAHU bahawa ramai Pemimpin Pas akan ikut telunjuk Anwar dan Lim Guan Eng, mengapa Presiden, Mursidul Am, Majlis Syura dan Ulamak parti itu menyokong Khalid dikekalkan sebagai Menteri Besar? Hadi sudah maklum, bahawa beliau tiada suara lagi dalam Jawatankuasa pusat parti itu; mengapa melakukan tindakan menyokong Khalid!!!. Sokongan Pas itu, bukan sahaja Khalid terperangkap malah Sultan Selangor juga.

Rakyat negara ini, perlu menilai benar-benar pendirian parti Pas, kerana parti itu adalah sebuah parti yang benar-benar tiada pendirian bagaikan lalang ditiup angin disitulah arahnya. Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada kata-katanya. 

Khalid perlu meramu semua keadaan ini untuk dipersembahkan kepada Baginda Sultan Selangor, kerana seolah-olah baginda dipermainkan oleh Pas. Khalid boleh merapak sembah kepada Sultan, jika Pas tidak membuat pendirian awal sepertimana berlaku sebelum 11 ogos, maka kemungkinan sembah khalid akan berlainan. Disebabkan keputusan flip plop Pas, maka Tuanku Sultan diheret sama dalam kemelut politik Selangor.

Berasaskan kepada keadaan ini, maka ada lebih sesuai jika Khalid mohon perkenaaan Sultan untuk membubarkan DUN Selangor untuk rakyat Selangor memberi keputusan, parti mana mereka mahu memerintah Selangor.

Kemelut MB Selangor: PR Buat Sultan Selangor Tiada Pilihan

ATAS sebab Pas sudah buat U turn, akhirnya PR hanya mencalonkan Wan Azizah Wan Ismail sebagai pengganti Khalid Ibrahim. Pas akhirnya akur, kerana Azmin Ali yang dicalonkan parti itu menolak pencalonan.

Dengan pendirian DAP-PKR-PAS yang mutakhir ini, maka tiga parti itu tidak membenarkan Sultan Selangor memilih melainkan semacam satu paksaan. Jika Sultan merasa dipaksa, ada kemungkinan baginda perkenaan Khalid membubarkan DUN Selangor untuk satu Pilihanraya Negeri.

Kemelut MB Selangor: Pas Cuci Tangan

TINDAKAN Parti Pas mencadangkan Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah sebagai pengganti Khalid Ibrahim merupakan tindakan licik atau tindakan cuci tangan. Keputusan kini ditangan Sultan Selangor, apa kah akan memilih salah seorang daripada calon-calon itu? atau kah Sultan berkehendak calon ke tiga. Jika berlaku demikian, maka bukan urusan Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Keputusan JKP Pas petang tadi yang melakukan pusingan berkaitan sokongan kepada Khalid memang dirangka dengan bijak. 

Keputusan JKP Pas yang dibacakan oleh Timbalan Presidennya Mat Sabu memang diolah dengan baik sekali- Pertama disebabkan Khalid bukan ahli salah sebuah parti PR, maka tiada sebab Pas menyokongnya; kedua Pas mencadangkan Azmin Ali sebagai pertimbangan sultan. 

Jika Sultan tidak berkenaan dengan dua calon tersebut, maka bukan tugas Pas lagi melainkan urusan PKR dan DAP. Pas kini membiarkan penyelesaian kemelut MB Selangor kepada PKR dan DAP.

Jika Sultan akan perkenaan Azmin Ali, tindakan itu akan mengakibatkan pergolakan dalam PKR sendiri; ertinya perlantikan Azmin yang penyelesaian menggantikan Khalid, akan tetapi bukan penyelesaian politik Selangor.

DAP dari awal-awal lagi hanya menyokong Wan Azizah dan demikian juga PKR; tindakan Pas mencalonkan nama orang lain, merupakan tindakan yang dilihat tidak mengormati keputusan PKR dan DAP. Mungkin pihak PKR dan DAP melihat bahawa pusingan U Pas adalah menguntungkan mereka, tetapi sebenarnya keputusan Pas itu hanya perangkap kepada dua parti itu.

Pas adalah parti politik berpengalaman, mengalah tidak semestinya kalah. Sama-sama kita tunggu kesudahan espisod kemelut politik Selangor.

Kemelut MB Selangor: Akan Kah Pas Kecundang Kali Ke-2?

PAS sudah kecundang pusingan pertama dalam kemelut MB Selangor. Penyebab kecundang itu, apabila dua ADUNnya membelot-Saari Sungip ADUN Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin ADUN Morib. Mengingat kepada pembelotan itu, JKP Pas terutama Presidennya; Mursidul Amnya, Majlis Syura dan ulamak parti itu terperksa menelan khahak sendiri.

Pusingan ke dua, meskipun Pas bersetuju pencalonan Wan Azizah Wan Ismail isteri kepada Anwar Ibrahim untuk menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim, Pas juga mencalonkan Azmin Ali sebagai alternatif kepada Sultan Selangor. Namun, cadangan Pas itu akan tersandung kerana PKR dan DAP sudah sepakat hanya mencalonkan Wan Azizah; PKR ada 13 ADUN, DAP ada 15 ADUN, manakala Pas 15 ADUN. Meningat jumlah itu, Pas masih kalah dalam jumlah ADUN; selain itu dua ADUN Pas berpihak kepada Wan Azizah termasuk Azmin sendiri.

