Sunday, February 11, 2018

HAK SABAH & SARAWAK DALAM MA63 AKAN DIKEMBALIKAN- DS NAJIB


Dato Seri Najib Razak telah berulang kali memberi pengakuan bahawa mana-mana hak Sabah dan Sarawak yang terambil, sama ada sengaja atau tidak sengajakan sebelum ini, sudah pasti dikembalikan untuk masa depan dua negeri itu dan rakyatnya.

Menurut Perdana Menteri, beliau sebagai Perdana Menteri untuk semua, sanggup mengembalikan hak-hak Sabah dan Sarawak, kerana menurut beliau, sebagai satu keluarga besar, maka setiap hak masing-masing perlu dikembalikan, kerana kaedah itu akan menjamin keuntuhan keluarga besar, keuntuhan negara, iaitu negara Malaysia.

Menurut Perdana Menteri, rakyat Sabah dan Sarawak telah bebas berdebat, mengulas, membuat kenyataan, menganalisa dan sebagainya berkaitan MA63, sejak beliau menjadi Perdana Menteri, berbeza ketika zaman Tun Dr Mahathir selama 22 tahun, sesiapa yang bercakap berkaitan perjanjian itu, akan dituduh sebagai anti Malaysia dan seterusnya ditangkap diletakkan dalam ISA.

Dato Seri Najib Razak, adalah Perdana Menteri Malayisa pertama daripada 6 Perdana Menteri mengiktiraf 16 September dan diseterusnya disambut diseluruh negara. Di era Tun Dr Mahathir, 16 September hanya diiktiraf di Sabah dan Sarawak.

Terlihat sungguh bagai mana komitednya Perdana Menteri ke-6 terhadap Sabah dan Sarawak, apabila Lebuh Raya Pan Borneo direalisasikan.

Memajukan Sabah dan Sarawak seiring dengan kemajuan Semenanjung, bukan kenyataan politik, akan tetapi, Perdana Menteri ke-6 itu melihat, hanya menerusi kemajuan menyeluruh daripada Perlis ke Sabah, Malaysia boleh dianggap sebagai negara maju.

Bagi DS Najib, tiada kompromi berkaitan kemajuan, kerana kemajuan perlu dirasai oleh segenap rakyat negara ini.

Ada lah sungguh merugikan bagi Sabah dan Sarawak, jika seorang Perdana Menteri seperti Dato Seri Najib Razak tidak dapat meneruskan komitmen beliau memajukan negara, kerana bakal digantikan oleh mantan Perdana Menteri yang telah menyebabkan Sabah dan Sarawak mundur. Fikir-fikirkan lah.

No comments:

Blog Archive