Friday, August 28, 2015

Bersih- Himpunan Parti Politik Pembangkang

1. Bersih berhimpun kononnya untuk menyampaikan suara rakyat, namun yang benar adalah himpunan itu adalah himpunan parti-parti pembangkang. Kali ini dikuasai Lim Kit Siang, selepas Anwar Ibrahim tidak lagi mengetuainya, kerana berada dalam penjara akibat dijatuhi hukuman penjara 5 tahun kerana kesalahan meliwat.

2. Parti pembangkang mengambil peluang atas isu-isu semasa terutama yang mengelilingi Perdana Menteri. Bagi mereka, inilah peluang keemasan, kerana seseorang pemimpin yang tertekan, perlu ditekan lagi, agar terus rebah. Mereka mengambil iktibar selagi besi panas maka timpah lah.

3. Apapun, perancangan manusia, Tuhan juga yang menentukan. Suara 133 kawasan parlimen plus satu seluruh negara serta 11 negeri yang dikuasai Kerajaan, tidak akan tumbang kerana permintaan 3 negeri dan wilayah persekutuan Kuala Lumpur yang dikuasai Pembangkang.

4. Di Sarawak, Ketua Menteri negeri tersebut Tan Sri Adenan Satem, memberi kebebasan kepada penganjur untuk berdemonstrasi, kerana yakin seluruh rakyat Sarawak tidak akan terpengaruh dengan tipu dayah mereka.

5. Di Kuala Lumpur dan Kota Kinabalu bukan tidak membenarkan himpunan itu beraksi, atas sebab venue yang dipilih oleh himpunan tersebut digunakan sebagai lokasi sambutan kemerdekaan. Penganjur memaksa kerajaan tunduk kepada permintaan mereka dengan membatalkan sambutan kemerdekaan di lokasi yang telah dirancang sekian lama, hanya kerana parti-parti pembangkang mahu berdemonstrasi.

No comments:

Blog Archive