Nampaknya PAS akan kecundang untuk kali kali kedua, jika ini berlaku, maka adalah sah, Pas hanya parti melukut pada Pakatan Rakyat.

Pas U Turn: Reaksi Segera Tan Sri Khalid

Saya Akan Mohon Menghadap DYMM Sultan Selangor Berkenaan Status Menteri Besar

Saya menerima dengan hati terbuka keputusan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) berkenaan status Menteri Besar dan barisan Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri Selangor. 

Dengan perkembangan terbaharu ini, saya akan memohon menghadap DYMM Sultan Selangor untuk memberi nasihat tentang langkah-langkah seterusnya.

Sehingga DYMM Sultan membuat keputusan muktamad, saya akan meneruskan pentadbiran kerajaan Negeri Selangor bersama 4 ahli MMKN daripada PAS bagi memastikan rakyat tidak terkesan dengan krisis politik ini.

Saya mengucapkan terima kasih kepada rakan-rakan dan semua rakyat Selangor atas sokongan dalam usaha bersama untuk menjayakan agenda reformasi di Selangor.

Saya juga berterima kasih atas kesabaran semua pihak dalam penyelesaian isu dan perkembangan-perkembangan terkini mengikut tatacara yang betul dan berasaskan undang-undang.

Insya'Allah, rakyat Selangor akan terus dipelihara dan diberkati Allah SWT.

YAB TAN SRI DATO’ SERI ABDUL KHALID IBRAHIM
DATO’ MENTERI BESAR SELANGOR
17 OGOS 2014 

Kemelut MB Selangor: Suara Hadi Awang Dalam Pas Sudah Tenggelam

TIDAK kiralah apa alasan yang diberikan, yang jelas suara Presiden Pas Dato Seri Hadi Awang sudah tenggelam dalam parti itu. Bukan sahaja suara Hadi, akan tetapi suara Dato Seri Nik Aziz Nik Mat juga sudah tidak diambil kira lagi. Malahan suara Majlis Syura dan Ulamak parti itu juga bukan pertimbangan lagi. Nampaknya Pas menuju ke arah deminsi baru, bahawa faktor agama bukan lagi pilihan parti itu, melainkan mengambil langkah seperti amalan parti-parti lain di negara ini. Untuk itu, Pas tidak lagi boleh mendabik dada sebagai parti yang mewakili islam.

Mesyuarat Jawatankuasa Pusat parti itu hari ini bagi membincangkan kemelut MB Selangor, terbukti, bahawa suara Presiden Pas benar-benar dikuasai oleh para penyokong Anwar; sehingga keputusan mesyuaratpun dibacakan oleh Timbalan Presiden parti itu Mat Sabu.

Keputusan JKP Pas, selain melakukan pusingan U, Hadi juga terpaksa menelan ludahnya sendiri, apabila akur dengan pencalon Wan Azizah walaupun ada sedikit tambahan iaitu turut mencalonkan Azmin Ali.

Kemelut MB Selangor: Seperti Yang Diduga-PAS U Turn- Tolak Pula Khalid

Seperti yang diduga, Jawatankuasa Pusat Pas melakukan U Turn; daripada menyokong Tan Sri Khalid Ibrahim kepada menolaknya. Namun Pas mebuat syarat, mencalonkan pula Azmin Ali selain menyokong Wan Azizah; ertinya PKR akan kemukakan dua calon kepada Sultan Selangor untuk dipilih sebagai MB Selangor menggantikan Khalid.

Reaksi Kahlid Ibrahim berhubungan perkembangan ini belum diperolehi. Melayari Tweeter tidak terdapat sebarang komen.

Berasaskan perkembangan terbaru ini, di atas kertas, kedudukan Khalid sudah terlucut; walaupun beliau masih menjalankan tugas sebagai MB sehingga satu usul undi tidak percaya dimuktamadkan melalui sidang DUN Selangor atau Khalid sendiri meletakan jawatan. Khalid, juga masih mempunyai pilihan iaitu membubarkan DUN Selangor; sudah tentunya dengan perkenaan Sultan Selangor.

Khalid boleh menyembah maklum kepada Sultan, hanya melalui PRN sahaja, kemelut politik Selangor akan dapat diselesaikan.

Saturday, August 16, 2014

Khalid Ibrahim Berlumba Dengan Waktu

NAMPAK gayanya Tan Sri Khalid Ibrahim berlumba dengan waktu. Semakin hari, waktunya bergayut dengan jawatan Menteri Besar Selangor semakin hampir kepada penamat.

Jika sekiranya Sultan Selangor percaya bahawa Wan Azizah mendapat sokongan mudah, dan Tuanku perkenaan Selangor mempunyai MB yang diimport, maka usia jawatan Khalid akan sampai kepada penamat.

