Tuesday, September 30, 2014

Rasuah: SPRM Soal Siasat Ghani Yassin- Apakah Suatu Permulaan?

APA kah satu permulaan? apabila SPRM mengambil keterangan daripada Ketua Bahagian Umno Pensiangan membabitkan bayaran pampasan tanah kerajaan negeri.

Menurut laporan media, wang pampasan yang terlibat mencecah RM300 juta, satu jumlah yang cukup besar.

Berasaskan jumlah itu, adalah mustahil hanya Ghani yang terlibat, kerana beliau hanya seorang Ketua Bahagian Umno, dan mantan Timbalan Pengerusi SLDB (Lembaga Kemajuan Tanah Sabah). 

Boleh kah seorang Timbalan sebuah agensi kerajaan, boleh menyelewengkan wang sebanyak itu? tanpa bantuan atau kerjasama daripada yang lebih tinggi daripada beliau?

Biasanya SPRM dalam usaha menangkap jerung yang lebih besar, akan membuat siasatan terhadap ikan siakap atau bilis, kerana siakap dan bilis akan membuka mulut, siapa kah jerung itu.

Kita sama-sama tunggu, apa kah kesudahan kes ini, kerana biasanya SPRM tidak akan bertindak, jika belum mendapat bukti-bukti yang sahih. 

Anwar Yakin Masuk Kembali Ke Sungai Buloh

Anwar meluahkan keyakinan masuk penjara kepada wartawan AFP-Martin.
PENGAKUAN terkini Anwar berkaitan kes sodomi II beliau yang akan di dengar di Mahkamah Persekutuan selama dua hari 28 dan 29 Oktober depan akan berakhir bahawa beliau akan kembali menghuni Penjara Sungai Buloh.

Pada 7 Mac lalu, Mahkamah Rayuan telahpun menjatuhkan hukuman 5 tahun penjara kepada Defacto leader PKR itu kerana didapati bersalah meliwat pembantu peribadi Mohd Saiful Bukhari Azlan pada 26 Jun 2008.

Pada hari pertama perbicaraan itu, mahkamah juga akan mendengar rayuan daripada pendakwaraya untuk meningkatkan hukuman penjara terhadap Anwar.

Anwar kini bebas dengan ikat jamin RM10,000 dengan seorang penjamin.

Anwar dalam langkah terakhirnya sebelum kembali ke penjara, telah melakukan tindakan Langkah Kajang yang pada mulanya untuk beliau, dan kemudian untuk isterinya, namun semuanya gagal.

Anwar mengintisipasi, bahawa Mahkamah Persekutuan akan berpihak kepada Pendakwa raya dan cukup yakin bahawa beliau akan kembali ke penjara.

Bayaran Kompensi Tanah: Punca Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Sabah, Datuk Abdul Ghani Yassin, ditahan SPRM kerana didakwa melakukan amalan rasuah membabitkan pembayaran kompensasi tanah milik Kerajaan Negeri.

Ghani ditahan pada Jumaat, sebaik sahaja beliau datang untuk memberi kenyataan beramaran. 

Laporan sebelum ini, beliau ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, sebenar ditahan di Pejabat SPRM Putrajaya.

Laporan sebelum ini, termasuk laporan Harian Express, surat khabar tempatan Sabah, Ghani ditahan atas sebab pecah amanah (CBT) membabitkan RM300 juta.

Pihak SPRM mengeluarkan kenyataan lewat petang Selasa, Ghani disiasat di bawah Seksyen 17(a) kerana menerima rasuah.

Ketua Bahagian Umno Pensiangan Ditahan SPRM

KETUA Bahagian Umno Pensiangan Datuk Abdul Ghani Yassin ditahan SPRM atas dakwaaan terlibat pecah Amanah (CBT) membabitkan RM 300 juta.

Pengesahan penahanan Ghani dinyatakan oleh Ketua Bahagian Umno Sepanggar Datuk Jumat Idris melalui posting melalui facebook beliau pada Selasa.

Difahamkan Ghani ditahan di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur pada Khamis lepas.

Ghani sebelum ini merupakan Timbalan Pengerusi SLDB (Lembaga Pembangunan Tanah Sabah). Pengerusi SLDB pada masa kini adalah ADUN Pantai Manis- Datuk Rahim Ismail.

Ghani merupakan salah seorang daripada kumpulan 8 (G8) yang berjumpa dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu bagi mencadangkan pelan pertukaran kempimpinan Sabah. Selain Ghani, Datuk Jumat Idris (Sepanggar), Wetrom Bahanda (Kota Marudu), John Ambrose (Penampang), Sairin Karno (Keningau), Rubin Balang (Tenom), sementara James Ratib (Beluran) dan Bolkiah Ismail (Kudat) mendakwa diperangkap/diperalat dalam pertemuan itu.

Jumat dalam posting beliau, mendakwa bahawa penahanan Ghani ada hubungan dengan dendam politik, kerana menurutnya fail-fail Umno Sepanggarpun sudah dipantau oleh pihak Jabatan Ketua Menteri.

Bagi AYT, SPRM adalah badan bebas, atas sebab itu bebas daripada pengaruh politik. Seseorang yang ditahan SPRM tidak semestinya bersalah, hanya mahkamah yang boleh menentukannya.

Sebelum inipun ramai pemimpin yang ditahan SPRM, malah telah dihadapkan di mahkamah, namun mahkamah melepaskan/membebaskan mereka kerana ketiadaan bukti kukuh untuk mensabitkan mereka. Antara pemimpin yang didakwa SPRM ke mahkanah adalah Tan Sri Kasitah Gadam (mantan Pengerusi SLDB) dan Datuk Saidin Thambi mantan exco Selangor.

Monday, September 29, 2014

Mengapa Pas Hilang Maruah?

PARTI Pas kini hilang maruah. Kenyataan Lim Kit Siang semasa kemelut MB Selangor, bahawa empat exco Kerajaan Selangor yang menyokong Khalid Ibarhim sebagai pengkhianat, tidakpun merisaukan Pas, hanya dua pemimpin parti itu bersuara Hassan Tantawi yang juga MP Temerloh dan juga Nik Abduh anak kepada Dato Seri Nik Aziz Nik Mat. Pemimpin lain, semuanya mandul, malah Khalid Samad MP Shah Alam, seolah-olah minat sangat dengan kenyataan Kit Siang itu.

Terbaru pemecatan ahli Majlis Perbandaran Pulau Pinang Iszuree Ibrahim daripada Pas, juga tidak mendapat pembelaan daripada Pas.

Pas hanya berani bercakap soal Umno, sedangkan parti tunjang Bn itu tidakpun mencampuri urusan Pas, Umno dan Pas adalah parti yang berlawan dalam memikat rakyat. Umno tidak membuli Pas, juga Umno tidak menghilangkan maruah parti itu.

Dalam perlantikan exco negeri Selangor, Pas dikurangkan jumlah exconya, malah sebelum perlantikan itu, Zuraida Kamaruddin Pemimpin wanita PKR, dengan lantang meminta agar jumlah exco Pas dikurangkan sebagai hukuman kerana tidak menyokong Wan Azizah.

Apa kah hilangnya maruah Pas, menyebabkan penyokongnya berpatah arang? jika keadaan demikian berlaku, apa kah menguntungkan Umno? kerana penyokong Pas adalah kaum melayu dan islam, sama dengan penyokong Umno.

Jika kaum melayu dan islam penyokong Pas mengambil iktibar bagaimana DAP membuli Pas yang membawa erti membuli kaum melayu dan islam, maka sudah tiba masanya, mereka perlu bermuhasabah diri.

Sunday, September 28, 2014

Benar Kah Umno Lemah? dan Najib Kuat

PRU-12 Umno hanya menang 79 kerusi, manakala PRU-13 88. Kerusi Umno hanya 35.6 peratus daripada 222 kerusi Parlimen (tahun 2012) dan 39.6 peratus tahun 2013. 

Pada PRU-12 kerusi Umno 56.4 peratus daripada 140 kerusi yang dimenangi Bn, manakala tahun 2013 menjadi 66.17 peratus daripada kerusi yang dimenangi Bn. 

Melihat kepada peratusan itu, hepotisa bahawa Umno lemah semasa Najib, sudah ditepis. Memang kalau dilihat daripada segi kerusi yang dimenangi Bn, prestasi Najib lebih buruk berbanding Abdullah Badawi, kerana Abdullah mampu menang 140 daripada 222, manakala Najib hanya 133.

Kalau dilihat daripada segi kuasa, sama saja, angka 140 ataupun 133; dua-dua angka itu, Bn tiada kuasa 2/3 dalam dewan rakyat. Kuasa 2/3 hanya pada angka 148.

Untuk mengatakan Umno lemah tidak dapat diterima, hanya kalau di lihat di Negeri Selangor, ia memang, Umno lemah. 

Dalam keadaan politik sekarang, kembali kepada kemampuan Umno sebelum PRU-12, adalah sesuatu yang sudah menjadi sejarah. Dalam keadaan sekarang, menangpun sudah cukup baik, jangan lagi bermimpikan majoriti yang luarbiasa banyaknya. Menang satu undipun dikira sudah menang. 

Apa yang parti Umno boleh lakukan, adalah mempertahankan kawasan yang sedia ada, selain berusaha untuk merampas semula kawasan-kawasan yang telah hilang pada PRU-13, seperti Temerloh, Batu Bahat dan beberapa kawasan lagi. Pada PRU-14, apabila Umno boleh mempertahankan jumlah 88, apatah lagi dapat menambah kerusi, maka Umno bersama komponen Bn yang lain akan dapat terus mempertahankan Putrajaya.

Apa yang merisaukan Bn, adalah kerusi-kerusi Bumiputera di Sarawak dan Sabah. Jika kawasan-kawasan di dua negeri itu terlepas, maka Umno dalam keadaan bahaya.

Melihat kepada situasi politik masa kini, Umno bukan sahaja perlu menumpukan kepada kekuatannya, akan tetapi juga perlu melihat kekuatan parti-parti komponen di Sabah dan Sarawak.

Umno tidak boleh bersandar lagi kepada parti MCA, Gerakan atau MIC; kerana pada PRU-14, diperkirakan kemampuan parti-parti itu memberikan kerusi kepada Bn di Semenanjung adalah samar-samar.

Umno kena membantu parti-parti bumiputera di Sabah dan Sarawak, untuk menjamin agar Umno akan terus menjadi tulang belakang kerajaan.

Di Sabah misalnya, kemampuan parti-parti kompnen Bn yang berasaskan KDM, pada PRU-14 sungguh kritikal, demikian juga di Sarawak terutama parti PRS.

Mengukur lemah atau kuatnya Umno bukan lagi sebagai penjamin kepada kerajaan Bn; tetapi kekuatan parti komponen Bn di Sabah dan Sarawak perlu diberi perhatian utama.

Friday, September 26, 2014

Pelan Peralihan Kepimpinan Sabah: Bukan Idea Sesuai Masa Kini

APA yang jelas, pelan peralihan kepimpinan Sabah yang dicetuskan oleh 8 Ketua Bahagian Umno Sabah; Jumat Idris (Sepanggar); John Amborse (Penampang); Sairin Karno (Keningau); Ghani Yasin (Pensiangan); Rubin Balang (Tenom), James Ratib (Beluran), Bolkiah Ismail (Kudat) dan Wetrom Bahanda (Kota Marudu) bukan merupakan suara majoriti pada bahagian-bahagian itu; melainkan hanya bersifat pandangan peribadi masing-masing.

Tamparan hebat yang diterima kumpulan itu, apabila dua orang ketua bahagian yang ikut pada perjumpaan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai mengaku diperalat (James Ratib) dan terperangkap (Bolkiah Ismail).

Dalam perkembangan sama, selepas perjumpaan itu menjadi pengetahuan umum, Jumat mengaku, pelan itu bukannya satu desakan kepada Musa untuk meletakan jawatan, namun sebaliknya sebagai pelan jangka panjang untuk pertukaran kepimpinan negeri secara aman.

