Tuesday, October 27, 2015

Antara Tun Dr Mahathir Dan DS Najib Bagi Rakyat Sabah dan Sarawak

1. Memang diakui bahawa Tun Dr Mahathir selama 22 tahun memodenkan Malaysia dengan bangunan-bangunan hebat bersama infrastrukutur bertaraf dunia. Malah mantan Perdana Menteri ke-5 Tun Abdullah Ahmad Badawi pernah berkata, bahawa infrastruktur negara merupakan klas dunia, namun cara berfikir rakyat Malaysia ditahap klas ke tiga.

2. Tun Mahathir berjaya membina berbagai infra samada melalui peswasataan mahupun dibina oleh kerajaan. Malangnya, semuanya itu, tidak berimpak langsung kepada rakyat yang majoriti. Penumpuan pembinaan di Lembah Klang dan Pantai Barat Semenanjung, bukan sahaja mengabaikan rakyat lain di wilayah itu, akan tetapi membuatkan penduduk Sabah dan Sarawak hanya mampu memperhatikan daripada jauh.

3. Selama 22 tahun pemerintahan Tun Mahathir, rakyat yang kurang bernasib baik tidak diberikan faedah secara langsung berkaitan kekayaan negara, sebaliknya hanya mengumpul beberapa individu untuk menjadi superkaya.

4. Rakyat Malaysia khususnya mereka yang tidak diperhatikan selama 22 tahun bernasib baik apabila mendapat Perdana Menteri ke-6, iaitu DS Najib Razak. Hanya melalui beliau rakyat yang tidak mendapat perhatian dibela. Polisi kerajaan kini, khususnya mendorong rakyat yang berada dalam kelompok 40 peratus agar mempunyai pendapatan sederhana tinggi menjelang tahun 2020, merupakan polisi yang seharusnya telah dilakukan satu-dua dekad lalu.

5. Pembelaan kepada rakyat yang perlu dibela, misalnya melalui pemberian Bantuan Rakyat satu Malaysia (BR!M). Kaedah ini, bukan sahaja bermanafaat secara langsung kepada rakyat, akan tetapi mampu menghidupkan perekonomian perkampungan. Sebagai misalan, sebuah Dun di Sabah telah tersenarai seramai 42,000 penerima BR1M, ertinya hampir RM40juta wang tunai mengalir di kawasan dun tersebut dalam setahun. Jumlah ini merupakan 40 kali ganda peruntukan kerajaan bagi sesebuah dun. Impak berganda kepada RM40 juta tersebut terhadap perekonomian sesebuah DUN di kawasan luar bandar merupakan satu nikmat rakyat yang belum pernah berlaku bagi mana-mana Perdana Menteri di Malaysia, kecuali melalui DS Najib.

6. Semasa pemerintahan Tun Mahathir, biasanya pembelaan kepada rakyat diwujudkan melalui projek mega, di mana hanya kumpulan tertentu sahaja yang menikmati. Mereka yang mendapat projek tersebut, membelanjakan wang mereka bukan dalam negara akan tetapi di luar negara seperti London, Paris, Hong Kong, New York dan sebagainya. Namun melalui BR1M, semua wang yang berjumah RM5.2bilion yang diberikan kerajaan melalui skim tersebut dibelanjakan dalam negara, khususnya di perkampungan.

7. DS Najib terus membela rakyat yang memerlukan apabila melalui Bajet2016, memberi penumpuhan kepada rakyat yang perlu dibela. Kenaikan BR1M sebanyak RM50 bagi setiap Ketua Keluarga Tahun hadapan, menunjukkan keinginan Perdana Menteri tersebut, agar perdesaan atau perkampungan terus menyumbang dalam perekonomian rakyat. DS Najib mahu mengubah taburan wang di mana selama ini hanya berpusat di bandar-bandar atau pekan-pekan ke perkampungan. Melalui kaedah itu, setidak-tidaknya kedai-kedai runcit di perkampungan akan terus hidup dan boleh menjadi penjana perekonomian bagi luar bandar.

8. Terlihat benar perbedaan antara DS Najib dan Tun Dr Mahathir bagi membela rakyat Sabah dan Sarawak. Pembinaan lebuh raya Pan-Borneo hanya terlaksana dizaman DS Najib, demikian juga peruntukan pembangunan melalui bajet tahunan negara, lebih 50 peratus peruntukan diberikan kepada dua negeri tersebut.

13 comments:

Anonymous said...

Dok kira buat penswastaan yg menderita kami yg kerja di Telekom, TNB dan lain lain GLC yg dapat pencen yg begitu kecil skg hanya berharap dato Najib dapat menaikan pencen kami.

Anonymous said...

Alhamdulillah dengan dasar pengswastaan...Syarikat Kecil kami dapat menembusi pasaran luar negara...Kebijak sanaan pemimpin pada masa itu telah membuka ruang kepada syarikat hiliran spt kami berkongsi keuntungan dengan GLC .... Sekarang kami di himpit dengan pelbagai cukai dan Kos bahan mentah yang tinggi .... Kelebihan kepada bumiputera telah hilang ...

Putera Kota Belud.

Anonymous said...

Kalau ikut survey Merdeka centre hanya 23% peratus sahaja setuju apa yg regim Najib buat...Masa telah berlalu, dulu gaji kecil tapi barang2 murah, sekarang gaji besar sikit tapi barang melambung, kena pula GST. Perbezaan Mahathir dgn Najib, memang berbeza..