Sebelum 11 Ogos, Khalid bergayut kepada sokongan 15 ADUN Pas dan tanpa bantahan daripada 12 ADUN Bn, untuk terus menjadi MB Selangor, namun pada Khamis dua ADUN Pas membelot daripada arahan parti, maka kedudukan Khalid tidak perlu menunggu mesyuarat Pas esok, kerana jawapannya sudah diketahui. Apa kah Pas menyokong tidak berbaloi lagi, kerana jumlah ADUN yang menyokong MB Selangor itu tidak mencukupi untuk beliau bertahan.

Satu jalan yang perlu diambil Khalid, agar orang luar tidak menjadi MB Selangor adalah memohon perkenaan daripada Sultan untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan PRN diadakan.

Rakyat Selangor perlu diberi mandat untuk menentukan siapa yang bakal memerintah mereka bukannya ditentukan oleh Anwar Ibarhim.

Krisis Politik Selangor: Khalid Ibrahim Mangsa Terbaru Anwar

ANWAR tidak akan senang duduk kalau tiada krisis yang beliau cipta. Sila cari-cari fakta perjalanan politik Anwar, senantiasa bergelumang dengan krisis.

Krisis politik Selangor yang berpunca daripada Langkah Kajang, satu lagi krisis yang Anwar cipta. Anwar suka dengan krisis, atas sebab melalui krisis, maka namanya senantiasa disebut. Bagi Anwar, apa kah cerita benar atau tidak adalah kesukaannya, kerana melalui cerita itu, namanya bakal disebut.

Langkah Kajang yang menjadi rancangannya, putus ditengah jalan, apabila dia tidak layak menjadi calon, atas sebab dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas sebab kesalahan meliwat.

Anwar memilih isterinya sendiri untuk menggantikannya, selepas isterinya menang, maka dipaksa pula, agar isterinya dilantik MB Selangor.

Pada tahun 1998, selepas dipecat daripada Umno dan Timbalan Perdana Menteri, Anwar menduduh Umno/Bn pengamal nepotisme, kronisme, korupsi dan Tun Dr Mahathir sebagai mahazalim, mahafiraun, namun kini semua dakwaan itu, sebenarnya ciptaan Anwar sendiri; dan sekarang terbukti bahawa pengamal kepada semua itu adalah dirinya sendiri. Mana ada di dunia ini, dalam satu masa, suami isteri anak menjadi wakil rakyat; hanya berlaku pada keluarga Anwar. Malangnya, penyokongnya telah buta, sehingga tidak mampu melihat keadaan ini. Anwar bersengkokol dengan DAP, satu lagi parti pengamal nepotisme, kronisme; dalam mengabui mata rakyat.

Dalam krisis MB Selangor, lihat bagaimana membunuh kawannya, kerana menghalang hawa nafsunya. Khalid Ibrahim adalah mangsa terbaru Anwar.

Sokong Khalid: Pas Pusat Dijangka Buat Pusingan U

ALASAN Pas Pusat yang bakal diberikan adalah Tan Sri Khalid tidak wajar lagi dikekalkan kerana bukan ahli mana-mana parti. 

Pas tidak akan menyentuh berkaitan pembelotan dua ADUNnya yang secara terang-terangan menyokong isteri Anwar supaya menggantikan Khalid.

Jika Pas melakukan pusingan U, petanda kepada keputusan itu adalah- pemimpin ulamak dalam parti itu termasuk Presiden dan Mursidul Am tidak mempunyai pengaruh lagi, sebaliknya Pas sudah dikuasai penyokong Anwar.

Kepada para penyokong Pas, ambillah iktibar, bahawa perjuangan Pas bukan lagi seperti asas penubuhannya, sebaliknya ianya hanya sebuah parti yang berjuang untuk mendapatkan kuasa.

Tolak Wan Azizah: Jangan Jadikan Sultan Selangor Kambing Hitam

KINI timbul suara-suara bahawa pihak PAS mendakwa, alasan parti itu menolak Wan Azizah dilantik sebagai MB Selangor, kononnya khuatir tidak mendapat perkenaan Tuanku Sultan Selangor.

Fakta yang benar adalah sebelumpun isu pengantian MB Selangor dimaklumkan kepada Sultan Selangor, pemimpin awal yang menolak kepada pergantian itu adalah Presiden Pas sendiri- Dato Hadi Awang; kemudian pendirian itu disokong oleh Mursidul Am Pas- Dato Nik Aziz Nik Mat, kemudian mendapat persetujuan daripada Majlis Syura dan Ulamak parti itu. Semua pendirian itu kemudian disokong oleh Lajnah Politik Pas.

Suara-suara daripada Pas itu timbul, ekoran dua ADUN parti itu membelot daripada pendirian parti mereka yang mahu mengekalkan Khalid Ibrahim sebagai MB Selangor.

Esok Pas bermesyuarat, namun apa sahaja keputusan mesyuarat itu tidak akan dapat menyelamatkan kedudukan khalid. ADUN Pas yang masih menyokong Khalid ada 13, kurang dua untuk mendapatkan majoriti mudah di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kemelut MB Selangor: Elok Kembalikan Kepada Rakyat Selangor Melalui Pilihanraya Negeri

TIADA jaminan,jika iapun Wan Azizah dilantik sebagai MB Selangor, bahawa kemelut politik di negeri itu akan selesai. Kemelut dalam PKRpun tidak mampu diselesaikan oleh Wan Azizah, apatak lagi menyelesai isu politik sebuah negeri.

