Friday, June 26, 2015

Bagaimana 1MDB Jadi Mangsa?




1. Apa yang mendorong Xavier Andre Justo, 49 warga Swiss "menjual" dokumen kepada Sarawak reports?. Jika menurut bekas majikannya, PetroSaudi, mantan kakitangannya tersebut meminta RM10 juta sebagai pertukaran, agar apa-apa maklumat berkaitan urusniaga syarikat tersebut tidak didedahkan.

2. Menurut PetroSaudi, Justo tidak berpuashati dengan pembayaran pemecatan sebanyak RM15juta dua tahun lalu, atas sebab itu, bekas kakitangan tersebut mengugut untuk bertindak memperburukkan bekas majikannya.

3. Oleh kerana permintaan Justo tidak dipenuhi, maka dia memulakan tindakan menghantar dokumen-dokumen berkaitan 1MDB yang telah ditokok tambah atau diubah kepada Sarawak reports, kerana mengambil peluang berkaitan syarikat milik Kementerian Kewangan Malaysia tersebut yang dipolitikkan pembangkang sejak awal penubuhannya terutama Tony Pua (DAP) dan Rafizi Ramli (PKR).

4. Mengapa Sarawak Reports dipilih? sebabnya Portal tersebut mempunyai agenda tersendiri di Malaysia, kerana kewujudan portal tersebut memang dikhaskan untuk para pemimpin Malaysia, khususnya mantan Ketua Menteri Sarawak Tun Taib Mahmud.

5. Laporan bersiri Sarawak Reports tersebut, diambil peluang oleh pihak-pihak tertentu untuk membabitkan Perdana Menteri- DS Najib Razak. Menurut siasatan awal, Justo diminta pihak-pihak tertentu di Malaysia untuk mengubah atau menokok tambah dokumen-dokumen yang berkaitan 1MDB, agar supaya kelihatan adanya satu skandal urusniaga.

6. Untuk memperkuat jangkaun laporan bersiri Sarawak reports, The Age dan The Malaysian Insider portal berita yang berlokasi di Malaysia menguar-uarkan laporan tersebut. Tujuannya untuk mengumpul persepsi, bahawa memang berlaku skandal dalam urusniaga 1MDB.

7. Minat rakyat mengetahui "skandal" 1MDB diperancak, apabila mantan Perdana Menteri-Tun Dr Mahathir turut serta mempergunakan laporan yang dibuat Sarawak reports.

8. Keterlibatan PetroSaudi dengan 1MDB, apabila berlaku kerjasama membabitkan pelaburan USD1.83bilion, walaupun kemudiannya pelaburan tersebut dikembalikan dengan keuntungan USD448juta.

9. Menurut cerita Sarawak reports yang kemudian diuar-uarkan The Age Malaysia, The Malaysian Insider dan Tun Dr Mahathir, bahawa sebanyak USD700 juta pelabuaran 1MDB yang disalurkan kepada PetroSaudi telah dialihkan ke akaun Good Star yang berpengkalan di Swiss, dan kemudian dikatakan bahawa Jho Low merupakan pemilik Good Star.

10. Tujuan mengaitkan Jho Low agar dapat mengaitkan anak tiri Najib Reza Aziz kerana anak tiri PM tersebut merupakan teman rapat Jho Low.

11. Kini, siasatan awal terhadap Justo oleh pihak polis Thailand, warga Swiss tersebut mengakui ada pihak-pihak tertentu di Malaysia berkoorborasi dengan beliau untuk merekaysa sebahagian besar dokumen yang di hantar kepada Sarawak reports. Malah, Blogger Raja Petra Kamaruddin ada menyebut nama seseorang yang dikaitkan dengan Mantan Perdana Menteri- Tun Dr Mahathir, kerana individu tersebut merupakan pegawai Mantan Perdana Menteri itu, selain sebagai "admin" blog chedet.cc.

12. Sebenarnya urusniaga antara PetroSaudi dan 1MDB telah menjadi sejarah, kerana ianya sudah ditamatkan, namun pihak-pihak tertentu mahu mencipta sesuatu, agar supaya 1MDB kelihatan jelek dan merupakan urusan niaga berbentuk "scum".

13. Memang 1MDB mengakui setakat 31 Mac 2014, syarikat gergasi tersebut mempunyai hutang terkumpul RM41.8 bilion berbanding aset RM52 bilion. Hutang yang terkumpul tersebut telah diperinci termasuk pembelian hartanah dan pelaburan jangka panjang.

14. Sebenarnya, perjalanan syarikat tersebut tidak mempunyai masalah besar dalam urusniaganya, masalah yang timbul adalah kekurangan wang tunai, atas sebab hartnah yang dimilki belum menjana pendapatan yang mencukupi untuk membayar obligasi hutang yang telah matang.

15. Perancangan awal syarikat tersebut untuk mengatasi aliran tunai adalah melalui penerbiatan IPO, namun rancangan tersebut terbantut, atas sebab berbagai laporan negatif menyelubungi syarikat tersebut.

16. Akibat laporan negatif tersebut, Perdana Menteri yang juga penasihat lembaga Pengarah syarikat tersebut pada awal Mac telah mengarahkan Ketua Audit Negara memeriksa syarikat tersebut dan kemudian disusuli PAC Parlimen pada 19 Mei.

17. Selain itu, kerajaan juga telah mengemukan satu rancangan rasionalisasi, termasuk cadangan membubarkan 1MDB awal tahun 2016, melalui pembentukan tiga entiti berasingan TRX, Bandar Malaysia dan syarikat tenaga-Edra.

18.Dalam rangka mengurangkan jumlah hutang 1MDB juga berkerjasama dengan syarikat Abu Dhabi IPIC dan Aabar di mana syarikat Abu Dhabi tersebut mengambil alih hutang hampir RM17bilion.

19. Kini, dengan tertangkapnya Justo, bakal terjawab bahawa semua laporan Sarawak reports, The Age Malaysia, The Malaysian insider, Tun Dr Mahathir, Tony Pua dan Rafizi Ramli akan menjadi laporan auta. Ertinya, tiada sebab 1MDB atau DS Najib perlu menyaman pihak-pihak tersebut.

20. Sarawak reports sebelum ini berperanan sebagai pemburu, kini bertukar sebagai yang diburu. Demikian juga Tun M.

2 comments:

Anonymous said...

Kenapa 1MDB dan Najib x perlu saman pemfitnah? Setelah apa yg berlaku, pemfitnah patut dibawa kemuka pengadilan kerana menggunakan maklumat yg x pasti untuk memfitnah bertujuan menjatuhkan Najib. Betapa jeleknya akhlak2 pemfitnah2 ini.

Anonymous said...

Actually sapa2 boleh beli dokument yg Xavier Justo jual dkt internet..

www.companieslist.co.uk/06822985-petrosaudi-international-uk-limited#documents

Ada 2 link.. Total 46 documents

Berharga £2.95.

Blog Archive