Ekoran terdedahnya perjumpaan dengan Perdana Menteri itu, beberapa orang pemimpin negeri antaranya Speaker Dewan Undang Negeri Datuk Salleh Tun Said yang juga ketua bahagian Umno Kota Belud, perbincangan berkaitan pelan peralihan kepimpinan Sabah seharusnya tidak berlaku, kerana kuasa itu adalah kuasa perdana menteri. Lagipun, kata Salleh, persidangan bahagian-bahagian Umno yang sedang berjalan telah mengambil ketetapan, bahawa Umno menjunjung kesepakatan iaitu berketuakan satu, kalau di Sabah berketuakan Musa, manakala di peringkat kebangsaan berketuakan Najib.

Lagipun, sejak Musa menjadi Ketua Menteri, beliau telah menunjukan satu kepimpinan yang sangat dinamik, mampu meningkatkan perekonomian negeri, malah melonjakkan bajet tahun negeri.

Dalam soal kejayaan dalam bidang politik, Musa telah membawa kemenangan bergaya kepada BN untuk tiga pilihanraya umum bermula pada tahun 2004, 2008 dan 2013.

Kemampuan Musa menaikan simpan tetap negeri daripada RM150 juta pada tahun 2003 kepada RM3.2bilion pada masa kini, merupakan satu kejayaan luar biasa bagi negeri yang dikatakan mempunyai kekurangan serba serbi.

Kejayaan Musa meningkatkan perekonomian negeri selepas kayu balak yang merupakan punca pendapatan negeri pada suatu masa bukan lagi menjadi asas penumbang kepada pendapatan negeri.

Kalaulah dilihat daripada segi pencapaian, dan juga daripada segi kemampuan fizikal Musa, membicarakan pelan peralihan kuasa kepimpinan Sabah, sebenarnya bukan satu idea yang sesuai dibincangkan pada masa kini.

Kenapa perlu menukar seseorang yang masih mampu memberikan kejayaan kepada negeri dan rakyat?

Kemelut MB Selangor: Balasan Azmin Pada Pas

HANYA Pas yang mencalonkan Azmin Ali sebagai MB Selangor. PKR sendiri enggan mencalonkan beliau. Namun, selepas mendapat jawatan itu, Pas sekali lagi berkorban dengan kehilangan satu jawatan exco. 

Memang sebagai pengganti kepada jawatan exco adalah jawatan timbalan Speaker, namun jumlah ADUN Pas yang mendapat jawatan tidak berbaloi jika dibandingkan bagimana Pas bertindak sehingga Timbalan Presiden PKR itu menduduki jawatan yang didamkannya sejak tahun 2008.

PKR hanya ada 13 ADUN berbanding Pas 15, namun PKR mendapat jawatan 5 termasuk MB. Bagi DAP, adalah memadai dengan 4 jawatan, 3 exco dan speaker; kerana DAP bukanlah parti yang mahukan Azmin.

DAP dan PKR sebenarnya bertegas, hanya Wan Azizah Wan Ismail, Presiden PKR dan isteri kepada Anwar sebagao calon tunggal bagi menggantikan Khalid Ibrahim.

Rupanya selepas Pas terutama Presidennya berusaha agar Azmin menduduki jawatan MB Selangor yang ke-15, Azmin membalasnya dengan pengurangan jawatan exco.


Pas kena mengambil iktibar ini, bahawa parti itu sebenarnya bukanlah mustahak kepada PKR dan DAP, melainkan hanya sebagai batu loncatan untuk mendapatkan kuasa.

Azmin berjaya mempergunakan Pas, untuk mencapai keinginannya.

Wednesday, September 24, 2014

Mengapa Khalid Pecat Anwar Sebagai Penasihat Ekonomi Selangor?

PADA hari terakhir sebagai MB Selangor, Tan Sri Khalid Ibrahim memecat Dato Seri Anwar Ibrahim sebagai Penasihat Eknomi Selangor. Mengapa? melalui pemecatan itu, apa yang dilihat apakah MB Selangor yang baru Azmin Ali akan melantik semula Anwar?

Hubungan Anwar dan Azmin bermula sejak tahun 1987, apabila Timbalan Presiden PKR itu dilantik sebagai setiausaha sulit kepada Anwar.

Azmin terus bersama Anwar sehingga kini; malah hubungan mereka diselubungi berbagai cerita yang sukar diterima akal manusia yang normal.

Langkah Kajang sebenarnya, mempunyai erti tersirat untuk menaikkan Azmin sebagai MB Selangor, kerana MP Gombak itu, mahukan jawatan itu sejak tahun 2008.

Anwar tidak mudah menamakan Azmin sebagai calon MB, kerana masalah dalam PKR itu sendiri. Wan Azizah yang merupakan Presiden parti, hanya kelihatan diluaran sahaja akur dengan Azmin, namun dalam sanubari beliau, Azmin adalah penganggu "ketenteraman awam". Atas sebab itu, dalam PKR sebenarnya Azizah lebih akrab dengan Khalid Ibrahim, dan ianya dibuktikan apabila pembantu khas Azizah, Fakeah Hussien dilantik sebagai setiausaha sulit kepada Khalid, dan kemudian menjadi CEO MBI ( Menteri Besar Diperbadankan).

Keretakan hubungan Khalid- Azizah, apabila Presiden PKR itu membuat pusiangan U, apabila beliau diwar-warkan bakal menjadi MB Selangor, melalui Langkah Kajang. Anwar mencipta langkah Kajang melalui Rafizi Ramli- MP Pandan, agar supaya kelihatannya bukanlah Anwar yang mempunyai idea itu. Juga salah satu langkah untuk mengabui Azizah, bahawa langakah Kajang sebenarnya untuk beliau, kerana beliau tahu, suaminya bakal tidak akan mendapat jawatan itu, kerana tersangkut dengan hukuman penjara kerana kesalahan meliwat.

Dalam kegahiraan Azizah itu, beliau tidak terfikir, bahawa Langkah Kajang itu, sebenarnya bukan untuk beliau, tetapi untuk Azmin Ali.

Lihat bagaimana kelicikan Anwar berpolitik; beliau bertemu dengan Hadi Awang di Terengganu, dan ramai yang meramal bahawa Anwar mahu Presiden Pas itu menyokong Azizah, namun disebaliknya, Anwar mahu Pas menamakan Azmin Ali sebagai calon alternatif.

Lihat bagaimana, pakarnnya Anwar, apabila Pas menamakan Azmin sebagai calon alternatif, Azmin dengan pantas menolaknya. Lihat bagaimana Anwar bertindak, apabila Sultan murka, kerana PKR dan DAP enggan menghantar 3 nama, Azmin melakukan sidang akhbar, bahawa pemilihan Azizah tidak mengikut peraturan parti; tujuannya agar supaya, Azmin kelihatan tidak akur dengan pilihan Anwar; dengan itu akan memperkuat penolakan kepada Wan Azizah.

Kini, strategi Anwar melalui 2Anya sudah tercapai; walaupun selama ini Azmin menolak adanya strategi itu. Tindakan Khalid memecat Anwar sebagai Penasihat Eknomi Selangor, adalah untuk menjawab hipotesa, apakah Azmin itu ANAK EMAS ANWAR? Kalau Azmin tidak melantik Anwar apa sahaja fungsi di Selangor, maka hipotesa Azmin itu anak emas anwar adalah auta.

Langkah Kajang Anwar Satu Kejayaan Strategi 2A

BAGI mereka yang faham bagaimana cara Dato Seri Anwar Ibrahim bermain politik, Langkah Kajang yang berakhir dengan perlantikan Azmin Ali merupakan kejayaan Strategi 2A (Anwar-Azmin).

Langkah Kajang yang dicipta Anwar sebenarnya adalah untuk Azmin, kerana Anwar tahu daripada mula lagi, bahawa beliau tidak akan dapat bertanding, kerana masalah mahkamah yang dihadapinya. 

Untuk merealisasikan Strategi 2A, Anwar melakukan jalan yang jauh dan berliku. Anwar menamakan isterinya sebagai calon PRK Kajang, kemudian menamakan beliau sebagai calon tunggal MB Selangor. Anwar sanggup berbalah dengan istana, semata-mata untuk menyakinkan Azizah, bahawa suaminya benar-benar mahukan beliau sebagai MB, bukannya orang lain termasuk Azmin.

Anwar tahu, bahawa jika beliau menamakan Azmin, bukan sahaja Azizah membantah tetapi pemimpin lain termasuk Saifuddin Nasution Ismail, malah Khalid Ibrahim.

Poltik Anwar memang licik, sehingga mampu memperdaya penganalisis politik, kononnya, Langkah Kajang membawa malapetaka kepada Pakatan Rakyat. Namun seorang pemimpin politik veteran dan kini masih mempunyai jawatan politik peringkat tinggi, awal-awal lagi memberi tahu AYT, bahawa Langkah Kajang adalah untuk Azmin Ali, bukan untuk mana-mana pemimpin politik pembangkang termasuk Anwar.

Pada awalnya AYT, kurang menerima kenyataan itu, namun kini semuanya terbukti, bahawa Langkah Kajang sah milik Azmin Ali, apabila ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak merangkap Timbalan Presiden PKR dilantik ke jawatan MB Selangor ke-15 pada jam 10.40 pada Selesa. 23 September 2014.

Menurut pemimpin veteran itu, hanya melalui Azmin, Anwar mampu mencapai cita-citanya untuk menjadi Perdana Menteri Malaysia; dan hanya melalui Azmin juga, usaha agar Anwar jangan masuk penjara akan tercapai.

Tuesday, September 23, 2014

Apa Kah Azmin Ali MB kepada Selangor atau Anwar?

DALAM masa 100 hari apa kah Azmin Ali yang dilantik pada Selasa sebagai MB Selangor yang ke-15 merupakan MB kepada Negeri Selangor atau Anwar akan terlihat.

Dalam 100 hari bakal diketahui apakah hubungannya dengan pihak Sultan seperti yang dilakukan Khaild, kerana sebagai MB Azmin mengangkat sumpah kesetian kepasa Sultan, negeri dan rakyat Selangor; bukannya kesetian kepada pemimpin parti atau parti.

Kegagalan Wan Azizah mendapat perkenan kerana Presiden PKR itu awal-awal lagi mengaku bakal dikawal oleh pihak lain jika sekiranya beliau berjaya menduduki kerusi panas MB Selangor.

Khalid selepas dilantik sebagai MB dan mengangat sumpah, beliau benar-benar menjalankan tugas sesuai dengan sumpahnya, atas sebab itulah Anwar tidak senang dan mahukan beliau diganti.

Azmin dilantik sebagai MB Selangor pada selesa, akhirnya kemahuan beliau menduduki jawatan itu bermula sejak tahun 2008 akhirnya tercapai.

Dalam proses hingga sampainya Azmin menduduki jawatan itu, memang satu perancangan tersembunyi Anwar; memang Anwar dari dahulu mahukan Azmin menduduki jawatan itu; namun dalam kalangan PKR dan DAP serta PAS ramai yang tidak bersetuju dengan Timbalan Presiden PKR itu; namun sejak kemelut MB Selangor bermula, akhirnya Pas memberi sokongan kepada Azmin, kerana dalam semua ADUN PKR, hanya Azmin yang dilihat masih mempunyai sifat kemelayuan dan condong kepada agama islam.

Dalam merealisasikan agar Azmin dilantik sebagai MB, Anwar perlukan jalan berliku, bermula dengan Langkah Kajang- Berkeras melantik isterinya sebagai MB, namun dalam masa yang sama, Wan Azizah bertindak yang membawa kepada kecurigaan pihak istana, seperti kenyataan sanggup jadi boneka; Anwar sanggup berbuat tindakan "derhaka" dengan tidak mengindahkan permintaan Sultan agar menghantar 3 nama untuk proses pemilihan MB.

Anwar tahu, menjatuhkan Khalid bukan mudah, walaupun mantan MB itu tiada kedudukan dalam parti. Menamakan Azmin sebagai pengganti khalid tidak akan kesampaian, atas sebab itu Anwar mempergunakan isterinya untuk menjatuhkan Khalid, inilah yang tidak terbaca oleh sebahagian besar pemimpin PKR dan DAP sendiri; dan pada awalnya Pas, tetapi akhirnya Pas tersedar itu, atas sebab pada mesyuarat CWC Pas pada 17 Ogos, parti itu turut menamakan Azmin sebagai alternatif kepada Wan Azizah.