Elok rakyat Selangor sendiri selesaikan kemelut politik mereka, tanpa dicaturkan oleh orang luar. Adalah keputusan yang paling betul, jika Tan Sri Khalid sebagai anak Selangor, memohon perkenaan Sultan untuk membubar DUN Selangor bagi memberi ruang kepada PRN Negeri.

Isu Perak, tidak sama dengan Selangor, kerana di Perak pada tahun 2009, antara sesama rakyat Perak berebut jawatan; manakala Selangor, melibatkan orang luar yang ingin berkuasa di Selangor.

Tan Sri Khalid perlu berkorban, agar bersedia membubarkan DUN, meskipun selepas itu tiada jaminan bahawa beliau bakal menjadi MB. Setidak-tidaknya tindakan beliau itu mampu mengekang nafsu Anwar dan isterinya untuk berkuasa di Selangor.

Bagi Pas pula, janganlah melanggar kipranya selama ini, bahawa parti itu anti nepotisme, anti kronisme, sedangkan jika menyokong Anwar dan Lim Guan Eng adalah jelas mereka itu pengamal nepotisme. 

Pas yang bermusyuarat pada 17 ogos, tiada kesan kepada kedudukan khalid, atas sebab jumlahnya ADUN daripada parti itu hanya 13, dan jumlah itu tidak akan mampu mempertahankan Khalid meskipun tiada bantahan daripada 12 ADUN Bn. Atas sebab itu, adalah lebih elok agar Pas meminta Khalid membuarkan DUN, agar supaya rakyat Selangor menentukan sendiri parti mana yang perlu memerintah negeri itu.

PRN adalah sebaik-baiknya penyelesaian kepada kemelut politik Selangor.

Friday, August 15, 2014

Sokongan Kepada Khalid: Berupaya Kah Hadi Mengekang Musang Berbulu Ayam Dalam Pas?

BERUPAYA KAH Presiden Pas Dato Haji Hadi Awang mengekang musang berbulu ayam dalam Pas? Belumpun Pas membuat pendirian kerana mesyuarat parti itu hanya akan diadakan pada 17 ogos, telah dua orang ADUN Pas bertindak bersendirian menentang arus. Tentangan mereka bukan sahaja ingkar kepada keputusan Presiden dan Mursidul Am Parti itu, akan tetapi ketetapan Majlis Syura dan Lajnah politik parti itu.

Dalam perkembangan lain, Naib Presiden Pas Hussam Musa menulis secara terbuka kepada Tan Sri Khalid Ibrahim di sini yang mendakwa bahawa MB Selangor itu telah memperalat Pas demi kepetingan peribadinya.

Berasaskan kepada surat terbuka Hussam itu, selain kenyataan daripada Timbalan Presiden Pas Mat Sabu serta dua ADUN Pas yang membelot; ternyata penyokong Anwar dalam Pas cuba mempengaruhi keputusan mesyuarat Pas agar Pas melakukan U turn, dan menyokong Wan Azizah sebagai MB Selangor.

Kepimpinan Hadi dan Nik Aziz akan terlihat apa kah keputusan Pas pada 17 ogos, apa kah selari dengan pendirian Presiden parti itu atau kah terpaksa Presiden akur dengan desakan Anwarnise dalam Pas.

Tempoh 48 Jam Sangat Kritikal Bagi Khalid

TEMPOH 48 jam sangat kritikal bagi Tan Sri khalid Ibrahim; apa kah beliau masih mempunyai sokongan majoriti mudah ADUN Selangor.

Semalam, keadaan adalah turning point kepada beliau (Khalid), apabila dua ADUN Pas hadir pada sidang media Wan Azizah Wan Ismail, ADUN yang dilantik Anwar/PKR untuk menggantikan beliau. Dalam sidang media itu, Presiden PKR itu mendakwa mempunyai sokongan 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor.

Selepas Pas Selangor memberi tempoh 24 jam kepada dua ADUN yang membelot itu, ternyata hanya Hasnul Baharuddin (Morib) yang masih bertegas dengan sokongannya kepada Wan Azizah, manakala Saari Sungip dalam keadaan 50-50; diperkirakan menjelang mesyuarat Pas pada 17 ogos, Saari akan kembali patuh kepada pendirian partinya mengekalkan Khalid sebagai MB Selangor. Menurut sumber dalaman Pas, besar kemungkinan juga Hasnul mengubah fikiran menjelang mesyuarat Pas tersebut. Jika ini berlaku, maka status quo MB Selangor di mana Khalid mendapat sokongan majoriti mudah akan berterusan.

Keadaan status dua ADUN Pas ini, hampir sama dengan keadaan semasa pertukaran MB Terengganu, di mana satu ketika 3 ADUN Umno keluar parti, namun dalam tempoh 72 jam keadaan kembali kepada status quo.

Dua ADUN Pas yang membelot itu, kemungkinan besar termakan bujukan Anwar; namun selepas tersedar, maka akan kembali kepada pendirian partinya.

Sehingga 17 ogos, kedudukan Tan Sri Khalid Ibrahim adalah dalam keadaan kritikal.

