Tuesday, August 29, 2017

PRU-14: Kepada BN- Jangan Hitung Anak Ayam- Sebelum Telur Menetas

1. Bermula tahun 1987 apabila berlaku krisis Umno, maka pembangkang mendapat undi kaum melayu, walaupun undi itu tidak sampai menumbangkan kerajaan Persekutuan yang ditunjangi Umno.

2. Akibat krisis Umno tahun 1987, maka Negeri Kelantan jatuh ke tangan Pas pada PRU 1990, manakala di Sabah, hampir semua kawasan Parlimen dimenangi parti PBS yang juga parti pembangkang.

3. Akibat krisis Umno pada Tahun 1998 dan mata lebam, maka pada PRU-1999, Terengganu jatuh ke tangan Pas selain mempertahankan Negeri Kelantan, namun Kerajaan Persekutuan masih ditunjangi parti Umno, kerana pada PRU itu, kaum cina dan india masih menyokong parti Bn.

4. PRU-2008, kerana krisis dalam UMNO, maka undi kaum melayu berpindah ke parti Pembangkang, akibatnya, Negeri Selangor, Kedah, Pulau Pinang dan Perak ditawan pembangkang selain mempertahankan Kelantan.

5. Walaupun pada PRU-13 tiada krisis, namun impak krisis tahun 2008 belum reda, parti Bn walaupun masih menang dan dapat menawan Kedah, akan tetapi jumlah kerusi Parlimen berkurang sebanyak 7 kerusi. Pada PRU itu kedudukan Parti Bn di selangor lebih teruk berbanding keputusan PRU 2008.

6. PRU-13, menyaksikan bahawa parti Bn benar-benar ditolak kaum cina, namun pada masa yang sama, parti Umno masih merasa lega, kerana dapat mendapat 9 kerusi berbanding jumlah yang dimenangi pada PRU 2008. Pada PRU 2008 b(PRU-12) Umno mendapat 79 kerusi termasuk kerusi daripada Sabah (Sabah menang 100%). Pada PRU-13, Umno menang 88 kerusi, dan jumlah itu merupakan sebahagian daripada 133 yang dimenangi parti Bn.

7. Berhadapan dengan PRU-14, dimana parti Bn, khususnya Umno berdepan dengan IBU kepada semua krisis, kerana dipihak pembangkang dinahkodai oleh Mantan Perdana Menteri, dua Mantan Timbalan Perdana Menteri dan seorang Mantan Menteri Besar. Keadaan ini julung kali berlaku, kerana sebelum ini, hanya mantan Menteri Kewangan pada Tahun 1990 melalui Tengku Razalegh Hamzah, Tahun 1999, melalui Mantan TPM- Datuk Seri Anwar Ibrahim, Tahun 2008, Mantan Perdana Menteri yang bertindak sebagai gunting dalam liptan, belum bergabung dengan pembangkang, namun pada PRU-14, senario yang sangat berbeza.

8. Senario PRU-14, parti BN, berdepan dengan berbagai persepsi, berbagai dakwaan, berbagai isu, krisis parti Umno yang boleh dikatakan sudah dipuncak, menjadikan PRU-14 sebagai pilihan raya yang sangat mencabar bagi parti Bn dan Umno, khususnya Perdana Menteri- Dato Seri Najib Razak.

9. Berasaskan fakta lalu, setiap berlakunya krisis Umno, maka swing votes kaum melayu kepada pembangkang berlegar-legar pada angka 15%, atas sebab itu, pada PRU-13, parti Bn, kehilangan undi popular.

10. Berhadapan dengan PRU-14, Bn terpaksa berdepan dengan parti pembangkang yang sudah mentadbir negeri-negeri kaya seperti Selangor dan Pulau Pinang selama dua penggal, berdepan dengan jumlah kerusi parlimen pembangkang di Semenanjung yang seimbang dengan kerusi parti Bn.

11. Pada kedudukan sekarang, daripada 165 kerusi Parlimen di Semenanjung, kerusi pembangkang sebanyak 82 termasuk Pagoh, manakala Bn 83 termasuk Telok Intan. Melihat kepada kedudukan itu, kalau trend krisis Umno diambil kira, di mana setiap krisis, maka akan mengwujudkan swing votes kaum melayu kepada pembangkang, maka pada PRU-14, parti Bn di Semenanjung bakal kehilangan 7 kerusi Parlimen, sehinggakan kedudukan kerusi adalah 76 bagi Bn dan 89 bagi pembangkang. Pada kedudukan itu, parti mana dapat menubuhkan Kerajaan Persekutuan sangat bergantung kepada Sabah dan Sarawak.

12. Di Sarawak, tidak dinafikan Bn Sarawak masih dapat menyumbang 25 Kerusi Parlimen, manakala di Sabah masih dapat penyumbang 22. Menerusi jumlah itu, nampak gayanya, meskipun swing pengundi kaum melayu berpihak pada pembangkang di Semenanjung, akan tetapi Putrajaya tetap dalam genggaman Parti Bn, kerana faktor Sabah dan Sarawak.

13. Keadaan di Semenanjung, sangat bergantung kepada kiblat parti Pas, apa kah parti itu, tetap dengan pendirian tidak bergabung dengan Pakatan Harapan? Jika pendirian parti itu masih sedemikian, maka senario yang disebutkan diatas akan berlaku, namun jika parti Pas di saat akhir akan bekerjasama dengan Pakatan Harapan, maka senarionya akan berbeza. Pada keadaan demikian, parti Bn Semenanjung bukan kehilangan 7 kerusi, akan tetapi 20. Pada keadaan demikian, parti Bn Semenanjung hanya menang 63 daripada 165, manakala pembangkang 102. Pada kedudukan itu, pembangkang hanya memerlukan 10 kerusi Parlimen daripada Sabah dan Sarawak untuk menubuhkan kerajaan dengan majoriti mudah.

14. Dalam politik semua boleh berlaku. Tindakan tidak disangka akan berlaku. Atas sebab itu, bagi pemimpin Bn, jangan dulu menghitung anak ayam, sebelum telur menetas. Jangan sama sekali terpukau dengan keadaan “good mood’ seperti mana laporan pengampu, kerana laporan itu, hanya bersifat sokong membawa rebah.

No comments:

Blog Archive