Azmin telah mengangkat sumpah, awal-awal Pas telah mengucapkan tahniah, namun DAP belum lagi kedengaran. Satu keadaan yang mencurigakan, bahawa dalam majlis mengangkat sumpah pagi tadi, tiada kelihatan wakil-wakil rakyat daripada DAP, kecuali Sepekaer DUN Hannah Yeoh.

Monday, September 22, 2014

Azmin Ali MB Selangor Yang Baru

Azmin begitu gembira apabila mendapat Surat Perlantikan sebagai MB Selangor Yang Baru.
NIAT Azmin sejak sekian lama untuk menggantikan Khalid Ibrahim akhirnya tertunai; apabila Sultan Selangor memperkenan beliau sebagai MB Selangor yang baru berkuatkuasa 23 September 2014.

Azmin yang juga merupakan ADUN Bukit Antarabangsa dan MP Gombak selain sebagai Timbalan Presiden PKR.

Pada 14 Ogos, Azmin merupakan salah seorang ADUN yang menandatangi surat akuan bersumpah untuk menyokong Wan Azizah Wan Ismail, namun sanggahan daripada Pas merupakan penghalang kepada Presiden PKR itu menduduki kerusi panas MB Selangor.

Sunday, September 21, 2014

Pas Berkrisis-Akibat Kerjasama Dengan Anwar: Tun Dr Mahathir

SESIAPA yang berkerjasama dengan Anwar, pasti akan berdepan masalah. Sebabnya, itulah sifat Anwar. Dalam Umno, beliau buat masalah, dalam PKR buat masalah, kini masalah menular kepada Pas. Pas kini berdepan dengan perpecahan antara ulama dan kumpulan profesional yang pro Anwar.

Menurut Tun Dr Mahathir, harap-harap Pas mendapat pengajaran daripada tindak tanduk Anwar, kerana Anwar tidak akan duduk tenang, kalau tidak mencipta masalah.

Terkini, masalah atau krisis ciptaan Anwar adalah melalui Langkah Kajang, di mana langkah itu menyebabkan kemelut MB Selangor.

Belum Ada Keperluan Mengubah Kepimpinan Sabah

APA KAH penyakit Anwar menular ke Sabah? Anwar mencipta Langkah Kajang dengan tujuan mengisi jawatan MB Selangor. Namun langkah itu disifatkan sebagai menggali kubur sendiri.

Kini di Sabah terdapatnya G-8, dan kini menjadi G-6 dan aktif menemui beberapa pemimpin dan terkini mereka menemuhi Dato Hishamuddin, salah seorang Naib Presiden Umno membicangkan pelan pertukaran kepimpinan negeri.

Sabah mempuyai 25 Bahagian Umno dan daripada 25 itu 17 Bahagian bermajoriti kaum bumiputera islam, di mana 32 ADUN yang disandang wakil-wakil rakyat Umno berlokasi.

G-6 adalah terdiri daripada Ketua-Ketua Bahagian Umno daripada kawasan bukan majoriti bumiputera islam; walaupun dikatakan kumpulan itu mendapat dokongan daripada pihak-pihak tertentu di kawasan yang diwakili bumiputera islam.

Kemuncak bagaimana tindakan G-8 (kini G-6) diketahui secara terbuka, apabila Ketua Bahagian Umno Sepanggar yang juga ahli parlimen kawasan itu mendedahkan pertemuan dengan Perdana Menteri pada 10 Julai lalu semasa berucap pada Mesyurat Bahagian itu baru-baru ini.

Diakui sendiri oleh Datuk Jumat Idris selaku jurucakap kumpulan itu, bahawa Perdana Menteri tidak melayan cadangan pelan kepimpinan negeri. Namun, kumpulan itu tidak berhenti di situ, malah semakin aktif dalam tindak tanduk mereka.

Kuasa melantik Ketua Menteri Sabah adalah dibidang kuasa Perdana Menteri; semuanya tahu itu. Namun mengapa kumpulan ini tidak mahu mengerti? Mengapa mereka mahu menceroboh bidang kuasa Perdana Menteri? Apa kah mereka tidak mahu menghormati atau tidak mengakui kuasa Perdana Menteri?

Satu persoalan mengapa kumpulan ini menimbulkan adanya keperluan mengubah kepimpinan negeri? Apa kah seperti tindakan Anwar? di mana sebenarnya tiada keperluan menggantikan Khalid Ibrahim. Dalam proses menggantikan Khalid, bukan sahaja menjadi krisis di Selangor, malah mereka melibatkan istana. 

Di Sabah? mengapa perlu adanya pergantian kepimpinan? bukan kah sejak Musa dilantik pada tahun 2003, ekonomi Sabah menjadi mapan. Bukan kah semasa Musa dilantik, simpanan kewangan negeri hanya di atas RM100 juta, berbanding sekarang lebih RM3 bilion.

Awal minggu ini, Tan Sri Pairin dalam satu kenyataan, bahawa perdagangan Sabah untuk 6 bulan pertama mengalami surplus RM4.9 bilion; surplus itu telah melampui bajet negeri tahun 2014 yang sebanyak RM4.088 bilion.

Apa yang sebenarnya dilihat kepada kejayaan seorang Ketua Menteri? pertama bagaimana Ketua Menteri itu meningkatkan pendapatan negeri, bagaimana seorang Ketua Menteri itu membangun negeri, baik secara fizikal mahupun sosio-ekonomi.

Sabah di bawa Musa, bukan sahaja berjaya membawa projek mega, di mana projek-projek itu membuka ribuan lapangan pekerjaan, malah mampu mendapatkan saham dalam pembangunan minyak dan gas samada dalam negeri tetapi juga di luar negeri Sabah. Kejayaan Musa bernegosiasi dengan Petronas untuk mendapatkan Saham 10 peratus pada LNG-9 yang berlokasi di Sarawak merupakan satu kejayaan kerajaan negeri.

Usaha menurunkan kadar kemiskinan sedang rancak dilakukan, kini kadar kemiskian dalam lingkunan 8 peratus; kadar itu masih dapat diturunkan jika semua program melalui Sabah Development Corridor (SDC) dan Hala Tuju Sabah telah matang.

Membangun sebuah negeri yang luas seperti Sabah bukan mudah, kerana berseleraknya daerah-daerah baik yang terletak di pedalaman mahupun persisir pantai. Satu kawasan akan cepat berkembang pesat, jika cukup dengan penduduk yang terlibat dalam sosio-ekonomi; namun jika suatu kawasan yang hanya didiami oleh mereka yang bersifat hanya untuk keperluan sendiri, maka sukar membangun kawasan itu.

Dapat lihat bagimana kawasan yang didokong oleh penduduk yang cukup, lihat bagaimana Putatan membangun, lihat bagaimana Penampang membangun, lihat bagaimana Sepanggar membangun. Bagi mereka yang jarang-jarang melawat kawasan Pantai Barat, pasti akan terkejut dengan kadar pembangunan kawasan ini sejak 10 tahun lalu. Demikian juga, di kawasan-kawasan lain, seperti Pantai Timur, pasti akan terkejut dengan kadar pembangunan yang dalam periode itu.

Contoh mudah, 10 tahun lalu, Pekan Kota Belud adalah hanya pekan kecil, kini Pekan itu, bukan sahaja mengalami transformasi pembangunan, malah jalan raya sudah semakin sempit, disebabkan kenderaan yang terlalu banyak. Apa ertinya itu? ertinya rakyat mempunyai wang sehingga mampu membeli kenderaan.

Musa merupakan seorang CEO yang tahu bagaimana mendatangkan laba untuk sebuah syarikat. Laba yang diperoleh bukan melalui turn over syarikat yang sama, namun melalui turn over yang senantiasa meningkat; senantiasa mencipa peluang pekerjaan.

Menghandaikan bahawa Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan pada keadaan Kerajaan kuat, bukan satu contoh yang boleh dikaitkan dengan Musa, Musa hanya jadi ketua menteri selama 10 tahun, lebih setahun jinx ketua menteri Sabah. Mahathir menjadi Perdana Menteri selama 22 tahun, malah lebih singkat berbanding Tun Taib mahmud menjadi Ketua Menteri Sarawak.

AYT bukan memperlekeh G-6 yang cuba membincangkan pertukaran kepimpinan negeri, namun perlu juga dilihat, apa kah sepak terajang mereka ini membawa kepada kemakmuran rakyat Sabah, atau hanya memenuhi keinginan masing-masing.

Rakyat kini telah bijak, tahu bagaimana menilai mana satu intan dan mana satu batu. Bagi AYT, tidak ternampakpun kumpulan G-6 ini mempunyai perjuangan untuk kemakmuran rakyat Sabah. Fikir-fikirkan lah.

Kemelut MB Selangor: Anwar Masuk Kubur Sendiri

TUN Dr Mahathir tidak perlu menunggu lama untuk melihat kegagalan Anwar. Anwar mahu menunjukkan kekuasaannya melalui Langkah Kajang. Tujuan langkah itu adalah untuk menduduki kerusi MB Selangor. Langkah Kajang tetap berlaku, namun niat Anwar tidak kesampaian kerana tersandung akibat dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat sebelum penamaan calon pada PRK itu. Anwar dijatuhi hukuman pada 7 Mac 2014 oleh Mahkamah Rayuan; beliau kini masih dalam ikat jamin sementara menunggu rayuan di Mahkamah Persekutuan.

Pada bulan puasa ramai yang menulis/mengulas bahawa Tan Sri Khalid Ibrahim tidak akan dapat menyambut Hariraya dengan aman dan gembira, kerana beliau akan dilucutkan jawatan oleh Anwar sebaik sahaja umat islam selesai berpuasa pada bulan ramadhan.

Benar juga, selepas sahaja umat islam menyambut Hariraya, Anwar mengumumkan nama isterinya sebagai pengganti MB Selangor, walaupun semasa pengumuman itu, beliau tidak meminta Khalid meletakkan jawatan.

Selepas pengumunan itu, maka rundingan dalaman dengan Khalid dilakukan, namun Khalid enggan memberi ruang kepada Wan Azizah, akibatnya Khalid dipecat daripada PKR. Walaupun dipecat Khalid, masih menganggap mempunyai sokongan majoriti DUN Selangor, kerana 15 ADUN Pas berada dibelakangnya dengan tambahan 12 ADUN BN tidak membantah beliau meneruskan tugas sebagai MB.

Namun, pada 14 Ogos, berlaku keadaan di mana Khalid kehilangan sokongan majoriti, apabila dua ADUN Pas membelot dan menyatakan sokongan kepada Wan Azizah. Dengan sokongan itu, maka Azizah mempunyai 30 ADUN termasuk dirinya. DUN Selangor mempunyai 56 kerusi. Sesiapa yang mempunyai sokongan lebih daripada 28 ADUN dianggap mempunyai sokongan majoriti mudah.

Berkaitan perkembangan itu, Khalid menghadap Sultan Selangor pada 23 ogos untuk mempersembahkan perletakan jawatan beliau, namun Sultan menangguh perletakan jawatan beliau sehingga urusan perlantikan MB Selangor yang baru. Ekoran tindakan Khalid itu,Sultan meminta parti-parti dalam Pakatan Rakyat menghantar lebih 3 nama untuk dipertimbangkan untuk dilantik sebagai MB yang baru; namun hanya PAS yang akur, manakala PKR dan DAP derhaka.

Kini, selepas beberapa minggu, kemelut MB Selangor akan sampai ke destinasi terakhirnya, apabila pihak istana telahpun mengedarkan kad jemputan bahawa perlantikan MB baru akan berlangsung pada 23 Sepetmber jam 10 di Istana Selangor.

Desas desus, tiga nama telah ditemuduga untuk jawatan itu, Azmin Ali daripada PKR, Iskandar Samad dan Ahmad Yunus daripada Pas.

Siapa kah diantara tiga nama itu bakal dilantik, sama-sama kita tunggu masa yang telah ditetapkan.