Biar Rakyat Selangor Uruskan Selangor

BIAR Rakyat Selangor urus Selangor. Tindakan Tan Sri khalid Ibrahim sebagai rakyat Selangor yang enggan mematuhi desakan agar meletakkan jawatan untuk membolehkan Wan Azizah Wan Ismail rakyat Pulau Pinang menjadi Menteri Besar adalah tindakan betul.

Adalah "dayus' bagi Khalid mengikut kata orang bukan rakyat Selangor. Khalid tidak mahu digelar seperti rakyat Pulau Pinang yang mempunyai Ketua Menteri bukan daripada rakyat Pulau Pinang.

Walau bagimanapun, hasrat Khalid itu terbantut atas pembelotan dua ADUN Pas Saari Sungip ADUN Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin ADUN Morib.

Demi maruah rakyat Selangor; jika keputusan dua ADUN Pas itu tidak berubah sehingga 17 ogos, maka elok beliau mengadap Sultan Selangor untuk memohon agar DUN Selangor dibubar agar supaya rakyat Selangor dapat memilih kerajaan mana yang perlu memerintah.

Mereka yang membantah Khalid sebagai MB, dan menyokong Wan Azizah adalah satu pengkhianatan kepada rakyat Selangor.

Krisis Perak Tahun 2009- Akhirnya Keputusan Almarhum Sultan Azlan Shah Terbukti Betul

JIKA dahulu, DAP menentang, malah menderhaka kepada Almarhum Sultan Azlan shah kerana melantik BN memerintah Perak pada tahun 2009, apabila Kerajaan Nizar Jamaluddin kehilangan sokongan majoriti di DUN Perak; kini terbukti keputusan baginda adalah betul. Ikuti kenyataan mantan Speaker DUN Selangor dan Exco yang dipecat disini

Berbagai pihak dalam PKR dan DAP mendesak Khalid meletakan jawatan, dengan dakwaan bahawa beliau tidak lagi mendapat sokongan majoriti DUN Selangor. Pada Khamis, Wan Azizah mendakwa mempunyai sokongan 30 ADUN daripada 56 ADUN Selangor. Sokongan itu diperolehi daripada 15 ADUN DAP, 13 ADUN PKR dan dua ADUN Pas. Walaubagaimanapun, kedudukan Dua ADUN Pas Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin Morib masih belum jelas, atas sebab partinya memberi tempoh masa 24 jam untuk menarik sokongan yang diberikan kepada Wan Azizah yang dikatakan dizahirkan melalui surat akuan bersumpah.

Desakan agar Sultan Selangor melantik Wan Azizah sebagai MB Selangor masih belum tuntas, atas sebab status dua ADUN Pas masih belum jelas. Keputusan muktamad mengenainya akan diketahui pada 17 Ogos.

Sokong Khalid- Ada Tanda-Tanda Pas buat U Turn

Hari demi hari, kenyataan demi kenyataan, tindakan demi tindakan, nampak gayanya PAS akan membuat U turn tentang sokongan kepada Khalid Ibrahim.

PAS akan bermesyuarat pada 17 ogos, mesyuarat itu sebenarnya tiada makna lagi, apa kah menyokong atau tidak agar Khalid dikekalkan sebagai MB; sebabnya dua ADUNnya sudah berpaling tadah. Dengan berpaling tadahnya dua ADUN Pas itu- Saari Sungip Hulu Kelang dan Hasrul Baharuddin Morib, maka secara automatik; Wan Azizah mendapat 30 ADUN yang menyokong beliau.

Hanya, jika mesyuarat Pas menyokong Khalid, maka masa depan pakatan rakyat akan dipertaruhkan; walaupun Khalid tidak akan mampu bertahan selepas November 2014.

Penyokong Anwar dalam Pas, saban hari memberi tekanan kepada parti mereka sendiri, dengan berbagai kenyataan. Kenyataan terbaru adalah daripada Timbalan Presidennya Mat Sabu yang mengatakan, "Bagaimana menyokong Khalid? sedangkan beliau bukan ADUN Pakatan Rakyat".

Sementara itu, Pesurujaya Pas Selangor, menyatakan bahawa Kerajaan Selangor kini, masih kerajaan Pakatan, bercaggah dengan kenyataan Khalid sebelum ini.

Jika berlaku, bahawa Pas akan membuat U Turn, pilihan Khalid adalah memohon perkenaan Sultan untuk membuarkan DUN bagi memberi peluang kepada PRN Negeri, agar rakyat Selangor diberi peluang untuk memilih parti mana yang menjadi kerajaan.

Apa kah yang akan berlaku pada 17 ogos? sama-sama kita tunggu.

Majlis Lajnah Politik Pas Tolak Wan Azizah

Majlis Lajnah Politik Pas yang bermesyuarat malam ini, membuat pendirian menolak Wan Azizah Wan Ismail sebagai MB Selangor, bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Kenyataan penolakan Lajnah Politik Pas itu dinyatakan sendiri oleh Setiusaha Agung Parti itu Mustafa Ali malam ini.

Alasan penolakan tidak didedahkan, namun menurut Mustafa alasan itu telahpun disampaikan kepada PKR.

Pas akan bermesyuarat pada 17 ogos, untuk membuat pendirian apa kah menyokong Khalid atau sebaliknya.

