Wednesday, August 26, 2015

Kedudukan DS Najib Akan Terus Kukuh Selagi Umno Dibelakang Beliau

1. Dalam sebuah kerajaan yang dibentuk berasaskan parti politik, selagi parti yang menyokong pemimpin itu masih teguh dan kukuh menyokong maka selagi itulah pemimpin itu akan berkuasa. Inilah yang berlaku kepada DS Najib Razak, parti Umno yang merupakan tunjang kerajaan tetap teguh di belakang beliau, apatah lagi 12 komponen Barisan Nasional juga terus menyokong beliau.

2. Hingga setakat ini walaupun bertali arus desakan daripada mantan Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohammad agar DS Najib meletak jawatan, melalui penggunaan berbagai isu antara lain 1MDB, wang RM2.6bilion, perkahwinan anak Perdana Menteri, dakwaan hidup mewah, namun tiada seorangpun pemimpin komponen parti UBN seia sekata atau menyokong mantan Peradana Menteri itu, malah pada awal bulan ini semua pemimpin utama komponen UBN menyokong dan berdiri teguh dibelakang Perdana Menteri.

3. Memang terdengar satu-dua pemimpin akar umbi di beberapa bahagian Umno terdengar menyahut desakan Tun Dr Mahathir, namun suara itu bukan mewakili suara majoriti parti, malah dalam beberapa keadaan ianya kejadian terpencil.

4. Di Sabah dan Sarawak misalnya, belum terdengar desakan atau cakap-cakap bahawa ada minat untuk mendesak DS Najib meletakan jawatan, meskipun Datuk Shafie Apdal dilucutkan daripada jawatan kabinet. Di Sarawak, kenyataan Ketua Menteri Sarawak Tan Sri Adenan Satem mewakili negeri yang mempunyai jumlah kerusi parlimen terbanyak. Di Sabah, Ketua Menteri Sabah menyatakan bahwa semua lapisan kepimpian negeri baik daripada Umno atau parti komponen berdiri teguh di belakang Perdana Menteri.

5. Suara majoriti daripada semua parti yang bernaung dalam BN perlu dihargai berbanding suara-suara sumbang yang mahukan Perdana Menteri meletakkan jawatan.

6. Tiada individu yang boleh menetukan menang kalahnya sesebuah parti, melainkan suara majoriti. Bagi BN, suara majoriti itu dicermikan oleh sokongan semua lapisan kepimpinan dalam BN. 

7. Kepada mereka yang mendesak DS Najib meletakkan jawatan, cubalah hormati suara ramai, kerana dalam sistem demokrasi, suara ramailah yang menentukan kemenangan dan selanjutnya memimpin negara melalui penubuhan kerajaan.

6 comments:

Anonymous said...

Kedudukan PM Najib akan terus kukuh kalau dia membelakangi UMNO? Tak mungkin dia akan dapat bertahan lebih dari 24 jam tuan. Mungkin lebih mudah kalau ayatnya kita cakap 'Kedudukan ds najib akan terus kukuh selagi UMNO diketuai beliau'.

Anonymous said...

najib sembunyi di belakang umno terrr..
baling batu pun xnampak..

Anonymous said...

Mungkin dia akan kukuh di kalangan akar umbi UMNO...cuba lihat dari sudut yang lain...RAKYAT! Pengundi BN.Rata2 di kalangan kawan2 aku dah menyampah dengan dia walau pun mereka mengundi BN.Itu cuma di kalangan aku sahaja.Mungkin UMNO rela Presiden mereka menjadi Ketua Pembangkang kot? Jangan nanti di sebabkan seorang ini MELAYU JADI BANGSAT...apa yang dia cakap lah....

Anonymous said...

Untuk perpaduan Melayu Dan umno, najib sila letak jawatan. Ramai. Org Melayu yg lebih berkelibar. Dan supaya umno akan menang dlm PRU 14 nanti. Jika tidak peluang utk umno menang adalah tipis. Sesungguhnya aku sokong dan pilih umno, tapi aku tak pilih najib...

Anonymous said...

kalau nak hormati suara ramai mari kita undi...suara ramai kat media milik kerajaan bolehlahh kata suara ramai. itu suar dari sebelah pihak bukan suara ramai. Dulu aku respect jugak kat najib tapi sekarang bila dengar dia berucap..dah serupa macam orang kat kedai kopi bercakap macam tin kosong.

Anonymous said...

Salah mentafsir.

Najib selamat didukung oleh HANYA PENGAMPU DAN MEREKA YANG TELAH DISOGOK

Blog Archive