Apa yang jelas, berkaitan dengan kemelut MB Selangor yang dicipta Anwar, tidak mampu beliau tangani sendiri, dan membuktikan bahawa Anwar kecundang dalam tindakannya sendiri. Erti daripada tindakan Anwar itu, seolah-olah beliau menggali kubur untuk dirinya sendiri.

Saturday, September 20, 2014

Pengganti Khalid: Yang Jelas Bukan Wan Azizah

SULTAN Selangor hanya memanggil tiga pemimpin Pakatan Rakyat untuk mengadap dalam proses temuduga, untuk menentukan siapa yang bakal menggantikan Tan Sri Khalid Ibrahim yang telah dipecat daripada PKR, akibat daripada pemecatan itu, beliau kehilangan merit sebagai Menteri Besar.

Pemecatan Khalid, hanya disebabkan beliau tidak akur dengan desakan Anwar agar berundur agar supaya isteri Pemimpin Umum PKR itu boleh dilantik sebagai MB.

Menggantikan Khalid, memang dijadikan oleh Anwar sebagai agenda dalam Langkah Kajang. Pada awalnya, Langkah Kajang adalah untuk menjadikan Anwar sebagai MB Selangor, namun niat beliau tidak tercapai, apabila kehilangan kelayakan disebabkan dijatuhi hukuman penjara 5 tahun atas kesalahan meliwat.

Anwar menggantikan kedudukannya dengan isterinya, sebagai calon Kajang, dan bagi meneruskan niatnya, maka Khalid diminta berundur.

Keenggan Khalid berundur, selain tidak setujunya Pas dalam pergantian MB Selangor, menyebabkan krisis bukan sahaja dalam parti Pakatan Rakyat, malah mereka melibatkan pihak istana.

Kini, selepas 3 minggu krisis MB Selangor, pada Selasa akan diketahui siapa MB Selangor yang baru, yang jelas bukan Wan Azizah. Kemungkinan adalah Azmin Ali (PKR), Iskandar Samad (Pas) atau Ahmad Yunus (Pas).

Sabah Masih Perlu Musa

MUNGKIN ada segelintir ahli politik mahu Musa melepaskan jawatan. Mereka memberi hujah, kononnya demi peremajaan; demi pembaharuan, demi polisi yang baru.

Memang lazim apabila ada Ketua Menteri baru, sudah tentunya polisi dan pendekatan akan baru; setidak-tidaknya itulah yang bergolek pada segelintir ahli politik. Namun itu hanya alasan, sebab utamanya adalah agar seseorang yang mereka mahu menjadi ketua, agar supaya keinginan mereka tercapai.

Keinginan seseorang ahli politik adalah untuk mendapatkan habuan dalam bentuk projek dengan mengatasnamakan rakyat. Apabila keinginan mereka itu tidak terpenuhi, maka mulalah mereka mengatur langkah, menaikkan seseorang yang sanggup menunaikan kehendak mereka.

Musa mempunyai halatuju, Hala Tuju Sabah sebagaimana beliau gariskan selepas sahaja dilantik sebagai Ketua Menteri. Hala Tuju Sabah, beliau gunakan sebagai panduan untuk membangun Sabah, dalam semua bidang, termasuk sosio-ekonomi.

Apabila ada cadangan projek yang tidak menyumbang kepada Hala Tuju, sewajarnya diketepikan, kerana projek seumpama itu dirasakan tidak berimpak secara jangka panjang kepada pembangunan Sabah secara keseluruhan.

Projek yang bersifat in-situ, hanya bermatalamat jangka pendek, dan tidak memberi impak kepada pembangunan secara menyuluruh, sebaliknya hanya menguntungkan secara financial kepada pemohonnya. Keengganan Musa melayan permohonan projek seumpama ini, menyebabkan ada pemimpin yang bertindak mahu menggantikan Musa, termasuk memperburukan beliau kepada Perdana Menteri.

Apa yang terlepas pandang oleh kumpulan pemimpin ini, adalah Perdana Menteri mempunyai fakta dan angka, yang tidak dimiliki oleh sesiapa, kerana beliau adalah Perdana Menteri. Sebagai Perdana Menteri, sudah tentu beliau tahu bagaimana pencapaian seseorang Ketua Menteri atau Menteri Besar.

Jawatan Ketua Menteri di mana Umno merupakan tunjang kerajaan, adalah dibidang kuasa Perdana Menteri. Apabila ada orang lain yang cuba memasuki wilayah Perdana Menteri itu, dalam Bahasa kasarnya seseorang itu dianggap menceroboh.

Kenapa Musa mahu diganti? bukan kah sejak beliau dilantik sebagai Ketua Menteri, kewangan kerajaan negeri menjadi mapan; bajet tahunan mencecah RM4 bilion, dan merupa satu rekod. Untuk tahun 2014, enam bulan pertama, perdagangan Sabah mengalami lebihan RM4.9 bilion; ertinya lebihan itu akan masuk simpanan negeri. Untuk menggunakan lebihan kewangan itu, maka bajet tahunan akan ditingkatkan; adalah diperkirakan bajet tahunan negeri untuk tahun 2015 akan mendekati RM5 bilion atau mungkin lebih.

Kerajaan negeri telah mengurus berbagai projek yang bersifat labour intensif seperti PIOC, Samur dan lain-lain. Projek-projek seumpama itu telah mencipta 25,000 peluang pekerjaan.

Kalau dalam sebuah syarikat, pencapaian seseorang CEO dilihat daripada untung yang dicipta melalui operasi syarikat, namun sebagai Ketua Menteri, apa yang dinilai, bagaimana seorang Ketua Menteri memperbagai aktiviti selain mencipta peluang pekerjaan, menambah pendapatan negeri, juga menambah pendapatan rakyat.

Bagi mereka yang bukan bermastautin di Pantai Barat Sabah, lihat keadaan kawasan Kota Kinabalu, Penampang, Putatan malah kea arah Tuaran, kawasan itu pesat membangun, dan sudah tentunya pembangunan itu mampu mengwujudkan peluang pekerjaan juga peluang perniagaan. 

Bukan sahaja wilayah Pantai Barat yang mengalami pembangunan yang pesat, malah Pantai Timur termasuk kawasan kudat dan Pedalaman. Sipting tidak lama lagi akan menjadi pusat pengeluaran urea, manakala Kimanis kini sebagai Pusat Gas, menyusul kemudian adalah daerah Kota Belud.

Dalam segi politik, Musa melalui tiga Pilihanraya Umum, dengan pencapaian kuasa 2/3 di DUN Sabah, malah menyumbang kawasan Parlimen yang cukup yang diperlukan oleh Kerajaan Pusat.

Memang, pada PRU-13, kawasan KDM dan Cina, banyak kawasan yang kalah, itu bukan kerana Musa, kekalahan itu atas sebab penolakan suku kaum KDM dan cina yang merupakan kompnen parti Bn. Penolakan itu bukan sahaja berlaku di Sabah malah seluruh negara. 

Friday, September 19, 2014

Perlu Kah Pertukaran Kepimpinan Sabah?

KALAU dalam syarikat; perubahan peneraju, jika syarikat itu tidak mampu bersaing lagi, kehilangan memontum untuk maju, pengurusan yang ada tidak mampu mendatangkan keuntungan lagi kepada syarikat.

Bagi sebuah organisasi pula, jika pimpinan yang ada sudah tiada kemampuan lagi baik daripada segi mental mahupun fizikal; sehingga tiada lagi idea-idea baru yang mampu ditonjolkan, sehingga organisasi itu kelihatan tiada uummhh lagi.

Demikian juga dalam parti politik, jika pemimpin sesebuah parti politik itu tiada sokongan lagi, dalam hal ini sokongan rakyat, maka mahu tidak mahu seseorang itu perlu berhenti agar supaya pemimpin lain boleh mengambil alih, tujuannnya hanya agar parti itu kekal relevan, masih disokong dan seterusnya boleh membela penyokong dan ahli-ahlinya.

Dalam kes Sabah, Datuk Musa Aman hanya dilantik sebagai Ketua Menteri pada tahun 2003; dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, telah melalui tiga orang Perdana Menteri, bermula darpada Tun Dr Mahathir, Tun Abdullah Ahmad Badawi dan kemudian Dato Seri Najib Razak. Perlantikan Musa, tidak selama jika dibandingkan dengan mantan Ketua Menteri Sarawak, Dato Abdul Ghani Othman (Johor); Datuk Adenan Yacob (Pahang).

Juga dalam perjalanannya sebagai Ketua Menteri, beliau melalui tiga pilihanraya umum, pertama tahun 2004, kemudian tahun 2008 dan terakhir tahun 2013.

Memang daripada segi prestasi, pada tahun 2013, memang berlaku penurunan, kerana untuk pertama kali 12 ADUN dimenangi pembangkang, manakala kerusi parlimen relatif sama, walaupun bertambah satu iaitu Parlimen Penampang.

Keadaan tahun 2013, tidak boleh dikatakan penurunan prestasi Musa, kerana keadaan berlaku juga di Sarawak, samada melalui PRN negeri bumi kenyalang itu pada tahun 2011 atau pilihanraya parlimen. Pada PRU-13, rata-rata kawasan yang mempunyai pungundi yang marjinal seperti di selangor, Johor, Pulau Pinang, malah di Pahang berlaku penurunan jumlah kerusi Bn; malah di Terengganu walaupun pengundi majoriti hanya satu kaum, BN hampir tumpas.

Di Sabah, walaupun kehilangan 12 kerusi, 11 kerusi itu adalah kawasan cina dan KDM terkecuali DUN Klias yang dimenangi Datuk Lajim Ukin, pemimpin utama Bisaya, dan kawasan itu merupakan majoriti bisaya; itupun kemenangan Lajim hanya 140 uni.

Walaupun Sabah kehilangan 12 kerusi DUN, namun kerajaan Negeri masih memerintah dengan kuasa 2/3 di DUN Sabah. 

Tindakan G8 Ketua-ketua Bahagian Umno (dua orang sudah mengaku diperalat/diperangkap), di mana Ketua Bahagian Sepanggar merangkap ahli parlimen Sepangar- Jumat Idris, mengaku sebagai jurucakap kepada kumpulan itu untuk membincangkan pertukaran kepimpinan negeri kepada Perdana Menteri, seharusnya tidak berlaku, pendapat demikian diluahkan sendiri oleh Speaker Dewan undangan Negeri Sabah- Datuk Seri Salleh Tun Said, kerana menurut beliau kuasa melantik Ketua Menteri adalah prerogatif Perdana Menteri.

Membincangkan sesuatu dibawah bidang Perdana Menteri, boleh dikatakan semacam lawan tauke; atas sebab itu, PM tidak melayan permintaan itu; malah perjumpaan yang seharusnya membicangkan soal-soal progran sosio-ekonomi bagi kawasan-kawasan yang diwakili G-8 itu akhirnya tidak dilayan; atas sebab apa? dibenak PM, awak-awak semua tidak mengikut saluran!!!. "Dalam benak PM, Pengerusi Perhubungan Umno dan Ketua Menteri saya yang lantik, mengapa awak-awak mendahului saya"

Nampaknya G-8 ini tidak menerima konsep Satu Ketua sepertimana yang dicanangkan oleh Datuk Salleh pada Mesyuarat Umno Bahagaian Kota Belud baru-baru ini; nampaknya mereka merasa boleh juga menjadi ketua; dengan cara memberi dakawaan yang berkaitan dengan Ketua Menteri Sabah.

Nampaknya, Datuk jumat Idris, ternampak tidak ikhlas dalam ucapannya pada Mesyuarat Umno Sepanggar baru-baru ini, atas sebab apa? hari ini di wall facebook beliau, beliau masih lagi menulis dan merujuk dengan perjumpaan dengan PM pada 10 julai lalu. 