Dalam perkembangan yang sama, dua ADUN PAS yang menyokong Wan Azizah telah diberi tempoh masa 24 jam untuk menarik sokongan itu; jika tidak, maka tidakan disiplin akan diambil termasuh baiah mereka semasa menjadi calon.

Sebelum ini Presiden Pas, Mursidul Am Pas, Majlis Syura Pas membuat ketetapan untuk menyokong Khalid dikekalkan sebagai MB Selangor.

Thursday, August 14, 2014

Halang Nafsu Anwar: Khalid Perlu Bubar DUN

UNTUK merealisasikan kehendaknya, Anwar mampu mempengaruhi dua ADUN Pas untuk menyokong isterinya agar boleh dilantik sebagai MB Selangor.

ADUN Pas biasanya sangat patuh kepada arahan parti atau pemimpinnya, namun tidak berlaku pada ADUN Hulu Kelang Saari Sungip yang merupakan mantan AMT PKR sebelum memasuki PAS. Beliau disertai ADUN Morib Hasrul Baharuddin.

Dua ADUN itu dikatakan telah menandatangan akuan bersumpah yang disediakan Anwar bagi menyokong isterinya. Jika sokongan dua ADUN itu benar, maka kumpulan yang menentang Khalid berjumlah 30 daripada 56 ADUN Selangor.

Sebelum kemelut perlucutan Khalid sebagai MB, kedudukan DUN Selangor adalah PKR=14; PAS=15 dan DAP=15.

Khalid yang mendapat sokongan Presiden Pas dan Mursidul Am Pas serta Majlis Syura parti itu untuk kekal sebagai MB Selangor dan mengharapkan sokongan 15 ADUN Pas serta tiada bantahan daripada 12 ADUN BN; ternyata perlu bertindak awal, atas sebab beliau atas kertas pada masa ini, tidak lagi mempunyai sokongan majoriti mudah DUN Selangor; Namun, beliau memberi reaksi kepada dakwaan itu, bahawa jumlah itu perlu dibuktikan melalui undian dalam sidang DUN pada November ini.

Jika Khalid kalah dalam undian di DUN, beliau masih mempunyai peluang, mengelak agar nafsu Anwar tidak menjadi realiti, dengan membuarkan DUN.

Khalid perlu berkorban demi rakyat Selangor, agar supaya, budaya nepotisme tidak membudaya di negara ini. Bayangkan tiada dalam sejarah mana-mana di dunia, suami isteri serta anak adalah wakil rakyat dalam masa yang bersamaan.

Pilihan Khalid- Perlu Bubar Dun

PERKEMBANGAN mutakhir, bahawa dua ADUN Pas Saari Sungip Adun Hulu Kelang dan Hasnul Baharuddin Adun Morib membelot, maka Tan Sri Khalid Ibrahim tiada pilihan melainkan mengadap Sultan Selangor mohon perkenaan membubarkan DUN Selangor untuk membolehkan PRN Negeri.

Dengan pembelotan dua ADUN Pas itu, Khalid kehilangan sokongan majoriti DUN, kerana hanya berjumlah 26 daripada 56 ADUN Selangor.

PAS yang mempunyai 15 ADUN menjadi sandaran Khalid untuk meneruskan jawatan MB, namun akibat pembelotan dua ADUN itu, maka beliau tidak mempunyai sokongan majoriti mudah lagi.

Adalah lebih elok, Khalid membubarkan DUN bagi membolehkan PRN negeri bagi memberi peluang kepada rakyat Selangor memilih parti mana yang perlu mewakili mereka.

Jika Saari Sungip Belot- Adalah Dijangka

JIKA ADUN Pas bagi Hulu Kelang Saari Sungip membelot, memang sudah dijangka. Saari sebelum menyertai PAS, adalah merupakan AMT PKR. Beliau adalah penyokong kuat Anwar Ibrahim. Saari disertai Hasnul Baharuddin ADUN Pas bagi Morib menyatakan sokongan kepada Wan Azizah untuk dilantik sebagai MB Selangor. Dengan penyertaan dua ADUN Pas itu, maka Azizah mendapat 30 sokongan ADUN, dengan pecahan 13 PKR serta 15 DAP. Namun, ianya belum menjadi kenyataan memandangkan PAS hanya bermusyuarat pada 17 ogos; semuanya bakal berubah dalam tempoh itu.

PAS Pusat melalui Setiausaha Agungnya Mustafa Ali telahpun meminta Persurujaya Pas Selangor memberi laporan berkaitan penyertaan dua ADUN Pas itu pada sidang media Wan Azizah pada khamis.

Jika tidak berlaku perubahan terhadap kedudukan dua ADUN Pas itu, maka Tan Sri Khalid perlu mengadap Sultan Selangor sebelum sidang DUN pada November nanti, untuk memohon perkenaan membubarkan DUN bagi membolehkan PRN. Adalah lebih elok Khalid mengambil jalan itu, demi rakyat Selangor. Biarlah rakyat Selangor memilih parti mana yang perlu mewakili mereka.