Anonymous said...

rakyat biasa macam aku ni tak terasa sangat gst....kalau gst baik untuk negara macam disingapura,indon, malahan di europe ada , gst maka aku sokong saja .cuma satu yang selalu aku dengar dari mulut-mulut marhain dimana-mana adalah zaman Najib ni duit mudah ....supermarket dan kedai kedai makan kebanyakkannya selalu dipenuhi orang ramai.awal tahun ,mak bapak menunggu-nunggu 100 ringgit pemberian kerajaan tuk beli peralatan sekolah anak,..maka disitulah terbitnya rasa syukur secara senyap-senyap walaupun mulut sendiri menafikannya....byk lagi kelebihan zaman Najib berbanding mader....ada klcc chnya dapat tgk jee..buat apee..

Anonymous said...

Merdeka center tu alat pencacai PR.. of course la dia tkkan lapor 80% rakyat setuju dengan Najib..
Tp benar kata2 sdra anon 9.32, mulut menafikan kebaikan Najib sbbnya RESAM rakyat malaysia di asuh oleh PAS dan PR ialah mengutuk dan menafikan kebaikan krjn..jd siapa yg dmulut cuba puji Krjn wpun baik mcm mana pun org itu akan dilihat spt terasing..krn doktrin PR berjaya menafikan semua kebaikan Krjn

Anonymous said...

Tetapi kehebatan DS Najib ialah apa yg dilakukanya memang 'TURUN KE HATI'.. rakyat terkesan dengan bantuan2 diberikan itu.. berbeza dgn Pakatan Haram yg hanya kuat menipu tapi sekadar janji mulut atau utk kaburkan rakyat yang kurang cerdik.. sekadar bri wang hasil judi RM100 utk warga emas (sbg menghina org Islam juga) utk menutup kebaikan beribu Krjn BN.

BR1M amat2 memberi kesan kepada rakya kerana rakyat bawahan menerima TERUS hasil negara TANPA KRONI dan ORG TENGAH LINTAH DARAT seperti yg dibuat zaman Madey

............

Anonymous said...

Zaman Madey kunun wujudkan kerja.. tp pembinaan KLCC beribu warga asing yang kerja bukan rakyat.. bila siap juga warga asing dan org2 super kaya yang merasai nikmat KLCC termasuk lah MAdey.. so apa rakyat dpt?? lihat jer dr jauh?!

Dasar gila swasta Madey menyebabkan wujud konsesi perjanjian ala DRAKULA.. menindas rakyat! TAPI pada keadaan kunun Malaysia gawat.. Najib tak pandai cari duit..boleh pulak Najib bina PAN BORNEO HIGHWAY 4-lorong jauh lebih panjang HIGHWAY PLUS secara TANPA TOL... so siapa yang crdik dan tolong rakyat?

Swasta utk super kayakan sekerat dua kroni..lepas tu ckp DEB berjaya?? besar sungguh tipu helah Madey? 'Modenkan' Malaysia berkonsepkan PENYAMUN..!

Anonymous said...

WAJAH SEBENAR MUHYIDDIN YASSIN- SEJAK ZAMAN PAK LAH!!..
KAKI TIKAM BELAKANG.. LAIN DIA SETUJU DALAM MEETING LAIN DIA TIKAM DI LUAR!

http://idealismalaysia.blogspot.my/2015/10/panas-video-muhyiddin-munafik-kaki.html

Anonymous said...

Dulu pembangkang kata BRIM tak bagus sebab bagi ikan tak bagi pancing. Tapi dalam bajet alternative mereka BRIM dicadangkan.

Begitu juga GST, dulu macam nak tenggelam Malaysia dibuatnya. Tapi sekarang dimasukkan dalam bajet mereka.

Wahai macai2 dan penyokong2 DAP/PKR/PAN (Pakatan Harapan yang tidak ada harapan) tidak kah kamu nampak pemimpin kamu memperbodohkan kamu.

Anonymous said...

Dulu zaman Tun semua benda nak di swastaka yg untung kump tertentu saja, Zaman Najib semua lapisan dapat munafaatnya,cerita tang sabah,serawak kesian....melileh air lior melihat pembangunan dn kemudahan hanya di semenanjug saja, zaman Najib barulah mereka turut merasa apa yg org semenanjug dapat. Cerita kebaikan PM pantang didengar oleh puak PR dan dan lah kita ni digelar pemakan dedak, walhal Brim mereka pun berebut juga.memang bangkai PR ni.

Anonymous said...

Antara Tun dan Najib memang berbeza. Najib lebih berjiwa rakyat, dan rajin membantu rakyat. Tun pula mementingkan pembangunan material yg akhirnya hanya menguntungkan beberapa kroni sahaja, tetapi menindas berjuta2 rakyat dengan perjanjian2 berat sebelah. Sebagai rakyat saya amat menyokong cara Najib memerintah negara. Sistem kroni perlu dihapuskan kerana ia merbahayakan negara dan rakyat dalam jangkamasa panjang kerana ia boleh mempengaruhi politik negara, sebagaimana Yahudi menguasai pentadbiran Amerika.

Anonymous said...

Walau apa fitnah menyerang, kutukkan mendatang, penghinaan dilempar Najib tetap sabar bertahan. Tidak lari mahu berganjak walau seinci.

Tidak kiralah Bugis atau Jawa, Banjar atau Bajau inilah Anak Melayu Nusantara bukan Tiongkok mahu pun Keling sebagai Anak Melayu aku tetap menyokong dan mempertahankan manusia ini.

Pergi berambuslah kepada dalang pengkianat agama, bangsa dan negara yang belum tentu sekelumit jasa pada nusa.

Unknown said...

Sangat setuju..

Blog Archive