Salam jumaat nampak nya seorang lagi ketua bahagian kena tekanan tahap tinggi dan buat kenyataan menafikan terlibat dengan pelan peralihan kuasa. Politik sabah sudah macam flem bollywood


Jumat Idris SD kronologi nya bermula apa bila pemimpin kdm bn dan pemimpin kdm dalam umno merasa tidak puas hati dengan perkongsian kuasa dlm bn negeri. Ianya dimulakan oleh dato seri salleh tan sri pandikar amin datu amir kahar datuk lajim dan Dsp ghafur sejak sebelum PRU lagi. Datuk lajim memilih keluar umno tapi kami ikut barisan. Benda ni mcm gunong berapi kerana isu sosio ekonomin dan politiking dalam umno sendiri . Kemuncaknya apabila pemimpin kanan parti parti komponan berjumpa dengan saya dan mohon sesuatu harus dilakukan maka pejabat PM siapkan apoinmen untuk PM mendengar semua pandangan dan laporan mengenai kawasan masing masing dari aspek sosio ekonomi rakyat terutama kaum bumi. Ekoran itu banyak pertemuan berlaku diantara pemimpin bn dan umno serta pemimpin komponan dengan PM. Apa yang meteka lapor pada PM saya tidak tahu tetapi mereka ini berjumpa saya di parlimen dan Mohon supaya saya jadi jurucakap saja


Jumat Idris Tekanan dan habuan sentiasa datang apabila timbul sedikit usikan terhadap pimpinan sabah. Kalau flem hindi siapa menentang akan dibeli kalau engan terima tawaran akan dibunoh


Jumat Idris Prinsip nya semua pemimpin harus hormat pendirian dan pandangan masing masing dalam isu pelan peralihan kuasa ni. Saya hormat apa pendirian mereka tapi kena hormati juga pendirian saya selaku pemimpjn sepanggar. Pelan peralihan tidak bertujuan mengujudkan perpecahan dalam umno sabah malahan demi keutohan kerajaan barisan nasional sabah. Pelan ini sokong oleh parti pbs upko mca dan ldp selain majoriti ketua bahagian. Coba lihat berapa ketua bahagian yang tampil menentang pelan peralihan kuasa ini. Pehak ketua menteri tak boleh menganggap kami musoh kerana apa yang disampaikan pada PM adalah fakta dan rasionalnya kenapa perlu peralihan kuasa. Ini mengenai politik sabah bukan sepanggar dan dilihat dari perspektif politik BN itu sendiri. Saya yakin ketua ketua bahagian dapat SIGNAL melalui ucapan PM semasa majlis buka puasa iaitu selepas kami melaporkan pelan peralihan kuasa. Kalau itu pun tidak mampu baca bukan lah pemimpjn politik

Jumat Idris Pak min saya cuma ajukan pelan peralihan kuasa bukan merampas kuasa . Mau menang mesti kuat mau kuat mesti bersatu bagaimana bersatu harus kuatkan siratul rahim . Kalau pelan ini difikir wajar dan PM yakin ujudnya keperluan berbuat demikian maka pertukaran harus berlaku secepatnya kerana orang baru perlu masa untuk kuatkan parti dan BN selain menarik keyakinan penjawat awam. Kalau PM buat keputusan tidak perlu maka dato musa aman akan kekal dan semua ketua bahagian akan akur dan sokong. Kenapa isu ini dilihat sebagai nagatif dan bertindak ala flem hindi pula.
Jumat Idris ASN betul lah tu tekanan peranca politik. Tapi geopolitik masa kini sudah memasuki era dimana rakyat cukup matang bercakap mengenai demokrasi Kebebasan bersuara dan sebab itu isa dimansoh bukan begitu tuan

8 Ketua Bahagian Umno Bertemu PM: Siapa Diperalat dan Siapa Memperalat?

10 Julai 2014 adalah pertemuan antara Perdana Menteri Dato Seri Najib Tun Razak dengan Ketua-Ketua Bahagian Umno majoriti diduduki kaum Kadazan Dusun Murut (KDM); pertemuan itu merupakan inisiatif satu-dua Ketua Bahagian di mana kawasan masing-masing bukan diwakili oleh Umno akan tetapi oleh parti komponen BN.

Tujuan pertemuan itu sebenarnya untuk membincang dengan Perdana Menteri bagaimana membantu kawasan-kawasan tersebut daripada segi projek atau program yang boleh membantu rakyat.

Malangnya, peluang itu digunakan oleh 3-4 orang Ketua Bahagian sepertimana pengakuan Ketua Bahagian Beluran Datuk James Ratib. Ketua Bahagian Kudat Datuk Bolkiah Ismail dan Ketua Bahagian Sepanggar Datuk Jumaat Idris, untuk membincangkan pelan pertukaran kepimpinan Negeri Sabah. 

AYT tidak perlulah menyebut 5 Ketua bahagian lain yang terlibat dalam tulisan ini, disebabkan Jumaat Idris telahpun menyebut nama-nama itu pada ucapannya semasa mesyuarat Umno bahagian Sepanggar baru-baru ini.

Dua nama yang disebut Jumaat sudahpun bersuara, bermula daripada Datuk Bolkiah dan pada Khamis diikuti oleh Datuk James Ratib.

Kedua-kedua Ketua bahagian itu menyatakan diperangkap/ diperalat, pada pertemuan dengan PM itu.

Dalam perkembangan yang sama Speaker Dewan Undangan Negeri Sabah Datuk Salleh Tun Said dipetik sebagai berkata, bahawa membincangkan pelan peralihan pemimpin negeri seharusnya tidak berlaku, atas sebab perlantikan Ketua Menteri Sabah adalah prerogatif Perdana Menteri.

Sebenarnya, pokok panggal kepada ketidak puashatian satu-dua Ketua bahagian yang bukan merupakan wakil rakyat itu adalah daripada segi projek daripada kerajaan negeri. Sebenarnya, mereka ini dari awal-awal lagi membolot projek-projek di kawasan masing-masing; apabila Musa menyedari perkara itu, maka memutuskan bahawa pemimpin atau orang lain juga perlu dibantu, bukannya hanya seorang. Inilah puncanya mengapa satu-dua Ketua bahagian itu mengambil jalan memburuk-burukan Musa kepada Perdana Menteri.

Perdana Menteri tahu fakta dan figure, ini yang terlepas pandang oleh Ketua-Ketua Bahagaian yang dimaksudkan. Semalam, dalam satu ucapan Musa yang dibacakan oleh Timbalan Ketua Menteri Sabah Tan Sri Joseph Pairin Kitingan, bahawa sejak enam bulan tahun ini, Sabah mengalami surplus perdagangan sebanyak RM4.9 bilion, ertinya bajet Sabah untuk tahun 2014 yang berjumlah RM4.088 bilion sudah terlampui. Dengan adanya surplus itu, maka simpanan kewangan negeri akan melonjak lagi. Adalah diperkirakan bahawa bajet Sabah untuk tahun 2015 yang dibentangkan pada suku akhir tahun ini nampaknya akan menjadi rekod lagi.

Malang sungguh, bagi ketua-ketua bahagian yang terpengakap dengan tindakan itu; untuk itu, dalam berpolitik janganlah terlalu haloba, kerana kerana kehalobaan itu akan membawa padah pada diri sendiri. Niat yang tidak ikhlas, tidak akan lama bertahan, akan terdedah, dan akhirnya membongkar nawaitu sendiri.

Thursday, September 18, 2014

MB Selangor Yang Baru; 23 September Angkat Sumpah. Siapa?

ADA yang mengatakan Timbalan Presiden PKR Azmin Ali bakal dilantik, walaupun Wan Azizah merupakan pilihan PKR dan DAP serta dua ADUN Pas yang membelot. Di lain pihak, Pas dengan 13 ADUNnya masih menyokong Khalid Ibrahim. Siapa kah yang mendapat perkenaan Tuanku Sultan Selangor.

Ditetapkan bahawa pada Selasa depan 23 September majlis perlantikan dan angkat sumpah. Sama-sama kita tunggu.

Wednesday, September 17, 2014

Kemelut MB Selangor: Pas Mahu Kekalkan Khalid

PADA Muktamar Pas yang berlangsung di Johor hari ini, dua sayap parti itu mahu mempertahankan Tan Sri Khalid Ibrahim untuk meneruskan tugas sebagai MB Selangor.

Pemuda Pas sebulat suara keputusan Majlis Syura dan Persiden parti itu untuk mengekalkan Khalid. 

Sementara itu, Dewan ulama parti itu juga membuat keputusan untuk mengekalkan Khalid, malah Dewan itu sama sekali tidak bersetuju dengan Langkah Kajang.

Walaupun dua sayap Pas mahu mengekalkan Khalid, namun disebabkan jumlah ADUN yang menyokong MB itu, bukan majoriti dalam ADUN Selangor, maka adalah sukar untuk mempertahankannya, kecuali dua ADUN Pas yang membelot ADUN Hulu Kelang dan Morib kembali ke pangkal jalan.

Memang sukar untuk mempertahankan Khalid, dalam situasi jumlah ADUN yang menyokong beliau. Khalid hanya mendapat sokongan 13 ADUN Pas dan 12 ADUN BN tidak membantah, dan Khalid sendiri hanya berjumlah 26 kurang 3 untuk majoriti mudah.

Tuesday, September 16, 2014

Gagasan Persekutuan Malaysia: Kes Sabah

PUNCA Pembentukan Persekutuan Malaysia bermula apabila pada 27 Mei 1961 di Singapura, Perdana Menteri Malaya Tunku Abdul Rahman Al-Haj mencadangkan idea itu.

Idea atau gagasan itulah yang merupakan satu detik penting yang membawa perkembangan parti politik di Sabah. Selian itu, Kemerdekaan Malaya pada 31 Ogos 1957 juga merupakan satu katalis kepada penubuhan parti-parti di Sabah.

Lanjutan daripada gagasan penubuhan Malaysia maka menjadi pelancar kepada kesedaran politik dan menyebabkan muncul-munculnya parti-parti politik di Sabah dan matalamat parti-parti itu adalah untuk Sabah merdeka.

Secara faktanya gagasan penubuhan Malaysia dikemukakan oleh Tunku dalam persidangan dengan persatuan Wartawan Luar Negeri Asia Tenggara bertempat di Hotel Adelphi, Singapura.

Menurut Tunku melalui cara penubuhan Malaysia, maka mempercepat kemerdekaan Borneo Utara (North Borneo), Sarawak dan Brunei.

Matalamat kedua penubuhan itu, agar supaya kekuatan ekonomi di semua wilayah itu akan signifikan kepada rantu ini.

Disamping itu, melalui penubuhan satu negara baru, ianya boleh membendung resapan komunis di wilayah-wilayah berkaitan.

Peranan Parti Politik Sabah ke Arah Kemerdekaan Sabah

United National Kadazan Organization (UNKO)

Parti United Kadazan Organization (UNKO) merupakan parti pertama di tubuhkan di Sabah Parti ini di anggotai oleh kaum Kadazan dan kumpulan Kristian lain seperti Rungus dan Murut. Antara tokoh-tokoh penting UNKO, selain Donald Stephens ialah seperti Peter Mojuntin, Herman Luping, Ganie Gilong dan G.S Sundang.

Rancangan untuk menubuhkan parti UNKO ini mula di fikirkan pada 26 Mac 1961. UNKO di tubuhkan berasaskan penyatuan pertubuhan-pertubuhan sosial dan kebudayaan orang Kadazan di seluruh Sabah untuk membentuk satu pertubuhan politik. Proses pembentukannya telah di pesatkan lagi apabila pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman mengumumkan di Singapura cadangan gagasan Malaysia.

Rentetan daripada pengumuman gagasan Malaysia ini, Persatuan Sosiobudaya Kadazan telah mengadakan satu Kongres Persatuan di rumah kediaman Donald Stephens. Dalam kongrses tersebut satu resolusi telah di luluskan bagi menubuhkan satu lembaga pusat untuk menyelaraskan semua kerja-kerja Persatuan Kadazan di Sabah. Kongres telah mengambil keputusan untuk menamakan Lembaga Pusat itu sebagai The United National Kadazan Organization (UNKO). Pertubuhan ini merupakan parti politik suku Kadazan yang berpusat di pantai barat Sabah yang di tubuhkan pada bulan Ogos 1961 yang di pengerusikan oleh Donald Stephen iaitu seorang ahli perniagaan peranakan Australia-Kadazan dari Jesselton (Kota Kinabalu).Beliau adalah saudagar balak (timber magnate) dan juga terkenal sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times.(kemudiannya di kenali sebagai Sabah Times). Kekayaan hasil konsesi balak yang di perolehi daripada penjajah British,telah membolehkan menampung perbelanjaan kegiatan parti politik UNKO .Melalui pengelibatan beliau sebagai pengarang akhbar North Borneo News and Sabah Times telah memudahkan penyampai pandangan UNKO mengenai politik Sabah dan Malaysia secara lebih berkesan.