Sertai Sidang Media Wan Azizah: PAS Minta Gambaran Sebenar Dua ADUN Parti itu

Pusat telah meminta PAS Selangor memberi laporan berhubung isu dua Adun PAS negeri itu yang telah menyatakan sokongan terbuka kepada Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail menjadi menteri besar Selangor.

Setiausaha Agung PAS Datuk Mustafa Ali berkata beliau telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor, Iskandar Abdul Samad petang ini dan meminta laporan penuh berhubung perkara itu.

"Saya telah menghubungi Pesuruhjaya PAS Selangor supaya memberi laporan tentang dua orang ini supaya kita dapat gambaran sebenar," katanya kepada Harakahdaily.

Beliau mengulas tindakan dua Adun PAS, Hasnul Baharuddin (Morib) dan Saari Sungib (Hulu Kelang) yang bertindak menyertai sidang media bersama Dr Wan Azizah hari ini bagi menunjukkan sokongan majoriti dalam Dun Selangor pagi tadi.

Kedua-dua mereka turut menyatakan sokongan kepada presiden PKR itu untuk menjadi menteri besar menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim.

Mengulas lanjut, Mustafa berkata PAS akan menyiasat perkara itu dan akan mendapatkan gambaran sebenar.

Sebelum ini, Presiden PAS Datuk Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mempertahankan Khalid untuk kekal sebagai Menteri Besar Selangor berikutan beliau tidak pernah khianat dalam menjalankan amanah kepada rakyat.

Pandangan serupa dinyatakan Mursyidul Am PAS, Tuan Guru Datuk Nik Aziz Nik Mat.

Malah, Majlis Syura Ulamak PAS juga menetapkan pendirian agar Khalid dikekalkan jawatan itu sekiranya beliau tidak disabitkan dengan sebarang kesalahan berhubung pecah amanah.

Jika benar-benar berlaku bahawa dua ADUN PAS itu mendahului keputusan Partinya sendiri, maka melalui kemelut MB Selangor, Anwar berjaya memperporak porandakan parti itu. Adalah jarang berlaku, ADUN PAS melompat parti, kerana mereka terikat dengan satu sumpah janji dengan parti. Apa kah dua ADUN itu ingkar pada sumpah janji? Kerbau dipegang pada talinya, manusia dipegang pada janjinya.

Benar Kah Wan Azizah Ada Sokongan 30 ADUN?

Wan Azizah Wan Ismail sanggup menyebut nama dua ADUN daripada PAS iaitu Saari Sungib (Hulu Klang) dan Hasnul Baharuddin (Morib) bagi menggenapkan jumlah 30 ADUN yang menyokong beliau bagi maksud untuk dilantik sebagai MB Selangor bagi menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang dipecat oleh Anwar daripada PKR.

Jika benar bahawa dua ADUN PAS di mana menurut dakwaan Wan Azizah telah membuat surat akuan bersumpah untuk menyokong beliau; bererti ADUN Pas itu mendahului keputusan partinya sendiri; kerana PAS akan bermesyuarat untuk menentukan sokongan kepada Khalid pada 17 ogos ini.

Wan Azizah dalam sidang akhbar pagi tadi mendakwa bahawa beliau mempunyai sokongan 30 ADUN Selangor 13 PKR 15 DAP dan 2 PAS, dan menurut beliau semua 30 ADUN itu telahpun membuat surat akuan bersumpah menyokong beliau; atas sebab itu beliau akan menulis kepada DYMM Sultan Selangor menyatakan perkembangan itu.

Dalam reaksi segera berhubungan kenyataan itu, Tan Sri Khalid menyatakan melalui twitter beliau, jika benar dakwaan itu, maka ianya perlu diterjemahkan melalui undi di Dewan Undangan Negeri Selangor.

Kalaupun benar, bahawa Wan Azizah mempunyai sokongan 30 ADUN, Khalid masih mempunyai pilihan terakhir iaitu memohon perkenaan daripada Sultan untuk membubarkan DUN, di mana jika diperkenaankan, Khalid masih menjadi MB sementara sekurang-kurangnya dalam tempoh 60 hari.

Sama-samalah kita tunggu apa kah benar Wan Azizah mempunyai sokongan sebanyak itu? atau kah seperti Gerakan Sepetember Anwar pada tahun 2008, semuanya kantoi.

Wednesday, August 13, 2014

Kenapa Kecoh Kerajaan Selangor- PR Bukan Parti Berdaftar-Khalid

Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim membidas pihak yang mempersoalkan kedudukan kerajaan negeri diketuai pemimpin berstatus wakil rakyat bebas sedangkan mereka tidak sedar bahawa Pakatan Rakyat bukan sebuah parti berdaftar.

Katanya, pihak berkenaan khususnya pemimpin PKR dan DAP bahawa Pakatan Rakyat haruslah menyedari bahawa mereka sendiri bukannya bergabung dalam satu parti politik yang berdaftar.

"Kerajaan negeri pimpinan saya selaku Menteri Besar yang tidak mewakili mana-mana parti setelah dipecat keanggotaan PKR adalah terdiri daripada semua parti politik meskipun empat anggota Exco kerajaan negeri adalah diwakili oleh PAS dan seorang lagi Exco daripada PKR.

"Orang tanya status kerajaan pakatan Selangor dan saya katakan semua parti politik ada. DAP, PKR, PAS semuanya ada...UMNO pun ada, jadi tidak ada sebarang masalah. Namun, semua orang perlu ingat bahawa Pakatan Rakyat bukan badan berdaftar," katanya dalam sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Exco di sini hari ini.

Pada Isnin lepas, Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah telah memberi perkenan untuk Abdul Khalid terus memegang jawatan Menteri Besar selepas beliau dipecat daripada PKR.

Empat Anggota Exco kerajaan negeri daripada PAS kekal berkhidmat di bawah kepimpinan beliau sementara lima Anggota Exco daripada PKR dan DAP menyatakan akan menjalankan tugas masing-masing tetapi tidak akan menyokong Abdul Khalid sebagai Menteri Besar.

Pendirian yang dibuat melalui kenyataan media bersama itu menyebabkan Abdul Khalid semalam memecat kelima-lima anggota Exco terbabit iaitu Elizabeth Wong Keat Ping dan Dr Daroyah Alwi daripada PKR manakala Datuk Teng Chang Khim, EanYong Hian Wah dan V. Ganabatirau daripada DAP.

Katanya sebab utama pemecatan itu adalah kerana kenyataan bersama mereka bercanggah dengan 10 Akujanji dan Sumpah Kesetiaan ketika dilafaz semasa mengangkat sumpah di hadapan Sultan Selangor sebelum ini termasuk enggan memberi kerjasama kepadanya sebagai Menteri Besar walaupun telah mendapat perkenan Sultan Sharafuddin.

Bagaimanapun, pemecatan itu tidak melibatkan seorang lagi anggota Exco daripada PKR, Rodziah Ismail yang dikatakan berada di luar negara.

MB Selangor: Anwar Benar-Benar Tersandung

DATO SERI ANWAR IBRAHIM tersilap; dia sangka, Tan Sri Khalid adalah seseorang yang mudah ditundukkannya. Anwar memecat Khalid daripada PKR, dengan harapan, mantan tokoh koprat itu akan terdesak dan limbo dan kemudian akan ikut arahan; rupanya tindakan itu hanya menggali lubang kubur sendiri; bukan sahaja Wan Azizah isterinya kempunan menjadi MB Selangor, malah menyebabkan kerajaan PR Sealngor tumbang.

Kerajaan PR tumbang, atas sebab 2 exco PKR dan 3 exco DAP dipecat semalam; pemecatan itu sudahpun mendapat perkenaan Sultan Selangor; kontrakdiksi dengan kenyataan para Exco yang dipecat itu, kononnya pemecatan mereka tidak mendapat perkenaan Sultan.

Kini, Selangor diperintah Khalid bersama 4 exco Pas; undang-undang tubuh Kerajaan Selangor menyatakan bahawa jumlah exco daripada 4 hingga 10, ertinya Khalid memerintah dengan jumlah exco yang paling minima.

Untuk sementara Khalid mendapat sokongan 15 ADUN Pas manakala 12 ADUN Bn tidak membantah; jika berlaku undi belah bahagi di DUN, Khalid akan mendapat undi 28, manakala PKR dan DAP 27, atas sebab Hanna Yeoh adalah speaker; maka tidak layak mengundi; keculi berlaku undi seri.

Anwar melalui Langkah Kajangnya, di mana dari awal-awal lagi ditolak Khalid; kini hanya gigit jari. Usaha terdesaknya menemui Presiden Pas di Kuala Terengganu hujung minggu lalu, dikhabarkan gagal memujuk Dato Hadi agar bersetuju kepada pemecatan Khalid untuk digantikan dengan isterinya.

Apa kah Pas akan membuat keputusan sesuai dengan pendirian Dato Hadi dan Dato Nik Aziz yang mempertahankan Khalid pada mesyuarat Pas pada 17 ogos? kerana Timbalan Presiden Pas Mat Sabu lebih cenderung kepada pemecatan Khalid, kerana beliau adalah penyokong Anwar dan Lim Guan Eng. Namun demikian, biasanya PAS akan akur dengan pandangan Majlis Syuranya -badan tertinggi parti itu; jika ada pemimpin yang ingkar dengan keputusan Majlis Syura, bererti pemimpin itu menentang dasar-dasar parti; dan seharusnya tidak berada dalam parti.

Kerajaan PR Selangor Tersungkur

Khalid bersama 4 Exco daripada Pas selepas Mesyuarat Mini Exco Pagi Tadi
HARI INI berakhirlah Kerajaan Pakatan Rakyat Selangor; apabila Exco daripada DAP dan PKR bukan lagi sebahagian daripada kerajaan.

Hanya Khalid dan 4 exco daripada Pas kekal; sehingga 17 Ogos. Pada 17 Ogos, Pas akan menentukan apakah terus menyokong Khalid atau akan ikut telunjuk Anwar, agar isterinya Wan Azizah Wan Ismail dilantik sebagai MB Selangor.

Kedudukan Khalid ditentukan oleh Pas, demikian juga keutuhan PR tergantung pada Pas. Jika mesyuarat Pas bersetuju agar Khalid dikekalkan, maka tergantung PKR dan DAP apa kah akan memecat Pas daripada pakatan tidak rasmi itu.

Blog Archive