Pada awal penubuhan UNKO, ia mendapat sokongan terbesar daripada kalangan orang-orang Kadazan/Dusun Pantai Barat, terutamanya dari Penampang dan Papar. Kebanyakan ahli-ahli jawatankuasa kerja adalah terdiri daripada mereka yang beragama Kristian.Pada awal penubuhannya, UNKO hanya membuka keahliannya kepada orang-orang Kadazan/Dusun termasuklah orang Dusun dan Sino-Kadazan. Donald Stephens percaya dengan jumlah penduduk Kadazan/Dusun seramai 167,367 (32 % dari jumlah penduduk Sabah) pada tahun 1960 sudah cukup bagi UNKO untuk berdiri dengan teguh sebagai sebuah parti politik dan boleh menjadi dominan partner dalam sebarang penggabungan parti politik lain yang wujud di Sabah.

Saingan Parti UNKO

Namun apabila parti United Sabah Nation Organization (USNO) wujud dengan dasarnya yang membuka keahlian kepada semua kaum bumiputera di Sabah sama ada beragama Islam atau tidak telah menyebabkan kedudukan parti UNKO tergugat. Dasar USNO yang membuka keahliannya kepada semua kaum ini telah menarik ramai sokongan orang-orang Dusun yang tidak setuju dengan penggunaan istilah Kadazan sepertimana dasar perjuangan UNKO telah menyertai parti USNO. Golongan Dusun khuatir dengan kedudukan mereka dalam UNKO memandangkan mereka kurang maju dalam pelajaran dan ekonomi akan mudah di dominasikan oleh orang-orang Kadazan Penampang yang sedia lebih berpelajaran dan lebih berada berbanding orang-orang Dusun. Ini terbukti apabila mereka menyaksikan keahlian parti politik UNKO banyak di kuasai oleh orang Kadazan Penampang.

Menurut Donald Stephens, matlamat utama penubuhan UNKO ialah untuk menyatupadukan rakyat Kadazan/Dusun dan Murut supaya mereka pada akhirnya berkerjasama dan bersatu dengan etnik-etnik yang lain untuk memajukan serta membangunkan negeri Sabah. Selain itu, tujuan penubuhan UNKO juga adalah untuk memperkuatkan perhubungan di antara orang-orang Kadazan/Dusun agar mereka dapat memperjuangkan satu cita-cita dan satu matlamat dalam politik, ekonomi, dan sosial, di samping menggesa kerajaan British supaya tidak mengabaikan hak-hak bumiputera Sabah, terutamanya orang-orang Kadazan/Dusun.Ia juga bertujuan untuk menggalakkan semangat orang-orang Kadazan/Dusun supaya bersatu dan tidak mudah mengalah kepada orang-orang lain, agar terus hidup dalam suasana kegembiraan, keharmonian dan kesederhanaan.. 

Penyebab United Sabah National Organization (USNO) Ditubuhkan

Kemunculan UNKO telah menimbulkan rasa kebimbangan di kalangan penduduk bumiputera Islam di Sabah. Oleh itu, bumiputera Islam telah menubuhkan parti politik mereka sendiri,iaitu United Sabah National Organization(USNO) yang mewakili cita-cita dan objektif komuniti Melayu Muslim di Sabah .Ia di lancarkan di Kudat oleh Tun Datu Mustapha pada 23 Disember 1961, empat bulan selepas penubuhan UNKO.

Sebenarnya kewujudan parti USNO ini adalah hasil daripada kesedaran orang-orang Melayu Islam terutamanya Datu Mustapha Harun dan pemimpin-pemimpin Islam Sabah yang bergiat dalam berbagai persatuan Islam.

Kebanyakan pemimpin persatuan Islam tersebut menjadi pemimpin dalam parti USNO. Di antara mereka yang menjadi pengasasnya ialah Datuk Hj.Zakaria Gunn, Datuk Ahmad Mahmud, Hj.Yusuf Shamsuddin, Parman bin Hassan Raji, Datuk Hj. Ariffin, Datuk Abd. Malik Jangkat, Datuk Othman Hj.Sidik dan Datu K.M Edinin.

Pemimpin utama Persatuan Islam Putatan, Allahyarham Datuk Hj. Abu Bakar Titingan adalah Timbalan Presiden USNO yang pertama. Pemimpin-pemimpin Islam ini telah berjaya menggabungkan persatuan-persatuan sosial dan Islam seluruh Sabah di bawah naungan satu parti politik.

Sejak awal penubuhan parti USNO ini, ia telah di pimpin oleh Datu Mustapha Datu Harun yang merupakan seorang pemimpin bumiputera tempatan yang sangat kuat pengaruhnya di kalangan orang Islam Sabah sejak awal tahun 1950-an. Sebelum penerajui kepimpinan parti USNO, beliau pernah memegang jawatan sebagai Ketua Anak Negeri Gred Satu yang membawa gelaran Orang Kaya-kaya dan di lantik menjadi ahli Majlis Perundangan Sabah pada tahun 1955.

Pada 24 Disember 1961, Datu Mustapha menggariskan cogan kata Parti iaitu Bersatu, Bersedia, Berkhidmat kearah mencapai kemerdekaan melalui Malaysia. USNO sejak awal lagi menyokong gagasan Malaysia kerana ia dapat menjamin perkembangan ekonomi dan kestabilan politik Sabah. Malah pembentukan ini mampu menyekat perkembangan komunis di Sabah.

Datu Mustapha adalah pemimpin pertama Sabah yang menyokong agama Islam di jadikan agama rasmi Sabah dan begitu juga Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi. Dasar ini ketara bertentangan dengan dasar UNKO dan inilah yang menyebabkan kontroversi antara dua parti ini. Namun kedua-dua parti ini bersatu menjelang penubuhan Malaysia.

United National Pasok-Momugun Organization (PASOK-MOMUGUN)

PASOK-MOMUGUN di anggotai oleh suku-suku bumiputera dari kawasan pedalaman Sabah. O.K.K. Sedomon dan O.K.K. Sundang iaitu dua orang adik-beradik telah memimpin parti ini sejak ia di tubuhkan. Orang Murut berasa bimbang bahawa kemungkinan mereka akan ketinggalan dalam arus perubahan yang pesat di Sabah berbanding dengan orang Kadazan dan Melayu Muslim. Oleh itu, G.S.Sundang keluar dari UNKO dan menubuhkan United National Pasok Momugun Organization (Pasok Momugun) pada 4 Januari 1962 bersama-sama dengan Orang Kaya-Kaya Sedomon. Perkataan Pasok Momogun dalam bahasa Dusun membawa maksud People Of the Country,tetapi ia di anggotai oleh kebanyakan kaum Murut dan Dusun di Sabah .Pasok Momogun di tubuhkan oleh golongan Bumiputera Sabah yang tidak setuju dengan USNO yang menyokong gagasan Malaysia dan penggunaan “Kadazan” oleh UNKO.

Tujuan parti ini di tubuhkan adalah untuk melindungi hak kaum Bumiputera di kawasan pedalaman dan di sokong oleh segelintir orang Cina yang bimbang tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai Malaysia. Misalnya, Khoo Siak Chiew, seorang tauke Cina dari Sandakan menyuarakan kebimbangan mengenai Sabah akan di jajah oleh Tanah Melayu sekiranya Sabah tidak di beri hak berkerajaan sendiri terlebih dahulu.

Pada peringkat awalnya, orang Cina menggunakan orang Murut sebagai alat untuk menentang penubuhan Malaysia.Tauke-tauke Cina seperti Peter Chin dari Kota Kinabalu dan Khoo Siak Chiew dari Sandakan memberi sokongan kewangan kepada orang Murut untuk menubuhkan parti politik. Sebuah laporan di buat bahawa pada tahun 1962, United Party telah menyumbang wang sebanyak $250,000 kepada Pasok Momogun.

Pada dasarnya, Pasok Momogun juga menentang penubuhan Malaysia kerana kebimbangan terhadap dominasi Melayu Islam. Selain itu juga,parti ini mahukan Sabah mencapai kemajuan dan kemerdekaan sendiri sebelum menyertai sebarang persekutuan. Namun, walau bagaimanapun akhirnya Peter Chin dan Khoo Siak Chiew menerima pembentukan gagasan Malaysia apabila mereka sedar bahawa gagasan itu pasti akan menjadi kenyataan.

Setelah itu, bantuan kewangan kepada Posok-Momogun pun dihentikan dan G.S.Sundang di tinggalkan dengan sikap anti Malaysianya. Selepas itu, pengaruh Pasok-Momogun pun semakin merosot dengan beberapa kehadiran parti Cina dan parti Cina tersebut telah mula bergerak kearah berkerjasama dengan UNKO dan USNO.

Setelah melihat perkembangan itu, akhirnya G.S. Sundang akhirnya terpaksa akur lalu mempertimbangkan semula gagasan Malaysia. 

Akhirnya, pada November 1962, Pasok Momogun menyertai Parti Perikatan Sabah sebagai salah satu komponen parti yang menyokong Malaysia. Kemudian Pasok Momogun telah bergabung dengan UNKO pada Jun 1964 membentuk United Pasok Momogun Kadazan Organization (UPKO).

Adalah dapat di lihat bahawa penubuhan Pasok Momogun ini berkait rapat dengan gagasan Malaysia dan akhirnya menjadi satu parti yang terdapat dalam Parti Perikatan Sabah.

Parti Politik Cina

Orang cina juga telah mula mencari idea terbaik untuk melindungi kepentingan komunitinya di Sabah. 

Timbul kebimbangan di kalangan orang Cina bahawa pembentukan gagasan Malaysia ini bukan sahaja menggugat peluang ekonomi mereka, malah orang Cina juga beranggapan ia akan membawa dominasi politik orang Melayu dan menjejaskan kedudukan bahasa Cina dan pendidikan mereka di Sabah.

Muncul dua aliran reaksi orang Cina di Sabah terhadap pembentukan gagasan Malaysia. Pertama, di satu pihak mereka inginkan sebuah pertubuhan politik, manakala di satu pihak lagi mereka inginkan sebuah badan bukan politik untuk memperjuangkan kepentingan mereka di Sabah. 

Akhirnya, orang Cina yang inginkan pertubuhan politik telah menubuhkan parti politik mereka pada tahun 1962. Pada awal tahun 1962, terdapat dua buah parti Cina iaitu North Borneo Democratic Party (NBDP) yang di bentuk di Kota Kinabalu yang di pimpin oleh Peter Chin dan United Party (UP) yang di bentuk di Sandakan pada Febuari 1962 yang di pimpin oleh Khoo Siak Chiew. United Party ini di sertai oleh peniaga-peniaga kaya dari golongan Hakka dan Teochew yang berpendidikan Inggeris serta sebilangan kecil golongan profesional.NBDP pula mewakili peniaga dan pedagang sederhana dari golongan Hokkien dan Hakka yang kebanyakan daripada mereka berpendidikan Cina.

Kedua-dua parti Cina ini inginkan Sabah mencapai kerajaan sendiri terlebih dahulu sebelum menyertai Malaysia. UP berpendapat bahawa penubuhan Malaysia adalah perkembangan yang terlalu awal bagi Sabah. Sementara NBDP menuntut taraf berkerajaan sendiri,tidak ada bahasa atau agama rasmi,bahasa Inggeris terus di kekalkan,hubungan rapat dengan Tanah Melayu dan Singapura mesti di jalankan secara beransur-ansur serta hendaklah di tentukan taraf orang Cina kacukan Dusun (Sino-Dusun) di Sabah.

Jika dibandingkan parti ini dengan UNKO dan USNO parti ini kecil yang memperjuangkan kepentingan dan masa depan komunitinya di Sabah. Penubuhan dua buah parti ini semakin penting memandangkan sejak tahun 1960, komuniti Cina telah menguasai 32 lesen kayu balak dan 90% ekonomi Sabah juga berada pada tangan orang Cina.Maka kepentingan ekonomi mereka di Sabah perlu lah di lindungi.

Menjelang pilihanraya tempatan pertama di Sabah, pada Febuari 1962, wakil-wakil Malayan Chinese Association (MCA) dari Tanah Melayu telah melawat Sabah dan berjaya memujuk kedua-dua buah parti ini untuk membentuk gabungan bagi mewakili komuniti Cina dalam pilihanraya yang akan di adakan di Sabah .Di bawah pimpinan Dr.Lim Swee Aun, MCA berjaya menyatukan kedua-dua parti tersebut untuk membentuk Borneo Utara National Party(BUNAP) pada 12 Oktober 1962.

Pada masa yang sama juga, MCA berjaya mengurangkan kebimbangan orang Cina tentang kedudukan ekonomi mereka apabila menyertai dan ini sekali gus mempengaruhi mereka untuk berkerjasama dengan kaum lain dalam proses Sabah menghadapi pilihanraya dan mencapai kemerdekaan. Menjelang tahun 1962, parti ini mengumumkan penerimaan gagasan Malaysia dan bersedia untuk berkerjasama dengan parti-parti yang menyokong gagasan Malaysia dan ini sekali gus telah membawa kepada penyertaan BUNAP dalam parti Perikatan Sabah.

Apabila Sabah menyertai Malaysia dan namanya ditukar daripada Borneo Utara kepada Sabah ,iaitu pada 16 Sept. 1963, nama BUNAP ditukar kepada Sabah National Party (SANAP).

Perikatan Sabah

Parti perikatan Sabah di anggotai oleh UNKO,USNO,SANAP dan PM. Penubuhan Perikatan ini adalah atas intensif dan usaha pemimpin-pemimpin politik Sabah dan Persekutuan Tanah Melayu bagi mewujudkan satu perpadun untuk menyokong penubuhan gagasan Malaysia.

Pada awal penubuhan perikatan ini (1962-1967) masih wujud perbezaan pendapat dan asas antara parti yang menganggotai perikatan ini. Persengketaan dan perbezaan pendapat ini jelas kelihatan terutamanya antara parti UNKO dan USNO.Namun disebabkan oleh beberapa perkara akibat ancaman Filipina yang menuntut Sabah dan Konfrontasi Indonesia, persengketaan ini terpaksa di lupakan demi kepentingan dan kemerdekaan Sabah.

Pemimpin seperti Datu Mustapha, Donald Stephens, G.S.Sundang dan Khoo Siak Chiew telah bersama-sama menyatakan bahawa penduduk Sabah adalah bersaudara dan mereka harus berkerjasama untuk mewujudkan sebuah negeri yang makmur. Namun ia tidak dapat bertahan lama kerana terpaksa tunduk kepada kehendak masing-masing yang sentiasa wujud curiga mencurigai yang kurang percaya kepada parti-parti lain dalam komponen.

Walaupun berada dalam satu perikatan yang sama, namun masih wujud unsur perkauman dalam menyokong calon parti.USNO penyokongnya terdiri daripada Melayu-Muslim,UNKO disokong oleh Kadazan/Dusun dan Sino-Kadazan ,SANAP disokong oleh Cina manakala Pasok Momogun disokong oleh masyarakat Dusun dan Murut di Pedalaman.

Kerajaan Perikatan Sabah

Pada awal penubuhannya, asas penubuhan parti adalah tidak kukuh dan terburu-buru bagi menyokong penubuhan gagasan Malaysia. Di sebabkan hal ini, setiap parti yang ada dalam perikatan ini masih memperjuangkan hak kaum masing-masing. Dalam tiap-tiap parti ini masih wujud perasaan perkauman yang terlalu tebal yang lebih berpihak kepada kepentingan kaum masing-masing. 

Perikatan telah membentuk kerajaan selepas memenangi pilihanraya secara langsung menerusi ”Residency Electoral Colleges”yang di adakan pada bulan Mac 1963.

Pilihanraya ini di adakan bertujuan untuk memilih calon menduduki Majlis Dewan Undangan. Dalam pilihanraya tersebut, USNO menang 8 kerusi,UNKO 5 kerusi, SANAP 4 kerusi dan PM 1 kerusi. 

Dalam kerajaan baru ini British dan semua ahli perikatan bersetuju untuk memilih Donald Stephens sebagai Ketua Menteri.Kalau di lihat melalui pemilikan jumlah kerusi,Tun Mustapha lebih layak menjadi Ketua Menteri tetapi Tun Mustapha mengalah dan memberi peluang kepada Donald Stephens dan memegang jawatan sebagai Yang Di-pertua Negeri dan nampak lebih adil untuk mengurangkan ketegangan antara bumiputera Islam dan bukan Islam.

Namun ada juga mengatakan bahawa Tun salah tanggapan pada jawatan Yang di-Pertua.Beliau beranggapan bahawa jawatan ini sama seperti Gabenor pada zaman British.Tetapi sangkaan beliau ini adalah sebaliknya.Kedudukan beliau sangat terkongkong dalam politik kerana semua kuasa pentadbiran Sabah di pegang oleh Donald Stephens.Ini menyebabkan beliau enggan berkerjasama dengan Donald Stephens lalu melemahkan kedudukan perikatan.

Ketegangan yang berterusan antara USNO dan UPKO ini telah memberi keuntungan kepada orang Cina. Hal ini bertambah rumit apabila Kerajaan Pusat campur tangan dan memaksa Donald Stephens meletak jawatan. Apabila Donald Stephens meletak jawatan dan memegang Menteri Hal-Ehwal Sabah ,jawatan Ketua Menteri telah di sandang oleh Peter Lo dari SCA.Parti UPKO berasa kecewa dengan tindakan USNO/SCA dan Kerajaan Persekutuan kerana mereka beranggapan bahawa perlantikan Peter Lo ini akan menjadi laluan kepada Tun Mustapha untuk menjadi Ketua Menteri selepas itu. Ini menyebabkan UPKO bertindak meminta supaya kemasukan Sabah ke Malaysia di kaji semula namun di tolak oleh Tunku dan ini menyebabkan Donald Stephens mahu berkerjasama dengan Singapura untuk menubuhkan Persekutuan 3 S (Singapura,Sabah,Sarawak). Ini di anggap ancaman kepada Tunku dan menyebabkan Tunku menekan perikatan Sabah supaya menggugurkan jawatan pemimpin UPKO ini. Untuk kepentingan penyokong UPKO,Donald Stephens dan Peter Mojuntin meletak jawatan dan kedudukan UPKO dalam perikatan semakin lemah.

Pada bulan Disember 1967, UPKO di bubarkan kerana Donald Stephens merasakan pengaruh beliau dan UPKO semakin lemah kerana hampir semua rancangan beliau gagal.Ini di tambah lagi apabila seorang demi seorang ADUN UPKO melompat parti kerana kedudukan mereka lebih terjamin dan mendapat keistimewaan.Setelah UPKO di bubarkan,USNO menguasai Sabah semula dan ia di sambut baik oleh Tunku dan Tun Mustapha.Ekoran dari itu,Donald Stephens di lantik sebagai Pesuruhjaya Tinggi Malaysia di Australia.

Dengan pembubaran UPKO dan ketiadaan Donald Stephens dalam politik Sabah telah meredahkan suasana ketegangan politik Sabah dan Sabah dapat menumpukan sepenuhnya perhatian kepada pembangunan negeri Sabah.

Kerjaan Perikatan Pasca Merdeka

Terdapat banyak kecacatan dalam pentadbiran Kerajaan Perikatan tahun 1967-1976. Sungguh pun begitu, pentabiran USNO masih membawa kebaikan kepada negeri dan rakyat Sabah .Pada era pentadbiran ini,keadaan politik stabil dan ini memudahkan lagi pembangunan Sabah untuk di jalankan.

Banyak Rancangan-rancangan pembangunan telah berjaya di laksanakan dengan licin disebabkan adanya perpaduan rakyat. 

Kerajaan perikatan pada tempoh ini sentiasa berusaha untuk menggalakkan perpaduan di kalangan rakyat dan tanamkan semangat cintakan negara memandangkan terdapat banyak kaum di Sabah yang masing-masing dengan agama dan budaya tersendiri.

Oleh itu,adalah menjadi tanggungjawab kerajaan untuk menyatupadukan rakyat demi kepentingan pembangunan Sabah.

Antara langkah yang telah di laksanakan ialah meingiktiraf agama Islam sebagai agama rasmi manakala Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi di Sabah yang bertujuan penyatuan rakyat.

Walaupun USNO bukan parti Islam tetapi parti ini banyak berusaha untuk mengukuhkan dan meluaskan Islam di Sabah.

Di bawah pentadbiran USNO, agama Islam telah di jadikan agama rasmi negeri Sabah. Namun walau Islam sebagai agama rasmi negeri,tetapi agama lain bebas di amalkan.

Bagi menjayakan rancangan ini, Ketua Menteri telah menubuhkan United Sabah Islamic Association(USIA) pada bulan Ogos 1969 yang bertujuan untuk mentadbir Islam dan menyebarkan dakwah Islam di Sabah.

Selain USIA, Kerajaan USNO juga telah menubuhkan Majlis Ugama Islam Sabah (MUIS) pada tahun 1971 bagi menguruskan hal-ehwal Islam di Sabah. Namun, tindakan USNO ini tidak di senangi oleh bumiputera bukan Islam kerana mereka merasakan bahawa dasar ini tidak harus di laksanakan kerana Sabah terdiri daripada pelbagai agama.

Dasar-dasar yang di laksanakan oleh Tun Mustapha tidak berapa di senangi oleh bumiputera bukan Islam. Akhirnya perpaduan yang di kecapi telah goyah dan semangat perkauman dan keagamaan semakin menenebal di hati bumiputera Kristian dan Kadazan di Sabah.

Namun,walau wujud banyak kontroversi, terdapat juga pembangunan dari segi ekonomi dan pelajaran bumiputera Sabah. Pada tahun 1969 Yayasan Sabah telah di tubuhkan yang banyak memberi manfaat kepada bumiputera Sabah.

Walaupun banyak kontroversi,namun ia tidak lah sampai kepada tahap yang membimbangkan kerana kedudukan USNO pada waktu itu telah kukuh dan sukar untuk di tandingi.Walau pun ada cubaan-cubaan untuk menggugat kedudukan USNO,namun dengan cepat-cepat ia di atasi oleh USNO.Contohnya, Peter Mojuntin telah menubuhkan Union Of Sabah People (USAP) tetapi ia gagal di daftarkan kerana penyokong-penyokongnya di ancam dan pemimpinnya pula begitu mudah di sogok dengan wang.

Penentangan ke atas pimpinan USNO tidak berdiam begitu sahaja .Kemarahan dan ketidakpuasan di kalangan rakyat semakin membara di atas dasar-dasar USNO yang kurang di persetujui.Peluang yang di tunggu telah tiba apabila BERJAYA di tubuhkan untuk mengembalikan semangat politik rakyat Sabah.

Penubuhan Parti Bersatu Rakyat Jelata Sabah (BERJAYA)

Pembentukan Parti Bersatu Rakyat Sabah (BERJAYA) dapat di bincangkan berdasarkan hubungan antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur pada tahun-tahun akhir pemerintahan Perikatan Sabah.

Pada era awal pemerintahan Perikatan Sabah, hubungan di antara Kerajaan Perikatan Sabah dan Kerajaan Pusat Kuala Lumpur adalah sangat baik dan erat terutama sekali semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Perdana Menteri.

Namun, apabila Tun Mustapha sudah menjadi semakin kuat dan terlalu berkuasa, hubungan baik ini semakin renggang.

Tindak-tanduk Tun Mustapha semakin sukar untuk di kawal dan banyak bercanggah dengan dasar Kerajaan Pusat pimpinan Tun Abdul Razak.

Banyak berlaku pembaziran wang, penyelewengan, dan penyalahgunaan kuasa yang telah menyebabkan berlaku pertelagahan peribadi di antara kedua-dua tokoh Pusat dan Negeri itu.

Pertentangan yang berlaku ini telah menjadi faktor penting yang membawa Kerajaan Pusat untuk menyokong penubuhan BERJAYA.

Dengan sokongan yang di lakukan oleh Kerajaan Pusat Kuala Lumpur ini, Tun Mustapha tidak dapat menyekat pertumbuhan parti BERJAYA seperti yang pernah di lakukan oleh beliau sebelum ini ke atas parti politik yang lain.

Selain daripada sokongan daripada Kerajaan Pusat Kuala Lumpur, penubuhan parti ini juga turut di sokong oleh tokoh-tokoh seperti Abd.Ghafar Baba, Abd.Rahman Yaacub dan Yang Dipertua Negeri Sabah sendiri iaitu Tun Fuad juga turut menyokong penubuhan parti ini.

Pada awal tahun 1975, hubungan antara Kerajaan USNO-SCA dan Kerajaan Barisan Nasional (BN) menjadi semakin tegang apabila Perdana Menteri, Tun Abdul Razak, meminta dan menyokong supaya di bentuk satu parti baru yang lebih berbentuk multi-racial iaitu pelbagai corak bangsa di Sabah untuk menentang Tun Mustapha dan USNO. 

Suatu keputusan telah di capai untuk membentuk parti BERJAYA, suatu usul yang cepat dan sebuah parti baru ini telah di bentuk pada 15 Julai 1975.

Pemimpin yang menerajui parti BERJAYA ini terdiri daripada bekas pemimpin dalam USNO yang tidak puas hati dan tidak bersefahaman dengan kepimpinan Tun Mustapha, seperti Datuk Harris Salleh dan Datuk Salleh Sulong, bekas pemimpin parti UNKO seperti Tun Fuad Stephens dan Datuk Peter Mojuntin, pemimpin Parti Cina seperti Yap Pak Leong, Chong Thain Vun dan Lim Guan Sing serta ahli baru yang terdiri daripada sektor persendirian dan bekerja seperti Datuk Yeh Pao Tzu,Datuk K.Y.Lee, Wong Boon Ping, Nicholas Fung,Joseph Pairin Kitingan, Wong Yau Ket,Darius Binion,Datuk Fred Sinidol dan James P.Ongkili.

Apa yang unik mengenai parti BERJAYA ialah, parti ini merupakan parti pertama yang betul-betul bersifat multiracial yang di tubuhkan di Sabah sejak negeri mencapai kemerdekaan melalui Malaysia pada tahun 1963. Ini dapat di lihat apabila parti ini di terajui oleh pemimpin dari golongan bumiputera Muslim dan bukan Muslim iaitu terdiri daripada bangsa Kadazan/Dusun, Bajau ,Suluk, Rungus, Murut,Bisaya, Brunei,Orang Sungai, Kwijau,Tatana,Tidong dan Kimaragang.

Persatuan-persatuan Cina juga menyertai parti ini kerana keyakinan mereka kepada parti ini dalam membangunkan semua bangsa di Sabah dalam melibatkan diri dalam politik Sabah.

Kemunculan Parti BERJAYA ini telah di sambut baik oleh segenap masyarakat yang cintakan demokrasi.

Hal ini terbukti apabila Parti BERJAYA memenangi pilihanraya negeri dalam bulan April, 1976.

BERJAYA telah memperolehi 28 kerusi daripada 48 kerusi yang di pertandingkan. Manakala USNO hanya memperolehi 20 kerusi dan kebanyakan kerusi ini di perolehi daripada kawasan bumiputera Islam.

Parti BERJAYA hanya dapat menawan tiga buah kawasan penduduk Islam iaitu Lahad Datu, Papar dan Kawang.Tetapi memperolehi undi yang terbanyak daripada orang-orang Kadazan dan Cina.

Parti Penuh Kontraversi - Parti Bersatu Sabah (PBS)

Penubuhan Parti PBS tidak semudah penumbuhan parti Berjaya. PBS ditubukan Oleh Joesph Pairin Kitingan, selepas beliau dipecat daripada PBS, kemudian kawasan yang diwakili beliau Tambunan diturunkan status.

Apabila dipecat, maka satu pilihanraya kecil diadakan di Tambunan pada tahun 1984. Pairin menang menggunakan lambang bebas mengalahkan calon Berjaya- Roger Ongkili.

Kejatuhan Parti Berjaya diambang pintu, dengan menlihat kepada sambutan pengundi KDM semasa PRK Tambunan. Mengapa kejatuhan Berjaya diambang pintu? sebabnya Parti itu sebenarnya dari awal-awal lagi disokong oleh kaum KDM. Dengan melihat sokongan kaum KDM kepada Pairin, dapat diduga bahawa kejatuhan Berjaya hanya menunggu masa.

Kemenangan Parti PBS dalam pilihanraya pada tahun 1965 telah memeranjatkan semua pihak terutamanya parti BERJAYA dan Kerajaan Persekutuan sendiri.

Namun bagi rakyat ia sememangnya telah di duga memandangkan keadaan politik pada masa tersebut yang tidak menentu.

Rakyat sememangnya menunggu kemunculan parti baru yang lebih baik yang mampu mempertimbangkan tentang keperluan dan hak mereka.

Keadaan pergolakan politik pada masa tersebut telah di gunakan sebaik mungkin oleh PBS untuk meraih sokongan daripada rakyat.

Walaupun wujud 40 hari sebelum pilihanraya berlangsung namun pemimpin-pemimpin hebat seperti Joseph Pairin Kitingan,Joseph Kurup,Benard Giluk Dompok serta pemimpin Kadazan yang lain yang berpendidikan tinggi telah berusaha sekuat-kuatnya untuk menumpaskan parti BERJAYA.

Parti PBS turut mendapat sokongan kuat daripada orang Kadazan/Dusun yang tidak puas hati dengan tindakan Datuk Harris yang menarik taraf daerah Tambunan dan sikap tidak adil Parti BERJAYA dalam mengagihkan kekayaan kepada penduduk yang kurang berada di bandar dan luar bandar.

Sokongan padu daripada rakyat ini dapat di lihat apabila PBS memenangi pilihanraya pada 10 April 1985.Daripada 48 kerusi yang di pertandingkan, PBS telah memenangi 25 kerusi manakala USNO 16,PASOK 1 dan BERJAYA 6 kerusi.

Kemenangan ini mengejutkan Kerajaan Persekutuan dan presiden BERJAYA apabila Datuk Harris kalah di tempat sendiri iaitu di Tenom kepada calon baru PBS yang tidak terkenal iaitu Encik Kadoh Agundang.

Kemenangan PBS dalam pilihanraya ini membolehkan PBS membentuk kerajaan baru di Sabah.

Datuk Jospeh Pairin Kitingan sebagai presiden parti telah di lantik sebagai Ketua Menteri manakala Mark Koding telah di lantik sebagai Timbalan Ketua Menteri merangkap Menteri Pembangunan Perindustrian dan Luar Bandar.

Selepas kejatuhan parti BERJAYA ini, maka Sabah terdedah semula kepada politik yang bersifat perkauman.

Bumiputera Islam kebanyakannya menyokong perjuangan parti USNO manakala bumiputera bukan Islam menyokong perjuangan PBS.

Namun, Datuk Joseph Pairin Kitingan menyatakan bahawa parti ini untuk semua kaum tetapi di sebabkan ia dibentuk oleh pemimpin dari orang Kadazan/Dusun dan penyokong ramai dari Kadazan/Dusun dan Murut maka ia kelihatan seperti di kuasai oleh satu kaum sahaja.Tatapi PBS juga berhasrat untuk menarik sokongan bumiputera Islam dan orang-orang Cina.

Pada permulaan,PBS kurang mendapat sokongan daripada bumiputera Islam kerana kurang yakin dengan wakil bumiputera Islam dalam PBS.Wakil tersebut adalah Encik Nahalan Hj.Damsal dan Puan Ariah Tengku Ahmad.Wakil-wakil ini tidak di yakini oleh bumiputera Islam kerana Encik Nahalan Hj.Damsal yang merupakan pengikut ajaran Qadiani manakala Puan Ariah merupakan saudara baru yang berketurunan Australia. Oleh itu,kesetiaan mereka terhadap Islam masih di ragui.Tanpa wakil Islam yang berpengaruh dalam PBS,sokongan Orang Melayu-Muslim tetap kurang.Tetapi sungguh pun begitu,Datuk Pairin tetap berusaha untuk menjadikan PBS sebagai parti yang berbilang kaum.

Setelah mengalahkan parti USNO dan BERJAYA, PBS memenangi pilihanraya pada 5 dan 6 Mei 1986 sekali lagi.

Usaha USNO, Berjaya serta BN untuk menyekat pengaruh PBS tidak berjaya.Dalam pilihanraya tersebut PBS memenangi 34 kerusi manakala USNO dan Berjaya masing-masing 12 dan 1 kerusi. Dengan 6 wakil yang di lantik oleh kerajaan selaras dalam peruntukan Perlembagaan Negeri Sabah, PBS menguasai 40 daripada 54 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah dan melayakkan PBS di terima sebagai ahli BN namun kekecohan terus berlaku sehinggalah PBS keluar dari BN menjelang pilihanraya tahun 1990 dan menyertai pakatan pembangkang di Semenanjung yang diketuai Tengku Razalegh Hamzah. Peristiwa inilah yang dikenali sebagai Tikam belakang.

Ekoran tikam belakang itu, Usno sebagai anggota BN pusat sama dengan PBS, menjemput Umno masuk Sabah, dan membubarkan parti itu agar semua ahlinya memasuki Umno secara enblock.

Lahirlah anak sulung Umno di Sabah melalui Pilihanraya kecil di Usukan, di mana Tun Mustapha mewakili Umno menentang calon PBS mantan Pegawai Daerah Kota Belud Jap Omar. Sepertimana diduga, Tun Mustapha menang mudah, kerana kawasan Usukan adalah kawasan majoriti islam.

Menjelang PRN tahun 1994, ramai pemimpin PBS keluar parti antara Yong Teck Lee dan menubuhkan parti SAPP, Bernard Dompok- PDS, Joseph Kurup- PBRS bergabung dengan Umno AKAR dan LDP membentuk BN Sabah.

Sebenarnya punca kejatuhan PBS berpunca pada penubuhan AKAR tahun 1989 apabila pemimpin PBS seperti Mark Koding, Pandikar Amin Haji Mulia dan Kalakau Untol menubuhkan parti itu.

Pada PRN tahun 1994, PBS sebagai kerajaan hanya menang 25 daripada 48 kerusi DUN Sabah. Di sinilah bermulanya kerajaan BN Sabah yang ditunjangi Umno, apabila dua ADUN PBS menyertai Umno, iaitu Lajim Ukin ADUN Klias dan Roben Balang, ADUN Kemabong.

Apa Yang Dapat Disimpulkan

Sebenarnya hanya Usno yang benar-benar berjuang untuk kemerdekaan Sabah dan seterusnya menyokong pembentukan Malaysia.

UNKO meskipun pada akhirnya bersetuju dengan pembentukan Malaysia, akan tetapi bersyarat.

Manakala kaum cina yang pada mulanya memperalatkan Pasok Momogun untuk menentang pembentukan Malaysia, akhirnya membuat pusingan U.

Walaupun pemimpin Pasok Momogun tetap menolak pembentukan Malaysia, akhirnya akur, kerana parti itu tidak mempunyai sokongan akar umbi di Pendalaman.

Bibit-bibit penentangan Persekutuan Malaysia, sebenarnya bermula sebelum Sabah merdeka lagi; bibit-bibit itu diteruskan oleh golongan yang sama, walaupun Sabah telah merdeka 51 tahun.

Suara-suara sumbang yang ada berkaitan Persekutuan Malaysia yang diuar-uarkan sejak akhir-akhir ini, berpunca daripada golongan yang sama. 

Pertanyaan, sampai bila ianya akan tamat?

Blog Archive